pentaksiran berasaskan sekolah

Upload: lieyatie

Post on 18-Oct-2015

100 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Penilaian

TRANSCRIPT

  • 5/28/2018 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    1/12

    PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH: PELAKSANAAN DAN

    CABARAN

    Pengenalan

    Dapatan penyelidikan Profesor Madya Dr. Faizah binti Abdul Majid, dari

    Fakulti Pendidikan UiTM yang diterbitkan dalamJournal of US-China

    Education Review, Vol.8, No.10, 2011. ISSN1548-6613 memberikanperspektif asas tentang pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)

    di Malaysia dan cabaran yang bakal dihadapi. Menurut beliau, PBS belumsampai ke tahap pelaksanaan penuh (full swing). Shanusi Ahmad (LPM)

    dalam kertas cadangan Ph.D beliau menegaskan bahawa PBS di Malaysialebih berbentuk gabungan dengan sistem peperiksaan berpusat oleh

    Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia

    (MPM).

    Dasar kenaikan automatik murid ke tingkatan empat dan persijilan terbukamulai tahun 1992 telah membuka jalan kepada titik tolak pelaksanaan PBS

    menerusi ujian lisan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris oleh guru disekolah masing-masing. Pengenalan kerja kursus dan folio kajian tempatan

    sejak sekolah rendah lagi mengukuhkan pelaksanaan PBS. Penambahbaikanujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) dan pemansuhan penilaian

    menengah rendah (PMR) mulai tahun 2014 juga bakal menyaksikan

    pelaksanaan PBS yang lebih menyeluruh.

    Isu-isu Pelaksanaan PBS

    Hamzah dan Sinnasamy (2009) mendapati bahawa pelaksanaan ujian lisan

    berasaskan sekolah (PLBS dan ULBS) tidak akur sepenuhnya dengankehendak garis panduan LPM. Hal itu berpunca daripada tahap kesedaran

    inovasi dan perubahan yang masih belum mencukupi. Kepimpinan PBS yangditerajui oleh pengetua juga belum benar-benar mantap dari segi kefahamankonseptual PBS dan peranan ikhtisas yang perlu dipatuhi.

    Kecairan maklumat akibat kaedah latihan teragih yang bermula daripada

    kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, sekolah,jawatankuasa kurikulum dan panitia mata pelajaran mengakibatkan prosespendedahan kepada guru pelaksana PBS menjadi suntuk. Jurulatih utama

    (JU) berkursus selama seminggu, tetapi apabila sampai kepada panitia,taklimat hanya mengambil masa dua jam. Guru juga berhadapan dengan

    peruntukan aktiviti bilik darjah untuk menyelesaikan segala keperluan

    kurikulum dan kemahiran insaniah yang lain.

  • 5/28/2018 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    2/12

    Pemantauan oleh pakar dan pihak berkuasa pelajaran juga berhadapan

    dengan kekangan kewangan dan tatacara pergerakan guru keluar daripadakawasan sekolah masing-masing. JU dan pentaksir kawasan tidak boleh

    bertugas di luar kawasan sekolah melebihi 30 peratus daripada waktu rasmidi sekolah. Maka, tanggungjawab pemantauan diserahkan pula kepada

    pengetua, penolong kanan (pentadbiran dan kurikulum) dan guru-gurukanan mata pelajaran yang sudah sedia sibuk dengan pelbagai jenis borang

    dan data.

    Bagi memastikan bahawa pihak sekolah akur dengan konsep PBS, pengetua

    dikehendaki menyediakan sistem data dan fail yang berfungsi sebagai buktihitam putih hasil kerja setiap orang murid. Bilangan fail mungkin mencecah

    angka ribu dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan.Sistem kod dan nombor fail mesti seragam supaya carian fail dapat

    dilakukan secara serta-merta jika diminta oleh pegawai atasan yangmemantau pelaksanaan PBS secara mengejut.

    Pengurusan PBS secara atas talian

    Kemajuan teknologi maya dan jaringan ialah jawapan kepada isu timbunan

    fail dan pembaziran kos cetakan dan penjilidan folio murid, kecuali untukprojek pendidikan seni visual atau kerja pertukangan kemahiran hidup. EzaShafinaz binti Mohamed Zaharin (2011) menerusi kertas projek sarjanasains maklumat, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mencadangkan

    sistem e-folio. Eza menyenaraikan manfaat e-folio yang dapat menanganimasalah kehilangan bukti dokumentasi bertulis, ciplak, ruang penyimpanan,

    kos cetak dan jilid, melengkapkan pelbagai format borang, kecuaianmanusia dan sebaran maklumat PBS kepada semua pihak yang

    berkepentingan.

