buku pengurusan sekolah

Download BUKU PENGURUSAN SEKOLAH

Post on 19-Mar-2016

275 views

Category:

Documents

16 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BUKU PENGURUSAN

TRANSCRIPT

SENARAI KANDUNGAN

Semua Guru dan Staf Sokongan,

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Samudera.

Tuan / Puan.

PELANTIKAN RASMI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TAHUN 2014Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita di maklumkan, dengan pengedaran Buku Pengurusan dan Takwim 2014 ini, saya selaku Pengetua SMK Seri Samudera dengan rasminya melantik tuan/puan menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang tersenarai mulai dari 2 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Sebarang perubahan (jika ada) hanya berkuat kuasa setelah dimaklumkan secara bertulis.

3. Sehubungan itu, diharapkan tuan/puan dapat menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan tanggungjawab serta mengamalkan sikap proaktif, inovatif dan kreatif demi mempertingkatkan profesionalisme keguruan. Tuan/puan juga diberi kuasa untuk melaksanakan tanggungjawab yang tertera dalam buku ini selagi ia tidak menyalahi dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Perak, Pejabat Pelajaran Daerah dan SMK Seri Samudera.

4. Segala tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan dalam buku ini akan menjadi asas penilaian prestasi tuan/puan pada akhir tahun nanti. Semoga tuan/puan dapat terus memberikan khidmat yang cemerlang pada tahun 2014.

5. Atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan selama ini untuk meningkatkan kecemerlangan SMK Seri Samudera diucapkan ribuan terima kasih

Sekian, terima kasih.BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..................................................

(HJH KHAIRIZAH BT HASSAN)

Pengetua SMK Seri Samuderas.k. - Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Manjung, Sitiawan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang

berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat

dan negara.

Wawasan dan misi sistem pendidikan di Malaysia

bermatlamat untuk menjadikan institusi dan gerak kerja

pendidikan sebagai pusat pembangunan manusia

cemerlang, sebagai sumber pemantapan nilai-nilai

murni bangsa, sebagai arena penyuburan watak

masyarakat penyayang dan sebagai kerangka

penghayatan semangat cintakan negara.

Kualiti Sepanjang Masa Kecemerlangan Pendidikan Sepanjang Masa

PRINSIP ETIKA KERJA

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

Niat yang betul

Perlakuan yang baik

Penggerak ke arah kebaikan

Memperkotakan apa yang dikatakan

Berdisiplin dan beradab

NIAT YANG BETUL

Melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul adalah penting dan dituntut oleh agama, selari dengan landasan berikut: Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), misi, matlamat dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia

Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan bangsa

Memberikan sumbangan bermutu

Sentiasa memperbaharui niat untuk kebaikan

PERLAKUAN YANG BAIK

Melakukan tugas dengan sempurna merupakan tanggungjawab warga pendidikan ke arah mencapai hasil yang berkualiti disamping memperbaiki imej organisasi. Oleh itu, warga Kementerian Pelajaran Malaysia perlu: Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa

Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi

PERGERAKAN KE ARAH KEBAIKAN

Setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah menjadi penggerak ke arah kebaikan. Justeru, seluruh warga Kementerian Pelajaran Malaysia: Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan

Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat

Sentiasa berusaha menjadi pekerja yang baik

MEMPERKOTAKAN APA YANG DIKATA

Kita hendaklah sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikatakan. Justeru, setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah: Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain

Apa yang dibuat mesti sesuai dengan apa yang diucapkan

Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan

BERDISIPLIN DAN BERADAB

Aktiviti yang berperaturan, mulia, berdisiplin dan beradab adalah penting ke arah melahirkan warga Kementerian Pelajaran Malaysia yang cemerlang. Justeru, setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah: Sentiasa menjaga adab sopan seperti yang terdapat dalam ajaran agama

Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan

Sentiasa berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul

PENDIDIKAN BERKUALITI

INSAN TERDIDIK

NEGARA SEJAHTERA

MATLAMAT Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu

Melahirkan insan yang beriman,berakhlak mulia,berilmu,berketrampilan dan sejahtera Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan Negara

Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

KAMI WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SAMUDERA

DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

1. Membimbing, mendidik dan melahirkan insan yang beriman, berakhlak dan beramal.

2. Menyediakan program pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat serta memenuhi matlamat perpaduan negara.

