1
�
PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH
ZON CHANIS MUADZAM SHAH PAHANG
MOHD NASER BIN MD DAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2
�
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH
ZON CHANIS MUADZAM SHAH PAHANG
SESI PENGAJIAN: 2011/2013 Saya MOHD NASER BIN MD DAN (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA).
Alamat tetap: PROF. MADYA DR. YUSOF BOON 116 Felda Keratong 6, (Nama Penyelia) 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
Tarikh:__________________ Tarikh: _________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. � � � ��� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
3
�
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Pendidikan ( Pengurusan dan Pentadbiran )
Tandatangan : ………………………………..
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. YUSOF BOON
Tarikh : ………………………………..
4
�
PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN ZON CHANIS MUADZAM SHAH PAHANG
MOHD NASER BIN MD DAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan
( Pengurusan dan Pentadbiran )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JULAI 2013
5
�
ii
PENGAKUAN
“Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………
Nama Penulis : MOHD NASER BIN MD DAN
Tarikh : ……………………………
6
�
iii
DEDIKASI
Ditujukan istimewa kepada:
Isteri tercinta yang sentiasa bersama-sama mengharungi jerih payah program ini
bagi mengejar cita-cita memertabatkan ilmu demi meningkatkan profesionalisme
perguruan Kharni binti Dol Bakkri
Untuk anak yang dikasihi
Muhammad Mursyid , Najah Adnin, Muhammad Zuhdi, Muhammad Ukasyah,
dan
Safiyah Rayyan semoga meruskan perjuangan ini
Buat ayahanda dan bonda yang amat disayangi
Semoga berbahagia di dunia dan akhirat
Md Dan Bin Saad
dan
Supiah Binti Haji Ismail
7
�
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, Kesyukuran kepada Allah s.w.t di atas kurniaNya yang
mengurniakan kesempurnaan akal, ketabahan hati ,kekuatan mental dan fizikal untuk
menyempurnakan kajian ini. Jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Yusof
Boon selaku penyelia kajian ini di atas segala tunjuk ajar, nasihat, teguran, dorongan
dan bimbingan yang tidak pernah jemu dalam melaksanakan kajian ini. Semua
tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan akan dikenang selagi hayat dikandung badan.
Seterusnya ucapan ribuan terima kasih untuk semua pensyarah , rakan-rakan
seperjuangan dan pentadbiran Sekolah Kebangsaan Keratong 6 yang berkerjasama
untuk menyempurnakan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada pihak
pentadbiran sekolah, guru-guru dan pembantu makmal yang terlibat sebagai
responden untuk kajian ini. Semoga jasa baik tuan Allah sahaja yang membalasnya.
Terima kasih juga buat ayah, isteri, anak-anak dan keluarga yang banyak
memberi semangat dan sokongan yang tidak berbelah bagi semasa proses menulis
kajian ini. Kepada arwah ibunda tercinta anakanda rasa ibunda pun akan gembira
dengan pencapaian anakanda ini. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas rohnya.�
8
�
v
ABSTRAK
Kajian dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap
pengetahuan dan tahap amalan pengurusan makmal sains di sekolah menengah Zon
Chanis, Muadzam Shah, Pahang. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti
tahap perhubungan antara tahap pengetahuan dan tahap amalan pengurusan makmal
sains di sekolah yang dikaji. Kajian juga dijalankan untuk melihat perbezaan antara
tahap pengetahuan mengenai pengurusan makmal mengikut jantina, kelulusan
akademik dan tempoh perkhidmatan. Selain daripada itu kajian dijalankan untuk
melihat perbezaan antara tahap amalan pengurusan makmal sains dengan jantina,
kelulusan akademik dan tempoh perkhidmatan. Responden kajian 57 orang , terdiri
daripada guru matapelajaran sains dan pembantu makmal yang terlibat secara
langsung dalam pengurusan makmal di tujuh buah sekolah menengah Zon Chanis,
Muadzam Shah. Borang soal selidik yang diedarkan mengandungi tiga bahagian
yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat latar belakang responden,
pengetahuan berkenaan pengurusan makmal dan amalan pengurusan makmal yang
mereka praktikkan setiap hari. Kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan item
adalah tinggi dengan indeks Alpha Cronbach pengetahuan pengurusan makmal sains
memberikan nilai 0.880 dan amalan pengurusan ialah 0.861. Data kajian dianalisis
menggunakan program SPSS Version 18.0 bagi mendapatkan min, sisihan piawai,
peratusan, ujian– t dan kolerasi Pearson . Dapatan kajian menunjukkan bahawa
tahap pengetahuan dan tahap amalan pengurusan makmal berada pada tahap yang
tinggi. Analisis data mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
pengetahuan dan tahap amalan pengurusan makmal dalam kalangan guru dan
pembantu makmal. Analisis perbezaan pula hanya terdapat perbezaan antara tahap
pengetahuan guru dan pembantu makmal dengan kelulusan akademik .
