pengurusan kewangan

50
1.0 Pendahuluan Pengurusan dan perancangan kewangan yang sistematik adalah penting di sesebuah sekolah se kerana tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi, program dan aktiviti sekolah tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lebih berkesan. Pengurusan kewangan merujuk kepada peruntukan yang terdapat dalam Akta Pendidikan (Akaun dan Audit), 1962 yang dikeluarkan di bawah Akta Pendidikan 1996.Merujuk kepada peruntukan tersebut mengikut Surat Pekeliling Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 4 Tahun 1988, pihak sekolah dikehendaki menyelenggara, menyimpan akaun-akaun dan rekod-rekod dengan sempurna menyedia dan mengemukakan satu penyata akaun pada tahun kewangan yang baru berlaku kepada pihak audit tidak lewat dari 28 atau 29 Februari tahun berikutnya (yang mana berkenaan). Ini bertujuan membolehkan penyelarasan ataupun pembetulan dibuat pada penyata akaun itu apabila perlu. Sebagai pengurus kewangan sekolah, pengetua atau guru besar berperanan untuk bertanggungjawab penuh bagi merancang, mengurus,mengawal mengagihkan serta menentukan pengurusan kewangan di sekolah dengan cekap dan berkesan ( Zaidatol Akmaliah, 2003). Para pengetua dan guru besar perlu mentadbir kewangan sekolah mengikut panduan yang ditetapkan oleh Buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakuanan Kumpulan Wang Sekolah, 2005, surat- surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. 1

Upload: haslinda-linda

Post on 07-Feb-2016

95 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

Page 1: pengurusan kewangan

1.0 Pendahuluan

Pengurusan dan perancangan kewangan yang sistematik adalah penting di sesebuah

sekolah se kerana tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi, program dan aktiviti sekolah

tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lebih berkesan. Pengurusan kewangan

merujuk kepada peruntukan yang terdapat dalam Akta Pendidikan (Akaun dan Audit), 1962

yang dikeluarkan di bawah Akta Pendidikan 1996.Merujuk kepada peruntukan tersebut

mengikut Surat Pekeliling Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 4 Tahun 1988,

pihak sekolah dikehendaki menyelenggara, menyimpan akaun-akaun dan rekod-rekod dengan

sempurna menyedia dan mengemukakan satu penyata akaun pada tahun kewangan yang baru

berlaku kepada pihak audit tidak lewat dari 28 atau 29 Februari tahun berikutnya (yang mana

berkenaan). Ini bertujuan membolehkan penyelarasan ataupun pembetulan dibuat pada

penyata akaun itu apabila perlu. Sebagai pengurus kewangan sekolah, pengetua atau guru

besar berperanan untuk bertanggungjawab penuh bagi merancang, mengurus,mengawal

mengagihkan serta menentukan pengurusan kewangan di sekolah dengan cekap dan berkesan

( Zaidatol Akmaliah, 2003). Para pengetua dan guru besar perlu mentadbir kewangan sekolah

mengikut panduan yang ditetapkan oleh Buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan

Perakuanan Kumpulan Wang Sekolah, 2005, surat-surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh

Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

Pernyataan ini memgambarkan tentang tanggungjawab yang perlu dipikul untuk

mengendalikan urusan keluar masuk akaun dan kewangan sekolah dengan sempurna

termasuk rekod-rekod kewangan. Ini selaras dengan keperluan Arahan Perbendaharaan 53:

“Semua pegawai pengawai adalah bertanggungjawab melaksanakan kewajiban kewangan

pejabat masing-masing dengan sempurna. Tanggungjawab tersebut adalah memungut dengan

sewajarnya segala wang awam yang patut diterima oleh atau di bawah arahan mereka,

menyimpannya dengan selamat serta juga bertanggungjawab sekiranya akaun yang

dikemukakan oleh mereka atau di bawah kuasa mereka didapati tidak betul. Sebarang

perwakilan kewajiban ini kepada pegawai lain hendaklah dibuat dengan arahan bertulis.

Bagaimanapun, seorang pegawai itu secara amnya tidak terlepas dari tanggungjawabnya

sendiri setelah perwakilan dibuat.”

1

Page 2: pengurusan kewangan

Bagi menentukan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan dengan lebih

berkesan, tatacara perancangan dan pengihan kewangan perlu sentiasa dikaji dan dikemas

kini bagi memenuhi objektif kewangan semasa (Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2004). Aspek kewangan adalah merupakan satu tugas penting yang perlu

dikendalikan secara sistematik dan teratur. Oleh yang demikian pengetua atau guru besar dan

dibantu oleh pembantu tadbir bertanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan aspek

pengagihan dan perancangan kewangan sekolah supaya berjalan mengikut peraturan-peraturan

yang ditetapkan oleh kerajaan. Mereka juga bertanggungjawab memastikan tiada sebarang

penyelewengan dan salah guna berlaku dalam pentadbiran kewangan sekolah. Adalah

menjadi tanggungjawap pengetua atau guru besar bagi menentukan pentadbiran kewangan

sekolah dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam perintah kewangan.

Semasa mengurus kewangan sekolah, pengetua atau guru besar perlu menitik beratkan

perancangan dan kawalan di samping mengambil kira unsur-unsur pentadbiran yang lain.

Matlamatnya adalah supaya sekolah dapat berfungsi dengan baik dengan adanya pengurusan

kewangan yang teratur terutama dalam aspek perangan dan pengagihan peruntukan yang

diterima.. Tugas pengetua atau guru besar sebagai ketua di sekolah adalah untuk memastikan

agihan kewangan mengikut tatacara yang ditetapkan dan perancangan perbelanjaan dilakukan

menepati tujuan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru –murid. Menurut

Adi Baidiozaman (2003), tiga aspek kewangan yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin

sekolah dalam usaha meningkatkan dan menjamin akauntabiliti dan keberkesanan pengurusan

kewangan di peringkat sekolah masing-masing adalah: (1)Tahap penglibatan pengetua atau

guru besar dalam hal ehwal pengurusan kewangan, (2) Kecekapan mengenal pasti dan

memperbaiki beberapa kelemahan dalam pengurusan dan pengawalan kewangan dan (3).

Kemahiran dan keupayaan mewujudkan beberapa pendekatan dan mekanisme

pengurusan bagi meningkatkan akauntabaliti di kalangan semua pihak warga sekolah. Oleh

itu, dalam mengurus kewangan sekolah pengetua atau guru besar perlu mampu menjelaskan

dan menerangkan sumber-sumber kewangan yang diperolehi dan ke arah mana ia

dibelanjakan kepada pihak tertentu bagi memenuhi kehendak pelanggan. Pengetua atau guru

besar juga perlu memastikan semua sumber kewangan sekolah digunakan secara cekap untuk

kepentingan pelajar. Menurut Zaidah (2004), kecekapan ialah mendapatkan output yang

optimum dengan menggunakan input yang minimum.

2

Page 3: pengurusan kewangan

Aspek kecekapan ini mengukur sejauh mana peruntukan yang disalurkan dapat

dirancang dan diagihkan secara optimum bagi menghasilkan output. Berdasarkam kepada

laporan audit bersyarat bagi tahun 2000 yang dikeluarkan oleh Bahagian Audit Sekolah

(KPM, 2000) menyokong kenyataan tersebut dengan menemui sebanyak 1,579 (25.41%)

daripada 6,213 buah sekolah tidak mematuhi peraturan-peraturan kewangan dan pekeliling

sedia ada. Selanjutnya, Kogan (1986) menegaskan terdapat tiga aspek utama mengenai

pengurusan kewangan yang perlu diberi perhatian khusus oleh seseorang pemimpin sekolah

untuk menjamin dan meningkatkan akauntabiliti dan keberkesanan pengurusan kewangan di

sekolah mereka. Mengurus peruntukan yang diterima secara berkesan dan sistematik

merupakan sebahagian daripada aspek pengurusan kewangan sekolah yang perlu diketahui

oleh pengetua atau guru besar bagi mengelak pembaziran, penyelewengan dan

penyalahgunaan kuasa terhadap perolehan dalam jangka masa yang tertentu. Menurut Ellison,

(2007), prinsip akauntabiliti awam perlu dijadikan amalan oleh setiap pegawai yang terlibat

dalam mengurus perolehan kerajaan. Dalam menjalankan tugas mengurus termasuk

merancang dan mengagihkan perolehan sikap tanggungjawab, amanah, jujur dalam membuat

keputusan perlu diutamakan.

