pengurusan kurikulum

22
Tugasan Individu Pengurusan Kurikulum (KPF 6044) KPF 6044 PENGURUSAN KURIKULUM TUGASAN : KAJIAN KES TAJUK : Buat satu kajian kes tentang dua orang guru yang mengajar mata pelajaran yang berlainan, pengurusan kurikulum. NAMA : ............................. NO.MATRIK : ……………………………… SEMESTER : SE………………………….. NAMA PENSYARAH : PROF. ………………………………. 1

Upload: smk-taman-kluang-barat

Post on 16-Apr-2017

425 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan kurikulum

Tugasan IndividuPengurusan Kurikulum (KPF 6044)

KPF 6044

PENGURUSAN KURIKULUM

TUGASAN : KAJIAN KES

TAJUK : Buat satu kajian kes tentang dua orang guru yang mengajar mata pelajaran yang berlainan,

pengurusan kurikulum.

NAMA : .............................

NO.MATRIK : ………………………………

SEMESTER : SE…………………………..

NAMA PENSYARAH : PROF. ……………………………….

1

Page 2: Pengurusan kurikulum

Tugasan IndividuPengurusan Kurikulum (KPF 6044)

ABSTRAK

Kajian kes ini merupakan kajian kualitatif yang mengkaji tentang pemikiran dua orang guru yang mengajar tingkatan

enam. Guru Pertama mengajar subjek ekonomi manakala guru yang kedua mengajar subjek sejarah. Sejak

kebelakangan ini tingkatan enam mengalami perubahan drastik yang meyediakan pelajar selaras dengan pemikiran

abad ke 21. Pendidikan tingkatan enam merupakan satu saluran bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

melanjutkan pelajaran di peringkat prauniversiti. Wujudnya pendidikan prauniversiti yang banyak di Malaysia

menyebabkan pendidikan tingkatan enam menghadapi persaingan sengit, dengan itu memberi kesan terhadap

bilangan pelajar yang melanjutkan pelajaran tingkatan enam semakin berkurangan. Berkaitan dengan hal itu, guru-

guru yang mengajar mata pelajaran merupakan pihak yang penting dalam membantu pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) dalam memartabatkan pendidikan tingkatan enam Kajian ini ialah satu kajian kes tentang pemikiran

dua rang guru yang mengajar mata pelajaran ekonomi dan Bahasa Melayu, berkaitan pengurusan kurikulum. Dalam

kajian kes ini dimuatkan persoalan usaha yang diambil oleh setiap guru berkenaan untuk memahami kehendak dan

permintaan kurikulum mata pelajaran yang terlibat dalam pengajaran masing-masing dan cara-cara setiap guru

berkenaan membuat perancangan untuk mengajar sesuatu topik dalam mengupayakan proses pembelajaran dalam

kalangan pelajar masing-masing tentang; Kajian ini bertujuan menjawab tiga persoalan iaitu; pertama asas untuk

pemilihan isi kandungan yang akan dipelajari. Kedua Justifikasi untuk pemilihan kaedah dan aktiviti pembelajaran

dan pengajaran dan ketiga Cara dan kaedah guru berkenaan membuat penilaian dan pentaksiran formatif dan

menggunakan dapatan pentaksiran tersebut dalam perancangan pembelajaran dan pengajaran pada masa

depan.Dengan ada kajian ini dapat membantu pihak yang terlibat terutama KPM dalam perancangan usaha-usaha

memartabatkan pendidikan tingkatan enam.

1.0 Latarbelakang Kajian

Persaingan yang hebat daripada pendidikan prauniversiti yang lain seperti program matrikulasi, diploma dan

program asas persediaan di universiti telah menyebabkan pendidikan tingkatan enam tidak mendapat sambutan

dikalangan pelajar lepasan SPM. Ekoran daripada perkara tersebut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

berusaha memartabatkan pendidikan tingkatan enam dengan mewujudkan satu garis panduan baru pengurusan

tingkatan enam yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (2009) iaitu pengurusan tingkatan enam

dalam aspek kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan penyelidikan. Melalui pengurusan baru tersebut

pengetua mengetuai dalam pengurusan tersebut dengan dibantu oleh penolong kanan tingkatan enam, guru

kokurikulum tingkatan enam, guru akademik tingkatan enam.

Perubahan pengurusan tingkatan enam mempunyai hubungkait dengan perubahan kurikulum dalam sistem

pendidikan. Menurut Oliver (1977) apabila berlaku pembaharuan kurikulum dalam sesuatu sistem pendidikan pihak

yang menyokong kepada perubahan tersebut ialah guru, pelajar dan kurikulum itu sendiri, tetapi pihak yang paling

penting ialah guru. Dengan itu guru yang mengajar mata pelajaran tingkatan enam perlu ada satu perubahan

pemikiran untuk menerima perubahan supaya matlamat penjenamaan semula pendidikan tingkatan enam dapat

2

Page 3: Pengurusan kurikulum

Tugasan IndividuPengurusan Kurikulum (KPF 6044)

mencapai matlamat perubahan tersebut iaitu mengangkat martabat pendidikan tingkatan enam, transformasikan

pentaksiran yang holistik, menyesuaikan pelajar dengan sistem pendidikan ala universiti, membina kemahiran

mengurus diri secara berdikari. (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2012).

