garis panduan penulisan laporan projek diploma edisi 2015

Upload: umarabaziz17

Post on 03-Mar-2018

268 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    1/35

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    2/35

    1

    Edisi 2015Pene!"#"s P#$%e& Di'!$("P)s"* Pen+"%i"n Di'!$("Uni,e#si*i T)n H)ssein Onn M"!"si"

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    3/35

    BAB I

    KANDUNGAN DAN SUSUNAN LAPORAN

    1.1 Kandungan laporan

    Selepas pelajar menyempurnakan Projek Diploma, satu Laporan Projek mesti

    disediakan untuk simpanan pelajar dan penyelia projek. Bagi program kejuruteraan

    tulen, pelajar dikehendaki menyediakan Laporan Akhir Projek Diploma. Manakala

    bagi program teknologi kejuruteraan, pelajar dikehendaki menyediakan Laporan

    Aal Projek pada semester 1 dan Laporan Akhir Projek pada semester !. Penyediaan

    Laporan Projek Diploma bertujuan untuk menunjukkan kebolehan seseorang pelajar

    dalam menyelidik, membangun dan mengatur maklumat"maklumat berkaitan dengan

    masalah dan penyelesaiannya dalam sesuatu kajian, menganalisa dan membuat

    kesimpulan terhadap hasil projek. Laporan Projek Diploma ini merupakan #atatan

    segala hasil kerja yang telah dilakukan oleh pelajar sepanjang perlaksanaan projek

    diploma. Adalah mustahak supaya penyediaan dan persembahan laporan tersebut

    mengikut garis panduan yang ditetapkan. Pelajar"pelajar seharusnya menyedari

    bahaa adalah menjadi tanggungjaab mereka untuk memastikan keaslian hasil

    kerja masing"masing. Semua $akta dan bahan rujukan mesti dinyatakan dengan jelas

    dan tepat.

    Se#ara amnya, Laporan Aal Projek Diploma boleh dibahagikan kepada

    pengenalan, kajian literatur, metodologi serta jangkaan hasil projek%kajian projek.

    Laporan Akhir Projek Diploma pula, ia boleh dibahagikan kepada pengenalan, kajian

    literatur, metodologi, analisis dan perbi#angan, dan kesimpulan. &alau

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    4/35

    1

    bagaimanapun, pelajar adalah bebas untuk menentukan kandungan dan susunan

    bahagian laporan mengikut kreati'iti dan kesesuaian masing"masing dengan

    bimbingan penyelia.

    1.1.1. Pengenalan

    Pengenalan biasanya diletakkan pada bab pertama dalam laporan. Dalam bab

    ini, pelajar akan memberikan gambaran ringkas berkenaan dengan projek yang

    dijalankan. Bab ini boleh dimulakan dengan menerangkan kepentingan topik

    projek%kajian dan perspekti$ tentang projek%kajian yang akan dijalankan. Selepas itu,

    pernyataan masalah projek mesti ditakri$kan dengan jelas dan diikuti dengan objekti$

    kajian sebagai de$inisi kepada tujuan kajian dijalankan. Pelajar perlu

    menspesi$ikasikan skop kerja projek dan sebarang anggapan yang dibuat semasa

    projek%kajian dijalankan. Di sini, pelajar boleh menerangkan ringkasan metodologi

    projek%kajian tetapi keterangan selanjutnya patut dimuatkan dalam bab yang

    berasingan. Bab pengenalan diakhiri dengan menunjukkan susunan keseluruhan

    laporan.

    1.1.2. Kajian literatur

    Dalam bab ini, pelajar perlu membin#angkan kajian literatur (sorotan) yang

    berkaitan dengan projek. *ujuan kajian literatur adalah untuk menerangkan

    perspekti$ dan kaedah yang digunakan dalam projek%kajian yang lepas dan meninjau

    sejauh mana projek pelajar dihubungkait dengan kajian dan teori yang sedia ada.

    Selain kajian literatur, pelajar sepatutnya menunjukkan teori dan konsep yang telah

    digunakan dalam menyelesaikan masalah projek.