Pengurusan perolehan secara tersusun dapat mengelakkan sebarang pembaziran dan

penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ke atas perolehan di samping memberi pulangan

yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Bagi memastikan perolehan awam dibuat

dengan berkesan, perkara pokok yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana perancangan

dan pengagihan sesuatu peruntukan yang diterima supaya sentiasa mencukupi serta menepati

spesifikasi barangan atau perkhidmatan perlu ditentukan terlebih dahulu dengan mendapatkan

perkhidmatan dan nasihat teknikal daripada individu yang mahir atau pakar dalam bidang

berkenaan.

1.1 Penyataan masalah

Kajian kes ini cuba merungkai masalah dan isu yang melibatkan perancangan dan

pengagihan sumber kewangan di sesebuah sekolah Masalah yang sering timbul yang

melibatkan pengurusan kewangan sekolah adalah seperti perbelanjaan yang dirancang

adalah kurang atau melebihi peruntukan dan pengagihan tidak bersesuaian dan

perancangan dan pengihan peruntukan tidak mengikut keutamaan. Oleh yang demikian

3

Page 4: pengurusan kewangan

dalam kajian kes ini cuba membuktikan faktor kecekapan pengurusan sekolah merupakan satu

faktor yang menimbulkan isu ini seperti kurang memahami akauntabiliti terhadap pengurusan

kewangan yang melibatkan proses memperolehi, mengagihkan, menggunakan dan mengawal

sumber-sumber kewangan untuk menambahbaik pengurusan kewangan sekolah serta

mencapai matlamat yang ditetapkan dalam pengurusan kewangan. Berdasarkan masalah-

masalah dalam pengurusan kewangan sekolah yang melibatkan perancangan dan pengagihan

yang dinyatakan di atas guru besar atau pengetua memainkan peranan penting bagi memacu

perjalanan pengurusan kewangan sekolah. Zaidatol Akmaliah (2001) menjelaskan

kepemimpinan sekolah yang dilantik tanpa sebarang pendedahan mengenai pengurusan

kewangan telah menyebabkan mereka mentadbirkan sekolah secara trial and error. Senario

tersebut berlaku disebabkan sistem pelantikan pengetua sekolah ketika ini berdasarkan

kekananan dan bukan berdasarkan peningkatan pengetahuan dan kemahiran (Loo, 2005).

Implikasinya, mereka akan menyerahkan tanggungjawab dan peranan tersebut kepada

staf bawahan seperti Pembantu Tadbir Akaun sekolah (Mahani, 2003) atau sekiranya mereka

menguruskannya sendiri, pengurusan tersebut tidak menjurus kepada keutamaan perbelanjaan

serta barangan pembelian tersebut tidak dapat digunakan sepenuhnya di sekolah (Levette,

1995). Menurut Azizah (2004), sistem kawalan dalaman dan prosedur yang longgar dan kabur

bukan sahaja menyukarkan proses kerja tetapi juga menyebabkan berlakunya pelbagai

kelemahan yang lain. Kelonggaran sistem dan prosedur kerja memungkinkan tafsiran yang

berbeza dan menyebabkan keputusan yang dibuat juga berbeza. Sebahagian daripada

keputusan yang dibuat mungkin kurang tepat ataupun bertentangan dengan undang-undang

serta peraturan semasa. Oleh itu kajian kes ini cuba mengkaji amalan pengurusan kewangan

yang dilaksanakan oleh Guru Besar atau pengetua dalam menguruskan kewangan sekolah

yang lebih menjurus kepada perancangan dan pengagihan peruntukan yang disalurkan oleh

pihak Kementerian. Kajian ini juga melihat bagaimana pihak pentadbir

merancang,,menguruskan serta mengagihkan kewangan sekolah serta meneliti masalah-

masalah dan kelemahan yang sering dihadapi oleh pentadbir dalam menguruskan kewangan

sekolah. Secara keseluruhannya, Ahmad Zaki Hussin (2001), telah merumuskan indicator

utama yang menyumbang kepada wujudnya kelemahan dalam pengurusan kewangan adalah

berpunca daripada kelemahan dan individu, kelemahan organisasi dan sistem kawalan serta

kelemahan kepemimpinan dan keadaan persekitaran. Implikasi daripada kelemahan tersebut

4

Page 5: pengurusan kewangan

menyebabkan timbulnya keputusan bagi memenuhi kepentingan peribadi, peningkatan harga,

pengaliran keluar modal, ketidakadilan sosial serta kepincangan dasar pembangunan negara

yang mempengaruhi kadar pelaburan dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK).

1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian ini antaranya ialah:

1) Mengenalpasti sama ada amalan pengurusan kewangan sekolah oleh pihak pentadbiran

Sekolah Kebangsaan Temau ,Daerah Raub, Pahang berpandukan kepada tatacara

perancangan dan pengagihan yang betul.

2) Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dalam merancang dan mengagihkan

peruntukan kewangan oleh oleh pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan

Temau ,Daerah Raub, Pahang .

3) Mengenalpasti tindakan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengurusan

kewangan sekolah yang dicadangkan oleh pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan

Temau ,Daerah Raub

1.3 Soalan Kajian

Antara persoalan kajian adalah lebih bertumpu kepada:

1) Adakah amalan pengurusan kewangan sekolah oleh pihak pentadbiran Sekolah

Kebangsaan Temau ,Daerah Raub, Pahang berpandukan kepada tatacara perancangan

dan pengagihan yang betul ?

2) Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam merancang dan mengagihkan

peruntukan kewangan oleh oleh pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan

Temau ,Daerah Raub, Pahang ?

3) Apakah kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh oleh pihak pentadbiran Sekolah

Kebangsaan Temau ,Daerah Raub, Pahang dalam pengurusan kewangan yang

melibatkan perancangan dan pengagihan peruntukan.?

4) Bagaimanakah cara untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengurusan kewangan

sekolah yang dicadangkan oleh pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan

Temau ,Daerah Raub

5

Page 6: pengurusan kewangan

2.0 Kajian Literatur

Kajian kes ini dijalan berasaskan kepada beberapa kajian kajian yang telah dijalan oleh

para pengkaji terdahulu dan juga pekeliling pembendaharaan bilangan 10 (2008).Berdasarkan

kepada pekeliling tersebut dalam perkara empat yang menerangkan bahawa pengurusan

peruntukan yang diterima perlulah meneliti rancangan tahunan dan perancangan awal

perolehan serta menyemak prestasi perolehan yang telah dilaksanakan berdasarkan

perancangan.Pihak pentadbiran sekolah juga perlu memastikan urusan yang berkaitan

peruntukan kerajaan adalah berdasarkan kepada amalan amalan tadbir urus yang baik (good

governance practices) dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan kerajaan dan semua dasar

semasa kerajaan.Selain itu memastikan perolehan kerajaan berkuatkuasa dan dipatuhi

sepenuhnya termasuk perolehan item Kontak Pusat dan Kontrak Sistem Panel.

Memastikan penilaian teknikal dan kewangan yang dibuat atas tender adalah terbaik

dan paling menguntungkan (best value of money) kepada kerajaaan serta dilaksanakan secara

telus.Selain itu pihak pentadbiran sekolah juga perlu memastikan lembaga perolehan dan

jawatan kuasa sebut harga bersidang dengan kerap untuk melancarkan perancangan perolehan

dan mempercepatkan sistem penyampaian kerajaan dalam masa yang sama memastikan

perolehan yang dilaksanakan tidak pecah kecil untuk mengelakan membawa pelawaan secara

sebut harga dan tender serta memastikan kontrak ditandatangani oleh pegawai awam yang

diturunkan kuasa oleh kerajaan. Berdasarkan kepada kajian yang lepas pula berkaitan isu yang

timbul semasa perancangan dan pengagihan peruntukan diperingkat sekolah melalui

pentadbiran sekolah.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Zaidatol Akmaliah (2001)

menjelaskan kepemimpinan sekolah yang dilantik tanpa sebarang pendedahan mengenai

pengurusan kewangan telah menyebabkan mereka mentadbirkan sekolah secara trial and

error.

