pengurusan zakat - universiti kebangsaan malaysia kerja/perkem2017-norhidayah.pdf · 2017-09-21 ·...
TRANSCRIPT
1
Pengurusan Zakat di Malaysia:
Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor Adibah Abdul Wahab
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI • 2017 http://www.ukm.my/fep
2
Cetakan Pertama, 2017
Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.
Diterbitkan di Malaysia oleh
Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
http://www.ukm.my/ekonis
e-mel:[email protected]
Dengan Kerjasama
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
3-01-1, Presint ALAMI, Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA
e-mel: [email protected]
Unit Zakat UKM
Pejabat Unit Zakat UKM
Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM
43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA
e-mel: [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh
UKM CETAK
UKM Holdings Sdn. Bhd.
Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Perpustakan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Hairunnizam Wahid
Pengurusan Zakat Di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat /
Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor, Adibah Abdul Wahab, Muhammad
Tajuddin Abdul Rahim
1. Zakat. 2. Islam—Charities. 3. Islamic Giving. I. Mohd Ali Mohd Nor, II.
Adibah Abdul Wahab, III. Muhammad Tajuddin. IV. Judul
ISBN 978-983-3198-98-6
3
Kandungan
Kandungan …3
Kata Pengantar …6
Sekapur Sirih…7
Prakata …8
Senarai Penulis…9
Bab 1 Pengurusan Zakat Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman Unit Zakat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim & Wan Mohd Al Faizee
Wan Ab Rahaman...11
Bab 2 Aplikasi SEM-PLS dalam Menentukan Faktor Pembayaran Zakat oleh
Syarikat
Adibah Abdul Wahab …23
Bab 3 Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi
Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid ... 39
Bab 4 Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat:
Kajian di Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …65
Bab 5 Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu Kajian
Semula Terhadap Majlis Agama Islam Negeri
Ummi Amirah Alias, Hairunnizam Wahid & Azrina Abdullah Al-Hadi …83
Bab 6 Kesan Cukai Korporat dan Zakat Perniagaan Terhadap Prestasi
Kewangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Sri Nooridayu Salleh, Rubayah Yakob & Aisyah Abdul Rahman…103
Bab 7 Pendanaan Awam (Crowdfunding) dan Zakat: Satu Tinjauan Awal Ke
Atas Pendekatan yang Digunakan
Suhaili Alma’amun ... 125
Bab 8 Dana Zakat Untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan
Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa & Hairunnizam Wahid …133
4
Bab 9 Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap Model Pembangunan
Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor
Mohd Azlan Bunasir & Hairunnizam Wahid …155
Bab 10 Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan
Atiah Ahmad & Hairunnizam Wahid ...171
Bab 11 Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah dalam
Urusan Pembayaran Fidyah di Majlis Agama Islam Johor: Kajian di Muar,
Johor
Muhammad Shukri Ab Ghani, Hairunnizam Wahid &
Mohd Ali Mohd Noor …189
Bab 12 Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat:
Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan,
Putrajaya
‘Abdullah Khairi Mohd Asri & Hairunnizam Wahid …211
Bab 13 Persepsi Asnaf Zakat Al-Gharimin (Perubatan) Terhadap Kaedah
Agihan Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian di Gombak, Selangor
Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah & Hairunnizam Wahid ... 227
Bab 14 Keberkesanan Pelaksanaan Ceramah Zakat Terhadap Kefahaman Serta
Amalan Membayar Zakat Perniagaan: Kajian di Sepang, Selangor
Siti Umairah Kamaruddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Abdul
Halim Abu Bakar …245
Bab 15 Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian
dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Hairunnizam Wahid &
Mohd Ali Mohd Noor …269
Bab 16 Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Agihan Zakat oleh Tabung
Baitulmal Sarawak (TBS) dan Peranan Medium Promosi: Kajian di Bintulu,
Sarawak
Abdul Hayy Haziq Mohamad & Hairunnizam Wahid …287
5
Bab 17 Hubungan Antara Uruf, Amalan Adat Perpatih Terhadap Pembayaran
Zakat Pendapatan: Kajian di Rembau, Negeri Sembilan
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib & Hairunnizam Wahid …305
Bab 18 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan dalam Kalangan Kakitangan
Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Nur Liana ‘Aqilah Derus & Mohd Ali Mohd Noor …319
Bab 19 Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang
Baru
Siti Norhidayah Hamzah & Hairunnizam Wahid …331
Bab 20 Keberkesanan Bantuan Modal Zakat Daripada Perspektif Penerima:
Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu
Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki &
Hairunnizam Wahid …353
Bab 21 Zakat, Tekanan Kewangan dan Pembiayaan Hutang bagi Institusi
Kewangan di Malaysia
Aisyah Abdul-Rahman & Muhammad Haziq Abdullah …373
Bab 22 Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat
Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia
Sri Hartati, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor & Febri Arahman ...393
6
Kata Pengantar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang atas limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya. Selawat dan salam
atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS), saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang
terlibat khususnya kepada sidang penyunting dalam menghasilkan buku
bertajuk Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat.
Usaha murni semua pihak yang terlibat menghasilkan buku ini memperlihatkan
komitmen yang tinggi ke arah perkongsian ilmu dan pendedahan kajian-kajian
kotemporari berkaitan gelagat penerima juga pembayar zakat semasa.
Peranan zakat terhadap agama dan sosioekonomi masyarakat tidak
harus dipandang kecil. Pembayaran zakat bukan sahaja dapat menyucikan
harta, jiwa dan sifat tamak pembayar zakat, bahkan ia juga dapat menyucikan
sifat mazmumah seperti sifat hasad dengki penerima zakat terhadap mereka
yang berharta yang akhirnya secara tidak langsung dapat melahirkan
ukhuwwah dalam kalangan masyarakat. Hanya dengan pengamalan akhlak
yang murni dan sifat mahmudah dalam masyarakat secara holistik dapat
membantu hasrat negara membangunkan ekonomi ummah ke arah agenda
futuristik iaitu Transformasi Nasional 2050. Kefahaman masyarakat mengenai
perkara ini amat penting untuk menggalakkan umat Islam menunaikan
tanggungjawab berzakat dan pihak institusi pengurusan zakat dapat
mengagihkan harta zakat kepada asnaf dengan efisien dan sempurna mengikut
kerangka syariah yang akhirnya akan memastikan pertumbuhan ekonomi
negara yang lestari dan inklusif.
Saya yakin buku ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada para
karyawan zakat, institusi zakat, Majlis Agama Islam Negeri, institusi
perbankan dan kewangan, ahli akademik, para ilmuan dan masyarakat dalam
mengetahui isu-isu terkini khususnya yang berkaitan dengan gelagat agen
ekonomi dalam sistem fiskal Islam yang berkaitan zakat. Buku ini diharapkan
dapat menambahkan idea para pengkaji dan menjadi panduan dalam
memperkasa pengurusan institusi zakat khususnya di Malaysia dan di dunia
amnya. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah
SWT.
Amin ya rabbal alamin.
HAJI HUSSIN MOHD ALI
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Zakat Selangor
Majlis Agama Islam Selangor
7
Sekapur Sirih
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas limpahan nikmat dan
rahmat-Nya.
Unit Zakat UKM sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memperkukuhkan
dan memperkasakan pendidikan mahasiswa UKM. Antara saranan Unit Zakat
UKM adalah dengan menggalakkan para mahasiswa UKM untuk menyertai
pelbagai konvensyen akademik yang dianjurkan di peringkat universiti, yang
berpotensi untuk memangkin kecemerlangan akademik dan inovasi dalam
pembelajaran. Sejarah Islam jelas membuktikan bahawa zakat telah memberi
sumbangan besar dalam dunia pendidikan dan telah melahirkan jutaan
cendikiawan.
Usaha memperkasakan ilmu dalam kalangan mahasiswa sangat
diambil berat oleh pihak kami walupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Usaha ini menuntut kepada tindakan dan kerjasama yang serius daripada
semua pihak agar benar-benar mencapai matlamat dalam memberikan
kebajikan khususnya kepada para mahasiswa. Dengan cabaran ketirisan ilmu
dalam kalangan mahasiswa, inisiatif Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM
dalam mengadakan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017
(PERKEM 2017) adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan wajar
disertai oleh setiap mahasiswa. Unit Zakat UKM sentiasa mengalu-alukan
program seperti ini supaya dapat membudayakan keilmuan dalam kalangan
mahasiswa dan seterusnya menjana keintelektualan untuk melahirkan graduan
beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif.
Akhir kata, Unit Zakat UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan tahniah kepada penerbitan buku ini bersempena Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 (PERKEM 2017) sebagai salah
satu usaha memperkasakan kecemerlangan mahasiswa. Koloberasi ini amat
baik dan bertepatan dengan maqasid zakat yang telah dianjurkan dalam Islam.
Semoga PERKEM 2017 menghasilkan impak yang tinggi dalam
merealisasikan seruan kerajaan untuk memperkasakan pendidikan tinggi di
Malaysia.
Salam Hormat
MUHAMMAD TAJUDDIN ABDUL RAHIM
Unit Zakat UKM
8
Prakata
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala
pujian untuk Allah SWT serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW.
Perkembangan ilmu dalam pengkajian zakat telah berkembang luas
dengan begitu pesat di serata dunia. Gabungan kekuatan ilmu asas dan ilmu
alat dalam menganalisis sesuatu fenomena gelagat manusia berkaitan zakat
serta hasil dapatan dan penemuan kajian secara empirikal merupakan satu
keperluan yang mainstream pada masa kini. Maka sudah pastilah segala
dapatan yang bersifat empirik tersebut memerlukan kepada metodologi yang
bersifat saintifik dan sistematik yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi
sesuatu teori serta meyakinkan para penggubal dasar dengan penemuan yang
diperolehi.
