penjagaan muka sebagai asas kesantunan

Upload: khor-yu-jie

Post on 12-Oct-2015

159 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 5/21/2018 Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan

    1/4

    Penjagaan Muka Sebagai Asas KesantunanKonsep Kesantunan

    Menurut Lakoff (1975:64), kesantunan merupakan perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.Menurut Farser dan Nolah (1981:96), kesantunan adalah usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik.Leech menyatakan kesantunan adalah perlakuan yang mewujudkan pengiktirafan diridalam sesuatu interaksi sosial.Kesantunan diukur berdasarkan penggunaan kata-kata dan perlakuan seseorang individu.

    Kesantunan Penggunaan Kata-kata

    Kesantunan yang diukur berdasarkan penggunaan kata-kata juga dikenali sebagai kasantunan berbahasa.Definisi: Sifat lemah-lembut, bersopan santun dan kehalusan budi pekerti yang dimiliki oleh seseorang penutur apabila bertutur atau berkomunikasi dengan orang lain menggunakan bahasa yang sopan dan beradab.Penggunaan kata-kata mempunyai peraturan-peraturannya. Menurut Asmah Haji Omar dalam karya beliau iaitu Setia Dan Santun Bahasa (2002), terdapat tiga jenis peraturan penggunaan bahasa: peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peraturan pragmatik.

    Ketiga-tiga peraturan itu merupakan asas kesantunan bahasa.Peraturan Linguistik: Peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatanbentuk dan binaan bahasa. Bentuk dan binaan sesuatu bahasa diwakili oleh beberapa aspek utama, iaitu sebutan, intonasi, kosa kata, ejaan serta tatabahasa.Peraturan Sosiolinguistik: Peraturan penggunaan kata-kata yang menitikberatkan hubungan sosial antara penutur dengan pendengar. Sebagai contohnya, penggunaan kata sapaan yang tepat, (kata ganti diri, kata panggilan hormat) yang telah ditentukan menurut sistem dalam masyarakat.Peraturan Pragmatik: Peraturan penggunaan kata yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi.Terdapat lima kepentingan aspek kesantunan berbahasa, iaitu:

    Mengandungi nilai hormat yang tinggi

    Kosa kata halus dan bertatasusilaTidak menyinggung perasaan orang lain apabila bertuturMelambangkan kesantunan budi, kehalusan dan kesopanan tingkah laku penutur.Mencerminkan akal budi seseorang.

    Kesantunan PerlakuanDefinisi: Tingkah laku yang halus, sopan santun dan lemah lembut supaya pergeseran dalam sesuatu interaksi dapat dielakkan.Terdapat banyak sifat yang boleh menunjukkan kesantunan seseorang. Antaranya adalah:

    Kasih Sayang (Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.)Hemah Tinggi (Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.)Harga Diri (Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.)Baik Hati (Sikap yang sentiasa mengambil berat perasaan dan kebajikan orang laindengan ikhlas.)Bekerjasama (Keinginan untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan orang lain secarakoperatif serta berusaha ingin menjadi sebahagian daripada sebuah kelompok.)Kesederhanaan (Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindaka

  • 5/21/2018 Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan

    2/4

    n sama ada dalam pemikiran, pertuturan, atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.)Toleransi (Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkanberlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.)Menghormati Orang Lain (Menjunjung, memuja serta menghargai orang lain)Prihatin (Mengambil berat dan perhatian terhadap sesuatu perkara.)Ikhlas (Melakukan sesuatu perkara atau melayan seseorang dengan hati yang benardan tidak hipokrit.)

    Konsep Penjagaan Muka Sebagai Asas KesantunanMuka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air muka. (Asmah, 2000:101)Air muka dalam bahasa Melayu pula bermaksud:rupa, wajah seseorangmaruah seseorang.Dalam perkataan "penjagaan muka", kita boleh mendapati bahawa kita sepatutnya menjaga mimik wajah kita supaya tidak menyinggung perasaan orang lain serta menjaga maruah sendiri.Muka sangat berkait rapat dengan maruah diri sehingga tercipta pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka.Antara peribahasa tersebut ialah:Muka Tembok

