fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

71
FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU

Upload: thamil-vani-ramanjee

Post on 19-Dec-2015

240 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU

Page 2: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

A FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI 11.1 DEFINISI FONETIK 11.2 DEFINISI FONOLOGI 21.3 FONETIK ARTIKULASI 31.4 PENGHASILAN BUNYI 61.5 BUNYI-BUNYI BAHASA 91.6 KONSONAN 101.7 VOKAL 131.8 FONETIK AKUSTIK 151.9 FONETIK AUDOTORI 16

B BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU 17

2.0 VOKAL HADAPAN 193.0 VOKAL TENGAH 244.0 VOKAL BELAKANG 255.0 CARA PENGHASILAN KONSONAN 30

C SISTEM EJAAN RUMI BAHARU ( ERB )

6.0 SISTEM EJAAN RUMI MALAYSIA-INDONESIA 1972 446.1 HURUF EJAAN KATA PINJAMAN 49

7.0 KESIMPULAN 50

8.0 BIBLIOGRAFI 51

Page 3: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

A. FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

Bunyi ialah kesan yang didengar oleh telinga yang berlaku apabila udara dari paru-paru keluar melalui pita suara ke rongga tekak, kemudian terus keluar ke rongga mulut atau rongga hidung. Semasa udara keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut atau rongga hidung, udara mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau mungkin tidak. Udara yang keluar dalam bentuk gelombang itu mengenai bahagian gegendang telinga dan terhasillah bunyi. Bunyi bahasa dikaji dalam bidang fonetik manakala bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai peraturan pula dikaji dalam bidang fonologi.

1.1 Definisi fonetik

Menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionanry of current English (1992:671) fonetik merupakan “the study of speech sounds and their production”. Mengikut kamus The World Book of Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetik sebagai “the science dealing with sounds made in speech and the art of pronunciation….concerned with the production of these speech sounds by thearticulating organs of the speaker, the sound waves in which they result, andthe auditory effect they produce on the hearer”.

Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) pula menjelaskan fonetik sebagai “the science that deals with pronunciation and therepresentation of the sounds of speech.”Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai “ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.”Akan tetapi mengikut Encyclopedia Americana (1994:955) mendefinisikan fonetik sebagai “ the science that investigates the soundsmade by the speech organs, seeking to describe them, account for their production, and classify them.” Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopedia beberapa pandangan dan pengertian tentang fonetik oleh beberapa orang sarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetik tersebut. Mengikut Adrian Akmajian et. Al. dalam buku Linguistik: Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi dan Azizah Hussein daripada buku Linguistik :An Introduction to Language and Communication menyatakan: “ Fonetik ialah bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidang kajian yang dikenali sebagai fonetik artikulasi, dan juga sifat fizikal gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yangdikenali sebagai fonetik akustik). Sementara istilah fonetik biasanya bermaksud kajian tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi. (1995:61).

Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikan definisi fonetik adalah seperti yang berikut: “Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa

Page 4: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

1

melihat fungsi itu sebagai pembeda makna dalam suatu bahasa” (1986:1”).J.W.M Verhaar dalam bukunya Pengantar Linguistik memberikan pengertian fonetik seperti berikut: “Fonetik atau ilmu bunyi menyelidiki bunyi sebagaimana terdapat dalam parole” (1983:8). Manakala Abdullah Hassan dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia memberikan definisi fonetik seperti yang berikut: “Fonetik mengkajibunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya…Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur bahasa dalam bentuk bunyi.(1993:40) Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik dan Fonologi: Suatu Tinjuan menyatakan : “ Fonetik ialah kajian saintifik mengenai bunyi bahasa dan rumus yang melibatkan pengelurannya.”(1992:2) Mengikut Arbak Othman menghuraikan fonetik sebagai: “ Fonetik merupakan bidang yang dipelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia) dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Bunyi-bunyi bahasa boleh dikaji dari beberapa segi. Seseorang boleh melakukan kajiannya dengan melihat sifat-sifat fizik bunyi-bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi itu dipindahkan melaui udara, mengatur jumlah tenaga gelombang menurut gejala-gejala serta bagaimana sifat-sifat ini berubah dalam proses penghasilannya (1986:52-53). Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd.Dain memberikan pengertian fonetik sebagai berikut “ Fonetik mengandungi teori-teori mengenai bunyi bahasa. Dalam fonetik akan terdapat konsep-konsep mengenai bunyi bahasa, kriteria-kriteria pengklasan bunyi-bunyi bahasa, teknik menghuraikan pengeluaran bunyi bahasa dan lain-lain seumpamanya.” (1982:40).

1.2 Definisi Fonologi

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.(1996:354) Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionary tenthedition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speechsounds including, especially the history and theory of sound changes in alanguage or in two or more related languages. Mengikut Kamus Linguistik  (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistic yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.Kamus oxford Advanced Learner’s Dictionanry of Current English (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai “the study of thesystems of speech sounds, especially in a particular language.Manakala kamus Chamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan fonologi sebagai “ the study of system of sounds in language and of the history of their changes

Dalam Collins Shorter English Dictionary (1993:858) fonologi dikatakan“the study of the sound system of a language or of language in general.” TheWorld Book Dictionary (1981:1567) menerangkan fonologi sebagai “ thesystem of sound used in language”.Dalam Ensyclpedia Amerikana(1994:959) fonologi diberi pengertian sebagai “the branch of linguistics or of grammar that deals with speech sound as they enter into the structure of language.” Di samping itu juga definisi dan maksud fonologi juga didapati dan dipetik daripada pendapat beberapa orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajianet al dalam

Page 5: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

2

bukunya Linguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasi  terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertian tentang fonologi seperti yang berikut: “ Fonologi ialah subbidang linguistik yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia.Istilah fonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang mengawal penyebaran bunyi tersebut. Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentang bahasa manusia yang umum yang berrkaitan dengan sifat universal sistem bunyi semula jadi…”(1995:112). 

Manakala Frank parker dalam Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan: “Fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan.” (1974:112).Manakala menurut J.W.M. Verhaar ,Fonologi (phonology) sebagai bidang khusus dalam linguistik itu mengamati bunyi-bunyi sesuatu bahasa tertentu menurutfungsinya untuk membedakan makna leksikal dalam bahasa.(1983:86) Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.”(1993:40). Nik Hassan Basri Nik Ab kadir (2005:39) pula menyatakan bahawa fonologi ialah kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa. Dengan kata lain, fonologi ialah bidang yang menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif ( membezakan makna ) atau menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi satu-satu bahasa (Abdul Hamid Mahmmod dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir, 2012 ). Oleh itu, bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai sistem atau peraturan itu dikaji dalam bidang fonologi.

