pengurusan kebersihan sekolah

16
6.0 PENGURUSAN 3K A. TAKRIFAN a. KEBERSIHAN - Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang bersih, indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. b. KESIHATAN - Sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri. c. KESELAMATAN - Suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah boleh meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri (jati diri murid) daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar. B. OBJEKTIF a. Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan. b. Membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat. c. Meningkatkan jalinan permuafakatan strategik antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi membentuk jalinan kerjasama dalam usaha merealisasikan Pelaksanaan Program 3K.

Upload: fara-ara

Post on 29-Oct-2015

348 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sekolah sihat

TRANSCRIPT

Page 1: pengurusan kebersihan sekolah

6.0 PENGURUSAN 3K

A. TAKRIFAN

a. KEBERSIHAN - Personaliti diri warga sekolah yang cemerlang dan persekitaran sekolah yang bersih, indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.

b. KESIHATAN - Sihat, cergas dan cerdas dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri.

c. KESELAMATAN - Suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah boleh meningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri (jati diri murid) daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar.

B. OBJEKTIF

a. Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan.

b. Membina dan memelihara diri, persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.

c. Meningkatkan jalinan permuafakatan strategik antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi membentuk jalinan kerjasama dalam usaha merealisasikan Pelaksanaan Program 3K.

Page 2: pengurusan kebersihan sekolah

C. CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA 3K(KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERINGKAT SEKOLAH)

D. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM 3K PERINGKAT SEKOLAH

SetiausahaGuru Penyelaras 3K

Timbalan PengerusiPenolong Kanan HEM

Ahli Jawatankuasa

PengerusiPengetua/Guru Besar

Penolong Kanan PentadbiranPenolong Kanan Kokurikulum

Penolong Kanan PetangGuru Penyelaras KebersihanGuru Penyelaras Kesihatan

Guru Penyelaras KeselamatanKlinik Kesihatan

Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG)Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung

Pemimpin MasyarakatPegawai Perhubungan Polis

DanAhli-ahli lain yang difikirkan sesuai

ik Kesihatan

Page 3: pengurusan kebersihan sekolah

a. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa 3K Peringkat Sekolah tiga kali setahun

(Januari, Jun dan September)

b. Merancang dan mengemas kini Program 3K Peringkat Sekolah

c. Memastikan warga sekolah melaksanakan Program 3K.

d. Mendapatkan kerjasama daripada PIBG dan agensi berkaitan untuk menyokong

pelaksanaan Program 3K

e. Menyediakan laporan pelaksanaan Program 3K Peringkat Sekolah.

f. LAPORAN SEGERA kes aduan mengikut 1 : 3 : 7 kepada Pejabat Pelajaran

Daerah/Gabungan (1 hari laporan awal, 3 hari laporan lengkap, 7 hari kes

dianggap selesai)

g. Melaksanakan aktiviti-aktiviti khas bagi Program 3K.

i. Penggredan Kendiri Kantin Sekolah

ii. Senarai Semak Keselamatan Sekolah

iii. Gotong-Royong Perdana KPM

iv. Penyelenggaraan Tandas Sekolah

6.1 PENGURUSAN KEBERSIHAN

Page 4: pengurusan kebersihan sekolah

6.1.1 Objektif

1. Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan ceria

2. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimum

3. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan

4. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian

5. Kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah

6. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah

6.1.2 Carta Organisasi

6.1.3 Senarai Tugas

PENGETUAPengerusi

PK HEMTimbalan Pengerusi

GURU PENYELARASSetiausaha Kebersihan

AJK KEBERSIHAN AJK KEBERSIHANAJK KEBERSIHAN

AJK KEBERSIHAN AJK KEBERSIHAN

Page 5: pengurusan kebersihan sekolah

1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan.

2. Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di

sekolah.

3. Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan

agensi-agensi yang berkaitan

4. Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk kesejahteraan

murid- murid di sekolah.

5. Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan

Kebersihan.

6. Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah.

7. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan kebersihan

dipatuhi oleh pihak yang berkaitan dengan perjanjian/kontrak seperti syarikat

pembersihan, pengusaha kantin sekolah, pengusaha dewan makan asrama,

pembekal makanan RMT dan SBT serta pembekal susu sekolah.

8. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan

pengurusan kebersihan murid.

9. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan murid dan

sekolah.

10. Mewujudkan serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid

dan program kebersihan sekolah.

11. Mengkaji dan menilai kebersihan program secara berterusan.

12. Menyediakan pelan kontigensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti

banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain.

13. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program

kebersihan.

14. Menyedia dan membuat laporan berkala.

6.1.4 Proses Kerja

JAWATAN PROSES KERJA

Page 6: pengurusan kebersihan sekolah

Pengetua/PK(HEM) 1. Melantik Jawatankuasa 1.1 Kebersihan dan Keceriaan Kawasan1.2 Kebersihan dan Keceriaan Bilik Darjah

2. Menyediakan Jadual Bertugas mengikut kelas bagi kerja-kerja mengutip sampah pada awal pagi.

JK Kebersihan dan Keceriaan

3. Menyediakan penyepit dan plastik sampah dan menentukan kawasan yang ditugaskan.

4. Menyelia kerja-kerja mengutip sampah dengan bantuan Pengawas yang bertugas.

JK 3K 5. Memberi taklimat kepada Ketua Tingkatan tentang pertandingan 3K yang diumumkan setiap bulan.

Guru Tingkatan 6. Mengawasi pelajar menjalankan tugas harian untuk memastikan bilik darjah sentiasa kemas dan bersih.

PK(HEM)JK 3K 7. Membuat pemeriksaan dan penilaian mingguan

Pengetua 8. Mengesahkan Keputusan Bulanan Pertandingan 3K dan diumumkan di Perhimpunan setiap awal bulan berikutnya.

JK 3K 9. Menyerahkan “Bintang” yang diperoleh kepada kelas tertentu.dan dikumpul sehingga bulan terakhir.

Pengetua 10 Menyampaikan hadiah kepada kelas yang mendapat jumlah bintang terbanyak dalam Pertandingan 3K.

6.1.5 Carta Aliran

Page 7: pengurusan kebersihan sekolah

Melantik Jawatankuasa Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan Kelas (3K)

Memberi taklimat kepada Ketua Tingkatan tentang pertandingan 3K yang diumumkan setiap bulan

Guru Tingkatan mengawasi pelajar menjalankan tugas harian untuk memastikan bilik darjah sentiasa kemas dan bersih

Membuat pemeriksaan dan penilaian mingguan

Pengetua mengesahkan Keputusan Bulanan Pertandingan 3K dan diumumkan di Perhimpunan setiap awal bulan berikutnya.

Menyerahkan “Bintang” yang diperoleh kepada kelas tertentu.dan dikumpul sehingga bulan terakhir

Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan 3K

Tamat

6.1.6 Senarai Semak Pengurusan Kebersihan

Menyediakan Jadual Bertugas

Menyediakan penyepit, plastik sampah

Pelajar mengutip sampah di kawasan yang ditetapkan di bawah seliaan JK dan Pengawas

Melantik Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan Kawasan

Page 8: pengurusan kebersihan sekolah

BIL ASPEK ITEM CATATAN

1. Pengurusan

1.1 Pengurusan1.1.1 Kebersihan persekitaran luaran sekolah1.1.2 Kebersihan persekitaran dalaman sekolah1.1.3 Kebersihan warga sekolah1.2 Pentadbiran dan Pengurusan1.2.1 Jawatankuasa Induk 3K sekolah1.2.2 Pelan Tindakan Jangka Pendek1.2.3 Pelan Tindakan Jangka Panjang1.2.4 Fail dan dokumen sokongan1.2.5 Penglibatan (Agensi Kerajaan, PBT, Swasta, NGO & Individu)

