portfolio pgg

24
KERTAS KERJA UNTUK KARNIVAL SUKAN SK BALUNG 1.0 Pendahuluan Karnival sukan merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang melibatkan semua murid. Ia merupakan satu medium untuk mengasas kemahiran sukan yang ada pada dalam diri murid-murid. Karnival sukan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman murid-murid. Selain itu juga, karnival sukan ini diadakan untuk melahirkan murid yang beintelek, cergas, dan berkualiti, karnival sukan ini juga menganjurkan satu aktiviti yang bercorak meneroka dan beriadah, di samping menyerap pelbagai ilmu pengetahuan agar dapat diguna pakai dalam kehidupan akan datang. Karnival sukan ini disertai oleh 14 buah sekolah di zon Tawau. Seterusnya, karnival ini menganjurkan 2 permainan iaitu bola tampar dan bola baling. Secara tidak langsung, permainan ini akan diminikan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur. 2.0 Rasional JUMARDI BIN MUHLIS ( PISMP PJ 1113 ) Page 1

Upload: jumardi-muhlis

Post on 14-Nov-2015

260 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

kertas kerja untuk KARNIVAL SUKAN SK BALUNG

1.0 Pendahuluan Karnival sukan merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang melibatkan semua murid. Ia merupakan satu medium untuk mengasas kemahiran sukan yang ada pada dalam diri murid-murid. Karnival sukan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman murid-murid. Selain itu juga, karnival sukan ini diadakan untuk melahirkan murid yang beintelek, cergas, dan berkualiti, karnival sukan ini juga menganjurkan satu aktiviti yang bercorak meneroka dan beriadah, di samping menyerap pelbagai ilmu pengetahuan agar dapat diguna pakai dalam kehidupan akan datang. Karnival sukan ini disertai oleh 14 buah sekolah di zon Tawau. Seterusnya, karnival ini menganjurkan 2 permainan iaitu bola tampar dan bola baling. Secara tidak langsung, permainan ini akan diminikan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur.

2.0 RasionalKarnival ini akan dapat memenuhi hasrat dan matlamat sekolah selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan bakal insan yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial, seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di akhir karnival ini, murid-murid dapat mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan yang diserap, di samping dapat menghayati nilai murni dan semangat kesukanan. Usaha ini bukan hanya mampu memenuhi hasrat, malah menjadi satu aktiviti tahunan sekolah.

3.0 Objektif & Matlamat Karnival Sukan

3.1 Memberi peluang kepada murid yang tidak pernah menyertai sukan untuk menyertai acara sukan yang dipertandingkan.

3.2 Membina dan mendidik akhlak murid, serta memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi secara bebas dalam menyertai acara sukan secara terbuka melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dengan teliti sepanjang tempoh karnival sukan ini.

3.3 Mengamalkan semangat setiakawan, bekerjasama, mempertingkatkan motivasi dan keupayaan, serta mampu membuat keputusan yang betul melalui aktiviti yang dijalankan.

3.4 Mengembangkan perasaan bersatu hati, persahabatan, serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.5 Mendedahkan kepada murid tentang betapa pentingnya menghayati, menghargai, serta kepentingan sukan terhadap kesihatan diri.

4.0 Tema Karnival sukan"Sukan untuk kecergasan fizikal dan kecerdasan minda5.0 TempatStadium Kompleks Tawau.6.0 Tarikh & Tempoh Pelaksanaan Karnival Sukan17 April 2013 & 18 April 2013 ( Dua hari )7.0 Jumlah Penyertaan7.1 14 buah sekolah

8.0 Sistem PertandinganPertandingan separa liga kumpulan dan sistem kalah mati akan digunakan digunakan. Sistem separa liga jenis ini digunakan dalam karnival sukan ini kerana jumlah penyertaan sesuai untuk sistem pertandingan ini. Tambahan pula, masa yang diperuntukan iaitu 2 hari sahaja. Bagi sistem separa liga kumpulan, 2 pasukan yang terbaik dari setiap kumpulan akan mara ke sistem kalah mati. Sistem kalah mati digunakan bagi menentukan juara.