Buku ini merupakan kompilasi artikel berkaitan zakat di Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke 12 2017. Sebahagian besar
artikel ini adalah disumbangkan oleh para pelajar dalam Program Sarjana
Ekonomi Islam di Pusat Pengajian Ekonomi, UKM tahun 2017. Fokus kajian
zakat dalam buku ini adalah kajian yang berkaitan dengan gelagat manusia
dalam sistem pengurusan zakat yang terdiri daripada amil, asnaf serta
pembayar zakat di Malaysia. Hanya terdapat satu artikel yang mengkaji aspek
pengurusan zakat di Riau, Indonesia.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kami kepada penyumbang
utama dana bagi penerbitan buku ini iaitu Unit Zakat UKM. Penghargaan juga
kepada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bersama-sama menjayakan
penerbitan buku ini. Tidak dilupakan kepada semua pelajar program Sarjana
Ekonomi Islam yang bertungkus-lumus menyiapkan artikel ini untuk
dibentangkan di PERKEM 2017 dan bakal berkonvokesyen tahun 2017.
Penghargaan juga kepada pihak CRIM-UKM selaku penyumbang geran
kepada beberapa penyelidikan dalam menghasilkan bab dalam buku ini iaitu
Geran DPP-2014-005, DPP-2015-FEP, GGP-2014-008 dan GUP-2016-001.
Akhir kata, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada
semua pihak pemegang taruh dalam pengurusan zakat. Harapan kami
penerbitan buku ini dapat meningkatkan dan memperkukuhkan lagi ilmu dalam
korpus bidang ekonomi Islam terutamanya dalam bidang kajian zakat. Kami
mohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan buku ini.
Sekian, terima kasih.
Sidang Penyunting
9
Senarai Penulis
‘Abdullah Khairi Mohd Asri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abdul Halim Abu Bakar, Eksekutif, Divisyen Dakwah dan Syariah Lembaga
Zakat Selangor
Abdul Hayy Haziq Mohamad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Adibah Abdul Wahab, PhD. Ketua Divisyen Dakwah dan Syariah, Lembaga
Zakat Selangor
Mohd Suffian Mohamed Esa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Aisyah Abdul Rahman, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Atiah Ahmad, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Azrina Abdullah Al-Hadi, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Febri Arahman, Kakitangan Lembaga Amil Zakat Swadaya Ummah (LAZSU),
Riau, Indonesia Hairunnizam Wahid, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Ali Mohd Noor, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Azlan Bunasir, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Haziq Abdullah, Pelajar Sarjanamuda Pengurusan Perniagaan,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Shukri Ab Ghani, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Muhammad Tajuddin Abdul Rahim, Ketua Unit Zakat, Jabatan Bendahari,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Aliah Mohd Sukeri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Liana ‘Aqilah Derus, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nurmaizura Marzuki, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
10
Rubayah Yakob, PhD. Profesor Madya, Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi
& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Norhidayah Hamzah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Siti Umairah Kamaruddin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Solehuddin Zulkifli, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Sri Hartati, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sri Nooridayu Salleh, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Suhaili Alma’amun, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti
Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Ummi Amirah Alias, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman, Pensyarah, Institut Profesional
Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Zulaikha Mohd Hanafiah, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &
Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang Baru/331
Bab 19
Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang Baru
Siti Norhidayah Hamzah
Hairunnizam Wahid
Pengenalan
Pada asasnya, zakat ini merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima.
Namun, ia bukan semata merupakan urusan ibadat, tetapi berkaitan
keseimbangan kehartaan dan ekonomi masyarakat Islam. Malahan zakat
merupakan salah satu instrumen yang boleh digunakan sebagai insentif
masalah kemiskinan. Secara tidak langsung zakat mendorong dalam aspek-
aspek kemasyarakatan dan kemaslahatan umat Islam khususnya membantu
golongan yang kurang kemampuan. Pelaksanaan diwajibkan zakat dalam
islam adalah pada tahun ke dua Hijrah dalam undang-undang kerajaan negara
Islam pertama yang ditubuhkan oleh Rasulullah saw di Madinah Al-
Munawwarah. Kepentingan perlaksanaan zakat di sesebuah negara adalah bagi
menjamin keadilan dan kestabilan sosial serta merapatkan jurang pendapatan
antara masyarakat dan menghindari dari berlakunya permusuhan dan sifat
dengki sesama manusia (Paizin, 2013).
Terdapat tiga makna zakat yang berbeza yang daripada segi linguistik,
teologi dan undang-undang. Daripada sudut linguistik, zakat bermakna
pembersihan atau penyucian sesuatu dari kotoran dan najis. Manakala pada
segi teologi pula zakat ialah membawa pembersihan rohani iaitu cara yang
terhasil daripada memberi zakat. Di samping itu, dari segi undang-undangnya
zakat bermaksud pemberian pemilikan harta khusus untuk khusus kepada
individu tertentu di bawah keadaan tertentu (Abd. Wahab & Abdul Rahman,
2011). Manakala daripada sudut fiqhnya, zakat ialah sejumlah harta tertentu
yang diwajibkan Allah SWT dan diserahkan kepada orang-orang yang berhak
(Qardawi, 1994). Kewajipan melaksanakan zakat ada dinyatakan dalam Al-
Quran antaranya firman Allah SWT bermaksud:
“ Sedangkan mereka hanya diperintahkan supaya menyembah
Allah dengan ikhlas mentaati-Nya, semata-mata kerana
menjalankan (agama) dan agar mengerjakan solat serta
menunaikan zakat. Yang demikian itulah agama yang benar”
(Surah Al-Bayyinah: 5)
332/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Maka, ayat tersebut jelas menyebutkan bahawa setiap Muslim itu
mempunyai kewajipan terhadap agamanya termasuklah kewajipan
mengeluarkan zakat samaada zakat fitrah di bulan Ramadhan atau zakat harta
bagi mereka yang diwajibkan.
Secara umumnya, peranan institusi zakat terbahagi kepada dua bahagian
iaitu mengutip harta yang diwajibkan zakat dan mengagihkan dana zakat
kepada golongan asnaf yang layak. Tambahan pula, pengurusan agihan zakat
merupakan satu aspek yang sangat penting kerana ia menunjukan bagaimana
dana zakat dapat memberi impak kepada masyarakat dan negara dalam aspek
membasmi kemiskinan. Bertepatan dengan tujuan utama zakat ialah
pengagihan semula kekayaan di kalangan masyarakat Muslim untuk
merapatkan jurang perbezaan di antara miskin dan kaya dan membantu
golongan yang memerlukan. Oleh itu, had kifayah ialah perkara utama yang
akan dilihat dalam pegurusan agihan dana zakat dalam menentukan golongan
yang layak terima zakat. Ia sangat berkaitan kerana had kifayah merupakan
agihan zakat kepada asnaf dan individu fakir dan miskin yang perlu menepati
keperluan asasi sebenar. Merujuk pada Jabatan, Haji dan Zakat telah
menggariskan komponen utama dalam menentukan keperluan had kifayah
seperti mempunyai tempat tinggal, makanan, pakaian, kesihatan, pendidikan
dan pengangkutan berdasarkan maqasid al syariah (JAWHAR, 2007).
Namun begitu,masalah berkaitan perbezaan kos sara hidup dan
keperluan asas yang semakin bertambah pada masa kini telah menimbulkan isu
gambaran yang mengelirukan terhadap penentuan golongan fakir miskin.
Krisis ekonomi menyebabkan pelbagai masalah yang timbul antaranya kadar
pengangguran dan kemiskinan yang tinggi dikalangan masyarakat dalam
sesebuah negara. Tambahan pula, kebanyakan institusi zakat menggunakan
kaedah pengiraan had kifayah berdasarkan pendapatan untuk menentukan sama
ada individu atau isi rumah fakir ataupun miskin. Hal ini penting bagi menilai
semula had kifayah yang sesuai dengan perubahan ekonomi negara yang
menuntut kos sara hidup yang tinggi di Selangor dan Malaysia amnya.
Keperluan menilai semula apakah keperluan darurriyat, hajiyyat dan tahsiniyat
isi rumah (Mat Nor, Azman, & Jamlus Rafdi, 2015).
Objektif kajian ini adalah untuk memahami konsep had kifayah
berdasarkan tahap kecukupan semasa. Selain itu kajian ini mengkaji kelayakan
yang patut dalam menentukan golongan berhak terima zakat dan mengenalpasti
dimensi had kifayah yang perlu diambil kira mengikut keadaan masa kini.
Kepentingan kajian ini adalah untuk memastikan pelaksanaan agihan zakat
dapat diberikan kepada golongan sasaran fakir dan miskin yang tepat dengan
mengambil pertimbangan beberapa perkara atau syarat baru dalam penentuan
had kifayah selain sumber pendapatan. Dapatan kajian dijangka mempunyai
dimensi baru dalam penentuan had kifayah yang bersesuaian dengan maqasid
syariah. Ini bagi mewujudkan pengurusan agihan zakat yang baik serta
memastikan agihan zakat sampai kepada golongan fakir dan miskin.
Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang Baru/333
Kajian Lepas
Had kifayah dan Kemiskinan: Secara umumnya, sorotan kajian lepas mengenai
had kifayah telah dibincangkan pada pelbagai sudut dan pendekatan secara
meluas yang berkait dengan konsep had kifayah. Konsep pengiraan had
kifayah akan digunakan dalam kiraan zakat pendapatan secara umumnya
adalah alat untuk mengukur tahap kemiskinan. Dalam kiraan tersebut, ia
mengukur kecukupan perbelanjaan iaitu membandingkan pendapatan kasar dan
perbelanjaan minimum ahli keluarga atau individu. Secara tidak langsung
konsep had kifayah ini dapat memudahkan dalam penentuan miskin sebenar.
Makanya, Possumah (2016) menyatakan selepas kiraan had kifayah akan
adanya kesan pengagihan zakat untuk mencapai standard sara hidup atau
memenuhi keperluan asas (daruriyat) dan keselesaan (hajiyyat). Kajian Mohd
Ali, Ibrahim, Ab Aziz dan Johari (2014) turut menyokong bahawa had kifayah
dapat memudahkan dalam proses penentuan samaada golongan miskin tegar,
atau miskin dari golongan yang tidak miskin. Agihan zakat yang diterima
secara tidak langsung akan meningkatkan keperluan kehidupan golongan
miskin untuk mencapai kemudahan dan keselesaan dalam kehidupan mereka.