Sejajar dengan perubahan pentaksiran dan penilaian ke atas pelajar tingkatan enam oleh MPM. Dengan itu

pemikiran guru yang mengajar tingkatan enam perlu berubah bersesuaian dengan pentaksiran baharu yang

diperkenalkan oleh MPM. Mengikut MPM (2012), sistem pentaksiran baharu STPM terbahagi kepada dua bentuk

iaitu berdasarkan kepada peperiksaan akhir dan penilaian berasaskan sekolah (PBS). Peperiksaan akhir dijalankan

sebanyak tiga penggal yang dikendalikan sepenuhnya oleh MPM dan PBS dimasukkan nilai wajaran dalam penentuan

pencapaian prestasi pelajar dalam peperiksaan. Tujuan utama perubahan pentaksiran dan penilaian ialah supaya

matlamat penjenamaan semula pendidikan tingkatan enam dapat mencapai matlamat perubahan tersebut iaitu

mengangkat martabat pendidikan tingkatan enam, mentransformasikan pentaksiran yang holistik, menyesuaikan

pelajar dengan sistem pendidikan ala universiti, membina kemahiran mengurus diri secara berdikari. (Majlis

Peperiksaan Malaysia, 2012; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Guru akademik mata pelajaran tingkatan

enam merupakan tenaga pengajar kelas tingkatan enam memainkan peranan penting dalam penyampaian

pengajaran. Guru tingkatan enam yang dilantik mampu menunjukkan kebolehan dalam menerima perubahan

pendidikan tingkatan enam kerana perlantikan guru adalah berdasarkan pengalaman dan kelulusan akademik.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Clark dan Yinger (1977) menyatakan apa yang dibuat oleh guru dipengaruhi oleh pemikiran mereka. Sikap

dan kefahaman guru terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah penting dalam menentukan kejayaan

pelaksanaanya. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan diantara apa yang diamalkan di bilik darjah dengan apa

yang dikehendaki oleh kurikulum. Bagi pihak perancang dan penggubal kurikulum, mereka mempunyai budaya yang

lebih berorientasikan teori, abstrak, idealistik, berpandangan jauh dan akademik. Sebaliknya pelaksana iaitu guru

dipengaruhi oleh pelbagai budaya sekolah yang menghadapi masalah pengajaran di bilik darjah. Pertama guru tidak

bersedia untuk melaksanakan kurikulum baru yang menyebabkan realiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah

jauh daripada apa yang bakal disaran oleh kurikulum berkenaan. Kedua tidak ada ruang untuk guru memberi

pendapat dan yang ketiga pengetahuan mengenai kurikulum baru diperoleh dari sumber kedua atau ketiga yang

secara tidak langsung mengurangkan kefahaman guru dalam melaksanakannya. Rumusannya kefahaman guru

tentang kurikulum amat penting bagi melihat kejayaannya.

Bagi tingkatan enam usaha telah diambil oleh KPM untuk memartabatkan pendidikan tingkatan enam

supaya dapat menarik minat pelajar lepasan SPM meneruskan pengajian tingkatan enam sebelum menyambungkan

pengajian di peringkat lebih tinggi. Menurut sumber Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM (2011) ialah bilangan

pelajar yang meneruskan pengajian tingkatan enam semakin berkurangan daripada tahun 2007 hingga 2011. Pada

tahun 2007 pelajar yang berada di tingkatan 6 Atas ialah 105,796 pelajar dan merosot pada tahun 2011 dengan

3

Page 4: Pengurusan kurikulum

Tugasan IndividuPengurusan Kurikulum (KPF 6044)

bilangan pelajar 6 Atas ialah 48,143 pelajar. Kemerosotan bilangan pelajar ini membuktikan pelajar lepasan SPM

tidak menjadikan pendidikan tingkatan enam sebagai pilihan dalam melanjutkan pelajaran di peringkat prauniversiti.

Kaedah pengajaran tingkatan enam tidak sama dengan kaedah pengajaran tingkatan lima ke bawah, ini

sesuai dengan pernyataan oleh Pascarella (2005) tentang pengajaran selepas pendidikan menengah menekankan

bagaimana pelajar belajar dan membangunkan intelektual dengan meluaskan penggunaan pendekatan pengajaran

inovatif. Guru yang mengajar tingkatan enam sewajarnya menggunakan kaedah yang berbeza untuk membangunkan

intelek pelajar tingkatan enam sesuai dengan taraf pendidikan prauniversiti. Pendekatan pengajaran inovatif boleh

menarik perhatian pelajar seperti mana penekanan oleh Stodolsky dan Grossman (2000.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

i. Mengenalpasti pemahaman guru terhadap kehendak dan permintaan kurikulum mata pelajaran

yang diajar.

ii. Mengenalpasti cara setiap guru berkenaan membuat perancangan untuk mengajar sesuatu topik.

iii. Menjelaskan asas untuk pemilihan isi kandungan yang akan dipelajari.

iv. Menentukan justifikasi untuk pemilihan kaedah dan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

v. Menganalisis cara dan kaedah guru membuat penilaian dan pentaksiran formatif

vi. Menjelaskan bagaimana guru tersebut menggunakan dapatan pentaksiran tersebut dalam perancangan

pembelajaran dan pengajaran pada masa depan.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian dilaksanakan bagi memahami bagaimana sebenarnya seseorang guru mengurus dan melaksanakan

kurikulum di bilik darjah. Tumpuan kajian ini ialah kepada pemikiran guru yang melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran yang dihasratkan oleh guru dan penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual untuk

mengukuhkan dapatan kajian. Untuk itu penyelidik telah memilih dua orang guru yang mengajar tingkatan enam

sebagai responden dalam kajian ini. Soalan telah diberikan kepada guru tersebut dan dapatan itu dirumuskan oleh

guru.

