penulisan esei - satu pengenalan

6
KENALI SOALAN MUDAHKAN PENULISAN Langkah-langkahnya; 1. mengenalpasti kehendak soalan 2. pastikan di mana kedudukan setem soalan sama ada di hadapan, di tengah atau akhir soalan. Jika setem soalan di hadapan contohnya BINCANGKAN faktor dan langkah meningkatkan mutu sukan maka pembahagian skema ada 3+2/ 2 + 3 iaitu 3 faktor dan 2 langkah/ 2 faktor dan 3 langkah Kaedah Penulisan Karangan Secara Berkesan 1. Kaedah Memahami soalan esei Konsep Calon haruslah mahir memahami kehendak soalan. Kepelbagaian kehendak soalan sering memerangkap calon sehingga terdapat calon yang mengarang karangan yang menyeleweng. Pemarkahan untuk karangan yang menyelewang adalah 1 markah. Sekiranya keadaan ini berlaku maka pemarkahan calon bagi Kertas 2 akan menjadi rendah kerana sumbangan markah bagi karangan amat besar berbanding bahagian yang lain 1.1 Karangan Satu Aliran Karangan jenis ini menggunakan kombinasi jawapan 5 + 0 Calon mesti memberi 5 idea yang sama kategorinya atau sama jenisnya berdasarkan kata kunci dan tajuk. Karangan 1 aliran mempunyai 3 jenis iaitu i. 1 aliran terbuka, ii. 1 aliran tertutup dan iii. soalan yangmemberi 1 idea percuma dan 4 idea setara yang lain yang perlu difikirkan oleh calon. i. Soalan 1 aliran terbuka Kata kunci dan isu yang diketengahkan mempunyai perkaitan yang rapat. Contoh soalan: Golongan Orang Kurang Upaya sering dipinggirkan oleh pelbagai sektor dalam bidang produktiviti. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku. Ayat pertama hanya melibatkan pernyataan tajuk sementara ayat kedua mengandungi kata kunci dan tajuk soalan .Oleh itu calon hanya perlu memahamkan kehendak ayat kedua sahaja. Kesimpulannya,soalan ini memerlukan 5 idea faktor orang kurang upaya dipinggirkan Contoh idea (faktor OKU dipinggirkan dalam bidang pekerjaan)

Upload: waheeda

Post on 03-Dec-2015

258 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengajian Am

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan Esei - Satu Pengenalan

KENALI SOALAN MUDAHKAN PENULISAN

Langkah-langkahnya;

1. mengenalpasti kehendak soalan2. pastikan di mana kedudukan setem soalan sama ada di hadapan, di tengah atau akhir soalan. Jika

setem soalan di hadapan contohnya BINCANGKAN faktor dan langkah meningkatkan mutu sukan maka pembahagian skema ada 3+2/ 2 + 3 iaitu 3 faktor dan 2 langkah/ 2 faktor dan 3 langkah

Kaedah Penulisan Karangan Secara Berkesan

1. Kaedah Memahami soalan esei

Konsep

Calon haruslah mahir memahami kehendak soalan. Kepelbagaian kehendak soalan sering memerangkap calon sehingga terdapat calon yang mengarang karangan yang menyeleweng. Pemarkahan untuk karangan yang menyelewang adalah 1 markah. Sekiranya keadaan ini berlaku maka pemarkahan calon bagi Kertas 2 akan menjadi rendah kerana sumbangan markah bagi karangan amat besar berbanding bahagian yang lain

1.1 Karangan Satu Aliran

Karangan jenis ini menggunakan kombinasi jawapan 5 + 0

Calon mesti memberi 5 idea yang sama kategorinya atau sama jenisnya berdasarkan kata kunci dan tajuk.

Karangan 1 aliran mempunyai 3 jenis iaitu i. 1 aliran terbuka, ii. 1 aliran tertutup dan iii. soalan yangmemberi 1 idea percuma dan 4 idea setara yang lain yang perlu difikirkan oleh calon.

i. Soalan 1 aliran terbuka

Kata kunci dan isu yang diketengahkan mempunyai perkaitan yang rapat.

Contoh soalan:Golongan Orang Kurang Upaya sering dipinggirkan oleh pelbagai sektor dalam bidang produktiviti. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku.