Senario tersebut berlaku disebabkan sistem pelantikan pengetua sekolah ketika ini

berdasarkan kekananan dan bukan berdasarkan peningkatan pengetahuan dan kemahiran (Loo,

2005). Implikasinya, mereka akanmenyerahkan tanggungjawab dan peranan tersebut kepada

staf bawahan seperti Pembantu Tadbir Akaun sekolah (Mahani, 2003) atau sekiranya mereka

menguruskannya sendiri, pengurusan tersebut tidak menjurus kepada keutamaan perbelanjaan

serta barangan pembelian tersebut tidak dapat digunakan sepenuhnya di sekolah (Levette,

6

Page 7: pengurusan kewangan

1995). Menurut Azizah (2004), sistem kawalan dalaman dan prosedur yang longgar dan kabur

bukan sahaja menyukarkan proses kerja tetapi juga menyebabkan berlakunya pelbagai

kelemahan yang lain. Kelonggaran sistem dan prosedur kerja memungkinkan tafsiran yang

berbeza dan menyebabkan keputusan yang dibuat juga berbeza. Sebahagian daripada

keputusan yang dibuat mungkin kurang tepat ataupun bertentangan dengan undang-undang

serta peraturan semasa.

Kelonggaran ini juga membuka ruang kepada penggunaan budi bicara yang sering

boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Oleh itu, pengurusan yang kukuh

penting bagi menunjukkan rasa tanggungjawab dalam pengurusan kewangan sekolah

Selanjutnya, Zidatol Akamaliah (2001) mendapati sistem perlantikan pengetua atau guru besar

tidak berdasarkan latihan dan kepakaran. Mereka yang dilantik tidak diberi kursus, tetapi

belajar mentadbir secara cuba jaya. Dalam keadaan sedemikian, pengetua atau guru besar

banyak bergantung pada pembantu tadbir di sekolah. Bagi sekolah yang\ tidak mempunyai

pembantu tadbir kewangan, keadaannya lebih menyulitkan. Keadaan yang kurang memuaskan

juga berpunca daripada kurangnya kawalan dan bimbingan pihak Jabatan Pelajaran. Perkara

ini bukan disengajakan tetapi kekurangan tenaga pegawai yang berkebolehan.

Menurut Wan Azman (2005), pelbagai kelemahan lain juga berlaku dalam aspekaspek

yang berikut:(1) Pembelian Pembelian tanpa menggunakan borang nota minta dan borang

pesanan. Terdapat pengetua atau guru besar yang mengambil barang-barang dahulu daripada

pembekal dan pesanan dibuat kemudian. Pengetua atau guru besar membeli dan membayar

terlebih dahulu dengan menggunakan wang sendiri dan menuntut daripada sekolah kemudian.

Pengetua atau guru kanan membeli alatan kerana dipengaruhi oleh jurujual yang dating ke

sekolah dengan tawaran yang tertentu. Pengetua atau guru besar membeli alatan yang dinilai

melebihi had perolehan tanpa mendapatkan kelulusan daripada JPN.

Borang-borang pesanan tempatan dikeluarkan pada akhir tahun sahaja untuk tujuan

pengauditan, (2) Pembayaran dibuat tanpa baucar dan dokumen-dokumen sokongan bagi

membuktikan ketepatan harga. Pembayaran dibuat lebih daripada sekali kerana pihak sekolah

menerima invois ulangan. Cek-cek tidak ditulis rapat ke kiri sama ada perkataanataupun

angka. Ini membolehkan tambahan dibuat selepas cek ditandatangani, (3) Pungutan dan

penyimpanan wang di bank. Kutipan yuran sudah dilakukan tetapi resit tidak dikeluarkan.

Kutipan yuran khas, sewa kantin dan sewa kedai buku tidak dikutip pada masa yang

7

Page 8: pengurusan kewangan

ditetapkan. Kehilangan wang berlaku apabila pelajar berkenaan meninggalkan sekolah

ataupun berlaku pertukaran pengusaha kantin ataupun kedai buku dan, (4) Buku buku akaun

Buku-buku akaun tidak dicatatkan dengan kemas dan tidak dikemaskini. Pengetua atau guru

besar tidak memeriksa buku-buku akaun yang diselenggara oleh kerani sekolah.

Dalam tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah, sebagai pengurus

sekolah perlu mematuhi pekeliling yang dikeluarkan. Sebagai institusi pendidikan,

pentadbiran harta dan kewangan sekolah tertakluk kepada peruntukan yang terdapat dalam

Peraturan – Peraturan Pendidikan (Akaundan Audit) 2002 yang dikeluarkan dibawah

Akta Pendidikan 1996.Bawah seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 dinyatakan pada sub

seksyen 2,

“Menteri boleh membuat peraturan –peraturan bagiatau berkenaan dengan semua atau

mana-mana perkara yang berikut: (m) penyimpanan buku akaun dan pengauditan

akaun institusi pendidikan yang menerima sumbangan.”

Pihak sekolah dikehendaki menyelengaraan dan menyimpan akaun-akaun dan rekod-

rekod dengan sempurna serta menyediakan dan mengemukakan satu penyata akaun mengenai

tahun kewangan yang baru berlalu kepada pihak audit tidak lewat daripada 31 Mac setiap

tahun.

Menurut Pekeliling Kewangan Bilangan 8 tahun 2012, tanggungjawab pengurus sekolah

adalah mengurus kewangan dengan berakuantabiliti. Pengurus sekolah perlu

bertanggungjawab bagi –

a) Penyediaan penyata kewangan tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember tiap-tiap

tahun mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum; dan

b) Pengemukaan penyata kewangan itu kepada Ketua Pusat Tanggungjawab yang

kemudiannya perlu mengemukakan penyata kewangan tahunan itu kepada Bahagian

Audit tidak lewat daripada 31 Mac tahun yang berikutnya.

Akan tetapi mengikut Surat Pekeliling Kewangan Kementerian Pendidikan Bil.4/88, pihak

sekolah dikehendaki mengemukakan penyata akaun itu sebulan lebih awal iaitu pada 28

Februari atau pun 29 Februari tahun berikutnya.Ini bertujuan membolehkan penyelarasan atau

8

Page 9: pengurusan kewangan

pembetulan dibuat pada penyata akaun itu jika didapati perlu. Apabila Akta Pendidikan 1996

dikuatkuasakan pada bulan Januari 1998 dan Akta Pelajaran 1961 dimansuhkan, maka

bantuan kewangan kesekolah-sekolah tetap diberikan berdasarkan Akta yang baru Bahagian

XI, seksyen 123,

“Kecual isetakat yang wang diluluskan atau diperuntukkan bagi maksud itu oleh Parlimen

atau selainnya, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai mengenakan apa-

apa kewajipan kepada Menteri untuk menubuhkan dan menyenggarakan suatu institusi

pendidikan dibawah Akta ini atau untuk menyenggarakan keseluruhan atau sebahagian

daripada suatu institusi pendidikan”

Dalam seksyen 124 dinyatakan, “sumbangan bantuan dan sumbangan modal hendaklah

tertakluk kepada syarat dan sebagainya seperti yang ditetapkan.”

Pemberian Bantuan Perkapita sekolah, Mengikut pekeliling dari Kementerian

Pendidikan (Rujukan K.P 1574/17/Jld.15(25) bertarikh 11 Februari 2004), Kementerian

Pendidikan menggariskan peraturan dan tatacara baru dalam pemberian Bantuan Per Kapita

matapelajaran dan bukan matapelajaran kepada sekolah-sekolah. Bantuan PerKapita (Per

Capita Grant – PCG) adalah bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid

sekolah sama ada sekolah yang bertaraf Sekolah Kerajaan ataupun Sekolah Bantuan Kerajaan.

Ia meliputi PCG matapelajaran dan PCG bukan matapelajaran. Pemberian ini dibuat bagi

memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan dengan lancar.

Mengikut cadangan baru pemberian PCG ini kumpulan PCG matapelajaran telah dikurangkan

kepada empat iaitu Teras, Wajib, Tambahan / BahasaAsing dan Elektif. Manakala, Pusat

Sumber Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling serta Lain Perbelanjaan Berulang Tahun / Lain-

lain Per belanjaan Khas (LPBT / LPK) sekolah.Suratpekelilinginijugamengambilkira LPBT /

LPK Asramadan PCG bagi Aktiviti Prasekolah.