    Penggunaan e-folio juga memberi kesempatan kepada murid untukmempersembahkan hasil kerja mereka secaramultimedia. Folio kerja kursus

    tidak lagi terhad kepada bentuk kertas berjilid, sebaliknya boleh dinaik taraf

    kepada format audio visual, animasi dan grafik yang canggih. Nilai tambahpelaksanaan PBS menerusi sistem e-folio sudah tentu lebih ketara.

    Capaian e-folio boleh dilakukan di mana-mana lokasi yang mempunyai aksesinternet, serta boleh dilindungi menerusi kata laluan, fail read-onlydan hadakses untuk orang awam. Capaian penuh hanya dibenarkan untuk pemilik

    folio, pentaksir dan pihak berkuasa pendidikan tertinggi. Pihak lain hanyaboleh membaca bahagian abstrak atau sinopsis, serta perlu mendapat

    keizinan pemilik folio menerusi e-mel yang tertera jika hendak memperolehversi folio yang lengkap.

  • 5/28/2018 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    3/12

    Sistem e-folio boleh diletakkan di bawah sistem analisis peperiksaan sekolah

    (SAPS) sedia ada dan skor markah terus ke laman sesawang LPM atau MPM.Untuk keselamatan data, segala fail hendaklah juga disimpan secara talian

    tempatan (off-line, LAN) dan peranti mudah alih lain seperti cakera padat(CD), pemacu jari (thumb-drive) dan lain-lain. Selain itu, murid dan

    pentaksir sekolah juga digalakkan mewujudkan sistem e-mel sebagai salinanfail tambahan untuk pelan B kepada risiko ancaman serangan penggodam

    dan virus terhadap sistem induk e-folio.

    Cabaran Pelaksanaan PBS

    PBS ialah sebahagian proses perubahan konsep pentaksiran yang terlaksana

    di seluruh dunia. Finland misalnya telah melaksanakan PBS tanpapeperiksaan secara berpusat dalam tempoh 9 tahun persekolahan awal

    kanak-kanak. Australia, Hong Kong dan New Zealand juga boleh dianggapberjaya melaksanakan PBS secara sistematik. Kepesatan perubahan

    persekitaran pendidikan, dinamika masyarakat dan industri bererti PBS ialah

    suatu keperluan yang kritikal dan segera.

    Proses perubahan sentiasa menggugatstatus quodan kelompok zon

    selesa. Pembaharuan akan mengakibatkan kehilangan kedudukan,kebiasaan dan kepakaran lama. Usaha menarik perhatian ke arahmelemahkan rintangan terhadap perubahan dan mengukuhkan daya pacuperubahan perlu dikendalikan secara paling bijaksana, cermat dan hormat.

    Kepercayaan terhadap pelaksanaan PBS sebagai ganti sistem pentaksiran

    berpusat LPM dan MPM sepenuhnya perlu dipupuk dalam kalangan murid,guru dan masyarakat. Murid akan lebih bertanggungjawab terhadap proses

    pembelajaran kendiri, guru dengan tanggungjawab ikhtisas dan masyarakatmenerima PBS sebagai kayu ukur pencapaian pembelajaran murid. Pihak

    LPM dan MPM pula akan bertindak sebagai pemantau, penyelaras danpenjaga kesahan, serta kebolehpercayaan PBS kepada semua pihak yang

    berkepentingan.

    Langkah Memperkasa PBS

    Guru akan sentiasa menjadi tulang belakang dan tumpuan pelaksanaan PBS.Maka, keperluan latihan dalam perkhidmatan (Ladap, in-service

    trainingatau Inset) harus berorientasi praktikum (hands-on). Ladapberbentuk ceramah, taklimat dan kursus aras komunikasi dua hala terhadperlu kepada proses ubah suai. Gaya pengajaran guru dengan gayapembelajaran murid menerusi pelaksanaan PBS mestilah sentiasa akur dan

    sejajar.

  • 5/28/2018 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    4/12

    Memandangkan begitu banyak data dan fail yang hendak diuruskan,

    pelantikan pembantu guru hendaklah dibuat dengan segera. Pembantu guruhanya dikhususkan untuk meningkatkan kecekapan kemasukan data

    pembelajaran, bukan untuk membantu kerja-kerja pejabat seperti urusanstok dan percetakan. Spesifikasi dan terma tugas pembantu guru hendaklah

    secara jelas menegaskan hal berkenaan, terutama sistem pengurusan datadan fail PBS.

