pengurusan makmal

Upload: faridah-hanim

Post on 22-Jul-2015

398 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

FARIDAH HANIM ISHAK PGSR SAINS AMBILAN NOV. 2008/2012

P E N C A I R A N L A R U T A NK E P E K A T A N L A R U T A N K I M I A K E M O L A R A N P E N Y E D I A A N L A R U T A N P I A W A I

Pencairan Pencairan sesuatu larutan dibuat dengan menggunakan rumus : M1 V1 = M2 V2

Di mana, M1 V1 M2 V2

-

Kemolaran larutan asal Isi padu asal Kemolaran larutan baru Isi padu baru

Menyediakan Larutan Piawai Dengan Keadaan Bahan Terlarut Ialah LarutanContoh : Menyediakan 100 cm3 larutan natrium hidroksida 0.1 mol dm-3 melalui kaedah pencairan Jika diberikan larutan stok natrium hidroksida 1.0 mol dm3 1. Tentukan isipadu larutan stok natrium hidroksida 1.0 mol dm-3 yang perlu dicairkan sehingga 100 cm3 untuk menghasilkan larutan natrium hidroksida 0.1 mol dm-3. M1 V1 = M2 V2 0.1 x V1 = 0.1 x 100 V1 = 0.1 x 100 / 0.1 = 10 cm3

Samb2. Pipetkan dengan tepat 10 cm3 larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm-3 ke dalam kelalang volumetri 100 cm3. 3. Air suling ditambah sehingga hampir kepada tanda senggatan 100 cm3, dan gunakan penitis untuk menambah air sehingga paras meniskus air tepat berada pada tanda senggatan 100 cm3. 4. Tutup kelalang dengan penutup. Goncang dan telangkupkan kelalang beberapa kali sehingga larutan bercampur sekata.

Label pada asid HCl komersial yang dibeli

Sediakan 1M HCl daripada larutan komersial yang telah dibeli dengan menggunakan maklumat di atas. F.W. of HCl = 36.46 Specific Gravity = 1.19 gram/ml Concentration = 37% Bil mol HCl dalam 1 ml HCl komersial = Jisim / Jisim Molekul Relatif = (1.19 g/ml) / (36.46 g/mol) = 0.03264 mol/ml 1 ml HCl komersial mengandungi 0.37 ml HCl Oleh itu, kemolaran HCl komersial ialah = 0.03264 mol/ml x 0.37 x 1000 ml/L =12.07 M

SambM1V1 = M2V2 12.07 M x V1 = (1 M) x 1000 ml V1 = 82.85 ml Campurkan 82.85 ml HCl komersial dengan air suling sehingga menjadi 1 liter.

Latihan Sediakan 2M H2SO4 daripada larutan komersial yang telah dibeli berdasarkan maklumat di bawah. F.W. of H2SO4 = 98 Specific Gravity = 1.84 gram/ml Concentration = 96% Bil. mol H2SO4 dalam 1 ml H2SO4 komersial = Jisim / Jisim Molekul Relatif = 1.84 g/ml / 98 g/mol = 0.0188 mol/ml

Samb..1 ml H2SO4 mengandungi 0.96 ml H2SO4 Oleh itu, kemolaran H2SO4 komersial = 0.0188 mol/ml x 0.96 ml x 1000 ml/liter = 18.048 mol/liter

M1V1 = M2V2 18.05 M x V1 = (2 M) x 1000 ml V1 = 110. 80 ml Campurkan 110.80 ml H2SO4 komersial dengan air suling sehingga menjadi 1 liter.

Kepekatan Larutan Kimia Kepekatan sesuatu larutan ialah jumlah bahan terlarut yang terlarut dalam seunit isi padu larutan. Semakin banyak bahan terlarut, semakin tinggi kepekatan larutan itu. Kepekatan sesuatu larutan merujuk kepada kuantiti bahan terlarut dalam seunit isi padu larutan, biasanya 1 dm3. Kuantiti bahan terlarut boleh disukat dalam gram atau mol.