PGK (Purata Garis Kemiskinan) adalah ditetapkan oleh Unit Perancang
Ekonomi (EPU) namun had kifayah pula ditentukan oleh institusi zakat negeri
masing-masing. Jika dilihat pada asasnya, kaedah pengiraan had kifayah adalah
hampir sama dengan purata garis kemiskinan iaitu menggunakan pendapatan
sebagai pembolehubah untuk menentukan individu atau isi rumah itu miskin
atau sebaliknya (Mohd Ali, Ibrahim, Ab Aziz & Johari 2014). Walau
bagaimanapun, terdapat perbezaan antara keduanya iaitu had kifayah lebih
fokus untuk memastikan keperluan asasi harian (sustain) dapat dipelihara
manakala PGK lebih fokus kepada memenuhi keperluan dalam masyarakat
(fullfill), sekiranya sesebuah isi rumah pendapatan kurang dari kadar PGK
maka mereka berada dalam keadaan yang sukar (Sulaiman et al, 2000).
Namun begitu kajian Sulaiman et al. (2013) turut menyatakan had kifayah ini
boleh berbeza dan berubah mengikut keadaan masa dan tempat, maka
pemerintah berperanan dalam mengenalpasti had yang sepatutnya. Secara
umumnya, dapat difahami had kifayah juga merupakan suatu garis penentu
seseorang itu mempunyai kecukupan dari sudut ekonomi dalam meneruskan
kehidupan. Selain diaplikasikan dalam perlaksanaan sistem zakat, had kifayah
merupakan panduan terbaik dalam menentukan taraf hidup minimum yang
sepatutnya dalam sesebuah kerajaan khususnya Malaysia bahkan boleh
megenalpasti paras gaji minimum yang diperlukan oleh rakyat. Tambahan lagi,
konsep had kifayah ini adalah unsur penting dalam ekonomi Islam iaitu sebagai
penegasan berkenaan unsur ekonomi yang berasaskan kepada sunnah.
Adanya pelaksanaan Goods and Services Tax (GST) secara tidak
langsung meningkatkan kos sara hidup asnaf dan fakir miskin di seluruh
Malaysia. Keadaan ini penting untuk dilihat semula sama ada had kifayah
asnaf dan fakir miskin yang digunakan sekarang di semua negeri amnya masih
relevan atau sebaliknya (Mat Nor et. al, 2015). Makanya, penentuan had
kifayah yang relevan mendorong pengagihan zakat dapat dilaksanakan secara
334/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
adil dan cekap. Disamping turut memastikan bantuan zakat yang diterima
golongan asnaf dan fakir benar-benar efektif dalam mengurangkan bebanan
kos sara hidup (Saruchi, Abdul Rahman & Wahid 2015). Dalam kajian
Sulaiman et al.(2000) ada menghuraikan bahawa had kifayah adalah menepati
prinsip Islam itu sendiri yang menekankan keadilan dalam pengagihan
kekayaan serta memelihara keseimbangan ekonomi. Bertepatan dengan firman
Allah SWT dalam surah Al Maidah ayat 8 yang membawa maksud berlaku
adillah kerana ia hampir kepada taqwa. Makanya, adanya had kifayah
menjadikan sebarang pengagihan ekonomi dalam masyarakat dapat menjamin
keperluan asas setiap individu.
Kajian Mohd Nor (2013) menyatakan adanya perbandingan konsep
kemiskinan pendekatan konvensional dan Islam iaitu dari perspektif
konvensioanl fenome kemiskinan yang berlaku dari sudut keperluan fizikal
manusia iaitu kepenggunaan dan pendapatan. Keadaan ini turut membuatkan
perlaksanaan juga lebih tertumpu kepada bentuk-bentuk fizikal seperti
menyediakan tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan dan sebagainya. Namun
berbeza dengan sekali dengan tumpuan konseptual kemiskinan dari sudut
perspektif Islam iaitu konseptual yang mengaitkan kemiskinan dengan unsur
ketuhanan yang ada kaitannya Hari Pembalasan, Islam tidak membenarkan
harta kekayaan yang dimiliki oleh seseorang semata-mata tetapi perlu
diagihkan kepada golongan yang fakir dan miskin dengan jumlah kuantiti harta
yang tidak membebankan golongan kaya mengeluarkannya, ekonomi dan
sosial merupakan perkara muamlat yang tidak boleh dipisahkan dalam aspek
kehidupan manusia antara satu sama lain, dan konsep kemiskinan juga dilihat
juga dari sudut jasmani dan unsur rohani.
Dalam menentukan takrif fakir dan miskin wujudnya sedikit khilaf
dalam ulama fikah misalnya Imam Abu Hanifah dan Imam Malik mentakrifkan
fakir ialah orang yang memiliki harta tetapi tidak mencukupi keperluannya.
Orang miskin pula ialah orang yang tidak memiliki apa-apa. Berbeza pula
dengan takrifan Imam Syafie dan juga Hambali, golongan fakir ialah orang
yang tidak mempunyai apa-apa harta manakala miskin pula orang yang
mempunyai harta namun tidak mampu memenuhi kecukupan keperluannya.
Namun, di Malaysia menerima pakai pendapat Imam Syafie. Tambahan lagi,
kajian lepas Ab Rahman, Abdullah Thaidi, dan Ab Rahman (2013) ada
menyatakan dalam amalan Lembaga Zakat Selangor adanya beberapa
penetapan kriteria untuk memastikan seseorang itu miskin antaranya ialah (1)
beragama islam yang menetap di Selangor, (2) mempunyai pekerjaan yang
tidak halal (3) Pendapatan tidak mencapai 50 peratus had kifayah, (4) tiada
kemampuan sara kehidupan sendiri dan tanggungan, (5) ada mendapat bantuan
dari pihak lain tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan diri dan
tanggungan, (6) hilang tempat bergantung atau teraniaya. Daripada sudut
perspektif Syariah Mohd Balwi dan Abd Halim (2008), fakir orang yang tidak
mempunyai harta dan tidak ada mata pencarian. Walaupun mereka mempunyai
mata pencarian tetapi tidak dapat memenuhi separuh daripada keperluan asas
dan mereka berhak menerima sebahagian zakat harta atau zakat fitrah.
Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang Baru/335
Seterusnya dalam kajian Sulaiman et al. (2000) turut menyebutkan had
kifayah adalah satu tahap yang ideal untuk kehidupan yang sempurna dan
tahap yang selayaknya bagi memenuhi kehidupan. Manakala al-Kafaf yang
bermaksud tahap paling minimum dalam kehidupan. Disamping itu, Ahmad
(2015) dalam kajiannya menyatakan dalam Islam adanya acuan bagi memenuhi
keperluan hidup manusia dan kayu ukur iaitu had kifayah (tahap kecukupan
saraan) dan bukannya had al-kafaf (tahap memerlukan). Secara ringkasnya,
golongan fakir dan miskin ialah golongan yang mempunyai sedikit harta tetapi
tidak mencukupi namun al-kafaf pula adalah mereka yang ada keupayaan
mencapai keperluan asas kehidupan seperti makanan,pakaian dan tempat
tinggal yang paling minimum. Walau bagaimanapun, kajian Mubi dan Alias
(2013) menyebutkan bahawa had kifayah merupakan satu jalan supaya had al-
kafaf dapat dilaksanakan. Oleh itu, dapat disimpulkan golongan fakir dan
miskin ialah seseorang yang tidak memenuhi had kifayah manakala dan bukan
had al-kafaf.
Pendidikan: Dewasa kini, pengetahuan dan pembelajaran secara berterusan
sangat penting demi menjamin kelangsungan hidup untuk mencapai kualiti
hidup yang terbaik di masa hadapan. Tingkat pendidikan seseorang merupakan
antara faktor yang memberikan kesan terhadap taraf kehidupan seseorang tidak
kira jantina daripada belenggu masalah kemiskinan. Kajian yang dibuat oleh
Jia Wong, Yan, dan Hui Nga (2011) yang menjalankan kajian berkaitan
kemiskinan dan pendidikan melihat kesan dan cabaran dikalangan belia
Malaysia turut mengatakan tahap pendidikan yang lebih tinggi adanya peluang
pekerjaan yang lebih tinggi dan turut menjamin belia pendapatan yang lebih
lumayan. Secara tidak langsung tahap pendidikan seseorang sebenarnya
merupakan salah satu komponen yang boleh menjadi penyebab kepada
kemiskinan. Oleh itu, pendidikan adalah satu keperluan semasa yang boleh
dijadikan sebagai dimensi baru dalam penentuan had kifayah kerana adanya
latar belakang pendidikan dan pengetahuan bagi ketua keluarga akan
mendorong untuk mencapai kemajuan dan perkembangan dalam aspek
kehidupan. Malahan melalui pendidikan, ketua rumah akan berpotensi
mengambil bahagian dalam masyarakat, ekonomi dan politik dalam kehidupan
mereka seterusnya boleh membawa seseorang keluar daripada kelompok fakir
miskin dalam jangka masa panjang.
Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang melibatkan beberapa
tahap antaranya pra-pendidikan, pendidikan sekolah rendah, menengah rendah,
menengah atas, pos-menengah dan pengajian tinggi. Selain itu, bantuan
pelajaran juga disediakan oleh kerajaan dan juga bantuan zakat bagi kelompok
keluarga yang berpendapatan rendah tetapi mempunyai keputusan cemerlang
untuk melanjtutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Tambahan lagi,
Akta Pendidikan 1996 di Malaysia menyatakan pendidikan rendah adalah
wajib bagi warganegara Malaysia. Satu kesalahan jika ibubapa tidak mematuhi
peraturan dengan denda RM5,000, atau dipenjarakan selama tempoh tidak
lebih daripada enam bulan, atau kedua-duanya sekali. Yakni, pendidikan
sangat utama dan penting dalam institusi keluarga kepada ahli-ahlinya kerana
336/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
pendidikan merupakan kunci untuk mengubah hidup sendiri dan keluarga pada
masa hadapan. Tambahan lagi, agama Islam menuntut umatnya menuntut ilmu
ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
“Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap mukmin”
kerana adanya ilmu umat Islam dapat menjalankan ibadah kepada Allah SWT
dengan sempurna. Pentingnya menuntut ilmu seperti yang difirmankan oleh
Allah SWT saat menurunkan ayat Al quran dari Surah Al-Alaq 96 ayat 1
hingga 5 menjelaskan bahawa membaca dan menuntut ilmu sangat penting
bagi umat Islam samaada lelaki mahupun wanita tanpa kira had umur.
