penilaian portfolio psv

3
1. Perkembangan atau olahan idea Perkembangan idea merupakan satu proses di mana sesebuah motif atau subjek matter yang telah dipilih daripada variasi jenis motif yang hendak di kaji. Motif sesebuah karya yang telah dipilih diolah seterusnya menghasilkan sebuah motif baharu yang lebih menepati kehendak atau yang paling sesuai menjadi motif akhir. Terdapat dua cara penghasilan perkembangan idea yang boleh dinilai iaitu secara olahan motif atau secara menyenaraikan motif. Berdasarkan portfolio yang dikaji, dari segi perkembangan ideanya, berlakunya beberapa perubahan daripada motif asal, iaitu perubahan bagi bunga yang dikaji bagi menghasilkan sebuah batik. Penghasilan portfolio ini menggunakan perkembangan idea jenis olahan motif. Hal ini disebabkan, saya dapat menilai dengan jelas tentang Bunga Orked ( motif asal ) yang dipilih diolah dengan pelbagai peringkat pada beberapa bahagian sebelum menghasilkan rupa bunga yang baharu dan mempunyai ciri-ciri bunga yang lebih bersesuaian dengan corak batik. 2. Langkah dan Penyelidikan Dari segi lakaran dan penyelidikan terhadap motif, saya melihat langkah ini telah dijalankan oleh pengkarya dengan jayanya. Lakaran-lakaran yang dihasilkan melambangkan tahap pengetahuan dan penguasaan seseorang pengkarya terhadap karya yang akan dihasilkan. Lakaran yang dihasilkan lazimnya akan melibatkan pelbagai olahan baharu yang ditambah atau

Upload: gelang252

Post on 09-Dec-2015

125 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penilaian Portfolio Psv

1. Perkembangan atau olahan idea

Perkembangan idea merupakan satu proses di mana sesebuah motif atau subjek

matter yang telah dipilih daripada variasi jenis motif yang hendak di kaji. Motif

sesebuah karya yang telah dipilih diolah seterusnya menghasilkan sebuah motif

baharu yang lebih menepati kehendak atau yang paling sesuai menjadi motif akhir.

Terdapat dua cara penghasilan perkembangan idea yang boleh dinilai iaitu secara

olahan motif atau secara menyenaraikan motif. Berdasarkan portfolio yang dikaji,

dari segi perkembangan ideanya, berlakunya beberapa perubahan daripada motif

asal, iaitu perubahan bagi bunga yang dikaji bagi menghasilkan sebuah batik.

Penghasilan portfolio ini menggunakan perkembangan idea jenis olahan motif. Hal

ini disebabkan, saya dapat menilai dengan jelas tentang Bunga Orked ( motif asal )

yang dipilih diolah dengan pelbagai peringkat pada beberapa bahagian sebelum

menghasilkan rupa bunga yang baharu dan mempunyai ciri-ciri bunga yang lebih

bersesuaian dengan corak batik.

2. Langkah dan Penyelidikan

Dari segi lakaran dan penyelidikan terhadap motif, saya melihat langkah ini telah

dijalankan oleh pengkarya dengan jayanya. Lakaran-lakaran yang dihasilkan

melambangkan tahap pengetahuan dan penguasaan seseorang pengkarya terhadap

karya yang akan dihasilkan. Lakaran yang dihasilkan lazimnya akan melibatkan

pelbagai olahan baharu yang ditambah atau dikurangkan bagi membentuk lakaran

yang tampak lebih hebat dan menepati citarasa sesebuah karya batik. Berdasarkan

portfolio yang dikaji, saya dapat melihat pelbagai lakaran bunga orked yang telah

diolah dan dilakarkan dengan lebih perhatian dan penghalusan bagi memfokuskan

lagi kepada motif yang dipilih. Daripada lakaran satu bunga orked yang lengkap

berdaun dan berbatang, kini dapat dilihat bahawa motif telah berubah dan

mengalami perubahan khususnya dari segi bunganya.

3. Lukisan Kajian

Langkah ini melibatkan motif yang telah dilakar pada langkah sebelumnya. Lukisan

kajian akan memfokuskan hanya pada satu lakaran motif yang telah dipilih. Lukisan

Page 2: Penilaian Portfolio Psv

kajian kebiasaannya lebih terperinci ( detail ) bagi melahirkan sebuah karya yang

tampak ekslusif dan bermutu tinggi. Bagi portfolio yang dipilh untuk dinilai, saya

dapat melihat lukisan satu bunga orked yang telah diolah dan dilukis lengkap

dengan ‘ shading ’ dan garisan yang pelbagai bagi membuatkan motif tampak lebih

sebenar ( real ) dan menarik.

4. Eksperimentasi bahan dan teknik

Bagi langkah ini saya dapat menilai pelbagai aplikasi warna yang telah diwarnakan

pada motif. Perubahan warna pada bahagian-bahagian pada bunga menyebabkab

motif kelihatan lebih pelbagai dan menarik. Warna-warna yang dikenakan pada motif

merupakan warna yang selalu digunakan pada batik. Jenis cat warna napthol dan

garam telah dipakai di dalam pembatikan kali ini. Penggunaannya yang mudah,

cepat, dan praktis, serta daya tahannya yang cukup baik terhadap sinar matahari.

Warna ini telah diubahsuai melalui warna pensel ( warna LUNA ) dan warna air yang

telah dibuat pada langkah kajian warna sebelum ini. Bahan lain yang dapat dilihat

dalam portfolio ini adalah kain yang digunakan untuk batik di ‘ canting ’ ialah kain

jenis Sutera Jacquard. Sutera Jacquard merupakan fabrik yang sinonim dengan

pembuatan batik sutera. Kain jenis ini memang sentiasa menjadi pilihan pengguna

kerana teksturnya lembut, sejuk, selesa dipakai dan tidak perlu di lining.

5. Proses dan penghasilan

Proses reka letak menjadi antara proses penting dalam penghasilan sesebuah

karya. Hal ini disebabkan proses ini merupakan bayangan tempat hasil karya akhir

akan diletakkan. Berdasarkan portfolio, saya dapat melihat beberapa reka letak yang

telah dihasilkan bagi sesebuah corak batik yang akan dihasilkan. Selain itu, saya

juga dapat menilai proses dan penghasilan karya batik ini dengan jelas apabila

gambar-gambar penghasilan batik juga dilampirkan dalam portfolio ini. Melaluinya

saya dapat melihat dengan jelas tentang proses penghasilan batik dengan lebih

dekat terutamanya proses mewarna atau mencanting batik.