9
�
vi
ABSTRACT
The study was meant to identify the level of knowledge and management
practices in high school science labs Chanis Zone, Muadzam Shah, Pahang. This
study was also conducted to determine the relationship between level of knowledge
and management practices in the school science laboratory study. Studies were also
conducted to examine the difference between the level of knowledge about
laboratory management by gender, academic qualifications and length of service.
Apart from the studies conducted to examine the difference between the level of
science lab management practices with gender, academic qualifications and length of
service. 57 survey respondents, consisting of teachers and laboratory science courses
that are directly involved in laboratory management in seven secondary schools
Chanis Zone, Muadzam Shah .. . Distributed questionnaires consists of three sections
designed to obtain background information on the respondents, knowledge of
laboratory management and laboratory management practices which they practiced
each day. The pilot study showed the items are high with Cronbach Alpha index
knowledge management science labs give management practices is 0.880 and 0.861.
Data were analyzed using SPSS Version 18.0 for the mean, standard deviation,
percentage, t-test, and correlation Pearson. The results showed that the level of
knowledge and laboratory management practices are at a high level. Analysis of the
study showed a significant relationship between the level of knowledge and
laboratory management practices among teachers and lab assistants. The differences
are only significant difference between the level of knowledge among teachers and
lab assistants with academic qualifications.
10
�
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kerangka Teori 9
1.8 Kerangka Kajian 10
1.9 Kepentingan Kajian 11
1.10 Batasan Kajian 12
1.11 Prosedur Kajian 13
11
�
viii
1.12 Definasi Istilah dan Operasional 14
1.12.1 Makmal Sains Sekolah 14
1.12.2 Pengurusan 15
1.12.3 Pengurusan Makmal Sains 16
1.12.4 Guru-Guru 17
1.12.5 Pembantu Makmal 17
1.12.6 Demografi 17
1.12.7 Tahap Pengetahuan 18
1.12.8 Tahap Amalan 18
1.12.9 Jantina 19
1.12.10 Tempoh Perkhidmatan 19
1.12.11 Kelulusan Akademik 19
1.13 Penutup 19
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 20
2.2 Model/ Teori 20
2.3 Kajian Terdahulu 22
2.3.1 Kajian Dalam Negara 22
2.3.2 Kajian Luar Negara 25
2.4 Penutup 27
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 29
12
�
3.3 Lokasi Kajian 29
ix
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 30
3.5 Instrumen Kajian 31
3.6 Keesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 33
3.7 Analisis Data 34
3.8 Kajian Rintis 37
3.9 Penutup 38
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Latar Belakang Responden ` 41
4.3 Analisis Deskriptif Berdasarkan Persoalan Kajian 43
4.4 Analisis Inferensi Berdasarkan Hipotesis Kajian 47
4.5 Penutup 56
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 57
5.2 Rumusan Kajian 57
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 59
5.4 Implikasi Kajian 64
5.5 Cadangan Berdasarkan Dapatan Kajian 64
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 66
5.7 Penutup 67
RUJUKAN 68
LAMPIRAN 70
13
�
x
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kemalangan industri 3
3.1 Responden kajian rintis 30
3.2 Skala Likert 32
3.3 Taburan item soal selidik 33
3.4 Nilai Alpha Cronbach 34
3.5 Kaedah analisis data 34
3.6 Sempadan rujukan tahap dan amalan pengurusan 35
3.7 Analisis hipotesis kajian kolerasi Pearson 36
3.8 Penentuan hipotesis nol berdasarkan nilai signifikan 36
4.1 Taburan responden mengikut jantina 41
4.2 Taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan 42
4.3 Taburan responden mengikut kelulusan 43
4.4 Analisis tahap pengetahuan pengurusan makmal 44 dari kalangan guru dan pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah 4.5 Analisis tahap amalan pengurusan makmal 45 dari kalangan guru dan pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah
14
�
xi
4.6 Analisis ujian –t perbezaan tahap pengetahuan 47
guru dan pembantu makmal sekolah menengah
kebangsaan Zon Chanis tentang pengurusan
makmal mengikut kelulusan jantina
4.7 Analisis ujian –t perbezaan tahap pengetahuan 48
guru dan pembantu makmal sekolah menengah
kebangsaan Zon Chanis tentang pengurusan
makmal mengikut kelulusan akademik
4.8 Analisis ujian –t perbezaan tahap pengetahuan 49
guru dan pembantu makmal sekolah menengah
Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan
makmal mengikut mengikut tempoh perkhidmatan
4.9 Analisis ujian –t perbezaan tahap amalan pengurusan 50 makmal sains guru dan pembantu makmal sekolah menengah kebangsaan Zon Chanis mengikut jantina
4.10 Analisis ujian –t perbezaan tahap pengetahuan 51 guru dan pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan makmal mengikut kelulusan akademik
4.11 Analisis ujian –t perbezaan tahap amalan guru dan 52
pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis
Muadzam Shah tentang pengurusan makmal
mengikut tempoh perkhidmatan
4.12 Analisis kolerasi Pearson 53
4.13 Ringkasan keseluruhan analisis data persoalan kajian 54
15
�
xii
.