    +eseluruhan hasil literatur akan menghasilkan satu rangka kerja yang

    menunjukkan perkaitan diantara kajian projek dengan teori dan konsep melalui rajah

    ataupun model yang sesuai. Dengan itu, pelajar dapat gambaran objekti$ dan masalah

    yang dihadapi dalam projek%kajian yang akan dilakukan. Akhirnya, sebarang

    hipotesis kajian yang berkaitan dengan metodologi projek%kajian dapat dinyatakan

    dengan jelas.

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    5/35

    !

    1.1.3. etodologi proje!

    +andungan utama bab ini termasuklah pengenalan dan penerangan tentang

    metodologi dan pendekatan projek, peralatan"peralatan yang digunakan, kaedah

    pengumpulan data dan #ara"#ara menganalisis serta memproses data. Di bahagian

    aal, pelajar boleh menerangkan sebab pemilihan metodologi dan pendekatan yang

    berkenaan serta kesesuaiannya terhadap projek yang dijalankan. Selepas itu,

    metodologi projek mesti diterangkan dengan terperin#i dan tepat untuk menunjukkan

    bagaimana kajian dijalankan. Adalah penting untuk menerangkan semua $aktor yang

    perlu dipertimbangkan untuk memahami proses dan pendekatan projek.

    Pelajar boleh juga menerangkan kesahihan dan kebolehper#ayaan metodologi

    pengumpulan dan analisis data, anggaran serta ralat yang mungkin timbul semasa

    projek dijalankan.

    1.1.". #ang!aan $a%il

    Dalam bab ini, pelajar dikehendaki mempersembahkan jangkaan hasil projek.

    angkaan hasil penemuan projek boleh juga dilihat melalui perspekti$ objekti$ dan

    masalah projek%kajian. Pelajar juga sepatutnya boleh meninjau sejauh mana hipotesis

    projek%kajian dapat direalisasikan.

    1.1.&. Anali%i% dan Per'in(angan

    Dalam bab ini, pelajar dikehendaki membuat analisa, pengukuran dan

    eksploitasi data untuk dijadikan pertimbangan atau bukti yang menunjukkan projek

    pelajar men#apai objekti$ projek. Pada dasarnya, pelajar perlu membin#angkan setiap

    penemuan yang mereka perolehi.

    1.1.). Ke%i*pulan

    -asil dapatan yang diperolehi daripada bab analisis dan perbin#angan, pelajar

    dikehendaki membuat kesimpulan hasil daripada projek yang dijayakan. +esimpulan

    yang dibuat mestilah merujuk kepada objekti$ projek.

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    6/35

    1.2 Su%unan laporan

    Setiap laporan sepatutnya mengandungi beberapa bahagian yang disusun

    mengikut urutan seperti adual 1.!.

    adual 1.!/ Susunan Dan rutan +andungan Laporan

    Per!ara Statu%+onto,

    -La*piran+atatan

    +ulit depan laporan &ajib A *idak bernombor

    -alaman tajuk &ajib B*idak bernombor tetapi

    diambilkira sebagai (i)

    -alaman pengakuan &ajib Bernombor 2oman ke#ilbermula dengan (ii)

    -alaman

    penghargaanPilihan D Bernombor 2oman ke#il

    -alaman kandungan &ajib 3 Bernombor 2oman ke#il

    -alaman senarai

    jadual&ajib 4 Bernombor 2oman ke#il

    -alaman senarai

    rajah&ajib

    tiada (boleh

    rujuk 4)Bernombor 2oman ke#il

    -alaman senarai

    simbol % singkatan %

    tatanama % istilah

    ika

    ada5 Bernombor 2oman ke#il

    -alaman senarai

    lampiran

    ika

    ada Bernombor 2oman ke#il

    +andungan teks &ajib +, LBernombor 2umi

    Bermula dengan 1

    2ujukan &ajib M

    Bernombor 2umi

    sambung dari kandungan teks

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    7/35

    1.2.2 $ala*an taju! proje!