Kepekatan Larutan Kimia Kepekatan boleh ditakrifkan dalam 2 cara :1. Kepekatan(gdm3) = Jisim bahan terlarut (g) Isi padu larutan (dm3) 2. Kepekatan(mol/liter) = bil. mol bahan terlarut (mol) Isi padu larutan (liter)

kepekatan sesuatu larutan boleh disukat dalam gdm3 atau mol dm3 (Kemolaran). Unit kepekatan yang biasa digunakan oleh ahli kimia ialah mol dm3 atau molar (M).

Kemolaran Kemolaran ialah bilangan mol bahan terlarut yang terlarut di dalam 1 dm3 (1 liter) larutan. Unit mol/L juga disebut molar, M. Larutan 0.1M Hcl mengandungi 0.1mol Hcl dalam 1 liter pelarut.1liter = 1dm3 = 1000cm3

Kemolarann M V

M = kemolaran (mol L-1)

M = n/V (mol L-1) n V = M V (mol) = n /M (L)

n = bil mol (mol)V = isi padu (L)

Contoh Pengiraan1. 50g CuSO4 kontang dilarutkan dalam air untuk menghasilkan 250cm3 larutan. Hitung kepekatan larutan yang terhasil dalam gdm-3 Kepekatan CuSO4 = Jisim CuSO4(g) (gdm-3) Isi padu air (dm-3) = __50____ 250/1000 = 200 gdm-3

Contoh Pengiraan2. Jika 10.0g garam biasa, NaCl dilarutkan ke dalam 500cm3, hitungkan kemolaran larutan tersebut. [Jisim atom relatif : Na = 23; Cl = 35.5] Kira, Jisim molekul relatif NaCl = 23 + 35.5 = 58.5 bil. mol NaCl = Jisim NaCl Jisim molekul relatif = 10.0 g 58.5 = 0.171 mol

Contoh Pengiraan Kemudian, tukar isi padu kepada liter: 500 x 1/1000 liter = 0.500 liter M = n/V = 0.171 mol/ 0.5 liter = 0.342 mol/liter = 0.342 M

Contoh Pengiraan3. Berapakah bilangan mol Ba(NO3)2 dalam 250 ml larutan 0.45M? Tukarkan isi padu dalam liter = 250 x 1/1000 liter = 0.25 liter Bil. mol = Kemolaran (mol/L) x Isi padu (L) n = M x V = 0.45 mol/L x 0.25 liter = 0.113 mol

Penyediaan Larutan Piawai Larutan piawai larutan yang kepekatannya diketahui dengan tepat. Biasanya disediakan dengan menggunakan kelalang volumetrik di mana ralatnya adalah kecil. Dalam penyediaan larutan piawai, jisim bahan terlarut dan isi padu air mestilah disukat dengan tepat!

Contoh : Menyediakan 250 cm3 larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm-3 (1.0M). [ Jisim atom relatif : Na,23; O, 16; H, 1 ] 1. Jisim pepejal natrium hidroksida yang diperlukan untuk menyediakan 250 cm3 larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm-3 ditentukan. Iaitu : Bil. mol NaOH dalam 250 cm3 larutan NaOH 1.0 mol dm-3 = Kemolaran x Isi padu = 1.0 x 250 = 0.25 mol 1000 Bil mol (n) = Jisim (m) JMR Jisim (m) = n x JMR = 0.25 x 40 = 10g

Menyediakan Larutan Piawai Dengan Keadaan Bahan Terlarut Ialah Pepejal

Menyediakan Larutan Piawai Dengan Keadaan Bahan Terlarut Ialah Pepejal2. 10 g pepejal natrium hidroksida ditimbang dan dimasukkan ke dalam sebuah bikar kecil. 3. Sebuah kelalang volumetri 250 cm3 diisi dengan air suling sehingga penuh. 4. 10 g pepejal natrium hidroksida itu dimasukkan ke dalam kelalang volumetri melalui corong turas. 5. Bikar kecil dan corong turas dibilas dengan air suling dan air basuhan dituang ke dalam kelalang volumetri. 6. Alihkan corong turas. Kelalang volumetri digoncang perlahan-lahan sehingga semua pepejal natrium hidroksida larut.