Justeru itu, kualiti hidup dan produktiviti kerja seseorang akan
meningkat dengan adanya latar pendidikan yang tinggi dan mereka akan lebih
berdaya saing dan berketrampilan untuk maju ke hadapan. Semakin tinggi
tahap pendidikan dan pengetahuan seseorang, maka seseorang Muslim akan
lebih cenderung untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi serta taraf hidup
mereka. Kajian Jamaluddin (2011) berkaitan dengan kemiskinan dan keciciran
dalam pendidikan ada menyebut dimensi pendidikan ialah melihat kemiskinan
dalam konteks miskin minda, pengetahuan, serta ilmu/pelajaran. Ini bertepatan
dengan Bank Dunia yang berpendapat bahawa definisi kemiskinan yang lebih
tepat dan diterima ramai adalah kemiskinan yang berkait dengan kemanusiaan
yang disebabkan oleh tahap kesihatan dan pendidikan yang rendah. Malahan,
masalah lain turut akan timbul jika kekurangan ilmu dan pendidikan atas faktor
kemiskinan yang dihadapi seperti masalah isi rumah iaitu anak-anak akan
tercicir dalam pelajaran dan kemungkinan terdedah kepada perkara yang
melanggar undang-undang agama dan negara. Oleh itu, dimensi pendidikan
dalam had kifayah boleh melihat keadaan sebenar situasi yang dihadapi oleh isi
rumah selain masalah dari perspektif kewangan.
Taraf kelulusan pendidikan sebenarnya boleh membantu pihak
pengurusan zakat mengenalpasti golongan sasaran fakir dan miskin layak
terima zakat. Hal ini kerana, sekiranya ketua isi rumah hanya mempunyai tahap
pencapaian pendidikan yang rendah sekaligus akan menyukarkan untuk
mendapatkan peluang pekerjaan dengan pendapatan yang mencukupi untuk
menampung keperluan asas isi rumah. Makanya adalah wajar dimensi ini
diambil kira dalam penentuan had kifayah bagi mereka yang ada taraf
pendidikan yang tiggi. Kemungkinan tiada kelayakan mendapat agihan zakat
dan bukan kategori fakir dan miskin sekaligus mendorong seseorang individu
untuk terus berusaha dengan kelayakan yang mereka ada untuk mendapatkan
hasil pendapatan dengan pekerjaan yang halal yang dapat menampung
keperluan isi rumah.
Kesihatan: Ramai orang tidak menyedari mempunyai tubuh badan yang sihat
merupakan nikmat yang sangat besar sehingga ada yang mensia-siakannya
dengan perkara yang tidak berfaedah dan melalaikan. Agama Islam amat
menekankan penjagaan kesihatan serta pencegahan sesuatu penyakit.
Tambahan lagi, manusia yang menjaga kebersihan amat dicintai oleh Allah
Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang Baru/337
SWT kerana ia akan menjurus kepada kesihatan fizikal. Namun, keadaan akan
berbeza apabila seseoarng menghadapi kesukaran dalam konteks penjagaan
kesihatan akibat daripada kekangan taraf hidup untuk menampung keperluan
asas isi rumah. Menurut kajian Jamaluddin (2011) ada menyatakan bahawa
dimensi kesihatan menekankan kepada kekurangan pengambilan protein,
kebuluran, kerencatan akal dan fizikal. Kekurangan pengambilan makanan
samaada kekurangan zat, protein, vitamin dan fiber memberikan kesan negatif
terhadap tahap kesihatan tubuh badan. Keadaan ini sememangnya akan
mendedahkan seseorang atau ahli isi rumah menderita penyakit yang serius
sehingga boleh membawa kematian. Makanya segala urusan yang berkaitan
dengan kehidupan akan tergendala dan ini sekaligus menyukarkan seseorang
untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarganya.
Kajian lain Ab Rahman (2009) ada mengemukakan Yuksel iaitu
seramai 825 juta manusia di seluruh dunia yang dianggarkan tidak
memperolehi makanan yang mencukupi untuk kehidupan yang sihat dan
produktif. Berdasarkan kepada Organisasi Kesihatan Dunia (WHO)
melaporkan bahawa seseorang yang tidak mendapat makanan yang mencukupi
merupakan ancaman utama kepada kesihatan seseorang. Dalam kajian ini turut
menyatakan kelaparan, kemiskinan dan penyakit adalah perkara yang berkait
antara satu sama lain. Maka adanya impak negatif jika berlakunya kelaparan
seperti terdedah kepada penyakit dan kematian, perkembangan otak yang
terbatas, dan produktiviti yang rendah dalam kalangan generasi akan datang.
Keadaan ini sememangnya berlaku dalam golongan yang kurang kemampuan
untuk mendapatkan makanan yang seimbang dan sihat. Hal ini jelas
menggambarkan bahawa mereka yang fakir dan miskin kemungkinan
menghadapi masalah mendapatkan bekalan makanan yang menekankan
penjagaan kesihatan. Berlainan pula bagi mereka yang cukup pengambilan
makanan semestinya kualiti kesihatan lebih terjamin dan menjadikan mereka
berupaya kuat untuk bekerja dan lebih bertenaga. Justeru itu, golongan fakir
dan miskin yang rendah kesihatannya turut terdedah untuk menghidapi
penyakit yang kronik seterusnya membataskan mereka mendapatkan peluang
pekerjaan kerana metabolisme yang lemah mengakibatkan produktiviti dan
mutu kehidupan yang rendah.
United Nation Education Scientific Organization (UNESCO)
menyatakan langkah yang diambil untuk mengira kemiskinan adalah
berdasarkan petunjuk multidimensional bagi memahami makna dan realiti
kemiskinan termasuk isu tempat tinggal, rumah, kesihatan, masa, hak asasi dan
pendidikan (UNESCO, 2016). Tambahan lagi, petunjuk kemiskinan juga boleh
dilihat apabila kurang pendidikan atau tiada akses terhadap pendidikan
malahan adanya faktor lain dalam hidup seseorang yang miskin seperti tiada
kemahiran, tiada pekerjaan, tiada kemahiran, tiada pekerjaan, tiada pendapatan
dan tiada peluang untuk mendapatkan rawatan kesihatan yang baik, akses
kepada bekalan air yang sihat dan bersih dan sebagainya. Sememangnya semua
dimensi yang berbeza ini saling berhubung dan berkait rapat (Aboo Talib,
2016). Pada realitinya, kesemua adalah asas keperluan dalam kehidupan
malahan tahap kesihatan seseorang yang bagus membuka peluang
338/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
mendapatkan agihan pendapatan yang dapat menampung socio ekonomi
mereka. Oleh itu, dimensi kesihatan juga satu asas yang penting untuk dilihat
kelayakan golongan fakir dan miskin kerana melalui bantuan dana zakat dapat
membantu mereka untuk masuk kelompok yang mengutamakan pengambilan
makanan yang seimbang secara tidak langsung akan melahirkan umat Islam
yang cergas dan cerdas. Disamping itu, mereka yang sihat akan berada dalam
keadaan yang sentiasa berfikiran positif, adanya motivasi dalam diri untuk
terus maju, serta senang pergaulan dalam masyarakat daripada terasa tersisih.
Dalam Islam ada menyarankan agar umatnya menunaikan hak terhadap
tubuh badan iaitu menikmati tahap upaya badan yang baik dan selamat dari
segi fizikal, emosi dan rohani secara optimum sehingga berupaya mencapai
potensi dan matlmat kehidupan. Hadis riwayat Bukhari ada menyatakan
bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud
“sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk
menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu”.
Tambahan lagi, kesihatan ini sangat bernilai berbanding harta dan
kekayaan, sedangkan ia tidak dapat dinikmati sekiranya keadaan diri tidak sihat
akibat pelbagai penyakit berhimpun. Sememangnya dimensi kesihatan adalah
relevan jika diambil kira sebagai penentuan had kifayah dalam pengiraan zakat.
Hal ini kerana, manusia yang sihat ialah manusia yang sejahtera serta seimbang
jasmani dan rohaninya dan sentiasa aktif. Tahap kesihatan memberi maksud
seseorang itu bebas penyakit, manakala kesejahteraan membawa makna
seseorang yang mengambil langkah pencegahan supaya dirinya tidak berada
dalam tekanan yang boleh menyumbang kepada penyakit. Secara tidak
langsung, golongan fakir dan miskin ini dapat dikenalpasti ciri-ciri dengan
melihat kepada pola perbelanjaan pemakanannya dan juga kekerapan
menjalani ujian kesihatan kerana biasanya golongan ini akan lebih berkira dan
jimat supaya mereka dapat gunakan wang untuk tujuan keperluan asas yang
lain.
Pemilikan Aset: Secara umumnya, pemilikan aset isi rumah sangat berkait
rapat dengan tahap ekonomi seseorang untuk membanding kemampuan mereka
dalam menjalani kehidupan yang sempurna atau sebaliknya. Dalam pemilikan
aset, bilangan dan jenis aset yang dimiliki akan dikenalpasti fungsi dan
penggunaannya sesuai dengan isi rumah. Biasanya pemilikan aset yang diambil
kira dalam konteks kemiskinan adalah berdasarkan kepada kelengkapan aset
untuk keperluan isi rumah. Misalnya, berdasarkan kepada Mutidiemnsional
Poverty Index (MPI): konsep dan pengukurannya di Indonesia (2013)
meyatakan bahawa sekiranya sebuah rumah tidak memiliki lebih dari satu
radio, televisyen, telefon, basikal, motorsikal, dan kereta maka keluarga
tersebut dianggap miskin. Namun begitu, memiliki aset selain kelengkapan isi
rumah juga boleh dimaksudkan dengan adanya modal sendiri samada untuk
perniagaan, ternakan, tanaman dan sebagainya. Antara jenis yang boleh
termasuk dalam pemilikan aset ini seperti adanya tanah,ternakan, rumah dan
Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang Baru/339
peralatan kerja. Justeru itu, adanya pemilik aset ini membuka ruang kepada
individu untuk meningkat sumber ekonomi isi rumah seperti memanfaatkan
tanah yang dimiliki dengan ternakan dan tanaman yang membuahkan hasil.
