portfolio praktikumnasir
TRANSCRIPT
PENGHARGAAN
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
BAHAGIAN A
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
SENARAI KANDUNGAN
PORTFOLIO PRAKTIKUM
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
Pengetahuan
baru
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
BIODATA
DIRI
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
SURAT
PENGENALAN DIRI
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
PERNYATAAN PROFESIONAL
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara
WAWASAN 2020 – SEMBILAN CABARAN
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat
dikongsi bersama.
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
dengan berkeyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang
dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang
matang.
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur.
Mewujudakn masyrakat saintifik dan progresif.
Mewujudkan masyrakat penyayang dan budaya menyayangi.
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi
bersaing, giat, dinamik dan kental.
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010
Teras 1 - Membina Negara Bangsa
Teras 2 - Membangunkan Modal Insan
Teras 3 - Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4 - Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 - Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6 - Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
LAPAN AGENDA PENGISIAN WAWASAN PENDIDIKAN
1. Perpaduan
2. Stail pengurusan
3. Stail kepimpinan
4. Perkhidmatan penyayang
5. ‘Empowerment’
6. Budaya ilmu
7. Sekolah penyayang
8. Budaya cemerlang
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha
menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang
percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun
Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman
berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa
hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda
untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima
tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan
profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.
i. Tanggungjawab Terhadap Pelajar.
a) Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal
lain.
b) Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
c) Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya.
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
d) Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam
mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang
bayaran.
e) Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
f) Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan
dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
II. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
a) Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
b) Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara
institusi pendidikan dengan rumahtangga.
c) Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
d) Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka,
dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana.
e) Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan
sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar.
f) Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu
yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga
mereka.
III. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara.
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
a) Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan
Rukun Negara.
b) Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama.
c) Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
d) Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat.
e) Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan
dan kecendekiawan masyarakat.
f) Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
IV. Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan.
a) Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang
boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu
bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
b) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru.
c) Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan
rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan
ikhtisas dan sosial.
d) Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang
baru dalam profesion keguruan.
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
e) Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
keguruan.
f) Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
IKRAR GURU
Bahawasanya kamiGuru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrarMendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kamiDan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbaktiKepada masyarakatDan negara kami.
Kami sentiasa menjunjungPerlembagaan negaraKami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun NegaraPada setiap masa.
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
LAGU GURU MALAYSIA
Kami guru MalaysiaBerikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpinPutra putri negara kita
Pada Seri PadukaKami tumpahkan setia
Rukun Negara kitaPanduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan Kami tetap bersamaMembantu, membinaNegara yang tercinta
Amanah yang diberiKami tak persiakan Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
refleksi
aktiviti yang dijalankan
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PRAKTIKUM
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
HASIL KERJA HARIAN
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
BORANG
TAKWIM SEKOLAH
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
BORANG KEHADIRAN PRAKTIKUM
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
BAHAGIAN B
