sistempertandingan-120217083010-phpapp01 (1)

Upload: rosa-fandi

Post on 04-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 sistempertandingan-120217083010-phpapp01 (1)

    1/12

    Sistem Pertandingan 2011

    3

    2.0 Sistem Pertandingan

    Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara

    yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan sesuatupertandingan. Terdapat dua cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu:

    (a) Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang terdahulu atau

    melawan skor purata.

    (b) Pertandingan melawan individu lain.

    Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk

    memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Format sistempertandingan dipengaruhi oleh undang-undang asas persatuan, kesesuaian acara

    dipertandingkan, jumlah kumpulan yang menyertai pertandingan dan peringkat

    pertandingan. Pihak yang mengelolakan pertandingan perlulah mengenal pasti dan

    mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan perancangan dan persediaan.

    Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah seperti berikut.

    Perkara

    yangPerlu

    DiberiPerhatian

    Jenis pertandingan

    Masa yang diperlukan

    Alatan dan kemudahan yang ada

    Agihan perlawanan yang adil

    Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan

    Bilangan penyertaan

    Kewangan

    Undang-undang dan peraturan pertandingan

    Penentuan pemenang dan pemain yang sah

    Rajah 1 : Perkara yang Perlu Diberi Perhatian dalam Sesuatu Pertandingan

  • 7/31/2019 sistempertandingan-120217083010-phpapp01 (1)

    2/12

    Sistem Pertandingan 2011

    4

    Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam

    sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan. Sistem pertandingan

    yang lazim dipraktikkan di negara ini ialah:

    Sistem Pertandingan

    Pertandingan

    berbentuk

    kejohananPertandingan

    liga

    Pertandingan

    kalah mati

    Pertandingan

    cabar

    mencabar

    Rajah 2: Jenis-jenis Sistem Pertandingan

    Liga Satu pusingan

    Liga 2 kumpulan

    Liga 3 kumpulan

    Liga 4 kumpulan

  • 7/31/2019 sistempertandingan-120217083010-phpapp01 (1)

    3/12

    Sistem Pertandingan 2011

    5

    3.0 Pertandingan Kalah Mati

    Sistem pertandingan kalah mati ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang

    kalah. Ia diadakan bagi pertandingan dengan masa terhad dengan pesertanya banyak.

    Proses ini akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan

    peserta yang tinggal. Sistem pertandingan ini sesuai untuk bilangan pasukan yang besar

    dimana keputusannya/pemenangnya perlu ditentukan dalam masa yang singkat. Pasukan yang

    menang dalam perlawanan pertamanya sahaja akan layak ke pusingan seterusnya. Dua

    pasukan awal yang menang dalam peringkat ini akan masuk ke Peringkat Akhir di mana

    Johan dan Naib Johan akan dikenalpasti. Dua pasukan lain yang kalah dalam Peringkat

    Separuh Akhir akan berlawan untuk menentukan Tempat Ke 3 dan Ke 4. Biasanya sistempertandingan kalah mati sekali ini dilaksanakan mengikut acara tertentu dalam bidang

    sukan atau permainan. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati, iaitu:

    Terdapat beberapa kelebihan dan juga kelemahan dalam sistem kalah mati ini

    antaranya ialah seperti berikut:

    Pertandingan

    Kalah Mati

    KalahMati

    Sekali

    KalahMati

    dua kali

    Rajah 3: Jenis Pertandingan Kalah Mati

  • 7/31/2019 sistempertandingan-120217083010-phpapp01 (1)

    4/12

    Sistem Pertandingan 2011

    6

    Rajah 5: Kelemahan Sistem Pertandingan Kalah Mati

    Kelebihan Sistem Kalah Mati

    Jadual sistem ini mudah difahami oleh peserta

    Sangat berguna untuk menentukan juara atau pemain

    pilihan untukpertandingan-pertandingan akan datang

    Dapat menentukan juara dalam masa yang singkat

    Boleh dilaksanakan dengan alatan yang terhad

    Mampu menerima penyertaan yang banyak

    Masa dan perbelanjaan dapat dijimatkan

    Rajah 4: Kelebihan Sistem Pertandingan Kalah Mati

    Kelemahan Sistem Kalah Mati

    Peserta hanya

    bertanding

    sekali sahaja

    Penggunaan

    kemudahan

    yang minimum

    Separuh daripada

    peserta akan

    tewas pada

    peringkat awal

    Penentuan

    pemain pilihan

    adalah penting

  • 7/31/2019 sistempertandingan-120217083010-phpapp01 (1)

    5/12

    Sistem Pertandingan 2011

    7

    4.0 Pertandingan Kalah Mati Sekali

    Sistem kalah mati bermaksud seseorang peserta atau pasukan akan bermain sekali sahaja.

    Peserta yang kalah akan tersingkir manakala peserta yang menang akan meneruskan pertandingan

    sehingga diisytiharkan sebagai johan. Cara pertandingan kalah mati sekali ini paling mudah

    dan ringkas dikelolakan. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan

    yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat,

    kemudahan, peralatan, dan sumber manusia. Namun,sistem ini bukan cara yang

    terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

    4.1 Bilangan Perlawanan

    Bilangan perlawanan ini bermaksud kiraan jumlah perlawanan yang diperlukan

    untuk menyelesaikan sesuatu pertandingan. Bilangan perlawanan yang dijalankan

    dapat dikira dengan cara menolak angka 1 daripada jumlah peserta atau

    pasukan.