5.0 TINJAUAN LITERATUR

Model Pemikiran dan Tindakan Guru oleh Clark & Peterson

Clark & Peterson (1986) menjalankan kajian berkaitan dengan proses pemikiran guru ialah untuk

meningkatkan kefahaman bagaimana dan mengapa proses dan aktiviti pengajaran berlaku. Dalam model pemikiran

dan tindakan guru terdapat penglibatan dua domain dalam proses pengajaran. Setiap domain pemikiran guru

digambarkan sebuah bulatan. Domain yang pertama ialah proses pemikiran guru dan domain kedua ialah tindakan

guru dan kesannya boleh diperhatikan. Proses pemikiran guru berlaku di dalam pemikiran minda seseorang guru dan

keadaan ini tidak boleh diperhatikan. Sebaliknya tingkah laku guru, tingkah laku pelajar dan skor pencapaian pelajar

4

Page 5: Pengurusan kurikulum

Tugasan IndividuPengurusan Kurikulum (KPF 6044)

boleh diperhatikan terhadap fenomena yang berlaku. Tiga katogeri utama proses pemikiran guru ditekankan dalam

domain : (a) perancangan guru (pemikiran pre aktif dan pos aktif), (b) pemikiran dan keputusan interaktif guru, dan

(c) teori dan kepercayaan guru. Fasa pengajaran guru yang berlaku secara kualitatif berbeza diantara pre aktif, inter

aktif dan pos aktif dengan bentuk-bentuk pemikiran guru sebelum dan selepas interkasi dalam bilik darjah. Teori dan

kepercayaan guru pula menggambarkan pengetahuan yang dimikili oleh guru akan memberi kesan kepada

perancangan dan interaktif pemikiran dan keputusan guru.

Model Keputusan Perancangan Guru oleh Myers (1995)

Myers dan Myers (1995) menyenaraikan enam komponen yang perlu ada dalam unit pengajaran iaitu (i)

tetapkan objektif yang perlu dicapai oleh pelajar. Dengan menggunakan standard kandungan, guru-guru perlu

mewujudkan dan mengenalpasti satu pelan unit yang perlu dicapai oleh pelajar. Pelan ini termasuklah mengenal

pasti matlamat yang perlu pelajar menguasainya atau boleh dicapai setelah tamat unit (ii) kandungan yang perlu

dipelajari. Bekerja dalam satu unit, guru-guru perlu mengenal pasti semua kandungan yang perlu diajar (iii) strategi

pengajaran yang digunakan oleh guru. Guru akan mempertimbangan strategi pengajaran yang sesuai digunakan

untuk menyampaikan isi kandungan yang ditetapkan kepada pelajar. Pemilihan strategi pengajaran perlu mengambil

kira keperluan-keperluan tertentu berdasarkan kehendak pelajar di dalam kelas. Antara strategi pengajaran yang

boleh digunakan ialah pengajaran langsung, pengalaman pembelajaran koperatif, pembelajaran bersama dengan

rakan sebaya. Perancangan pengajaran perlu diambil kira kemampuan mencapai objektif pengajaran (iv) aktiviti

pembelajaran untuk pengalaman bagi pelajar. Pelajar perlu mempelajari kandungan yang diperlukan oleh akhir unit.

Aktiviti pembelajaran harus direka bentuk untuk bersesuaian dengan kekuatan pelajar dan menggunakan model

pengajaran tertentu untuk meningkatkan kefahaman pelajar (v) pengunaan sumber. Pastikan senarai bahan-bahan

yang perlu digunakan untuk melengkapkan unit pengajaran. Perancangan awal yang dibuat oleh guru boleh

membantu guru dalam pengajaran serta mengelakkan guru tergesa-gesa mencari bahan dalam membantu aktiviti

pengajaran dan (vi) kaedah penilaian untuk menilai prestasi pelajar. Penilaian yang digunakan dapat menentukan

sama ada pelajar telah memenuhi objektif unit yang telah ditetapkan. Guru boleh menggunakan pelbagai jenis

penilaian seperti ujian aneka pilihan, projek-projek individu atau kumpulan, kertas penyelidikan dan menjalankan

ujian.

Penyelidikan dan Keinovatifan Individu

Berkaitan dengan itu, Kauchak, D., & Eggen, P. (2011), kajian tindakan yang dilakukan oleh guru merupakan satu

langkah untuk memahami dan memeriksa secara kritikal adalah satu cara guru dapat meningkatkan pengetahuan

profesionalisme dengan membuat kajian tersebut di dalam bilik darjah. Semua guru pakar boleh melakukan kajian

tindakan secara berterusan untuk mencari jawapan tentang keberkesanan pengajaran. Kajian tindakan merupakan

satu proses secara formal, penyediaan struktur untuk percubaan guru meningkatkan amalan pengajaran. Secara

umumnya terdapat empat langkah yang dijadikan panduan guru mengendalikan kajian tindakan iaitu mengenalpasti

5

Page 6: Pengurusan kurikulum

Tugasan IndividuPengurusan Kurikulum (KPF 6044)

masalah, rancang dan kendalikan kajian tindakan, laksanakan penemuan dan gunakan keputusan untuk

generalisasikan kajian tambahan.