Menurut Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 8, Tahun 2012 adalah merupakan

punca kuasa untuk pengurusan bantuan persekolahan berdasarkan per kapita murid. Bantuan

merangkumi peruntukan kewangan bagi menampung aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

(PdP) serta operasi sekolah, elaun dan biasiswa kepada murid, bantuankepadamuridmiskin

dan juga bantuan sokongan lain berdasarkan kadar, dan kriteria kelayakan yang telah

9

Page 10: pengurusan kewangan

ditetapkan dalam surat pekeliling kewangan. Menurut kamus dewan (1997:1318), sumber

bermaksud asal, mula, ataupunca. Sonia Blandford (1999:xi) pula menjelaskan, “ Sumber

ialah alat pembekalan atau sokongan yang dapat membantu pengurus sekolah mencapai

matlamatnya. Peruntukan dan pengurusan sumber (belanjawan, bahan, masa dan manusia)

adalah penting dalam pengurusan sekolah berkesan dan seharusnya berhubung kait dengan

keperluan murid.” Kewangan bermakna perihal wang atau pun segala sesuatu yang berkaitan

dengan wang.

Kewangan atau pun sumber sekolah bermaksud peruntukan yang diberi oleh

Kementerian Pendidikan dan dari pada pungutan yang dibuat oleh sekolah sendiri termasuk

derma daripara dermawan (OmardinAshaari, 1996:337). Merujuk kamus Dewan

(1997:274), dasar bermaksud pendirian yang menjadi asas segala tindakan, polisi, faktor

terpenting atau asas pokok. Belanjawan pula bermaksud butiran ringkasan geran pendapatan,

dan perbelanjaan. Menurut Parkinson (Sonia Blandford, 1999: 135), belanjawan ialah

rancangan untuk masa hadapan, penyata sumber yang dipadankan dengan hasrat atau pun

tujuan, dan agenda praktikal untuk tindakan.

3.0 Metadologi Kajian

Kajian ini dilakukan ke atas pegawai pegawai pentadbiran yang terlibat secara lansung

dalam proses perancangan dan pengagihan peruntukan di Sekolah Kebangsaan Temau,Raub

Pahang Darul Makmur . Kajian ini dijalankan bagi meninjau dan mengenal pasti amalan

pengurusan kewangan sekolah yang berkaitan dengan perancangan dan pengagihan bajet

kewangan sekolah tahun semasa serta bagaimana guru besar menghadapi isu dan kelemahan,

serta cadangan-cadangan untuk mengatasinya. Penyelidik telah memilih sebuah sekolah yang

berstatus pinggir bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Temau,Raub Pahang berdasarkan laporan

prestasi kewangan Sekolah Tahun 2013. Subjek kajian ini terdiri dari sekumpuan pegawai

tadbir di sekolah tersebut yang terdiri daripada Guru Besar,Penolong Kanan

Kurikulum ,Pembantu Tadbir dan ketua ketua panitia matapelajaran yang terpilih secara

persampelan tidak rawak dari Sekolah Kebangsaan Temau.

Kajian ini dijalan di sekolah tersebut dengan mengunakan kaedah dua kaedah iaitu

temubual dengan mengunakan soalan temubual sebagai instrument kajian dan mengunakan

borang soal selidik bagi membantu menjawap persoalan kajian. Justeru itu hasil temubual ini

10

Page 11: pengurusan kewangan

akan di rumus dalam bentuk peratus dan min bagi memperolehi jawapan pada kajian ini Di

samping itu, kajian ini juga terbatas mengkaji amalan pengurusan kewangan dari aspek

perancangan peruntukan dan juga pengagihan peruntukan sekolah sahaja manakala bidang

lain tidak akan dibincangkan dalam kajian ini.

4.0 Dapatan Kajian

Bagi melaksanakan kajian ini penyelidik telah mengenalpasti responden yang akan

terlibat dalam kajian ini. Kesemua responden tersebut terdiri barisan pentadbiran sekolah dan

juga ketua panitia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan dan

pengagihan bajet kewangan sekolah.Beberapa matlumat demografi responden yang terlibat

dalam kajian ini.

RESPONDEN JAWATAN JANTINA UMUR TAHUN BERKHIDMAT

Responden 1 Guru Besar Lelaki 54 29Responden 2 Guru Penolong Kanan 1 Lelaki 50 26Responden 3 Guru Penolong Kanan HEM Perempuan 44 20Responden 4 Guru Penolong Kanan KOKO Lelaki 42 13Responden 5 Pembantu Tadbir Perempuan 32 10Responden 6 KP Bahasa Malaysia Perempuan 34 9Responden 7 KP Bahasa Inggeris Lelaki 41 18Responden 8 KP Matematik Perempuan 37 14Responden 9 KP Sains Perempuan 30 7Responden 10 KP Pendidikan Islam Lelaki 40 16Responden 11 KP Bahasa Arab Lelaki 27 3Responden 12 KP Pendidikan Muzik Lelaki 23 1Responden 13 KP Pendidikan Seni Visual Perempuan 30 5Responden 14 KP Pendidikan Jasmani Lelaki 26 3Responden 15 KP Kemahiran Hidup Lelaki 32 7Responden 16 KP Pendidikan Sivik Perempuan 28 4

Fokus utama kajian ini adalah proses temubual oleh pengkaji dengan barisan

pentadbiran sekolah yang terdiri daripada Guru Besar,Penolong Kanan Kurikulum dan proses

temubual ini berjalan kira kira 20 minit yang mana proses temubual itu dijalankan dalam

bilik Guru Besar bagi memastikan kerahsiaan matlumat masih lagi terjaga.Berikut adalah

11

Page 12: pengurusan kewangan

proses interaksi yang telah catatkan bagi mengenalpasti matlumat yang akan diperolehi bagi

menjalankan kajian ini.

Pengkaji : Assalamualaikum Tuan Guru Besar, Puan Ros selaku PT dan Encik Ahmad

selaku GPK1 di sekolah ini, saya ingin menemubual serba sedikit mengenai penyediaan

bajet tahunan sekolah dan pengagihan bantuan Perkapita PCG dan bukan PCG dan lain-

lain bantuan di sekolah tuan.

Guru Besar, PT dan GPK1 : Boleh, insyaAllah.

Pengkaji :Tuan Guru Besar, adakah Penyediaan Bajet Tahunan sekolah tuan mematuhi

Prosedur Pengurusan Wang Kerajaan seperti yang ditetapkan ?

Guru Besar : Ya Tuan, berdasarkan Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012.

Pengkaji : Apakah prosedur tuntutan yang digunapakai itu tuan?

Guru Besar :Baik, saya terangkan iaitu Prosedur tuntutan PCG oleh sekolah terbahagi

kepada 2 iaitu:

1. Sekolah yang menyelenggarakan Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (semua jenis sekolah di

Semenanjung Malaysia dan Sekolah Teknik / Vokasional, Sekolah Berasrama Penuh serta

Sekolah Pendidikan Khas di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan). Sekolah ini

perlu mengemukakan tuntutan PCG kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing yang

akan seterusnya mengemukakan kepada Pejabat Pembayar bagi urusan pembayaran dan

mengkreditkan terus ke dalam Akaun sekolah berkenaan. Sekolah akan mencatatkan jumlah

yang diterima dalam Akaun Kumpulan Wang Kerajaan mengikut kumpulan PCG yang

ditetapkan iaitu teras, wajib, tambahan / bahasa asing dan elektif.

2. Sekolah yang tidak menyelenggarakan Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (Bagi sekolah

rendah dan menengah di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan dan Labuan). Bagi

sekolah yan bertaraf PTJ, tuntutan PCG akan disalurkan ke sekolah melalui waran

peruntukan kecil mengikut kadar berdasarkan bilangan murid yang ditetapkan. Sekolah akan

mencatatkan jumlah yang diterima dalam buku vot mengikut kumpulan PCG yang ditetapkan

iaitu teras, wajib, tambahan / bahasa asing dan elektif. Bagi sekolah rendah yang tidak

12

Page 13: pengurusan kewangan

bertaraf PTJ, peruntukan PCG akan disalurkan melalui waran peruntukan kecil ke PPB /

PPD mengikut kadar berdasarkan bilangan enrolmen murid yang telah ditetapkan.

Peruntukan PCG yang diterima oleh sekolah hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan

tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang

dibenarkan dibawa ke tahun hadapan.Tuntutan penyelarasan boleh dibuat sekali oleh sekolah

yang mengalami pertambahan murid sekurang-kurangnya 5% ataupun 100 orang murid

berbanding bilangan murid pada tarikh asas tuntutan.Tuntutan penyelarasn ini perlu

dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Julai tahun semasa.

