pengurusan murid pelbagai upaya kumpulan h

Upload: jhw3462

Post on 04-Jun-2018

338 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    1/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    1

    1.0 DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN

    1.1 Definisi Utama:

    Merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang

    mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca,

    menulis, dan mengira.

    Beberapa pihak lain juga turut memberikan definisi mereka tentang

    pemulihan. Kebanyakan definisi yang diberikan merujuk pada satu maksud

    yang sama iaitu untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran

    dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Antara

    definisi-definisi itu ialah:1. Tansley(1967): ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-

    langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran

    pemulihan dijalankan dengan tersusun.

    2. Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975):

    ..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan

    pendidikan bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam

    kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.

    3. Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1984):

    ...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang

    menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas

    membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja

    masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

    4. Bahagian Sekolah-Sekolah, KPM(1986):

    ...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran

    murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan

    kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan

    guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    2/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    2

    1.2 Konsep:

    Pendidikan pemulihan berkonsepkan:

    - satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran

    murid-murid lemah di Sekolah Rendah

    - ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan

    mengira

    - dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan

    khas dalam bidang ini

    1.3 Rasional:

    Rasional pendidikan pemulihan diwujudkan:1. Dari sudut Falsafah:

    - memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana

    tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa

    - selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua.

    2. Dari sudut Teori

    - Pendekatan pengajaran seperti Prescriptive-Diagnostic

    Teaching, Precision Teaching, dan Clinical Teaching telah terbukti

    berjaya - asas pelaksanaan program ini

    3. Dari sudut Pencegahan

    - Masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan

    semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    3/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    3

    1.4 Punca dan Bidang Kuasa:

    Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan laporan dan pekeliling

    mengenai program pendidikan pemulihan ini dan pelaksanaan program ini

    serta garis panduan untuk menjalankan dan melicinkan program ini. Berikut

    ialah laporan yang menyasarkan tentang pendidikan pemulihan dan

    pelaksanaannya dan surat pekeliling:

    1. Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979

    (Perakuan 5):Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan

    langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan

    kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara

    tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu

    mengajar yang sesuai, saiz kelas yang

    lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran

    pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu.

    2. Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran:

    Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran

    Malaysia, Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985.

    Guru Khas Pendidikan Pemulihan.

    Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian

    Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18

    Januari 1986.

    Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986.

    Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran

    Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun

    1989.

    Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan

    di Sekolah-Sekolah Rendah.

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    4/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    4

    1.5 Objektif Program Pemulihan Khas:

    Objektif Program Pemulihan Khas

    1. membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan

    kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan

    pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta

    minat mereka;

    2. memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi

    pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak

    yang berbeza di antara satu dengan yang lain;3. memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin;

    4. meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem

    persekolahan biasa;

    5. membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan

    sikap positif terhadap pelajaran;

    6. membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang

    negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran;

    7. menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-

    murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah; dan

    8. memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar

    dan merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    5/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    5

    PENGURUSAN GRAFIK 1: DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN

    DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN:- merupakan tindakan yang dijalankan untuk

    membantu murid-murid yang mengalamikesukaran dalam menguasai kemahiran asasmembaca, menulis, dan mengira.

    Tansley(1967): ..satubentuk pengajaran yangmengutamakan langkah-langkah yang benar-benarteliti dan sistematik bagimembolehkan pengajaranpemulihan dijalankan dengantersusun.

    Persatuan PendidikanPemulihan Kebangsaan(NARE) UK (1975):..satu program pengajarankhas yang dirangka bagimemenuhi keperluanpendidikan bagi murid-muridyang menghadapi masalahpembelajaran dalamkalangan murid-murid disekolah-sekolah biasa.

    Bahagian Sekolah-Sekolah,KPM(1986):...satu usaha dalam pendidikan

    untuk mengatasi masalahpembelajaran murid-murid lemah disekolah-sekolah rendah,khususnya ditumpukan kepadakemahiran asas membaca, menulisdan mengira, di bawah kelolaanguru-guru pemulihan yang telahmenerima latihan khas dalambidang ini.

    Pusat PerkembanganKurikulum, KPM (1984):...langkah-langkah khususyang dijalankan untukmembantu murid yangmenghadapi masalahpembelajaran tertentu dalam

    kemahiran asas membaca,menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaiksahaja masalah tersebutdapat dikesan danditentukan.

    KONSEP:- satu usaha dalam pendidikian untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di SR- ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira- dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    6/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    6

    RUMUSAN BAB 1.0

    Melalui definisi yang telah diberikan di atas pada awal bab, dapatlah di sini

    dirumuskan bahawa pemulihan menjurus kepada aktiviti untuk membaik pulihsesuatu perkara bagi memperbaiki taraf sesuatu atau seseorang. Manakala

    bagi pendidikan pemulihan, ia merupakan tindakan yang dijalankan untuk

    membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai

    kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. Pendidikan pemulihan

    berobjektifkan untuk memulihkan murid-murid yang lemah dalam kemahiran

    asas pembelajaran, memberi khidmat layanan dan penumpuan kepada

    individu dalam pembelajaran, memperbaiki mentaliti murid dan

    memperkembangkan potensi mereka serta membantu mereka meneruskan

    pelajaran dalam kelas harian seperti biasa.

    Konsep pendidikan pemulihan ialah usaha dalam pendidikan untuk

    mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah. Selain dari

    yang dinyatakan, pendidikan pemulihan juga berkonsepkan penumpuan

    kepada kemahiran asas pembelajaran, iaitu 3M dan ia dikendalikan oleh

    guru-guru pemulihan khas yang menerima latihan khas dalam bidang ini.

    Rasional pendidikan pemulihan dipandang dari tiga aspek, iaitu aspek

    falsafah, teori dan pencegahan. Dari aspek falsafah, rasional pendidikan

    pemulihan adalah untuk memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan

    kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Kenyataan ini

    selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua yang diuar-uarkan oleh

    Kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Di sudut teori pula,

    pendekatan pengajaran seperti Prescriptive-Diagnostic Teaching, Precision

    Teaching dan Clinical Teaching telah terbukti berjaya yang mana

    pendekatan ini semua merupakan asas pelaksanaan program ini; manakala

    dari sudut pencegahan, masalah yang dialami oleh setiap murid akan

    bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera.

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    7/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    7

    2.0 Pengayaan

    2.1Konsep pengayaan

    Merupa sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar bertujuan

    memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu,

    semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Pengayaan

    dilaksanakan selepas mereka berjaya menguasai satu atau beberapa

    kemahiran asas tertentu

    2.2 Rasional pengayaan

    Guru akan mengelaskan murid mereka dengan kumpulan-kumpulan samaada secara diketahui umum ataupun hanya diketahui oleh guru sendiri

    sahaja. Murid dikelaskan mengikut tiga kategori iaitu kumpulan cerdas,

    kumpulan sederhana dan kumpulan lambat.

    Kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana akan mudah bosan terhadap

    pelajaran kerana aktiviti pembelajaran tidak sejajar dengan minat dan

    perkembangan mental mereka.

    Aktiviti pengayaan memberi peluang murid-murid inimenikmati pelbagai

    pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam proses

    pembelajaran.

    2.3 Objektif-objektif pengayaan

    2.3.1 Murid mampu menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai

    dalam pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan

    mereka dalam pelajaran-pelajaran tertentu.

    2.3.2 Murid menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan

    mencabar untuk mempertingkatkan pencapaian mereka.

    2.3.3 Murid menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat

    dan bakat mereka.

    2.3.4 Memupuk tabiat membaca malalui suatu program membaca dalam

    bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan.

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    8/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    8

    2.3.5 Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran

    dan seterusnya membolehkan merekan terus mencari ilmu pengetahuan

    sendiri dalam seumur hidup.

    2.3.5 Memperkembangkan bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai

    sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja

    projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya.

    2.3.6 Memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih

    tinggi melalui cara kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.

    2.4 Contoh-contoh Aktiviti Pengayaan

    Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya ditumpukankepada:

    i. bacaan (membaca)

    ii. tulisan (menulis)

    iii. kiraan (mengira)

    2.4.1 Aktiviti Pengayaan Bacaan (Membaca)

    i. Sumber bahan bacaan terdiri daripada kad-kad bacaan, buku-buku

    cerita, majalah-majalah berunsur pendidikan.

    ii. Kad-kad bacaan mengandungi unsur-unsur Sains, Pendidikan Moral,

    Hal-Ehwal Tempatan, Geografi dan Kesihatan.

    iii. Bahan bacaan yang sesuai digunakan ialah bentuk penerangan,

    pantun, teka-teki, dialog, cerita dan berita.

    2.4.2 Aktiviti Pengayaan Tulisan (Menulis)

    Biasanya disediakan dalam bentuk lembaran kerja.

    Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis perkataan, biasanya

    disediakan dalam bentuk silang kata atau gambar-gambar yang menarik.

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    9/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    9

    2.4.3 Aktiviti Pengayaan Matematik (Mengira)

    1. Permainan - Ular dan tangga, domino,

    cantuman nombor dengan

    bilangan benda, aktiviti juaI beli.

    2. Teka-teki - Meneka nombor, waktu, operasi.

    3. Projek - Melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri

    membina objek daripada tiga matra, melukis graf gambar, graf turus dan graf

    melintang

    4. Pertandingan - Kuiz matematik, petak ajaib.

    5. Ujikaji - Mencari rumus matematik melalui inkuri dan

    penemuan.

    6. Lembaran kerja - Menyelesaikan masalah yang menarik serta mencabar.

    2.5 Penyediaan Bahan Aktiviti Pengayaan

    i. Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran-kemahiran yang

    baru dikuasai oleh murid-murid.Peringkat kesukaran hendaklah sesuari

    dengan kebolehan kumpulan masing-masing, tanpa memerlukan

    banyak bimbingan daripada guru.

    ii. Bentuk aktiviti pengayaan haruslah menarik dan mencabar.

    iii. Masa untuk menjalankan aktiviti pengayaan haruslah bersesuaian

    dengan bilangan soalan yang diberikan.

    iv. Arahan yang diberikan hendaklah tepat,ringkas dan jelas.

    v. Bahasa yang digunakan hendaklah sejajar dengan peringkat

    pencapaian pelajar.

    vi. Bentuk tulisan yang digunakan hendaklah jelas,terang dan tidak terlalu

    kecil.

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    10/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    10

    vii. Ilustrasi seelok-eloknya berwarna-warni dan bersesuaian dengan

    konsep dan maksud kandungan.Guru boleh melukis gambar sendiri

    atau menggunting gambar- gambar daripada majalah, komik atau

    suratkhabar.

    viii. Bagi kad bacaan, selain ilustrasi, soalan-soalan hendaklah dibina

    untuk menguji kefahaman.

    2.6 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan

    Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan

    dengan tiga cara:

    2.6.1 Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikutkebolehan.

    2.6.2 Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan bersama masa

    dengan kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan.

    2.6.3 Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan.

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    11/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    11

    3.0 PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

    3.1 definisi dan konsep3.1.1 Definisi pendidikan khas

    Hallahan dan Kauffman, (1977)menyatakan Pendidikan Khas bermaknapengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar

    biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-

    teknik pengajaran, peralatan dan kemudahan-kemudahan diperlukan.

    Culatta dan Tompkins (1999)menyatakan Pendidikan Khas ialah

    pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-

    keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.

    Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak

    disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-

    perkhidmatan sekolah biasa.

    3.1.2 Konsep pendidikan khas

    Boleh dirumuskan di sini bahawa pendidikan khas ialah satu program di mana

    ia adalah satu bentuk rancangan pengajaran khas yang diajar oleh guru yang

    mahir dalam bidang pendidikan khas. Alat-alat yang digunakan juga adalah

    alat-alat dan bahan-bahan khas serta guru mempunyai teknik khas untuk

    mengajar pelajar. Rancangan pembelajaran kanak-kanak khas bersifat

    individu dan tertumpu kepada seorang pelajar khas sahaja.

    3.1.3 Definisi kanak-kanak berkeperluan khas

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    12/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    12

    Kirk et al (1993) menjelaskan definisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai

    kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam

    ciri- ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau

    fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan untuk

    berkomunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan

    amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan

    pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang

    maksimum.

    3.1.4 Konsep kanak-kanak berkeperluan khas.

    Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa

    keranakeadaan mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, otak

    dan emosi mereka yang tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Justeru

    pertumbuhan dan perkembangan diri mereka- fizikal, otak emosi dan sosial

    tidak menyamai kanak-kanak biasa. Lazimnya keupayaan maksimum mereka

    dalam semua bidang jauh berkurangan daripada kanak-kanak biasa. Di

    samping itu tingkahlaku mereka juga adalah tersendiri dan berbeza mengikut

    jenis kecacatan atau masalah yang dialami.

    3.2 sejarah pendidikan khas di MalaysiaPendidikan khas telah dimulakan di Malaysia sejak awal tahun 1920an lagi

    iaitu di dalam kalangan sukarelawan yang telah membuka sekolah-sekolah

    untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran.

    Tarikh-tarikh pentingnya adalah seperti di dalam jadual 1.2 berikut:

    TAHUN PERISTIWA PENTING

    1926 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di

    Melaka

    1931 Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke

    Pulau Pinang

    1948 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess

    Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan

    Masyrakat di Johor Bahru.

    1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    13/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    13

    (JKM)

    1954 Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah

    dan Menengah) di Pulau Pinang.

    1958 Pembukaan Insitut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan

    (JKM).

    1962 Rancangan Percatuman bagi Pendidkan Kanak-kanak

    Bermasalah Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah

    dan menengah.

    1963 Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan khas Masalah

    Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas.

    1977 Pertubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille

    Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille

    Bahasa Melayu.

    1978 Pembukaan Sekolah Menengah Berrama Kurang Upaya

    Penglihatan, Setapak.

    Pengenalan kaedah komunikasi dan penggubalan Sistem

    Kod Tangan Bhasa Melayu.

    Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah

    dalam pelajaran.

    1979 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah

    menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian

    Pendidikan.

    1983 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran. Pengambil

    alihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan

    sebagai sekolah bertaraf penuh.1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel

    Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille

    AI-Quran. Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan

    Braille/Kerabunan, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

    menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks

    dan penyelenggaraan alatan Braille.

    1987 Pembukaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional,

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    14/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    14

    Shah Alam.

    1988 Permulaan Kelas perintis untuk Pelajar Bermasalah

    Pembelajaran.

    1994 Pembukaan kelas-kelas program inkusif di 14 sekolah.

    1995 Program Bermasalah Pembelajaran peringkat Menengah

    dimulakan.

    Secara ringkasnya, jika kita lihat jadual 1.2 di atas, sekolah pendidikan khas

    yang paling awal ditubuhkan ialah pada tahun 1948 iaitu Sekolah Rendah

    Pendidikan Khas Princess Elizabeth iaitu di Johor bahru untuk kanak-kanak

    buta. Selain itu, pembukaan sekolah kanak-kanak Pekak Perseketuan pula

    dibuka untuk para pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah yang

    terletak di Pulau Pinang. Program untuk kanak-kanak lembam iaitu kanak

    yang lemah untuk menguasai kemahiran mengira, membaca dan menulis

    pada peringkat umurnya telah dimulakan pada tahun 1978. Dan pada tahun

    1994, kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah telah ditubuhkan.

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    15/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    15

    3.3 Perudangan berkaitan pendidikan khas

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    16/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    16

    ditubuhkan pada tahun 1948.

    Ia meliputi hak yang bagi individu untukmendapatkan pendidikan.

    perkara ini telah ditegaskan dalam PersidanganDunia bertemakan 'Pendidikan untuk Semua' diJomtien, Thailand.

    Ia menekankan bahawa: 'keperluan-kepreluanpembelajaran untuk orang kurang upaya menuntutperhatian yang khusus. langkah-langkah ini perludiambil untuk menyediakan perasamaan akseskepada pendidikan untuk semua kategori orangkurang upaya sebagai bahagian yang sepadudalam sistem pendidikan.' [terjemahan]

    Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan

    Sejagat

    PBB telah ditubuhkan pada tahun 1959.

    PBB telah megisytiharkan hari kanak-kanksedunia.

    perkara yang ditegaskan ialah kanak-kanakistimewa berhak mendapat penjagaan khususdan bimbingan mengikut kecacatan yangdialami seta peluang untuk menjadi sebarapanormal yang mungkin

    Pertubuhan

    Bangsa-bangsa

    Bersatu (PBB)

    akta ini telah ditubuhkan pada tahun 1961.

    dalam bahagian L, akta ini menytakan bahawa:'sekolah khas bermakna sekolah yangmenyediakan layanan pendidikan khas untukmurid-murid kurang upaya'.

    Akta Pelajaran

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    17/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    17

    laporan ini telah dibuat pada tahun 1978.

    Ia mengkaji tentang Perlaksanaan Dasar Pelajaranmelalui Perakuan 169 yang menjadi tumpuan yanglebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khasdi Malaysia.

    perakuan itu menyebut 'Dengan adanya kesedaranbahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawabterhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalahdiperakukan kerajaan hendakl;ah mengambil alihsepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu daripihak-pihak persatuan yang mengendalikannya padamasa ini. di samping itu, penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-

    kanak cacat hemndaklah terus digalakakkan.

    LaporanJawatankuasa

    Kabinet

    mesyuarat jawatankuasa perancangan pendidikantelah bersidang pada 30 Jun 1981.

    mereka memutuskan penubuhan sebuahJawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkajidan menentukan bidang tugas masing-masingmengenai hak kanak-kanak kurang upaya.

    kementerian yang terlibat ialah KementerianPendidikan , Kementerian Kesihatan, KementerianKebajikan dan Msyarakat (kini PembangunanWanita, Keluarga dan Masyarakat) dan KementerianBuruh.

    pada amnya jawatankuasa ini menetapkan:

    Tnggungjawab Kementerian Pendidkan terhadappendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan,pendengaran, kanak bermasalah pembelajaran dankerencatan akal yang boleh dididik

    Jawatankuasaperancangan

    pendidikan

    akta ini telah disemak semula dan digantikan denganAkta Pendidikan 1996.

    satu bab khusus tentang pendidikan khas telahdimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankanbahawa 'Menteri hendaklah mengadakan pendidikankhas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawahperenggan 34 (1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah

    atau menengah yang difikirkan oleh menterisuaimanfaat.