Keinovatifan individu yang dikemukakan oleh Mitchell, D (2004) menyatakan terdapat 20 ciri yang terdapat

pada seseorang individu yang inovatif iaitu cabaran kedudukan semasa, ingin tahu, motivasi sendiri, berwawasan,

meraikan sesuatu yang hebat, mengambil risiko, berkeliling, suka bermain/ kelucuan, penerimaan diri sendiri,

membuat hubungan baru, refleksi, mengiktiraf semua pola, menerima kekaburan, setuju untuk pembelajaran,

mengimbangi intuisi dan analisis, suasana kerjasama, mengucapkan secara jelas dengan rasmi, berdaya tahan, tabah,

dan fleksibel/adaptif. Untuk mewujudkan guru cemerlang, ciri-ciri pemikiran inovatif perlu diterapkan dalam proses

perancangan pengajaran supaya dijadikan sandaran dalam proses pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah.

6.0 HASIL KAJIAN.

Kajian ini telah dijalankan terhadap dua orang guru yang mengajar tingkatan enam. Kes 1 ialah seorang guru

yang mengajar subjek ekonomi dan seorang guru lagi mengajar subjek sejarah. Kedua-dua guru ini berpengalaman

dalam subjek masing-masing. Pengkaji telah memilih dua orang guru tingkatan enam ini kerana hendak melihat

bagaimana teknik pengajaran di tingkatan enam dan hasil daripada pengajaran dan pembelajaran. Di bawah adalah

profil guru masing-masing.

PROFIL GURU 1

NAMA :

Umur :

Sekolah: :

Pengalaman mengajar :

Opsyen : Geografi dan Ekonomi

Mata pelajaran diajar : Ekonomi

Universiti : USM

Kelulusan : B.A with education

M.A Geografi

Latar belakang perkhidmatan :

6

Page 7: Pengurusan kurikulum

Tugasan IndividuPengurusan Kurikulum (KPF 6044)

PROFIL GURU 2

NAMA :

Umur :

Sekolah :

Pengalaman mengajar : 15 tahun

Opsyen : Sejarah

Mata pelajaran diajar : Sejarah

Universiti : USM

Kelulusan : B.Ed(Sejar)ah

Latar belakang perkhidmatan :

6.1 ASAS UNTUK PEMILIHAN ISI KANDUNGAN YANG AKAN DIPELAJARI.

Isi kandungan bagi sesuatu mata pelajaran yang dipilih merupakan maklumat berkaitan mata pelajaran bagi

mencapai matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses penyediaan rancangan pengajaran,

beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang guru bagi menjamin objektif pengajaran dan

pembelajaran tercapai. Guru boleh memilih pelbagai isi kandungan pengajaran dan pembelajaran yang boleh

digunakan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimana pun, guru harus

memilih isi kandungan berdasarkan rancangan tahunan yang disediakan oleh guru. Pemilihan isi kandungan

pengajaran yang dipilih haruslah bertepatan dengan suktan pelajaran yang ditetapkan oleh MPM. Isi kandungan

pelajaran mempengaruhi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan kerana tidak semua isi

kandungan pelajaran yang hendak disampaikan sesuai dengan sesuatu kaedah. Jika pemilihan sesuatu kaedah itu

tidak sesuai dengan isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan, ia boleh menyebabkan objektif pelajaran

yang hendak dicapai tidak tercapai. Misalnya dalam pengajaran sains yang memerlukan murid menjalankan

penyiasatan dalam sesuatu topik pelajaran, kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan adalah sesuai digunakan

jika dibandingkan dengan kaedah hafalan. Beberapa dapatan kajian lain juga menunjukkan bahawa, jika tahap

pengetahuan pedagogi isi kandungan seseorang guru adalah lemah maka proses pengajaran dan pembelajaran akan

bersifat tradisional, iaitu guru hanya menyampaikan penjelasan berupa teori dan hafalan sahaja serta kurangnya

aktiviti yang berbentuk inkuiri (Carlsen, 1999; Geddis, 1993; Jong, 1992; Sharifah & Lewin, 1992).

GURU EKONOMI

(a) Pemilihan isi kandungan adalah berdasarkan sukatan pelajar yang ditentukan oleh MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia).

(b) Pemilihan isi kandungan juga berdasarkan juga berdasarkan objektif / hasil pembelajaran, bermaksud pada akhir pembelajaran setiap isi kandungan pelajar berupaya menterjemahkan apa dipelajari dalam kehidupan harian, mahupun mengaplikasikan dalam soalan-soalan peperiksaan.

7

Page 8: Pengurusan kurikulum

Tugasan IndividuPengurusan Kurikulum (KPF 6044)

(c) Pemilihan isi kandungan juga berdasarkan keupayaan pelajar dalam mempelajari setiap topik. Hasil pembelajaran ditentukan berdasarkan kepada tahap pemahaman pelajar/aras kefahaman pelajar.

(d) Pemilihan isi kandungan juga berdasarkan teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, di mana guru

akan mengenal pasti teknik P&P yang sesuai berdasarkan setiap sub topik supaya pada akhirnya mencapai hasil pembelajaran.

(e) Pemilihan isi kandungan juga berdasarkan kepada alat membantu mengajar. Isi kandungan akan disesuaikan dengan alat membantu mengajar dan pemilihan alat membantu mengajar.

