no 1 cetakan

Download no 1 cetakan

Post on 29-Jun-2015

2.238 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pengkarya pada permukaan blok atau plat. Untuk menghasilkan cetakan, biasanya permukaan blok diukir atau diguris sehingga imej terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum dapat dipindahkan ke atas kertas, kain atau bahan lain. Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang serupa. Cetakan yang berulang kali ini disebut edisi/ siri. Dan semua karya yang dihasilkan dalam satu edisi adalah dianggap karya asli. Kecuali dalam monotaip, proses ini mampu menghasilkan salinan karya yang sama dalam jumlah yang banyak iaitu dikenali sebagai cetakan atau gambar teraan. 1.1 LATAR BELAKANG SEJARAH CETAKAN 1.2 SEJARAH CETAKAN 1. Sejarah awal cetakan bermula pada tahun 3000 SM. Dikatakan terdapat kumpulan Sumaria membuat salinan imej kulit kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat segi. Hasilnya mereka berjaya mencetak bentuk relif. 2. Cetakan blok kayu buatan tangan mula muncul di negara china pada kurun ke- 8. Pada ketika itu mereka menggunakan kertas sebagai permukaan cetakan. 3. Perkembangan cetakan di negara Eropah bermula pada tahun 1418 Masihi. Pada

peringkat awal, cetakan digunakan sebagai bahan- bahan pendidikan, keagamaan, bahan propaganda dan cetakan tekstil untuk pakaian. 4. Cetakan berwarna mula diperkenalkan sekitar abad ke 15 5. Di Malaysia, cetakan hanya bermula dengan menggunakan cetakan kayu untuk mencetak kain batik sarung sekitar tahun 1930-an. 6. Kini seni cetakan dengan menggunakan alat elektronik komputer, cetakan laser, dan jet menjadi semakin popular di kalangan generasi muda. Cetakan yang menggunakan komputer juga dikategorikan sebagai komputer grafik.

7. Jenis cetakan klasik merangkumi : a) cetakan timbul ( relief ) b) cetakan benam ( intaglio )

c) cetakan datar ( planography/litography ) d) cetakan stensil/ saring sutera ( seriography )

1.3 SEJARAH CETAKAN DI MALAYSIA Karya-karya seni cetak tempatan terhasil menerusi media potongan kayu. Misalnya, menerusi karya yang berjudul Awaiting oleh Tan Tee Chie dan Pertunjukan Boneka oleh Lim Mu Hea. Subjek-subjek genre dan kemasyarakatan seperti alam perkerjaan serta langskap persekitaran jelas kelihatan menerusi pengolahan konvensional hitam putih yang bertenaga. Kemudian, muncul Lee Joo For dan Abdullah Latif Mohidin dengan cetakan-cetakan gurisan asid mujarad dan semimujarad pada pertengahan dekad 1960-an. Kemudian diikuti oleh pelukis-pelukis lain seperti Seah Kim Joo dan T.K. Karan menerusi cetakan monotaip. Namanama seperti Long Thien Shih, Ibrahim Ismail dan Lee Kian Seng pula muncul menjelang akhir dekad 1960-an. Menjelang akhir 1960-an dan 1970-an, apabila seni cetakan dijadikan suatu bidang pengajian khusus di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Institusi teknologi MARA (ITM) dan kini UITM serta di Fakulti Jabatan Ilmu Kemanusian, USM. Ini kemudiannya diikuti oleh institusiinstitusi seni lain seperti Institusi Seni Lukis Malaysia. Menerusi institusi-institusi ini, terutamnya UITM, lahirlah ramai seniman seni cetak Negara seperti Poniran Amin, Ismail Latiff, Mansor Ibrahim, Awang Damit Ahmad dan Jamil Mat Isa.