    -alaman *ajuk Projek mesti mempunyai maklumat yang disusun mengikut urutan

    seperti berikut/

    (i) *ajuk projek yang lengkap

    (ii) 6ama penuh pelajar seperti dalam kad pengenalan

    (iii) Pernyataan tujuan laporan

    (i') 6ama abatan

    (') 6ama Pusat

    ('i) 6ama ni'ersiti

    ('ii) Bulan dan *ahun diserahkan

    Pernyataan tujuan laporan adalah seperti berikut/

    Laporan 5ni Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

    Penganugerahan Diploma *eknologi +ejuruteraan Aam

    Ataupun dalam bahasa 5nggeris/

    *his 2eport 5s Submitted 5n Partial 4ul$illment o$ 2e7uirements 4or

    *he Diploma in i'il 3ngineering *e#hnology

    2ujuk La*piran Buntuk $ormat yang ditetapkan.

    1.2.3 $ala*an penga!uan

    -alaman Pengakuan Laporan mengandungi pengakuan tentang keaslian laporan.

    Bahagian ini memerlukan tandatangan pelajar sendiri. 2ujuk La*piran +untuk $ormat

    yang ditetapkan.

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    8/35

    1.2." $ala*an peng,argaan -pili,an

    -alaman penghargaan tidak dibenarkan melebihi satu halaman. Penghargaan

    dirakamkan kepada indi'idu atau organisasi yang telah memberi bantuan atau kerjasama

    semasa penyediaan dan perlaksanaan projek. 2ujuk La*piran D untuk $ormat yang

    ditetapkan.

    1.2.& $ala*an i%i !andungan

    -alaman isi kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan mengandungi

    senarai yang terdapat dalam laporan termasuk bahagian halaman aal laporan, bab, sub"

    tajuk judul dan lampiran"lampiran laporan. 2ujuk La*piran / untuk $ormat yang

    ditetapkan.

    1.2.) $ala*an %enarai jadual

    Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual dam muka surat jadual tersebut dalam

    laporan. rutan nombor jadual hendaklah dibuat mengikut susunan bab. 2ujuk

    La*piran 0untuk $ormat yang ditetapkan.

    1.2. $ala*an ,ala*an %enarai raja,

    2ajah merangkumi gambarajah, $otogra$, lukisan, gra$, #arta dan peta. Seperti senarai

    jadual, tajuk rajah dan muka surat di#atatkan dalam senarai rajah. rutan nombor rajah

    hendaklah dibuat mengikut susunan bab.

    1.2. $ala*an %enarai %i*'ol%ing!atantatana*ai%tila,

    -alaman ini menyenaraikan sebarang simbol atau singkatan atau tatanama atau istilah

    yang digunakan dalam laporan. rutan susunan mestilahlah mengikut abjad. 2ujuk

    La*piran Iuntuk $ormat yang ditetapkan.

    !

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    9/35

    1.2.4 $ala*an %enarai la*piran

    Semua lampiran yang dimuatkan dalam laporan perlu disenaraikan dengan memberi

    perhatian kepada perkara"perkara berikut/

    a) Laporan tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu, data

    kajian, persamaan matematik, senarai atur#ara #omputer, gambar dan

    sebagainya yang penting dan terlalu panjang untuk dimuatkan dalam teks

    atau yang tidak diperlukan se#ara langsung bagi menjelaskan perkara

    yang dibin#angkan dalam teks boleh disertakan dalam lampiran.

    b) Lampiran boleh diberi nama Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya

    bergantung kepada jenis dan kuantiti bahan yang disertakan sebagai

    lampiran.

    Sila merujuk kepada #ontoh dalam La*piran #.

    1.2.15 Kandungan te!%

    *eks dalam laporan terdiri daripada bab"bab dengan tajuk yang sesuai untuk

    membayangkan kandungan dalamnya. Setiap bab mesti dimulakan pada halaman baru.

    Bab boleh dipe#ahkan kepada bahagian yang diberi sub"tajuk. *ajuk dan sub"tajuk

    mestilah dinomborkan mengikut turutan. 3lakkan menulis perenggan yang panjang.

    Setiap perenggan sebaiknya menerangkan satu isu atau perkara dan hendaklah ada

    kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. Sila rujuk kepada

    #ontoh dalam La*piran Kdan La*piran L.

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    10/35

    1.2.11 $ala*an ruju!an

    2ujukan merupakan senarai bahan yang digunakan semasa menjalankan projek atau

    menyediakan laporan. Bahan"bahan rujukan boleh dalam bentuk buku, jurnal atau

    artikel, tesis, laporan dan sebagainya. 4ormat halaman rujukan ditunjukkan dalam

    La*piran .