    Muka TalamMuka TebalMuka TarpalMuka PapanMuka PotMuka SengkalanMuka BatuMuka BantalSemua peribahasa di atas ditujukan kepada seseorang yang tidak tahu malu. (Mohd.Tajuddin Haji Abd. Rahman, 1999: 149).Penjagaan peribahasa yang banyak itu mempunyai satu makna menunjukkan bahawa orang Melayu sangat mementingkan "malu" dan "air muka".Bagi insan yang mempunyai maruah diri sendiri, mereka mesti mempunyai perasaan m

    alu yang tertanam dalam jiwa mereka. Hal ini kerana orang yang mempunyai maruahdiri malu untuk melakukan perbuatan, tingkah laku atau aktiviti yang akan menjatuhkan imej diri.Malu dapat difahami sebagai suatu nilai suci dan murni yang menjadi asas kepercayaan yang diterima sebagai mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa (Mohamed Mansor Abdullah, 1993:249).Menurut Islam, malu ialah perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkansegala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji.Konsep malu dalam masyarakat Melayu begitu luas serta menjadi asas didikan anak-anak. Anak-anak yang dididik untuk memupuk perasaan malu dalam jiwa mereka dapatmenghindari daripada pelbagai aktiviti negatif terutamanya gejala sosial yang boleh menjatuhkan maruah sendiri serta keluarga.Menurut Zainal Kling (1980), konsep malu itu meliputi pelbagai segi pengertian t

    ermasuklah yang paling tinggi yang berkaitan dengan akhlak dan maruah individu,keluarga dan masyarakatnya.

    Datuk Prof Dr Zainal KlingDalam masyarakat China, sifat malu ini sudah dipraktikkan oleh nenek moyang masyarakat Cina sejak beribu-ribu tahun yang lalu.Menurut Confucius, seseorang perlulah mempunyai perasaan malu dalam kehidupan seharian apabila melakukan segala perbuatan().Menurut Mencius (Sebelum Masihi 372- Sebelum Masihi 289), setiap insan mestilahmempunyai perasaan malu. Seseorang itu dapat menghindari perbuatan yang memaluka

  • 5/21/2018 Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan

    3/4

    n sepanjang hayatnya jikalau dia boleh memupuk sifat malu dalam jiwanya(

    Mencius (Meng Zi)Menurut masyarakat Cina, sifat malu merupakan salah satu tatatertib yang harus dimiliki oleh seluruh rakyat. Jika tatatertib ini tidak dapat diamalkan oleh rakyat, maka negara berkenaan akan musnah. (Dalam sebuah karya Liew On (Sebelum Masihi 179 - Sebelum Masihi 122), masyarakatyang tidak mempunyai perasaan malu merupakan masyarakat yang sukar untuk dikawal dan ditadbir(). Hal ini kerana masyarakat yang tidak tahu malu anegatif yang bukan sahaja menjejaskan imej seseorang malah juga akan membawa pelbagai keburukan kepada orang lain. Sebagai hasilnya, sesebuah negara akan menja

    di huru-hara dan sukar untuk ditadbir.Oleh yang demikian, seseorang perlu mengelakkan dirinya daripada menerima malu atau memberi malu kepada orang lain.Orang yang menerima malu, lazimnya akan berasa tertekan dan mudah hilang pertimbangan. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu untuk melakukan perbuatan yang tidak rasional.Dalam hikayat sastera klasik, terdapat beberapa peristiwa peperangan, pergaduhan, pembunuhan, dan amuk yang berlaku disebabkan seseorang itu dimalukan.Contohnya, balas dendam Hang Jebat ke atas Sultan Melaka kerana telah memalukanHang Tuah yang dijatuhi hukuman bunuh kerana bermukah (zina) dengan perempuan istana.

    Dalam masyarakat Melayu, malu itu bukan sahaja perasaan sendiri bahkan sesuatu t

    indakan kita boleh juga memalukan keluarga dan masyarakat.Oleh itu, seseorang tidak harus melakukan perbuatan yang jahat dan negatif kerana dia akan mendapat malu besar jikalau perbuatan negatif yang dibuat diketahui oleh orang lain seperti peribahasa "pecah tempayan pekasam, muka berconteng arang" serta "ditepuk air didulang, terpercik muka sendiri".Selain memalukan diri sendiri, perbuatan-perbuatan yang tidak santun juga akan memalukan keluarga serta masyarakat. Oleh itu, lahirlah peribahasa "menconteng arang di muka" yang bermaksud sesuatu perlakuan yang mendatangkan malu dan aib kepada keluarga.Antara sesuatu tindakan yang terkeluar daripada kehendak dan norma masyarakat adalah seperti seorang gadis "kahwin lari", maka tindakannya dikatakan tindakan yang tidak santun kerana telah melanggar adat masyarakatnya.Selain itu, gejala sosial seperti penagihan dadah, gengsterisme, perlumbaan hara

