pengurusan p3.rtf

Download pengurusan p3.rtf

If you can't read please download the document

Upload: hamdan

Post on 10-Sep-2015

8 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Misalnya dalam kegiatan baca puisi ia harus dimulai dengan perancangan dan penubuhan jawatankuasanya. Sudah pasti sesebuah projek memerlukan kertas kerja atau kertas cadangan yang sempurna. Dari kertas perancangan inilah akan bermula perancangan lain seperti penubuhan jawatankuasa, promosi, pengisian kegiatan, tempat program, jemputan, perasmian, penyertaan, dan sebagainya. Inilah masanya kita belajar menyusun gerak kerja yang teratur untuk menentukan langkah mula dan di manakah titik mula untuk memulakan projek ini. Deraf perancangan hendaklah ada serta dibincangkan panjang lebar untuk memastikan aspek-aspek penting dalam melaksanakan aktiviti tidak terabai. Pengalaman begini besar manfaatnya. Ia tidak mudah dicapai melalui pembacaan melainkan kita sendiri melibatkannya. Sebagai cadangan adakan program baca puisi. Lakukanlah sebagaimana perancangan dan tindakan sehingga program itu terhasil.

Latihan Pengurusan Acara (Aktiviti Sastera)

1.Anda bertanggungjawab untuk menguruskan Projek Pesta Pantunperingkat daerah. Huraikan empat prinsip pengurusanyang perlu anda lakukan untuk menjayakan majlis ini.[25]

2.Jabatan kesusasteraan Melayu Komunikatif sekolah anda bercadang untuk mengadakan kursus penulisan kreatif di kalangan pelajar tingkatan Enam bagimemberi pendedahan tentang teknik penulisan kreatif yang berkesan selaras dengan keperluan peperiksaan penggal 3. Ulaskan penganjuran kursus tersebut mengikut prinsip-prinsip asas engurusan.[25]

3.Sempenasambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah, pihak pengurusan sekolah telah memilih persatuan pelajar-pelajar tingkatan Enam untuk mementaskan sebuahdrama yang bertemakan patriotik bagi menaikkan kecintaan pelajar pada negara. Berdasarkan tugasan tersebut , bincangkan pengurusan pementasan tersebut berdasarkan prinsip-prinsip asas pengurusan.[25]

4.Guru Kesusasteraan Melayu Komunikatif telah meminta para pelajar yang mengambil mata pelajaran tersebut mengelolakan satu pertandingan kuiz sastera di peringkat sekolah bagi memupuk minat pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Bincangkan bagaimana prinsip-prinsip asas pengurusan boleh diaplikasikan dalam penganjuran pertandingan tersebut.[25]5.Pendaftaran pelajar baru tingkatan enam akan diadakan pada bulan Jun, bersempena dengan Minggu Silaturahim pelajar tingkatan Enam , pihak pengurusan Tingkatan Enam bercadang untuk menganjurkan pameran kiosk mata pelajaran bagi member pendedahan awal kepada para pelajar yang berhasrat untuk menyambut pelajaran di tingkatan enam. Berpandukan tugasan di atas, ulaskan pengurusan pameran kiosk mata pelajaran berasaskan prinsip-prinsip asas pengurusan.