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
PETA LOKASI,
PELAN SEKOLAH
& BILIK DARJAH
PELAN LOKASIPortfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
PELAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
MAKLUMAT SEK.KEB. SERI
BUDIMAN II
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
VISI DAN MISI SEKOLAH KEBANGSAAN
SERI BUDIMAN ii
VISI
Membina insan berinovatif, berilmu, berakhlak
mulia, kreatif dan bertanggungjawab.
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
MISI
Melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam
bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah
melalui perkhidmatan pendidikan berterusan
yang berkualiti selaras dengan arus teknologi
maklumat dan alaf baru
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
SENARAI NAMA STAF (AKADEMIK DAN
SOKONGAN)
SENARAI NAMA STAF (AKADEMIK)
SENARAI NAMA GURU SESI PAGIBIL. NAMA JAWATAN
1 Asma Bt. Mokhtar. PJK. Guru Besar
2 Radziah Bt. Abd. Samad (GPK 1) PK Kurikulum
3 Norisah Bt. Suleiman (GPK HEM) PK Hal Ehwal Murid
4 Wan Nor Rani Bt. Wan Yusof (GPK KO-KU) PK Kokurikulum
5 Tuan Zarina Bt. Tuan Othman Guru Media
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
6 Noor Azlina Bt. Nawi Guru Bimb. & Kaunseling
7 Che Nailah Bt. Ahmad Guru Bimb. & Kaunseling
8 Massirah Bt. Sulaiman Guru Data/EMIS
9 Zulfarihan Bt. Atan Guru Data/SMM
10 Idris B. Taha Guru disiplin
11 Zuraini Bt. Zulkifli S/U Peperiksaan
12 Norhayati Bt. Noor Aris S/U Akademik
13 Suzana Bt. Ali S/U HEM
14 Rosmizawati Bt. Daud S/U Kokurikulum
15 Zainab Zulaili Bt. Abdullah Tahir 6 Neptun/Penyelaras tahun 6
16 Noraishah Bt. Othman 6 Uranus/KP. PSV/Peny. Protim
17 Muhammad Harris Ong B. Abdullah 6 Zuhal/Sains
18 Khairul Asmadi B. Samsudin 6 Musytari/KP. PSK
19 Anida Bt. Abdullah 6 Marikh/Matematik
20 Nurul Aini Bt. Abu Bakar 6 Bumi/BM/KH
21 Tuan Rohadi B. Tuan Kechik 6 Zuhrah/BM/KH
22 Azlina Bt. Ismail 6 Utarid/BI
23 Sazeli B. Shamsuddin 5 Uranus/Peny. PPSMI
24 Asiah Bt. Abd. Rahman 5 Zuhal/Penyelaras tahun 5
25 Amran Bt. Haji Seman 5 Musytari/KP. Muzik
26 Ismazilawati Bt. Ismail 5 Marikh/KP. Matematik
27 Azmah Bt. Embong 5 Bumi
28 Ezdiani Bt. Selamat 5 Zuhrah/BI
29 Nor maryani Bt. Awang 5 Utarid/Pend. Islam
30 Anita Bt. Alfian Yusof 4 Zuhal/BI
31 Mohd Azley Bin Che Mat 4 Musytari/Matematik
32 Azizah Bt Md. Lajim 4 Marikh/Pend. Islam
33 Mohd Roslan B. Ariffin 4 Bumi/KP. Kemahiran Hidup
34 Rosnah Bt. Mijan 4 Zuhrah/Matematik
35 Nur Syazwani Pong Bt. Abdullah 4 Utarid/KP. Kajian Tempatan
36 Yusri Bin Karim KP. Bahasa Melayu
37 Nor Hayati Bt. Jamaluddin KP. Agama
38 Romarzila Bt Omar Pend. Agama/ Penyelaras Surau
39 Mohamad Bin Sawal KP. Pend. Jasmani & Kesihatan
40 Nooraini Bt. Amarjan KP. Sains
41 Siti Jamilah Bt. Hj. Md. Yasin KP. Bahasa Inggeris
42 Azlina Bt. Mohd Tahir Guru ICT/ PSV
43 Norziah Bt. Hamisan Guru BM
SENARAI NAMA STAF (SOKONGAN)
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
Piagam Pelanggan
Sekolah Kebangsaan Sri Serdang
Kami warga sekolah berjanji akan:-
1. Memastikan murid mendapat perhatian dan layanan
sama rata
2. Murid mendapat peluang untuk melibatkan diri dalam
bidang kurikulum dan kokurikulum.
3. Menyediakan prasarana yang kondusif, ceria dan
selamat.
4. Member layanan dan perkhidmatan yang mesra,
cepat dan berhemah semasa berurusan.
5. Mengambil tindakan segera terhadap aduan, teguran
dan cadangan.
5. Berganding bahu dan bekerjasama dengan anggota
masyarakat dan warga pendidik dalam usaha
memperkasakan sekolah kea rah kecemerlangan
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
“Kecemerlangan Murid Kepuasan Kami”
PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH
ARAHAN AM
Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertaluk kepada segala arahan yang
terdapat dalam Perintah Am kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki
membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut
Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya
sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu perkerjaan semata – mata.
Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip
– prinsip Perkhidmatan Cemerlang
Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat
Pendidikan Kebangsaan.
Meletakkan Kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri
dalam menjalankan tugas.
Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di
sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.
KEDATANGAN
Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
Guru dikehendaki berada didalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu
persekolahan bermula dan merakam kehadiran semasa sampai dan sewaktu
balik sekolah.
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah hendaklah
memberikan kenyataan dan sebab – sebab yang wajar. Guru juga mestilah
memaklumkan kepada pihak sekolah dengan kadar segera supaya jadual waktu
ganti dapat disediakan.
Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat diluar waktu persekolahan kecuali
dalam keadaan kecemasan
Waktu persekolahan
Hari Masa(Sesi Pagi) Masa(Sesi Petang)
Isnin 7.30 pagi -1.10 petang 1.10 petang - 6.30 petang
Selasa 7.30 pagi -1.10 petang 1.10 petang - 6.30 petang
Rabu 7.30 pagi -1.10 petang 1.10 petang - 6.30 petang
Khamis 7.30 pagi -1.10 petang 1.10 petang - 6.30 petang
Jumaat 7.30 pagi - 12.15 tgh 2.15 petang - 6.30 petang
KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN
Guru dan staf tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa
waktu persekolahan kecuali jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat
dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan/PPD dengan syarat mendapat
kebenaran dari Guru Besar/Penolong Kanan
Guru dan staf dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan ditulis dalam
Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Guru Besar/Penolong Kanan.
