penulisan jurnal reflektif

13
1.0 Penulisan Jurnal Reflektif Saya adalah seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Jasmani ambilan Januari 2011, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Pada praktikum fasa tiga ini saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Amar Penghulu yang terletak di Kuala Klawang, Jelebu. Sebagai seorang guru pelatih pendidikan jasmani dan telah berpengalaman menjalani praktikal di sekolah selama 2 semester maka banyak masalah yang dapat saya kenal pasti. Antara permasalahannya ialah, murid-murid tidak memakai baju sukan apabila pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan jasmani dijalankan, fenomena murid cepat letih, pembahagian kumpulan yang tidak seimbang, pembaziran masa dengan penyusunan alatan, kegagalan pasukan permainan dalam mewakili sekolah dan sebagainya. Berdasarkan pemasalahan yang telah disenaraikan, yang mencuri perhatian saya adalah berkaitan dengan kegagalan pasukan bola sepak sekolah merangkul kejuaraan bagi peringkat MSSD Jelebu. Berdasarkan pengamatan penglihatan saya terhadap pasukan bola sepak sekolah, rata-ratanya adalah terdiri daripada murid-murid tahap dua iaitu murid tahun 4, 5, dan 6.

Upload: abdul-mujib

Post on 19-Jan-2016

160 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

xxx

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan Jurnal Reflektif

1.0 Penulisan Jurnal Reflektif

Saya adalah seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Pendidikan Jasmani ambilan Januari 2011, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,

Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Pada praktikum fasa tiga ini saya telah

ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Amar Penghulu yang terletak di Kuala Klawang, Jelebu.

Sebagai seorang guru pelatih pendidikan jasmani dan telah berpengalaman menjalani

praktikal di sekolah selama 2 semester maka banyak masalah yang dapat saya kenal pasti.

Antara permasalahannya ialah, murid-murid tidak memakai baju sukan apabila pengajaran

dan pembelajaran (PdP) pendidikan jasmani dijalankan, fenomena murid cepat letih,

pembahagian kumpulan yang tidak seimbang, pembaziran masa dengan penyusunan alatan,

kegagalan pasukan permainan dalam mewakili sekolah dan sebagainya.

Berdasarkan pemasalahan yang telah disenaraikan, yang mencuri perhatian saya adalah

berkaitan dengan kegagalan pasukan bola sepak sekolah merangkul kejuaraan bagi peringkat

MSSD Jelebu. Berdasarkan pengamatan penglihatan saya terhadap pasukan bola sepak

sekolah, rata-ratanya adalah terdiri daripada murid-murid tahap dua iaitu murid tahun 4, 5,

dan 6. Mereka sememangnya mempunyai kebolehan dan kemahiran mereka yang tersendiri.

Apa yang telah saya perhatikan adalah murid-murid hanya mampu melakukan hantaran bola

kepada rakan sepasukan dengan menggunakan kaki dominan. Hal ini membuktikan mereka

tidak mempunyai kebolehan melakukan hantaran dengan kedua-dua belah kaki. Pekara ini

telah menyebabkan murid terpaksa mengambil masa yang lama untuk melakukan hantaran

kepada rakan kerana terpaksa menukar kaki dominan untuk melakukan hantaran. Pekara ini

telah menggangu taktikal dan rentak permainan pasukan bola sepak sekolah. Permasalahan

kecil ini sepatutnya tidak berlaku dalam pasukan bola sepak sekolah. Pekara ini dapat dilihat

semasa perlawanan persahabatan bersama pasukan bola sepak Sekolah Kuala Klawang yang

dijalankan.

Page 2: Penulisan Jurnal Reflektif

Untuk melakukan hantaran yang pantas dan tepat sememangnya memerlukan

penggunaan kaki bukan dominan murid supaya sentiasa aktif selaras bersama kaki dominan

dalam permainan bola sepak. Disamping itu, penggunaan kedua-dua belah kaki dapat

meningkatkan penggunaan otak muird agar lebih aktif berfikir serta dapat meningkatkan

kreativiti dikalangan murid terutamanya dalam sukan bola sepak.

