penilaian kendiri

3
Dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan berkat dan rahmatNya, saya dan rakan-rakan dari kelas PPG Sains Kumpulan 1 selamat menjalani program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 yang melibatkan aktiviti perbengkelan dan lawatan penanda aras bagi berkaitan guru inovatif. Kedua-dua aktiviti ini telah selamat dijalankan di SK Permatang Janggus, Penaga, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang pada hari Selasa bersamaan dengan 10 Februari 2015 yang lalu. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Encik Mohd Akhir Bin Awang di atas komen dan bimbingan beliau terhadap pelaksanaan program ini dan juga memberikan panduan bagaimana menyediakan laporan refleksi, folio laporan program serta persediaan bahan-bahan lain yang dan maklumat yang perlu ada di dalam folio yang akan disemak oleh beliau nanti. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pihak sekolah berkenaan terutamanya Guru Besar sekolah, Puan Hajjah Halimatun Sa adiah Bt Said yang begitu berbesar hati membenarkan kami menjalankan program ini di sekolah beliau. Walau pun diperingkat awal cadangan tarikh kami telah ditolak kerana ada pertindihan dengan program lain di sekolah tersebut, namun melalui rundingan dan sifat ingin membantu guru pelajar seperti kami, maka akhirnya cadangan tarikh baru diterima oleh pihak sekolah. Memandangkan lokasi sekolah tersebut terletak agak terpencil walau pun tidak begitu jauh dari rumah saya, maka saya mengambil keputusan untuk bertolak lebih awal ke rumah salah seorang rakan saya yang juga merupakan peserta program. Jarak rumah rakan saya itu ke sekolah tersebut hanya 500 meter sahaja, maka saya tiba lebih awal ke sekolah tersebut dan saya mengambil peluang ini untuk meninjau kawasan sekolah. Pada program BIG fasa akhir ini, saya telah dilantik menjadi pengerusi program. Agak berat rasanya untuk saya menerima kerana saya turut menjadi penolong ketua kelas PPG Sains 1. Banyak kerja yang perlu dibuat terutamanya pada semester akhir pengajian ini. Namun atas dasar ingin lihat program BIG kumpulan kami ini berjalan lancar dan juga atas cadangan rakan-rakan yang menyarankan nama saya, maka saya terpaksa menerima dengan hati yang rela. Oleh kerana saya tiba agak awal di sekolah tersebut, maka selain dari meninjau kawasan sekolah, saya turut mengambil peluang untuk bertemu dengan pihak pentadbir sekolah tersebut iaitu Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran. Walau pun terdapat sekumpulan rakan yang menaiki kereta yang sama tersesat jauh dari sekolah, namun program tetap bermula seperti yang dijadualkan. 1

Upload: nor-eini

Post on 24-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

BIG FASA 6

TRANSCRIPT

Page 1: penilaian kendiri

Dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan

berkat dan rahmatNya, saya dan rakan-rakan dari kelas PPG Sains Kumpulan 1

selamat menjalani program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 yang melibatkan aktiviti

perbengkelan dan lawatan penanda aras bagi berkaitan guru inovatif. Kedua-dua

aktiviti ini telah selamat dijalankan di SK Permatang Janggus, Penaga, Seberang

Prai Utara, Pulau Pinang pada hari Selasa bersamaan dengan 10 Februari 2015

yang lalu. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Encik Mohd Akhir Bin

Awang di atas komen dan bimbingan beliau terhadap pelaksanaan program ini dan

juga memberikan panduan bagaimana menyediakan laporan refleksi, folio laporan

program serta persediaan bahan-bahan lain yang dan maklumat yang perlu ada di

dalam folio yang akan disemak oleh beliau nanti. Jutaan terima kasih juga ditujukan

kepada pihak sekolah berkenaan terutamanya Guru Besar sekolah, Puan Hajjah

Halimatun Sa’adiah Bt Said yang begitu berbesar hati membenarkan kami

menjalankan program ini di sekolah beliau. Walau pun diperingkat awal cadangan

tarikh kami telah ditolak kerana ada pertindihan dengan program lain di sekolah

tersebut, namun melalui rundingan dan sifat ingin membantu guru pelajar seperti

kami, maka akhirnya cadangan tarikh baru diterima oleh pihak sekolah.

