pentaksiran berasaskan sekolah kssr dan kbsr

8
SYLVESTER JONNY 2013 (Untuk kegunaan rujukan) 1.0 PENULISAN ILMIAH (BAHAGIAN A) Pada tahun 2011, era pendidikan mengalami transformasi secara besar-besaran dengan pengenalan KSSR dan KSSM bagi menggatikan kurikulum yang sedia ada iaitu KBSR dan KBSM dirintis oleh murid tahun 1 dan murid tingkatan 1. Implementasi kurikulum baru tersebut telah diumumkan pada jun 2010 oleh kementerian pendidikan Malaysia dan akan diimplementasikan sepenuhnya menjelang tahun 2016 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010). Ini bagi memastikan seluruh murid sekolah rendah dapat mencapai literasi asas selepas enam tahun menjalani pendidikan formal. Selain kurikulum, kaedah pentaksiran yang baharu juga diperkenalkan iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah selaras dengan kurikulum tersebut. Kini pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (KSSR) ini telah mencapai tahun ke-3 diteruskan oleh murid tahun 3 dan tingkatan 3. Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini dikenali dengan singkatan (PBS), atau School Based Assessment (SBA). Ini kerana, pentaksiran adalah amat penting jika ingin mengetahui tahap pencapaian penguasaan murid dalam subjek yang diajar (Nordin, 2002). Transformasi ini ini selaras dengan National Key Result Areas (NKRA) Malasysia ke 2 seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Implementasi Pentaksiran Berasaskan 1

Upload: sylnimrod

Post on 27-Oct-2015

287 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) perbandingan untuk Kurikulum standard sekolah rendah dan kurikulum bersepadu sekolah rendah. 2013

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR dan KBSR

SYLVESTER JONNY 2013 (Untuk kegunaan rujukan)

1.0 PENULISAN ILMIAH (BAHAGIAN A)

Pada tahun 2011, era pendidikan mengalami transformasi secara

besar-besaran dengan pengenalan KSSR dan KSSM bagi menggatikan

kurikulum yang sedia ada iaitu KBSR dan KBSM dirintis oleh murid tahun

1 dan murid tingkatan 1. Implementasi kurikulum baru tersebut telah

diumumkan pada jun 2010 oleh kementerian pendidikan Malaysia dan

akan diimplementasikan sepenuhnya menjelang tahun 2016 (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2010). Ini bagi memastikan seluruh murid sekolah

rendah dapat mencapai literasi asas selepas enam tahun menjalani

pendidikan formal. Selain kurikulum, kaedah pentaksiran yang baharu

juga diperkenalkan iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah selaras dengan

kurikulum tersebut. Kini pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(KSSR) ini telah mencapai tahun ke-3 diteruskan oleh murid tahun 3 dan

tingkatan 3. Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini dikenali dengan

singkatan (PBS), atau School Based Assessment (SBA). Ini kerana,

pentaksiran adalah amat penting jika ingin mengetahui tahap pencapaian

penguasaan murid dalam subjek yang diajar (Nordin, 2002). Transformasi

ini ini selaras dengan National Key Result Areas (NKRA) Malasysia ke 2

seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2012). Implementasi Pentaksiran Berasaskan

Sekolah ini menyebabkan UPSR tidak lagi menjadi altenatif atau

pemberatan utama ketika menguji pencapaian murid. Ujar ketua menteri

pendidikan negara, pemansuhan UPSR dan PMR dijangka dapat

menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek perbelanjaan mengurus,

penggunaan sumber manusia dan mengurangkan beban tugas guru untuk

mengendalikan perperiksaan (Yassin, 2010).Menurut pelan perancangan

pendidikan UPSR diteruskan sehingga 2016 tetapi kini soalan-soalan

ujian tersebut akan lebih menguji kemahiran berfikir lebih daripada format

soalan tahun-tahun sebelum ini (Laporan Awal Pelan Pendidikan Malaysia

2013-2025, 2013). PBS merupakan pentaksiran yang bersifat lebih holistik

menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah

1

Page 2: Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR dan KBSR

SYLVESTER JONNY 2013 (Untuk kegunaan rujukan)

Pendidikan Kebangsaan (Informasi PBS Kementerian Pendidikan

Malaysia).

Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri daripada 2 komponen

utama iaitu akademik dan bukan akademik.

Rajah 1.0: Komponen-Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah

2

Akademik

Pentaksiran pusat

Pentaksiran sekolah

Bukan Akademik

Pentaksiran Aktiviti Jasmani,

Sukan dan Kokurikulum

Pentakssiran Psikometrik

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Page 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR dan KBSR

SYLVESTER JONNY 2013 (Untuk kegunaan rujukan)

Instrumen penilaian atau evidens adalah disediakan sendiri oleh

pihak sekolah berpandukan standard pembelajaran yang dikeluarkan oleh

lembaga perperiksaan.Penilaian PBS KSSR adalah berbentuk band, yang

terdiri daripada band 1 hingga 6 seperti pada jadual.