    Akta Pelajaran

    1961

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    18/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    18

    Terdapat dua seksyen dalam akta ini iaitu seksyen 40 dan seksyen 41. Di

    dalam akta 1996, ia dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam

    bidang pendidikan khas ini yang mengkehendaki untuk membuka kelassekiranya terdapat permintaan daripada masyarakat sekeliling. Selain itu,

    akta ini juga memperuntukkan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk

    menentukan tempoh persekolah serta sukatan matapelajaran dan kandungan

    kurikulum keperluan pendidikan khas. Pada waktu ini, kanak-kanak ini

    bersekolah sehingga umur 19 tahun. Berdasarkan peta grafik di atas, jelaslah

    bahawa pendidikan khas merupakan satu cabang pendidikan yang penting

    dan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara. Persatuan Bangsa-

    bangsa Bersatu(PBB) misalnya telah mengisytiharkan satu hari untuk kanak-

    kanak khas ini di mana di dalam pernyataan PBB kanak-kanak ini berhak

    mendapat penjagaan yang sewajarnya dan merima pendidikan senormal

    boleh.

    Selain itu, terdapat juga kementerian-keneterian di Malayisa yang

    begitu menitikberatkan pendidikan khas ini misalnya seperti Kementerian

    Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pendidikan

    dan sebagainya. kesemua kementerian ini bertanggungjawab dalam

    membantu memelihara hak-hak kanak-kanak khas ini dan dan memberi satu

    bentuk persepsi positif kepada masyarakat bahawa kanak-kanak khas ini

    perlu dibentu dan bukannya disorok atau diabaikan. Terdapat juga beberapa

    peristiwa penting seperti di dalam peta grafik di atas. Tujuannya adalah sama

    iaitu ingin membela hak kanak-kanak khas di seluruh dunia.

    Terdapat Akta Orang Kurang Upaya 2008 di mana akta ini memperjuangkan

    hak-hak orang kurang upaya di Malaysia. akta ini mengandungi berpuluh-

    puluh seksyen iaitu sebanyak 46 seksyen. Di dalam seksyen-seksyen ini,

    orang kurang upaya diberi hak yang sama dengan hak masyarakat normal

    yang lain. Berikut di bawah merupakan beberapa seksyen yang ditekankan

    dalam hak orang kurang upaya.

    Seksyen 21: Daftar Orang Kurang Upaya

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    19/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    19

    Iaitu orang kurang upaya haruslah mendaftar sebagai kurang upaya.

    Pendaftar haruslah menyenggara dan mengemaskini Daftar supaya butir-butir

    orang kurang upaya tidak tercicir.

    Seksyen 25: Pengeluaran Kad OKU

    Kad OKU ini dikeluarkan bagi OKU yang berdaftar.

    Dengan adanya pendaftaran dan kad OKU disediakan, hak OKU akan lebih

    terjamin khususnya kepada pelajar pendidikan khas. Segala butiran mereka

    akan dapat direkod dan ini akan membantu mereka untuk memiliki segala hak

    bagi orang kurang upaya.

    Seksyen 26: Akses kepada kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan

    bangunawanOrang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada pelbagai

    kemudahan yang disediakan. Kerajaan dan penyedia haruslah mengambil

    langkah yang perlu untuk memastikan segala kemudahan ditambahbaik.

    Seksyen 27: Akses kepada kemudahan pengangkutan awam

    Orang kurang upaya haruslah mempunyai hak untuk akses kepada

    kemudahan yang dibuka kepada orang ramai dan OKU ini perlulah mendapat

    hak yang sama dengan masyarakat. Langkah keselamatan pengkutan awam

    haruslah selaras dengan OKU.

    Dengan adanya kemudahan kepada perkhidmatan bangunan dan

    pengangkutan awam, para pelajar pendidikan khas akan dapat bergerak ke

    mana-mana tanpa sekatan dan ini memudahkan mereka sekirannya mereka

    mengikuti lawatan sambil belajar yang disediakan oleh pihak sekolah atau

    pergi melawat bangunan-bangunan serta tempat yang menarik.

    Seksyen 28: Akses kepada pendidikan

    Kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan dalam mendapatkan

    pendidikan. Kerajaan haruslah menyediakan kemudahan sekolah yang

    sesuai, sukatan pelajaran serta kokurikulum yang selaras dengan pelajar

    OKU.

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    20/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    20

    Di dalam seksyen ini, kanak-kanak khas boleh mendapat hak yang sama rata

    untuk belajar seperti dengan pelajar normal yang lain. Namun, mereka

    mempunyai sukatan pelajaran serta teknik khas untuk mengajar pelajar ini.

    Seksyen 29: Akses kepada pekerjaan

    Majikan haruslah melindungi hak orang kurang upaya ini untuk mendapatkan

    suasana kerja yang adil dan baik termasuklah peluang sama rata dengan

    masyarakat lain. Bagi pelajar pendidikan khas ini mereka dapat bekerja

    selepas habis belajar di sekolah. jadi ini daapt membuatkan mereka berdikari

    dan mereka akan berasa dihargai.