Memandangkan lokasi sekolah tersebut terletak agak terpencil walau pun

tidak begitu jauh dari rumah saya, maka saya mengambil keputusan untuk bertolak

lebih awal ke rumah salah seorang rakan saya yang juga merupakan peserta

program. Jarak rumah rakan saya itu ke sekolah tersebut hanya 500 meter sahaja,

maka saya tiba lebih awal ke sekolah tersebut dan saya mengambil peluang ini untuk

meninjau kawasan sekolah. Pada program BIG fasa akhir ini, saya telah dilantik

menjadi pengerusi program. Agak berat rasanya untuk saya menerima kerana saya

turut menjadi penolong ketua kelas PPG Sains 1. Banyak kerja yang perlu dibuat

terutamanya pada semester akhir pengajian ini. Namun atas dasar ingin lihat

program BIG kumpulan kami ini berjalan lancar dan juga atas cadangan rakan-rakan

yang menyarankan nama saya, maka saya terpaksa menerima dengan hati yang

rela. Oleh kerana saya tiba agak awal di sekolah tersebut, maka selain dari

meninjau kawasan sekolah, saya turut mengambil peluang untuk bertemu dengan

pihak pentadbir sekolah tersebut iaitu Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran.

Walau pun terdapat sekumpulan rakan yang menaiki kereta yang sama tersesat jauh

dari sekolah, namun program tetap bermula seperti yang dijadualkan.

1

Page 2: penilaian kendiri

Melalui bengkel dan soal jawab dalam lawatan penanda aras, pelbagai

informasi yang diterima oleh saya berkaitan guru inovatif. Mengikut penilaian dan

kefahaman saya, bukanlah mudah sebenarnya untuk menjadi guru cemerlang.

Walau pun peluang sentiasa ada untuk semua guru serta laluannya besar dan

tersusun rapi, namun cabaran perlu dihadapi oleh guru tersebut. Pokok pangkal

untuk menjadi seorang guru yang berinvasi pada hakikatnya bukanlah disebabkan

oleh paksaan dan tekanan sesiapa. Ianya perlu datang dari jiwa pendidik itu sendiri.

Kadang kala guru itu sendiri tidak sedar yang dia telah melakukan inovasi dalam

pengajaran dan pembelajarannya serta cemerlang dalam profesionnya. Disebabkan

dirinya terlalu minat dan tulus ikhlas secara natural semasa bekerja, maka soal

mendapat status cemerlang itu tidak pernah terlintas. Hanya orang lain yang dapat

menyuluh peribadi guru tersebut dan mencadangkan agar guru tersebut perlu diberi

‘sesuatu’ bukan kerana status yang dibanggakan, akan tetapi ianya sebagai penanda

aras serta role model kepada guru-guru lain yang boleh dan mampu menjadikan

guru tersebut sebagai rujukan. Atas sebab itulah, saya sangat bersetuju bahawa

kecemerlangan peribadi serta kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran adalah

menjadi dasar kerana di dalamnya mengandungi ciri-ciri secara terperinci untuk

menjadi seorang guru yang berinovasi. Guru berinovasi juga seharusnya dapat

memberi sesuatu kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bantuan moral dan

motivasi mahu pun inovasi yang maujud yang boleh dimanfaatkan bersama. Dalam

erti kata lain yang luas, guru berinovasi adalah hak masyarakat terutamanya dalam

bidang pendidikan yang sentiasa bersedia untuk menerima pelbagai perubahan yang

berlaku sama ada di dalam sistem pendidikan atau nilai-nilai diri yang terdapat pada

generasi yang sentiasa mengalami kejutan dan perubahan.

Dari sudut perjalanan program itu sendiri, saya amat bersyukur kepada Allah

s.w.t kerana mempunyai rakan-rakan jawatan kuasa yang sangat berdedikasi,

mampu bekerjasama dengan baik walau pun berada di dalam tekanan bekerja dan

belajar dalam masa yang sama. Sungguh pun terdapat beberapa orang dalam

kalangan rakan saya dalam kumpulan yang berusia lebih tua daripada saya, namun

mereka tetap memberi kerjasama dan kepercayaan kepada saya untuk memimpin

dan mengurus program ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran kami semua program ini

juga turut mendapat pujian dari Guru Besar sekolah berkenaan dan guru di sana.

Baharulah saya sedar, usia bukanlah menjadi faktor seseorang itu tidak boleh

2

Page 3: penilaian kendiri

memimpin, akan tetapi cara serta bagaimana pendekatan yang kita lakukan kepada

orang lain itu adalah perkara yang paling utama untuk memimpin sesebuah program.

Berfikirlah secara positif, maka sudah pasti hasilnya turut positif.

3