3. Memberi peluang yang sama kepada kanak-kanak yang dihantar ke sekolah ini tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya.

4. Menyediakan staf yang berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.

5. Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan piagam perkhidmatan penyayang.

6. Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan sekolah yang cekap, berkesan dan dinamik.

7. Memastikan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan masyarakat agar kepentingan murid-murid dapat diutamakan.

8. Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu-individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.

BilKELEPASANHARITARIKH

Hari-hari Kelepasan Am Negeri

1.Tahun Baru 2014Rabu01 Januari 2014

2.Hari ThaipusamJumaat17 Januari 2014

3.Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan PerakSabtu19 April 2014

4.Hari Nuzul Al-QuranSelasa15 Julai 2014

Hari-hari Kelepasan Am Persekutuan

5.Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w/

Maulidur Rasul Selasa

14 Januari 2014

6.Tahun Baru CinaJumaat

Sabtu31 Januari 2014

1 Februari 2014

7.Hari PekerjaKhamis01 Mei 2014

8.Hari WesakSelasa13 Mei 2014

9.Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang

DiPertuan AgongSabtu7 Jun 2014

10.Hari Raya Puasa Isnin

Selasa 28 Julai 201429 Julai 2014

11.Hari KebangsaanAhad31 Ogos 2014

12Hari MalaysiaSelasa16 Sept 2014

13.Hari Raya Qurban aliAhad

Isnin 5 Oktober 2014

6 Oktober 2014

14.Hari DeepavKhamis23 Oktober 2014

15.Awal Muharram(Maal Hijrah) 1436 HijrahSabtu25 Oktober 2014

16.Hari KrismasKhamis25 Disember 2014

Tertakluk kepada perubahanApabila hari kelepasan itu terjatuh pada hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan yang lain maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika hari kemudiannya itu juga merupakan hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari kelepasan.

PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2014PenggalCuti dan Hari PersekolahanMulaAkhirBil. Hari

1Hari Persekolahan02.01.201421.03.201457

Cuti Pertengahan Penggal 122.03.201430.03.20149

Hari Persekolahan31.03.201427.05.201442

Cuti Pertengahan Thn 28.05.201415.06.201419

2Hari Persekolahan16.06.201412.09.201465

Cuti Pertengahan Penggal 213.09.201421.09.20149

Hari Persekolahan22.09.201421.11.201445

Cuti Akhir Tahun22.11.201404.01.201544

Jumlah290

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

:209 Jumlah Hari Cuti Penggal

: 81

SENARAI NAMA GURU SMK SERI SAMUDERA 2014BilNama GuruGred OpsyenTelefon

1. KHAIRIZAH BT HASSAN

(Pengetua)DG52PENDIDIKAN SENI0135902820

2. NORSILAH BT AHMAD

(PKPentadbiran)DG48GEO / SEJARAH0125625047

3. ABU BAKAR B. ABDULLAH

(PK Hem)DG48

KUPBM/GEO0194189211

4. NOOR AZIZAN BT. ABDUL SAMAT (PKKokurikulum)DG48

PEND. ISLAM0125196348

056793470

5. RASHIDAH BT MOHD YUNUS

(PK Petang)DG48

MATEMATIK0125120224

6. ROSIAH BT. MOHAMED ARIFF

(PK Pendidikan Khas)DG44

MUZIK0124008839

7. JULYANA A/P ANTHONYSAMY

(GK Bahasa)DG48

KUPB. INGGERIS0175531247

056917148

8. SAPURA BT IDRIS(GK Vokasional dan Teknik)DG48

KUPPERDAGANGAN0134321005

9. RUSINA BT. ABDULLAH

(GK Sains)DG48

KUPMAT/FIZIK0195646455

10. NOR AZOHA BT ZAINUDDIN

(GK Keman