1.3 FONETIK ARTIKULASI

Fonetik artikulasi adalah merupakan satu cabang ilmu dari bidang Fonetik. Fonetik artikulasi memfokuskan kajian dan perbincangan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan dengan bantuan organ dalaman. Menerusi ilmu ini kita akan didedahkan dan diperkenalkan kepada sistem penghasilan bunyi dan organ sebutan. Seperti paru-paru, pita suara, lelangit lembut dan keras, bahagian lidah dan lain-lain lagi. Fonetik artikulasi juga akan mendedahkan kepada kita bagaimana sesuatu bunyi terjadi, contohnya paru-paru ditekan, udara keluar dan menggeletarkan pita suara, menggerakkan lidah serta rahang ditambah dengan pergerakan bibir sehingga terhasilnya bunyi. Alat- alat yang digunakan untuk membentuk bunyi-bunyi dikenali sebagai artikulator. Bunyi –bunyi ujuran boleh dibahagikan kepada konsonan dan vokal.

Faktor utama yang terlibat dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah faktor bersuara dan tak bersuara di faktor titik artikulasi. Manakala faktor utama dalam kasifikasi bunyi vokal ialah kedudukan bibir dan darjah naik turun lidah dalam rongga mulut. Bunyi-bunyi yang berbeza akan dihasilkan dengan aksi yang berbeza bagi bahagian-bahagian organ tutur yang boleh bergerak. Untuk menentukan perbezaan-perbezaan dari aspek penghasilan bunyi, kita mestilah menentukan organ-organ mana yang terlibat dalam waktu-waktu yang

Page 6: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

3

relevan. Kita juga seharus dapat menentukan samada udara yang keluar udara jenis egresif ataupun udara jenis ingresif. Di samping itu kita seharusnya melihat juga bagaimana tekanan udara yang keluar samada kuat atau perlahan. Selain itu, kedudukan pita suara dan velum juga harus diambil kira. Bunyi bahasa akan ditentukan berdasarkan kedudukan pita suara sementara bunyi oral atau bunyi nasal pula akan ditentukan oleh kedudukan velum.

Fonetik artikulasi ialah cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian sesuatu bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi. Pendeskripsian ini melibatkan alat artikulasi atau artikulator. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu artikulator bahagian dada, tekak dan kepala.

Artikulator bahagian dada seperti paru-paru (lungs) dan batang tenggorak (trachea). Artikulator bahagian tekak seperti pangkal tenggorok (larynx), pita suara (vocal cords), krikoid (cricoid), tiroid (thyroid) atau halkum, aritenoid (arythenoids), farinks (pharynx) atau dinding rongga kerongkong, dan epiglotis (epiglottis). Artikulator bahagian kepala pula boleh bersifat statik dan sebaliknya kerana boleh bergerak dan sebaliknya. Malahan, artikulator ini juga dianggap sebagai alat artikulasi aktif dan pasif. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa bahagian kepala ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif / daerah artikulasi pasif. Bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami halangan atau gangguan pada alat-alat artikulasi . Lihat rajah alat-alat artikulasi atau disebut juga articulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa.

1.3.1 Artikulator Aktif

Artikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi menghasilkan bunyi bahasa. Artikulator aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Malahan, artikulator ini disifatkan sebagai alat artikulasi aktif. Antaranya adalah seperti anak tekak (uvula), akar lidah (root of the tongue - hump), belakang lidah (back of the tongue - dorsum), tengah lidah (middle of the tongue - medium), daun lidah (blade of the tongue - laminal), hujung lidah (tip of the tongue - apex), gigi bawah (lower teeth - denta), dan bibir bawah (lower lip - labia). Manakala artikulator pasif ialah bahagian yang menjadi tempat sentuhan artikulator aktif yang digunakan tatkala menghasilkan sesuatu bunyi bahasa.

Page 7: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

4

1.3.2 Artikulator Pasif

Artikulator pasif atau daerah artikulasi pasif ini bersifat statik kerana tidak boleh bergerak. Malahan, artikulator pasif disifatkan sebagai alat artikulasi pasif. Antaranya adalah seperti gelungan (retroflex), lelangit keras (hard palate - palatum), lelangit lembut (soft palate - velum), gusi lelangit keras (alveolar ridge), gigi atas (upper teeth - denia), bibir atas (upper lip - labia), mulut (mouth), rongga mulut (mouth cavity / oral cavity), dan rongga hidung (nose cavity / nasal cavity).

Pendeknya, fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi pertuturan oleh alat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seseorang penutur itu menghasilkan bunyi dengan menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu diklasifikasikan dan dideskripsikan. Alat ujaran yang bergerak untuk menghasilkan bunyi bahasa disebut artikulator atau artikulator aktif. Antara contoh artikulator adalah seperti lidah, gigi bawah dan bibir bawah. Manakala daerah yang disentuh atau didekati oleh artikulator disebut daerah artikulasi. Antara contoh daerah artikulasi adalah seperti gigi atas, gusi atas, bibir atas, anak tekak, lelangit keras dan lelangit lembut. Oleh sebab adanya artikulator aktif dan pasif inilah yang menjadikan timbulnya penamaan bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi letupan dua bibir bersuara, letupan dua bibir tidak bersuara, geseran lelangit keras bersuara, geseran lelangit keras tidak bersuara dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila dua bibir terkatup, daerah artikulasinya ialah bibir atas, sedangkan bibir bawah bertindak sebagai artikulator. Dengan itu bunyi yang terhasil dinamakan sebagai bunyi bilabial (‘bi’ bermakna ‘dua’ dan ‘labial’ bermakna ‘bibir’). Bunyi [b], [p], [m] ialah bunyi bilabial.

Pendapat Lain tentang Fonetik Artikulasi :

Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal fonetik artikulasi. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik artikulasi adalah seperti yang berikut:

Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa “fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi”.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah satu bidang kajian mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi bagi bertutur.

Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 12) berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah bidang kajian mengenai pemerhatian ahli fonetik yang menggunakan x-ray untuk melihat bagaimana pergerakan udara yang digandingkan dengan pergerakan organ-organ pertuturan dan juga koordinasi kesemua pergerakan itu sehingga terhasilnya bunyi.

Page 8: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

5

Tegasnya, pemerhatian itu termasuklah bagaimana pergerakan lidah, rahang, bibir dan sebagainya, di samping cuba merakamkan posisi dan pergerakan lidah, lelangit lembut dan pita suara. Malahan tegasnya lagi bahawa bidang kajian itu juga mengenai pemerhatian dan/ atau mengambil gambar melalui cermin, contohnya bagi melihat pergerakan pita suara dengan menggunakan alat “laryngoscopic”, manakala alat “electromyography” pula digunakan untuk mengesan dan mengukur bilangan kecil potensi elektrik yang digabungkan dengan penekanan otot pada tahap yang relevan dalam terusan ujaran. Beliau pendapat bahawa fonetik ialah ilmu yangmengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Jelasnya lagi bahawa ilmu ini juga memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings, farings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa.

Fonetik ini merupakan ilmu yang menghuraikan bagaimana gelombang bunyi diproses oleh telinga dan seterusnya dihantar ke otak untuk diproses menjadi bunyi-bunyi yang bermakna. Fonetik artikulasi akan mendedahkan kepada kita bagaimana sesuatu bunyi itu dihasilkan, oleh itu secara langsungnya kita akan diperkenalkan dengan organ-organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa itu. Contohnya, udara bergerak dari paru-paru ke trakea, pita suara, kerongkong, dan akhirnya keluar sama ada melalui rongga mulut dan/atau rongga hidung. Ini akan melibatkan organ-organ sebutan yang tertentu semasa bunyi bahasa itu disebut. Menerusi ilmu ini juga, kita akan mempelajari bagaimana kita boleh mengubah bentuk organ-organ sebutan serta mengolah udara untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berbeza.