    1.2.12 $ala*an la*piran

    Lampiran membolehkan pelajar memuatkan bahan yang dapat memberi penerangan

    tambahan kepada teks. Bahan"bahan ini termasuk jadual, #arta, atur#ara perisian dan

    lain"lain. 8leh kerana tiada $ormat yang ditetapkan, pelajar dibenarkan menentukan #ara

    persembahan masing"masing supaya lampiran laporan adalah kemas dan senang di#ari.

    9

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    11/35

    :

    BAB II

    SAI6 DAN 0ORA7 P/NULISAN LAPORAN

    2.1 Pen8ediaan laporan

    Laporan Aal Projek Diploma akan disemak dan dinilai oleh penyelia. Penyelia berhak

    menolak sebarang salinan laporan yang tidak mengikut $ormat penulisan seperti

    dinyatakan dalam buku panduan ini.

    2.2 Kerta% dan %ai9

    Semua halaman laporan mesti menggunakan kertas simili ;0 gsm yang berarna putih

    dan bermutu tinggi bersai< A9 (!10mm = !>?mm).

    2.3 #idar ,ala*an laporan

    Semua halaman laporan mesti mengikuti jidar 9 #m di sebelah kiri dan !.: #m di sebelah

    atas, kanan dan baah seperti ditunjukkan dalam 2ajah !.1.

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    12/35

    @

    2." Peno*'oran ,ala*an

    6ombor halaman diletak atas sudut sebelah kanan, 1.!: #m dari tepi atas dan !.: #m dari

    tepi sebelah kanan digit terakhir nombor berkenaan. 4ormat penomboran mesti mengikut

    panduan seperti berikut/

    a) Bahagian aal laporan yang bermula dengan -alaman *ajuk sehingga

    -alaman Senarai Lampiran, hendaklah dinomborkan dengan angka ke#il

    Roman (i, ii, iii dsb). ntuk bahagian kandungan laporan dan selepasnya

    dinomborkan dengan angkaRumi (1, !, dsb).

    b) -alaman pertama bagi setiap Bab tidak diletakkan nombor halamannya

    alaupun bilangan halaman tersebut diambilkira. 5ni termasuk halaman

    pertama bahagian aal laporan iaitu -alaman tajuk projek.

    2.& Peno*'oran 'a' dan %u':taju! dala* 'a'

    Setiap bab dan sub"tajuk dalam laporan perlu dinomborkan dengan teratur. Setiap bab

    laporan dinomborkan dengan angka besarRoman iaitu BAB 5, BAB 55 dan seterusnya.

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    13/35

    ?

    ntuk Sub"*ajuk angka Rumi digunakan dengan nombor pertama yang meakili

    nombor Bab dan diikuti dengan nombor Sub"*ajuk. Pelajar dinasihati supaya tidak

    menggunakan lebih daripada tiga tahap Sub"*ajuk untuk mengelakan kekeliruan dan

    kerumitan laporan.

    BAB 5 *ajuk Bab (Bab Laporan)

    1.1 *ahap Pertama (Sub"*ajuk)

    1.1.1 *ahap kedua (Sub"sub"*ajuk)

    1.1.1.1 *ahap ketiga (Sub"sub"sub"*ajuk)

    2.) 0or*at ruju!an

    2ujukan yang digunakan dalam laporan mesti dikenalpasti sumbernya. Semua bahan

    rujukan akan disenaraikan dalam halaman senarai rujukan mengikut $ormat yang

    ditetapkan oleh Pusat Pengajian Diploma.

    2.).1 Kaeda, *enuli% ruju!an dala* te!%

    Setiap bahan rujukan yang digunakan akan diberi nombor mengikut susunan angka

    Rumi. Bagi penulisan dalam teks, nombor rujukan dengan tanda kurungan selepas

    bahan yang dirujuk untuk ayat atau perenggan tersebut. ontohnya/

    Menurut Paredis 1 sebilangan besar masalah utama penjadualan dalam pelbagai

    bidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke dalam kelas masalah

    pengoptimuman kekangan.