GURU SEJARAH

(a) memilih isi kandungan berdasarkan rancangan tahunan yang di rangka oleh guru.

(b) Memudahkan aspek pengetahuan isi kandungan pelajaran dan senang dipelajari.

(c) Mengelaskan dan memudahkan isi kandungan pelajaran dengan menggunakan pengurusan grafik dan

penyoalan.

6.2 JUSTIFIKASI UNTUK PEMILIHAN KAEDAH DAN AKTIVITI PENGAJARAN.

Faktor kesediaan pelajar atau murid juga mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran

oleh guru. Dalam hal ini, guru harus memastikan tahap kesediaan pelajarnya untuk mengikuti proses pembelajaran

yang akan datang. Justeru itu, guru harus bijak memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

berdasarkan tahap kesediaan pelajar. Jika tahap kesediaan pelajar tidak diambil peduli oleh guru, kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang dipilih tersebut tidak akan berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya. Secara tidak langsung,

ia akan mewujudkan pelbagai kekangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berjalan di dalam

bilik darjah.

Pemilihan media yang sesuai dapat memastikan maklumat dipersembahkan dengan cara yang paling efektif

dan efisien. Pemilihan media perlu menekankan aspek mengenali ciri-ciri media itu terlebih dahulu daripada terus

memilih atau menentukan peralatan dan bahan yang hendak digunakan. Faktor-faktor yang menentukan pemilihan

media yang sesuai ialah objektif pengajaran dan pembelajaran, ciri-ciri pelajar, kaedah pengajaran dan faktor-faktor

lain yang praktikal.

Model ASSURE menyarankan tiga aspek pemilihan media berdasarkan ciri-ciri pelajar iaitu pertama ciri-ciri

umum pelajar seperti umur dan latar belakang sosio-ekonomi. Kedua, keperluan khusus pelajar seperti pengetahuan

sedia ada tentang tajuk yang akan dipelajari dan ketiga berkenaan dengan gaya pembelajaran pelajar. Sesuatu media

pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan. Jadi adalah

penting untuk mengenal pasti objektif sebelum memilih media. Guru boleh menggunakan pelbagai jenis sumber

pengajaran dan pembelajaran seperti carta, gambar, benda maujud, audio dan video klip, internet bagi memenuhi

keperluan-keperluan murid yang berbeza kesediaan belajarnya. Pemilihan media ini adalah bergantung kepada

kemahiran psikomoto, afektif dan kognitif. Dalam dunia pendidikan yang kian berubah penggunaan teknologi dalam

p&p amat digalakkan. Ini selaras dengan kehendak kementerian pendidikan Malaysia yang mewar-warkan tentang

pendididkan abad ke 21.

8

Page 9: Pengurusan kurikulum

Tugasan IndividuPengurusan Kurikulum (KPF 6044)

Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan proses

pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas antara guru dan murid (Rahil Mahyudin et al.

1997). Di antara kaedah yang bersesuaian untuk mengajar pembelajaran ekonomi ialah kaedah memberi

penerangan, kerja kumpulan, kuiz, dan kerja kursus. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam

pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar

yang menganalisis data, kompeten, kritis, kreatif dan inovatif. Juga berkebolehan memimpin bagi memenuhi

keperluan negara pada masa hadapan. Kaedah pengajaran hari ini masih lagi dibelenggu oleh buku teks yang

berpusat kepada guru semata-mata. Guru harus mengubah kaedah pengajaran daripada berpusatkan guru kepada

murid. Murid - murid harus diberi lebih banyak peluang untuk mencari maklumat dan memproses maklumat

tersebut. Murid juga boleh menganalisis data yang diperolehi supaya hasilnya adalah hasil murid bukan hasil guru.

Guru harus bertindak sebagai fasilitator untuk mendapatkan maklumat. Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam

pengajaran sebagai rempah hidup di bilik darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan

seterusnya keberkesanan pembelajaran kepada pelajar itu sendiri

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik,

karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat

atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu

mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam

bukunya Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi

yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik

merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah

dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan.

GURU EKONOMI

(a) Pemilihan kaedah dan aktiviti pembelajaran dan pengajaran berdasarkan hasil pembelajaran. Bagi hasil

pembelajaran yang tinggi guru akan memilih kaedah pembelajaran berpusatkan guru dan pelajar. Kaedah

seperti perbincangan dalam kumpulan kecil dan aktiviti brainstorming telah digunakan untuk memastikan

pelajar memahami topik aras tinggi.

(b) guru juga menggunakan aktiviti simulasi dan pendekatan inkuiri bagi topik yang memerlukan pelajar

menyelesaikan masalah.

(c) Kaedah pembelajaran koperatif dan kolaboratif akan digunakan untuk topik berkaitan pengiraan supaya

pelajar yang pandai dalam sebuah kumpulan dapat menjadi fasilitator dan mentor bagi membantu pelajar

yang lemah dalam pengiraan.

(d) Pelajar juga diberikan tugasan harian secara individu dan perlu diselesaikan sewaktu PdP dengan

menerangkan tugasan kepada pelajar lain.

9

Page 10: Pengurusan kurikulum

Tugasan IndividuPengurusan Kurikulum (KPF 6044)

(e) selain itu, bagi topik yang mudah kaedah pembelajaran berpusatkan guru akan digunakan supaya penerangan

diberikan oleh guru dalam jangka masa pendek supaya guru dan pelajar menggunakan masa yang panjang

untuk membincangkan topik yang lebih sukar.