Pengkaji : Bagaimana pula tentang penyediaan peruntukkan PCG mata pelajaran dan

bukan matapelajaran dan lain-lain peruntukkan yang perlu dibelanjakan?

Guru Besar : Penyediaan bajet tahunan PCG dan bukan PCG adalah mengikut enrolmen

murid sekolah ini iaitu seramai 670 orang

(Guru Besar : Penyediaan Bajet Tahunan Sekolah kita memang mematuhi Pekelliling

Kewangan yang berkuatkuasa sekarang, kalau tidak pengagihan bajet tidak akan dapat

dilaksanakan mengikut arahan yang ditetapkan.

Pengkaji : Terima kasih tuan guru besar atas penerangan tadi.

Pengkaji :Saya ingin bertanya pula kepada Puan Ros selaku kerani kewangan yang

menguruskan kewangan sekolah, Bagaimanakah penyediaan bajet untuk tahun hadapan ?

PT :Ok tuan, Penyediaan bajet untuk tahun hadapan berdasarkan Bantuan Per Kapita (Per

Capita, Grant- PCG) adalah satu bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap

murid sekolah sama ada sekolah bertaraf sekolah kerajaan ataupun Sekolah Bantuan

Kerajaan. Ia meliputi PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran. Selaras dengan

perkembangan dan keperluan semasa dalam sektor pendidikan masa kini.Berdasarkan

kumpulan PCG mata pelajaran, ianya telah dipecahkan kepada 4 iaitu teras, wajib, tambahan

/ bahasa asing dan elektif.Manakala PCG Bukan Mata Pelajaran pula terbahagi 3 iaitu

pusaat sumber sekolah, bimbingan dan kaunseling serta lain-lain perbelanjaan

berulangtahun atau perbelanjaan khas. (LPBT / LPK) Sekolah, LPBT / LPK Asrama dan

13

Page 14: pengurusan kewangan

PCG bagi aktiviti pra sekolah.Peruntukan PCG yang diterima oleh sekolah hendaklah

dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG yang

diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan dibawa ke tahun hadapan.

Pengkaji : Bolehkah Puan Ros terangkan jenis Bantuan Perkapita dan maksud

perbelanjaanya.

PT : Boleh tuan,Disini saya terangkan mengenai ;

1. Bantuan Per Kapita Mata Pelajaran

Bantuan per kapita mata pelajaran bagi teras, wajib, tambahan / bahasa asing dan elektif

yang diterima oleh sekolah hendaklah dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan:

a. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna (termasuk kertas Braille) bagi pengajaran

dan pembelajaran.

b. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang bersesuaian

untuk pengajaran dan pembelajaran.

c. Penyelenggaraan peralatan termasuk computer yang digunakan untuk pengajaran dan

pembelajaran.

d. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman herba dan lain-lain yang

boleh memberikan pengukuhan kepada program pengajaran dan pembelajaran.

e. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses

pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan ataupun hari

persekolahan.

f. Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.

14

Page 15: pengurusan kewangan

2. Bantuan Per Kapita Bukan Mata Pelajaran

a. Pusat Sumber Sekolah

Bantuan per kapita bukan mata pelajaran bagi pusat sumber sekolah meliputi perbelanjaan

bagi perpustakaan dan pusat sumber pendidikan.Ia hendaklah dibelanjakan bagi maksud

perbelanjaan:

- Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan

pembelajaran.

- Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang

bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajaran.

- Penyelenggaraan peralatan termasuk computer yang digunakan untuk pengajaran dan

pembelajaran.

- Program berunsurkan pendidikan yang boleh member pengukuhan kepada proses

pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan ataupun hari

persekolahan.

- Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.

- Program Pendidikan Khas Integrasi – melengkapkan stesen pembelajaran bagi

program pendidikan khas integrasi.

b. Bimbingan dan Kaunselling

Bantuan per kapita bukan mata pelajaran bagi Bimbingan dan Kaunseling Sekolah hendaklah

dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan:

- Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang

bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajaran.

- Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan

kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan

ataupun hari persekolahan.

15

Page 16: pengurusan kewangan

- Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang digunakan untuk pengajaran dan

pembelajaran.

- Bayaran perkhidmatan penceramah luar mengikut kelayakan dalam peraturan-

peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.

- Bayaran sewaan yang berkaitan dengan program bimbingan dan kaunseling.

- Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.

c. LPBT / LPK Sekolah

Bantuan per kapita bukan mata pelajaran bagi LPBT / LPK Sekolah hendaklah dibelanjakan

bagi maksud perbelanjaan:

- Bayaran bil telefon, air, elektrik, telegram, setem, interen dan pembentungan.

- Pembaikan kecil sekolah.

- Penyelenggaraan perabot dan peralatan dan peralatan kelengkapan pejabat termasuk

komputer.

- Perkhidmatan percetakan untuk pengurusan sekolah dan bahan pengajaran dan

pembelajaran.

- Perkhidmatan pengiklanan.

- Pengangkutan barang-barang.

- Pembelian bahan bakar, bahan habis guna dan ubat.

- Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan pihak luar ataupun urusan rasmi.

- Perolehan harta modal tidak melebihi RM 10,000.00 adalah dibenarkan. Perolehan

harta modal melebihi RM 10,000.00 perlu mendapatkan kelulusan Ketua PTJ.

Manakala bagi perolehan komputer, kelulusan daripada Jawatankuasa Maklumat

Pengkomputeran (JMPK) perlu diperoleh.

- Bayaran yuran kursus untuk guru-guru dan kakitangan sekolah.

16

Page 17: pengurusan kewangan

- Perbelanjaan untuk keceriaan / kesihatan murid / keselamatan sekolah.

- Pembaikan kecil peralatan pengajaran dan pembelajaran bagi murid pendidikan khas

dan program pendidikan khas integrasi.

- Bayaran balik bagi urusan kecemasan oleh guru / kakitangan sekolah berdasarkan

kelayakan tambang teksi.

- Pengangkutan murid dan bayaran insurans untuk murid-murid dan guru pengiring.

3. Bantuan Per Kapita Pra Sekolah

Bantuan Per Kapita Pra Sekolah hendaklah dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan:

a. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi pengajaran dan pembelajaran.

b. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta penyelenggaraan

komputer dan lain-lain peralatan bagi pengajaran dan pembelajaran.

c. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang bersesuaian

untuk pengajaran dan pembelajaran.

d. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh member pengukuhan kepada

proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan ataupun hari

persekolahan.

e. Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.

Pengkaji : Ok Puan Ros, ini soalan terakhir dari saya, Apakah asas tuntutan yang

digunapakai oleh pihak sekolah tuan ?

PT : Ok, asas tuntutan yang saya gunakan ialah :

1. Tuntutan PCG ditetapkan sekali setahun.

2. Tuntutan PCG tahun berkenaan adalah berdasarkan bilangan enrolmen murid pada 1

Oktober tahun sebelumnya.

17

Page 18: pengurusan kewangan

3. Borang tuntutan PCG tahun berkenaan hendaklah dikemukakan oleh sekolah kepada PTJ

masing-masing selewat-lewatnya pada 30 November tahun sebelumnya.

4. Bagi mata pelajaran elektif di sekolah menengah, tuntutan adalah berdasarkan bilangan

murid yang mengambil setiap mata pelajaran dalam setiap kumpulan elektif.

5. Bagi sekolah / asrama baru yang dibuka selepas 1 Oktober, tuntutan hendaklah dibuat

berdasarkan bilangan enrolmen murid pada tarikh sekolah tersebut beroperasi dan peratus

tuntutan yang dibenarkan adalah seperti berikut:

Sekolah Beroperasi Peratus Tuntutan

Januari – Mac 100%

April – Jun 70%

Julai – September 50%

Selepas September 25%

Pengkaji :Itu sahaja soalan saya, Terima kasih atas penerangan puan dan kerjasama yang

diberikan.

Pengkaji : Saya ingin mengaju soalan pula kepada GPK Pentadbiran sekolah ini iaitu

Encik Ahmad.

Pengkaji : Encik Ahmad,..adakah mesyuarat jawatankuasa diadakan terlebih dahulu untuk

memaklumkan pengagihan peruntukan kewangan ini?