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kriteria pengurusan makmal 9
1.2 Kriteria dalam pengurusan keselamatan makmal 9
1.3 Kerangka kajian 10
xiii
16
�
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soal Selidik 70
B Analisis Data Kajian 74
C Surat Pengesahan Status Pelajar 95
D Surat Kebenaran Melaksanakan Kajian 96
17
�
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan dalam bidang sains dan teknologi adalah satu keutamaan yang amat
dititikbratkan dalam sektor pendidikan di Malaysia. Visi adalah untuk menghasilkan
masyarakat saintifik menjelang tahun 2020.Terdapat sembilan cabaran strategik yang
Malaysia perlu tangani untuk mencapai wawasan 2020 iaitu :
Cabaran 1 : Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang terdiri daripada satu Bangsa
Malaysia.
Cabaran 2 : Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas dari segi
psikologi,selamat dan maju.
Cabaran 3 : Memupuk dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.
Cabaran 4 : Mewujudkan masyarakat sepenuhnya bermoral dan beretika.
Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat liberal dan toleran yang matang.
Cabaran 6 : Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
Cabaran 7 : Mewujudkan sebuah masyarakat yang penyayang.
Cabaran 8 : Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi,di mana
terdapat pengagihan yang adil dan saksama kekayaan negara.
18
�
Cabaran 9 : Mewujudkan masyarakat makmur dengan ekonomi yang berdaya saing dan
dinamik.
Jika diteliti cabaran ke-6 maka negara mensasarkan akan dapat mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif menjelang 2020. Abu Hassan (2003) dalam bukunya
Kurikulum Sains Sekolah Malaysia menjelaskan bahawa,matlamat negara adalah menuju
ke arah wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,masyarakat
yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan
sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik
dan teknologi masa hadapan
Manakala misi pendidikan sains pula adalah selaras dengan falsafah pendidikan
sains iaitu pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan
memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif,dinamik,tangkas dan
berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan berketerampilan dalam dunia dan
teknologi.
Bagi merealisasikan misi dan visi yang telah ditetapkan maka kerajaan
membelanjakan jutaan ringgit untuk menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur
contohnya bilik makmal sains termasuk segala bahan dan peralatan di dalamnya untuk
kemudahan para pelajar di negara ini. Pusat Perkembangan Kurikulum mengemaskini
struktur kurikulum agar para pelajar akan mengalami pengalaman pembelajaran sains
yang dapat mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam bidang sains
dan teknologi. Selain daripada itu kerajaan juga menyediakan tenaga pengajar yang mahir
dan pembantu makmal untuk melicinkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran sains di
sekolah.
Namun demikian dari segi pelaksanaannya beberapa aspek perlu ditangani oleh
pihak pengurusan sekolah dan perngurusan makmal dengan sistematik, iaitu
19
�
menyediakan kemudahan makmal yang berkualiti di dalam semua peringkat mengikut
keperluan pengajaran dan pembelajarannya. Selain daripada itu pihak pengurusan
makmal harus menjadikan suasana pembelajaran selamat walaupun dimakmal
mengandungi berbagai-bagai peralatan yang merbahaya.Jesteru pengkaji akan cuba
menilai tahap pengurusan makmal sains dalam kalangan guru sains dan pembantu
makmal di sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah. Ini adalah kerana pengajar
sains yang cemerlang bukan semestinya dalam kalangan pengurus makmal yang
terbilang.
1.2 Latar Belakang Masalah
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh dan Keselamatan
Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia bahawa banyak kemalangan
berlaku semasa kerja-kerja di bengkel dan makmal sains. Jadual di bawah menunjukkan
statistik kemalangan yang berlaku di negara Malaysia dari tahun 1994 hingga 1998 .
Jadual 1.1 : Kemalangan industri yang dilaporkan kepada Jabatan Buruh dan
KeselamatanSosial PERKESO) mengikut sebab kemalangan 1994 hingga
1998 SumberPERKESO
Sebab 1994 1995 1996 1997 1998
1. Orang terjatuh
2.Terhempap oleh benda-benda terjatuh
3.Terpijak di atas,terkena/terhempap oleh
benda-benda kecuali benda terjatuh
4.Tersepit di dalam atau di antara benda-
benda
5.Pergerakkan yang berat
21787
13038
56518
24126
13355
40985
2366
12274
42851
17305
9340
42463
18482
13833
36371
20
�
6. Terdedah kepada atau tersentuh suhu
yang panas
7. Terdedah /tersentuh arus elektrik
8.Terdedah atau tersentuh kepada bahan-
bahan yang merbahaya
9.Lain-lain kemalangan yang tidak
dijeniskan
10912
4569
3670
322
2641
12049
14359
4980
920
405
2066
13035
11066
3281
2489
166
1517
11108
7963
2687
1708
88
1313
6212
10581
3074
2343
127
1117
2461
125506 117231 108418 89049 88389
Bolley (1977) menyatakan empat faktor kelemahan pengurusan makmal yang
menyebabkan kemalangan ketika bekerja di makmal salah satu daripada aspek
pengurusan itu ialah penyelia kurang mahir dalam bidang pengurusan makmal. Guru dan
pembantu makmal mesti menguasai kemahiran menguruskan makmal dan
mengamalkannya kerana mereka bertanggung jawab secara langsung dalam memastikan
pengurusan berjalan lancar dan keselamatan para pelajar terjamin semasa menjalankan
amali sains di makmal. Selain daripada itu mereka juga perlu peka terhadap aspek
undang-undang agar segala prosedur keselamatan diikuti dan dipatuhi sepanjang masa.
