penulisan reflektif

11
PENULISAN REFLEKTIF Pendidikan tradisional pada masa kini, tidak lagi dapat membekalkan murid dengan semua pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan mereka bersaing dalam senario pekerjaan masa kini, bahkan bilamana wujudnya pendidikan kontemporari yang diperkenalkan kini yang lebih baik menyebabkan kita dapat melihat betapa banyaknya kelemahan pendidikan tradisional jika diaplikasikan pada zaman kini. Untuk terus bersaing, mereka perlu mengaplikasi strategi penyelesaian masalah, menggunakan alat yang sesuai, serta bertindak secara kolaboratif dan berkomunikasi untuk belajar. Oleh itu, kaedah dan persekitaran pembelajaran masa kini perlu melibatkan pelbagai strategi-strategi, media, perisian dan alat yang berkaitan TMK khususnya yang mana seiring dan sehaluan dengan suasana IT marcapada ini. Pembangunan peradaban manusia pada zaman ini dicorakkan oleh revolusi maklumat dan juga teknologi paling terkini iaitu teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT). Kini dunia semakin di serang dengan kemajuan gelombang ICT, auranya sudah dapat di rasai di seluruh pelusuk dunia mencakupi sehingga ke peringkat globalisasi. Dunia pendidikan juga turut terkena tempiasnya, dan penggunaan ICT dalam pendidikan kini semakin hangat di perdebatkan. Dalam usaha merapatkan jurang digital antara lokasi, guru dan pelajar, penggunaan ICT telah diperluaskan bukan sahaja di sekolah, malahan di peringkat prasekolah. Oleh itu, pelbagai pendekatan,strategi dan teknik yang sesuai dengan minat dan kebolehan pelajar digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran melalui penekanan penggunaan ICT. Penggunaan ICT dalam pendidikan juga haruslah difokuskan kepada proses mengaplikasikan peralatan dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika dilihat daripada skop pengajaran dan pembelajaran pula, Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar- pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan ,1996). Oleh sebab itu, ICT dilihat sebagai salah satu komponen penting yang dapat membantu meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran. Berbagai-bagai kaedah boleh di aplikasikan seperti melalui penggunaan powerpoint, filem, multimedia interaktif dan sebagainya. Selain itu, (Abdul halim 2008) juga pernah mengatakan bahawa Pelbagai perisian yang digunakan

Upload: amirul-hafiz

Post on 09-Apr-2016

35 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

download2

TRANSCRIPT

Page 1: PENULISAN REFLEKTIF

PENULISAN REFLEKTIF

Pendidikan tradisional pada masa kini, tidak lagi dapat membekalkan murid dengan

semua pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan mereka bersaing dalam senario

pekerjaan masa kini, bahkan bilamana wujudnya pendidikan kontemporari yang

diperkenalkan kini yang lebih baik menyebabkan kita dapat melihat betapa banyaknya

kelemahan pendidikan tradisional jika diaplikasikan pada zaman kini. Untuk terus bersaing,

mereka perlu mengaplikasi strategi penyelesaian masalah, menggunakan alat yang sesuai,

serta bertindak secara kolaboratif dan berkomunikasi untuk belajar. Oleh itu, kaedah dan

persekitaran pembelajaran masa kini perlu melibatkan pelbagai strategi-strategi, media,

perisian dan alat yang berkaitan TMK khususnya yang mana seiring dan sehaluan dengan

suasana IT marcapada ini.

Pembangunan peradaban  manusia pada zaman ini dicorakkan oleh revolusi

maklumat dan juga teknologi paling terkini iaitu teknologi maklumat  dan komunikasi ( ICT).

Kini dunia semakin di serang dengan kemajuan gelombang ICT, auranya sudah dapat di

rasai di seluruh pelusuk dunia mencakupi sehingga ke peringkat globalisasi. Dunia

pendidikan juga turut terkena tempiasnya, dan penggunaan ICT dalam pendidikan kini

semakin hangat di perdebatkan. Dalam usaha merapatkan jurang digital antara lokasi, guru

dan pelajar, penggunaan ICT telah diperluaskan bukan sahaja di sekolah, malahan di

peringkat prasekolah.