GPK Pentadbiran : Ya tuan, setiap tahun, pada kebiasaannya ketua panitia akan dipanggil

untuk bermesyuarat dan menentukan jumlah pengagihan yang diterima. Ketua panitia akan

merancang untuk membelanjakan peruntukan yang diterima mengikut pekeliling yang

diedarkan.

Pengkaji : Oh begitu, adakah terdapat masalah dalam pengagihan peruntukkan yang

diterima kepada panitia-panitia mata pelajaran disekolah?

18

Page 19: pengurusan kewangan

GPK Pentadbiran : Memang terdapat sedikit masalah dalam pengagihan peruntukkan

kewangan ini kerana peruntukkan yang diterima berdasarkan enrolmen murid dan bantuan

PCG mata pelajaran bukan berdasarkan akitiviti sekolah yang dirancang, disini terdapat

masalah ketidakcukupan dan ada juga lebihan peruntukan kerana perbelanjaan yang dibuat

oleh panitia tidak selaras dengan peruntukkan yang diterima. Contohnya disini, peruntukkan

LPBT sentiasa tidak mencukupi jika berlaku sesuatu masalah seperti tandas rosak.Dan

adakala peruntukkan LPBT berlebihan kerana tidak digunakan sepenuhnya oleh sekolah dan

terpaksa dikembalikan semula kepada PTj.

Pengkaji : Apakah langkah-langkah yang Encik Ahmad ambil untuk mengatasi masalah

ini?

GPK Pentadibiran : Langkah yang perlu pihak sekolah ambil ialah perancangan aktiviti

mestilah selaras dengan peruntukkan yang diterima, ini hendaklah dimaklumkan pada

mesyuarat kewangan sekolah untuk pengurusan kewangan yang lebih efisien. Perbelanjaan

yang hendak dibuat mestilah dirancang terlebih dahulu mengikut keutamaan dan prosedur

kewangan yang dibenarkan.Anggaran perbelanjaan boleh diagihkan mengikut penggal

persekolahan bagi mengelakkan ketidakcukupan perbelanjaan.

Tindakan yang boleh diambil oleh Guru Besar bagi memantapkan lagi pengurusan kewangan

sekolah.

1. Mengenal pasti aktiviti utama pengurusan kewangan:

- Merancang perolehan sumber atau peruntukan kewangan.

- Mengagih sumber atau peruntukan kewangan dengan betul.

- Menggunakan sumber atau peruntukan kewangan dengan baik.

- Mengawal, mengesan aliran perbelanjaan dan perolehan.

19

Page 20: pengurusan kewangan

2. Mengenal pasti aktiviti utama yang berisiko tinggi serta terdedah kepada peluang dan

permasalahan:

- Kerugian kewangan hasil perbelanjaan.

- Penghakisan keyakinan.

- Pembuangan masa.

- Pembaziran tenaga manusia.

- Kelewatan.

3. Kawal selia dengan rapi proses perjalanan aktiviti utama:

- Mengenal pasti proses kerja atau prosedur kerja berisiko tinggi.

- Mengenal pasti masalah yang mungkin berlaku sekiranya prosedur kerja tidak dikawal

selia.

- Kesan dan impak negatif ke atas organisasi sekiranya kelemahan tidak dikenal pasti dan

tidak diatasi.

- Menilai sistem kawalan dalaman sama ada berupaya ataupun tidak bagi meminimumkan

risiko.

Pengkaji : Terima kasih encik Ahmad kerana sudi menjawab persoalan saya.

Pengkaji : Setakat ini sahaja sesi temu bual kita pada kali ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana membenarkan saya membuat kajian ini dan kerjasama yang diberikan amatlah saya hargai.

20

Page 21: pengurusan kewangan

Selain daripada sesi temubual bagi menjalankan kajian ini borang soal selidik juga

digunakan bagi memperolehi data dan matlumat yang lebih tepat.Pentadbir sekolah,Pembantu

Tadbir dan juga ketua-ketua panitia setiap matapelajaran Jadual di bawah menunjukan hasil

soal Selidik yang telah dijalankan

Bil Persoalan Ya Tidak Pasti

Tidak

1 Adakah anda terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan sekolah?

9 4 3

2 Adakah anda terlibat dalam merancang bajet tahunan dan pengagihan peruntukan kewangan sekolah anda?

5 1 10

3 Adakah perancangan bajet tahunan dan pengagihan peruntukkan tahunan sekolah mengikut prosedur kewangan bilangan 8 tahun 2012 yang berkuatkuasa sekarang?

11 3 2

4 Adakah Geran Perkapita peruntukan yang diterima diagihkan untuk perbelanjaan panitia?

8 6 2

5 Adakah peruntukan yang diterima mencukupi selaras dengan perbelanjaan aktiviti sekolah?

6 1 9

6 Adakah terdapat masalah-masalah dalam pengagihan peruntukkan kewangan sekolah?

8 4 4

7 Adakah terdapat langkah yang diambil untuk mengatasi masalah mematuhi Pekeliling Kewangan yang berkuatkuasa dan Tatacara Pengurusan Kewangan Kerajaan?

11 4 1

8 Adakah pihak sekolah mengadakan mesyuarat untuk pengagihan bajet kepada semua panitia?

7 5 4

9 Adakah Guru Besar membuat pemantauan dalam Pengurusan bajet tahunan dan pengagihan peruntukan kewangan kepada panitia?

12 3 1

10 Adakah pihak sekolah memaklumkan kepada semua panitia matapelajaran tentang prosedur kewangan yang perlu dipatuhi?

13 2 1

11 Adakah pengagihan peruntukkan berdasarkan keutamaan?

5 8 3

12 Adakah pihak sekolah mendapat Laporan Audit berteguran?

10 4 2

21

Page 22: pengurusan kewangan

4.1 Dapatan Kajian

Hasil dapatan bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan iaitu :

Persoalan yang pertama :

Adakah amalan pengurusan kewangan sekolah oleh pihak pentadbiran sekolah Kebangsaaan

Temau, Raub Pahang berpandukan kepada tatacara perancangan dan pengagihan yang

betul?

Berdasarkan kepada temu bual yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Temau,

Pahang, pengkaji mendapati bahawa pihak pentadbiran sekolah telah mengurus kewangan

dengan mematuhi prosedur tuntutan Per kapita Geran berdasarkan Arahan Pekelliling

Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012 dan buku tatacara pengurusan Perakaunan kumpulan wang

sekolah tahun 2012. Pihak sekolah mampu mengagihkan bantuan PCG dan bukan PCG, LPBT

dan bantuan-bantuan lain berdasarkan enrolmen murid sekolah berkenaan. Bantuan yang

diterima diagihkan mengikut bulanan pada tahun perbelanjaan semasa berasaskan prosedur

kewangan yang ditetapkan. Sebelum pengagihan dibuat, pihak sekolah akan mengadakan satu

mesyuarat kewangan sekolah bersama ahli panitia untuk memaklumkan peruntukan yang

diterima. Perancangan anggaran perbelanjaan akan dibuat mengikut panitia masing-masing.

Di samping itu, ketua panitia juga diminta untuk memantau perbelanjaan yang dibuat bagi

memastikan peruntukan yang diterima oleh setiap panitia adalah mencukupi.

Berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 16 orang responden yang

terdiri daripada Guru Besar,Guru Penolong Kanan 1,Guru Penolong Kanan Hem,Guru

Penolong Kanan Ko kurikulum,Pembantu Tadbir dan juga semua ketua panitia. Daripada soal

selidik yang telah dibuat mendapati sebilangan besar responden (56%) terlibat secara lansung

atau tidak langsung dengan pengurusan kewangan sekolah. Namun begitu hanya 31.7%

responden yang dalam perancangan kewangan sekolah. Keadaan ini member gambaran

kepada kita bahawa hanya segelintir guru yang diberi peluang untuk bersama sama dalam

menguruskan perancangan kewangan sekolah. Akan tetapi seramai 69% responden bersetuju

bahawa peruntukan kewangan sekolah dibuat berdasarkan kepada Perkeliling Kewangan dan

ini membuktikan bahawa pihak pengurusan sekolah sentiasa peka dengan peraturan-peraturan

kewangan semasa.