1.4 SEJARAH CETAKAN JEPUN Cetakan blok kayu di Jepun di kenali sebagai Ukiyo-e. Pada asalnya ia dibawa masuk ke Jepun seiring kemasukan agama Buddha. Stail dan gaya cetakan blok kayu Jepun yang unik berkembang maju pertengahan abad ke 17 hingga pertengahan abad ke 19. Perkataan Ukiyo berasal dari perkataan Buddha bermaksud dunia sedih. Aspek yang digambarkan dalam Ukiyo-e, adalah tentang dunia terapung merujuk kepada perasaan dan kebebasan yang tidak abadi atau tidak kekal. e pula bermaksud gambar atau lukisan. Pada zahirnya, Ukiyo-e menceritakan kekayaan sejarah zaman Edo di bawah pemerintahan Shogun yang terasing dari dunia luar.

Kegiatan dilakukan berkisar persembahan teater, restoran, kedai minum, geisha dan rumah pelacuran kelas atasan. Tahun 1650, ilustrasi buku cetak dari blok kayu pertama dihasilkan oleh Ise Mongatari. Awalnya ilustrasinya agak kasar dan tidak penting berbanding teks yang dikeluarkan. Akhirnya gambar jadi penting yang dihasilkan sekumpulan artis seni. Tokoh artis seperti Utamaro dan Sharaku menghasilkan poster, iklan persembahan teater dan rumah pelacuran atau potret idola seperti aktor Kabuki (drama tradisi Jepun).

T sh sai Sharaku Otani Oniji II, dated 1794 . The Kabuki actor Otani Oniji II in the role of Yakko (manservant) Edobe.

Secara amnya mereka menggambarkan kehidupan seharian waktu itu yang sesuai dijadikan cetakan poskad. Awal abad ke 18, perubahan pada kualiti kertas, rupa bentuk dan saiz cetakan bertambah dan pelbagai. Teknik cetakan lebih moden. Urushi-e bahan pengilat, ditambah pada kawasan hitam tertentu menjadikannya berkilat melalui campuran gam dan dakwat. Dari awal cetakan warna dilakukan dengan tangan. Pertengahan abad ke 18, Okumara Masanobu(penerbit &pelukis) telah membuat eksperimen dengan menggunakan lebih daripada satu kayu blok untuk menghasilkan beni-e atau gambar merah. Tokoh artis Suzuki Harunobu antara yang cemerlang dan terkenal di Edo yang dapat mencetak dan menghasilkan beberapa siri cetakan blok kayu yang halus dan serupa dengan figura lelaki dan perempuan dengan gaya sungguh menarik. Kecantikan ukiyo-e hanya dapat

dikecapi oleh warga dunia selepas Laksamana Perry ke Jepun tahun 1854 selepas dasar buka pintu. Malangnya banyak hasil ukiyo-e rosak kerana gempa bumi, kebakaran dan terlalu usang. Shunga merupakan karya seni bergaya ukiyo-e (seni lukis di atas woodblock yang penggarapannya melalui cetakan). Kadang-kadang shunga dicetak pula di atas gulungan kertas perkamen. Lukisan pada kerya shunga biasanya adegan percintaan. Seni Shunga bermula sejak era Muromachi (1336-1573) dan dipengaruhi pelukis erotik dari dinasti Tang di China, Chou Fang. Seni Shunga dibuat dan dijual dalam bentuk lembar atau dalam bentuk buku dinamakan enpon. Selain itu, karya ini juga dalam bentuk gulungan(hand scroll format) dinamakan kakemono-e. Karya shunga yang dibuat di Osaka & Kyoto warnanya lebih kaya dibandingkan dari Edo kerana digunakan gofun (bubuk kulit kerang putih yang dicampur dengan berbagai bahan hingga menjadi pigmen beraneka warna. Ketika era pemerintahan Kaei (1848-1854), banyak kapal pedagang asing datang je Jepun. Seni cetakan Ukiyo-e ketika itu telah banyak mengalami perubahan dari segi budaya.