    Seksyen 32: Akses kepada rekreasi, santai dan sukan

    Seksyen ini menjelaskan bahawa OKU seharusnya diberi peluang untuk

    berekreasi serta bersukan dengan memastikan keselamatan mereka terjamin.

    Selain itu, OKU juga haruslah diberi peluang untuk menganjurkan, menyertai

    mana-mana aktiviti sukan tanpa rasa rendah diri. Dan jikalau kita lihat

    kepada pelajar pendidikan khas pula, mereka akan dapat pendedahan dan

    pengalaman melalui aktiviti sukan yang mereka lakukan. Secara tidak

    langsung, pelajar ini akan dapat ilmu dan menguatkan fizikal mereka.

    Seksyen 38: Perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial

    Kerajaan haruslah memastikan kebajikan orang kurang upaya yang teruk

    terbela setelah kematian ahli keluarga mereka dan memberikan kehidupan

    yang berkualiti kepada mereka. Di dalam seksyen ini, para pelajar pendidikan

    khas yang kehilangan ibu bapa mereka atau waris akan terbela nasib mereka

    kerana adanya pihak untuk membantu. Jadi, mereka akan masih dapat

    belajar dengan berkesan dan baik.

    3.4 Jenis-jenis kanak-kanak berkeperluan khas

    Menurut pakar-pakar pendidikan khas di serata dunia serta

    berdasarkan Akta Individu Kurang Upaya yang telah dibentuk di Amerika

    Syarikat iaitu IDEA, mereka telah mengklasifikasikan kanak-kanak

    berkeperluan khas (PL 105-117) yang mencadangkan 13 kategori kurang

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    21/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    21

    upaya (diasability). Berdasarkan peta grafik di bawah, beberapa kategori telah

    disatukan dan menjadi 8 kategori sahaja.

    3.4.1 Kurang upaya mental (kerencatan akal)

    Kanak-kanak kerencatan akal merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai

    darjah kecerdasan (Intelligent Quetion, IQ) di antara 35 hingga 85. Biasanya,

    kanak-kanak dalam kategori ini menghadapi kerosakan sistem saraf akibat

    KANAK-KANAK

    BERKEPERLUAN

    KHAS

    cacat

    pendengaran

    dan

    bermasalah

    komunikasi

    cacat

    penglihatan

    kerencatan

    akal

    cacat fizikal

    dan kesihatan

    bermasalah

    pembelajaran

    kecelaruan

    tingkah laku

    pintar dan

    cerdas

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    22/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    22

    masalah kederaan, kelahiran, warisan baka keluarga, kekurangan zat

    makanan, masalah hormon dan sebagainya.

    Terdapat tiga darjah kecerdasan kanak-kanak kerencatan mental yang

    pertama ialah antara 50-70. Ia merupakan kadar kecacatan yang sederhana

    dan mereka boleh dididik dan dilatih sekolah. kanak-kanak cacat ini tergolong

    dalam kumpulan pelajar yang lambat belajar(slow learners.

    Antara ciri-ciri yang dapat dilihat adalah seperti berikut:-

    a) Kanak-kanak ini boleh mengikuti pelajaran hingga Darjah 4, sehingga

    mereka mencapai umur 16 tahun.

    b) Taraf pencapaian murid-murid ini adalah sebanyak setengah hingga

    tiga perempat dari kanak-kanak normal.c) Kanak-kanak ini hanya boleh membaca atau memhami konsep asas

    matematik apabila mencapai umur 9 hingga 12 tahun.

    d) Mereka cepat lupa dan ingatan tidak kekal.

    e) Mereka sukar untuk belajar konsep abstrak.

    f) Mereka juga lambat belajar dan perlukan banyak aktiviti pengukuhan

    untuk meningkatkan kemahiran mereka.

    Tahap kecerdasan yang kedua ialah di antara 35-49. Selalunya,

    kanak-kanak ini menghadapi masalah untuk menjaga diri mereka sendiri

    contohnya seperti membuka baju, makan, buang air dan sebagainya.

    Kanak-kanak ini tidak dididik di sekolah kerana mereka tidak mempunyai

    kemahiran yang cukup untuk belajar dalam apa-apa matapelajaran pun.

    Tahap ketiga adalah di mana tahap kecerdasannya adalah yang paling

    teruk iaitu di bawah 35. Mereka tidak berupaya untuk melakukan sebarang

    kerja dan perlukan perhatian khusus dari orang dewasa untuk menjaga

    mereka termasuklah melakukan perkara yang mudah seperti memakai

    baju dan membuang air.

