strategi kesantunan nonverbal.pptx

Upload: lilian

Post on 14-Jan-2016

76 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Strategi kesantunan nonverbal

TRANSCRIPT

PowerPoint

TAJUK 5: STRATEGI KESANTUNAN NONVERBAL1Kesantunan Non-verbal:Kesantunan Non-verbal:Bahasa komunikasi tanpa kata- kata dan juga dikenali sebagai bahasa tubuh badan dengan cara yang beradab sopan.

Untuk mengelakkan berlakunya konflik dan perselisihan faham semasa berkomunikasi atau berinteraksi, pelbagai strategi telah digunakan semasa berinteraksi.

21. Strategi toleransi

Contoh : Memberi tempat duduk kepada orang yang lebih tua atau cacat di dalam bus.

32. Strategi bertimbang rasaContoh : Menggunakan ibu jari apabila menunjuk seseorang atau sesuatu.

43. Strategi memberi salamContoh : Mengangguk kepala atau menunjukkan senyuman sekiranya jarak terlalu juah sebagai satu tanda bersalam.

54. Strategi bersopan santun

Contoh : Membongkokkan badan ketika melintas antara orang yang sedang berjalan ataupun melintas melalui hadapan orang tua 6Contoh: mencium tangan orang yang lebih tua semasa memberi salam.

75. Strategi ramah mesra

Contoh : Menunjukkan muka yang manis apabila berinteraksi dengan orang lain.

86. Strategi tidak mementingkan diri sendiri:Contoh : Memberi pertolongan dari segi kewangan atau tenaga kepada orang yang berada dalam kesusahan.

97. Strategi berterima kasihContoh : Mencium atau memeluk ibu bapa sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

10BERJABAT TANGAN11Di Malaysia, bersalam merupakan komunikasi bukan lisan yang agak biasa dilihat. Namun berlainan pula di Jepun, menundukkan kepala merupakan tanda perkenalan dan hormat.

Sesetengah negara lain seperti Perancis, ciuman menjadi lumrah manakala sesetengah negara contohnya di negara Timur Tengah, bersalam di antara mereka yang berlainan jantina merupakan satu kesalahan.

Walau bagaimanapun, bersalam atau berjabat tangan merupakan salah satu cara perkenalan yang diterima pakai, oleh sebahagian besar negara di dunia terutamanya dalam arena perniagaan.

12Berjabat tanganKomunikasi ini harus dilakukan dalam beberapa keadaan tertentu seperti:

Ketika bertemu seseorang dan ketika anda mengucapkan selamat tinggal.Ketika bertemu orang untuk pertama kalinya.Ketika seseorang memasuki rumah atau datang ke pejabat anda.Ketika bertemu dengan tuan rumah dan ketika diperkenalkan kepada tetamu yang lain.Ketika anda bertemu seseorang yang anda sudah kenali sama ada di rumah atau di luar rumah.Ketika mengakhiri sesuatu acara atau meninggalkan acara sosial.

13Tips berjabat tangan secara profesional:Berjabat tangan dapat membentuk kesan awal yang kuat. Perkara ini juga merupakan sikap formal dalam kehidupan profesional. Agar meninggalkan kesan yang baik dan positif, ikuti tips berjabat tangan secara profesional berikut ini, seperti dilaporkan Sheknows.

1. Berjabat tangan biasanya dilakukan dalam kedudukan berdiri dan berhadapan. Perkara ini bermaksud anda menunjukkan rasa hormat. Jika sedang duduk, berdirilah seketika jika anda berjabat tangan.

2. Jika anda duduk kembali di kerusi, duduklah setelah orang lain mulai duduk.

143. Semasa berjabat tangan, rapatkan jari-jari anda dan eratkan genggaman. Letakkan ibu jari di atas tangan seseorang ketika berjabat tangan anda. Sedangkan jari-jari lain dilekatkan di telapak tangannya, lalu digoyangkan dengan gerakan ke atas dan ke bawah sebanyak dua hingga tiga kali. Jangan terlalu keras dalam menggenggam tangan orang lain, pastikan kedudukan tangan anda berada di kedudukan yang betul dan bersemangat ketika anda berjabat tangan dengan mereka.

154. Semasa berjabat tangan kenalan atau sahabat mata perlu dijaga dan berilah senyuman penuh ikhlas. Elakkan untuk melihat ke arah tangan ketika berjabat tangan. Dengan saling menatap akan menunjukkan rasa percaya pada diri anda.

5. Semasa berjabat tangan, anda boleh mengucapkan kalimat-kalimat yang singkat. Seperti ucapan selamat pagi, selamat tengah hari, selamat datang dan sebagainya.

6. Semasa menamatkan pertemuan, jangan lupa untuk kembali berjabat tangan. Perkara ini merupakan tanda perpisahan dengan gaya profesional.

1616Elakkan gaya berjabat tangan seperti di bawah ini:

1. Lemah dan tangan yang lembab atau basah. Keadaan tersebut dapat memudahkan tangan lepas dari cengkaman. Sebaiknya sebelum anda berjabat tangan, pastikan tangan anda kering.

2. Hanya menggunakan jari-jari saat menggenggam tangan seseorang berjabat tangan anda. Jika melakukan berjabat tangan dengan gaya seperti itu, anda akan dianggap tidak menghormati seseorang berjabat tangan anda dan menimbulkan kesan bahawa anda jijik memegang tangannya atau tidak ikhlas bersalaman.

3. Terlalu berlebihan semasa menggoyangkan tangan seseorang ketika berjabat tangan anda.

174. Berjabat tangan sangat cepat dan hampir tidak menyentuh tangan seseorang ketika berjabat tangan anda.

5.Berjabat tangan bermaksud menghulurkan dan menyambut tangan orang lain tanda hubungan silaturahim antara mereka, perlakuan itu meliputi lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan atau sebaliknya.

6.Perlu ditegaskan menurut Islam, hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Siti Aisyah r.a ada berkata: demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membaiah mereka dengan percakapan. (Riwayat Imam Ahmad)

18PERBEZAAN KOMUNIKASI NON VERBAL ANTARA BANGSA19Hubungan mata :

=> Di Barat ,orang membuat hubungan mata terputus-putus semasa berucap untuk menunjukkan kepentingan dan kebolehpercayaan.

=> Di Timur Tengah hubungan mata sangat dalam dan berpanjangan bagi melihat seseorang itu memberi sepenuh perhatian, dan akan melihat pandangan mata orang lain lebih baik atau tidak.

=>Di Jepun, hubungan mata terus-menerus ditafsirkan sebagai satu pencerobohan satu rahsia seseorang dan satu tindakan yang kasar. 20Senyuman : => Orang Amerika Utara biasanya senyum secara automatik semasa menyapa orang lain, manakala daripada budaya lain mungkin mentafsirkan ini sebagai kecurangan.

=> Senyuman orang Asia kurang daripada orang barat, dan di Korea ia adalah dianggap tidak sesuai untuk senyum di khalayak ramai. Bagi Rakyat Korea, satu senyuman biasanya menunjukkan keaiban, dan bukan suka.

21Menggelengkan Kepala:

Walaupun biasanya menggelengkan satu kepala daripada sebelah kiri ke kanan adalah sudah biasa menunjukkan "tidak,"tetapi ianya bukanlah memberi maksud yang universal.

=> Rakyat Bulgaria menggelengkan kepala mereka untuk menunjukkan persetujuan, dan rakyat daripada selatan India dan Pakistan bergerak kepala mereka daripada sebelah kiri ke kanan untuk menjelaskan sesuatu kepada pelbagai makna.

Bergantung pada konteks, menggelengkan kepala ini boleh bermaksud "anda adalah dialu-alukan," "selamat tinggal," keseronokan, persamaan perbuatan mengangkat bahu, atau orang itu bersetuju dengan apa yang telah dikatakan oleh seseorang.

22