            Oleh itu, pelbagai pendekatan,strategi dan teknik yang sesuai dengan minat dan

kebolehan pelajar  digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran melalui penekanan

penggunaan ICT. Penggunaan ICT dalam pendidikan juga haruslah difokuskan kepada

proses mengaplikasikan peralatan dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai

dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika dilihat daripada skop pengajaran dan

pembelajaran pula, Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud

menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan

kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

            Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan

dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu

Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya

dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan ,1996). Oleh sebab itu, ICT dilihat sebagai salah

satu komponen penting yang dapat membantu meningkatkan minat pelajar dalam

pembelajaran.  Berbagai-bagai kaedah boleh di aplikasikan seperti melalui penggunaan

Page 2: PENULISAN REFLEKTIF

powerpoint, filem, multimedia interaktif dan sebagainya. Selain itu, (Abdul halim 2008) juga

pernah mengatakan bahawa  “Pelbagai perisian yang digunakan  mampu menambah

pengetahuan pelajar-pelajar, memberikan pengalaman bermakna,meningkatkan kemahiran

pelajar dalam mempelajari bidang ilmu seperti Sains dan Matematik.

           

            Menurut Alessi dan Trollip (2001) pembelajaran menerusi ICT mempunyai banyak

kelebihan. Antara kelebihan itu ialah murid boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-

bila masa dan dimana jua mereka berada; bahan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada

sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia; pengurusan dan mengemas kini bahan

menjadi semakin mudah dan pantas; dan pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh

disediakan bagi kegunaan pelajar dan guru. Kesimpulannya, penggunaan ICT dalam

pengajaran dan pengajaran menjadikan proses pengajaran menjadi bertambah seronok dan

bermakna untuk pelajar, serta memudahkan pelajar. Cuma apa yang perlu di berikan

perhatian adalah tentang teknik atau kaedah yang digunakan, supaya tidak membebankan

pelajar. 

Untuk menyelesaikan tugasan kerja kursus Teknologi Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran (EDU 3053) ini, kami dihendaki membina dan menghasilkan sebuah pakej

pembelajaran multimedia interaktif (PPMI) yang berkaitan dengan mata pelajaran sekolah

rendah berdasarkan pengkhususan subjek major ataupun subjek minor kami. Dalam tugasan

ini saya memilih fokus kepada subjek minor iaitu Pendidikan Islam dibawah bidang Akhlak

Islamiyah dibawah tajuk “Adab Terhadap Ibu Bapa”. Pembangunan perisian mestilah

berdasarkan reka bentuk pengajaran yang sistematik (ASSURE) dan berdasarkan papan

cerita(Story Board) yang lengkap serta berupaya menterjemahkan prinsip-prinsip umum

pengajaran dan pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian

pengajaran dengan membina satu rancangan pengajaran harian (RPH) mengguna pakai

PPMI yang dihasilkan.

SEJAUH MANAKAH MODEL ASSURE BOLEH DIAPLIKASIKAN DALAM PDP MASA KINI

Berdasarkan Model ASSURE, model ini dapat digunakan bagi membantu guru

memilih dan menentukan penggunaan pelbagai jenis media dalam pengajaran pada tahap

optima. Model ini lebih memberi petunjuk kepada guru untuk merancang, melaksana dan

menilai pengajaran menggunakan media dan bahan sumber yang lain dan dalam kajian,

bahan sumber yang saya tekankan adalah secara umum iaitu ICT di mana ICT ini boleh

Page 3: PENULISAN REFLEKTIF

merangkumi bentuk peralatan dan sistem yang digunakan untuk memperoleh, memproses

dan menggunakan maklumat untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Terdapat enam ciri penting dalam Model ASSURE yang boleh digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, enam langkah ini bagi saya merupakan hujah yang boleh

digunakan untuk mengatakan model ini mampu diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran pada masa kini, 6 ciri utama adalah seperti berikut:-