    8leh itu penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi

    masalah pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular

    deasa ini !.

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    14/35

    ;

    2.).2 Panduan penuli%an %enarai ruju!an

    Dalam senarai rujukan, susunkan rujukan mengikut nombor rujukan se#ara berurutan

    seperti yang dirujuk dalam teks. 4ormat penulisan adalah berbe;9). CEngineering Economy.C @th edition.

    3ngleood li$$s, 6. ./ Prenti#e"-all. 1:0E1?;.

    2.).2.2.Arti!el dala* 'u!u

    6ama Pengarang Artikel (*ahun). Cudul Artikel.C Dalam. 6ama Pengarang Buku.

    Cudul Buku.C *empat *erbit/ Penerbit. -alaman yang dirujuk.

    ontoh/

    ! Sukiman Sarmani (1>;?). CPen#emaran 2adioakti$.C Dalam/ Ahmad Badri

    Mohamad. CPerspekti$ Persekitaran.C Petaling aya/ 4ajar Bakti. ?1 E ;?.

    2.).2.3.Arti!el dala* jurnal

    6ama Penulis (*ahun). Cudul Artikel.CJudul Jurnal. #ilid(6ombor). -alaman Artikel.

    ontoh/

    Billings. S. A. (1>;0). C 5denti$i#ation o$ 6onlinear Systems A Sur'ey.C Proc.

    Instrumentation Electrical Engineers,Part D. 12(@). !?!"!;9.

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    15/35

    >

    2.).2.".Arti!el daripada per%idangan

    6ama Penulis (*ahun). Cudul Artikel.C Tajuk Persidangan. *arikh Persidangan, *empat

    diterbitkan/ 6ama Penerbit. -alaman Artikel.

    ontoh/

    9 Sheta, A. 4. and De ong .+. (1>>@). FParameter 3stimation o$ 6onlinear

    Systems in 6oisy 3n'ironments sing eneti# Algorithms.C Proceedings of the 19

    IEEE International !ym"osium on Intelligent #ontrol. September 1:"1;, Dearborn,

    Mi#higan/ 5333. @0"@:.

    2.).2.&.7e%i%

    6ama Penulis (*ahun). Fudul *esis.C 6ama 5nstitusi/ *esis.

    ontoh/

    : Ahmad Gaki Abu Bakar (1>;>). FPemprosesan *eks Bahasa Melayu ntuk

    Pemahaman +omputer.Cni'ersiti *eknologi Malaysia/ *esis Ph.D.

    2.).2.).Pia;ai

    6ama 5nstitusi (*ahun). Cudul Piaai.C *empat *erbit/ (6ombor Piaai).

    ontoh/

    @ British Standards 5nstitution (1>;?). F*ongued And roo'ed So$tare 4looring.

    London.C London/ (BS 1!>?).

    2.).2..Paten

    6ama Pemilik (*ahun). Cudul Paten.C (6ombor Paten).

    ontoh/

    ? Lindgren, 3. A (1>@0). FS#reen 2oom Air 5nlet and &a'e uard.C (.S. Patent !,

    >!:, 9:?).

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    16/35

    10

    2.).3 Peti!an dala* te!%

    Petikan dalam teks hendaklah ditulis dalam perenggan yang berasingan. Petikan yang

    ditulis dalam bahasa lain hendaklah menggunakan huruf condong. ontohnyaH

    Model +os Membina $#onstructi%e #ost &odel' atau singkatannya 88M8 menyediakan

    model empirik bagi menganggar kos perisian. Bagaimanapun, Boehm ;1 sendiri telah

    memberi pandangan beliau tentang 88M8/

    Today( a soft)are cost estimation model is doing )ell if it can estimate soft)are

    de%elo"ment costs )ithin *+, of actual costs( -+, of the time( and on its o)n turf

    $that is )ithin the class of "rojects to )hich it has een calirated'. That is not as

    "recise as )e might like( ut it is accurate enough to "ro%ide a good deal of hel" insoft)are engineering economic analysis and decision making.

    2.)." Per%a*aan *ate*ati!

