pentaksiran formatif

3
Pentaksiran Formatif direka bagi tujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran apa yang dipelajari diajalankan secara informal, seperti pemerhatian, soal jawab, pembacaan, kuiz dan kerja-rumah kesilapan di perbetulkan serta merta boleh digunakan untuk mentaksir kemajuan pembelajaran melalui ujian pensil dan kertas keputusan ujian dicatatkan dalam rekod kemajuan murid membuat dan mengambil keputusan berikutan seperti menempatkan kumpulan pelajar mengikut tahap, menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan Oleh itu, pentaksiran formatif adalah untuk membimbing dan memperbaiki pembelajaran yang termasuklah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan, membimbing pembelajaran, penempatan dan pemilihan dan mengenalpasti dan mengesan kemajuan potensi Pentaksiran Sumatif meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran selepas beberapa unit pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan ketika sesi persekolahan, pertengahan tahun dan akhir tahun biasanya ujian pensil dan kertas yang formal atau ujian bertulis digunakan untuk menentukan dan memberi gred digunakan untuk menentukan pencapaian murid dan keputusan ujian boleh digunakan untuk tujuan mengadakan aktiviti susulan , pemulihan dan pengayaan di catatkan didalam rekod kemajuan murid, untuk membuat pemilihan dan penempatan ke aliran kumpulan yang sesuai

Upload: john7995

Post on 01-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Penting

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran Formatif

 

Pentaksiran Formatif

•          direka bagi tujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam

menguasai kemahiran apa yang dipelajari

•          diajalankan secara informal, seperti pemerhatian, soal jawab, pembacaan, kuiz

dan kerja-rumah

•          kesilapan di perbetulkan serta merta

•          boleh digunakan untuk mentaksir kemajuan pembelajaran melalui ujian pensil

dan kertas

•          keputusan ujian dicatatkan dalam rekod kemajuan murid

•          membuat dan mengambil keputusan berikutan seperti menempatkan kumpulan

pelajar mengikut tahap, menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan

 Oleh itu, pentaksiran formatif adalah untuk membimbing dan memperbaiki

pembelajaran yang termasuklah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan,

membimbing pembelajaran, penempatan dan pemilihan dan mengenalpasti dan

mengesan kemajuan potensi        

 

Pentaksiran Sumatif  

•          meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran selepas beberapa unit pembelajaran

dan pengajaran yang  dijalankan ketika sesi persekolahan, pertengahan tahun

dan akhir tahun

•          biasanya ujian pensil dan kertas yang formal atau ujian bertulis

•          digunakan untuk menentukan dan memberi gred

•          digunakan untuk menentukan pencapaian murid dan keputusan ujian boleh

digunakan untuk tujuan mengadakan aktiviti susulan , pemulihan dan pengayaan

•          di catatkan didalam rekod kemajuan murid, untuk membuat pemilihan dan

penempatan ke aliran kumpulan yang sesuai  

•          dijalankan terutamanya untuk menentukan pencapaian dalam kelas dan

membuar perbandingan diantara satu dengan lain

•          dijalankan pada pertengahan tahun, akhir tahun pengajian seperti UPSR,

Penilaian Berasaskan Sekolah (SBE), PMR, SPM dan STPM

•          Menentukan gred mengikut tahap pencapaian dan sijil diberikan

 

Page 2: Pentaksiran Formatif

Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu;

·         Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan

tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran

pembelajaran atau assessment for learning)

·         Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan

tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa

yang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning)

 

Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat

ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor

malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid

dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan

terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara

berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau

verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak

berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.

 

Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang

tahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat

(kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran.

Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula

oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahun

berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid

yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.