22

Page 23: pengurusan kewangan

Permasalahan timbul apabila (56%) menyatakan bahawa peruntukan yang diterima

oleh setiap panitia adalah tidak mengcukupi bagi melaksanaakan sepenuhnya aktiviti yang

telah dirancang. Hal ini dipersetujui oleh 50% responden bahawa memang terdapat masalah

dalam dalam pengagihan peruntukan sekolah. Masalah tersebut akan di atasi dengan beberapa

langkah yang diambil oleh pihak pentadbiran sekolah dan ini telah di sokong oleh 69%

responden berdasarkan kepada hasil soal selidik yang telah dijalankan.Sementara itu 46%

mengatakan bahawa pentadbiran sekolah mengumumkan jumlah peruntukan yang diterima

oleh setiap panitia dalam mesyuarat rasmi sekolah. Memboleh setiap panitia boleh membuat

perancangan kewangan masing masing dengan peruntukan yang ada. Perkara yang paling

penting dalam menyelesaikan isu kewangan yang timbul adalah pihak pentadbiran sekolah

perlu memainkan peranan untuk memantau pengurusan bajet tahunan serta pengagihan

peruntukan kepada panitia matapelajaran dan hal ini dipersetujui oleh 76% responden.

Persoalan yang ke dua :

Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pentadbiran sekolah Kebangsaaan

Temau, Raub?

Dalam sesi temubual ini juga kami berjaya mengenalpasti beberapa masalah atau isu

yang timbul samada secara langsung atau pun tidak semasa dalam proses perancangan dan

penggihan peruntukan kewangan yang telah diterima.Masalah utama yang sering timbul

adalah masalah ketidakcukupan akibat perbelanjaan yang tidak terancang dan jugak lebihan

kewangan yang mana peruntukan kewangan yang diterima tidak dibelanjaan sepenuhnya yang

mana peruntukan yang diterima terpaksa dipulangkan semula. Bagi mengatasi masalah ini

pihak pentadbiran sekolah yang diketuai oleh Guru Besar telah merangka dan melaksanakan

beberapa langkah bagi mengatasi masalah yang timbul.

Persoalan kajian yang ke tiga:

Apakah kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh oleh pihak pentadbiran Sekolah

Kebangsaan Temau ,Daerah Raub, Pahang dalam pengurusan kewangan yang melibatkan

perancangan dan pengagihan peruntukan.?

23

Page 24: pengurusan kewangan

Berdasarkan kajian yang telah dijalan didapati bahawa terdapat beberapa kelemahan

berpunca daripada kurang kefahaman dalam pengagihan kewangan sekolah maka akan timbul

masalah ketidakcekapan dalam pengurusan pihak sekolah.Selain itu kekurangan pengalaman

dalam pengurusan kewangan terutama sebilangan besar dari ketua –ketua panitia berdasarkan

matlumat soal selidik yang diterima.Selain kelemahan yang timbul adalah kerana tidak ketua

ketua pantia terlibat dalam perancanga kewangan sekolah justeru itu akan menimbulkan

masalah lebihan dalam perancangan aktiviti panitia selain itu ketua ketua panitia tidak

didedahkan dengan tatacara pengurusan kewangan yang betul.

Hasil Dapatan persoalan kajian yang ke empat iaitu :

Bagaimanakah cara untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengurusan kewangan sekolah

yang dicadangkan oleh pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Temau ,Daerah Raub

Merujuk kepada sesi temubual yang telah dijalan di Sekolah Kebangsaan Temau jelas

terdapat beberapa masalah justeru pihak pentadbiran sekolah telah mengambil beberapa

pendekatan sebagai langkah mengatasi masalah ini antara langkah yang diambil adalah seperti

Mengenal pasti aktiviti utama pengurusan kewangan sepertiMerancang perolehan sumber atau

peruntukan kewangan,Mengagih sumber atau peruntukan kewangan dengan

betul,Menggunakan sumber atau peruntukan kewangan dengan baik,Mengawal, mengesan

aliran perbelanjaan dan perolehan. Selain itu Kawal selia dengan rapi proses perjalanan

aktiviti utama iaitu Mengenal pasti proses kerja atau prosedur kerja berisiko tinggi,Mengenal

pasti masalah yang mungkin berlaku sekiranya prosedur kerja tidak dikawal selia,Kesan dan

impak negatif ke atas organisasi sekiranya kelemahan tidak dikenal pasti dan tidak

diatasi,Menilai sistem kawalan dalaman sama ada berupaya ataupun tidak bagi

meminimumkan risiko.

Di antara tindakan-tindakan yang perlu di ambil oleh pentadbiran sekolah ialah :

Mengenal pasti aktiviti utama pengurusan kewangan:

- Merancang perolehan sumber atau peruntukan kewangan.

- Mengagih sumber atau peruntukan kewangan dengan betul.

24

Page 25: pengurusan kewangan

- Menggunakan sumber atau peruntukan kewangan dengan baik.

- Mengawal, mengesan aliran perbelanjaan dan perolehan

Mengenal pasti aktiviti utama yang berisiko tinggi serta terdedah kepada peluang dan

permasalahan:

- Kerugian kewangan hasil perbelanjaan.

- Penghakisan keyakinan.

- Pembuangan masa.

- Pembaziran tenaga manusia.

- Kelewatan.

Kawal selia dengan rapi proses perjalanan aktiviti utama:

- Mengenal pasti proses kerja atau prosedur kerja berisiko tinggi.

- Mengenal pasti masalah yang mungkin berlaku sekiranya prosedur kerja tidak dikawal selia.

- Kesan dan impak negatif ke atas organisasi sekiranya kelemahan tidak dikenal pasti dan

tidak diatasi.

- Menilai sistem kawalan dalaman sama ada berupaya ataupun tidak bagi meminimumkan

risiko.

Bagi memastikan perjalanan pengurusan kewangan sekolah berjalan lancer serama

81% responden bersetuju bahawa pihak pentadbiran sekolah perlu memaklumkan kepada

semua panitia bagi memastikan perbelanjaan yang dibuat mengikut tatacara sebenar dan hal

ini perlu dipatuhi.Nanum begitu seramai 50% responden tidak pasti samada peruntukan yang

diterima dan dirancang adalah mengikut keutamaan.Ramai responden ( 63%) bersetuju pihak

sekolah pernah mendapat laporan audit berteguran dan member gambaran bahawa sejarah

pengurusan sekolah ini agak bermasalah.

25

Page 26: pengurusan kewangan

Dapatan hasil soal selidik dapat dirumuskan dalam bentuk stastistik seperti berikut:

1. Adakah anda terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan sekolah?

YA TIDAK PASTI TIDAK 0

10

20

30

40

50

60

56

2519

%

%

0.56

0.25

0.19

PURATA

YATIDAK PASTITIDAK

2. Adakah anda terlibat dalam merancang bajet tahunan dan pengkan kewangan sekolah anda?

YA TIDAK PASTI TIDAK 0

10

20

30

40

50

60

70

31

6

63

%

% 0.310000000000001

0.06

0.620000000000003

PURATA

YATIDAK PASTITIDAK

3. Adakah perancangan bajet tahunan dan pengagihan peruntukkan tahunan sekolah mengikut prosedur kewangan bilangan 8 tahun 2012 yang berkuatkuasa sekarang?

YA TIDAK PASTI TIDAK 0

10

20

30

40

50

60

70

80

69

18 13

%

%

0.68

0.18

0.13

PURATA

YATIDAK PASTITIDAK

26

Page 27: pengurusan kewangan

4. Adakah Geran Perkapita peruntukan yang diterima diagihkan untuk perbelanjaan panitia?

YA TIDAK PASTI TIDAK 0

10

20

30

40

50

60

50

38

12

%

%

0.5

0.37

0.12

PURATA

YATIDAK PASTITIDAK

5. Adakah peruntukan yang diterima mencukupi selaras dengan perbelanjaan aktiviti sekolah?

YA TIDAK PASTI TIDAK 0

10

20

30

40

50

60

38

6

56

%

%

0.37

0.06

0.56

PURATA

YATIDAK PASTITIDAK

6. Adakah terdapat masalah-masalah dalam pengagihan peruntukkan kewangan sekolah?

YA TIDAK PASTI TIDAK 0

10

20

30

40

50

60

50

25 25

%

%

0.5

0.25

0.25

PURATA

YATIDAK PASTITIDAK

27

Page 28: pengurusan kewangan

7. Adakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah mematuhi Pekeliling Kewangan yang berkuatkuasa dan Tatacara Pengurusan Kewangan Kerajaan?