1.4 Penghasilan Bunyi Bahasa

1.4.1 Sistem Penghasilan Bunyi

1) Paru-Paru (Lungs)

Paru-paru dilindungi oleh tulang rangka dan diampu dibahagian bawahnya oleh oleh diafragma. Semasa Menghembus udara keluar, paru-paru ditekan dan mengecut, dan apabila udara disedut masuk, paru-paru pula akan mengembang Otok-otok yang terdapat di antara tulang rusuk dan diafragma banyak membantu dalam mengekalkan tekanan udara semasa penghasilan bunyi-bunyi bahasa.

2) Larings

Larings terdapat di bahagian atas tengkorak (trachea) dan bersambung dengan paru-paru agar semua udara yang masuk/keluar dari/ke paru-paru akan melaluinya. Ianya mengandungi rawan-rawan trioid, krikoid, dan aritenoid. Di sinilah terdapat pita suara yang juga dikenali sebagai glottis. Pita suara mempunyai dua keping otot dan tisu penyambung

Page 9: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

6

yang terbentang antara antara satu sama lain di bahagian tenggkorak. Pita suara melekat pada tulang-tulang aritenoid. Keadaan glotis atau pita suara yang berbeza akan menghasilkan bunyi yang berbeza, sama ada bunyi itu bersuara atau tidak bersuara

3) Farings

Farings terletak atas daripada larings. Farinks berbentuk seperti tiub yang kemudian bercabang kepada dua yang mengarah ke rongga oral (mulut) dan satu lagi mengarah ke rongga nasal (hidung). Farings bertindak sebagai bekas untuk menampung udara yang mampu menghasilkan getaran berdasarkan getaran yang berlaku di pita suara. Getaran bersambung dari golia dan terus-menerus hingga ke bahagian atas farings.

4) Rongga Oral (Mulut)

Rongga ini merupakan bahagian/ organ terpenting kerana ia boleh dipelbagaikan bentuknya untuk menghasilkan bunyi yang pelbagai.Rongga oral/mulut dibumbungi oleh lelangit. Lelangit di bahagian hadapan bertulang keras dan melekat serta tidak boleh bergerak. Ianya dikenali sebagai lelangit keras. Manakala di bahagian belakang dikenali sebagai lelangit lembut. Lelangit lembut boleh digerakkan dan ianya berfungsi untuk menyekat udara dari keluar melalui rongga hidung. Fungsi lelangit dalam pengujuran adalah pelindung (foil) kepada lidah dalam pergerakan artikulasi. Anak tekak juga terletak dalam rongga oral/mulut. Anak tekak ialah daging lembut yang terletak di hujung lelangit lembut dan peranannya perlu diasingkan daripada lelangit lembut.

Organ yang paling penting yang terdapat dalam rongga oral/mulut ialah lidah. Munurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998),lidah boleh dibahagikan kepada tiga bahagian besar berdasarkan hubungannya dengan bahagian lelangit, iaitu ( ketika kedudukan lidah ditempat asal):

i. Daun lidah (Blade)-bahagian yang bertentangan dengan gigI-gusi.

ii. Depan lidah (Front)-bahagian yang bertentangan dengan lelangit keras.

iii. Belakang lidah (Back)-bahagian yang bertentangan dengan lelangit lembut.

5) Rongga Nasal (Hidung)

Rongga nasal/hidung merupakan organ yang menghasilkan bunyi-bunyi nasal atau sengau. Apabila pita suara bergetar, velum diturunkan supaya farings, rongga hidung dan mulut dapat berhubung antara satu sama lain. Udara yang bergetar akan menghasilkan bunyi-bunyi nasal/sengau. Bungi sengau akan terhasil apabila pada waktu yang sama udara yang hendak keluar dari rongga mulut tersekat, maka udara yang hendak keluar, akan keluar melalui rongga hidung,

Page 10: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

7

1.4.2 Organ/Alat/Saluran Sebutan

a) Pita Suara

Mengandungi glotis yang akan berkeadaan terbuka atau tertutup untuk menghasilkan bunyi-bunyi bersuara atau tidak bersuara

b) Anak Tekak (Uvulum)

Sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut. Biasanya belakang lidah akan berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi-bunyi uvular.

c) Lelangit lembut. (Velum)

Organ yang lembut dan boleh mengawal udara untuk sama ada keluar melalui mulut atau hidung. Bahagian ini boleh disentuh oleh lidah,khususnya lidah bahagian belakang.

d) Lelangit keras (Palatum)

Merupakan bahagian atas rongga mulut. Jika dirasa dengan lidah, ia berkeadan licin. Selalunya bahagian tengah lidah akan berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi [c] dan [j].

e) Gusi-lelangit keras. (Alveopalatum)

Merupakan batas gusi yang terletak di antara gusi dan lelangit keras.

f) Gusi. ( Alveolum)

Merupakan bahagian isi di mana terdapatnya gigi. Bahagian hujung dan daun lidah sering berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi-bunyi seperti [t] dan [n].

g) Lidah.

Merupakan organ yang paling aktif dan boleh bergerak ke beberapa daerah dan

Page 11: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

8

membentuk pelbagai bentuk. Ia boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu, hujung lidah,

daun lidah, depan lidah, belakang lidah, dan akar lidah. ( Nor’Aini Ismail : 2005).

h) Gigi. (Dental)

Ianya turut membantu dalam penghasilan bunyi. Walaupun gigi atas dan bawah sahaja yang kelihatan dan sering disebut sebagai organ yang berperanan dalam penghasilan bunyi tetapi sebenarnya gigi depan dan belakang juga begitu.

i) Bibir. (Labia)

Ianya boleh dirapatkan untuk menghasilkan bunyi-bunyi seperti [p] dan [b] atau dirapatkan ke gigi hadapan untuk menghasilkan bunyi [f] dan [v] atau boleh juga dibundarkan dan dileperkan untuk menghasilkan vokal.

1.5 Bunyi-Bunyi Bahasa

Bunyi-Bunyi ujuran boleh dibahagikan kepada konsonan dan vokal. Munurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), faktor utama dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah titik artikulsi dan cara artikulasi. Di samping itu faktor bersuara dan tak bersuara serta juga kedudukan velum (bagi menentukan bunyi oral atau sengau) memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi konsonan. Manakala faktor utama dalam klasifikasi bunyi vokal pula ialah kedudukan bibir dan darjah turun naik lidah dalam rongga mulut.