(f) kaedah pembelajaran berpusatkan bahan juga penting di sini bagi membantu pelajar-pelajar supaya dapat

membuat ulang kaji secara berterusan bagi menghadapi peperiksaan dalam tempoh masa pendek. Bahan

modul yang berbentuk cetak dan modul dalam bentuk perisian digunakan supaya pelajar dapat membuat

ulang kaji dan bersedia untuk peperiksaan.

(g) Di samping itu, guru juga akan menggunakan power points slaid bagi melicinkan proses pengajaran dan

pembelajaran serta membantu proses ulang kaji.

(h) Ada masanya, guru akan menggunakan bahan internet terutamanya dalam membantu pelajar bagi

melaksanakan kerja kursus STPM. Data-data daripada internet terutamanya data Bank negara Malaysia akan

digunakan untuk menganalisis prestasi makroekonomi bagi negara Malaysia. Ini dapat mendedahkan kepada

pelajar tentang data sebenar tentang ekonomi Malaysia.

GURU SEJARAH

(a) Guru sejarah menggunakan kaedah pengajaran ala kuliah di mana pelajar akan diberikan input yang

secukupnya tentang perjalanan sejarah tentang topik yang diajar.

(b) Pelajar perlu mendengar apa yang disampaikan oleh guru dan menjawab soalan guru secara lisan semasa P&P

dijalankan.

(c) Guru memberikan bahan pengajaran dalam bentuk modul pengajaran semasa P&P. Pelajar akan melihat dan

mengikuti pengjaran berdasarkan modul tersebut.

(d) Guru juga menyediakan bahan dalam bentuk I think untuk menyenangkan pelajar menghubungkait peristiwa-

peristiwa yang berlaku dan kesannya.

(e) Guru juga menggunakan powerpoint semasa pengajaran dan pembelajaran.

6.3 PENILAIAN PENTAKSIRAN FORMATIF DAN MENGGUNAKAN DAPATAN PENTAKSIRAN.

Penilaian boleh didefinisikan sebagai satu kaedah untuk mengumpul, merekod, menganalisis serta

menggunakannya untuk membantu proses pembelajaran (Harlenetal.1992). Menentukan penilaian pembelajaran

merupakan langkah yang terakhir dalam model Tyler dan juga merupakan langkah terpenting. Ini kerana langkah

penilaian ini menentukan sama ada tujuan yang ditentukan pada awal pembinaan kurikulum tercapai ataupun tidak.

Penilaian harus menilai apakah telah terjadi perubahan tingkah laku pelajar sesuai dengan tujuan pendidikan

yang telah dirumuskan. Penilaian sebaiknya menggunakan lebih dari satu alat penilaian dalam suatu waktu tertentu

seperti penilaian sumatif dan penilaian formatif. Penilaian sumatif digunakan untuk memperoleh data tentang

pencapaian akhir pelajar. Manakala Penilaian formatif adalah untuk melihat keberkesanan proses pembelajaran

pada hari itu samada pengajaran dan pembelajaran hari itu berjaya mencapai objektif atau sebaliknya.

10

Page 11: Pengurusan kurikulum

Tugasan IndividuPengurusan Kurikulum (KPF 6044)

Menurut Farrel (2003) penilaian umum lebih banyak tertumpu kearah penilaian penjumlahan, misalnya

keperluan bagi mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan wajib. Bagi semua murid, kepentingan penilaian

formatif adalah dengan menyediakan soalan yang teliti oleh guru. Dalam pembinaan ujian langkah pertama yang

perlu dilakukan ialah menentukan tujuan ujian. Dengan adanya tujuan yang jelas maka tugasan menyediakan jadual

spesifikasi ujian berdasarkan aras kesukaran dapat disediakan. Ujian formatif diberi dari semasa ke semasa

bertujuan untuk mengukur kemajuan murid serta memberikan maklumat balik kepada murid-murid dan guru. Ujian

diagnostik pula bertujuan mencari punca-punca kelemahan murid-murid. Lazimnya pendidik menggunakan

Taksonomi Bloom sebagai panduan membentuk soalan. Taksonomi secara mudahnya adalah pengkelasan. Oleh itu

sesuatu taksonomi bagi menentukan objektif pembelajaran merupakan satu percubaan untuk mengkelaskan bentuk-

bentuk pembelajaran (Atherton 2002).Taksonomi Bloom mengenalpasti tiga domain utama iaitu kognitif, afektif dan

psikomotor. Ketiga-tiganya mempunyai pengkelasan tersendiri, yang mana aras bawah merupakan pra-syarat bagi

penguasaan aras yang lebih tinggi. Taksonomi Bloom yang paling kerap digunakan sewaktu menilai dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah domain kognitif. Menurut Bloom taksonomi tersebut merangkumi enam tahap

iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran

sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan

pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru

dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul

kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu

berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah

seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.