Band Standard

Jadual 1.0: Band dan cirri-ciri standard yang perlu dikuasai oleh murid

3

1

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara asas

2

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah diperlajari

3

Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi

4

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik

5

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif

6

Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi

Page 4: Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR dan KBSR

SYLVESTER JONNY 2013 (Untuk kegunaan rujukan)

Menurut Jurnal The Implementation of School Based Assestment In

Primary School Standard Curriculum mengkaji 4 aspek utama iaitu

kefahaman guru untuk mengaplikasikan PBS, Kebolehan guru untuk

mengaplikasikan PBS, kemudahan yang diberi untuk PBS, dan

kecukupan masa yang digunakan. Sebanyak 157 orang responden

daripada pelbagai sekolah rendah dari seluruh negara yang terdiri

daripada 61 lelaki dan 96 perempuan. Hasil daripada kajian tersebut

mendapati bahawa guru memahami kehendak dan pelaksanaan PBS,

guru mampu melaksanakan PBS, dan kemudahan yang disediakan untuk

PBS adalah mencukupi. Walaubagaimanapun, responden banyak

memberi respon yang negatif terhadap bebanan masa untuk

melaksanakan PBS di sekolah (Othman, 2013). Oleh itu, masa untuk guru

mengajar dan aktiviti lain seperti PBS dan kokurikulum patut dikaji semula

kerana masa yang terlalu banyak semasa melaksanakan dan merekod

PBS.

Pelaksanaan formatif Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR dan

pentaksiran sumatif Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, UPSR (KBSR) ini

banyak perbezaan tetapi berdasarkan tunggak yang sama iaitu Falsafah

Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

4

Page 5: Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR dan KBSR

SYLVESTER JONNY 2013 (Untuk kegunaan rujukan)

Tunggak PBS KSSR dan KBSR adalah sama iaitu pembentukan

secara menyeluruh insan secara seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani (Falsafah Pendidikan Kebangsaan).

Selain itu, PBS Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan

PBS Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mempunyai banyak

perbezaan daripada aspek kriteria dan pelaksanaan.

KBSR Perbezaan KSSR

Menggunakan sukaran pelajaran

dan huraian sukaan pelajaran

yang berpandukan KBSR.

Kurikulum Menggunakan Dokumen

kurikulum KSSR yang dikenali

sebagai Dokumen Standard

Hasil pembelajaran sebagai

sasaran yang ingin dicapai

setelah menamatkan sesuatu

proses pengajaran dan

pembelajaran

Sasaran ketika

mengajar

Standard kandungan dan

standard pembelajaran sebagai

sasaran sewaktu merancang

pembelajaran dan pengajaran

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), menurut kementerian pendidikan untuk menambah kebolehan murid untuk mempelajari bahasa ingeris.Namun, ketika perbincangan parlimen 2013, timbalan menteri pendidikan menyatakan bahawa PPSMI adalah bertujuan untuk murid mudah mencari maklumat secara global dan universal (Yap, 2013)

Strategi

Penguasaan

Bahasa

Inggeris

MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris adalah fokus utama bagi pendidikan bermula tahun 2012

Ujian seperti UPSR Dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.Ujian Sumatif yang dikeluarkan oleh pihak sekolahManakala penilaian formatif disediakan oleh guru dan penilaian penggal disediakan

Instrumen

penilaian

Intrumen disediakan oleh pihak

sekolah berpandukan oleh

standard prestasi yang

dikeluarkan oleh lembaga

perperiksaan

5

Page 6: Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR dan KBSR

SYLVESTER JONNY 2013 (Untuk kegunaan rujukan)

oleh sekolah (ujian sumatif yang lain tidak lagi

wajib dijalankan)

Bagi UPSR dinilai oleh guru-guru

luar yang dilantik oleh lembaga

perperiksaan

Penilai Dinilai oleh guru subjek

Mengikut gred seperti A, B, C, D,

E, dan F

Teknik

penilaian tahap

murid

Menggunakan band dari 1

hingga 6

Lebih kepada format sumatif,

menilai isi pembelajaran murid

bagi 6 tahun pemahaman murid

terhadap pembelajaran dan

pengajaran

Format Formatif, menguji kefaman murid

bagi setiap proses pengajran dan

pembelajran yang dijalankan

Jadual 2.0: Perbezaan Antara Pentaksiran KSSR dan KBSR

Daripada kenyataan tidak rasmi, Pentaksiran Berasaskan Sekolah

bagi tahun 4 pada tahun 2014 adalah amat berbeza dengan PBS tahun 1-

3. Dokumen standard kurikulum disatukan dengan dokumen standard

prestasi maka terhasilah Dokumen standard kurikulum dan Pentaksiran

(DSKP) dimana lebih mudah digunakan dan dirujuk oleh guru.

Penggunaan band ditukar kepada tahap penguasaan yang lebih lengkap

dan menyeluruh. Sistem offline dalam bentuk excel digunakan sebagai

rujukan guru bagi melaporkan perkembangan kepada ibu bapa dan tidak

perlu merekod dalam talian bagi mengelakkan bebanan talian (Khodori,

2013).

6