Oleh itu, pelbagai kaedah dan latihan dilihat dapat dijalankan untuk mengatasi masalah

menghantar bola tepat kepada rakan dalam permainan bola sepak kerana kemahiran membuat

hantaran merupakan kemahiran asas dalam permainan bola sepak. Antara latihan yang boleh

dilakukan dalam meningkatkan kemahiran membuat hantaran leret kaki bukan dominan

dalam permainan bola sepak adalah latih tubi. Oleh itu, saya bercadang untuk merancang satu

program latihan yang diberi nama ‘pass it right’ yang diadaptasi daripada kaedah latihan

“passing,receiving and combination play’ yang direka oleh Steffen Freund,penolong jurulatih

kelab Chelsea Football Club yang berpengkalan di England. Latihan yang telah diubahsuai

ini lebih memfokuskan kepada hantaran leret kaki bukan dominan untuk  menghantar bola

kepada rakan.

Mengapa saya memilih untuk menjalankan kaedah latihan ‘pass it right’ kerana kaedah

latihan ini dapat meningkatkan penguasaan kaki bukan dominan bagi pemain bola sepak

sekolah dalam membuat hantaran kepada rakan yang lain ketika permainan dijalankan.

Melalui peningkatan penguasaan hantaran kedua-dua belah kaki iaitu mahupun dominan dan

bukan dominan diharapkan dapat meningkatkan mutu permainan pasukan bola sepak sekolah

dalam merangkul kejuaraan pada masa akan datang.

Page 3: Penulisan Jurnal Reflektif

2.0 Kritikan Jurnal

Mengenal Pasti Bakat Sukan Bola Sepak Dalam Pelajar Lelaki Berumur 14 dan 15

Tahun oleh Muhammad Hafiz Ismail, Ahmad Hashim dan Nelfianty Mohd Rashid

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti bakat sukan bola sepak dalam

kalangan pelajar lelaki berumur 14 dan 15 tahun. Kajian ini juga dilakukan bagi mendapatkan

kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak yang digunakan. Kajian yang dilaksanakan ini

melibatkan dua fasa. Fasa pertama kajian adalah untuk mendapat kesahan Ujian Spesifik

Sukan Bola Sepak yang melibatkan ujian menimang bola, ujian hantaran dekat, ujian

hantaran jauh, ujian menggelecek dan ujian menjaring. Manakala fasa kedua kajian ialah

mengenal pasti bakat sukan bola sepak dan menganalisis kesan pengaruh faktor fizikal, faktor

kecergasan dan faktor psikologi ke atas bakat sukan bola sepak. Dalam fasa pertama, seramai

40 orang pemain bola sepak telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Kaedah

persampelan rawak mudah digunakan untuk mendapatkan sampel kajian bagi kumpulan

pemain bola sepak bukan elit iaitu seramai 20 orang. Manakala bagi kumpulan pemain bola

sepak elit kaedah persampelan bertujuan digunakan yang turut melibatkan 20 orang pemain.

Dalam fasa kedua kajian, seramai 108 orang pemain telah dipilih sebagai sampel kajian

dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis. Data dianalisis menggunakan

statistik deskriptif, korelasi, analisis kebolehpercayaan, ujian-t, dan analisis regrasi pelbagai.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak sah digunakan dalam

kalangan pemain bola sepak lelaki berumur 14 dan 15 tahun Hasil analisis turut menunjukkan

terdapat perbezaan yang signifikan dalam Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak secara

keseluruhan bagi kumpulan pemain bola sepak elit dengan kumpulan pemain bola sepak

bukan elit dengan nilai t (38) = 2.910, p = .000. Seterusnya hasil kajian mendapati enam

daripada 13 pemboleh ubah peramal bakat dalam sukan bola sepak iaitu fleksibiliti, kekuatan

otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, keyakinan diri dan orientasi ego merupakan

Page 4: Penulisan Jurnal Reflektif

peramal bagi bakat dalam sukan bola sepak dalam kalangan pemain berumur 14 dan 15

tahun. Kombinasi keenam-enam pemboleh ubah menyumbang sebanyak 96.9 peratus varians

kepada pemboleh ubah kriteria iaitu bakat sukan bola sepak [F(13,94) = 225.820, p = .000 p

≤ .05)]. Kajian ini juga mengemukakan model mengenal pasti bakat sukan bola sepak, khusus

kepada pemain lelaki berumur 14 dan 15 tahun.