    Persamaan matematik atau persamaan lain mestilah ditulis di atas baris yang baru

    menggunakan Ce/uation editor microsoft )ordC. Persamaan juga hendaklah

    dinomborkan mengikut tertib mengikut nombor bab. Sebagai #ontoh/

    Menandakan persamaan yang ketiga dalam Bab I.

    2.).& Ruju!an dari internet

    &alaupun internet menyediakan sumber rujukan yang amat luas, namun maklumat

    dalam internet biasanya tidak kekal dan sentiasa mengalami pembaharuan dari semasa

    ke semasa. +eadaan ini menjadikannya sumber rujukan yang tidak sesuai untuk jangka

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    17/35

    11

    panjang. 8leh itu internet hanya sesuai dijadikan sebagai alat bagi mendapatkan sumber

    asal sesuatu rujukan sahaja.

    2. 0or*at taju! jadual

    adual yang dimuatkan ke dalam teks hendaklah dinomborkan dengan angka Rumi.

    Setiap jadual diberi tajuk yang diletak di atas jadual tersebut pada jarak satu baris.

    6ombor panggilan jadual berdasarkan Bab laporan dan turutan jadual yang ada dalam

    bab berkenaan. Setiap jadual mesti diletakkan pada kedudukan yang senang diruju

    daripada teks kandungan.

    2. 0or*at taju! raja,

    Semua bahan ilutrasi seperti peta, #arta, lukisan, gra$, gambarajah dan $otogra$ dikenali

    sebagai rajah dalam penulisan laporan. Setiap rajah hendaklah jelas dan bermutu tinggi.

    *ajuk rajah diletak di baah bahan ilutrasi tersebut pada jarak satu baris. 6ombor

    panggilan rajah berdasarkan Bab laporan dan turutan rajah yang ada dalam bab

    berkenaan. Setiap rajah mesti diletakkan pada kedudukan yang senang dirujuk daripada

    teks kandungan.

    2.4 0or*at penaipan

    Laporan mesti ditaip menggunakan komputer dengan menggunakan jenis huru$ Times

    0e) Roman, bersai< 1!. arak di antara baris dalam teks ialah satu setengah langkau.

    *ajuk Bab ditaip dengan huru$ besar dan diletak pada kedudukan tengah . Setiap Bab

    hendaklah dimulakan dengan halaman yang baru. Sub"*ajuk dalam Bab ditaip dengan

    huru$ tebal dan tidak digariskan. Setiap perkataan dalam Sub"*ajuk mesti dimulakan

    dengan huru$ besar.

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    18/35

    1!

    5si kandungan untuk setiap Bab mesti mengikuti panduan dan $ormat seperti

    dinyatakan di baah/

    a) -alaman permulaan Bab baru

    (i) arak di antara jidar atas dengan *ajuk Bab ialah !.:#m ataupun

    baris

    (ii) arak di antara *ajuk Bab dengan baris pertama teks ialah empat

    baris

    #) -alaman biasa

    (i) arak di antara Sub"*ajuk dengan perenggan sebelumnya ialah

    empat baris

    (ii) arak di antara Sub"*ajuk dengan perenggan selepasnya ialah dua

    baris

    (iii) arak di antara setiap perenggan ialah dua baris

    (i') Mulakan Sub"*ajuk berserta nombornya dari jidar kiri

    (') arak di antara perenggan dengan jadual dan rajah ialah satu baris.

    ontoh halaman boleh diperoleh daripada La*piran Ldan La*piran .

    2.15 Na%!a, (eta!an !o*puter

    Laporan asal mesti ditaip dengan menggunakan komputer dan di#etak dengan mesin

    #etak laser atau kualiti #etakan yang setara$ dengannya. Pelajar dibenarkan men#etak

    rajah laporan dalam bentuk berarna sekiranya ada.

    Salinan laporan boleh dibuat menggunakan mesin $otostat dengan syarat hasil

    kualiti yang memuaskan dan kandungan serta susunan salinan laporan adalah sama

    dengan salinan yang asal.

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    19/35

    1

    2.11 $ad *a!%i*u* *u!a%urat

    -ad maksimum Laporan Aal Projek Diploma mesti tidak melebihi 0 muka surat

    (teks) tidak termasuk lampiran, jadual, gambarajah dan lain"lain ilustrasi. Manakala,

    Laporan Akhir Projek Diploma mesti tidak melebihi :0 muka surat.