1.5.1 Cara Sebutan Bunyi

Menurut Nor ‘Aini Ismail (2005), cara asas menyebut segmen bunyi itu, sama ada segmen vokal atau konsonan boleh dilihat dari tiga aspek, iaitu:

a) Bunyi oral atau nasal

b) Bunyi bersuara atau tak bersuara.

c) Udara semasa menghasilkan bunyi itu dihalang atau tidak.

a) Bunyi oral atau nasal

9

Page 12: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

Bunyi itu dikatakan sebagai bunyi oral jika udara keluar melalui mulut ketika sesuatu bunyi bahasa itu disebut. Manakala bunyi nasal berlaku apabila lelangit lembut direnggangkan dari farings dan keadaan ini akan menyebabkan udara akan keluar melalui rongga nasal.

Contoh;

Bunyi Oral - [s ], [ p ], [ k ].

Bunyi Nasal - [ m ], [ n ].

b) Bunyi bersuara atau tak bersuara.

Bunyi bersuara terjadi apabila udara melalui pita suara yang bukaan glotisnya agak rapat. Ketika itu pita suara akan bergetar. Bunyi tak bersuara pula ialah bunyi yang terjadi ketika udara melalui pita suara yang bukaan glotisnya agak renggang dan keadaan pita suara ketika itu tidak bergetar

Contoh:

Bunyi bersuara - [v ], [ b ], [ l ].

Bunyi tak bersuara - [ f ], [ p ], [ s ].

c) Udara semasa menghasilkan bunyi dihalang atau tidak.

Penghasilan udara dari papu-paru juga mungkin terhalang sama ada secara penuhnya atau tidak oleh organ-organ tertentu di dalam rongga pertuturan. Contohnya semasa bunyi konsonan plosive dihasilkan. Udara mungkin bergerak secara terus menerus tanpa dihalang dalam rongga pertuturan, seperti semasa menyebut bunyi-bunyi vokal.

1.6 Konsonan

Konsonan ialah segmen bunyi yang ketika menyebutnya, udara akan terhalang sama ada secara sepenuhnya atau tidak di dalam pertuturan dan ianya juga ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal. Bunyi konsonan boleh jadi bunyi oral atau bunyi nasal, bersuara atau tak bersuara. Menurut Radiah Yussof (2005), untuk mendeskripsikan sesuatu bunyi konsonan, beberapa aspek boleh digunakan, iaitu:

a. Cara yang utama iaitu oral atau nasal.

b. Cara udara dilepaskan iaitu hentian, letusan, geseran, geteran, sisian, atau geluncuran.

10

Page 13: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

c. Daerah iaitu biladial (dwididir), ladiodental (bibir-gigi), dental (antara gigi), alveolar (gusi), palatal (lelangit keras), velar (lelangit lembut), uvulur (anak tekak), faringal (rongga tekak), atau gotal (pita suara).

d. Keadaan pita suara, sama ada bersuara atau tak bersuara.

1.6.1 Titik Artikulasi Konsonan

Titik artikulasi dan artikultor merupakan nadi utama dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), terdapat dua belas titik artikulasi yang terlibat bagi menghasilkan bunyi-bunyi bahasa (konsonan). Beliau berpendapat titik artikulasi ialah alat tutur manusia yang tidak boleh bergerak. Ia bersifat statik. Manakala artikulator pula ialah alat-alat tutur yang boleh bergerak seperti lidah, rahang, lelangit lembut dan bibir. Bibir boleh boleh termasuk dalam titik artikulasi di samping artikulator. Ini kerana bibir atas boleh dianggap sebagai titik artikulasi sementara bibir bawah pula boleh dianggap sebagai articulator. Pengelasan ini adalah berdasarkan pada ciri boleh bergerak yang membezakan antara titik artikulasi dengan artikulator. Titik artikulasi tersebut ialah:

1) Dua bibir

2) Bibir-Gusi

3) Gigi (Dental)

4) Gigi-Gusi (Alveolus)

5) Gelungan ( Refroflex)

6) Lelangit keras – Gigi gusi

7) Gigi Gusi – Lelangit keras

8) Lelangit keras

9) Lelangit Lembut

10) Anak Tekak

Alat Artikulasi (Artikulator): Alat artikulasi atau artikulator ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa, iaitu alat yang menerbitkan bunyi setelah udara dari paru-paru dipam ke organ-organ yang terlibat.  Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah.  Di samping itu, aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa.  Dalam ujaran bunyi bahasa ini tercakup semua organ dalam sistem pernafasan dan organ sebutan.  Organ-organ ini penting dalam

11

Page 14: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

sistem aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi.

1. Bibir atas2. Bibir bawah3. Gigi atas4. Gigi bawah5. Gusi6. Lelangit keras7. Lelangit lembut8. Anak tekak9. Hujung lidah10. Hadapan lidah11. Tengah lidah12. Belakang lidah13. Akar lidah14. epiglottis15. Pita suara16. Rongga tekak17. Rongga hidung18. Rongga mulut19. Rahang

12

Page 15: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

1.7 Vokal

Vokal ialah bunyi yang dihasilkan secara lantang dan udara akan bergerak terus menerus dari paru-paru ke rongga pertuturan tanpa halangan. Bunyi-bunyi vokal melibatkan udara egresif sahaja iaitu udara yang dihembus keluar semasa menghasilkan bunyi ini. Ketika bunyi-bunyi vokal dihasilkan, tiada sekatan dan penyempitan berlaku di antara titik artikulasi dengan artikulator.

Menurut Radiah Yussof (2005), untuk mendeskripkan sesuatu vokal, kita perlu menggunakan aspek:

i. Lidah - sama ada tinggi, tengah, atau rendah

ii. Bahagian lidah - sama ada tengah, atau belakang

iii. Keadaan bibir - sama ada neutral, leper atau bundar.

1.7.1 Vokal Sistem Kardinal – Daniel Jones (1956)

Pengelasan vokal yang terbaik adalah berdasarkan vokal system kardinal yang dihasilkan leh Daniel Jones (1956). Rajah vokal kardinal adalah seperti yang berikut:

Apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal, lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan terpenting. Lelangit lembut (terutama velum) pula akan menentukan sama ada bunyi vokal itu bunyi atau bunyi sengau.

Lidah boleh memberikan berbagai-bagai bentuk dan rupa bagi menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang berbeza. Lokasi dan kedudukan lidah berasaskan kepada dua paksi iaitu yang mendatar dan yang menegak. Bahagian mendatar ialah dari depan ke belakang mulut sementara yang menegak pula ialah dari lantai mulut hingga ke bumbung mulut.

Terdapat empat bahagian bagi paksi menegak, iaitu:

i. Bahagian sempit/tinggi

ii. Bahagian separuh sempit/tinggi

iii. Bahagian separuh luas/rendah

iv. Bahagian luas/rendah

Paksi menegak ini bermula dari dari lantai lidah hingga ke atas iaitu ke bahagian lelangit. Tinggi atau sempit merujuk kepada kedudukan lidah yang hampar dengan bumbung mulut. Merujuk kepada mendatar, tiga titik mendatar itu ialah kedudukan depan, tengah dan belakang lidah. Selain lidah, bibir turut memainkan peranan yang penting dalam

13

Page 16: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

menghasilkan bunyi vokal. Bentuk bibir boleh dibahagikan kepada bundar dan hampar. Bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang. Manakala bentuk hampar akan terjadi apabila bunyi-bunyi vokal depan dibunyikan .