Zol Azlan (2000) menyatakan bahawa secara umumnya kejadian kemalangan
yang berlaku di makmal sains adalah berpunca daripada perkara-perkara berikut iaitu :
21
�
i. Kurang pengetahuan dan pemahaman tentang bahan proses dan peralatan yang
digunakan di sekolah.
ii. Guru gagal memberi arahan dan penyeliaan secukupnya.
iii. Guru gagal merancang aktiviti secara teratur.
iv. Alat perlindungan atau peralatan yang baik tidak disediakan.
v. Gagal mengikut arahan dan peraturan.
vi.Gagal menggunakan alat perlindungan yang disediakan atau tidak menggunakan
dengan cara yang betul.
vii.Sikap tidak ambil kisah dikalangan pelajar atau kakitangan yang terlibat dalam
aktiviti makmal.
1.3 Penyataan Masalah
Ujian dan kerja-kerja amali sains di makmal adalah merupakan sebahagian
isikandungan pembelajaran sains untuk memantapkan teori dan formula yang
disampaikan oleh guru di dalam kelas.Praktikal amali juga dijalankan di makmal untuk
mengkaji bagi mendapat pertemuan baru. Pelajar tidak berminat dengan kerja-kerja
amali kerana takut terhadap bahan-bahan kimia yang digunakan dan ujikaji yang
dijalankan menggunakan radas-radas yang mempunyai risiko berlaku kemalangan jika
tidak digunakan menurut prosedur yang ditetapkan.
Guru matapelajaran sains mesti membantu membetulkan tanggapan ini dengan
mengamalkan langkah pengurusan keselamatan semasa di makmal dan mengajar pelajar
tentang cara-cara mengendali peralatan dan radas-radas serta bahan kimia ketika praktikal
amali sains mengikut prosedur yang ditetapkan.
22
�
Menurut Everett dan Jenkins (1980) Salah satu perkara yang perlu diajar oleh
guru dalam pengajaran amali sains ialah mengajar pelajar-pelajar bagaimana cara untuk
menggunakan peralatan dan bahan kimia berbahaya dan berpotensi untuk mendatangkan
kemalangan.Guru matapelajaran sains dan pembantu makmal memang sedar tentang
kepentingan pengurusan keselamatan di dalam makmal sains tetapi semasa pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran perkara ini kurang dititik beratkan kerana sudah menjadi
rutin harian mereka.
Kadang kala guru matapelajaran sains dilantik munguruskan makmal hanya
berdasarkan kemahiran saintifik mereka sahaja bukan berdasarkan kemahiran pengurusan
makmal sains seperti dinyatakan oleh Grove dan Wallace (1978). Selama ini pengurus
makmal dilantik pada asasnya berdasarkan kepada kemahiran saintifik dan sangat sedikit
yang muncul berdasarkan kemampuan pengurusan dan mereka memerlukan lantikan
pengurusan(Terjemahan oleh Ahmad Saat dan Mohd Zubir,1993)
Pengurusan makmal melibatkan pengurusan organisasi,pengendalian peralatan-
peralatan makmal,sistem fail dan rekod,penstoran peralatan,pembelian penyelenggaraan
dan pengurusan persekitaran serta keselamatan makmal.Penyelidik mendapati guru sains
dan pembantu makmal menghadapi sedikit kesukaran dalam dalam aspek pengurusan
makmal dan bagaimana untuk mengaplikasikannya di dalam makmal sains. Oleh itu
kajian ini diharapkan akan menentukan tahap pengetahuan dan amalan pengurusan para
guru serta pembantu makmal di sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah, Pahang.
Pengetahuan dan amalan pengurusan makmal sains untuk guru-guru sains dan pembantu
makmal adalah penting bagi melancarkan lagi pengajaran dan pembelajaran sains di
dalam makmal.
