definisi cetakan

22
Definisi cetakan Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan tertentu seperti kertas. Jenis-jenis cetakan (a) Cetakan Timbulan (Relief) • Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. • Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas. • Contoh cetakan jenis ini ialah: (a) Cetakan Kayu (b) Cetakan Lino (c) Cetakan Kolograf (d) Cetakan Kolaj

Upload: amiqis

Post on 10-Apr-2016

1.457 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

seni

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi cetakan

Definisi cetakanSatu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain.Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan tertentu seperti kertas.

Jenis-jenis cetakan  (a) Cetakan Timbulan (Relief)• Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino.• Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas.• Contoh cetakan jenis ini ialah:(a) Cetakan Kayu(b) Cetakan Lino(c) Cetakan Kolograf(d) Cetakan Kolaj

Page 2: Definisi cetakan

(b) Cetakan Stensil atau Skrin• Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang kayu.• Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.• Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu:(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua(b) Kaedah Filem Leker(c) Kaedah Skrin Foto

(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar• Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.• Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakanakan lukisan pensil.• Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

Page 3: Definisi cetakan

(d) Cetakan Benaman (Intaglio)• Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.• Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.Contoh cetakan jenis ini ialah:(a) Kaedah Turisan (engraving)(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)(c) Kaedah Akuantin (aquantint)(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)

Page 4: Definisi cetakan

(e) Cetakan Gurisan Asid• Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.• Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yang menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada karya utama mereka.• Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dengan sejenis bahan yang kalis asid.• Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam.• Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.

(f) Cetakan Kayu• Kaedah yang paling awal digunakan.• Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.• Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian.• Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke-16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah.• Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.• Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.• Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan lino kesannya yang licin.• Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik. Oleh itu, seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan teknik ini.

Page 5: Definisi cetakan

(g) Cetakan Lino• Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul.• Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di atas lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu.

(h) Cetakan Lithografi• Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.• Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik, iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec.• Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.• Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej.• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan pensil.• Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

Page 6: Definisi cetakan

(i) Cetakan Sutera Saring• Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini.• Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.• Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang.• Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto.• Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna di atas permukaan kertas.• Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua(b) Kaedah Filem leker(c) Kaedah Lilin(d) Kaedah Sutera Saring

(j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas PenduaKaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna terkeluar. Sila rujuk rajah-rajah berikut:

Page 7: Definisi cetakan

(k) Cetakan Stensil Kaedah Filem LakerLangkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem leker.Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah bahagian yang berlilin.Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa

Page 8: Definisi cetakan

KOLEKSI PELBAGAI JENIS REKA BAJU

                                                

Page 9: Definisi cetakan

KOLEKSI GAMBAR YANG DIPILIH SEBAGAI SUMBER ILHAM

Page 10: Definisi cetakan
Page 11: Definisi cetakan

ALATAN YANG DIGUNAKAN

1. Dye - Rubber Dye atau TC Dye2. Photo Emulsion3. Blok Cetak4. Kain Silk Screen5. Squgee6. Stepler Gun7. Type Kertas8. Table Glue9. Hair Dryer10. Pembaris L

Page 12: Definisi cetakan

PENERANGAN BAHAN-BAHAN1. Dye : Ada beberapa jenis Dye dalam kerja mencetak T-Shirt, tapi disini saya beritahu 2 jenis dye saja, iaitu Rubber Dye dan TC Dye. Rubber dye adalah dye getah, ia diguna pada baju yang berwarna gelap seperti baju hitam, biru gelap dan lain-lain yang berwarna dark colour. TC dye adalah dye air yang hanya boleh digunakan pada baju yang berwarna cerah seperti putih, kuning cerah, biru cerah dan sebagainya.

2. PHOTO EMULSION.  Ia digunakan semasa proses transfer Image pada blok cetak. Ia adalah bahan yang sangat sensitif pada cahaya.

3. BLOK CETAK.  Ia adalah bingkai empat segi yang diperbuat daripada kayu. Pada bingkai inilah akan dipasang kain silk screen.

4. KAIN SILK SCREEN.  Adalah kain sutera yang sangat halus, ia terdiri dari beberap gred kehalusannya. biasanya ia dijual dalam RM 20.00 - 30.00 semeter

5. SQUGEE.  benda yang digunakan untuk menolak dye diblok cetak.

6. STEPLER GUN. Digunakan semasa proses pemasangan kain silk screen pada blok.

7. TYPE KERTAS.  kegunaannya untuk menahan dye dari terkeluar dari blok.

8. TABLE GLUE. Ia disapukan pada pelapik baju dimeja cetak supaya baju tidak bergerak semasa proses percetakan.

9. HAIR DRYER.  Untuk mengering dye 

10.PEMBARIS L . Untuk menentukan kelurusan blok

Page 13: Definisi cetakan

KOLEKSI BAJU UNTUK SUMBER ILHAM

Page 14: Definisi cetakan

KAJIAN WARNA

Warna.Warna memainkan peranan yang penting dalam menwujudkan suasana yang tidak bosan.Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan. Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual.Warna terbahagi kepada :

Warna asas - merah, biru dan kuning Warna sekunder - campuan dua warna sahaja daripada warna-warna asas Warna tertiar Warna monokrom - sewarna yang dicampur dengan warna putih dan hitam untuk

mengawal kegelapan warna yang diingini. Warna penggenap  

Page 15: Definisi cetakan
Page 16: Definisi cetakan

OBJEKTIF PENGHASILAN

1) Dapat mempelajari cara untuk membuat cetakan pada baju dengan betul.

2) Dapat mempelajari jenis-jenis cetakan yang ada.

3) Dapat menghasilkan sehelai baju bercorak menggunakan teknik cetakan.

4) Dapat mengenali alatan yang digunakan untuk mencetak.

5) Dapat mempelajari tentang kajian warna semasa ingin memihlih warna baju.

Page 17: Definisi cetakan

ISI KANDUNGAN

1)CETAKAN DAN JENIS-JENIS CETAKAN

2)OBJEKTIF PROJEK AMALI SENIREKA

3)KOLEKSI PELBAGAI REKA BENTUK BAJU

4)KOLEKSI GAMBAR PELBAGAI JENIS SUBJEK YANG DIPILIH SEBAGAI SUMBER ILHAM

5) LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA

6) LAKARAN REKA BENTUK YANG DIPILIH

7)REKA LETAK YANG DIPILIH DIATAS BAJU

8)KAJIAN WARNA

9)GAMBAR ALATAN YANG DIGUNAKAN

10) GAMBAR PROSES PENGHASILAN

11)GAMBAR SITUASI SEBENAR