A – Analyze learner (menganalisis murid)

S -  State objective (menyatakan objektif pengajaran)

S -  Select method (memilih kaedah,media dan bahan sumber pengajaran )

U – Utilize media and materials (menggunakan media dan bahan )

R – Require learner perticipation (memerlukan penglibatan murid yang aktif )

E – Evaluate and revise (menilai hasil pembelajaran dan buat penambahbaikan  )

Analyze Learners (Analisa pelajar)

          Ciri pertama adalah menganalisa pelajar. Sesuatu bahan yang dibina oleh guru perlu

mengenalpasti pelajar dari segi umur, latar belakang sosioekonomi, kebolehan dan

pengetahuan sedia ada. Murid yang pasif atau introvert perlu ada bahan yang mampu

menarik minat pelajar.  Analisa pelajar ini perlu supaya bahan yang dibina mencapai objektif

guru. Pada tahap ini, masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu diteliti

dahulu.

 Maklumat pelajar ini boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar atau berinteraksi

secara bersemuka dengan murid. Guru akan dapat mengetahui harapan, sikap, latar

belakang, aras kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid terhadap tajuk tertentu.

Maklumat juga boleh diperolehi melalui ujian dan interaksi bekaitan beberapa soalan mudah

berkaitan tajuk. Guru dapat menentukan bahawa murid memperoleh maklumat samada

daripada buku rujukan atau pendedahan melalui majalah dan televisyen.

Sebelum saya memulakan pengajaran, langkah pertama yang perlu saya lakukan

adalah menganalisis setiap murid dalam kelas saya. Ini penting kerana melalui

penganalisaan ini, saya dapat mengenali dan memahami ciri-ciri murid, tahap pengetahuan,

pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran murid kerana setiap murid mempunyai tahap

yang berbeza antara satu sama lain.

Page 4: PENULISAN REFLEKTIF

Selain daripada itu, saya juga mendapatkan maklumat murid melalui pemerhatian semasa

proses pengajaran dan pembelajaran, temubual dengan ibu bapa/penjaga, guru kelas dan

mata muridan serta rakan sebaya

Berdasarkan rancangan pengajaran yang saya rangkakan saya fokuskan kepada

pelajar-pelajar daripada tahun 2 yang mana mereka ini telah pun mempunyai pengalaman-

pengalaman sedia ada dari pembelajaran lepas dan pengalaman mereka bersama keluarga

terutama ibu dan ayah di rumah. Proses menganalisa murid penting kerana berdasarkan

maklumat ini guru mampu membangunkan bahan yang baik dan bersesuaian dengan latar

belakang murid.

Penghasilaan bahan yang sesuai mampu membantu murid memahami dan

mengenal pasti maklumat pembelajaran berkaitan tajuk dengan mudah. Model yang tepat,

penganalisaan guru yang betul dan kebolehan guru menyampaikan maklumat dengan baik

akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik di dalam bilik darjah

seterusnya mencapai objektif pembelajaran tajuk tersebut.

Di dalam PPMI ini saya telah masukkan unsur yang saya yakin ianya mampu menarik

minat murid dimana saya masukkan unsur bunyi(instrument) dan grafik seperti video dan

gambar. Dalam PPMI ini juga saya bina beberapa kuiz berkaitan dengan tajuk yang boleh

menjadi pengukuhan kepada murid berkenaan dengan tajuk ini.

State Objectives (Nyatakan objektif)

          Guru perlu menentukan objektif atau hasil pembelajaran yang mahu dicapai. Objektif

mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan dicapai. Sebelum

pembelajaran bermula, menentukan objektif adalah penting supaya guru dapat menetapkan

sasaran yang mahu dicapai dan seterusnya menetapkan apa yang murid perlu dapat.