Pada umumnya, kesejahteraan itu juga dapat diukur dengan adanya
tahap penggunaan dan agihan iaitu seseorang akan dikatakan mancapai
kesejahteraan hidup jika tingkat penggunaannya meningkat. Menurut Ahsan,
Wiyono dan Fithria (2013) menyatakan bahawa tingkat kepuasan seseorang
akan semakin meningkat dengan mempunyai banyak barang atau sumber yang
boleh digunakan. Oleh itu, secara tidak langsung dengan mempunyai pemilikan
aset ia turut mempengaruhi kehidupan isi rumah untuk mudah dan menjalani
kelangsungan aktiviti kehidupan dengan sempurna seperti mempunyai internet
satu keperluan masa kini untuk melayari maklumat dengan mudah. Namun,
keadaan akan berbeza jika unit yang dimiliki tidak dimanfaatkan atau melebihi
dari tahap keperluan isi rumah. Hal ini kerana, ia sebenarnya menunjukan
bahawa isi rumah tersebut mampu untuk berdikari dengan pemilikan aset yang
sedia ada. Maka, mereka yang fakir dan miskin itu adalah kurang atau sekadar
mencukupi untuk keperluan asas tanpa ada lebihan dalam pemilikan aset
kelengkapan rumah.
Metodologi Kajian
Secara keseluruhan kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Kajian mengguna
pakai kaedah kajian kepustakaan iaitu kajian dibuat adalah berdasarkan
daripada kajian lepas dan sumber sekunder dalam mendapatkan hasil kajian.
Anatara bahan yang terlibat dalam pencarian maklumat seperti tesis, jurnal
prosiding, jurnal dijadikan rujukan untuk menyokong kajian ini. Data daripada
perpustakaan dan laman sesawang juga dikumpul bagi melengkapkan hasil
akhir kajian. Kajian ini akan menganalisi data secara deskriptif iaitu dengan
membuat menghuraikan segala objektif dan permasalahan kajian dengan
terperinci.
Hasil Dapatan Kajian Dan Perbincangan
Bagi menilai tahap kekurangan dan keperluan tidak hanya berdasarkan kepada
tahap pendapatan sahaja untuk menentukan golongan tersebut samaada fakir
atau miskin. Justeru itu, kemiskinan bukan dilihat pada kekurangan pendapatan
untuk memenuhi keperluan minimum sesebuah keluarga malah boleh juga
dikaitkan dengan melihat aspek-aspek kekurangan lain seperti tempat tinggal
yang tidak sempurna, kekurangan makanan, tiada pakaian yang berganti, tidak
mendapat pendidikan, kesihatan yang teruk, taraf hidup yang rendah, tidak
memiliki aset atau harta benda, tidak mempunyai peluang yang sama bagi
setiap isi rumah untuk membuat keputusan dan kekurangan motivasi diri untuk
berubah menjadi individu yang lebih baik pada masa hadapan. Oleh itu,
dimensi penentuan had kifayah yang baru seharusnya dilihat dari pelbagai
sudut atau dimensi kerana penting bagi memastikan agihan zakat sampai
kepada golongan sasaran yang layak.
340/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Sehingga kini, pengiraan had kifayah bagi setiap negeri di Malaysia
adalah berbeza mengikut penetapan majlis agama negeri masing-masing. Jika
dilihat ada beberapa negeri yang hanya mengambil kira faktor pendapatan
sahaja dan ada juga negeri yang mengambil kira faktor lain selain pendapatan
dalam pengiraan had kifayah misalnya berdasarkan kawasan dan pemilikan
aset yang ada oleh sesebuah isi rumah. Walaubagaimanapun, pengiraan had
kifayah bagi semua negeri masih sama mengambil kira 8 komponen utama
iaitu makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal, pengangkutan, kesihatan,
pendidikan, bilangan ahli isi rumah atau tanggungan dan status pekerjaan.
Sebagai contoh, gambar rajah 1 menggunakan pendekatan yang berlainan
dalam penentuan had kifayah bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan
Negeri Sembilan mengikut kesesuaian tempat dan keadaanya.
Berdasarkan kepada Jadual 1, penentuan had kifayah antara ketiga
negeri ini adalah berbeza dan ini adalah satu penentuan yang baik kerana
mengambilkira faktor yang penting dalam menilai keperluan masyarakat dan
kecukupan semasa bagi sesuatu keadaan, tempat dan masa. Disamping itu,
dengan adanya maklumat peribadi termasuk elemen pendapatan,aset dan status
bagi setiap isi rumah akan membantu pihak pengurusan zakat mengagihkan
dana zakat secara berkesan iaitu agihan secara langsung kepada mereka yang
benar-benar tergolong dalam kategori layak terima zakat terutama golongan
fakir dan miskin. Secara tidak langsung, status pemohon dapat dinilai dan
dikenalpasti akan menjadikan jumlah bilangan pemohon yang menerima zakat
bagi golongan fakir dan miskin mungkin tepat jika aspek selain pendapatan
diambilkira dalam penentuan had kifayah.
Tambahan lagi, keadaan ini akan menggalakan umat Islam supaya terus
berusaha untuk meningkatkan ekonomi mereka tanpa meminta daripada pihak
yang berkuasa kerana meminta dalam keadaan yang tidak perlu semata-mata
untuk menambah hartanya maka ia termasuk dalam perkara yang diharamkan
dan adanya ancaman akhirat. Daripada Abu Hurairah beliau berkata Nabi
bersabda:“ barangsiapa yang meminta daripada manusia akan harta demi untuk
menambah-nambahkan hartanya sendiri, sesungguhnya dia telah meminta bara
api neraka, maka kurangkanlah atau perbanyakkan” (Sahih Muslim).
Walaubagaimanapun, permintaan itu bukanlah suatu yang keji malahan
dibolehkan untuk mereka yang benar-benar memerlukan sahaja. Disamping itu,
ia merupakan satu didikan kepada umat Islam agar bertanggungjawab dan
mengukuhkan keimanan mereka dalam menjalani kehidupan.
Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang Baru/341
Jadual 1: Pengiraan Had Kifayah di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan Selangor Wilayah Persekutuan Baitulmal Negeri Sembilan
Ketua Keluarga (Rumah Berbayar)
Ketua Keluarga (Rumah Percuma)
Pasangan:
Pasangan bekerja
Pasangan tidak bekerja
Dewasa (berumur 18 thn ke atas) :
(a) Bekerja
(b) Tidak Bekerja
Anak Belajar di IPT
Anak Bersekolah Berumur 5-17 tahun
Anak Tidak Bersekolah Berumur Bawah 17
tahun
Tambahan:
Tanggungan/Anak Cacat
Kos Penjagaan Anak
Kos Perubatan Sakit Kronik
Maklumat pendapatan:
Pendapatan Suami / Ketua Keluarga
Pendapatan Isteri
Lain-lain pendapatan (Pemberian Anak /
Bantuan JKM / Rumah Sewa / Wang
Simpanan dan lain-lain
Kereta
1.6cc dan keatas
1.5cc dan kebawah
Maklumat keperluan:
Ketua Keluarga( Rumah sendiri )
Ketua Keluarga( Rumah sewa )
Dewasa bekerja (Isteri)
Dewasa tidak bekerja / bersekolah
Remaja bersekolah ( 13 – 17 tahun )
Kanak-kanak bersekolah ( 7 – 12 tahun )
Kanak-kanak pra sekolah ( 5 – 6 tahun )
Kanak-kanak tidak bersekolah(4 tahun ke
bawah)
Saudara Baru
Anak belajar di IPTA / IPTS
Sakit Kronik
Orang Kelainan Upaya (OKU)
Ibu tunggal
Keluarga bermasalah
Maklumat peribadi:
Bandar, pekan, luarbandar, Nama
Kad pengenalan
Jumlah pendapatan
Muallaf
Ibu tunggal
Tanggungan
Jenis rumah berbayar percuma atau
tidak berbayar
Dewasa tidak bersekolah (Isteri/anak)
Dewasa (bersekolah) / IPT
Remaja (bersekolah) / MEN
Kanak-kanak (bersekolah) / REN
Kanak-kanak (tidak bersekolah)
Aset:
Kereta (1-5 tahun)
Kereta (Lebih 6-10 tahun)
Emas / Barang kemas
Wi-Fi / Video / Astro
Wang simpanan :(melebihi nisab
dibahagi 12 bulan)
Telefon Bimbit
Maklumat tambahan:
Bilangan pesakit kronik
Orang Kurang Upaya (OKU)
Masalah keluarga (HIV / AIDS / Dadah)
Tanggungan anak belajar di IPT
Sumber: Laman Sesawang LZS, MAIWP dan MAINS
342/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Berdasarkan kepada Rajah 1, adalah satu dimensi yang baru dalam had
kifayah bagi kajian ini yang mengambil kira faktor pengeluaran dalam
ekonomi Islam. Pada asasnya, setiap faktor pengeluaran ini mempunyai harga
bagi menentukan samaada aktif atau tidak aktif. Faktor ini sangat berkaitan
untuk mengenalpasti golongan fakir dan miskin yang layak terima zakat
berdasarkan syarat syarie yang diterima dalam Islam (Sanep, 2016). Melalui
kaedah dimensi baru ini, ciri-ciri atau identiti orang yang fakir dan miskin
boleh dipastikan samaada kekurangan atau mempunyai masalah dalam sesuatu
faktor. Hal ini kerana, wujud tafsiran yang berbeza-beza dalam
menggambarkan taraf hidup isi rumah contohnya jika seseorang tidak mampu
menampung kehidupan yang setara dengan golongan yang mempunyai taraf
dan kehidupan berpendapatan tinggi di negara maju adalah mereka yang
miskin.