1.4 Objektif Kajian
23
�
Dalam kajian yang dijalankan, terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai oleh
penyelidik. Antaranya adalah :
i. Mengenalpasti tahap pengetahuan dalam kalangan guru dan pembantu makmal
sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan makmal.
ii.Mengenalpasti tahap amalan pengurusan makmal sains dalam kalangan guru dan
pembantu makmal di sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah.
iii.Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan
dengan amalan pengurusan makmal sains dalam kalangan guru dan pembantu makmal
di sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah Pahang.
iv.Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dan pembantu
makmal sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan makmal
berdasarkan demografi (jantina, kelulusan akademik dan tempohperkhidmatan).
v. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan tahap amalan pengurusan makmal dalam
kalangan guru dan pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah
berdasarkan demografi (jantina, kelulusan akademik dan tempoh perkhidmatan).
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah seperti berikut :
i.Apakah tahap pengetahuan dari kalangan guru dan pembantu makmal sekolah
menengah Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan makmal?
ii. Apakah tahap amalan pengurusan makmal sains dari kalangan guru dan pembantu .
makmal di sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah?
24
�
iii.Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dan pembantu makmal sekolah
menengah Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan makmal berdasarkan
demografi (jantina, kelulusan akademik dan tempoh perkhidmatan)?
iv.Adakah ada terdapat perbezaan tahap amalan pengurusan makmal dari kalangan guru
dan pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis MuadzamShah berdasarkan
demografi (jantina, kelulusan akademik dan tempoh perkhidmatan)?
v. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan amalan
pengurusan makmal sains dari kalangan guru dan pembantu makmal di sekolah
menengah Zon Chanis Muadzam Shah Pahang?
1.6 Hipotesis Kajian
Hipotesis Nol untuk kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:
H�1. Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dan pembantu makmal
sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan
makmal dengan jantina .
H�2. Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dan pembantu makmal sekolah
menengah Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan makmal dengan
kelulusan akademik.
H�3.Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dan pembantu makmal sekolah
menengah Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan makmal dengan tempoh
perkhidmatan.
H�4. Tidak terdapat perbezaan tahap amalan pengurusan makmal dari kalangan guru dan
pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah dengan
jantina.
25
�
H�5. Tidak terdapat perbezaan tahap amalan pengurusan makmal dari kalangan guru dan
pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah
dengankelulusan akademik.
H�6. Tidak terdapat perbezaan tahap amalan pengurusan makmal dari kalangan gurudan
pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah dengan tempoh
perkhidmatan.
H�7 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan amalan
pengurusan makmal sains dari kalangan guru dan pembantu makmal di sekolah
menengah Zon Chanis Muadzam Shah Pahang.
1.7 Kerangka Teori / Model
Menurut Shaharom Noordin dan Junainah Othman (2007) dalam kajian mereka
mengenai tahap kesedaran kepentingan pengurusan makmal sains dalam kalangan bakal
guru sains menyatakan kriteria pengurusan makmal seperti berikut :
Rajah1.1: Kriteria pengurusan makmal sains
���������
�� ������
����������
� �����
�
�������
��������
���������������
������������
������ �������
������������
����������
��������������
����������������� ��
�����������
26
�
Rajah 1.2: Kriteriapengurusan keselamatan makmal sains
1.8 Kerangka Kajian
Rajah 1.3: Kerangka kajian
Berdasarkan Rajah 1.3 pengkaji akan cuba menganalisis tahap pengetahuan dan tahap
amalan pengurusan makmal sains di sekolah menengah kebangsaanZon Chanis,Muadzam
Shah. Selain daripada itu pengkaji akan menganalisis perhubungan di antara
����������
�����
!���������� ���
"� #�$�#���$�� ���
"�%������&�'���'�(�(��'���!��&����'��
"�%�����'��"�%(�'���'�(�(��'���!��&����'��
27
�
pembolehubah bersandar iaitu tahap pengurusan makmal dan tahap amalan pengurusan
makmal .
Pengkaji juga mahu melihat perbezaan tahap pengetahuan pengurusan makmal sains dan
tahap amalan pengurusan mengikut demografi guru dan pembantu makmal
(Jantina,Tahap Pendidikan dan Tempoh Perkhidmatan).Pengkaji akan mengkelaskan
tahap pengurusan makmal dan amalan pengurusan makmal kepada tiga tahap iaitu tinggi ,
sederhana dan rendah. Pengkelasan tahap ini bergantung kepada jawapan responden
semasa menjawab soalan soal selidik yang dikemukakan kepada mereka.
1.9 Kepentingan Kajian
Kajian berkenaan dengan pengurusan makmal sains banyak dilakukan oleh
pengkaji yang terdahulu. Namun kajian ini lebih berfokus kepada skop kajian yang lebih
kecil untuk mengetahui tahap pengurusan dan amalan pengurusan di sekolah menengah
kebangsaan Zon Chanis,Muadzam Shah. Kajian yang lebih berfokus ini akan memberi
maklumat yang hampir tepat keadaan yang berlaku di sekolah- sekolah yang dikaji.
Permasalahan yang dikenal pasti sepatutnya diterima dengan tangan terbuka dan
berlapang dada oleh pihak-pihak terbabit khususnya pihak pentadbiran sekolah.