Yusup.(2006).p.7. Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan yang ingin

di capai.Objektif yang  jelas mampu membantu guru fokus kepada yang sepatutnya dipelajari

dan dikuasai oleh pelajar.

Penggunaan kaedah dan bahan yang bersesuaian mudah dipilih oleh guru kerana

guru telah menetapkan objektif terhadap pengetahuan, kemahiran, dan sikap baru yang

perlu dikuasai oleh pelajar. Secara langsung, objektif pengajaran amat penting untuk

dicapai  kerana ia memberi panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu juga pemilihan bahan bantu mengajar dalam

Page 5: PENULISAN REFLEKTIF

aktiviti murid turut dapat membantu mencapai objektif. Oleh itu, analisa guru, pemilihan

bahan, penetapan objektif dan pelaksanaan pengajaran yang berkesan mampu mencapai

objektif pengajaran sesuatu tajuk.

Setelah saya dapat menganalisis ciri-ciri umum murid dan mengetahui tahap

penguasaan kemahiran asas membaca, langkah seterusnya ialah saya perlu menyatakan

objektif pengajaran yang hendak dicapai. Objektif pembelajaran diambil daripada sukatan

pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia dirancang

berdasarkan Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Ini perlu dilakukan

dengan teliti kerana saya perlu melihat setiap perubahan tingkah laku yang berlaku pada

murid saya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu menyatakan objektif

pengajaran yang jelas, boleh dilihat perubahan tingkah laku dan dapat dicapai.

Di dalam rancangan pengajaran saya ini, saya telah menyatakan 3 objektif yang ingin

dicapai iaitu di akhir pengajaran murid dapat membezakan antara perlakuan beradab

dengan perlakuan tidak beradab terhadap ibu bapa dengan betul . Yang kedua murid dapat

mengetahui 3 kelebihan dan faedah beradab kepada ibu bapa dengan betul dan yang

terakhir murid dapat membaca doa untuk kedua ibu bapa dengan lancar. Murid dapat

melafazkan doa untuk ibu bapa itu menjadi suatu tanda ukur yang mana mereka telah pun

berjaya melepasi tahap maksimum dalam sesi pembelajaran ini.

Select Methods, Media and Materials (Memilih kaedah, media dan bahan)

Memilih kaedah, media dan bahan merupakan salah satu ciri model ASSURE. Guru

perlu mengetahui tahap kebolehan murid dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai dalam

menentukan proses pemilihan, membaiki dan mengubahsuai media atau bahan.  Sebelum

sesuatu tajuk diajar, guru perlu memilih dahulu kaedah, media dan bahan yang sesuai untuk

memastikan objektif pembelajaran bagi tajuk tersebut tercapai.  Memilih kaedah yang sesuai

dalam sesuatu pengajaran daripada pelbagai kaedah adalah penting untuk disesuaikan

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti set induksi, pengenalan kepada konsep,

aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru perlu mampu menarik perhatian murid kepada set

induksi yang berteraskan pengetahuan sedia ada murid. Kaedah perbincangan, latihan dan

latih tubi boleh dijalankan sebagai satu kaedah mencungkil pengetahuan yang baru.

Di dalam Rancangan Pengajaran Harian yang dihasilkan ini saya akan menggunakan

media-media yang bersesuaian dengan keadaan dan minat pelajar marcapada ini yang

berkonsepkan teknologi dan IT seperti laptop, projektor, slaid dan lain-lain. Bahan

pengajaran yang digunakan juga berbentuk seperti lagu nasyid dan video yang berkaitan

Page 6: PENULISAN REFLEKTIF

dengan isi pengajaran. Memilih bahan sumber pengajaran dan pembelajaran perlu

berpandukan kepada isi pelajaran yang menjadi matlamat pembelajaran. Bahan yang boleh

dipilih seperti buku teks, carta, dan lembaran latihan. Bahan yang tidak melibatkan pelajar

secara aktif akan menyebabkan pelajar pasif dan tidak efektif. Pemilihan dan penyediaan

bahan yang kreatif dan mempu merangsang pelajar dapat memupuk minat dan budaya

berfikir. Oleh itu, penyediaan bahan mengikut model ASSURE mampu merangsang tingkah

laku dan minda pelajar. Hal ini amat diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran

seterusnya mencapai objektif guru.

Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)

 Penggunaan media dan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat

penting kerana penggunaan bahan dan media yang betul akan dapat menentukan

keberkesanan proses pembelajaran tersebut. Mencari sumber maklumat melalui internet

dalam menyediakan bahan adalah salah satu penggunaan yang baik. Guru juga boleh

menggunakan internt semasa mengajar. Buku teks, carta visual dan lembaran latihan juga

boleh diaplikasikan akan tetapi kalau diikutkan zaman kontemporari ini kesemuanya

berteraskan sumber internet dan kesesuaian untuk diaplikasi juga hendaklah berteraskan

internet pada hemat saya.

            Pemilihan dan penggunaan bahan dan media akan menjadi daya penarik dan

menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Dalam PPMI yang saya

sediakan ini terdiri daripada unsur-unsur yang berteraskan IT walaupun tidak menggunakan

bahan yang bersumberkan internet. Namun begitu dalam pemilihan dan penggunaan bahan

dan media, guru perlu memastikan kesesuaian dengan pengalaman sedia ada murid.

Sekiranya murid tidak pernah melayari internet, murid akan ketinggalan dan menjadi bosan

dengan kaedah dan bahan yang digunakan oleh guru.

             Walaupun pelbagai media boleh digunakan, guru perlu mempertimbangkan media

yang sesuai seperti tayangan CD kerana ia lebih menarik dan mampu memberikan

gambaran sebenar dan jelas tentang sesuatu tajuk. Oleh itu guru perlu bersedia dengan

pilihan lain seperti rakaman atau siaran tertunda. Pada masa kini penggunaan bahan

capaian daripada internet, e-learning, online learning, laman web dan sebagainya sudah

lumrah digunakan. Namun begitu kawalan, ubah suai, tambah baik dan baik pulih perlu

dipastikan agar sesuai dengan situasi semasa.

Page 7: PENULISAN REFLEKTIF

Require learner and participation (Tindak balas pelajar)

            Bagi memastikan proses pembelajaran berjalan, murid perlu terlibat aktif dalam

aktiviti pembelajaran. Strategi ini dinamakan pembelajaran berpusat murid. Antara aktiviti

yang boleh dilakukan adalah kuiz, latih tubi, kerja berkumpulan, perbincangan, latihan dan

projek. Pembelajaran berpusat murid mampu merangsang minda dan tingkah laku murid.

Aktiviti ini mampu mencetuskan pengalaman baru kepada murid. Ini kerana murid

mempelajari sesuatu yang baru berbanding hanya guru yang menerangkan sesuatu tempat.

Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan

penglibatan murid. Melalui penggunaan gambar, gambar bersiri, video, dan nyanyian dalam

proses pengajaran dan pembellajaran. Ia dapat mencetuskan perbincangan kumpulan,

penjanaan idea dan penglibatan murid orang asli secara aktif. Ini sekali gus memudahkan

saya menilai tingkah laku dan pemahaman mereka terhadap pembelajaran dalam langkah

seterusnya.

              Pengukuhan serta merta perlu diberikan kepada murid yang memberi tindak balas

yang betul. Ini sebagai satu kaedah merangsang atau motivasi kepada murid untuk menarik

minat seterusnya turut terlibat aktif dalam aktiviti di dalam bilik darjah. Murid pasif juga akan

menjadi terikut untuk turut sama terlibat. Walau bagaimanapun, guru perlu memastikan

kawalan kelas dalam keadaan baik agar tidak berlaku proses pembelajaran menjadi tidak

terkawal yang boleh menyebabkan objektif pembelajaran tidak kesampaian.