    SUMBER

    Secara teorinya, pelaksanaan PBS sangat memberi manfaat kepada guru, pelajar dan masyarakat.

    Guru tidak lagi terbeban untuk mengejar A bagi setiap mata pelajaran dan pelajar juga lebih

    bersemangat kerana penilaian dijalankan secara berterusan dan menyeluruh. Bertitik tolakdengan kejayaan pelaksanaan PBS sedia ada seperti ULBS, PEKA, KAFA dan sebabagainya

    yang telah diambil kira sebagai markah dalam peperiksaan awam , maka timbul idea daripada

    KPM untuk memansuhkan UPSR menjelang tahun 2012 untuk digantikan dengan PBS

    sepenuhnya.Namun, dari segi pelaksanaannya, masih belum menunjukkan kejayaan yang sepenuhnya.

    Pelbagai punca, kekangan dan masalah yang menjejaskan pelaksanaan PBS di sekolah antaranya

    dari segi faktor amalan profesionalisme dan falsafah pegangan guru dan faktor budaya, tradisi,kepimpinan dalam pendidikan termasuk kesesuaian acuan penilaian dan amalan birokrasi yang

    perlu mengambil kira keperluan pelajar. Sebagai contoh, jika PBS dilaksanakan sepenuhnya

    untuk menggantikan UPSR masalah timbul untuk menilai gred murid bagi kemasukan kesekolah elit seperti MRSM , SBP dan sebagainya. Selain itu, pelbagai isu lain juga timbul di

    mana ianya dikatakan membebankan guru. Tugas-tugas guru yang sedia banyak akan dibebankan

    lagi dengan pelbagai jenis folio dan dokumen berkaitan yang perlu disediakan dan dilaksanakan.

    Bilangan pelajar yang ramai juga menyebabkan guru tidak cukup masa untuk melaksanakan PBS

    dengan sistematik. Guru boleh juga dilabel sebagai "kerani" dengan bebanan tugas yang banyakini.

    Pengurusan PBS secara atas talian merupakan satu alternatif yang terbaik bagimengurangkan beban tugas guru ini namun ianya juga mempunyai kelemahan yang tersendiriseperti jaringan internet yang terhad, capaian internet yang sibuk dan tidak memuaskan dan

    sebagainya.

    Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa pelaksanaan PBS di sekolah adalah sangat tepat danbermanfaat namun ianya perlu dilaksanakan secara perlahan-lahan dan mengambilkira luahan

    dalam kalangan guru sendiri tentang pelaksanaan PBS ini. Hanya guru yang mengetahui

    kekangan yang dialami mereka dan mungkin mereka juga mempunyai cadangan sebagai jalan

    penyelesaian dalam melaksanakan PBS. Saya sendiri sebagai guru tidak menafikan akan

    kepentingan dan kebaikan pelaksanaan PBS di sekolah, malah ingin mencadangkan supaya KPMmenyediakan pembantu guru bagi merialisasikan hasrat untuk melaksanakan PBS sepenuhnya di

    sekolah.

    http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2012/06/pentaksiran-berasaskan-sekolah.htmlhttp://cikguazharrodzi.blogspot.com/2012/06/pentaksiran-berasaskan-sekolah.htmlhttp://cikguazharrodzi.blogspot.com/2012/06/pentaksiran-berasaskan-sekolah.html
  • 5/28/2018 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    5/12

    entaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memberi transformasi positif

    kepada pendidikan di Malaysia.

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan secara

    berperingkat bermula pada awal tahun 2011 adalah transformasi dilakukan

    Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat

    melahirkan modal insan yang berkesan. Sistem PBS juga adalah salah satu

    usaha membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan

    penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap

    progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. Pentaksiran

    Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan penambahbaikan bagi sistem

    peperiksaan yang sedia ada iaitu UPSR dan PMR. Sistem pentaksiran yang

    baru ini telah dirangka dan disusun secara sistematik oleh lembaga

    peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana terdapat buku

    panduan pengurusan dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah

    yang boleh dijadikan panduan untuk mengoperasikan PBS di sekolah rendah

    dan menengah.

    Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu

    pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek),

    afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan

    http://www.blogger.com/goog_997943803http://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=184:buku-panduan-pengurusan-dan-pengendalian-pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs&catid=74:pengurusan-peperiksaanhttp://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=184:buku-panduan-pengurusan-dan-pengendalian-pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs&catid=74:pengurusan-peperiksaanhttp://3.bp.blogspot.com/-jK7wPTcn3MY/UDZZSmhABqI/AAAAAAAAAFI/lPJeHo_yOPQ/s1600/150306.jpghttp://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=184:buku-panduan-pengurusan-dan-pengendalian-pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs&catid=74:pengurusan-peperiksaanhttp://www.blogger.com/goog_997943803http://www.blogger.com/goog_997943803
  • 5/28/2018 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    6/12

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

    (KSSR). Komponen-komponen PBS terbahagi kepada dua bidang iaitu

    mentaksir bidang akademik dan bukan akademik yang mana bidang

    akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat

    (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran

    Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

    (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada

    guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan

    sekolah.

    Setiap komponen tersebut memainkan peranan yang penting untuk

    mentaksir murid-murid mengikut bidang yang ditetapkan. Di dalam bidang

    akademik murid-murid, Pentaksiran pusat (PS) dan Pentaksiran Sekolah

    (PS) yang memainkan peranan. Pentaksiran pusat (PS) adalah pentaksiran

    yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru

    berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga peperiksaan dalam

    tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Sekolah (PS)

    pula adalah pentaksiran yang menjurus kepada bidang akademik yang manaberfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

    dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Terdapat

    dua jenis pentaksiran sekolah iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran

    sumatif.

  • 5/28/2018 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    7/12

    Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran

    murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain

    membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara

    meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan

    murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti

    digunakan sebelum ini. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah

    lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan

    rumah dan ujian. Manakala Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung

    pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid

    dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau

    kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Contoh instrumen yang

    boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal. Pembaharuan lain

    ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka

    termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen

    portfolio itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi

    persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.

    Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran kerana ia berperanan mengukuhkan

    pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi

    maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam

    satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran ini dilaksanakan

    http://2.bp.blogspot.com/-moOQTEEyUqs/UDZZsxCo4WI/AAAAAAAAAFQ/qhblMqOmVBQ/s1600/070605.jpg
  • 5/28/2018 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    8/12

    oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek

    perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran,

    pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. Justeru,

    pentaksiran ini amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan

    pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan

    seimbang. Selain daripada itu, ianya merupakan aktiviti yang berterusan

    yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada

    guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke

    tahap maksimum.

    Pentaksiran sekolah bercirikan satu pentaksiran yang holistik iaitu

    mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan

    dan kemahiran serta pengamalan nilai murni murid-murid. Disamping

    aktiviti pentaksiran berterusan iaitu berjalan seiring dengan proses

    pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran sekolah juga bersifat fleksibel

    iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan

    murid dengan merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard

    kurikulum. Jelas menunjukkan pentaksiran yang dirangka sangatmenyeluruh dan memberi banyak kelebihan kepada pendidikan di negara

    kita walaupun terdapat kekeliruan daripada segelintir para pendidik dan ibu

    bapa untuk melaksanakan sistem ini di sekolah.

    Dalam usaha menjadikan pentaksiran berasaskan sekolah ini dapat

    dilaksanakan dengan berkesan, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan

    iaitu menggunakan Standard Prestasi sebagai sumber rujukan oleh semua

    pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung.

    Standard Prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan

    pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Disamping itu, Ia

    merupakan proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana

    tahap pengetahuan, pemahaman dan tindakan yang boleh murid-murid

  • 5/28/2018 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    9/12

    lakukan atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan

    standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian.

    Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band iaitu Band 1,

    Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki

    dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci

    yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu murid-

    murid.

    Salah satu kelebihannya ialah, Pentaksiran ini tidak membandingkan

    pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi

    murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan

    pertumbuhan murid tersebut dalam pembelajaran berdasarkan pernyataan

    standard. Justeru, murid-murid akan dinilai secara adil dan saksama sebagai

    individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat,

    kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Malahan,

    pihak sekolah juga mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam

    bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek

    tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan

    anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi

    untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut

    keupayaan dan kebolehan masing-masing. Selain itu, Standard Prestasi juga

    boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan sebagai alat

    untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain.

    Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga menyediakan

    pentaksiran bagi menilai murid-murid tidak hanya di dalam bidang akademik

    malah terdapat pentaksiran yang dirangka untuk melihat penglibatan murid-

    murid di dalam bidang sukan dan kemahiran-kemahiran yang lain.

    Komponen pentaksiran tersebut terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik

  • 5/28/2018 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    10/12

    (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

    Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah

    sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur

    penyertaan, penglibatan, prestasi murid dalam pelbagai aktiviti sukan,

    kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular). PAJSK memerlukan

    murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam

    atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid dan dibangunkan untuk

    melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik

    dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan

    (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari

    segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkandalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Manakala bagi Pentaksiran Psikometrik, dilaksanakan untuk menilai

    dan mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang

    diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. Ianya

    suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul

    maklumat yang menggambarkan ciri (trait) psikologi yang diukurmerangkumi dua komponen utama iaitu aptitud dan personaliti murid. Ujian

    Aptitud pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Ujian Aptitud Am dan

    Ujian Aptitud Khusus. Yang mana, Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan

    yang menggambarkan kemahiran asas murid secara hierarki juga mengenal

    pasti kecenderungan murid berdasarkan kriteria tertentu seperti mengenal

    pasti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan

    kecenderungan murid. Manakala Ujian Aptitud khusus adalah untukmendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat

    atau kecenderungan murid dalam bidang tertentu. Ujian Aptitud Khusus ini

    telah menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh

    Howard Gardner. Yang mana beliau percaya bahawa manusia itu

    diklasifikasikan pintar cerdas bukan dari cerdas akademik semata tetapi

  • 5/28/2018 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    11/12

    mempunyai sembilan kecerdasan yang lain iaitu verbal, kreativiti, muzik,

    naturalis, visual, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan logik

    matematik.

    Inventori Personaliti pula ialah satu instrumen yang digunakan untuk

    mengumpul maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. ianya bertujuan

    membantu mengenal pasti personaliti murid supaya guru dapat

    menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta

    membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti anaknya dan

    menyedari potensi diri mereka. Disamping itu, pihak sekolah dapat

    menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam

    pendidikan dan perkembangan individu murid-murid.

    Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan

    sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti

    dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi

    tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran

    yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan

    keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat

    boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi

    tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan itu,

    kementerian pelajaran juga telah bersiap sedia menyediakan indikator atau

    petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam Pentaksiran Berasakan

    Sekolah ini iaitu kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan.

    Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS pula dapat dicapai melalui proses

    pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.

    Selain daripada itu, pihak kementerian pelajaran juga telah

    menyediakan beberapa langkah untuk mengkaji kelemahan dan kebaikan

    perlaksanaan sistem PBS ini. Antaranya ialah menyediakan sebuah portal

  • 5/28/2018 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    12/12

    rasmi maklumat berkaitan PBS yang terkandung di dalamnya sebuah kajian

    soal selidikmengenai tahap kesediaan guru melaksanakan PBS. Kajian soal

    selidik tersebut wajib diisi oleh guru-guru tahun satu, dua, tiga dan

    tingkatan satu. Ianya bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan

    guru dan dapatan soal selidik tersebut dapat membantu Kementerian

    Pelajaran Malaysia merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan

    PBS.

    Tuntasnya, jelas terbukti bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini

    telah dirangka dengan sempurna dan tersusun bagi meningkat dan

    menjamin mutu pendidikan negara pada masa akan datang. Apa yang

    penting, setiap perancangan rapi yang telah disusun haruslah berakhir

    dengan perlaksanaan yang sempurna. Maka PBS ini jika dilaksanakan

    dengan baik dan terancang, serta mendapat kerjasama yang jitu daripada

    semua pihak yang terlibat, ianya bakal mewujudkan persekitaran yang

    harmonis di sekolah untuk perkembangan individu dan pada masa yang

    sama memberi banyak manfaat serta mampu mengurangkan masalah gejala

    sosial yang berlaku pada masa sekarang ini selain memberi transformasi

    yang positif terhadap pendidikan di Malaysia.

    http://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=339:kajian--soal-selidik&catid=53http://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=339:kajian--soal-selidik&catid=53http://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=339:kajian--soal-selidik&catid=53http://1.bp.blogspot.com/-oGgZ_3iBxv8/UDZZxdawxxI/AAAAAAAAAFY/b1C6413JWh8/s1600/061003.jpghttp://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=339:kajian--soal-selidik&catid=53http://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=339:kajian--soal-selidik&catid=53