    2.12 Penjilidan laporan

    Laporan yang dihantar kepada penyelia mesti dijilid se#ara ta"e inding. Semua tulisan

    pada kulit depan laporan mesti di#etak dengan dakat berarna hitam.

    2.12.1 Kulit depan

    +ulit depan hendaklah mengandungi tajuk projek, nama pelajar dan nama uni'ersiti

    dengan huru$ besar.

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    20/35

    19

    BAB III

    LAPORAN DIGI7AL

    3.1 Pengenalan

    Selain daripada laporan akhir berjilid, pelajar juga dikehendaki menghantar satu salinan

    laporan dalam bentuk digital. *ujuan utama perlaksanaan laporan digital ialah

    memudahkan proses penyimpanan rekod projek dan pen#apaian laporan pelajar pada

    masa akan datang. Laporan digital ini perlu dimuatkan dalam akera Padat (D) dan di

    hantar bersama laporan berjilid.

    3.2 Kandungan laporan digital Proje! Diplo*a

    Laporan digital Projek Diploma terdiri daripada dua $ail iaitu $ail ringkasan dan $ail teks

    penuh. 4ail ringkasan bertujuan untuk pra"#apaian oleh umum. 4ail kedua terdiri

    daripada semua halaman teks laporan akhir selepas disemak oleh penyelia.

    3.2.2 0ail te!% penu,

    4ail *eks Penuh terdiri daripada semua kandungan laporan yang telah disemak oleh

    penyelia. 5ni termasuklah semua halaman aalan, halaman kandungan laporan serta

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    21/35

    1:

    semua lampiran sepertimana yang telah dikemukakan. Semua kandungan ini disimpan

    dalam satu $ail sahaja.

    3.3 Panduan pen8ediaan laporan digital Proje! Diplo*a

    Dalam proses penyediaan laporan digital, pelajar mesti mengikuti panduan dan syarat

    seperti berikut /

    (i) Iersi digital mestilah sama dengan 'ersi terakhir laporan berjilid.

    (ii) Laporan digital mesti disimpan dalam $ormat pd$.

    (iii) Semua halaman yang mengandungi tandatangan perlu diimbas.

    (i') Laporan digital perlulah dihantar dalam bentuk D. D yang digunakan mestilah

    jenis yang bermutu tinggi.

    (') Satu keping D berserta dua naskah laporan berjilid dan borang pengesahan perlu

    dihantar ke Pusat Pengajian Diploma mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    22/35

    1@

    RU#UKAN

    1 ni'ersiti *eknologi Malaysia (!00!). CPanduan Menulis *esis Dan Salinan 3"

    *hesis.C ohor Bahru/ Perpustakaan Sultanah Ganariah.

    ! Matti -elelJ, *uuli -uo'ila, 5rma Pulkkinen, Liisa 2oheder and uhani KlikerJlJ

    (!009). C*hesis 5nstru#tions.C -elsinki Business Polyte#hni#/ -elia Publi#ation.

    San 4ran#is#o State ni'ersity (!00). Fuidelines 4or the Preparation and

    Submission o$ *heses and &ritten reati'e &orks.C San 4ran#is#o/ San 4ran#is#o State

    ni'ersity.

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    23/35

    1?

    LAPIRAN A

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    24/35

    1;

    LAPIRAN B

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    25/35

    1>

    LAPIRAN +

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    26/35

    !0

    LAPIRAN D

    ontoh -alaman Penghargaan

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    27/35

    !1

    LAPIRAN /

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    28/35

    !!

    LAPIRAN 0

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    29/35

    !

    LAPIRAN G

    ontoh -alaman 2ajah

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    30/35

    !9

    LAPIRAN $

    ontoh -alaman adual

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    31/35

    !:

    LAPIRAN I

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    32/35

    !@

    LAPIRAN #

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    33/35

    !?

    LAPIRAN K

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    34/35

    !;

    LAPIRAN L

  • 7/26/2019 Garis Panduan Penulisan Laporan Projek Diploma Edisi 2015

    35/35

    !>

    LAPIRAN