Ayat pertama hanya melibatkan pernyataan tajuk sementara ayat kedua mengandungi kata kunci dan tajuk soalan .Oleh itu calon hanya perlu memahamkan kehendak ayat kedua sahaja. Kesimpulannya,soalan ini memerlukan 5 idea faktor orang kurang upaya dipinggirkan

Contoh idea (faktor OKU dipinggirkan dalam bidang pekerjaan)

Idea1.sikap majikan2.kongkongan dan kebimbangan keluarga3.sikap masyarakat4.faktor dalaman golongan OKU itu sendiri

ii. Soalan 1 aliran tertutupSoalan jenis ini menggunakan idea utama yang dikaitkan dengan isu atau soalan. Kata kunci hadir selepas pernyataan soalan dan lazimnya menggunakan bincangkan, ulaskan dsb.Oleh itu calon perlu memikirkan idea yang lahir berdasarkan idea utama dengan isu/tajuk. Seringkali idea yang difikirkan bersifat khusus atau kecil

Contoh soalan:Sikap negatif masyarakat menyebabkan golongan orang kurang upaya sering dipinggirkan dalam bidang pekerjaan produktif. Ulaskan pernyataan ini.

Ulasan:

Page 2: Penulisan Esei - Satu Pengenalan

Sikap negatif masyarakat ialah idea utama sementara golongan orang kurang upaya yang dipinggirkan merupakan isu./tajuk.Kedua-dua elemen tersebut dikaitkan secara langsung dalam satu ayat dan calon akan memikirkan idea yang relevan berdasarkan dua pernyataan itu Hal ini bermakna calon perlu memberi idea sampingan berdasarkan idea utama

Contoh idea1.masyarakat memandang rendah2.masyarakat kurang yakin kemampuan3.masyarakat yang kurang simpati4.masyarakat yang hanya mementingkan keuntungan

iii. Soalan 1 aliran dengan 1 idea percuma

Soalan jenis ini menyediakan 1 idea secara percuma dalam pernyataan pertama. Calon dikehendaki memikirkan 4 idea lain yang setara berdasarkan pernyataan soalan.

Contoh soalan:Sikap merendah diri golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi pencetus mereka dipinggirkan oleh masyarakat, namun masih terdapat pencetus-pencetus yang lain. Ulaskan.

Ulasan:Soalan ini membincangkan punca OKU dipinggirkan oleh masyarakat. Dalam pernyataan pertama, telah tersedia idea pertama yang wajib diambil oleh calon. Calon hanya memikirkan 4 punca yang lain. Calon yang memberi 5 idea tanpa mengambil idea percuma maka 4 idea sahaja akan diambil kira. Oleh itu kombinasi jawapan ialah 1 + 4.

Contoh idea1.sikap merendah diri OKU (idea percuma yang wajib diambil)2.kekurangan latihan dan kemahiran3.sikap negative masyarakat4.dasar dan perundangan kerajaan

2. Soalan 2 aliran

KonsepSoalan 2 aliran memerlukan kombinasi jawapan 3 + 2/ 2 + 3

2.1. Soalan dua aliran yang mempunyai satu isu/tajuk tetapi mempunyai dua kata kunci

Contoh soalan:

Penggunaan kad kredit tidak beretika menimbulkan seribu satu masalah kepada pengguna, akan tetapi penggunaannya secara berhemah membawa manfaat kepada pengguna. Bincangkan

Ulasan:Soalan ini mempunyai satu isu/tajuk iaitu penggunaan kad kredit tetapi kata kunci soalannya mempunyai dua iaitu menimbulkan masalah dan membawa manafaat. Oleh itu calon perlu memberi dua idea masalah dan dua idea manafaat. Keseimbangan jumlah idea berdasarkan dua kata kunci perlulah dipatuhi (2 + 3/ 3 + 2)

Contoh idea7Keburukan kad kredit1. beban hutang2. berbelanja tanpa kawalan (boros)3. penggunaan kad yang tidak menyeluruh (terhad)

Kebaikan kad kredit1.mempunyai cirri-ciri keselamatan2.memudahkan urusan kaunter3.dilindungi insuran

Page 3: Penulisan Esei - Satu Pengenalan

2.2.Soalan dua aliran yang mempunyai dua isu/tajuk tetapi mempunyai satu kata kunci soalan

Soalan ini mempunyai dua isu/tajuk yang berbeza tetapi kata kunci yang diajukan dalam soalan mempunyai satu sahaja dan kata kunci yang sama maksudnya.

Contoh soalanPenggunaan kad kredit membawa impak yang positif, namun penggunaan wang tunai juga tidak dinafikan mempunyai kebaikan yang tersendiri. Bincangkan

UlasanSoalan ini mempunyai dua isu/tajuk yang berbeza iaitu penggunaan kad kredit dan wang tunai. Namun demikian kata kunci soalan yang mengiringi tajuk mempunyai persamaan walaupun menggunakan istilah yang berbeza. Kesimpulannya soalan ini berkehendakkan calon memikirkan kebaikan kad kredit dan kebaikan wang tunai. Oleh itu calon perlu membahagikan idea secara seimbang (2 + 3 / 3 + 2)

Idea

Kebaikan kad kredit1.selamat2.mudah dibawa3.dilindungi insuran

Kebaikan wang tunai1.penggunaan tanpa batasan ruang dan waktu2.dapat mengatasi masalah boros ketika berbelanja

3.Soalan tiga aliranKonsepSoalan berbentuk tiga aliran menggunakan satu isu/tajuk tetapi mempunyai tiga kata kunci soalan yang berbeza. Oleh itu calon boleh membuat pilihan kombinasi jawapan berdasarkan 1 + 1 + 3 atau 1 + 3 + 1 atau 3 + 1 + 1. Sekiranya calon tidak mematuhi kombonasi jawapan maka dua idea sahaja akan diambil kira. Lazimnya soalan ini berbentuk soalan aliran tertutup

Contoh soalanMakanan suplemen telah menjadi pilihan rakyat pada masa sekarang namun masih ada rakyat negara kita yang tidak mengambil makanan tersebut. Pengambilan makanan suplemen boleh mendatangkan kesan negatif jika tidak mendapat nasihat doktor. Bincangkan.

UlasanSoalan ini mempunyai tiga pernyataan dan diikuti oleh kata kunci soalan (bincangkan). Calon perlu memikirkan mengapa rakyat Malaysia gemar mengambil makanan suplemen. Calon juga perlu memikirkan mengapa masih ada rakyat yang tidak mengambil makanan tersebut. Akhir sekali calon juga perlu memikirkan kesan negatif pengambilan makanan suplemen..

Idea

Mengapa rakyat mengambil makanan suplemen1.Memulih dan memelihara kesihatan2.Menyingkirkan toksik dalam badan3.Meningkatkan tenaga

Mengapa terdapat segelintir rakyat tidak mengambilnya1.Harga yang mahal/pembaziran/kurang kemampuan2.Tidak memahami/tidak mendapat maklumat

Kesan negatif makanan suplemen1.Keracuanan2.Alahan3.Merosakkan organ dalaman

Page 4: Penulisan Esei - Satu Pengenalan

4.Soalan perbandingan

KonsepSoalan bentuk perbandingan menggunakan dua isu/tajuk yang berbeza. Kata kunci yang diajukan ialah calon dikehendaki membezakan ciri yang dikehendaki tetapi berapaksikan elemen yang sama. Calon yang tidak berpaksikan elemen yang sama ketika membuat perbandingan dianggap menyeleweng

Contoh soalanPerkembangan Institusi Pendidikan Swasta bergerak seiring dengan perkembangan Institusi Pendidikan Awam di negara kita. Bincangkan perbezaan ciri antara kedua-dua institusi tersebut?

UlasanCalon dikehendaki memikirkan ciri yang sama antara kedua-dua isu tetapi perlu membuat perbandingan ciri secara serentak dalam satu perenggan. Begitu juga huraian idea yang diberi mesti menampakkan perbezaan yang amat ketara. Calon yang gagal membuat perbandingan, idea yang diberi mungkin dianggap tidak relevan dan jika hujahan tidak menunjukkan perbandingan maka markah hujahan juga akan menjadi rendah

Idea1.Kos (perbelanjaan)2.Bahasa pengantar3.Kemudahan prasarana4.Kursus

Contoh huraian yang diterimaIPTS menggunakan kos pengajian yang tinggi sementara kos pengajian di IPTA adalah rendah. Kos pengajian di IPTS tinggi kerana institusi ini mengenakan yuran yang mahal sementara kos pengajian di IPTA rendah kerana yuran yang dikenakan jauh lebih murah. Malahan IPTS mengenakan bayaran tempat tinggal yang mahal sementara IPTA mengenakan bayaran tempat tinggal yang jauh lebih rendah. Tidak ketinggalan juga IPTS berorientasikan keuntungan tetapi IPTA banyak berorientasikan kebajikan. Semua keadaan ini menyebabkan kos pengajian di IPTS lebih mahal berbanding IPTA

5 .Soalan karangan berbentuk peribahasa

KonsepSoalan ini dimulakan dengan peribahasa dan diikuti dengan kata kunci soalan serta isu/tajuk

Contoh soalanBulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat.Bincangkan peribahasa tersebut dalam konteks perpaduan negara?

UlasanCalon dikehendaki mendefinisikan peribahasa yang diberi dan definisi serta huraian peribahasa dianggap idea pertama calon. Kemudian calon dikehendaki mengaitkan maksud peribahasa tersebut dengan isu/tajuk yang diberi. Perkaitan peribahasa dengan isu/tajuk dianggap idea calon. Calon yang tidak memberi definisi peribahasa tetapi hanya mengaitkan peribahasa dengan isu/tajuk maka idea maksima calon ialah tiga sahaja.

Idea1.Definisi peribahasa

Perkaitan definisi dengan isu/tajuk1.Wujudnya toleransi2.Wujudnya kerjasama3.Wujudnya interaksi sosial