1.7.2 Diftong

Bunyi diftong berkait dengan vokal, ini adalah kerana bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir serentak. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), bunyi diftong terhasil apabila vokal hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang mula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan semasa penghasilan bunyi diftong menjadi bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja.

Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu iaitu /ai/, /oi/ dan /au/.

Bunyi /i/ aka menggeluncur ke bunyi /a/ dan bunyi /i/ akan hilang puncak kelantangannya. Begitu juga bunyi /i/ pada diftong /oi/ dan /u/ pada diftong /au/

1.8 FONETIK AKUSTIK

Fonetik akustik ialah cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh artikulator atau alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya yang membawa bunyi bahasa itu ke telinga pendengar. Kajian ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa atau ciri gelombang bunyi yang yang dimiliki suatu bahasa itu yang sampai ke telinga pendengar.

Page 17: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

15

Penelitian terhadap ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai spektrogram itu melibatkan bunyi nada, kelantangan dan kepanjangan. Dengan menggunakan spektrogram bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia itu dapat ditentukan tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi pada sesuatu masa. Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram mendapati bahawa setiap orang mempunyai nada yang berbeza, lebih-lebih lagi jika dibandingkan antara jantina. Sebagai contoh nada suara seorang perempuan didapati tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyinya jauh lebih tinggi berbanding dengan nada suara seorang lelaki. Hal ini kerana nada suara seorang perempuan mempunyai 240 pusingan bagi setiap saat, sedangkan nada suara seorang lelaki hanya 150 pusingan bagi setiap saat. Malahan, kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi vokal hadapan berbeza dengan bunyi vokal belakang.

Bunyi vokal hadapan nadanya lebih tinggi, manakala bunyi vokal belakang nadanya lebih rendah. Contoh bunyi vokal hadapan dalam bahasa Melayu ialah bunyi [i] dan [e], dan bunyi vokal belakang dalam bahasa Melayu ialah bunyi [u] dan [o]. Demikianlah halnya dengan bunyi-bunyi bersuara yang disebabkan getaran pada pita suara berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara yang disebabkan oleh tiada getaran pada pita suara didapati nada bunyi-bunyi bersuara lebih tinggi tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara. Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi konsonan dan suku kata dalam bahasa Melayu mempunyai tahap kelantangan yang berbeza. Hal ini kerana faktor yang mempengaruhi perbezaan itu berpunca daripada tekanan udara dari paru-paru. Maknanya apabila bunyi konsonan atau suku kata itu ditekan, tekanan udara bertambah dan kesanya menghasilkan bunyi yang lebih lantang. Antara contoh tahap kelantangan bunyi konsonan dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh tekanan udara dari paru-paru ialah penghasilan bunyi konsonan [s], [z] dan [š] didapati lebih lantang berbanding dengan penghasilan bunyi konsonan [f] dan [v].

1.9 FONETIK AUDOTORI

Fonetik auditori ialah cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran terhadap bunyi bahasa yang dihasilkan, iaitu proses yang terjadi tatkala seseorang menerima bunyi dan bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi itu didengar sebagai persepsi bahasa. Fonetik auditori juga meneliti penerima bunyi yang berasaskan nada, kelantangan dan kualiti bunyi. Kajian tentang bagaimana seseorang pendengar  itu menanggapi bunyi-bunyi bahasa yang diterima melalui telinganya. 

Page 18: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

16

Pendapat Lain tentang Fonetik Auditori

Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal fonetik auditori. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik auditori adalah seperti yang berikut:

Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa “fonetik auditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik auditori ialah kajian fonetik yang mendeskripsikan cara bagaimana kita memproses dan menginterpretasi bunyi-bunyi yang dihasilkan.

Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 83) berpendapat bahawa fonetik auditori ialah bidang kajian berkenaan pendengaran dan proses yang wujud apabila kita menerima bunyi dan bagaimana bunyi itu dirasai. Tegasnya, fonetik auditori melibatkan otak dan telinga. Tambahnya lagi, gelombang bunyi yang sampai ke telinga sebenarnya ialah getaran mekanikal bagi partikel-partikel udara. Manakala bunyi yang boleh didengar dan dirasa itu tentunya mempunyai jurang frekuansi dan kepadatan tertentu.

B. BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU

Menurut Kamus Linguistik (1997:46) bunyi bahasa atau speech sound ialah unit bunyi di dalam ujaran yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Jelasnya lagi, dalam bidang fonetik, bunyi bahasa disebut fonem. Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab kadir (2012:23) menyatakan bahawa bunyi bahasa ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia yang digunakan dalam pertuturan. Bunyi bahasa tidak akan terjadi sekiranya tiada halangan atau gangguan pada alat artikulasi seperti tatkala bernafas. Menurutnya, secara umum bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga golongan , iaitu vokal, konsonan dan semi-konsonan atau semi-vokal ( Jones, D.,1958:12). Perbezaan ini didasarkan pada ada atau tidaknya halangan ataupun gangguan ( proses artikulasi ) pada alat artikulasi.

Page 19: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

17

Rajah 1 : Proses Penghasilan Bunyi ( Sumber: B. William, 1992:95 )

Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal  dalam bahasa Melayu. Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [כ] dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. Secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain , bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan

Page 20: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar

18melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.

Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007),telah menghuraikan secara terperinci cara bunyi vokal cardinal [i], [e], [ε], [a], [u], [o], [Ɔ], dan [∂]

2.0 Vokal Hadapan

(i)  Vokal depan sempit ( Tinggi ) [i].

Cara membunyikannya: (a)    Bibir dihamparkan. (b)    Depan lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin ) ke arah gusi. (c)    Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. (d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. (e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [ i ] . Berikut diberikan contoh kehadiran bunyi [ i ] dalam perkataan:

Page 21: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

19

di awal perkataan: [ikan] , [ikut], [ipar], [ibu], [itu]

di tengah perkataan: [biru], [bila], [kita], [sila], [silap]

di akhir perkataan: [tali], [bəli], [bəri], [bəsi], [guli]

Rajah I : Penghasilan bunyi vokal [i]

Lihat contoh lain bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Ikan Bila Tali

Ibu Tiba Padi

Page 22: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

Rajah menunjukkan kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [ i ] ( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47 )

20

(ii)  Vokal depan separuh sempit ( Separuh Tinggi ) [e]. Cara membunyikannya: (a)  Bibir dihamparkan separuh sempit.      (b)  Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi. (c)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.   ·     (d)  Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.   ·     (e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [e].

Rajah ii : Penghasilan vokal (e)

 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Enak Teleng Tauge

Elok Leher Tempe

(iii)  Vokal depan separuh luas atau lapang [ε].

Cara membunyikannya: (a)  Keadaan bibir hampar

Page 23: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

(b)  Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi (c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara

21 tidak keluar melalui rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut (e)  Pita suara digetarkan.

Rajah iii: Penghasilan vokal [ε]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Esa Belek Tauge

Enak Belok Tempe

Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [e] ( Sumber : Paitoon M.Chaiyanara,2006:48 )

Page 24: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

22(iv)  Vokal depan luas atau lapang [a].