    m dan sebagainya yang sering dilibatkan oleh golongan remaja hari ini juga dianggap perbuatan yang tidak sopan serta memalukan keluarga dan masyarakat.Anggota masyarakat yang sanggup memalukan diri sendiri dan ahli keluarganya dianggap tidak berhemah.Maruah dan harga diri seseorang perlu dijaga dengan berpegang kuat pada konsep malu (penjagaan air muka).Konsep malu dalam masyarakat Melayu adalah bertujuan untuk menjaga maruah dan air muka.Bagi masyarakat Cina pula, konsep malu juga bertujuan untuk menjaga air muka sendiri serta air muka ahli keluarga.Selain perbuatan seharian, perasaan malu juga boleh berpunca daripada penggunaanbahasa.Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah sama sekali menghina dan merendah-ren

    dahkan peribadi seseorang.Perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun, tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun sewaktu menyatakansesuatu yang benar.Di samping itu, masyarakat Melayu juga dinasihati supaya tidak meninggi-ninggikan diri, memuji-mujikan sendiri, bercakap dengan sombong dan ego. Hal ini keranaorang yang sombong dan ego dianggap tidak mempunyai sifat kemaluan serta bermukatebal.Tambahan pula, kita juga tidak boleh bercakap bohong, bercakap besar serta bercakap dengan sebarangan kerana orang yang selalu berbohong akan mendapat malu jika

  • 5/21/2018 Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan

    4/4

    pembohongannya terbongkar.Mulut merupakan salah satu anggota badan yang sangat perlu dijaga memandangkan mulut adalah bahagian anggota yang mengungkapkan kata dan anggota yang paling hampir dengan muka.Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain jika mulut tidak dikawal dengan elok.Oleh itu, penggunaan mulut pada setiap hari perlu dikawal dan orang Melayu sangat memberatkan perkara ini.Ini jelas dengan penciptaan peribahasa seperti "kerana pulut santun binasa, kerana mulut badan binasa". Peribahasa ini bermaksud perkataan yang dikeluarkan darimulut akan menyusahkan diri sendiri jikalau mulut tidak dikawal dengan baik.

    Orang Melayu juga tidak boleh menerima orang yang menggunakan mulutnya untuk menyampai-nyampaikan cerita orang lain daripada seseorang kepada seseorang yang lain sehingga dia dikatakan seperti "mulut tempayan", iaitu orang yang tidak pandaimenyimpan rahsia.Percakapan seseorang juga tidak boleh berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain terhadapnya sehingga dianggap seperti "mulut murai", iaitu orang yang suka bercakap dan kadang-kadang percakapannya dianggap tidak berfaedah.Masyarakat Melayu juga tidak menyukai orang yang bermulut berus, iaitu orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang kesat.Orang Melayu juga memberatkan penggunaan lidah kerana lidahlah yang membentuk kata-kata.Penjagaan lidah adalah sama penting dengan penjagaan mulut kerana masyarakat Mel

    ayu mempunyai peribahasa yang berkaitan dengan lidah yang buruk seperti "lidah bercabang", "lidah biawak", "lidah tidak bertulang".Orang yang mempunyai lidah bercabang atau lidah biawak adalah orang yang percakapannya tidak dapat dipercayai.Selain itu, peribahasa "lidah tidak bertulang" digunakan untuk menggambarkan orang yang mudah berjanji tetapi mudah pula mengubah janjinya itu.Namun, sekiranya lidah itu digunakan secara positif (santun), maka dikata "lidahmanis" dan "lidah pendeta". (Mohd. Tajuddin Haji Abd. Rahman, 1999:127).Orang yang mempunyai lidah manis adalah orang yang bercakap dengan perkataan yang baik, halus dan bersopan santun."Lidah pendeta" didefinisikan sebagai kata-kata hikmat (kata-kata yang mempunyai pengertian yang tinggi dan berguna untuk sebagai panduan hidup) daripada orangyang bijaksana .

    Dalam membincangkan tugas mulut dan lidah, kita tidak boleh mengabaikan soal hati.Ini adalah kerana hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepadalidah dan mulut. Setiap perkataan atau ayat yang dikeluarkan dari mulut kita adalah berasal daripada pemikiran kita.Oleh itu, kata-kata menggambarkan hati.Hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya. Jikalau hati atau pemikiran kita adalah baik dan positif, maka percakapan kita juga adalahbaik.Kita boleh mengelakkan pelbagai masalah jika percakapan kita baik. Antaranya adalah pergeseran, pertelingkahan ataupun perselisihan faham dapat dielakkan. Selain itu, persekitaran yang aman damai dan harmoni dapat diwujudkan jika seluruh masyarakat bertutur dengan sopan dan santun.