Rajah 1: Cadangan Dimensi Baru Had Kifayah
Sumber: Sanep (2016)
Manakala berbeza bagi negara yang membangun, iaitu golongan miskin adalah
keadaannya lebih extrem seperti kebuluran, kelaparan, tidak ada tempat
tinggal, menganggur, mengemis, kekurangan zat makanan dan kalori. Kadar
zakat yang diterima oleh golongan miskin sepatutnya dapat memperbaiki
keadaan taraf dan kualiti hidup iaitu memenuhi keperluan daruriyat dan
hajiyyat mereka serta membolehkan mereke meningkatkan kehidupan mereka (
Johari, Mohd Ali, & Ab.Aziz 2015).
Selaras dengan perkembangan ekonomi, langkah mengenalpasti
golongan fakir dan miskin perlu menggunakan kaedah multidimensi dalam
penentuan had kifayah kerana pengiraan had kifayah sekarang adalah
undimensi iaitu berdasarkan pendapatan sahaja. Tambahan lagi, dimensi baru
had kifayah ini yang terdiri daripada buruh, tanah dan modal boleh digunakan
dan dijadikan asas dalam pengiraan had kifayah dalam urusan agihan dana
Dimensi Baru Had
Kifayah
(Pengeluar)
Aktif
-Buruh
-Tanah
-Modal
Tidak Aktif
-Buruh
-Tanah
-Modal
Berdasarkan
syarat syarie
untuk
menentukan
layak terima
zakat
(golongan
fakir dan
miskin)
Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang Baru/343
zakat. Dimensi baru ini mengambarkan bahawa Islam tetap akan mengambil
berat faktor yang aktif dan tidak aktif bagi setiap agihan zakat. Peranan bagi
faktor yang terlibat akan dilihat pada harga yang diperolehi berdasarkan syarat
syarie iaitu:
Berdasarkan pada Rajah 2, seseorang atau ketua isi rumah boleh
dikenalpasti sama ada fakir dan miskin dengan mempertimbangkan dari sudut
harga faktor dan juga perolehan faktor. Dalam dimensi ini, terdapat beberapa
keadaan yang membolehkan layak terima zakat. Pertamanya, seseorang atau
buruh yang aktif bekerja mempunyai tubuh badan yang sihat membolehkan
mereka mendapat agihan pendapatan iaitu upah atau gaji berdasarkan
sumbangan tenaga yang mereka sumbangkan tetapi agihan pendapatan yang
diperolehi kurang dari kadar had kifayah maka buruh ini layak menerima zakat
atau sedekah untuk memenuhi kecukupan perbelanjaan keperluanannya.
Tambahan lagi, pelaksanaan program usahawan melalui program pembagunan
ekonomi di Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Pusat Urus Zakat Pulau
Pinang (PUZPP) turut menyediakan berbentuk bantuan modal perniagaan
kepada asnaf fakir , miskin dan mualaf yang berpotensi menjadi usahawan
sekaligus membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. Malahan
asnaf yang layak terima bantuan ini akan menjalani kursus pra kelulusan
bantuan modal, kursus pengurusan perniagaan dan latihan kemahiran ( Ab
Rahman, Ali Basah, Abdullah, Nooh, & Mohd Fauzi 2014).
Rajah 2: Dimensi pengeluar faktor buruh
Sumber: Sanep (2016)
Buruh
Harga Faktor
aktif: upah,gaji
tidak aktif: hak
Perolehan Faktor
pengangguran syarie
pengangguran tidak
syarie
Buruh fakir dan miskin
jika memenuhi syarat
syarie.
344/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Keduanya, buruh atau ketua isi rumah itu tidak aktif dalam sumbangan
tenaga terhadap sesuatu pekerja namun layak menerima hak terhadap dana
zakat. Situasi ini adalah disebabkan pengangguran yang boleh diterima pada
sudut syarie yang disebabkan beberapa perkara yang menghalangnya untuk
bekerja. Misalnya buruh yang tidak aktif dan pengangguran syarie seperti
mempunyai kecacatan, sakit kronik, tua dan lemah. Oleh itu, tahap kesihatan
seseorang juga sangat memainkan peranana untuk mengenalpasti taraf hidup
seseorang itu samaada golongan fakir dan miskin. Golongan yang tidak
produktif seperti warga tua, sakit, janda dan kurang upaya mesti dibantu
dengan dana zakat untuk memenuhi keperluan asas mereka iaitu menghabiskan
wang zakat pada makanan dan penggunaan keperluan. (Suhaili & Kamri 2009).
Bagi isi rumah yang produktif adalah miskin kerana mereka tidak dapat
menggunakan potensi sumber tenaga sepenuhnya kerana beberapa kekangan.
Kekangan ini berkaitan dengan modal manusia, fizikal dan kewangan yang
terhad yang diperlukan untuk aktiviti ekonomi yang memberikan pendapatan
yang layak kepada isi rumah. Oleh itu institusi zakat dan wakaf menyediakan
input yang diperlukan seperti modal manusia, fizikal dan kewangan untuk
mengurangkan kemiskinan bagi kumpulan produktif. Melalui program khusus
yang direka bentuk untuk memberi sokongan kepada pembangunan pendidikan
dan kemahiran, penyediaan modal fizikal (seperti teksi, mesin jahit, dll) dan
modal kewangan untuk memulakan perniaagaan supaya golongan miskin dapat
bekerja dengan produktif dengan memperolehi pendapatan. Bagi anggota
masyarakat yang tidak produktif seperti orang tua, sakit, janda, cacat dan lain-
lain institusi zakat dan wakaf menyediakan bantuan mereka dengan berkala
untuk mendapatkan keperluan asas ( Ahmed 2004).
Manakala, seseorang itu tidak akan dikira fakir dan miskin sekiranya
aktif dan berupaya mendapatkan agihan pendapatan yang melebihi keperluan
asas. Selain itu, seseorang itu juga sewajarnya tidak akan dikira sebagai
golongan yang layak terima zakat apabila penyebab penganggurannya tidak
syarie iaitu mempunyai tubuh badan yang sihat dan kuat, ada kelayakan dalam
pendidikan dan kemahiran tetapi sengaja dan malas untuk bekerja. Justeru itu,
pihak majikan boleh memberikan upah yang berbeza berdasarkan tahap
pendidikan, kesukaran pekerjaan dan seumpamanya yang munasabah agar
tidak berlaku penindasan dan penyelewengan (Aman Shah, 2005). Dalam kes
ini, buruh tersebut boleh memanfaatkan kesihatan dan taraf pendidikan yang
dimiliki untuk menaikan taraf kehidupan kearah yang lebih baik kerana mereka
mempunyai peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktivit pekerjaan
yang halal berbanding dengan hanya meminta-minta. Ini bertepatan dengan
hadis Nabi Muhammad s.a.w tegas menyatakan golongan yang tidak layak
haram untuk menerima bantuan atau meminta-minta
“ Tidak halal sedekah itu bagi orang-orang kaya dan bagi
orang yang miskin yang mempunyai tenaga (untuk) berusaha.”
(Riwayat Ahmad, an-Nasaie dan at-Tirmizi)
Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang Baru/345
Merujuk pada Rajah 3, adalah dimensi pengeluar faktor tanah yang
mungkin dimiliki oleh seseorang individu samaada dengan cara pemindahan
milik secara berkontrak jualbeli atau diwarisi daripada ahli keluarga.Tanah
antara harta tak alih yang boleh dimiliki dan dimanfaat samaada secara
langsung atau bukan secara langsung misalnya tanah yang disewa kepada
orang lain. Makanya, kesan hak manfaat keatas penyewa untuk digunakan
seperti tanaman atau ternakan dan hak pemilikan masih sepenuh milik tuan
tanah. Justeru itu, perhubungan manusia dengan tanah amat rapat kerana semua
sumber penghidupan manusia adalah berpunca daripada tanah. Melalui tanah
manusia dapat meneroka segala hasil keperluan seperti buah-buahan, ternakan
dan lain-lain.makanya Allah SWT menciptakan tanah untuk mengingatkan
manusia supaya memelihara, menggunakan sepenuhnya dan dilarang
merosakkannya (Aman Shah, 2005).
Rajah 3: Dimensi pengeluar faktor tanah
Sumber: Sanep (2016)
Hasil bumi termasuklah kesuburan tanah, galian, gunung-ganang,
hutan dan ternakan, iklim dan hujan. Cara penggunaan tanah dengan betul ada
dinyatakan dalam Al-Quran seperti:
1) Bumi- maksudnya “ Dan kamu telah disediakan tempat kediaman
di muka bumi dan segala kenikmatan hidup sampai waktu yang
ditentukan.”
(Surah Al-Baqarah:60)
Tanah
Harga Faktor
aktif: sewa
tidak aktif: menjadi milik orang
lain yang diusahakan
Perolehan Faktor
syarie: lokasi dan tempat
bermasalah
tidak syarie: terbiar tidak
diusahakan
Individu fakir dan
miskin jika harga
faktor bagi tanah aktif
tidak mencukupi atau
perolehan faktor
tanah syarie.