Cara membunyikannya:(a)  Keadaan bibir hampar(b)  Depan lidah diturunkan serendah mungkin(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak

keluar melalui rongga hidung(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut(e)  Pita suara digetarkan.

Rajah iv : Penghasilan Vokal [a]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Awan Kadar Siapa

Anak Beras Nama

Page 25: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ a ] ( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48 )

23

2.0 Vokal Tengah

(i)   Vokal tengah [ə].

Cara membunyikannya:(a)  Keadaan bibir antara hampar dengan bundar(b)  Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras  (c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak

keluar melalui rongga hidung(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut(e)  Pita suara digetarkan.

Rajah : Penghasilan vokal [ə]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Emak Penat Sosialisme

Empat Tenat Behaviurisme

Page 26: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ə] ( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48 )

24

4.0 Vokal Belakang

(i)  Vokal belakang sempit [u].

Cara membunyikannya:(a)  Keadaan bibir hampar(b)  Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai

menyentuh lelangit lembut(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak

keluar melalui rongga hidung(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e)  Pita suara digetarkan.

Rajah : Penghasilan vokal [u]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

ubat bulat Batu

ular sudu Palu

Page 27: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

25 Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ u ]

( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49 )

(ii)  Vokal belakang separuh sempit [o].

Cara membunyikannya:(a)  Keadaan bibir hampar(b)  Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi  ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai

menyentuh lelangit lembut(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak

keluar melalui rongga hidung(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut(e)  Pita suara digetarkan.

Rajah : Penghasilan Vokal [ o ]

Page 28: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

26Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Orang Tolong Pidato

Otak Bohong Koko

Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ u ] ( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49 )

Terdapat dua lagi bunyi vokal, iaitu [כ] dan [ε] yang tidak digunakan dalam penulisan tetapi terdapat dalam dialek-dialek tempatan seperti dialek Kelantan, contohnya dalam perkataan [makε], [malε], [arε] , [kitכ]. Dalam bahasa Melayu, bunyi [ε] dan [e] dilambangkan dengan huruf “e”, manakala bunyi [כ] dan [o] dilambangkan dengan huruf “o”.

(iii)  Vokal belakang separuh luas atau lapang [כ].

Cara membunyikannya:(a)  Keadaan bibir hampar(b)  Belakang lidah dinaikkan separuh rendah  (c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak

keluar melalui rongga hidung(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut(e)  Pita suara digetarkan.

Page 29: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

27

Rajah : Penghasilan Vokal [כ]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [כ] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Orang Borong Soto

Oleh Bolot Teko

Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [כ] ( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48 )

28

Page 30: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

Rajah menunjukkan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ε] ( Sumber : Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48 )

Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007:47) menjelaskan alat artikulasi lidah merupakan kriteria penting dalam pembahagian jenis vokal. Bahagian hadapan lidah, misalnya berperanan menghasilkan bunyi vokal hadapan, iaitu vokal [i], [e] dan [a]. Bahagian tengah lidah berfungsi menghasilkan vokal tengah. Begitu juga dengan bahagian belakang lidah menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang, iaitu [u], [o] dan [כ]. Perbezaan bunyi antara vokal-vokal tersebut yang dihasilkan adalah terletak pada tinggi rendahnya bahagian lidah itu diangkat ataun diturunkan .Bahagian lidah itu boleh diangkat setinggi mungkin untukmenghasilkan vokal tinggi [i] dan [u], kemudian jika diturunkan separuh tinggi, iaitu vokal [e] dan [o]. Begitu juga sekiranya bahagian lidah itu diturunkan separuh rendah akan menghasilkan vokal separuh rendah [ε] dan [כ]. Vokal tengah pula dihasilkan apabila bahagian tengah lidah berperanan menghasilkan bunyi dengan cara tengah lidah dinaikkan separuh tinggi.

Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara. Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007:58) menerangkan bahawa konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal . Sekiranya bunyi vokal itu adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi dengan suara keluar terus-menerus tanpa sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi , maka bunyi konsonan ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara ialah konsonan yang semasa penghasilannya, pita suara digetarkan oleh arus suara yang keluar dari paru-paru, contohnya [ b ], [ d ] dan [ g ]. Konsonan tidak bersuara pula adalah konsonan yang

28

Page 31: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus suara seperti [ p ], [ t ] dan [ k ]. Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan, iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.

Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Menurut Yunus Maris, terdapat 19 jenis konsonan iaitu :

a)    Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).b)    Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).c)    Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).d)    Satu konsonan hentian glotis. ( ? )e)    Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( č , ĵ )f)     Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis bersuara ( h ).g)    Satu konsonan getaran bersuara ( r ).h)    Satu konsonan sisian bersuara ( i ).i)      Empat konsonan sengau bersuara (m, n, ɲ , ŋ )j)      Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu 1 separuh vokal dua bibir bersuara (w) dan 1 konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis ,rongga hidung dan lain-lain.

29

Page 32: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

Cara Membunyikan  Konsonan

Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan

Cara sebutan bibir Gusi Gusi Lelangit keras

Lelangit keras

Lelangit lembut

Pita suara

Letupan tak bersuara

P T k ?

Letupan bersuara

b d g

Letusan tak bersuara

č

Letusan bersuara

Ĵ

Sengau m n (ny) ɲ ŋ

Geseran tak bersuara

s H

Geseran bersuara

h

Getaran r

Sisian l

Separuh vokal

w y/j

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman.

5.0 Cara Penghasilan Bunyi Konsonan

(a)  Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b].

Cara membunyikannya:

Page 33: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

30

Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]

1.    Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.

2.    Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.

3.    Pita suara direnggangkan.4.    Udara dari paru-paru keluar ke rongga

mulut tanpa menggetarkan pita suara.5.    Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta-

merta.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].

 Cara membunyikan sama seperti membunyikan konsonan [p]. yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui

rongga mulut dengan mengetarkan pita suara.

3.    Bunyi  yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].

Rajah : Penghasilan Konsonan [ p ]

Page 34: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

Rajah : Penghasilan Konsonan [ b ]31

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [p] Palu Lapik Atap

Konsonan [b] Batek Rabun Adab

(b)  Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]

Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]

1.    Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.

2.    Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung.

3.    Pita suara direnggangkan .4.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui

rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.5.    Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan

gusi dilepaskan serta-merta.6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi

tidak bersuara [t].

Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [t]. yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui

rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.

.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara [d].

Rajah : Penghasilan Konsonan [ t ]

Page 35: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

32

Rajah : Penghasilan Konsonan [ d ]

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [t] Takut Batas Padat

Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad

(c)  Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g].

Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g]

1.   1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara .

2.   2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

33. 3.   Pita suara di renggangkan. 4.  4.  Arus udara keluar dari paru-paru

Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [k]. yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan .2.    Arus udara dari paru-paru yang keluar

melalui rongga mulut mengetarkan pita suara.

3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].

Page 36: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.  5.  Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta.

6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

Rajah : Penghasilan Konsonan [ k ]

Rajah : Penghasilan Konsonan [ g ]

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [k] Kala Makan Tamak

Konsonan [g] Garam Pagar Dialog

Page 37: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

34

(d)  Hentian glotis [?]