Pada pendapat saya kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji sememangnya telah

menepati kehendak persoalan yang telah dibangkitkan. Kajian yang dijalankan adalah bersifat

eksperimental dan terdapat perbandingan kumpulan-kumpulan yang tertentu. Oleh itu, Ujian

t-test telah digunakan untuk membuat perbandingan antara kedua-dua kumpulan ini. Ujian

Spesifik Sukan Bola Sepak telah menjadi pengukur keberkesanan program yang telah

dijalankan selama empat minggu. Hasil dapatan kaijian juga menunjukkan perubahan

peratusan yang bermakna program yang telah dijalankan dapat menmbuahkan kesan yang

positif.

Meningkatkan Penggunaan Kaki Bukan Dominan Dalam Permainan Bola Sepak

Tahun 4 Di Sekolah Kebangsaan Seremban 2A oleh Abdul Hadi bin Senayan

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pengunaan kaki bukan dominan dalam permainan

bola sepak dikalangan murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Seremban 2A. Untuk

meningkatkan mutu permainan bola sepak negara, pendedahan diperingkat akar umbi dalam

pelbagai kemahiran perlu diterapkan. Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai ialah

penguasaan kedua-dua belah kaki iaitu kaki dominan dan bukan dominan.. Kajian tindakan

ini menggunakan pemerhatian dalam pengumpulan data Hasil dari dapatan kajian ini murid

dapat bermain dengan lebih baik sekirannya penguasaan kedua-dua belah kaki dengan baik,

berbanding murid yang hanya menggunakan sebelah kaki sahaja semasa bermain.

Page 5: Penulisan Jurnal Reflektif

Pada pendapat saya, kajian ini ingin membuktikan bahawa penguasaan kedua-dua

belah kaki terhadap kemahiran dalam sukan bola sepak dapat meningkatkan mutu permainan

seseorang ke satu tahap yang lebih baik. Namun, kajian ini bersifat umum terhadap

kemahiran yang ingin difokuskan, maka pada pandangan saya kajian boleh dijalankan dengan

memfokuskan kepada satu kemahiran tertentu supaya kesahan dapat dibuktikan.

“Mike Style”:Strategi Bagi Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Tendangan Leret

Untuk Menghantar Kepada Rakan Menggunakan Bahagian Dalam Kaki Oleh Michael

Beti Tuang

 Kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran tendangan leret untuk

menghantar bola kepada rakan dengan menggunakan bahagian dalam kaki di dalam

permainan bola sepak. Subjek kajian terdiri daripada enam orang murid Tahun 4 Sekolah

Kebangsaan Saint Ambrose Panchor, Serian. Kaedah latihan “Mike Style” yang telah

diubahsuai daripada latihan “passing, receiving & combination play” digunakan untuk

strategi tindakan bagi kemahiran ini. Di samping itu, strategi tindakan untuk kemahiran itu

turut dibantu melalui pengajaran teknik ansur maju yang betul dengan memasukkan elemen

inovasi iaitu menggunakan kayu berbentuk “L”. Data kajian untuk kajian tindakan ini

dikumpul menggunakan pemerhatian, borang skor mingguan, serta data semasa ujian pra-

kemahiran dan ujian pasca-kemahiran. Selepas pelaksanaan strategi tindakan selama empat

minggu, didapati bahawa semua subjek kajian dapat menguasai kemahiran tendangan leret

untuk menghantar bola kepada rakan dengan menggunakan bahagian dalam kaki dengan

baik. Hasil dapatan kajian melalui ujian pra-kemahiran dan ujian pasca-kemahiran juga telah

membuktikan bahawa kaedah latihan “Mike Style” ini telah berjaya membantu subjek kajian

Page 6: Penulisan Jurnal Reflektif

bagi  menguasai kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan 

menggunakan bahagian dalam  kaki dengan baik.

Pada pendapat saya kajian ini menggunakan kaedah latihan yang diubahsuai daripada

kaedah latihan yang asal supaya penyesuaian dapat dilakukan berdasarkan subjek yang dikaji.

Tambahan pula, teknik ansur maju turut diaplikasi dalam kajian ini yang membolehkan

subjek kajian menguasai kemahiran daripada peringkat mudah ke susah.

