pengurusanbuangan-140128182805-phpapp01 (1).ppt

Upload: noraini-anuar

Post on 14-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Pengurusan BuanganKesan Pembuangan Bahan Buangan Terhadap Alam Sekitar

  • Jenis Bahan Buangan Dan Sumber

    Bahan buangan adalahbahanyangtidak diperlukan lagi.Bahan buangan terdapat dalam bentukpepejal,cecair, dangas.Bahan buangan dibuang ke alam persekitaran.Setiap hari berjuta-juta tan bahan buangan dibuang.

  • .

    Jenis-jenis bahan buangandan sumber-sumbernya adalah seperti berikut.Sampahseperti plastik, sisa makanan, kertas, dan pepejal daripada rumah kita.

    Sampah-sarap daripada rumah

  • 2. Kumbahandaripada rumah dan kilang-kilang

  • Sampah dan kumbangan boleh dibahagikan kepada tiga jenis bahan buanganBahan buangan organik- bahan buangan yang berasal dari tumbuhan, haiwan atau manusia.Bahan buangan tak organik - bahan buangan yang bukan berasal dari tumbuhan, haiwan atau manusia.Bahan buangan kitar semula- terdiri daripada bahan buangan yang boleh diproses semula di kilang.

  • 3. Bahan buangan toksikseperti asap, habuk, bahan radioaktif daripada bidang perindustrian.

  • Bahan toksik dilepaskan ke dalam sungai.

  • 4. Bahan buangan kimia - Racun serangga dan bajaorganik daripada aktiviti pertanian

  • 5. Asapdaripada kenderaan bermotor,

  • Asap daripada Pembakaran terbuka

  • Asapdaripada kilang-kilang

  • Pembuangan Yang Tidak TerancangSesetengah bahan sepertibahan makanan boleh mereput.Bahan-bahan ini adalahterbiodegradasi.Walau bagaimanapun sesetengah bahan buangan sepertiplastikdankacaadalahtidak terbiodegradasi.Bahan-bahan initidak mereput.Pembuangan bahan buangan ini secara tidak terancang adalah berbahaya kepada alam sekitar.

  • Antaracara pembuangan bahan buangan secara tidak terancangadalah:(a)Pembuangan sampah (membuang sampah merata-rata)

    Pembuangan sampah

  • (b)Pembakaran sampah dan bahan buangan pertanian secara terbuka

  • (c)Pembuangan bahan buangan daripada kilang-kilang terus kedalam sungai

  • (d)Pembebasan asap daripada kilang dan kenderaan bermotor ke udara

  • Kesan Bahaya Pembuangan Bahan Buangan Secara Tidak Terancang

    Cara pembuangan bahan buangan secara tidak terancang bolehmembahayakan alam sekitar.Cara pembuangan yang tidak terancang bolehmenyebabkan pencemaranpada alam sekitar.Pembakaran sampah dan bahan buangan pertanian bolehmenyebabkan jerebu.Asap dibebaskan daripada kilang dan kenderaan bermotor bolehmencemarkan udara.

  • Bahan kimia dan bahan toksik lain yang dibebaskan daripada kilang dan aktiviti pertanian bolehmencemarkan sungai kita.Pembuangan bahan buangan secara tidak terancang akan menyebabkanalam sekitarkitakotordantidak bersih.Alam sekitar yang kotor adalahtidak baikuntuk kehidupan kita.

  • Pembuangan bahan buangan secara tidak terancang boleh menyebabkan:

    pencemaran udarapencemaran airpenyakit dan jangkitanhujan asidbanjir kilat.

  • Pencemaran Udara

    Pencemaran udara disebabkan oleh:pembakaran terbuka,kebakaran hutan,pembebasan asap daripada kilang dan kenderaan bermotor.

  • Pembakaran sampahsecara terbuka akan membebaskan banyakasap.Asap daripada pembakaran sampah dan hutan secara terbuka akan menyebabkanjerebu.Jerebu boleh menyebabkanmata pedihdansukar bernafas.Asap dan gas yang dibebaskan daripada kenderaaan bermotor dan kilang boleh membahayakan kesihatan kita. Kita bolehsakit jika menyedut udara yang tercemar.Udara yang tercemar boleh menyebabkankerosakanpadapeparu dan merengsakan mata.

  • Pencemaran Air

    Sungai dan laut kita digunakan sebagai tempat pembuangan pelbagai bahan buangan.Kita membuang sampah ke dalam longkang yang airnya mengalir ke sungai.

  • Pembuangan bahan buangan ke dalam sungaiKilang membuang bahan buangan ke dalam sungai.Bahan buangan ini mengandungi bahan buangan toksik dan beracun.

    Sungai dan laut kita akan menjadi tercemar.Bahan buangan beracun bolehmembunuh ikan.Oleh kerana kita bergantung pada sungai dan laut untuk mendapatkan makanan,kesihatan kita akan terjejas jika kita makan ikan daripada air yang tercemar.

  • Kadang-kadang minyak daripada kapal tumpah ke dalam laut.Tumpahan minyakitu tidak hanya mencemarkan laut saja tapi juga mencemarkan pantai.Hal ini akanmemusnahkan tempat tinggal hidupan air.