    KriteriaSistemKalahMati

    Sekali

    Bilanganperlawanan

    Bilanganpeserta

    menunggu/bye

    Penempatan

    petanding

    pilihan

    ( seeded)

    Rajah 6: Kriteria-kriteria Sistem Kalah Mati Sekali

  • 7/31/2019 sistempertandingan-120217083010-phpapp01 (1)

    6/12

    Sistem Pertandingan 2011

    8

    4.2 Bilangan peserta menunggu/ bye

    Bilangan menunggu/byedalam sistem pertandingan kalah mati sekali ini

    boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua (power of two), iaitu angka

    2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. Semua angka ganda dua ini tidak memerlukan

    byes. Manakala semua angka yang lain memerlukan byes.

    Contohnya : 14 pasukan bertanding

    Bilangan penyertaan

    14 pasukan

    Angka pangkat dua yang melebihi bilangan penyertaan

    16

    Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan penyertaan

    16 -14 = 2

    Hasil tolak adalah bilangan peserta menunggu/bye

    Peserta menunggu akan disebarkan dengan sama banyak di antara

    kumpulan atas dan kumpulan bawah.

    Angka 16 adalah 4 kuasa 2. Oleh itu, bilangan pusingan ialah 4. Ini

    bermakna peserta johan akan berlawan sebanyak 4 pusingan.

    Dua peserta yang mendapat bye akan diagihkan kepada dua, iaitu

    kumpulan atas dan kumpulan bawah.

    Formula: (N-1)

    N : Jumlah PetandingContoh :10 Petanding

    Kiraan Bilangan Perlawanan = N 1

    = 10 1

    = 9 Perlawanan

  • 7/31/2019 sistempertandingan-120217083010-phpapp01 (1)

    7/12

    Sistem Pertandingan 2011

    9

    Sekiranya dua bye yang diperuntukkan, bye akan diberi kepada

    peserta pilihan pertama dan kedua.

    Angka pangkat

    dua (2n)

    Jumlah pasukan

    yang mengambil

    bahagian (N)

    Jumlah pasukan

    menunggu/bye

    21 2 -

    22 3 1

    22 4 -

    23

    5 3

    23 6 2

    23 7 1

    23 8 -

    24 9 7

    24 10 6

    24 11 5

    2

    4

    12 424 13 3

    24 14 2

    24 15 1

    Formula: N1 N

    N1 : angka ganda dua yang lebih besar

    daripada bilangan petanding.

    N : bilangan petanding.

    Kiraan bilangan peserta menunggu = 24N

    = 16-14

    = 2 bye

    Jadual 1 : Perbandingan Bilangan Penyertaan Pasukan

  • 7/31/2019 sistempertandingan-120217083010-phpapp01 (1)

    8/12

    Sistem Pertandingan 2011

    10

    4.2.1 Sistem Kalah Mati dengan bye

    Bye bermaksud kumpulan atau peserta perlu menunggu tanpa

    memasuki pusingan pertama. Ia boleh terus bertanding dalam pusingan kedua

    dan seterusnya. Jumlah pasukan atau penyertaan tidak mencukupi atau melebihi asas lapan.

    A

    B

    C

    D

    E

    F

    G

    H

    I

    J

    JOHAN

    N:10

    BYES: 2

    Rajah 7 :Carta Pertandingan Kalah Mati Sekali bagi 10 Pasukan dan 2 Bye

  • 7/31/2019 sistempertandingan-120217083010-phpapp01 (1)

    9/12

    Sistem Pertandingan 2011

    11

    Rajah 8 : Carta Pertandingan Kalah Mati Sekali bagi 12 Pasukan dan 4 Bye

  • 7/31/2019 sistempertandingan-120217083010-phpapp01 (1)

    10/12

    Sistem Pertandingan 2011

    12

    4.2.2 Sistem Kalah Mati Tanpa bye

    Jumlah pasukan atau peserta berasaskan lapan atau lebih. Contoh bilangan petanding

    ialah 8, 16, 24, 32 dan seterusnya.

    Rajah 9 : Carta Pertandingan Kalah Mati Sekali tanpa bye

  • 7/31/2019 sistempertandingan-120217083010-phpapp01 (1)

    11/12

    Sistem Pertandingan 2011

    13

    4.3 Penempatan Pilihan atau Seeded

    Petanding pilihan merujuk kepada petandingyang terkenal atau sudah membuktikan

    kekuatan sebelum pertandingan bermula. Petanding-petanding pilihan ditempatkan dalam

    kumpulan berasingan untuk mengelakkan mereka bertemu di pusingan awal. Biasanya, mereka

    diberi bye pada pusingan pertama. Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan

    secara adil dengan sebarannya yang menyeluruh. Panduan menempatkan peserta

    pilihan dalam pertandingan kalah mati adalah seperti berikut:

    Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simetrikal

    Jika terdapat 2 penalti, satu ditempatkan di bawah sekali dan satu lagi diatas sekali.

    Jika terdapat 4 penalti, aturan berikut perlu digunakan:

    Penanti pertama ditempatkan di atas sekali dalam kumpulan atas.

    Penanti kedua ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan

    bawah.

    Penanti 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan dan penanti 3

    diletakkan di atas dalam kumpulan bawah atau penanti 3 dan 4

    membuat undian menentukan kedudukan masing-masing.

  • 7/31/2019 sistempertandingan-120217083010-phpapp01 (1)

    12/12

    Sistem Pertandingan 2011

    14

    Rajah 10 : Carta Menempatkan Petanding Pilihan

    Petanding pilihan

    3 ditempatkan di

    (F).

    Petanding pilihan

    4 ditempatkan di

    (E).