pentaksiran dan tindakan penambahbaikan

4
Kumpulan 4 : Nama Ahli Kumpulan: 1. Eng Gaik Looi 2. Lee Pek Kean 3. Wong Choy Ngan Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan Definisi Satu proses pengawalan yang berlaku apabila pelajar menggunakan maklum balas yang diperoleh untuk membuat pembetulan, penyesuaian dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa-apa yang mereka fahami. Prinsip-prinsip Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan: 1. Pentaksiran ini memberi peluang dan memberi maklum balas serta mencipta peluang kendiri. 2. Pelajar hendaklah mengetahui dan memahami tentang apakah mereka cuba capai dan apakah yang mahu mereka capai. 3. Menjadi sebahagian daripada perancangan efektif pengajaran dan pembelajaran. 4. Perancangan hendaklah termasuk strategi bagaimana untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dan kriteria yang hendak dicapai dalam sesuatu tugasan pelajar. 5. Penghakiman terhadap aktiviti yang dijalankan akan dibuat untuk mengetahui sama ada pembelajaran boleh dipertingkatkan. 6. Pentaksiran ini adalah sebahagian daripada keperluan utama amalan di dalam bilik darjah dan melibatkan kedua-dua

Upload: shen-ru-lee

Post on 17-Feb-2015

1.239 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran Dan Tindakan Penambahbaikan

Kumpulan 4 :

Nama Ahli Kumpulan:1. Eng Gaik Looi2. Lee Pek Kean3. Wong Choy Ngan

Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan

Definisi

Satu proses pengawalan yang berlaku apabila pelajar menggunakan maklum balas yang

diperoleh untuk membuat pembetulan, penyesuaian dan mungkin juga pertukaran dan

perubahan dalam apa-apa yang mereka fahami.

Prinsip-prinsip Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan:

1. Pentaksiran ini memberi peluang dan memberi maklum balas serta mencipta

peluang kendiri.

2. Pelajar hendaklah mengetahui dan memahami tentang apakah mereka cuba capai

dan apakah yang mahu mereka capai.

3. Menjadi sebahagian daripada perancangan efektif pengajaran dan pembelajaran.

4. Perancangan hendaklah termasuk strategi bagaimana untuk mencapai matlamat

yang ditetapkan dan kriteria yang hendak dicapai dalam sesuatu tugasan pelajar.

5. Penghakiman terhadap aktiviti yang dijalankan akan dibuat untuk mengetahui

sama ada pembelajaran boleh dipertingkatkan.

6. Pentaksiran ini adalah sebahagian daripada keperluan utama amalan di dalam

bilik darjah dan melibatkan kedua-dua kumpulan guru dan pelajar dalam refleksi,

dialog dan membuat keputusan.

7. Guru hendaklah yakin tahu, dan bersedia dan memaklumkan pelajar tentang

komen yang telah dicatatkan, rasional pemarkahan dan gred yang telah diberikan

bagi memastikan pelajar melakukan tindakan penambahbaikan.

Page 2: Pentaksiran Dan Tindakan Penambahbaikan

Ciri-ciri :

1. Proses yang memerlukan pendidik dan guru membantu dan membimbing pelajar

membina, mempraktikkan atau menambahbaikan hasilan karya seni visual.

2. Guru boleh menggunakan pentaksiran sebagai alat untuk memperoleh maklumat

tentang kemampuan dan kebolehan pelajar dan masalah kekeliruan atau

kekurangkan yang dihadapi.

3. Pendidik dan guru menggunakan informasi dan maklumat untuk memberi maklum

balas kepada pelajar bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran mereka.

4. Maklumat dan informasi tentang proses pembelajaran pelajar akan diperoleh oleh

pendidik dan guru. Informasi ini dijangkakan menjadi asas bagi menentukan

apakah yang perlu dilakukan untuk membolehkan pelajar maju ke tahap yang

seterusnya. Hasil maklum balas daripada pelajar akan menentukan kumpulan,

strategik arahan dan sumber yang dikehendaki.

Peranan guru dalam pentaksiran dan tindakan penambahbaikan:

1. Mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar.

3. Memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran.

4. Mencipta strategi pengajaran yang berlainan bagi membantu pelajar bergerak

maju dalam pembelajaran.

5. Menyediakan maklum balas dan arahan segera untuk penambahbaikan.

Cara-cara Melaksanakan Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan:

1. Guru memaklumkan kriteria penambahbaikan yang harus dititikberatkan dalam

sesuatu karya, contohnya guru boleh berbincang dengan pelajar mengenai unsur-

unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan melalui penggunaan bahasa seni visual

yang mereka fahami ke atas produk hasil kerja yang ditaksirkan. Jika terdapat

kelemahan, maka guru boleh memberikan tindakan penambahbaikan terhadap

karya yang dipamerkan.

Page 3: Pentaksiran Dan Tindakan Penambahbaikan

2. Guru menunjuk cara tentang bagaimana kriteria boleh dicapai melalui latihan dan

melibatkan pelajar dengan penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya.

3. Guru menyediakan conton-contoh karya yang baik dan berkualiti untuk

membimbing pelajar dalam menentukan matlamat dan mencapai prestasi yang

diharapkan.

4. Guru memberi maklum balas tentang kelemahan karya pelajar untuk

ditambahbaikan, misalnya selepas pentaksiran karya pelajar dalam penggunaan

bahan dan alat seni visual, pelajar membuat tindakan penambahbaikan ke atas

karya mereka.

Kebaikan Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan:

1. Bagi meningkatkan motivasi dan komitmen untuk pembelajaran.

2. Apabila guru memberi komitmen terhadap pembelajaran sebagai tumpuan kepada

pentaksiran, mereka telah menukarkan budaya bilik darjah kepada satu kaedah

pengesanan prestasi kemajuan pelajar.

3. Guru menggunakan dan memaklumkan laporan prestasi kemajuan pelajar bagi

tujuan perkembangan yang berkesan dan bersistematik.

Sekian, terima kasih.