YA TIDAK PASTI TIDAK 0

10

20

30

40

50

60

70

80

69

25

6

%

%

0.68

0.25

0.06

PURATA

YATIDAK PASTITIDAK

8. Adakah pihak sekolah mengadakan mesyuarat untuk pengagihan bajet kepada semua panitia?

YA TIDAK PASTI TIDAK 0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

50

44

3125

%

% 0.43

0.310000000000001

0.25

PURATA

YATIDAK PASTITIDAK

9. Adakah Guru Besar membuat pemantauan dalam Pengurusan bajet tahunan dan pengagihan peruntukan kewangan kepada panitia?

YA TIDAK PASTI TIDAK 0

10

20

30

40

50

60

70

80

76

186

%

%

0.760000000000002

0.18

0.06

PURATA

YATIDAK PASTITIDAK

28

Page 29: pengurusan kewangan

10. Adakah pihak sekolah memaklumkan kepada semua panitia matapelajaran tentang prosedur kewangan yang perlu dipatuhi?

YA TIDAK PASTI TIDAK 0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

81

136

%

%

0.81

0.13

0.06

PURATA

YATIDAK PASTITIDAK

11. Adakah pengagihan peruntukkan berdasarkan keutamaan?

YA TIDAK PASTI TIDAK 0

10

20

30

40

50

60

31

50

19

%

% 0.310000000000001

0.5

0.19

PURATA

YATIDAK PASTITIDAK

12. Adakah pihak sekolah mendapat Laporan Audit berteguran?

YA TIDAK PASTI TIDAK 0

10

20

30

40

50

60

70

63

25

12

%

%

0.620000000000002

0.25

0.12

PURATA

YATIDAK PASTITIDAK

29

Page 30: pengurusan kewangan

5.0 Cadangan dan Perbincangan

5.1 Cadangan

1. Ketua Jabatan

Ketua Jabatan atau pengurus sekolah adalah pegawai yang diberi tanggungjawap dan

amanah untuk menguruskan kewangan sekolah.Sekiranya seseorang ketua jabatan yang

tidak mendapat latihan tentang pengurusan kewangan,maka hendaklah dilakukan dengan

usaha-usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan

terlebih dahulu dan pegawai tersebut hendaklah meningkatkan kompetensi pengurusan

sekolah dan pengurusan bantuan persekolahan serta sistem kawalan keatasnya.Contohnya

menghantar pegawai mengikuti kursus kursus tentang pengurusan kewangan di Institut

Aminudin Baki atau Institut Pentadbiran Awam yang menyediakan latihan dalam bidang

kewangan.Menerapkan kefahaman tentang proses pengurusan,kawalan dan laporan audit

berkaitan dengan bantuan persekolahan.Meningkatkan akaunbiliti Pengurus Sekolah

terhadap pengurusan dan kawalan bantuan persekolahan.Justeru itu Ketua Jabatan

perlulah:

Memahirkan diri

Melakukan pemantauan dan penyeliaan yang berterusan

Menanamkan nilai murni dan integrity kepada kakitangan

Tindakan segera kepada laporan dan pemerhatian audit

Amanah dan telus

2. Pengurus Sekolah

Pengurus sekolah adalah Pengetua/Guru Besar/wakil yang diberi kuasa mengurus

kewangan sekolah.Oleh itu pengetua atau guru besar haruslah mengetahui dan memahami

tanggung jawapnya dalam menguruskan kewangan sekolah seperti berikut

i. Kemukakan tuntutan awal dan tuntutan pelarasan

ii. Semak dan laporkan penerimaan peruntukan

iii. Keluarkan Resit Pejabat (RP01) kepada pihak yang menyalurkan bantuan

30

Page 31: pengurusan kewangan

iv. Selengara Buku tunai KWK/KWA

v. Wajib melaksanakan pengurusan peruntukan tahun semasa

vi. Uruskan baki ke hadapan secara teratur

vii. Wajib memaklumkan kepada Ketua Bidang /Ketua Panitia dalam mesyuarat

JPKA sekolah tentang jumlah peruntukan PCG yang diterima dan agihanya

3. Sekolah

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang mentadbir harta dan kewangan dan

tertakluk kepada peruntukan yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1961dan Accounts

& Audit 1962 maka pentadbir sekolah dihendaki menyimpan akaun akaun dan rekod

rekod lain yang berkaitan dengan dengan sempurna serta menyediakan dan

mengemukakan satu Penyata Akaun Kewangan tentang tahun Kewangan yang baru

berlalu kepada pihak audit tidak lewat daripada 31 Mac pada tiap-tiap tahun.

5.2 Kesimpulan

Dalam menguruskan kewangan kerajaan kita patut memahami dan mengetahui terlebih

dahulu proses pengurusan tentang perancangan kewangan,pengagihan,pengunaan tenaga

manusia,pengurusan wang tunai dan pengurusan asset serta perkhidmatan bagi memenuhi

matlamat sesebuah organisasi atau sekolah.Membantu pengurus sekolah

mengawasi,mengesan, dan menyelia semua urusan kewangan dan akaun mengikut peraturan

yang berkuatkuasa.Meneliti dan mengambil tindakan susulan terhadap laporan Audit serta

merancang latihan untuk kakitangan yang menguruskan hal hal kewangan .Mesyuarat

hendaklah sekurang kurangnya 3 bulan sekali.Pengurus sekolah mesti melaksanakan

tanggungjawab dengan penuh integriti demi anak anak pewaris bangsa.

Pengurus sekolah juga hendaklah mematuhi surat perkeliling yang dikeluarkan serta

peka dengan perkembangan semasa berkenaan dengan kewangan kerajaan.Tugas pengurus

membuat pemantauan berkala terhadap pengurusan rekod rekod dan tidaklah mengharapkan

pembantu tadbir yang mentadbir urus tanpa penyemakan dan perbincangan bersama.Ini dapat

mengelakkan penyelewengan berlaku dan memastikan pengurusan kewangan lebih cekap

diurus dengan betul mematuhi pekeliling dan prosedur kewangan yang

berkuatkuasa.Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah kekurangan perbelanjaan dan

31

Page 32: pengurusan kewangan

terlebih pembayaran maka masalah akan timbul dalam laporan audit dan ini akan member

kesan negatif terhadap sistem pengurusan yang tidak cekap

Rumusan

Berdasarkan kepada temubual dan soal selidik yang telah dilaksanakan pentabiran

sekolah ini diterajui oleh Guru Besar dan juga GPK 1 yang mempunyai pengalaman yang luas

(lebih 20 tahun berkhidmat) dan ini secara tidak lansung mereka ini mengetahui sedikit

sebanyak kemahiran dalam pengurusan kewangan sekolah.Selain itu pembantu tadbir sekolah

juga didedahkan dengan kemahiran dalam pengurusan kewangan.Oleh yang demikian terdapat

gandingan yang mantap antara tiga tunjung kekuatan sekolah iaitu Guru Besar,GPK 1 dan

tidak ketinggalan Pembantu tadbir sekolah.

Nanum terdapat juga pelbagai kelemahan dalam perancangan dan pengagihan

kewangan sekolah seperti hanya sebilangan kecil sahaja yang terlibat dalam perancangan dan

pengagihan kewangan sekolah.Selain itu terdapat juga guru yang kurang pengalaman

memegang jawatan penting seperti ketua panitia yang mampu menjadi penyumbang kepada

masalah pengagihan belanjawan kewangan dalam panitia itu sendiri dan juga didapati bahawa

masih ramai responden yang kurang pengalaman dalam bidang pengurusan kewangan sekolah

32

Page 33: pengurusan kewangan

Rujukan

Shahril@Charil Marzuki (2006). Mengurus Kewangan Sekolah

(Edisi Kedua). Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Shahril@ Charil Marzuki (2008). Dasar Kewangan Pendidikan. Kuala Lumpur.

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Catatan Seorang Pengetua. Pengurusan Kewangan Sekolah.

Dipetik daripadahttp://hayudinmsr.blogspot.com/2010/04/pengurusan-kewangan

sekolah.html

Tahiyyatal Qulub. Pengurusan Kewangan Di Sekolah Menengah Harian Biasa Yang Bertaraf

PTj.

Dipetik daripada http://tahiyyatalqulub.blogspot.com/2011/01/pengurusan-kewangan-

di-

sekolah-menengah.html

Yeap Keng Leng. Kajian Kualitatif: Satu Pengenalan. Jabatan Kaji Sosial.

Dipetik daripada http://www.reocities.com/jpmmpks/jurnal/03yeap_penyelidikan.pdf

33