    3.4.2 Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (learning disabilties)

    Kanak-kanak ini mempunyai masalah keran tidak berupaya untuk

    mengikuti kelas seperti biasa. Ini adalah kerana mereka mempunyaimasalah peribadi atau peribadi atau kedua-duanya. Bagaimanapun,

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    23/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    23

    kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini tidak menghadapi sebarang

    masalah fizikal, emosi, penglihatan, pendengaran dan kecacatan

    mental(kerencatan akal).

    Keadaan kanak-kanak bermasalah pembelajaran khusus dirujuk sebagai

    halangan psikologikal atau neurologikal terhadap gerakbalas bahasa,

    samada lisan atau tulisan, persepsi kognitif, atau aktiviti psikomotor.

    Ciri-ciri yang dirumuskan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran

    ialah:-

    a) Pencapaian akademik keseluruhannya tidak sampai tahap

    memuaskan.

    b) Lemah dalam subjek Matematik dan Bahasa.c) Tidak menunjukkan minat dalam kelas.

    d) Hanya berupaya memberi perhatian atau tumpuan singkat terhadap

    aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    e) Masalahnya tidak dipedulikan atau tidak dapat dibantu oleh ahli

    keluarganya.

    f) Mereka juga sering mengantuk, mudah lupa seta mempunyai sifat

    malu dan segan untuk bertanya.

    3.4.3 Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku(behavioral disorders)

    Secara am, kanak-kanak kecelaruan tingkah laku mempunyai 4 kategori iaitu

    seperti berikut:-

    a) Tingkah laku terbias: mempunyai tingkah laku yang menentang autoriti,

    tidak memenuhi peraturan atau undang-undang, kurang bertimbang

    rasa dan suka menyerang orang. Kanak-kanak golongan ini adalah

    hiperaktif atau hiperkinetik.

    b) Sifat pengongkongan dalaman: kanak-kanak yang bersifat pemalu,

    pendiam, sensitif, pasif, tidak suka berkawan, dan mudah tersinggung.

    Mereka sering melakukan tindakan di luar dugaan.

    c) Tingkah laku ketidakmatangan: kanak-kanak yang kurang berupaya

    dalam menumpukan perhatian dalam pelajaran. Mereka tidak berminat

    belajar, sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri.

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    24/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    24

    d) Tingkah laku antisosial: kanak-kanak sering bertindak liar dan kerap

    menimbulkan masalah disiplin sekolah. contohnya seperti memeras

    ugut, mencuri, ponteng dan sebagainya.

    3.4.4 Kanak-kanak cacat pendengaran dan bermasalah pendengaran

    Kanak-kanak cacat pendengaran sering menghadapi masalah

    komunikasi dan mereka sukar untuk mempelajari sebutan perkatan-perkataan

    dengan jelas dan tepat. Kanak-kanak ini tergolong dalam dua kumpulan

    kanak-kanak cacat pendengaran pratutur (prelingual) dan kanak-kanak cacat

    pendengaran postutur (postlingual). Jadual 1.4.4 di bawah merupakan

    banding beza antara dua jenis kumpulan ini.

    Ciri-ciri kanak-kanak cacat pendengaran ialah seperti berikut:-

    a) Terlalu pasif, tidak suka bergaul dengan rakan-rakan sebaya.

    b) Mereka juga menghadapi masalah memahami kata orang lain,

    pertuturan kurang lancar dan tersekat-sekat serta berulang-ulang.

    c) Kurang arif untuk meggunakan perkataan-perkataan tepat bagi

    menerangkan sesuatu perkara atau situasi.

    d) Sering membaca pergerakan bibir untuk untuk memahami apa yang

    diucapkan oleh orang sekeliling.

    3.4.5 Kanak-kanak cacat penglihatan

    Kanak-kanak cacat penglihatan ialah kanak-kanak yang buta serta

    mempunyai kadar kecekapan penglihatan di antara 20/200 hingga 20/70

    selepas pembetulan, berbanding dengan kanak-kanak penglihatan normalyang mempunyai kadar kecekapan penglihatan 20/20.

    kanak-kanak cacatpendengaran pratutur

    (prelingual)

    kanak-kanak yang pekaksejak lahir.

    menghadapi masalahpembelajaran dankomunikasi yang lebih teruk

    daripostlingual.

    kanak-kanak cacatpendengaran postutur

    (postlingual)

    kanak-kanak cacatpendengaran separa atausepenuhnya.

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    25/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    25

    Terdapat beberapa jenis kanak-kanak bermasalah penglihatan ini

    antaranya ialah kanak-kanak rabun dekat, rabun jauh, rabun malam, rabun

    warna, astigmatisme, katarak, glukoma dan juling. Antara sebab-sebabnya

    ialah kesakitan mata, kekurangan zat makanan ataupun erosakan saraf optik

    atau menghidap penyakit seperti hypermetropia, myopia, dyslexia dan

    sebagainya.