Maklumat ini penting kepada pihak pentadbiran sekolah untuk merangka strategi-strategi
pengurusan untuk membuat penambahbaikkan supaya pengurusan makmal sains di
sekolah tersebut lebih cemerlang pada masa hadapan.
Dapatan kajian ini juga penting kepada pihak pentadbir mengetahui apakah
keperluan guru-guru yang berkhidmat di sekolah tersebut.Mengikut Teori Abraham
Maslow(1954) keperluan perlu dipenuhi bagi memotivasikan seseorang pekerja.Pihak
pentadbir perlu mengenalpasti keperluan guru untuk meningkatkan motivasi kakitangan
28
�
bawahannya. Hasilnya guru-guru akan lebih selesa apabila berurusan dengan pihak
pentadbiran dan menumpukan tugas yang diamanahkan dengan sepenuhnya. Al-
Ramaiah(1992) mengatakan bahawa penglibatan pentadbir sekolah dan guru-guru
sekolah dalam perancangan, organisasi dan pelaksanaan adalah penting.
Bagi pihak guru-guru dan pembantu makmal pula, kajian ini dapat menjadi
panduan kepada mereka untuk membuat penilaian kendiri kualiti perkhidmatan
pengurusan makmal sains yang mereka berikan untuk pembangunan dan kemajuan
sekolah. Segala kelompangan hendaklah diperbaiki semula agar semua ahli dalam
organisasi bergerak dalam satu pasukan untuk mencapai misi dan visi yang ditentukan
oleh sekolah.
Pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah boleh menggunakan dapatan kajian ini
untuk merangka program-program pengurusan makmal sains yang sistematik dan
menyeluruh. Program tersebut akan membantu guru-guru dan pembantu makmal
meningkatkan pengurusan makmal sains di sekolah masing-masing untuk
memperkasakan profesion perguruan .
Akhir sekali kajian ini penting untuk kumpulan pengguna makmal sains iaitu para
pelajar. Pelajar dapat mengetahui tahap keselamatan makmal yang mereka gunakan untuk
pengajaran dan pembelajaran amali sains. Sebagai pengguna para pelajar boleh mengenal
pasti aspek-aspek dalam pengurusan makmal yang boleh dibantu demi melicinkan lagi
pengajaran dan pembelajaran amali sains di makmal. Jika pihak pentadbiran
sekolah,guru-guru,pembantu makmal serta pelajar berkerja sama di dalam pengurusan
makmal sains maka kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan dan kemalangan dapat
diminimumkan
1.10 Batasan Kajian
29
�
Kajian yang dijalankan secara kuantitatif dengan memberi tumpuan khusus
kepada pengurusan dan amalan pengurusan makmal di sekolah menengah Zon
Chanis,Muadzam Shah. Maklumat diperolehi adalah terbatas kepada maklumat balas soal
selidik yang diedarkan kepada para guru yang mengajar mata pelajaran sains dan
pembantu makmal di tujuh buah sekolah menengah kebangsaan Zon Chanis, Muadzam
Shah,Pahang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Chanis, Sekolah Menengah
Kebangsaan Perantau Damai, Sekolah Menengah Kebangsaan Keratong, Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak, Sekolah Menengah Agama Al Hasanah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Selancar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Perwira
Jaya.
Kajian ini hanya dilakukan kepada 57 responden sahaja yang terlibat secara
langsung dalam pengurusan makmal sains di sekolah-sekolah yang terlibat. Oleh itu
dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua sekolah di Malaysia kerana
responden terlalu kecil serta suasana dan budaya sekolah adalah berlainan antara satu
sama lain.
Selain daripada itu kesuntukan masa membuat kajian ini iaitu hanya 8 bulan
menyebabkan mungkin terdapat kelemahan-kelemahan yang tidak dapat dielakkan .
Kejituan kajian bergantung kepada sepenuhnya kepada kefahaman dan kejujuran
responden yang dipilih untuk menjawab item-item soalselidik yang diedarkan oleh
pengkaji. Instrumen borang kaji selidik terbatas mendapat maklumat dalam bentuk
kuantitatif dan bukannya kualitatif.
1.11 Prosedur Kajian
Kajian ini dilakukan secara sistematik berdasarkan beberapa prosedur yang telah
ditetapkan oleh pengkaji. Prosedur-prosedur tersebut terbahagi kepada tiga peringkat iaitu
30
�
peringkat permulaan, peringkat pengumpulan maklumat dan data serta peringkat
penganalisis data.
Pada peringkat permulaanmaklumat-maklumat tentang literatur dan penyelidikan
kajian-kajian lepas diperolehi daripada sumber rujukan dan bahan-bahan bacaan. Sumber
rujukan terdiri daripada buku-buku, jurnal, majalah-majalah, keratan akhbar dan
internet.Perkara yang diberi keutamaan adalah objektif, skop,hipotesis, persoalan dan
kerangka kajian. Pengkaji cuba menilai sejauh mana kajian-kajian lepas mempengaruhi
kajian yang akan dilaksanakan oleh pengkaji.