Sebelum keluar, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui
Penolong Kanan.
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
CUTI
Cuti Rehat/Cuti Penggal
Mengikut surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ/A(30) bertarikh
24 Disember 1993, guru berkelayakkan mendapat cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar
tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan
tugas-tugas selain daripada tugas mengajar.
CUTI SAKIT
Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut- turut
hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 14 hari dalam
setahun.
Cuti Sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus
akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Untuk
menentukan pembayaran gaji.
CUTI TANPA GAJI
Mengikut Perintah Am Bab ‘C’ Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-
sebab persendirian yang mustahak.
Cuti Tanpa Gaji kakitangan bukan guru hanya boleh diberikan selepas habis
semua cuti rehatnya.
Kelayakaan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negara hanya boleh diambil sekali dalam
masa 4 tahun.
Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan
oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti melebihi 15 hari diluluskan oleh
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantarke
Jabatan Pelajaran Negeri 10 Minggu sebelum tarikh mula bercuti.
CUTI REHAT KHAS(CRK)
CRK adalah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
Cuti diluluskan oleh Guru Besar bagi temp[oh 7 hari Setahun.
CRK bukan hak tetapi keistimewaan, kelulusan adalah atas budi bicara Guru
Besar bergantung atas keperluan sekolah.
Baki cuti boleh dikumpul bagi tujuan “GHS” sebanyak 120 hari (jika ada
permohonan) sepanjang tempoh perkhidmatan.
CUTI KELUAR NEGERI
Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari
jabatan. Sila isi borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4
minggu sebelum tarikh bercuti.
CUTI TANPA REKOD
Cuti tanpa rekod boleh diambil 30 hari setahun
Cuti tanpa rekod boleh diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
-…bagi menghadiri perperiksaan
-…mengambil bahagian dalam olahraga/sukan(30 hari sahaja)
-…Ahli majlis/ jawatankuasa pertandingan
-…cuti urusan kematian ahli keluarga terdekat-diberi 3 hari sahaja untuk
menziarahi dan membantu urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga
terdekat. (Ahli keluarga terdekat bermaksud suami, isteri, anak-anak serta ibu
bapa kandung kepada anggota keluarga berkenaan). Cuti ini bermula pada tarikh
kematian…atau pada hari berikutnya jika kematian selepas waktu pejabat.
Tempoh cuti termasuk semua hari rehat dan hari pelepasan am. Salinan
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
pengesahan kematian ahli keluarga perlu dikemukakan kepada Guru Besar
untuk tujuan rekod.
PAKAIAN
Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan
masyarakat timur.
Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru
perempuan.
Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang
sesuai.
Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang
sesuai.
- Guru perempuan – Seluar trek/seluar panjang yang sesuai, kemeja-T,
kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.
- Guru lelaki - Seluar trek/seluar panjang yang sesuai, kemeja-T, kemeja
sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau getah tanpa tumit.
PERHUBUNGAN SESAMA GURU
Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan
sihat sesama guru dan sentiasa mengawal tutur kata dan tingkahlaku mereka.
Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman /
pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan yang
lain.
Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status
sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama
sekali wujud di sekolah ini.
BILIK GURU/BENGKEL
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
Kebersihan dan keselamatan bilik guru / bengkel adalah menjadi tanggungjawab
semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda di dalam bilik guru/
bengkel.
Guru hendaklah berada di dalam bilik guru/bengkel semasa tidak mengajar di
kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘ non-teaching period’ dan
bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di
bilik guru/ bengkel untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran sahaja.
Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada dibilik guru
Guru yang berada di dalam bilik guru/ bengkel hendaklah sama-sama
bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu
ketenteraman mana-mana pihak.
TUGAS
Guru akan diberikan tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan
tugas khas. Laksanakan tugas yang diberikan dengan cekap , dedikasi dan
bertanggungjawab.
Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan seperti menghadiri
mesyuarat, pergi ke JPN , atau berkursus guru hendaklah mengambil tindakan
sewajarnya. Guru tidak boleh mengarah guru lain melaksanakan tanpa
kebenaran pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak atas
persetujuan sesama, maka ia mesti sampai kepengetahuan Guru Besar.
BUKU REKOD MENGAJAR
Guru bertanggungjawab menjaga keselamatan buku rekod mengajar kerana
ianya merupakan SKT setiap guru kecuali guru bimbingan dan kauseling
Semua butiran hendaklah diisikan dengan kemas, teliti dan lengkap.
Buku rekod ini hendaklah diserahkan ke Pejabat pada hari Jumaat atau hari
akhir minggu berkenaan untuk tujuan semakan dan tandatangan oleh Guru
Besar/Penolong Kanan.