    Antara ciri-ciri yang boleh dikenalpasti ialah:-

    a) Kesukaran membaca tulisan dan ilustrasi dalam buku serta di papan

    kapur.

    b) Sering mengesat mata dan mata selalu kelihatan kemerah-merahan.

    c) Matanya juling, terpesong sedikit kedudukan mata hitamnya dan seringberasa penig kepala.

    d) Matanya amat sensitf terhadap cahaya dan mereka juga tidak dapat

    membaca dalam tempoh yang lama.

    3.4.6 Kanak-kanak cacat fizikal

    Kanak-kanak cacat fizikal ialah kanak-kanak yang mempunyia kecacatan

    anggota badan ataupun ortopedik. Kecacatan ortopedik memepengaruhi funsi

    sendi atau otot, pinggang, tangan atau kakinya hingga lemah dan tidak

    berdaya dan sebagainya. Bagi pelajar yang menghadapi masalah ini, ia pasti

    akan menjejaskan prestasi akademik mereka kerana ketidakcekapan anggota

    badan mereka misalnya dalam seni lukis, muzik dan pendidikan jasmani.

    3.4.7 Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat

    Kebiasaaannya, kanak-kanak cerdik ini mempunyai darjah kecerdasan

    melebihi 120. Mereka biasanya dkategorikan dalam 3 kategori iaitu:-

    a) Kanak-kanak yang mempunyai intelek yang tinggi.

    b) Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta.

    c) Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta.

    Ciri-ciri kanak-kanak pintar ini adalah seperti berikut:-

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    26/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    26

    a) Mempunyai kemahiran kognitif dan sifat ingin tahu yang tinggi.

    b) Menunjukkan motivasi dan perasaan afektif yang tinggi serta ada

    potensi untuk menjadi kreatif dan sensitif.

    c) Dapat mengukuhkan dan mengekalkan dalam ingatan apa yang

    dipelajari tanpa latihan yang berulang-ulang.

    d) Cekap menyiasat, menjadual, mengelasifikasi, mengumpul,

    menginferensi dan melapor.

    e) Berminat terhadap alam sekitar dan persekitaran sekeliling dan ingin

    meneroka dengan lebih meluas.

  • 8/13/2019 Pengurusan Murid Pelbagai Upaya Kumpulan H

    27/27

    Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

    RUJUKAN ------------------(2007). Open University; Pengenalan Pendidikan

    Khas. Kuala Lumpur; Meteor Doc Sdn. Bhd.

    2. Warnocks Report. (n. d.). Diambil pada April 22, 2011, dari

    www.wikipedia.com/warnocks_report.html

    3. Konsep Pendidikan Pemulihan. (n. d.). Diambil pada April 22, 2011,

    dari

    www.pemulihanduniaku.blogspot.com/konsep_pendidikan_pemulihan.

    html

    4. Dr. Boon, K. B. (1980) Siapa dan Mengapa Dalam Pengajaran

    Pemulihan.Diambil pada April 22, 2011, dari laman web Jabatan Ilmu

    Pendidikan, IPG Sandakan,

    www.jabatanilmupendidikanipgsandakan.com/pemuliha_siapa

    _dan_mengapa.html

    Gardner, Howard. Frames of Mind: The Theory of Multiple

    Intelligences. New York: Basic,1983

    http://www.wikipedia.com/warnocks_report.htmlhttp://www.wikipedia.com/warnocks_report.htmlhttp://www.pemulihanduniaku.blogspot.com/konsep_pendidikan_pemulihan.htmlhttp://www.pemulihanduniaku.blogspot.com/konsep_pendidikan_pemulihan.htmlhttp://www.pemulihanduniaku.blogspot.com/konsep_pendidikan_pemulihan.htmlhttp://www.jabatanilmupendidikanipgsandakan.com/pemuliha_siapa%20_dan_mengapa.htmlhttp://www.jabatanilmupendidikanipgsandakan.com/pemuliha_siapa%20_dan_mengapa.htmlhttp://www.jabatanilmupendidikanipgsandakan.com/pemuliha_siapa%20_dan_mengapa.htmlhttp://www.jabatanilmupendidikanipgsandakan.com/pemuliha_siapa%20_dan_mengapa.htmlhttp://www.jabatanilmupendidikanipgsandakan.com/pemuliha_siapa%20_dan_mengapa.htmlhttp://www.jabatanilmupendidikanipgsandakan.com/pemuliha_siapa%20_dan_mengapa.htmlhttp://www.pemulihanduniaku.blogspot.com/konsep_pendidikan_pemulihan.htmlhttp://www.pemulihanduniaku.blogspot.com/konsep_pendidikan_pemulihan.htmlhttp://www.wikipedia.com/warnocks_report.html