Keberkesanan Menjalankan Ujian Formatif

1. Menentukan Tajuk Pengajaran

2. Menentukan Aspek dan Tahap Penguasaan

3. Menghubungkan Elemen dengan Tajuk

4. Membina Soalan Ujian

5. Mencadangkan Tindakan Susulan

11

Page 12: Pengurusan kurikulum

Tugasan IndividuPengurusan Kurikulum (KPF 6044)

Kata Tugas

Tahap Penilaian Bentuk Soalan

Pengetahuan Siapa , Apa, Di Mana , Terangkan

Kefahaman Huraikan, Bandingkan, Bezakan, Nyatakan

Aplikasi Gunakan, Selesaikan, Kelaskan, Pilih

AnalisisKenapa, Kenalpasti, Rumuskan,

Tentukan,Buktikan

Sintesis Selesaikan

Penilaian Nilaikan, Pilih, Bicarakan, Menaksirkan

GURU EKONOMI

(a) Disebabkan pelajar tingkatan enam akan menghadapi 3 kali peperiksaan STPM iaitu pada penggal 1, penggal 2

dan penggal 3. Maka guru akan mengadakan ujian formatif dan ujian sumatif supaya pelajar boleh

menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan yang akan muncul selang 4 ½ bulan.

(b) Ujian formatif akan diberikan setelah selesai satu-satu topik pada akhir topik untuk memastikan pelajar

menguasai setiap topik yang diajar. Ini juga penting bagi memastikan kaedah digunakan bersesuaian, jika tidak

guru akan menukar kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memastikan pelajar menguasai

satu-satu topik.

(c) Ujian sumatif akan diadakan sebanyak dua kali dalam satu penggal yang dikenali ujian kompetensi 1 dan 2

untuk memastikan pelajar menguasai beberapa topik dan bersedia untuk peperiksaan.

(d) Soalan yang diberi adalah dip[ilih daripada soalan tahun lepas. Latihan objektif, esei dan latihan kuantitatif.

Latihan kurang diberi tetapi penilaian lisan dilakukan dalam kelas iaitu meminta pelajar menjawab soalan di

papan hitam. Guru ini berpendapat apabila guru dapat menerangkan kandungan dengan jelas dan murid

faham maka tidak ada masalah menjawab soalan. Kaedah power point yang digunakan sangat berkesan dan

pelajar dapat memahami kandungan hari itu. Ini didapati daripada jawapan pelajar secara lisan.

GURU SEJARAH

(a) Guru ini menilai pelajar berdasarkan soalan lisan dalam kelas.

(b) Pelajar juga diberi latihan berbentuk mengisi tempat kosong. Ini dilakukan semasa P&P. Sambil pengajaran

dilakukan pelajar akan menulis jawapan dan ini juga merupakan satu penilaian secara spontan yang dilakukan

oleh guru.

(c) Disamping itu pihak sekolah dibawah unit penilaian dan peperiksaan menyediakan jadual ujian kompetensi.

Ujian kompetensi akan diadakan sekali dan ujian percubaab akan diakan sekali sebelum menduduk

peperiksaan.

12

Page 13: Pengurusan kurikulum

Tugasan IndividuPengurusan Kurikulum (KPF 6044)

(d) Ujian kompetensi Sejarah telah diadakan pada bulan Februari yang berbentuk formatif dan percubaan pada

bulan April yang berbentuk sumatif dan bulan Mei adalah peperiksaan STPM penggal kedua.

(e) Guru ini menyatakan bahawa menghadapi kekangan masa. Apabila banyak diberikan latihan maka guru akan

menghadapi masalah menghabiskan sukatan pelajaran.

(f) Namun begitu guru dapat menilai tahap pembelajaran setiap orang murid memandangkan guru hanya

mengajar dua kelas sahaja dan bilangan pelajar adalah sekitar 20 orang setiap kelas.

7.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Dapat disimpulkan di sini bahawa kedua-dua guru dilihat berupaya menghasilkan pembelajaran yang

berkesan kerana menggunakan kaedah, strategi dan aktiviti yang menarik. Peranan guru melaksana pengajaran

berkesan menjadi faktor penting untuk meningkatkan tahap pembelajaran murid ke arah perkembangan jasmani,

emosi, rohani dan intelek(Falsafah pendidikan Negara). Pengajaran yang dilaksanakan dilihat menghasilkan

pencapaian objektif pengajaran dan murid mendapat meningkatkan kemahiran pembelajaran serta perubahan

tingkah laku yang positif. Dalam kata lain berlaku proses guru mengajar dan murid belajar. Murid mendapat hasil

dari proses pengajaran dan pembelajaran serta berlaku perubahan tingkah laku positif yang dapat menunjukkan

murid mendapat manfaat dari objektif pengajaran guru di bilik darjah itu. Selain itu, guru melakukan penilaian yang

berterusan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid serta mengambil tindakan segera

mengatasi kelemahan yang dapat dikenal pasti bagi mengelakkan kelemahan terkumpul. Post mortem dilaksanakan

oleh pihak sekolah dibawah panitia matapelajaranuntuk mengesan kelemahan dan punca masalah serta mengambil

tindakan penyelesaian masalah. Kenalpasti punca masalah telah memudahkan penyelesaian masalah. Post mortem

selepas ujian bulanan, peperiksaan penggal dan peperiksaan percubaan membolehkan guru berkongsi idea dengan

guru lain dalam P&P dan hasil post mortem dijadikan asas untuk tindakan seterusnya.

