pengurusan hutang

Upload: razali-ayob

Post on 02-Jun-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Pengurusan Hutang

    1/3

    Pengurusan Hutang : Cara Kurangkan Hutang Bulanan Dari RM3000 Sebulan Kepada RM0

    Ramai yang telah berjumpa dengan saya, menyatakan hasrat hendak mula membeli rumah sebagai

    pelaburan hartanah, namun ada segelintir yang stuck dengan kemampuan membuat pinjaman

    disebabkan terlalu banyak komitmen bulan yang perlu dibayar. Bagi saya perkara ini adalah normal

    dan banyak orang yang sedang menghadapi krisis ini saban hari disebabkan proses mendapat

    pinjamam terlalu mudah.

    Hari ini saya hendak berkongsi cara saya bagaimana saya selesaikan masalah over-commitment

    dan fix it salah seorang yang berjumpa dengan saya, moga anda semua dapat mengunakan

    konsep yang sama sekiranya bersesuaian dengan anda.

    Saya selalunya suka membuat pelan penyelesaian dan akan mengikuti pelan itu dengan sedikit

    perubahan di masa hadapan.

    Latar Belakang Hutang

    Hutang Bebanan Bulan Baki Remarks

    Kereta RM767 RM27,600 Baki lagi 4 tahun

    Hutang Peribadi RM608 RM43,800 Baki lagi 3 tahun

    Kad Kredit RM1,000 RM20,000 5% dari baki

    Hutang Aeon Kredit RM330 RM5,500

    Hutang Installment 0% RM310 RM4,000

    Jumlah RM3015 RM100,900

    Secara umum, beliau masih lagi hidup seperti biasa cuma beliau tidak boleh move forward. Saya

    kongsi pelan penyelesaian yang kebiasaan saya cadangkan.

    Langkah #1 : Consolidate Hutang Sedia Ada

  • 8/10/2019 Pengurusan Hutang

    2/3

    Kebiasaan langkah pertama ini penting dan bertujuan untuk memberi ruangsupaya ada ruang

    untuk boleh bernafas. Jumlah keseluruhan hutang ialah RM100K, jadi saya cadangkan kepada

    beliau untuk mengambil personal loan sebanyak RM130K dengan Bank Islam atau Bank Rakyat.

    Bayaran bulanan sebanyak RM RM1473 iaitu penjimatan sebanyak RM3015RM 1473 = RM1542

    atau sebanyak 51% reduction.

    Tips nya, masa pohon pinjaman peribadi beritahu banker tersebut untuk knock off hutang-hutang

    tersebut, cuma lebihan sebanyak RM30K beliau akan dapat.

    Dengan langkah ini sahaja, beliau sudah boleh bernafas. Ramai yang diluar sana cukup anti dengan

    personal loan, bagi saya tidak, cuma kena bijak mengunakannya sahaja. Lagipun personal loan

    hanya mengambil masa lebih kurang 2 minggu sahaja untuk dapat loan.

    Kepada bukan bekerja dengan GLC atau kerjaaan boleh dapat maklumat dengan bank Al Rahji

    Langkah #2 : Cipta Bakul Asset Yang Boleh Berlindung

    Selepas sebulan atau dua bulan, bolehlah meneruskan langkah kedua ini apabila CCRISS sudah

    bersih dari segala hutang di atas. Langkah ini, memerlukan beliau membeli hartanah, saya suggest

    membeli hartanah bernilai antara RM200KRM250K, paling menarik ialah hartanah lelong atau

    hartanah basic yang tiada renovation. Modal awal boleh guna RM30K yang ada itu untuk membayar

    down payment dan lawyer.

    Rumah ini hendak disewa fully furnished atau dengan sewa bilik fully furnished .Anggaran jumlah

    sewa yang dapat adalah RM1500 sebulan dan bayaran bank ialah RM1,114 ( hartanah 250K), jadi

    terdapat lebihan RM386.

    Secara umum, beliau sudah mengurangkan hutang lagi kepada, RM1473RM386 = RM1087 atau

    sebanyak 64% daripada hutang asal atau lagi RM1926 ruang bernafas.

    Langkah #3 : Berlindung Semua Hutang Dalam Asset

    Pelan asal sebenar dengan membeli hartanah lagi dengan mengunakkan duit KWSP, cuma saya

    skip untuk ini. Langkah 3 ialah terpaksa tunggu antara 2-3 tahun supaya hartanah tersebut untuk

    meningkat kepada RM350 to RM400K, berdasar pengelaman hartanah dalam lingkup kemampuan

    mempunyai kenaikan cepat antara 15% to 30% setahun, secara purata 20%.

  • 8/10/2019 Pengurusan Hutang

    3/3

    Caranya ialah bila nilai pasaran tersebut meningkat, maka keluarkan sedikit duit untuk membuat

    minor renovation seperti table top, kitchen cabinet, cornice dan plaster syiling supaya memboleh

    penilai memberi nilai yang tinggi sedikit daripada basic. Kalau andainya anda tahu, kosnya amat

    rendah.

    Maka langkah ini ialah refinance pada harga RM355K dan bayaran bulan ialah RM1757, maka anda

    dapat cash out sebanyak RM130K. Gunakanlah duit ini untuk membayar semua hutang peribadi

    sebanyak RM130K tadi.

    Disebabkan sudah 2 tahun, kemungkinan besar nilai pasaran sewa sudah meningkat, katalah

    disewa pada harga RM1800,

    Dengan ini jumlah bebanan hutang yang perlu beliau bayar ialah RM0, kerana jumlah bulanan

    sudah di bayar oleh penyewa dan semua hutangnya sudah disembunyikan dalam hartanah tersebut.

    Langkah #4 : Move forward

    Untuk move forward, beliau boleh guna hasil simpanan lebihan, account 2 EPF, bonus, personal

    loan untuk membeli hartanah berikutnya. Yang membeza ialah beliau atau anda ialah mengambil

    tindakan untuk sediakan pelan dan laksanakan pelan tersebut.

    Moga hasil case study ini, dapat membuka mata-mata kawan kearah mencari jalan financial

    freedom.