  • Penyakit dan Jangkitan

    Sampahyang dibuang boleh membahayakan alam sekitar.Pembuangan sampah juga akan menyebabkan pencemaran.Pembuangan sampah secara tidak terancang menyebabkan alam sekitar kitakotordantidak menyenangkan.Sesetengah sampah tidak akan mereput apabila ditanam.Sesetengah sampah akan membebaskangas beracunapabila mereput.Gas-gas ini adalah membahayakan kita.Sampah adalah tempat di mana tikus dan lalat membiak.Haiwan-haiwanini akanmembawa kumandan menyebarkan penyakit dan jangkitan pada kita.Contohnya,bakteria yang dibawa oleh lalatboleh menyebabkantifoid.

  • Lalat membawa bakteria daripadanajis yang ada jangkitankepada makanan.Tanda-tanda typhoid ialah sakit kepala, demam, hilang selera makan, dan sembelit.Sampahseperti botol plastik, tin, pasu bunga dan tayar lama adalah tempat takungan air.NyamukAedes aegypti membiak dalam air yang bertakung dalam bekas-bekas ini.Nyamuk Aedes aegyptimembawa virusyangmenyebabkan penyakit demam denggi.

  • Hujan Asid

    Kilangdankenderaan bermotormembebaskan asap dan gas yang membolehkan hujan asid.Hujan asid bolehmembunuh tumbuhan.Hujan asid bolehmencemarkan sungai dan membunuh ikan. Hujan asid boleh menyebabkanbesi berkarat dengan mudah.Hal ini bolehmemusnahkan bangunan dan jambatan.

  • Banjir Kilat

    Pembuangan bahan buangan secara tidak terancang ke dalam longkang dan sungai bolehmenyekat sungai kita.Hal ini akanmenghalang pengaliranair sungai.Air tidak dapat mengalir di dalam sungai.

    Longkang yang tersumbat boleh menyebabkan banjir kilatAkibatnya air melimpahi ke darat danmenyebabkan banjir kilat.Hal ini akan menyebabkan banjir kilat semasa hujan lebat.Banjir kilat akanmemusnahkan rumahdanharta benda. Banjir kilat memusnahkan harta benda

  • Pembuangan Sampah Secara Terancang

    Untuk mengelakkan pencemaran air, kita tidak boleh membenarkan sampah dan bahan buangan air ke dalam longkang, terusan, dan sungai.Bahan buangan air daripada kilangmesti dirawat.Bahan berbahayamestidisingkirkansebelum bahan buangan ini dibuang ke dalam longkang.Bahan buangan air mesti dirawat dipusat rawatan kumbahansebelum selamat untuk dibuang ke dalam laut.Untuk mengelakkan penyakit dan jangkitan kita mesti menjaga kebersihan rumah kita.Kita mesti menjaga alam sekitar kita supaya bersih.Kita tidak sepatutnya membuang sampah.Kita mesti memasukkan sampah ke dalam tong sampah yang sesuai.Kita patut mengguna atau mengitar semula sampah atau bahan buangan sebanyak yang mungkin.Semua sampah mesti dibakar dalam insinerator.Untuk mengelakkan pencemaran udara, kita patut menghalang asap dan gas daripada memasuki udara kita.Kita perlu mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.Kilangyang mengeluarkan asap yang banyak sepatutnya dibinajauh daripada rumahkita.Kilang-kilang ini perludipasangdenganserombong asapyang panjang.Serombong ini perlu dipasang denganalat pembersihuntuk menyingkirkan bahan yang berbahaya yang terdapat dalam asap.

  • Pembuangan Bahan Buangan Di Kawasan Kita

    Di kawasan kita, semua sampah mesti diikat dalam beg sampah yang sesuai.Setiap pagi, sampah-sampah ini akan dikutipSampah-sampah ini akan diangkut oleh lori sampah ke pusat pembuangan sampah.Bahan buangan ini akan ditanam atau dibakar di pusat pembuangan sampah.Di tempat pelupusan sampah, bahan buangan akan ditanam.Di dalam insinerator, bahan buangan akan dibakar.

    Tempat pelupusan sampah Insinerator

  • Kita patut memperbaiki cara pembuangan sampah dengan cara...mengetus semua air daripada sampah,mengikat sampah dalam beg plastik yang sesuai,memasukkan sampah dalam tong sampah yang sesuai,tudung yang ketat untuk menjauhkan serangga perosak.

  • Sesetengah Bahan Buangan Boleh Mereput

    Sesetengah bahan buangan boleh mereput manakala sesetengah lagi tidak boleh mereput.Bahan organik sepertisisa makanan,sayur-sayuran,daging,kertasdankayu boleh mereput.Bahan-bahan ini bolehdiuraikan oleh pengurai seperti bakteria.Bahan-bahan ini akandikitar semula oleh alam semula jadi.Bahan yang boleh mereput adalahbahan buangan yang terbiodegradasi.Walau bagaimanapun sesetengah bahantidak boleh mereput.Bahan-bahan ini tidak boleh diuraikan oleh pengurai.Bahan-bahan ini adalahtidak terbiodegradasi.Contoh bahan yang tidak terbiodegradasi ialahkaca,plastik,tin, danobjek logam