Pada peringkat pengumpulan maklumat pengkaji menggunakan borang soal
selidik untuk dijawab oleh responden.Pengkaji menetapkan jumlah responden dan masa
yang sesuai untuk mengutip kembali borang soal selidik yang dijawab oleh responden.
Semua maklumat yang diperolehi di masukkan ke dalam komputer untuk dianalisis.
Peringkat yang ketiga adalah peringkat penganalisis data. Data-data mentah yang
telah dikumpul dimasukkan ke dalam perisian SPSS version 18 . Setiap data dianalisis
secara statistik untuk mendapatkan nilai min,median,mod, minimum, maksimum,
pencongan dan sisihan piawai berkenaan tahap pengurusan dan amalan pengurusan
makmal sains di sekolah menengah kebangsaan Zon Chanis. Selain daripada itu
penyelidik cuba untuk mencari kolerasi antara pembolehubah-pembolehubah yang
terlibat dalam kajian ini.
Pengkaji menggunakan perisian Microsoft Excell untuk menterjemahkan data-
data dalam bentuk jadual dan graf.Melalui kaedah ini pengkaji dapat mempersembahkan
hasil kajian dengan lebih jitu dan mudah untuk difahami.
31
�
1.12 Definisi Istilah dan Operasional
Terdapat beberapa definisi istilah dan operasional dan akan diperbincangkan
dengan terperinci sebagaimana yang berikut:
1.12.1 Makmal Sains Sekolah
Makmal sains merupakan tempat melakukan atau mengadakan aktiviti percubaan,
penyeliaan, penyelidikan yang menghubungkait dengan ilmu sains iaitu Fizik,Biologi dan
Kimia. Makmal sains dibina dan dilengkapi dengan segala peralatan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran amali sains diperingkat sekolah rendah dan menengah.
Dalam kajian ini makmal sains bermaksud makmal sains yang terdapat di tujuh
buah sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah yang digunakan oleh pelajar dan
guru-guru untuk pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sains.
1.12.2 Pengurusan
Pengurusan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka esisi keempat (2010)
bermaksud suatu perihal atau kerja mengurus sesuatu seperti mengurus syarikat atau
sektor-sektor perniagaan.Menurut Kamus Webster′s New Collegiate Dictionary (2004)
pengurusan atau management bermaksud tindakan atau seni pengurusan (management),
mengarah (directing) dan pengawasan (controlling)
32
�
Menurut Nik Abdul Rashid (1995) dalam Nor Fariza (2002), pengurusan adalah
cara mengurus manusia, aset, organisasi dan negara yang hanya diketahui oleh manusia
yang terlatih di dalam suatu bidang pengkhususan tertentu. Menurut Brench (1975) dalam
Nor Fariza (2002) pula, pengurusan adalah proses sosial yang mengandungi perancangan,
kawalan, penyelarasan dan dorongan. Pengurusan adalah merujuk kepada tindakan yang
dilakukan oleh guru mengikut persepsi pelajar dalam mengawal pelajar, bahan dan
peralatan yang terdapat di dalam bengkel yang telah dipertanggungjawabkan.
Bateman & Snell (1996) mendifinisikan pengurusan ialah proses bekerja dengan
orang lain dan sumber-sumber untuk mencapai matlamat organisasi. Pengurus yang baik
melakukannya dengan cekap dan berkesan. Berkesan bermakna dapat mencapai matlamat
organisasi .Cekap pula ialah mencapai matlamat dengan pembaziran sumber yang
minima iaitu dapat menggunakan wang,masa,bahan dan manusia dengan cara yang
terbaik. Pengurus yang terbaik sentiasa memberikan tumpuan kepada keberkesanan dan
kecekapan.
Robert Kreitner, (1983) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses kerja
dengan melalui orang lain untuk mencapai objektif organisasi secara berkesan dengan
menggunakan sumber-sumber terhad secara cekap dalam suasana yang sentiasa berubah-
ubah.
Dalam kajian inipengurusan adalah cara mengurus manusia, aset, dan organisasi
dalam kalangan guru dan pembantu makmal yang terlatih secara sistematik dan berkesan
ke arah mencapai matlamat organisasi.
1.12.3 Pengurusan Makmal Sains
33
�
Grove dan Wallace,(1993) menyatakan pengurusan makmal adalah
tanggungjawab bakal guru sains dalam mengetahui dan menyedari aspek-aspek
pengurusan makmal sains. Aspek-aspek pengurusan makmal sains yang diutarakan ialah :
i. Pengurusan organisasi
ii. Susun atur makmal
iii. Peraturan pengstoran dan peralatan
iv. Mengurus pembelian dan penyelanggaraan barangan makmal sains .
Dalam kajian ini pengurusan makmal sains bermaksud pengurusan organisasi,
fizikal makmal, penstoran, peralatan, pembelian dan penyelenggaraan barangan dalam
makmal sains dalam kalangan guru dan pembantu makmal di sekolah menengah Zon
Chanis Muadzam Shah.
