analisis spm 2010 - bptv (versi cetakan)

Download Analisis SPM 2010 - BPTV (Versi Cetakan)

Post on 06-Mar-2015

1.621 views

Category:

Documents

31 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

ER IAN

N PELAJARA

ANALISIS KEPUTUSANSEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL

SPM

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

AL AY SIAM

KEMT EN

ANALISIS KEPUTUSAN SPM 2010 SEKOLAH MENENGAH TEKNIKDisediakan oleh

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 5 & 6, Blok E14, Pusat Pentadbiran Kerajaan Parcel E, 62604 Putrajaya.

2011 MEI 2011

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

i

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ANALISIS KEPUTUSAN SPM 2010

ii

1. Sekapur Sirih Seulas Pinang 2. Selayang Pandang 3. Rumusan Analisis SPM 2010 4. Jadual Pencapaian Sekolah Berdasar GPS mengikut ketetapan LPM 5. Perbandingan dan Kedudukan GPS 2006-2010 6. Analisis SPM 2010 (mengikut gred terendah) a. Keseluruhan b. Aliran Teknikal c. Aliran Vokasional d. Aliran Kemahiran 7. Gred Purata SPM 2010 Mengikut Zon a. Keseluruhan b. Aliran Teknikal c. Aliran Vokasional d. Aliran Kemahiran 8. Gred Purata SMT/V SPM 2006 2010 dan KPI BPTV 2010 9. Peningkatan Pencapaian Gred Purata Sekolah 2010 a. Keseluruhan b. Aliran Teknikal c. Aliran Vokasional 10. Prestasi SMT/SMV Berdasar TOV PMR 2008 a. Aliran Teknikal b. Aliran Vokasional c. Aliran Kemahiran 11. Analisis Keputusan SPM 2010 mengikut mata pelajaran 12. Pencapaian Mata Pelajaran Mengikut GP Terendah 13. Trend Pencapaian Gred Purata 2006 2010 14. Trend Pencapaian Mata Pelajaran Mengikut Peratus Gred a. Mata Pelajaran Teras 2006 - 2010 b. Mata Pelajaran Aliran Vokasional 2006 - 2010 87-94 95-106 26-27 28-29 30-31 32-33 34-85 86 18-21 22-23 24-25 6-7 8-9 10-11 12-13 14 14 15 15 15 16-17 1-2 3 4-5

iii

15. Trend Pencapaian Mata Pelajaran Mengikut Gred Purata a. Mata Pelajaran Teras 2006 - 2010 b. Mata Pelajaran Aliran Teknikal 2006 - 2010 c. Mata Pelajaran Aliran Vokasional 2006 - 2010 16. Bilangan murid cemerlang mengikut a. Aliran Teknikal b. Aliran Vokasional 17. Senarai murid cemerlang 2010 a. Mendapat semua A b. Aliran Teknikal 8A dan ke atas c. Aliran Vokasional 6A dan ke atas d. Aliran Kemahiran mendapat sekurang-kurangnya 1A 18. Penghargaan 125-126 127-132 133-146 147-148 122 123-124 107-110 111-114 115-121

iv

Sekapur Sirih Seulas Pinang

ANALISIS KEPUTUSAN

Sekapur Sirih Seulas PinangBismillahirrahmanrrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah, segala puji dan rasa syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, saya diberi kesempatan untuk mencoret kata alualuan dalam ruangan Selayang Pandang ini. Tahniah, syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jawatankuasa Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah memberi komitmen yang tinggi dalam menghasilkan dokumen Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2010 Sekolah Menengah Teknik/Sekolah Menengah Vokasional (SMT/SMV). Dengan adanya analisis keputusan ini, diharap pihak perancang sekolah khususnya para pentadbir dapat menggunakannya sebaik mungkin dalam membangun serta mengemilangkan sekolah masing-masing. Sesungguhnya sumbangan Sekolah Menengah Teknik/Sekolah Menengah Vokasional terhadap perkembangan pendidikan tidak dapat dinafikan dan amat diperlukan untuk negara mengorak langkah menuju kejayaan yang diharapkan. Perlu diingatkan bahawa Sekolah MenengahTeknik/Sekolah Menengah Vokasional mampu melahirkan modal insan yang gemilang dari segi akademik dan kemahiran untuk memenuhi agenda dan misi nasional serta Wawasan 2020 Pendidikan Teknik dan Vokasional juga memberi peluang pendidikan yang sama rata dan untuk semua lapisan masyarakat, seiring serta sejajar dengan konsep Satu Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan di samping selaras dengan kehendak Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Area-NKRA). Oleh hal yang demikian, pihak sekolah hendaklah berusaha atau mengambil langkah untuk meningkatkan enrolmen di sekolah masing-masing agar hasrat kita untuk memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat dicapai. Akhir kata, dengan kesempatan ini saya ingin merakamkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua calon, semua guru dan semua pentadbir Sekolah Menengah Teknik/Sekolah Menengah Vokasional yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dan membanggakan di samping menunjukkan minat dan keperihatinan terhadap pendidikan secara berterusan serta memberi sumbangan yang tidak terhingga nilainya terutama dalam pendidikan di peringkat sekolah. Saya berharap agar semua usaha, minat, keperihatinan dan sokongan yang baik ini dapat diterusnya dari semasa ke semasa agar Sekolah Menengah Teknik/ Sekolah Menengah Vokasional (SMT/SMV) menjadi gemilang di masa akan datang seperti yang kita impi-impikan.

