penulisan laporan... · web viewpanduan penulisan laporan projek/aktiviti perkara / isi kandungan...

2
PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK/AKTIVITI Perkara / Isi Kandungan a. Nama Projek / Aktiviti Nyatakan nama projek / program yang telah dijalankan. b. Pendahuluan Pendahuluan menerangkan secara ringkas tentang objektif, matlamat dan latar belakang program yang dirancang. Cara senang, pendahuluan di Laporan Program adalah sama dengan yang di Kertas Kerja (atau Cadangan) Program ;) c. Tarikh / Hari Nyatakan tarikh aktiviti bermula dan berakhir. Jika ada perubahan, boleh nyatakan dalam kurungan. d. Tempat Tempat utama aktiviti dilaksana. Tempat bagi setiap aktiviti yang dirancang untuk dijalankan adalah tidak perlu melainkan yang utama sahaja. Jika berlaku perpindahan tempat atau tempat utama program lebih dari satu, senaraikan mengikut yang mana dahulu didatangi. e. Perasmi Pembukaan* f. Perasmi Penutupan* *Jika ada / berkaitan Ceritakan secara ringkas siapa yang datang merasmi, jam berapa dan sedikit intipati ucapan perasmi serta simbolik perasmian. g. Penyertaan Nyatakan audien / peserta yang terlibat atau menyertai program dan aktiviti dan jumlah (penyertaan) yang disasarkan. Kemudian, nyatakan jumlah yang telah mengikuti program/aktiviti tersebut mengikut pecahan, yang mana perlu. Contohnya, berapa lelaki berapa perempuan, berapa warga sekolah berapa orang kampung dan sebagainya. h. Perjalanan Projek / Aktiviti beserta perincian Bahagian ini merupakan bahagian yang 'kritikal' untuk seorang Setiausaha / Timb. Setiausaha laporkan. Secara mudah, laporan perjalanan program ini meliputi perkara sebelum, semasa (paling penting), dan sebaik sahaja program tamat. Penceritaan kronologi perjalanan program sebaiknya adalah ringkas tetapi padat dan menyentuh aspek-aspek penting (situasi/kejadian) program, contohnya ucapan perasmian, masalah yang berlaku, aktiviti

Upload: hoangkiet

Post on 12-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan Laporan... · Web viewPANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK/AKTIVITI Perkara / Isi Kandungan a. Nama Projek / Aktiviti Nyatakan nama projek / program yang telah dijalankan. b

PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK/AKTIVITIPerkara / Isi Kandungan

a. Nama Projek / AktivitiNyatakan nama projek / program  yang telah dijalankan.

b. PendahuluanPendahuluan menerangkan secara ringkas tentang objektif, matlamat dan latar belakang program yang dirancang. Cara senang, pendahuluan di Laporan Program adalah sama dengan yang di Kertas Kerja (atau Cadangan) Program ;)

c. Tarikh / HariNyatakan tarikh aktiviti bermula dan berakhir. Jika ada perubahan, boleh nyatakan dalam kurungan.

d. TempatTempat utama aktiviti dilaksana. Tempat bagi setiap aktiviti yang dirancang untuk dijalankan adalah tidak perlu melainkan yang utama sahaja. Jika berlaku perpindahan tempat atau tempat utama program lebih dari satu, senaraikan mengikut yang mana dahulu didatangi. 

e. Perasmi Pembukaan*f. Perasmi Penutupan**Jika ada / berkaitan

Ceritakan secara ringkas siapa yang datang merasmi, jam berapa dan sedikit intipati ucapan perasmi serta simbolik perasmian. 

g. PenyertaanNyatakan audien / peserta yang terlibat atau menyertai program dan aktiviti dan jumlah (penyertaan) yang disasarkan. Kemudian, nyatakan jumlah yang telah mengikuti program/aktiviti tersebut mengikut pecahan, yang mana perlu. Contohnya, berapa lelaki berapa perempuan, berapa warga sekolah berapa orang kampung dan sebagainya. 

h. Perjalanan Projek / Aktiviti beserta perincianBahagian ini merupakan bahagian yang 'kritikal' untuk seorang Setiausaha / Timb. Setiausaha laporkan. Secara mudah, laporan perjalanan program ini meliputi perkara sebelum, semasa (paling penting), dan sebaik sahaja program tamat. Penceritaan kronologi perjalanan program sebaiknya adalah ringkas tetapi padat dan menyentuh aspek-aspek penting (situasi/kejadian) program, contohnya ucapan perasmian, masalah yang berlaku, aktiviti lewat/ditunda dan sebagainya. Untuk lebih lanjut, boleh lihat di Sampel Laporan Projek.

i. Penilaian Projek / Aktiviti- Sama ada mencapai objektif atau tidak- Masalah yang dihadapi (sebelum, semasa dan selepas)- Cadangan memperbaiki

Bahagian ini pula bahagian yang 'kritikal' untuk Ketua AJK atau Bahagian yang diwujudkan dalam organisasi AJK Pelaksana, untuk rekod (laporan) dokumentasi bagi

Page 2: Penulisan Laporan... · Web viewPANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK/AKTIVITI Perkara / Isi Kandungan a. Nama Projek / Aktiviti Nyatakan nama projek / program yang telah dijalankan. b

tujuan post-mortem serta rujukan akan datang. Ketua perlulah melaporkannya dengan jujur dan tepat untuk memudahkan perbincangan penambah baikkan pada masa akan datang. Dari sini juga penilaian keseluruhan tentang kejayaan penganjuran sesuatu program itu diukur, diteliti dan ditentukan. 

j. Gambar-gambar terpilihGambar-gambar tersebut hendaklah signifikan; iaitu mempunyai perkaitan dan makna yang penting yang berlaku dalam program. Ia bermula sebelum, semasa dan di penghujung program serta di susun mengikut tertib tadi.