Di dalam Rancangan Pengajaran Harian ini, saya membahagikan murid kepada 4

kumpulan dan mereka perlu melaksanakan beberapa aktiviti seperti melakonkan, mejawab

kuiz dan lain-lain. Kaedah pembelajaran ini dinamakan kaedah pemusatan murid dan

kaedah ini mampu menarik dan melibatkan murid-murid secara keseluruhannya dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran ini. Bahan atau media yang digunakan sekiranya  tidak

mampu menarik minat murid secara aktif sebenarnya kurang membantu murid dan tidak

efektif untuk dilaksanakan.

Oleh itu, penyediaan bahan yang kreatif dan mampu menarik minat murid secara

tidak langsung memupukm budaya berfikir murid seterusnya memastikan objektif

pembelajaran dapat dicapai. Oleh sebab itu, guru perlu memastikan bahan dan media yang

dipilih berasaskan model ASSURE perlu dapat merangsang tingkah laku dan minda murid

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 8: PENULISAN REFLEKTIF

Evaluate and revise (Menilai dan menyemak semula bahan)

Dalam langkah  terakhir ini, saya perlu membuat penilaian dan pengubahsuaian

berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Peringkat ini penting dalam sesuatu

langkah kerana untuk mendapatkan maklum balas dan penilaian yang dibuat oleh murid

orang asli. Oleh itu, saya mengadakan satu sesi refleksi bersama-sama murid. Ia bertujuan

untuk mendapatkan maklum balas terhadap tahap penguasaan murid dalam pembelajaran

yang baru dilakukan.

Menilai ialah satu proses untuk melihat keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Setelah tamat proses pengajaran dan

pembelajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan kelemahan serta

keberkesanan bahan dan media secara menyeluruh agar penambah baikan dapat dijalankan

supaya penggunaan media dapat dilaksanakan semaksimum mungkin dalam pembelajaran.

Beberapa aspek perlu difikirkan dalam menentukan pencapaian penilaian seperti yang

dinyatakan oleh Yusup.(2006):

Adakah objektif tercapai?

Adakah alat atau bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan

pembelajaran?

Adakah kesemua pelajar menggunakan alat atau bahan media dangan betul?

Adakah suasana pembelajaran selesa?

Adakah peluang pemerhatian individu diberi?

Proses menilai sesuatu bahan media berlaku sebelum, semasa dan selepas

menghasilkan bahan media tersebut. Proses pembaikan perlu dilakukan agar bahan media

tersebut benar-benar sesuai dengan murid  seterusnya menepati objektif pengajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakan. Penilaian boleh dilakukan secara lisan atau tulisan, secara

formatif atau sumatif. Menilai bahan media yang dibina amat perlu kerana guru mampu

melihat kekuatan dan kelemahan bahan media tersebut. Seterusnya guru mampu

menambah baik mana yang lemah dan memperkukuh mana yang sesuai. Perlu menilai juga

bahan media tersebut mengikut aras kebolehan murid. Oleh sebab itu, pemerhatian individu

perlu ditekankan agar tiada murid yang tertinggal dalam penyediaan atau pembinaan bahan

media.

          Adakalanya perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan hebat dan

sempurna tetapi gagal apabila dilaksanakan. Keputusan penilaian akan mempengaruhi

keputusan yang akan diambil terhadap perkara yang dinilai. Pencapaian murid boleh

diketegorikan sebagai rujukan kriteria mengikut objektif yang ditetapkan, dari segi kemahiran

Page 9: PENULISAN REFLEKTIF

diperoleh dan sikap murid selepas pengajaran dan pembelajaran. Murid boleh menjawab

soalan pemahaman atau berstruktur. Model ASSURE amat menekankan penilaian formatif

dan juga sumatif.