Haji Ahmad Tajudin Bin Jab Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia

v

Selayang Pandang

ANALISIS KEPUTUSAN

Selayang PandangBismillahirrahmanrrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Analisis SPM 2010 kerana telah menyiapkan buku analisis ini dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada calon SPM 2010, guru-guru dan pengurusan sekolah yang telah berusaha keras dalam menjayakan kecemerlangan akademik di sekolah-sekolah Teknik dan Vokasional. Saya berharap agar analisis SPM 2010 digunapakai sepenuhnya oleh pihak pengurusan sekolah dalam membantu guru-guru terutama Ketua-Ketua Panatia dan Ketua-Ketua Bidang dalam merancang dan merencanakan strategi serta program peningkatan akademik di sekolah masing-masing. Justeru itu, BPTV telah juga menetapkan Key Performance Index (KPI) bagi membantu pihak sekolah mensasarkan peningkatan kecemerlangan akademik dengan merancang strategi pengurusan yang berkesan. Antara strategi yang boleh membantu pihak pengurusan sekolah menepati sasaran KPI dengan tepat ialah Headcount. Headcount pada hikmah saya boleh menjadikan guru seperti seorang doktor pakar yang dapat mengenalpasti penyakit pesakitnya dengan tepat dan memberikan ubat dengan dos yang betul kepada pesakitnya. Akhirnya, saya bagi pihak jawatankuasa merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha gigih dan mantapkan lagi usaha-usaha tersebut berpandukan analisis keputusan SPM 2010. Saya berharap agar pihak sekolah dapat menggunakan keputusan analisis ini secara optimum. Saya berdoa agar usaha-usaha ini diberkati dan kita samasama mengenggam kejayaan yang gemilang.

Haji Wan Mohd Noor bin Wan Endut Timbalan Pengarah, Pengurusan Akademik, Merangkap, Penasihat AJK Analisis SPM 2010

vi

Rumusan Analisis SPM 2010

ANALISIS KEPUTUSAN

Rumusan Analisis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2010

Pendahuluan Seramai 24,071 orang calon dari Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah mendaftar dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2010 berbanding 31,170 calon pada tahun 2009. Daripada jumlah tersebut seramai 8,185 (34.0%) orang calon dari Aliran Teknikal dan seramai 13,655 (56.7%) orang calon dari Aliran Vokasional. Pada tahun 2010 seramai 2,231 (9.3%) orang calon dari Aliran Kemahiran menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Peperiksaan bertulis SPM 2010 telah dijalankan dari 23 November hingga 20 Disember 2010. Sejumlah 67 mata pelajaran telah ditawarkan kepada calon Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional SPM 2010. Sebanyak 178 pusat peperiksaan telah disediakan untuk mengendalikan peperiksaan ini. Tahun 2010 merupakan tahun kedua sistem penggredan baru digunapakai dalam peperiksaan SPM. Sistem penggredan ini dapat mendiskriminasi dengan lebih tepat pencapaian calon yang memperoleh keputusan cemerlang. Pencapaian Calon SPM 2010 Pada keseluruhannya pencapaian calon Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional dalam SPM 2010 adalah membanggakan. Pencapaian calon meningkat dari segi peratusan bilangan yang memperoleh sijil, cemerlang A+, A dan A- dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki. Pencapaian calon pada tahun 2010 pada umumnya meningkat dari segi kualiti dan kuantiti. Walaubagaimanapun hanya 23,178 orang calon (97.29%) telah berjaya mendapat sijil SPM berbanding 31,093 orang calon (99.75%) pada tahun 2009. Gred Purata SMT/SMV SPM 2010 ialah 4.45 berbanding 4.84 pada tahun 2009. Ini bermakna Sasaran KPI BPTV iaitu 4.57 telah tercapai. Rekod pencapaian ini merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun iaitu dari tahun 2007 hingga tahun 2010. Gred Purata Nasional untuk SPM tahun 2010 ialah 5.19. Gred Purata SMT/SMV melebihi Gred Purata Nasional. Peningkatan ini disebabkan oleh penumpuan yang dapat calon berikan terhadap mata pelajaran yang diambil. Pada keseluruhannya pencapaian SMT/SMV bertambah baik. Aliran Teknikal Bilangan calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2010 adalah seramai 8,181 orang . Seramai 8,180 orang calon (99.99%) telah berjaya mendapat sijil SPM berbanding 16,734 orang calon (100%) pada tahun 2009. Sementara Gred Purata SPM 2010 ialah 4.08 berbanding 5.14 pada tahun 2009. Seramai 38 orang calon (0.46%) mendapat 10A (A+,A,A-) dalam SPM tahun 2010 berbanding 60 orang calon (0.36%) pada tahun 2009. Seramai 263 orang calon

1

(3.21%) SMT telah berjaya mendapat 8A (A+,A,A-) ke atas berbanding 310 orang calon (1.85%) pada tahun 2009. Aliran Vokasional Bilangan calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2010 adalah seramai 13,586 orang . Ser

Recommended

View more >