346/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
2) Bahan Galian- maksudnya “ ....Kami telah turunkan (sediakan) di
perut bumi bahan-bahan besi dan ia amat berguna bagi
manusia.” (Surah Al- Hadiid: 25)
3) Gunung- maksudnya “Dan Kami telah hamparkan bumi dengan
gunung-ganangnya dan Kami tumbuhkan padanya segala jenis
tumbuhan dengan ukurannya yang tepat dan kami telah sediakan
di muka bumi segala keperluan hidup” (Surah Al- Hijr: 19-20)
4) Hutan dan binatang ternakan- maksudnya “....Dan kami turunkan
air dari langit mengikut ukurannya, lalu kami jadikannya
menetap di bumi dan sesungguhnya kami benar-benar berkuasa
melenyapkannya, lalu dengan air itu kami tumbuhkan kebun-
kebun kurma dan anggur, di dalam kebun itu terdapat banyak
buah yang boleh kamu makan sebahagiannya. Dan pokok kayu
yang keluar dari tursina (pohon zaitun) yang hasilkan minyak
dan lauk bagi orang-orang yang makan”
(Surah Al- Mukminuun: 18-20)
“ Dan binatang-binatang ternakan itu adalah juga diciptakan
untuk keperluan kamu: terdapat padanya benda-benda yang
memanaskan tubuh dan beberapa manfaat laindan sebahagian
daripada kamu memakannya” (Surah An-Nahl: 5)
5) Iklim dan hujan- ayat al-Quran 10-11 dari surah an Nahl
menerangkan tentang hujan dan kepentingannya. Selain itu,
segala yang ada di bumi merupakan sumber kehidupan yang tidak
akan habis, dan manusia perlu mengeksploitasi semua sumber
untuk kemudahan dan dilarang merosakkannya.
Bagi dimensi had kifayah yang baru mengambil kira keadaan tanah
yang menepati syarat syarie iaitu lokasi dan tempat mungkin bermasalah
seperti tanah tidak subur atau letak jauh dikawasan pendalaman yang tiada
potensi untuk membangun. Kes ini sememang sangat berkaitan dengan
masalah taraf hidup seseorang itu fakir atau miskin kerana secara tidak
langsung ia mempengaruhi agihan pendapatan untuk keperluan asas isi rumah.
Kemiskinan juga boleh dikurangkan dengan dasar yang mengawal modal
insan, modal kewangan, tanah, dan persekitaran (Ahmed 2004). Selain itu,
UNDP (2003) menyenaraikan dasar-dasar awam yang dapat memperkuat
hubungan antara pertumbuhan dan pengurangan kemiskinan seperti
peningkatan pelaburan dalam kesihatan asas, pendidikan, air dan sanitasi,
memperluas akses kepada aset (tanah, kredit, kemahiran), dan mempromosikan
pertumbuhan industri yang intensif untuk buruh kecil dan perusahaan bersaiz
sederhana. Oleh itu, keadaan ini juga boleh dipertimbangkan bagi seseorang
individu itu termasuk dalam golongan yang fakir dan miskin yang layak terima
dana zakat.
Faktor lain turut mempengaruhi yang menjadikan golongan petani di
luar bandar sentiasa berada dalam kemelut kemiskinan seperti faktor luar
musim, tahap pendidikan yang rendah kebiasaannya mempunyai kurang
peluang untuk turut serta dalam sektor perkhidmatan dan perindustrian (Che
Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang Baru/347
Mat & Abdul Hakim, 2011). Namun jika mempunyai faktor keluasan
tanaman,pendapatan teras dan sampingan serta penyertaan dalam persatuan,
kecekapa teknik dan penggunaan teknologi telah menyumbang kepada
peningkatan pendapatan petani dan mengurangkan masalah kemiskinan dalam
kalangan pengeluar pertanian (Mohd Idris, Siwar, Talib, & Berma
1985).Justeru itu, sekiranya seseorang itu ia mampu bekerja dengan apa sahaja
jenis pekerjaan dan perusahaan, maka ia juga berhak dapat modal yang
mencukupi dari dana zakat dengan adanya pantauan. Jika berjaya ia dapat
mengeluarkan seseorang dari kemiskinan dan juga mampu mengeluarkan
zakat, seperti mana dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud
“Apabila kamu memberi zakat kepada yang berhak, maka
hendaklah (diberi) sampai boleh menjadi penerimaannya kaya
keluar dari kemiskinan atau terlepas dari keadaan berhajat”.
Namun, keadaan sangat berbeza bagi seseorang tidak syarie dalam
perolehan faktor iaitu memiliki tanah dan tiada halangan baginya untuk
mendapatkan hasil samaada dari tanaman atau sewaan. Oleh itu, individu
seperti ini sememang tidak layak untuk terima zakat kerana sengaja
membiarkan tanah tersebut dalam keadaan terbiar tanpa ada inisiatif untuk
memajukannya. Tambahan lagi, individu tidak syarie juga boleh dikategorikan
golongan yang mampu jika ada pemilikan aset tanah, tubuh badan yang sihat
dan berkemahiran kerana semua perkara ini membolehkan mereka keluar dari
kelompok golongan yang fakir dan miskin. Tanah yang tidak diusahakan
adalah tanah mati iaitu pada prinsip asalnya tanah yang dimiliki tetapi tidak
diusahakan melebihi tiga tahun maka akan menjadi milik kepada orang lain
yang mengusahakanya (Sanep, 2016). Pemilikan tanah dalam Islam tidak
mengenal istilah zamindari atau sistem tuan tanah atau fedolisme kerana ia
sistem pemilikan atau penguasaan tanah zamindari bertentangan dengan
prinsip pengedaran kekayaan yang adil. Kedua, sistem zamindari merintangi
pemanfaatan tanah yang tepat, kerana tanah yang tidak dipakai merupakan hal
yang membazir (Manan 1997) . Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda:
“Siapa yang menyuburkan tanah yang tandus, maka tanah itu
menjadi miliknya, dan untuk jerih payah orang zalim tidak
mempunyai hak apa-apa” (Hadis Riwayat Daud).
Seseorang yang memiliki tanah yang luas dan tidak dapat memanfaatkan
sumber dengan baik maka negara Islam berhak mengambil tindakan keatas
pemiliknya agar tanah tersebut dapat dimanfaatkan. Dengan cara ini
diharapkan tidak ada tanah yang kosong dan tidak produktif (Fitrina 2011).
Apabila tanah dibiarkan kosong secara tidak langsung produktiviti tanah akan
terhenti tetapi jika tanah itu diuruskan maka ia dapat dimanfaatkan bagi orang
ramai.
Berikut merupakan Rajah 4 iaitu dimensi pengeluar faktor modal yang
boleh dilihat pada aspek pemilikan seperti dana tunai, peralatan atau bangunan
348/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
yang boleh memberi keuntungan halal kepada seseorang. Dari segi sosial
semua benda selain tanah yang boleh menghasilkan pendapatan adalah
dianggap sebagai modal. Islam membenarkan pengambilan untung sebagi
insentif untuk menyimpan dengan syarat penggunaan modal digunakan dengan
sebaik-baiknya (Aman Shah, 2005). Namun, Islam menolak dan
mengharamkan sesuatu keuntungan yang melibatkan sesuatu yang haram
seperti riba tetapi menghalalkan dengan cara kontrak berjualbeli.
Walaubagaimanapun, Islam menggalakan umatnya sentiasa berusaha dan
memiliki kekayaan kerana dengan memiliki harta kekayaan atau menjadi orang
kaya yang dapat menjalankan perintah Allah SWT baik berupa zakat, infaq,
sadaqah dan sejenisnya seperti firman Allah SWT.
“wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan
Allah) sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari
bumi untuk kamu”. (Surah Al-Baqarah: 267)
Rajah 4: Dimensi pengeluar faktor modal
Sumber: Sanep (2016)
Justeru itu, seseorang yang mempunyai modal yang banyak
mempunyai peluang untuk mengembangkan modalnya dengan melibatkan diri
dalam aktiviti pelaburan misalnya perniagaan yang berkonsepkan perkongsian
keuntungan dan kerugian seperti musyarakah atau kerjasama antara pelabur
dengan pengusaha seperti mudharabah. Terdapat beberapa cara pengurusan
modal iaitu: 1) peningkatan pendapatan seperti perniagaan bebas faedah dan
pembayaran zakat, 2)menghindari hidup mewah dan membazir 3) pembekuan
modal iaitu boleh menyebabkan berkurangan modal yang dapat digunakan
kerana Islam tidak menyukai kegiatan pembekuan modal atau menyimpan
Modal
Harga Faktor
aktif: aktiviti pelaburan atau
perniagaan (keuntungan)
tidak aktif: simpanan beku
Perolehan Faktor
syarie: kurang kemahiran
tidak syarie: membazir atau
tiada usaha
Individu fakir dan
miskin jika tiada
pemilikan modal
atau keuntungan
sekadar mencukupi
tahap keperluan.
Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang Baru/349
harta bukan untuk digunakan dalam kegiatan produktif. 4) keselamatan dan
keamanan dalam sesebuah negara seperti Nabi Yusuf perancamgan yang
sistematik dalam menghadapi kemarau yang akan melanda di negeri Mesir.
Tambahan lagi Islam, meletakan tanggungjawab moral golongan kaya untuk
melindungi golongan miskin iaitu nilai keadilan (Aman Shah 2005).
Modal didefinisikan sebagai semua bentuk kekayaan yang memberikan
penghasilan kepada pemiliknya atau suatu kekayaan yang dapat menghasilkan
suatu hasil yang akan digunakan untuk menghasilkan kekayaan lain.
Pengagihan dana zakat untuk membantu penerima menghasilkan pendapatan
juga dikelaskan sebagai bersifat produktif kerana merujuk penggunaan zakat
untuk sokongan modal usahawan ekonomi yang lemah (Suhaili & Kamri
2009). Dalam dimensi pengeluar modal, seseorang itu tidak layak menerima
bantuan atau dana zakat jika mempunyai modal tetapi tidak aktif yang
disengajakan seperti malas sehingga menjadikan simpanan beku dan juga
adanya pembaziran atau tiada usaha untuk mengembangkan modal yang sedia
ada. Jika dana seperti simpanan dibiarkan beku akan dikenakan zakat
sebanyak 2.5 peratus kerana Islam menggalakan aktiviti pelaburan dan
melarang pembekuan harta. Secara tidak langsung, dengan zakat yang
dikenakan akan ia menyusutkan wang simpanan yang terbeku (Sanep, 2016).