9.0 Aturcara pertandinganHari pertama : 17 April 2013

MASAPROGRAM7.30 pagiMurid mengambil tempatKetibaan tetamuPerhimpunan Pelajar di padangBacaan Doa Ustaz Wahab b. AhmadUcapan alu aluan Guru BesarUcapan Perasmian Oleh Guru Besar SK BalungAktiviti senam robik 9.00 pagiAcara bermula12. 30 tengah hariRehat4.30 petangDijangka karnival sukan bersurai

Hari kedua : 18 April 2013

MASAPROGRAM7.30 pagiAktiviti senam robik8.00 pagiAcara bermula12. 30 tengah hariRehat3.30 petangPerasmian penutupan karnival sukan dan penyampaian hadiah serta cenderamata4.30 petangKarnival sukan dijangkakan tamat

10.0 Jadual Pertandingan

Kumpulan AKumpulan BKumpulan CKumpulan D

15912

261013

371114

48

Kumpulan AKumpulan BKumpulan CKumpulan D

SK BATU 22SK PASIR PUTIHSK BALUNGSK JAMABATAN PUTIH

SK TAWAUSK BOMBALAISK BAHAGIASK AGAMA

SK INDERASABAHSK KINABUTANSK KUKUSANSK KALABAKAN

SK MEROTAISK JALAN APAS

Pusingan kedua ( suku akhir )Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulanakan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandinganakan dijalankan secara kalah mati.

11.0 Senarai Jawatankuasa Pengelola

Pengerusi :En. Jumardi bin Muhlis Naib Pengerusi:Cik Nursyakilla binti MadnuruSetiausaha Sukan :Cik Lim Ting LenPengurus Karnival :En. Hamdan bin PallaoPenasihat Teknik :En. Taufik AminJawatankuasa Kecil:

JUMARDI BIN MUHLIS ( PISMP PJ 1113 )Page 7

Peralatan Thaddeus Immanuel (k)Jualin LinPengacara Hamdan Pallao(k)Nursyakilla MadnuruPerhiasan Astaka Herna Julian (k) Nurhidayah John

Protokol Jessyca Ungat (k)Esther Robert

Juri RayuanTaufik Amin (k)Jumardi Muhlis

Fotografi & video Shahrul Malimbroni (k)Hazairi Herman

Hadiah & CenderahatiNurhidayah John(k)Nur Amira Afiqah

Makanan & Minuman Edonna Majakui (k)Rohana Bt Bujang

Keselamatan Mohd Zabri (k)En Zulkipli B Rejeli

Pertolongan cemasNur Anisah (k)PBSM

Buku Program Hazairi Herman (k)Herman Marius

Kebersihan Roziyana Rahim (k)Esther Robert Publisiti / Banner Linton Jubin Thien (k)Ellif Mofilin

12.0 PEGAWAI PEGAWAI TEKNIKAL PERTANDINGAN

Peyelia Peserta Nursyakilla binti MadnuruLinton Jubin Thien

Pengadil PertandinganJumardi bin MuhlisTaufik aminZabri Ashim

Penjaga Masa Esther RobertEdonna MajakuiNur Amirah Afiqah

Pencatat PertandinganRoziyana RahimHerna Julian

Bidang Tugas Jawatankuasa PengelolaPengerusi1. Membentuk ahli jawatankuasa projek2. Menyediakan kertas kerja lengkap dengan bantuan Naib Pengerusi dan setiausaha.3. Mengadakan dan mengendalikan mesyuarat4. Memantau dan memastikan semua bahagian jawatankuasa berfungsi mengikut bidang tugas secara efektif

Naib Pengerusi 1. Membantu Pengerusi dalam menyediakan kertas kerja2. Mengambil alih tugas Pengerusi semasa ketiadaannya3. Memantau dan membantu Pengerusi setiap bahagian4. Melaporkan kepada Pengerusi perkembangan setiap bahagian dari masa ke semasa

Setiausaha Sukan1. Membantu Pengerusi dalam menyediakan kertas kerja dan membukukannya2. Menyediakan minit mesyuarat3. Mengatur mesyuarat dan memaklumkan kepada semua jawatankuasa tentang mesyuarat yang akan diadakan4. Menguruskan tentang segala surat menyurat5. Menyediakan laporan lengkap sesudah projek berlangsung

Bendahari Kejohanan1. Mengurus dan mengawal segala urusan keluar masuk wang2. Merekodkan dengan lengkap segala urusan kewangan3. Menyediakan laporan lengkap kewangan sesudah projek berlangsung

