penilaian kerja kursus kaf 3023 (ppgpjj) sem 2 sesi 1213

9
PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ) KAA 3033 Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak Sem 1 2013/ 14 FAIRUZ ‘AIN HARUN (PENYELARAS KURSUS) FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Upload: norliza-a-rauf

Post on 30-Nov-2015

200 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penilaian Kerja Kursus Kaf 3023 (Ppgpjj) Sem 2 Sesi 1213

PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ)KAA 3033Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak

Sem 1 2013/14

FAIRUZ ‘AIN HARUN (PENYELARAS KURSUS)FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA

Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Page 2: Penilaian Kerja Kursus Kaf 3023 (Ppgpjj) Sem 2 Sesi 1213

PENGENALAN

Kursus ini akan memberi tumpuan kepada langkah-langkah penubuhan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berkaitan dengan perlesenan dan kebenaran. Kursus ini juga akan menumpukan kepada pengurusan dan pentadbiran pusat pendidikan awal dari segi perancangan pengurusan, dan pelaksanaan kurikulum, masa, ruang, sumber, inventori, personel, dan pemakanan agar perlaksanaan program dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

i. Mengaplikasikan langkah-langkah bagi menubuhkan pusat pendidikan awal kanak-kanak. (C3, P3)

ii. Mengenal pasti dan melaksanakan cara pengurusan dan pentadbiran pusat yang sitematik dan berkesan. (P4,A4)

iii. Menghasilkan serta melaksanakan ide-ide yang proaktif, inovatif dan kreatif memajukan pengurusan dan pentadbiran pusat pendidikan awal kanak-kanak. (C3, A4)

iv. Bekerja secara berpasukan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. (EM2, LS2)

3.0 PENILAIAN KURSUS

3.1. PemberatanKategori PemberatanKerja kursus 60%Peperiksaan Akhir 40%JUMLAH 100%

3.2. Agihan Pemberatan Kerja KursusBentuk Kerja

Kursus Jenis

TugasanAgihan Markah

(Peratus)Individu 1 20%

2 20%E-Forum 20%

JUMLAH 60%

Page 3: Penilaian Kerja Kursus Kaf 3023 (Ppgpjj) Sem 2 Sesi 1213

4.0 BENTUK KERJA KURSUS SECARA INDIVIDU

Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Tugasan Arahan Tarikh Akhir

%

4.1. Tugasan Individu 1

Rancang dan buat Kertas Kerja Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak. Anda boleh memilih sama ada untuk membuat kertas kerja penubuhan taska atau tadika. Dalam kertas kerja yang anda bina, anda harus memasukkan maklumat-maklumat seperti di bawah;

Nama tadika Rasional penubuhan –mengapa perlu

ditubuhkan? matlamat/visi/misi Lokasi tadika/taska –harus disertakan gambar

sebenar lokasi berserta alamat-mengapa memilih lokasi tersebut

carta organisasi bidang tugas polisi taska/tadika strategi pemasaran budget permulaan Kurikulum/jadual harian Menu harian Penutup/ rasional penubuhan taska/tadika-

nyatakan keunikan taska/tadika anda daripada taska/tadika yang sedia ada

ARAHAN

1. Buat kertas kerja menggunakan format kertas kerja.

2. Anda boleh sertakan gambar-gambar/ logo/ grafik yang relevan untuk tugasan ini.

3. Tugasan MESTI dihantar melalui tapak yang dibina di Portal MyGuru di ruangan Assignment mengikut tarikh yang ditetapkan. Penghantaran yang lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

4. Jumlah muka surat 15-20

5. Format cover depan tugasan rujuk Lampiran 1

24/11/201320

Page 4: Penilaian Kerja Kursus Kaf 3023 (Ppgpjj) Sem 2 Sesi 1213

4.2 Tugasan

Individu 2

Penulisan Ilmiah.Anda dikehendaki membuat penyelidikan melalui pembacaan tentang tajuk ‘Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berkualiti’. ARAHAN

1. Pilih sama ada anda ingin fokus kepada Taska ATAU Tadika dalam penulisan anda.

2. Tugasan MESTI dihantar melalui tapak yang dibina di Portal MyGuru di ruangan Assignment mengikut tarikh yang ditetapkan. Penghantaran yang lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

3. Jumlah muka surat 15-20

4. Format cover depan tugasan rujuk Lampiran 1.

24/11/2013 20

4.3 E-FORUM

1. Tutor E-Learning bagi setiap kumpulan akan memuat naik (upload) 4 soalan untuk dibincangkan bersama dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing di dalam portal MyGuru (Group Forum).

2. Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan tersebut dengan mengemukakan 2 isi penting (lebih kurang 100 patah perkataan) bagi setiap jawapan. Jawapan mestilah dalam bentuk hujah yang ilmiah.

3. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya lima (5) kali bagi setiap soalan forum. Serta memberi respon terhadap jawapan yang dikemukakan oleh rakan sekumpulan yang lain.

4. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan.

5. Tajuk-tajuk forum adalah seperti berikut:

i. Sesetengah pengusaha Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak bertindak mengurangkan kos bahan mentah serta membeli peralatan yang kurang berkualiti untuk mencapai keuntungan yang lebih tinggi. Bincangkan hal ini dan perkaitannya dengan etika pengurusan.

ii. Pada pendapat anda, mengapa masih ada sesetengah Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak yang tidak mengikut prosedur dan akta yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa?.

Semua tarikh tutup forum berakhir pada24/11/2013

5

5

Page 5: Penilaian Kerja Kursus Kaf 3023 (Ppgpjj) Sem 2 Sesi 1213

iii. Sejauh mana hala tuju dan perkembangan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia. Bincangkan.

iv. Bagaimana Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak dapat membantu negara dalam mengurangkan kemasukan amah dari negara jiran ke Malaysia. Kemukakan cadangan anda serta solusi mengenai isu ini.

5

5

JUMLAH 60

5. SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS

Markah Tugasan Individu (20%) Markah E-Forum (20%)(18-20) Idea asli, sangat kreatif ada unsur inovasi.

Pergerakan yang dihasilkan ada unsur ansur maju dan mencabar kemampuan kanak-kanak. Pergerakan ada keseragaman dan ada kepelbagaian jenis pergerakan.

(5) Tahap perbahasan secara ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang cemerlang & kemas, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.

(17-15) Idea asli, sederhana kreatif dan masih ada unsur inovasi. Pergerakan yang dihasilkan ada unsur ansur maju. Masih mencabar kreativiti kanak-kanak. Pergerakan ada keseragaman dan ada kepelbagaian jenis pergerakan.

(4) Tahap perbahasan secara ilmiah yang baik, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.

(14-12) Idea asli, masih kreatif tetapi tiada inovasi. Pergerakan yang dihasilkan ada unsur ansur maju dan masih mencabar kreativiti kanak-kanak. Pergerakan ada keseragaman dan hanya melibatkan 2 jenis pergerakan.

(3) Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi.

(11-9) Idea masih asli, kurang kreatif. Pergerakan yang dihasilkan ada unsur ansur maju tetapi kurang mencabar kemampuan kanak-kanak. Keseragaman kurang namun masih melibat kepelbagaian jenis pergerakan.

(2) Ada penjelasan, penyampaian yang sederhana, Ada idea sendiri yang baik.

(8-6) Idea masih asli dan tidak kreatif. Pergerakan yang dihasilkan kurang unsur ansur maju dan kurang mencabar kemampuan kanak-kanak. Hanya melibatkan pergerakan yang mudah. Keseragaman masih ada dan pergerakan masih menggabungkan 2 jenis pergerakan.

(1) Tahap perbincangan yang rendah, penyampaian sederhana dan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas.

Page 6: Penilaian Kerja Kursus Kaf 3023 (Ppgpjj) Sem 2 Sesi 1213

(4-2) Idea tidak asli dan tidak kreatif. Hanya pergerakan yang mudah dihasilkan dan tidak mencabar langsung kemampuan kanak-kanak. Tiada keseragaman dalam pergerakan dan hanya menggabungkan ada 2 jenis pergerakan.

(0) Gagal melengkapkan tugasan & Tidak menjawab soalan.

(2-1) Idea tidak asli dan tidak kreatif. Hanya pergerakan yang mudah dihasilkan dan tidak mencabar langsung kemampuan kanak-kanak. Pergerakan hanya menggabungkan ada satu jenis pergerakan.

0 Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

6. PERHATIAN & PERINGATAN!!!!!!! Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut arahan

Tutor E-Learning anda. Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB. Ketidakhadiran boleh menyebab anda dihalang (bar) dari menduduki peperiksaan

akhir. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan

penghantaran tugasan secara on-line. Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line.

Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran. Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab

anda sendiri dan menjejaskan markah & gred anda. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi

kumpulan masing-masing.

Page 7: Penilaian Kerja Kursus Kaf 3023 (Ppgpjj) Sem 2 Sesi 1213

Lampiran 1

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014

KAA3033 PENGURUSAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN 1/2

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

PEMARKAHAN

Page 8: Penilaian Kerja Kursus Kaf 3023 (Ppgpjj) Sem 2 Sesi 1213

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-_________

NO UNTUK DIHUBUNGI: ___________

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________

TARIKH SERAH: ________________