Penggunaan media pembelajaran yang lebih moden berbanding hanya menggunakan kertas sebagai bahan

edaran juga dialu-alukan. Penggunaan teknologi seperti internet dan lain-lain dapat memberi kesan pembelajaran

yang lebih berkesan selaras dengan perkembangan dunia pendidikan abad ke 21. Penggunaan FROG VLE dan

Telegram sepatutnya dimanfaatkan oleh guru dan murid dengan baik. Untuk memastikan teknologi digunakan di

dalam kelas, maka guru perlu mempunyai persepsi dan kesediaan terhadap teknologi yang digunakan. Ini kerana

persepsi guru terhadap teknologi maklumat memainkan peranan yang penting sebagai faktor yang menentukan

keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi sebagai bahan

bantu mengajar juga dapat menggalakkan pembelajaran secara penemuan dan bereksperimen dan lebih menarik.

Guru ini menggunakan suatu pendekatan yang lebih terbuka terhadap pengalaman-pengalaman beliau. Guru

lebih proaktif dan berkeupayaan menggabungkan isu-isu sosial, etika dan tindakan profesional (Van Manen 2006,

1977). Guru ini juga berupaya untuk mempengaruhi atau mengawal aspek-aspek seperti kurikulum, persekitaran dan

organisasi atau institusi (Wong et al 2000). Beliau yang mempunyai pemikiran terbuka dan lebih komited terhadap

pencapaian matlamat iaitu menyiapkan persediaan mengajar dan bahan pengajaran daripada memikirkan tentang

13

Page 14: Pengurusan kurikulum

Tugasan IndividuPengurusan Kurikulum (KPF 6044)

isu-isu sosial, masalah akhlak, etika dan tindakan profesional (Van Manen 2006, 1977). Guru selalu menyalahkan

pelajar-pelajar daripada menilai kelemahan diri mereka sendiri. Guru tidak mempunyai masa yang mencukupi dan

beban tugas menyukarkan guru untuk menumpukan pada usaha-usaha inovasi, duduk berbincang dengan rakan

sejawat dan membuat refleksi. Namun begitu guru ini boleh mengadaptasikan teknologi maklumat terkini iaitu

dengan melayari laman web berkaitan uuntuk mencari bahan P&P. Peta minda ialah lagi satu kaedah guru ini

menggunakan dalam pengajaran dan didapati pelajar mahir menggunakan kaedah peta minda untuk mencatat nota.

Guru lebih tumpukan untuk memberi fakta daripada menggunakan kaedah KBBK. Pelajar disediakan untuk periksa.

Guru menyatakan bahawa tidak ada masa untuk menggunakan kaedah –kaedah kerana ia akan menyukarkan pelajar

memandangkan penandaan menggunakan skima yang menghadkan pemikiran pelajar.

RUMUSAN

Perbincangan hasil dapatan dari kajian memberi fokus kepada aspek teori, model yang berkaitan dengan

kerangka kajian. Teori dan model yang terlibat dalam kajian ini ialah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi domain

pemikiran guru mata pelajaran tingkatan enam dalam pengajaran. Tinjauan literatur yang dimuatkan ini ialah faktor

kecemerlangan guru dan latar belakang guru termasuklah faktor persenoliti guru itu sendiri. Selain itu kajian ini

dapat meninjau aspek guru yang berkesan dalam pengajaran. Semua aspek yang dibincangkan boleh dijadikan satu

model guru mata pelajaran tingkatan enam.

KESIMPULAN

1. Kedua-dua guru telah memilih isi kandungan berdasarkan rancangan tahunan yang di rangka oleh guru.

keupayaan meliputi isi kandungan kursus dan berusaha wujudkan suasana pembelajaran yang ceria, tidak

tegang, humor.

2. Guru dapat memberi penerangan tentang isi kandungan, cara kuliah dan selitkan soalan(sekali sekala) dan

rasional: jimat masa.

3. Seterusnya, Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang

mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan

kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai melalui refleksi. Selain daripada menyiapkan Rancangan

Pengajaran, kedua-dua guru telah menyediakan bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran bagi mengupayakan proses pengajaran tersebut. Didapati kedua-dua guru tahu

apa yang perlu diajar pada hari itu. Kelemahan pelajar untuk menguasai ilmu menjadi halangan kepada guru-

guru walaupun telah melakukan kaedah pembelajaran yang pelbagai. Jika asasnya lemah maka adalah sukar

untuk guru-guru peringkat tinggi untuk menyampaiakn ilmu.

4. Guru ini berpendapat tenaga pengajar sebagai penerima kurikulum dan melaksanakan tugas mengajar yang

telah ditetapkan dalam sukatan.

5. Beri penerangan tentang isi kandungan, cara kuliah dan selitkan soalan(sekali sekala) dan rasional: jimat masa.

14

Page 15: Pengurusan kurikulum

Tugasan IndividuPengurusan Kurikulum (KPF 6044)

6. Didapati kedua-dua guru ini lebih menumpukan kepada penyediaan pelajar untuk peperiksaan STPM sahaja.

Kerana disitulah akan dilakukan penilaian oleh pengetua tentang keberkesana pengajaran guru.

7. Guru tidak dapat menyerap kehendak kurikulum secara keseluruhannya kerana kekangan masa. Namun

pelajar telah diberi maklumat yang secukupnya tentang isi kandungan disamping mengaitkan dengan senario

semasa.

8. Didapati pelajar lebih seronok belajar kedua-dua matapelajaran. Cuma kurang tentang kejendak kurikulum

secara keseluruhannya.

15

Page 16: Pengurusan kurikulum

Tugasan IndividuPengurusan Kurikulum (KPF 6044)

LAMPIRAN

Suasana pembelajaran mata pelajaran ekonomi(penggal 2)

16