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada
Penolong Kanan / Guru Kanan.
Buku Rekod mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun
persekolahan.
JADUAL WAKTU
Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan dalam kelas sendiri.
Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran Guru Besar.
Jadual waktu ganti hendaklah disediakan oleh S/U Guru Ganti dan
ditandatangani oleh Pengetua/Penolong.
JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
Setiap guru kelas bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang
diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak
mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.
Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda
pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru
tingkatan tidak hadir, Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab menandanya.
Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat Hal Ehwal Murid.
Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut pada waktu persekolahan,
ibu bapa / penjaga hendaklah dimaklumkan melalui telefon dan bertulis.
Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru
Penolong Kanan HEM.
Guru tidak dibenarkan membawa keluar Buku Kedatangan Pelajar.
KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda
sekolah samada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke
pengetahuan pihak sekolah.
Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan. Mengenai
penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-
lain
Semua guru hendaklah memastikan perabot di dalam kelas/ bilik-bilik khas tidak
diubah/dialeh ke tempat lain.
KEBERSIHAN
Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan
dan pelajar.
Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan.
Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan
ditempat yang selamat.
Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat
khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk
menjaga bilik tersebut.
PERGI KE JABATAN PELAJARAN/PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
Guru-guru tidak digalakkan pergi ke JPN atau PPD untuk urusan peribadi.
PELAWAT
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar / Penolong Kanan
terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau
penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar/Penolong.
MEMBELI BARANG
Pembelian barang untuk P&P dibuat melalui Ketua Panitia
Ketua Panitia dikehendaki mengisi Nota Minta untuk tujuan tersebut.
Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan
dalam buku stok dengan kemas.
KEGIATAN KOKURIKULUM
Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum.
Guru-guru berkenaan wajib hadir mengikut jadual yang ditetapkan. (120 minit
seminggu)
PERHIMPUNAN SEKOLAH
Semua guru wajib hadir perhimpunan sekolah pada hari-hari dan masa-masa
yang ditetapkan.
Guru lelaki hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali
leher.
Guru perempuan hendaklah berpakaian kemas, bersopan santun dan tidak
memakai selipar / sandal.
Guru wajib menyanyi bersama pelajar - Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu
Sekolah dengan penuh semangat.
MESYUARAT GURU
Dari masa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kehadiran
guru adalah diwajibkan.
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
Guru diwajibkan hadir mesyuarat yang diadakan oleh Penolong Kanan / Ketua
Panitia.
TANDA NAMA
Semua guru dan kakitangan sekolah hendaklah memakai tanda nama pada hari
persekolahan dan majlis rasmi disekolah / diluar sekolah.
KEAHLIAN KELAB/PIBG
Yuran Kelab Guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan menjadi
tanggungjawab ahli menjelaskan yuran keahlian kepada bendahari kelab.
Semua guru digalakkan menganggotai Badan Ihsan Anggota Jabatan
Pendidikan Selangor.
PENGGUNAAN ALAT-ALAT
Mesti mendapat kebenaran ketua-ketua bahagian / penjaga stok.
Alat-alat hendaklah digunakan dengan betul serta mengikut peraturan.
Bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan alat-alat digunakan dan
dikembalikan dalam keadaan baik.
Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta.
ARAHAN DAN PEKELILING
Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah
dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya dan
disimpan di dalam fail khas.
Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian, Jabatan Pendidikan / PPD guru
hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan
diambil.
TELEFON
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan hendaklah
direkodkan.
KUNCI
Semua kunci mesti di simpan di pejabat pentadbiran sekolah.
Guru dan kakitangan sekolah yang hendak menyimpan kunci mesti mendapat
kebenaran bertulis dari Guru Besar.
Sewaktu cuti penggal persekolahan semua kunci hendaklah diserahkan di
pejabat pentadbiran sekolah.
ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH
Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara atau majlis rasmi sekolah
Guru tidak dapat hadir kerana sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan
mestilah menyertakan surat tunjuk sebab.
BAHAGIAN CPortfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
RANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
SENARAI NAMA AHLI DAN KEHADIRAN
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
SALINAN BORANG PENYELIAAN DAN
BIMBINGAN PENSYARAH DAN
GURU PEMBIMBING (BORANG PR1)
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
RANCANGAN PROJEK/
PERANAN LAIN
LAPORAN PROJEK/
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
PERANAN LAIN
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
BAHAGIAN D
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
FORMAT DAN CONTOH PENULISAN JURNAL
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
LAPORAN JURNAL
MINGGUAN
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
EDARAN SEKOLAH
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010
CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN
Portfolio Praktikum KPLI-SR Matematik Ambilan Januari 2010