Cara membunyikannya:(a)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung(b)  Pita suara dirapatkan sepenuhnya(c)  Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.(d)  Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Rajah : Penghasilan Konsonan [ ? ]

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan  berikut:

Awal Tengah Akhir

Anak Saat Lemak

Ikan Rakyat Budak

(e)  Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya:

Page 38: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

35

Bunyi konsonan [č] Bunyi konsonan [Ĵ]

1.    Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.

2.    Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

3.    Pita suara direnggangkan.

4.    Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.    Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.

6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [č].

Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.

2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.

3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi bersuara [Ĵ]

Rajah : Penghasilan Konsonan [č]

Page 39: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

36

Rajah : Penghasilan Konsonan [ ĵ ]

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [č] čari Lači Koč

Konsonan [Ĵ] Ĵala Kanĵi Koleĵ

(f)   Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:

(a)  Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus

udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c)  Pita suara di renggangkan.(d)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara(e)  Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan

geseran gusi tidak bersuara [s].

Page 40: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

37

Rajah : Penghasilan Konsonan [ s ]Contoh perkataan:

Awal Tengah Akhir

Silap Lasak Pedas

Satu Lesu Lemas

(f)   Konsonan getaran gusi bersuara [r]:(a)  Hujung lidah dikenakan pada gusi.(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat

sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c)  Pita suara dirapatkan.(d)  arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara(e)  arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Page 41: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

Rajah : Penghasilan konsonan [ r ]

38

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Rapat Tiram Sabar

Rugi Seram Lebar

(f)   Konsonan gusi bersuara [I]:(a)  Hujung lidah dikenakan pada gusi.(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat

sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c)  Pita suara dirapatkan(d)  Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut  dengan menggetarkan pita suara(e)  Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Rajah : Penghasilan Konsonan [ l ]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Lagu Tilam Tebal

Lipat Kelam Kekal

Page 42: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

(f)   Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:(a)  Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.(g)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-

39paru ke rongga hidung.(h)  Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.(i)    Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.(j)    Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Rajah : Penghasilan Konsonan [ m ]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Macam Teman Ketam

Murah Lumba Badam

(k)  Konsonan sengau gusi bersuara [n]

Cara membunyikannya:(a)  Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-

paru ke rongga hidung.(c)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung(d)  Arus udara dilepaskan perlahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Naga Tanah Taman

Nilam Panah Laman

Page 43: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

40e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ]

Cara membunyikannya:(a)  Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar

dari paru-paru masuk ke rongga hidung.(c)  Pita suara dirapatkan dan digetarkan(d)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.(e)  Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-

pelahan.

Rajah : Penghasilan Konsonan [ ŋ ] Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang berikut:

Awal Tengah Akhir

ŋgilu Biŋgka Lalaŋg

ŋgeri Raŋgkap Tulaŋg

(f)   Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ּת ].

Cara membunyikannya:(a)  Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara

Page 44: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung

(c)  Pita suara dirapatkan dan digetarkan(d)  Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung(e)  Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

41Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (ּת) seperti perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

yarisּת Banyak -

yalaּת Seּתyap -

(f)    Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:(a)  Bibir di bundarkan.(b)  Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.(c)  Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari

paru-paru ke rongga hidung(d)  Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut(e)  Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk

membunyikan vokal tengah [w].

Rajah : Penghasilan Konsonan [w]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Waris Kawan Takraw

Wajar Lawan -

Page 45: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

42

(g)  Separuh vokal lelangit keras bersuara [j].

Cara membunyikannya:(a)  Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi seperti hendak menghasilkan vokal [i], kemudian

semasa menghasilkan bunyi itu, kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah [ə ] .

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada didnding tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

(c)  Pita suara dirapatkan. (d)  Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara. Semasa

menghasilkan bunyi vokal [i] , kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah [ə].

(e)  Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan separuh vokal [j]. ( Sila lihat rajah ).

Rajah : Penghasilan Konsonan [ j ]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

jaŋ dajaŋ -

Page 46: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

jakiŋ bajaŋ -

43

C) SISTEM EJAAN RUMI BAHARU (ERB).

6.0 Sistem Ejaan Rumi Malaysia-Indonesia 1972

Perjumpaan antara pihak Malaysia dengan Indonesia dalam meneliti ejaan Malindo telah mengemukakan pendapat lain iaitu satu kertas kerja tentang ejaan baharu. Setelah kedua-dua pihak membuat penelitian dan pemerhatian yang mendalam terhadap usul-usul yang dikemukakan berdasarkan tiga prinsip iaitu “praktis, ekonomi dan ilmiah” maka pada 27 Jun 1967, satu laporan lengkap yang berkaitan tentang sistem ejaan baru telah di tandatangani oleh kedua-dua pihak. Akhirnya pada 16 Ogos 1972 satu kenyataan bersama telah di tandatangani antara Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia. Oleh itu, secara rasminya pada 16 Ogos 1972 sistem ejaan ini telah diguna pakai oleh kedua-dua buah negara. Sistem ejaan ini dinamakan sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu. Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012:204) dalam bukunya ‘Fonologi Melayu’ menjelaskan, pada tanggal 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Hussein Onn, dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mashuri. Kedua-dua Negara Malaysia dan Indonesia kemudiannya melaksanakan Sistem Ejaan Bahasa Malaysia yang disempurnakan itu pada 16 Ogos 1972. Lukman Ali (2000) menyatakan bahawa sistem Ejaan yang Disempurnakan ini di Indonesia disahkan secara rasmi oleh Presiden Soharto melalui surat keputusan no. 57, bertarikh 17 ogos 1972.

Sistem ejaan ini berjaya dicipta hasil kerjasama antara Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Bahasa Melayu Malaysia yang diketuai oleh Syed Nasir bin Ismail dengan Kumpulan Ahli Bahasa Indonesia yang diketuai oleh S.W. Rudjati Muljadi (Ensiklopedia Malaysia,1999:706). Maka, terhasil satu bentuk ejaan daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta taraf standartitasi yang tinggi berbanding sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan sistem wahana yang cekap dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akan datang.

Page 47: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

Menurut Sulaiman Masri et al. (2006:5) perkara-perkara penting yang terdapat dalam sistem ini ialah penggunaan abjad, penulisan kata dan penulisan unsur serapan. Dalam sistem ini ejaan baru ini mengandungi 26 huruf iaitu a, b, c, d, e, f, g, h, i, j, k, l, m, n, o, p, q, r, s, t, u, v, w, x, y dan z. Dokumen yang menjadi rujukan rasmi tentang Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) termasuklah penerbitan-penerbitan oleh Dewan

44

Bahasa dan Pustaka antaranya Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975, edisi kedua 1987), Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1975, edisi semakan 1991), Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981, edisi kedua 1988), Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1996), Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu (1994), Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (1996), Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986, edisi kedua 1987, edisi ketiga 1993), Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu (1996) dan Daftar Kata Bahasa Melayu, Jilid I (A-K) dan Jilid II (L-Z) (2001).

Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu

1) Abjad dan huruf Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir ( 2012:205) menjelaskan Sistem Ejaan baharu Bahasa Melayu yang diselaraskan dengan sistem ejaan Bahasa Indonesia menggunakan sebanyak 26 huruf abjad tulisan Rumi. Huruf-huruf abjad tersebut adalah seperti yang berikut:

Huruf Sebutan Perkataan Aa e anak Bb bi burung Cc Si cawan Dd di darah Ee i ekor Ff ef filem Gg ji gigi Hh ec hati Ii ai ibu Jj je jam Kk ke kuda Ll el lari Mm em malam Oo o orang Pp pi pintu Qq kiu quran Rr ar rambut Ss es sikat Tt ti tikus Uu yu ular

Page 48: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

Vv vi vokal Ww dabliu wang Xx eks xenon Yy wai yuran Zz zek zarah

45

2) Huruf Vokal Bahasa Melayu

Huruf Di depan Di tengah Di belakanga api tali kitae (i) e pepet emak kena sosiolisme

(ii) e taling ela petak tauge i itu tidur padi o oleh kota pidato u ular kuda satu

3) Huruf Diftong

Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au dan oi. Contoh pemakaiannya adalah seperti yang berikut:

Huruf Di depan Di tengah Di belakangai aising ghairah lambaiau aurat saudara harimauOi oidium boikot amboi

4) Huruf Konsonan Nik Hassan Basri Nik Ab kadir (2012:206) turut menjelaskan bahawa dalam bahasa Melayu terdapat sebanyak 26 huruf konsonan, iaitu 21 huruf konsonan tunggal dan lima huruf konsonan gabungan. Lima huruf konsonan gabungan itu ialah gh, kh,ng, ny dan sy. Contoh pemakaian konsonan tersebut dalam perkataan seperti berikut:

Huruf Di depan Di tengah Di belakang b batu sabut adab c cakap baca mac d dapur budak abad

Page 49: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

f fikir tafsir maaf g guru tiga beg gh ghaib maghrib mubaligh h hari saham buah j jalan hajat kolej k kami paksa adik

46 kh khusus akhbar tarikh l langsat bila bilal m makan lama malam n nama senak ikan ng angin nganga pening ny nyala banyak p payung tempat lesap q quran wuquf buraq s sakit pisah tempis sy syarat isytihar quraisy t tapis petir pelat v vitamin universiti w wanita bawa x xenon y yakin sayang z zaman lazat lafaz

a) Konsonan yang tidak berubah:b bahasa n nantid dua ng ngilug guna p pasangh hari r rumahk kami s siapl lemas t tutupm maka w wanita

b) Konsonan yang berubah: Ejaan lama Ejaan baru dj djalan j jalanj pajung y payungnj njonja n y nyonyatj tjakap c cakapsj sjarat s y syaratch tarich k h tarikh

Page 50: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

c) Lain-lain (dirasmikan penggunaannya)f maaf Huruf-huruf q dan x yang lazim digunakan dalam ilmu-ilmu v valuta eksakta juga digunakan dalam sistem ejaan ini.z zeni

47Walaupun sistem ejaan bersama yang baharu itu telah digunakan secara rasmi di

Malaysia dan Indonesia, namun beberapa perkara kecil mengenai ejaan tersebut dirasakan perlu diselesaikan dengan segera. Beberapa masalah kecil mengenai ejaan tersebut telah dibincangkan dan diselesaikan bersama oleh jawatankuasa yang dibentuk dan dikenali dengan nama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia dalam persidangannya yang kelima yang diadakan di Johor Bahru pada 2 hingga 4 Disember 1974, telah bersetuju untuk mengeluarkan pedoman umum ejaan yang lebih lengkap bagi kegunaan kedua-dua negara. Pada 27 Ogos 1975, “Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan telah dirasmikan.

Huruf Yang Diperkenalkan

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab kadir (2012:208) ,daripada 26 huruf yang diperkenalkan dalam sistem ejaan bahasa Melayu terdapat tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap, iaitu q, v dan x.

i. Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf jawi qaf (ق ) untuk mengeja

kata istilah agama atau kata mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab. Contohnya: Quran qadak dan qadar wukuf.

ii. Huruf v digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing yang lain di pangkal kata atau di pangkal suku kata. Contohnya Vitamin subvesif Resolusi novel Vokal university

Huruf x hanya ditukar pada pangkal kata istilah khusus yang ditukar menjadi f. Contohnya :

active jadi aktif passive jadi pasif negative jadi negative

Page 51: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

iii. Huruf x hanya ditukar pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z. Contohnya :

48

xeromorph jadi xeromorf xenon jadi xenon xanthate jadi xantat

6.1 Huruf Ejaan Kata Pinjaman

Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012:210) di dalam bukunya ‘Fonologi Melayu’ menjelaskan bahawa ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dibuat mengikut peraturan penyesuaian huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan bahasa Inggeris atau bahasa asing disesuaikan ejaannya dengan huruf mengikut ejaan bahasa Melayu. Berikut diberikan contoh-contoh perkataan bahasa Inggeris dan bahasa asing yang disesuaikan ejaannya mengikut ejaan bahasa Melayu:

Bahasa Bahasa Perubahan huruf Inggeris Melayu Bahasa Bahasa Inggeris Melayu

abstact abstrak a a plate plat aerial aerial ae ac aerograph aerograf aesthetics estetika ae e haematite hematit

Bentuk Ejaan Tampak

Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu berlandaskan bentuk tampak atau bentuk visual. Maksudnya, ejaan bagi perkataan asing yang dipinjam daripada bahasa asing itu dieja mengikut bentuk tampak, iaitu hampir sama dengan ejaan yang ditetapkan. Contohnya:

Bahasa BahasaInggeris Melayu

atom jadi atom bukan atum

Page 52: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

block jadi blok bukan belokbonus jadi bonus bukan bonoscarbon jadi karbon bukan kaban

49Kekecualian Bagi Ejaan yang Sudah Lama

Bahasa BahasaInggeris Melayu Class kelas bukan klasClub kelab bukan klab,klubcustom kastam bukan kustom driver drebar bukan driver,driber

7.0 KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza  dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara da nada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

Page 53: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

50

8.0 RUJUKAN

Nik Hassan Basri Nik Ab kadir (2012). Fonologi Melayu . Kuala Lumpur: Aslita sdn Bhd

Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Arbak Othman & Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur:

Penerbitan Sarjana.

Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik Fonetik dan Fonologi

Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Aslita Sdn bhd

Asmah Haji Omar (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (2004). Muafakat bahasa: sejarah MBIM/MABBIM sebagai embina bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Balai Pustaka (1984). Pedoman umum ejaan bahasa Indonesia yang disempurnakan. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa departmen pendidikan dan Kebudayaan, Balai Pustaka.

Departemen Pendidikan Nasional (2000). Sejarah ejaan bahasa Indonesia. Jakarta: Perputakaan Pusat Bahasa.

Ensiklopedia Malaysia (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Aminurrashid (1996). Kajian sejarah perkembangan Bahasa Melayu. Singapura: Pustaka Melayu

Page 54: fonetikdanfonologi-130403051306-phpapp01 (1).docx

Hashim Musa (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

51