Peralatan1. Menyediakan alatan yang diperlukan oleh setiap jawatankuasa 2. Menyediakan alat siaraya3. Memasang alat siaraya di tempat yang akan digunakan sebagai tempat perasmian 4. Menyediakan anggaran perbelanjaan5. Menyediakan carta ganti Jawatankuasa Peralatan & PA Sistem

Persiapan Padang dan Astaka1. Menyediakan peralatan dan gelanggang untuk pertandingan tersebut.2. Memastikan peralatan yang digunakan adalah selamat dan mengikut piawaian.3. Menyediakan gelanggang untuk permainan yang mengikut piawaian.4. Membaiki kerosakan padang jika berlaku kerosakkan selepas tamat permainan.

Protokol dan Sambutan1. Menyediakan pentas menghias pentas sebaik mungkin2. Membuat tempahan bilik rehat VIP, menentukan jenis dan susunan bilik / kerusi majlis perasmian3. Mengenalpasti individu yang akan dijemput4. Menyediakan kad jemputan untuk diedarkan kepada jemputan termasukpensyarah dan VIP5. Mendapatkan maklumbalas tentang jemputan yang akan hadir6. Mengedarkan buku program kepada tetamu dan hadirin7. Menyambut tetamu jemputan dan VIP8. Menyediakan anggaran perbelanjaan9. Menyediakan carta ganti / jadual tugasan Jawatankuasa Protokol dan Sambutan

Pengadil dan Rayuan1. Menguruskan pengawai pengadilan yang berpengalaman2. Menyediakan peraturan pertandingan & teknikal3. Menyediakan anggaran perbelanjaan4. Menyediakan carta ganti / jadual tugasan Jawatankuasa KepegawaianHadiah dan Cenderahati1. Menyediakan buku program, hadiah dan cenderamata2. Menyediakan anggaran perbelanjaan3. Menguruskan upacara penyampaian hadiah dengan kerjasama jawatankuasa protocol dan sambutan4. Menyediakan carta ganti / jadual tugasan Jawatankuasa

Makanan dan Minuman1. Memastikan makanan dan minuman tersedia pada waktu yang dijadualkan2. Memastikan makanan dan minuman yang dibekalkan mencukupi3. Mengenalpasti jenis-jenis makanan dan minuman yang bakal disediakan dan kosnya4. Menguruskan segala kelengkapan tentang jamuan perasmian dan meja VIP5. Menyediakan anggaran perbelanjaan6. Menyediakan carta gantt / jadual tugasan Jawatankuasa Jamuan

Pengacaraan1. Menyediakan juruacara bagi mengendalikan kejohanan2. Memberi taklimat kepada juruacara tentang tugas-tugasnya3. Menyediakan teks ucapan yang lengkap

Keselamatan1. Mengawasi perjalanan karnival dari sebarang perkara yang tidak diingini 2. Mengawal disiplin ahlijawatankuasa dan hadirin3. Memaklumkan kepada pihak keselamatan SK Balung tentang projek ini dan meminta bantuan keselamatan4. Menyediakan anggaran perbelanjaan5. Menyediakan carta ganti / jadual tugasan Jawatankuasa Disiplin dan Keselamatan

Pertolongan Cemas1. Menjadi pasukan yang akan memberi bantuan kecemasan jika terjadi sebarang kecederaan semasa pertandingan berlangsung.2. Menghantar peserta yang sakit atau cedera ke hospital terdekat jika perlu.3. Bersedia sepanjang karnival sukan.Kebersihan1. Menjaga kebersihan kawasan yang digunakan semasa karnival.2. Membersihkan kawasan karnival sukan sebelum, semasa dan selepas karnival sukan berlangsung.Kepegawaian1. Menguruskan pengawai pengadilan yang berpengalaman2. Menyediakan peraturan pertandingan & teknikal3. Menyediakan anggaran perbelanjaanUrusetia dan Pendaftaran Peserta1. Menyediakan borang pendaftaran,tag nama AJK dan fail2. Menyediakan kata-kata aluan penaung,penasihat dan pengarah projek3. Menyediakan anggaran perbelanjaan4. Menyediakan carta ganti / jadual tugasan Jawatankuasa Urusetia dan Pendaftaran

13.0 Anggaran Perbelanjaan13.1 Makanan setiap peserta : RM3.50 x 14 buah sekolah = RM550Minuman setiap peserta : RM0.50 x 14 buah sekolah = RM25013.2 Makanan & minuman VVIP 3 orang x RM10.00 = RM50.00

13.3 Makanan & minuman untuk urusetia = RM200

Jumlah keseluruhan= RM 1050

14.0 Lampiran14.1 Surat panggilan mesyuarat ( Rujuk lampiran 1 )14.2 Minit Mesyuarat ( Rujuk lampiran 2 )

15.0 Penutup15.1 Karnival Sukan berharap program berjalan dengan lancar.15.2 AJK Karnival Sukan memerlukan kerjasama dan kewangan daripada penaja bagi menjayakan program ini.15.3 AJk Karnival Sukan memerlukan kerjasama semua peserta dan pengadil bagi menjayakan program ini. Borang pemarkahan dan borang pendaftaran akan diberikan.

Disediakan oleh:

Lim Ting LengSetiausaha Karnival SukanSekolah Rendah Kebangsaan Balung Tawau, SabahLAMPIRAN 1 SURAT PANGGILAN MESYUARAT.Lim Ting Len,Sekolah Rendah Kebangsaan Balung, Peti Surat 696,91008 Tawau, Sabah.

AJK INDUKSekolah Rendah Kebangsaan Balung, Peti Surat 696,91008 Tawau, Sabah

PEMBERITAHUAN MESYUARAT AJK INDUK

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.2.Sehubungan itu, semua AJK yang terlibat diwajibkan untuk menghadiri mesyuarat AJK induk yang akan di adakan pada;Tarikh: 13/04/13 (Selasa)Tempat: Bilik AngkasaMasa: 2:30 petang3.Agenda mesyuarat yang akan dibincangkan pada mesyuarat kali ini adalah mengenai laporan AJK, spesifikasi agihan tugasan dan perkara-perkara berbangkit.

4.Kerjasama daripada anda saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.Saya yang menurut perintah,

(Lim Ting Len)Sekolah Rendah Kebangsaan Balung, Peti Surat 696,91008 Tawau, Sabah

LAMPIRAN 2 MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT I JAWATANKUASA PENGELOLA KARNIVAL SUKAN SK BALUNG TAWAU 2013 TARIKH : 13 APRIL 2013TEMPAT:BILIK ANGKASAMASA:2.30 PETANG 5.45 PETANGKEDATANGAN: SEMUA AJK INDUK1. Thaddeus Immanuel (k)2. Hamdan Pallao(k)3. Mohd Zabri (k)4. Nur Anisah (k)5. Hazairi Herman (k)6. Herna Julian (k)7. Roziyana Rahim (k)8. Jessyca Ungat (k)9. Taufik Amin (k)10. Linton Jubin Thien (k)11. Shahrul Malimbroni (k)12. Edonna Majakui (k)13. Nurhidayah John(k)

PERKARA / AGENDA1.0 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ahli jawatankuasa pengelola.1.1 Taklimat tentang Karnival Sukan yang akan dijalankan.1.2 Menyatakan tempat akan berlangsungnya karnival tersebut.Tindakan : Semua ahli jawatankuasa pengelola

2.0 Mesyuarat diserahkan kepada Pengerusi Karnival Sukan.2.1 Pembahagian dan penerangan tugas kepada setiap ahli jawatankuasa. Pengerusi Karnival Sukan mengharapkan kerjasama dari setiap AJK agar menyiapkan tugas masing-masing bagi menjayakan pengelolaan karnival tersebut.2.2Perbincangan tentang plan back-up sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan seperti hujan di hari berlangsungnya karnival. Sebagai keputusan, karnival terpaksa ditangguhkan sekiranya berlaku sedemikian.Tindakan: AJK yang terlibat

3.0 Hal-hal berbangkit.4.1 Pengerusi Karnival Sukan mengingatkan semua AJK agar menyediakan laporan secara bertulis untuk diserahkan kepada Setiausaha.Tindakan : Semua AJK

4.0 Mesyuarat telah ditangguhkan oleh pengerusi pada jam 5.45 petang.

5.0 Bersurai.

Disediakan oleh ,Disahkan oleh,

______________________________________________________________( Lim Ting Len ) (Jumardi Muhlis)Sekolah Rendah Kebangsaan Balung, Sekolah Rendah Kebangsaan Balung, Peti Surat 696, Peti Surat 696,91008 Tawau, Sabah 91008 Tawau, Sabah