2. Kantin

2.1 Kebersihan Fizikal2.1.1 Lantai dan dinding2.1.2 Longkang2.1.3 Tandas2.1.4 Tempat memasak2.1.5 Tempat mencuci peralatan memasak2.1.6 Tempat mencuci tangan2.1.7 Stor2.1.8 Pencegahan LILATI (lipas, lalat, tikus)2.2 Peralatan dan Perabot2.2.1 Kerusi dan meja2.2.2 Peti sejuk2.2.3 Pinggan mangkuk2.2.4 Tong sampah2.3 Pekerja2.3.1 Kebersihan diri2.3.2 Pakaian (penutup kepala, apron dan kasut)2.4 Makanan dan minuman2.4.1 Bertutup

3. Tandas

3.1 Pengurusan Kebersihan Tandas3.1.1 Berfungsi3.1.2 Jadual Pembersihan3.1.3 Tatacara penggunaan3.1.4 Tong sampah3.1.5 Sanitari3.1.6 Utiliti

4.Bilik Darjah dan Bilik Khas

4.1 Pengurusan Kebersihan Bilik Darjah dan Bilik Khas4.1.1 Jadual tugas berkala4.1.2 Pencahayaan dan pengudaraan4.1.3 Lantai4.1.4 Tingkap4.1.5 Perabot4.1.6 Utiliti

Sistem Saliran 5.1 Pengurusan Kebersihan

Page 9: pengurusan kebersihan sekolah

BIL ASPEK ITEM CATATAN5. dan Sistem

Perparitan5.1.1 Kesempurnaan longkang5.1.2 Pengaliran air

6.Sistem Pelupusan Sisa Pepejal

6.1 Proses Pelupusan6.1.1 Bilangan dan kedudukan tong sampah6.1.2 Pengurusan karung plastik6.1.3 Jadual kutipan 6.1.4 Tempat pelupusan yang sempurna6.1.5 Kaedah pelupusan sampah kering, sampah basah dan sisa makanan6.1.6 Kitar semula

7.Stor bahan dan alat pembersihan (kontraktor pembersihan)

7.1 Pengurusan Stor

7.1.1 Senarai bahan dan alatan

7.1.2 Susun atur bahan dan alatan

6.1.7 Norma Kerja Pengurusan Kebersihan

Page 10: pengurusan kebersihan sekolah

Bil. Tugas Kerja Masa Diambil Jumlah Unit Boleh Dijalankan

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

Menubuhkan Jawatankuasa Kebersihan Sekolah

Mengadakan mesyuarat

Menyediakan senarai aktiviti dan projek

Menyediakan senarai kelengkapan

Menyediakan senarai tugas pekerja

Menyediakan buku rekod bertugas

Menyediakan jadual gotong-royong

Menyediakan jadual tugas kelab atau persatuan

Menyediakan jadual penyeliaan

Memberi penerangan kepada warga sekolah

Membuat laporan penyeliaan tugas dan projek

Membuat penilaian

Memberi penghargaan

1 jam

2 jam

1 jam

1 jam

1 jam

1 jam

30 minit

1 jam

30 minit

1 jam

2 jam

1 jam

1 jam

6.1.8 Peraturan dan pekeliling yang berkaitan

Page 11: pengurusan kebersihan sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas No 4/1981:16 September 1981Kebersihan Di Sekolah-sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1982:21 Ogos 1982Kempen Anti Denggi di Sekolah-Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 14/1989:28 Disember 1989Kebersihan Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1997:9 Julai 1997Amalan Kebersihan Di Sekolah

Garispanduan Amalan Kebersihan Sekolah 1997Kementerian Pendidikan Malaysia

Konsep dan Manual Sekolah Selamat,2003Kementerian Pelajaran Malaysia

6.1.9 Borang Yang Berkaitan Kebersihan

1. Buku Laporan Harian

2. Laporan Mingguan & Bulanan Program Bebas Denggi di Sekolah

3. Borang Laporan Pemantauan Kantin

4. Format Borang Penilaian dan Pemantauan Kantin Sekolah & Asrama

5. Borang Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas