penulisan bhga-1217083398334973-9
DESCRIPTION
Tips Penulisan Bahagian ATRANSCRIPT
TIPS MENULIS AYAT
• Cari aktiviti / suasana / kegunaan dalam gambar.
• Bulatkan.• Tulis aktiviti / suasana / kegunaan.• Bina ayat mudah jika takut salah.• Bina ayat lebih gramatis jika yakin betul.
menjual
• Pak Abu menjual sayur-sayuran di gerainya.
• Pak Abu menjual tembikai dan pelbagai jenis sayur yang segar di gerainya.
membawa
• Puan Siti membawa bakul ke pasar.
• Puan Siti membawa sebuah bakul ke pasar untuk mengisi barang-barang yang dibeli.
menunggu
• Encik Wong menunggu daging yang dipotong oleh penjual daging itu.
• Encik Wong dan anaknya berdiri di hadapan gerai untuk menunggu daging yang dipotong oleh penjual daging itu.
menimbang
• Pak Cik Seong menimbang ikan untuk wanita itu.
• Pak Cik Seong menimbang ikan yang ingin dibeli oleh pelanggannya.
membayar
• Wanita itu membayar harga ikan kepada Pak Cik Seong.
• Wanita itu membayar harga ikan yang dibelinya kepada Pak Cik Seong.
ternampak
• Wei Jie ternampak sebuah rumah terbakar.
• Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Wei Jie ternampak sebuah rumah sedang terbakar.
menelefon
• Wei Jie menelefon bomba dengan telefon awam.
• Wei Jie segera menelefon bomba di pondok telefon awam yang berhampiran.
memadamkan api
• Ahli bomba memadamkan api bersama-sama.
• Ahli bomba bertungkus-lumus memadamkan api yang marak itu.