Secara keseluruhan dimensi baru pengeluar dalam had kifayah ini, golongan
fakir dan miskin jika mempunyai kriteria yang selari dengan syarat syarie iaitu
mereka mempunyai hak wajib ke atas bahagian mereka yang berharta dan
kaya. Hak ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud
“ dan yang di dalam harta mereka ada yang hak diketahui. Untuk
(orang-orang miskin) yang meminta dan yang tidak meminta”.
(Surah Al-Maarij: 24-25)
Implikasi Dasar Dan Cadangan
Dalam Rajah 5 adalah syarat syarie yang boleh dipertimbangkan untuk
mengenalpasti pemohon atau ketua isi rumah adalah pemgeluar yang aktif atau
tidak aktif. Maklumat yang diperolehi akan dipertimbangkan sebelum
seseorang itu layak mendapat hak wajib menerima zakat. Menurut Sanep
(2016) zakat akan diterima bagi pemohon atau ketua isi rumah dengan bantuan
bagi memenuhi keperluan asasi jika keadaan kesihatan dan tubuh badan yang
sakit, tua atau cacat. Manakala, mereka yang mempunyai potensi berdikari
tetapi kurang atau tiada keperluan modal maka bantuan yang diberikan adalah
bermaksud mengeluarkannya daripada kemiskinan.
Peranan institusi zakat sebenarnya membantu pihak fakir dan miskin
mencapai kesejahteraan hidup ke arah yang lebih selesa dan membuka peluang
untuk lebih berdikari dengan dana zakat yang diterima. Hal ini
kerana,sekiranya seseorang terlalu miskin atau berada dalam kemiskinan
sebenarnya ia akan dekatkan dengan kekufuran. Rasulullah saw dalam
hadisnya ada menyebut bahawa hampir-hampir kemiskinan dapat
menjerumuskan seseorang ke dalam kekufuran. Makanya, masyarakat akan
350/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
berdaya saing sekiranya dana zakat yang diterima dapat dikembangkan atas
kemampuan usahanya sehingga mencapai dan memenuhi prinsip-prinsip
maqasid syariah seperti adanya ketrampilan yang sihat dan lebih bermotivasi
(aql) supaya memperoleh pendapatan (mal) dengan tujuan untuk melindungi
imannya (ad din).
Rajah 5: Cadangan Syarat syarie ke atas pemohon atau ketua isi rumah
Ketua keluaraga atau pemohon menepati syarat syarie
- Tahap kesihatan :
( ) baik ( )nyatakan jika ada:............
- Tahap pendidikan
( )tiada ( )nyatakan jika ada:........
- Pemilikan aset yang dimikili:
( )barangan kelengkapan rumah
..........televisyen
..........penghawa dingin
..........perabot
..........peti ais
..........dapur masak/ pembakar makanan
..........telefon
..........astro
.........internet
( )Lain-lain aset
.......rumah
.......kenderaan
.......tanah
.......ternakan
.......emas
.......saham
.......peralatan mesin
Sumber: Sanep (2016)
Kesimpulan Kesimpulan kajian ini mengutarakan bahawa had kifayah yang mempunyai
dimensi baru merupakan panduan yang boleh dipertimbangkan dalam agihan
zakat bagi golongan sasaran fakir dan miskin. Malahan pihak yang berwajib
dapat mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh seseoarang Muslim
selain masalah kekangan kewangan seperti aspek pendidikan, kesihatan dan
pemilikan aset yang menjadikan kelompok tidak aktif menerima bantuan zakat.
Pelaksanaan ini juga dapat megenalpasti keperluan yang sepatutnya bagi
Bilangan unit yang
dimiliki pemohon
atau ketua isi
rumah
Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang Baru/351
sesebuah isi rumah. Tambahan lagi, dimensi baru had kifayah ini dapat
melahirkan agihan ekonomi yang adil dalam masyarakat dan secara tidak
langsung menunjukan bahawa zakat adalah instrumen yang berupaya
menangani cabaran ekonomi semasa.
Rujukan
Ab Rahman, A. (2009). Sekuriti Makanan Dari Perspektif Syariah. Jurnal Syariah, 299-
326.
Ab Rahman, A., Ali Basah, M., Abdullah, M., Nooh, M., & Mohd Fauzi, A (2014).
Keberkesanan Program Usahawan Asnaf
oleh Institusi Zakat dalam Menginterprestasikan Keharmonian Ummah. Proceeding of
the International Conference
on Arabic Studies and Islamic Civilization (pp. 500-509). Kuala Lumpur.
Aboo Talib, K. (2016). Dilema Kemiskinan: Falsafah, Budaya dan Strategi. Akademika,
65-78.
Abd Wahab, N., & Abdul Rahman, D. A. R. (2011). Efficiency of Zakat Institutions and
Its Determinants. 8th International Conference on Islamic Economic and
Finance (pp1-19).
Ahmad, S. (2016). Ekonomi Islam ( Satu Analisis Perbandingan). Bangi: Pusat
Pengajian Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad, H. (2015). Hadd Kifayah: Cabaran Konseptualisasi Patuh Syariah dan
Alternatif Panduan Garis Kemiskinan Negara. Ucaptama Persidangan
Kebangsaan Zakat dan Pembangunan Ekonomi Islam (NCOZ) MS Garden
Kuantan (p. 20).
Ahmed, Habib (2004), Role of Zakah and Awqaf in Poverty Alleviation . Jeddah: IDB.
Ahsan, A., Wiyono, N., & Fithria, I. (2013). Riset Standar Kebutuhan Hidup Layak
(Had Kifayah) di Indonesia, pp. 1-52
Aman Shah, S. (2005). Ekonomi dari Perspektif Islam. Selangor: Fajar Bakti.
Che Mat, S., & Abdul Hakim, R. (2011). Jangka Masa Keluar Daripada Kepompong
Kemiskinan dan Ketermiskinan: Kajian Kes di Kedah Darul Aman, Malaysia.
International Journal of Management Studies, 217-136.
Fitrina, R. (2011). Pemilikan Tanah Prespektif Islam. Jurnal Studi Islam dan Sosial,
pp1-10.
Jamaluddin, Z. (2011). Kemiskinan dan Keciciran dalam Pendidikan. Jurnal Kebajikan
Masyarakat, 6-17.
JAWHAR. (2007). Manual Pengurusan Zakat. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri.
Jia Wong, K., Yan, T., & Hui Nga, J. (2011). Kemiskinan dan Pendidikan: Kesan dan
Cabaran diKalangan Belia Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies, 55-
76.
Johari, F., Mohd Ali, A., & Ab. Aziz, M. (2015) . A Review Literatures on Current
Zakat Issues: An Analysis between 2003-2013. An Online International
Research Journal, Vol 1, No.2, (pp 336- 363).
Manan, A. (1997). Teori dan Praktek Ekonomi Islam. Yogyarkarta: PT . Dana Bhakti
Prima Yasa.
Mat Nor, F., Azman, A. S., & Jamlus Rafdi, N. (2015). Kesan Pelaksanaan GST:
Keperluan Penetapan Semula Had Kifayah. Proceeding of the International
Conference on Social Science Research, Penang Malaysia (pp. 385–392).
Mohd Ali, A., Ibrahim, M., Ab Aziz, M., & Johari , F. (2014). Konsep dan Isu Had
Kifayah Kemiskinan Bandar dan Jantina dalam Pengagihan Zakat. Labuan e-
352/ Pengurusan Zakat di Malaysia: Satu Pendekatan Analisis Gelagat
Journal dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia Vol 8, pp-14-26.
Mohd Balwi, M. A. W. F., & Abd Halim, A. H. (2008). Mobilisasi Zakat Dalam
Pewujudan Usahawan Asnaf: Satu Tinjauan. Jurnal Syariah, 16, 567–584.
Mohd Idris , N., Siwar, C., Talib, B., & Berma, M. (1985). Penentuan Sosioekonomi
terhadap Pendapatan dan Kemiskinan Luar Bandar: Kajian Kes Projek
Pembangunan Pertanian Bersepadu di Samarahan. Jurnal Perspektif, Jilid 5, Bil
1, pp1-18.
Mohd Nor, R. (2013). Perbandingan Tentang Konsep Kemiskinan Pendekatan
Konvensioanl dan Islam. Jurnal Kemanusiaan, 1-20.
Mubi, ahmad kamri abd, & Alias, M. N. (2013). Konsep Keperluan Menurut Islam.
Journal of Chemical Information and Modeling, 53(9), 1689–1699.
Possumah, B. (2016). Had Kifayah Zakah and Adequacy of Income Redistribution: A
Proposal Framework. International
Journal of Zakat , 36-49.
Paizin, M. N. (2013). Perlaksanaan Zakat Di Wilayah Persekutuan: Satu Pemerhatian
Terhadap Operasi Kutipan & Agihan Zakat. Jurnal Hadhari, 6(2), 97–111.
Qardawi, Y (1994), Fiqh al-Zakah, jilid. 1, Qaherah:Maktabah Wahbah
Sanep Ahmad (2016) Analisis Ekonomi Islam. Bangi; Penerbit UKM
Sarif, S., & Kamri, N. (2009). A Theoritical Discussion of Zakat For Income
Generation and Its Fiqh Issues. Jurnal Syariah, Vol 17, No.3,( pp 457-500).
Saruchi, S. A., Abdul Rahman, A., & Wahid, H. (2015). Pola Perbelanjaan dan Haddul
Kifayah Zakat bagi Pelajar Sarjana Muda di UKM. Jurnal Personalia Pelajar,
18(18), 44–61.
Sulaiman, M., Ahmad, H., Ikmal Hisham, A. I., Md Nordin, N., & Ramli, S. (2000).
Had Al-Kifayah di Kalangan Masayarakat Islam: Merungkai Keperluan Kaedah
Penentuan Garis Miskin dan Kaya Berasaskan Sunnah di Malaysia. Seminar
Antarabangsa Sunnah Nabawiyah (Musnad 2) : Realiti dan Cabaran, 3-4 July
2013, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (pp. 1–14).
UNDP (2003), Human Development Report 2003: Millennium Development Goals: A
Compact Among Nations to End Human Poverty, Oxford University Press,
New York.