Kesimpulan

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan

dapat  mencapai kompetensi dalam penggajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas

mereka dengan jujur dan penuh  minat akan sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan

dan bagaimana mereka merancang untuk melaksanakannya. Justeru itu, Proses Pengajaran

dan Pembelajaran perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan objektif pengajaran dan

pembelajaran yang dirancang tercapai. Oleh yang demikian, Model Reka Bentuk

Instruksional ASSURE  boleh digunakan untuk membantu guru merancang dan

melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah kerana hanya dengan perancangan pengajaran

yang berkesan membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang

diharapkan disamping mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan rasa hormat mereka

terhadap guru sekaligus membantu membina disiplin yang positif melalui proses pengajaran

yang sistematik dan menarik.

Model ASSURE mempunyai asas yang kukuh dijadikan panduan pembinaan bahan

media pengajaran dan pembelajaran khususnya pada abad ini.  Ini kerana berdasarkan

kajian lalu, model ini bukan sahaja memberi panduan kepada guru dalam pengajaran dan

pembelajaran malahan ciri-ciri yang terkandung dalam model ini mampu mengubah

tanggapan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang selalu diperkatakan

sebagai membosankan.  Sekiranya model ASSURE ini diguna pakai sepenuhnya dalam

menyedia dan membina bahan media untuk pengajaran dan pembelajaran, sudah

sepastinya murid-murid akan senantiasa menunggu kedatangan guru untuk mengajar dan

pengajaran akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.

Perancangan mengajar merupakan susunatur pengajaran agar pembelajaran dapat

berlaku secara berstruktur. Pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang

secara berperingkat (Yusup Hashim (2000). Justeru itu penyampaian pengajaran perlu

disusun secara berperingkat-peringkat. Menurut Yusuf Hashim (1998), rancangan

pengajaran yang berorentasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan

pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja. Alasannya jelas; kerana ia menjimatkan

masa. Namun, realiti masa kini menunjukkan jumlah bahan pengajaran  yang tersedia ada

masih kecil, dan ini bermakna guru masih perlu menyediakannya sendiri. Dengan

menggunakan Model ASSURE, ia dapat membantu guru merancangan pengajaran yang

dapat memanfaatkan penggunaan media. Melalui Model ASSURE, ia memberi fokus kepada

Page 10: PENULISAN REFLEKTIF

perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini

dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah

masing-masing.

Oleh itu kemahiran guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan objektivisme atau kontruktivisme akan memastikan hasil pembelajaran pada

hari tersebut tercapai. Persediaan dan peralatan bantu mengajar amat penting agar murid

berasa seronok mengikuti pengajaran mata pelajaran tersebut. Samada pengajaran

berpusatkan guru atau murid, pelaksanaan aktiviti dan penglibatan aktif murid dapat dilihat

berdasarkan minat murid terhadap pengajaran guru itu. Sekiranya murid kelihatan pasif,

maka guru tersebut gagal, pengajaran dan pembelajaran juga gagal mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh:

Muhamad Amirul Hafiz Bin Zulfakar941209-03-6341

PISMP Semester 04/2015Unit Bahasa Arab, Ambilan Januari 2014

IPG Kampus Sultan Mizan,Besut, Terengganu

Page 11: PENULISAN REFLEKTIF

RUJUKAN

Heinich, R., Molenda, M. & Russell, J. (1982). Instructional Media And The New Technologies Of Instruction, New York:Macmillan.

Ismail Md Zain (1994). Keberkesanan reka bentuk pengajaran di kalangan murid sekolah menengah. Tesis Kedoktoran, Universiti Sains Malaysia.

Othman Jantan. 1999. Peranan dan Cabaran Pusat Sumber Sekolah di Alaf Baru.Johor :  PSPN.

R.M.W. Travers. (1994). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rokiah Ismail. (1999). Bahan Pelbagai Media. Johor : PSPN.

Schramm. (1994). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1994). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusuf Hashim. (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam : Siri Pendidikan Fajar Bakti.

Yusup Hashim (2000). Konsep Dan Perkembangan Kurikulum Dan Instruksi. Kuala Lumpur: Utusan Publication.