Impulse Production Of Dominant and Non-Dominant Limbs Of Younger Soccer

Players by Cristiane Bhering Moretzsohn Silva, Rafaella Amaral Fonseca, Fabianna

Moraes Jesus, Camila Maria Castro Silveira, Mauro Heleno Chagas, Hans-Joachim

Menzel Federal University of Minas Gerais, Belo Horizonte, Brazil

The aim of this study was to compare the impulse production between the dominant

and non-dominant limb of soccer players during countermovement jumps on a double force

platform. A bilateral difference of more than 15% was considered as significant. Therefore a

nonparametric contingency test between dominant or non-dominant limbs and the existance

of lateral differences, and a paired t-test were performed. No significant differences were

found for impulse production between dominant and non-dominant limbs (p=0,067).

However, for 15 of the 36 individuals (41%) a more than 15% greater momentum production

was found for the dominant than for the non-dominant limb. For identification of individual

bilateral differences, countermovement jumps on a double force platform seem to be an

adequate method.

Kajian ini membuktikan tindak balas yang diterima diantara kaki dominan dan bukan

dominan yang dilakukan oleh pemain bola sepak ketika melakukan lompatan. Momentum

yang dihasilkan dipengaruhi oleh berat badan subjek. Oleh itu, Ujian t-test telah digunakan

Page 7: Penulisan Jurnal Reflektif

untuk membuat perbandingan antara kedua-dua kaki. Namun tiada perbezaan yang ketara

dapat dibuktikan tentang tindak balas kedua-dua kaki.

Satu Kajian Terhadap Prestasi Pemain Bola Sepak Johor Setelah Menjalani

Pembedahan Lutut oleh Veronica Rajes Shanmukam

Bola sepak merupakan salah satu permaian yang terkenal bukan sahaja di Malaysian

tetapi juga di dunia. Kecederaan sering berlaku dalam kebanyakkan sukan. Bola sepak

merupakan sejenis permainan yang berbentuk sentuhan. Kecederaan berlaku tanpa disedari

ataupun melalui kemalangan. Permainan bola sepak mencatatkan kadar kecederaan yang

tertinggi di bahagian lutut. Kebiasaanya kecederaan lutut yang melibatkan ligamen, tendon

dan patella akan membawa ke pembedahan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan

berlakunya kecederaan lutut semasa bermain. Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau

sejauh manakah rawatan moden yakni cara pembedahan boleh mempengaruhi prestasi

pemain Bola Sepak Johor. Seramai 3 pemain Bola Sepak Johor yang pernah menjalani

pembedahan meniscal repair di bahagian lutut dan masih giat bermain dipilih. Sampel yang

terlibat adalah berusia dalam lingkungan 19-26 tahun. Dua jenis ujian telah dijalankan ke atas

sampel iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Kedua-dua ujian ini dijalankan dengan menggunakan

‘Bench Step Test’. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian

‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) versi 11.5. Hasil penyelidikan menunjukkan

bahawa tidak terdapat perbezaan sinifikan terhadap prestasi pemain Bola Sepak Johor

sebelum dan selepas menjalani pembedahan lutut berdasarkan nilai-t yang diperolehi. Jika

rawatan pemulihan dilakukan dengan teratur dan baik, maka atlit dapat beraksi dengan baik

seperti sediakala. Secara kesimpulannya, tidak terdapat perbezaan terhadap prestasi pemain

bola sepak sebelum dan selepas pembedahan lutut.

Page 8: Penulisan Jurnal Reflektif

Pada pendapat saya kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji sememangnya telah

menepati kehendak persoalan yang telah dibangkitkan. Kajian yang dijalankan adalah bersifat

eksperimental dan terdapat prestasi. Oleh itu, dua jenis ujian telah dijalankan ke atas sampel

iaitu Ujian Pra Dan Ujian Pos yang menggunakan bateri ujian ‘Bench Step Test’ dalam

membuat perbandingan prestasi sebelum dan selepas rawtan. Jelas dibuktikan bahawa tidak

terdapat perbezaan terhadap prestasi pemain bola sepak sebelum dan selepas pembedahan

lutut sekiranya pemain mengikuti proses pemulihan seperti yang dijadualkan.