Diikuti oleh zaman keagungan Meiji sekitar tahun 1868, jepun mengamalkan dasar terbuka kepada bahan import dari luar termasuklah hasil photografi yang telah menggantikan seni Ukiyoe secara keseluruhannya. Pengaruh barat ke atas Jepun telah berkembang dalam era Meiji. Ukiyo-e ketika itu jatuh dan menjadi amat tidak bernilai sehingga hasil cetakan ini hanya dijadikan sebagai kertas pembalut bahan dagangan. Ketika masyarakat barat melihat dan

menjumpai kertas cetakan ini, ia telah menjadi sumber ilham penting kepada pengkaryapengkarya daripada aliran impresionisme, kubisme, dan post-impresionis seperti Vincent Van Gogh, James Abbott, McNeill Whistler, Claude Monet dan lain-lain, pengaruh ini telah dikenali sebagai Japonisme di Barat. Proses penghasilan Ukiyo-e Secara tradisi proses penghasilan ukiyo-e melibatkan 3 bidang dan orang yang berbeza. Bidang tersebut ialah, - Kerja melukis (pelukis/artis) -Kerja mencetak, memilih warna, mengeluarkan modal (pengeluar/penerbit) -Kerja mengukir blok kayu (pengukir)

Proses dimulakan dengan menggunakan blok dakwat hitam dan diikuti blok warna di akhir cetakan. Kemudian hansita-e dilekatkan ke atas blok kayu yang kering. Kemudian diukir berhati-hati supaya garisan timbul.

Cetakan terhasil dari permukaan timbul yang ditinggalkan, bila bahagian lain diukir keluar. Setiap warna memerlukan blok kayu yang berasingan. Garis panduan diukir secara berhati-hati atas kayu blok untuk memastikan warna dicetak mengikut garisan yang betul. 2 bentuk cetakan timbul yang paling biasa menggunakan kayu dan lino. Selain itu termasuklah getah atau styrofoam.

i) ii) iii) iv)

Cetakan menggunakan blok kayu Mengukir pada blok kayu Penelitian penghasilan cetakan Cetakan menggunakan blok kayu

Teknik yang digunakan adalah berbeza-beza, tetapi sangat penting untuk akhir cetak. Saat bekerja, artis diwajibkan untuk menjaga tujuan yang sangat khusus di dalam fikiran sekaligus mencipta blok. pola pikir ini harus selari dengan Jepun tradisi menunjukkan arah yang tepat berus yang akan melukis gambar, sehingga ciri-ciri dari karya asli, serta sebagai watak, tidak dengan cara apapun hancur. Jadi dari artis sudut pandang, arah pisau harus sesuai identik arah berus, yang awalnya bertulis gambar. Ini dikatakan, mudah memahami bahawa diperlukan tangan yang sangat terampil untuk meniru yang unik dan ciri-ciri yang tepat ditangkap di asli, sementara secara bersamaan menunjukkan artis sendiri keahlian dan karakter. Kayu yang digunakan untuk Cetakan woodblock Jepun dipilih sangat hati-hati. Hutan dianggap hanya merangkumi jenis pohon yang sangat khusus, dan hanya tertentu tekstur kayu dalam spesies-spesies yang berbeza. Tidak peduli apa, tekstur kayu harus sangat halus dan sangat kuat. Perbezaan antara kaedah lama dan moden woodcutting Jepun adalah sebagai berikut: kaedah pemotongan pada kayu - sebagai ukiran kayu kuno.

JENIS- JENIS CETAKAN y y y y Cetakan timbulan atau relif Cetakan benam ( intaglio ) Cetakan planograf atau litografi Cetakan stensil, sarigraf atau sutera saring

2.0 Pelukis rujukan :SENARAI ARTIS DAN CETAKAN Irving Amen, Valenti Angelo, American artist American artist American printmaker & illustrator

Walter Inglis Anderson Sybil Andrews English/

American artist Canadian artist

Georg Baselitz,

German artist

Angel Botello

Spanish-Puerto Rican artist

Carlos Cortez Stanley Donwood, Radiohead

American poet and artist British artist (most famous for his work with British band ).