pentaksiran dlm pendidikan pemulihan

7
http://cikgunazifah.blogspot.com/2010/05/pentaksiran-dalam-pendidikan- khas.html PENGENALAN Konsep dan Definisi Dalam konteks pendidikan, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran dibuat mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Di samping itu juga, pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam tempoh satu masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Pentaksiran dalam Pendidikan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Upload: jidinalfredo

Post on 08-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Boleh dijadikan rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran Dlm Pendidikan Pemulihan

http://cikgunazifah.blogspot.com/2010/05/pentaksiran-dalam-pendidikan-khas.html

PENGENALAN

Konsep dan Definisi Dalam konteks pendidikan, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.   

Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran dibuat mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Di samping itu juga,  pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam tempoh satu masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya.

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Page 2: Pentaksiran Dlm Pendidikan Pemulihan

 Matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.  

Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. 

Manakala, menurut Popham (2000), beliau berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.

Page 3: Pentaksiran Dlm Pendidikan Pemulihan

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Manakal menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu. 

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran merupakan proses yang melibatkan pengumpulan data-data kuantitatif mengenai pembelajaran atau perubahan perlakuan pelajar akibat daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai kuantitatif ini melambangkan tahap atau kedudukan pencapaian pelajar dalam sesuatu aspek yang dinilai. 

Pentaksiran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti ujian, pemerhatian, temu bual, projek, portfolio dan sebagainya. Pemilihan kaedah bergantung kepada jenis maklumat yang diperlukan. Umapamanya, kemahiran bermain hoki boleh diukur melalui pemerhatian sementara nilai dan sikap boleh diukur melalui temu bual.  Oleh itu, kita perlulah menggunakan kaedah dan alat ukur yang sesuai agar pentaksiran yang dibuat itu sah. 

Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan

Page 4: Pentaksiran Dlm Pendidikan Pemulihan

perkembangan mereka. Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.  

OBJEKTIF PENTAKSIRAN  

Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut: i.     Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.  ii.    Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.  iii.  Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa   ke semasa iv.   Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.  v.    Mengesan keberkesanan pengajaran.  vi.   Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.   

TUJUAN PENTAKSIRAN i.      Mengesan keberkesanan pengajaran. ii.     Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.  iii.    Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. iv.    Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. v.     Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa.  vi.    Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.   vii.   Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran. viii.  Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. ix.    Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran. x.     Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. 

PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN

·         Instrument·         Kumpulan yang ditaksir·         Respon·         Kumpulan yang menaksiran

Page 5: Pentaksiran Dlm Pendidikan Pemulihan

·         Skor

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN

·      Kesahan skor        Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan.

·      Kebolehpercayaan Skor        Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan.

·      Keobjektifan        Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor

·      Kebolehtadbiran      Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau  berasaskan sekolah.

·     Kemudahtafsiran       Meklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian.

·     Kekomprehensifan      Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran atau pengajaran. 

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 1. Mengenalpastia masalah

Ø  Dapat mengesan pelajar sama ada dapat menguasai kemahiran dalam bacaan dan mengira.

Ø  Guru dapat mengesan punca kelemahan pelajar dan kekuatan pelajar.Ø  Dapat mengesan pelajar yang berisiko tinggi sama ada perlu diberi rawatan 

segera. 2. Penempatan

Ø  Tahap pencapaian pelajar untuk penempatan seperti kelas khas, pemulihan.Ø   Penempatan yang sesuai penting untuk mereka supaya dapat membantu

mereka mendapat perkhidmatan yang khusus. 3. Pemilihan strategi pemulihan

Ø  Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik supaya mereka senang menguasai kemahiran.

Ø  Persediaan RPI sebelum pengajaran dijalankan dan tetapkan objektif pembelajaran.

Page 6: Pentaksiran Dlm Pendidikan Pemulihan

Ø  Menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk belajar bahasa.

Ø   Apabila mereka telah diajar sesuatu, perkara tersebut harus sentiasa berulang-ulang supaya mereka senang ingat kemahiran.PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN a) Merancang: Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut: i.       Mengenal pasti murid yang hendak dinilai. ii.       Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.  iii.       Menentukan instrumen yang hendak digunakan. iv.       Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.  xi.        Menentukan tempoh masa pemerhatian. xii.       Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran. 

b) Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut: i. Tujuan yang jelas.  ii. Menepati apa yang hendak dinilai.  iii. Item boleh diukur. iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja. 

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN  Jenis-jenis pentaksiran dalam pendidikan khas boleh dikategorikan kepada:                i.    Pentaksiran Kemahiran Pembelajaran Asas

       ii.    Pentaksiran Sosial dan Tingkah Laku       iii.    Pentaksiran Kemahiran Lisan       iv.    Pentaksiran Kemahiran Bacaan        v.    Pentaksiran Kemahiran Menulis        vi.    Pentaksiran Kemahiran Matematik 

Pembaca kami juga menyukai

TEMA HARI GURU 2009 "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Program Khidmat Dalam Komuniti

PRINSIP PEMBINAAN UJIAN

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Page 7: Pentaksiran Dlm Pendidikan Pemulihan

0 ulasan:

Catat Ulasan