1.12.4 Guru–Guru
Menurut Noresah Bahrom (1995) Guru boleh ditakrifkan sebagai orang yang
mengajar, mendidik,mengajar dan pengasuh. Dalam kajian ini guru yang dimaksudkan
ialah guru yang mengajar subjek sains di sekolah tempat kajian dijalankan.
1.12.5 Pembantu Makmal
Pembantu menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010) bermaksud orang (alatdll)
yang membantu, penolong. Manakala makmal pula ialah tempat mengadakan percubaan
atau penyelidikan berhubung dengan ilmu sains. Dalam kajian ini pembantu makmal
bermaksud orang yang membantu guru sainsmenyediakan bahan-bahan dalam
pengajaran dan pembelajaran amali sains serta membantu dalam pengurusan makmal
sains di sekolah yang dikaji.
34
�
1.12.6 Demografi
Demografi menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010) bermaksud kajian
tentang perkembangan penduduk dari segi saiz, kepadatan, kelahiran dan
kematian.Dalam kajian ini demografi bermaksudkajian latar belakang responden yang
meliputi jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman mengajar.Demografi responden
adalahpenting untuk melihat perbezaan antara faktor demografi dengan tahap pengurusan
dan amalan pengurusan makmal dalam kalangan guru-guru dan pembantu makmal di
sekolah menengah Zon Chanis Chanis Muadzam Shah.
1.12.7 Tahap Pengetahuan
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010) tahap bermaksud had atau takat
dalam sesuatu usaha manakala pengetahuan pula bermaksud mengetahui,kebijakan,
kepandaian. Dalam kajian ini tahap pengetahuan dalam pengurusan makmal yang baik
dan cemerlang adalah kebijaksanaan mengurus makmal dengan berkesan dengan cara
pembahagian kerja yang tersusun, penggunaan sumber yang optimum, struktur organisasi
yang kemas, kepimpinan yang cekap, polisi dan prosedur yang jelas serta memiliki
budaya organisasi yang mantap. Keberkesanan ini juga turut dibantu oleh teknologi yang
canggih seperti sistem komputer yang baik, prasarana yang lengkap dan tenaga kerja
yang terlatih.
1.12.8 Tahap Amalan
35
�
Kamus Dewan edisi keempat (2010) mendifinisikan tahap ialah had atau takat
sesuatu usaha manakala amalan pula ialah sesuatu yang dilakukan sebagai sesuatu
kebiasaan . Dalam kajian ini tahap amalan bermaksud had atau takat sesuatu usaha yang
dipraktikkan oleh pihak yang menguruskan makmal sains ke arah keberkesanan
pengurusan makmal sains di sekolah dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran
amali sains bertaraf dunia.
1.12.9 Jantina
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat(2010) jantina
bermaksud jenis kelamin (laki-laki atau perempuan). Dalam kajian ini jantina bermaksud
kategori lelaki atau perempuan guru-guru dan pembantu makmal yang terlibat sebagai
responden.
1.12.10 Tempoh Perkhidmatan
Menurut Kamus Pelajar edisi kedua (2008) tempoh bermaksud jangka waktu atau
masa yang tertentu manakala perkhidmatan adalah kerja,usaha untuk kepentingan orang
ramai. Tempoh perkhidmatan dalam kajian ini bermaksud jumlah tahun guru-guru dan
pembantu makmal berkhidmat di sekolah. Semakin lama berkhidmat semakin mahir
mereka menguruskan makmal sains di sekolah.
1.12.11 Kelulusan Akademik
Kelulusan menurut Kamus Dewan dan Pustaka edisi keempat (2010) bermakna
tingkatan pengajian yang diperoleh sama ada sijil SPM, sijil STPM dan ijazah. Akademik
adalah mengenai ilmu pengetahuan. Kelulusan akademik bermaksud tahap tertinggi sijil
36
�
yang diperoleh oleh setiap individu.Dalam kajian ini kelulusan akademik bermaksud
pencapaian akademik yang diperolehi oleh guru-guru dan pembantu makmal yang terlibat
dalam kajian ini.
1.13 Penutup
Pelajaran sains merupakan pelajaran yang penting untuk membina masyarakat
sainstifik pada masa hadapan. Pelajaran sains melibatkan dua aspek yang penting iaitu
aspek teori dan amali. Kedua-dua aspek ini penting kerana saling melengkapi antara satu
sama lain. Pengajaran dan dan pembelajaran amali seharusnya dilakukan di dalam
makmal sains. Terdapat berbagai-bagai perkara yang perlu diurus selia oleh guru dan
pembantu makmal di makmal sains yang terbahagi kepada makmal biologi,makmal fizik
dan makmal kimia. Pengurusan dan amalan pengurusan yang baik menjamin kualiti
pelajaran amali sains yang diterima oleh para pelajar.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan