pengurusan

18
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEM2403 PENGURUSAN KONFLIK DALAM HAL EHWAL PELAJAR NAMA : NOSMA BINTI MOHD JAN NOMBOR MATRIK : 791005125050002 NO KAD PENGENALAN : 791005-12-5050 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU MEI 2015 1

Upload: milly-hafizah-mohd-kanafia

Post on 02-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

pengurusan

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEM2403

PENGURUSAN KONFLIK DALAM HAL EHWAL PELAJAR

NAMA : NOSMA BINTI MOHD JAN

NOMBOR MATRIK : 791005125050002

NO KAD PENGENALAN : 791005-12-5050

E-MAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

MEI 2015

1

Page 2: Pengurusan

ISI KANDUNGAN

NO KANDUNGAN MUKA SURAT

01 PENGENALAN 3

02 KAEDAH PENGUMPULAN DATA 5

03 TUGAS DAN PERANAN SEORANG GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL PELAJAR

7

04 SENARAI TUGAS GURU PKHEM DALAM MODUL 1 KURSUS DAN TUGAS GURU PKHEM SEBENAR

9

05 PENILAIAN TERHADAP PRESTASI GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL PELAJAR

9

06 KESIMPULAN 12

07 RUJUKAN 12

2

Page 3: Pengurusan

1.0 PENGENALAN

Pengurusan Hal-Ehwal Murid (HEM) merupakan satu bidang yang penting di sekolah.

Sekiranya tidak dikendalikan dengan baik ia akan mencacatkan dan menjejaskan perjalanan

dan prestasi sekolah itu sendiri. Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi di

kalangan murid/pelajar dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pengurus

atau pemimpin sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya

menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pengurus/pemimpin sekolah mesti

berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam

sekolah menuju ke arah kecemerlangan.

Ini kerana pelajar-pelajar merupakan aset negara masa depan. Jatuh bangunnya negara

bergantung kepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk membantu

individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (J.E.R.I) sebagaimana

yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bukanlah satu perkara yang mudah.

Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan

strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri instituti yang berjaya

dalam bidang akademik dan bukan akademik.

Oleh itu untuk mencapai hasrat ini, jawatan khas Guru Penolong Kanan (HEM) telah

diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak pentadbir (guru besar/pengetua) dalam

memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara,

penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya

khususnya pelajar-pelajar.

Pelajar-pelajar sekolah terdiri daripada mereka yang berumur antara 7 hingga 18 tahun.

Pelajar-pelajar sekolah rendah ialah mereka yang berumur antara 7 hingga 12 tahun manakala

pelajar sekolah menengah pula berumur antara 13 hingga 18 tahun. Mengikut ahli-ahli

psikologi, kanak-kanak atau pelajar-pelajar yang berada pada setiap peringkat umur mesti

melaksanakan tugas perkembangan masing-masing.

Kegagalan memenuhi tugas perkembangan pada sesuatu peringkat boleh menjejaskan

perkembangan kanak-kanak atau pelajar-pelajar pada peringkat perkembangan seterusnya.

Pengurus-pengurus di peringkat sekolah mestilah memahami diri pelajar sebagai organisme

yang berkembang dan kompleks. Mereka menghadapi pelbagai masalah dan cabaran yang

3

Page 4: Pengurusan

kompleks dalam proses perkembangan diri dan memerlukan bantuan serta bimbingan

daripada guru-guru di sekolah.

Menurut Peter F. Drucker, pengurusan boleh ditakrifkan sebagai proses sosial yang dibentuk

untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan orang lain ke arah

pencapaian yang lebih berkesan terhadap sesuatu objektif yang ditetapkan.

Jaafar Muhammad (1988) pula mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan

input-input organisasi (termasuk sumber ekonomi dan sumber kakitangan) dengan cara

perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan untuk tujuan mengeluarkan

output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan-pelanggan supaya objektif organisasi

tercapai.

Oleh itu, berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan HEM merupakan satu proses

pengendalian resos-resos sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai

matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam waktu yang sama ianya dapat

memberikan rasa kepuasan, semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi di kalangan ahli-ahli

dan semua pihak yang terlibat dalam instutiti sekolah sama ada pentadbir, pelajar, guru,

kakitangan sokongan, ibu bapa, dan masyarakat.

Di negara barat seperti Amerika dan Syarikat, pengurusan personalia pelajar yang lebih

dikenali sebagai Perkhidmatan Bantuan (student services) atau Perkhidmatan Personelia

Pelajar (student personnel services) pada awal 1920-an yang bermula di instituti pengajian

tinggi dan kemudiannya berkembang pula sehingga ke peringkat sekolah. Dengan berpegang

kepada pendapat bahawa sedangkan mahasiswa di pengajian tinggi yang lebih dewasa pun

memerlukan perhatian dalam aspek peribadi, kanak-kanak di sekolah tentulah lebih

memerlukan perhatian dalam aspek-aspek yang disebutkan.

Nordin (1993:17) memetik kandungan buku Sturtevant dan Hayes (1930) yang menyatakan

bahawa aspek perkhidmatan yang disediakan oleh pekerja personelia murid di barat pada

peringkat awal meliputi bimbingan pelajaran dan pekerjaan, pelanggaran disiplin, moral, hal-

hal sosial, masalah kesihatan tubuh badan dan faktor ekonomi yang menganggu kehidupan

sebagai pelajar. Nama-nama jawatan yang pernah dicatatkan dalam Education Research

Bulletin pada awal sejarah perkhidmatan ini termasuklah pegawai penjaga kedatangan murid,

guru pelawat, ahli psikologi sekolah, ahli psikitri sekolah, penyelia dan pegawai kesihatan

sekolah.

4

Page 5: Pengurusan

Seperti juga di negara-negara barat, di Malaysia, perkhidmatan hal ehwal pelajar secara rasmi

juga dimulakan di peringkat universiti iaitu pada penghujung tahun 1960-an dan awal 70-an

ekoran gerakan agresif para mahasiswa universiti dan kemudiannya kerajaan mewujudkan

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mewujudkan jawatan Timbalan Naib

Canselor Disiplin buat pertama kalinya yang kemudiannya diubah kepada Timbalan Naib

Canselor (Hal Ehwal Pelajar).

Di peringkat sekolah, perkhidmatan yang secara konsepnya termasuk di bawah ruang lingkup

personalia murid telah lama wujud. Tugas menjaga disiplin pelajar sebenarnya telah wujud

menyamai sejarah pendidikan formal pendidikan di Malaysia itu sendiri. Perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling pula wujud pada awal tahun 1960-an. Bagaimanapun

perkhidmatan `hal ehwal murid’ secara formal adalah fenomena awal tahun 1980-an. Jawatan

Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) hanya diisi dan diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran

pada awal tahun tersebut. Ini meliputi semua sekolah menengah hingga ke sekolah rendah.

Salah seorang kakitangan di sekolah yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal

pelajar ialah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Dalam tugasan ini, peranan seorang

guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) akan dibincangkan, setereusnya, peraman

sebear seoramg PKHEM akan dibandingkan dengan apa yang dinyatakan dalam Modul 1

Kursus. Akhir sekalii penilaian terhadap prestasi PKHEM.

2.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Dalam menyelesaikan tugasan ini, terdapat 2 kaedah yang telah di lakukan untuk

mendapatkan maklumat berkaitan peranan dan tanggungjawab guru PKHEM. Antaranya

ialah kaedah temubual dan juga penelitian terhadap dokumen dan rekod.

Kaedah Temubual

Kaedah yang pertama di gunakan ialah melalui kaedah temubual terhadap Guru Penolong

Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah yang telah dipilih. Guru ini telah berpengalaman

mengajar selama lebih 21 tahun. Selain itu, dua orang kakitangan sekolah juga akan

ditemubual berkaitan prestasi guru tersebut.

Temubual dijalankan dengan merancang satu temujanji terhadap guru tersebut dan juga 2

orang kakitangan sekolah yang dipilih. Temubual akan dijalankan secara berasingan bagi

5

Page 6: Pengurusan

memastikan jawapan yang diterima tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Seterusnya, masa, tarikh

dan tempat perjumpaan akan diserahkan kepada responden bagi menentukan mengikut

kesediaan mereka.

Objektif dan tujuan temubual haruslah diketahui dengan jelas sebelum sesi temubual

dijalankan. Dalam tugasan ini, tujuan temubual bersama guru tersebut adalah untuk

mengetahui apakah peranan dan tanggungjawab beliau sebagai Guru Penolong Kanan Hal

Ehwal Murid. Manakala dua orang kakitangan sekolah yang dipilih pula akan di tanya

berkaitan dengan prestasi guru ini kerana mereka adalah orang yang bekerja bersama guru

tersebut.

Setelah itu, barulah soalan-soalan akan dirangka bersesuaian dengan objektif kajian serta

tidak menyentuh mana-mana sensitivity responden. Berikut merupakan antara soalan yang

akan di tanya kepada responden:

Soalan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar

1. Sejak bilakah tuan/puan telah berkhidmat sebagai seorang Guru Penolong Kanan Hal

Ehwal Murid?

2. Secara keseluruhan, apakah tanggungjawab dan peranan tuan/puan di sekolah?

3. Apakah situasi paling mencabar yang tuan/puan pernah lalui?

4. Apakah tuan/puan merasakan puan telah berjaya menggalas tanggungjawab ini?

Soalan kepada kakitangan sekolah

1. Berapa lamakah anda telah berkhidmat di Sekolah ini?

2. Bagaimanakah perhubungan anda dengan guru-guru terutamanya guru PKHEM?

3. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai guru PKHEM, apakah beliau telah

menjalankan tanggungjawab yang diserahkan kepada nya?

4. Daripada 1 hingga 10 dimana 10 adalah terbaik dan 1 adalah terburuk, apakah markah

yang anda berikan kepada beliau?

Kaedah temubual ini berlangsung dengan baik kerana kaedah gaya bahasa, kemesraan, fokus

dan berhati-hati, tidak mengajukan soalan yang sensitif atau keluar dari tajuk tugasan adalah

kunci utama temubual ini berjaya tanpa sebarang paksaan. Maklumat yang diberikan sangat

baik dan berguna untuk maklumat tajuk tugasan ini.

6

Page 7: Pengurusan

2.2 Kaedah penyelidikan / penelitian

Kaedah kedua yang di lakukan untuk mendapatkan maklumat adalah dengan cara

menggunakan kaedah penyelidikan melalui penelitian terhadap dokumen dan rekod. Rekod

dan dokumen yang di teliti ialah rekod dan dokumen berkaitan Hal Ehwal Pelajar selama

guru tersebut berkhidmat. Dokumen dan rekod ini disediakan oleh guru dan kakitangan

sekolah yang dipilih.

3.0 TUGAS DAN PERANAN SEORANG GURU PENOLONG KANAN HAL

EHWAL MURID

Seorang lagi Pegawai Perkhidmatan pendidikan yang penting dalam pengurusan Sekolah

adalah penolong kanan Hal Ehwal Murid.Bertanggung jawab kepada Pengetua@Guru Besar

untuk melaksana dan mencapai dasar Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, ia juga diberi

segala tanggung jawab untuk mempertingkatkan kebajikan para pelajar. Selain itu,dia juga

memainkan peranan yang cergas dalam perancangan dan pelaksanaan kegiatan dan program

Ko-Kurikulum dan dalam penerapan nilai-nilai murni di sekolahnya.

Bidang Tugas:

1. Menjalankan segala tugas dan tanggung jawab pentadbir sekolah dengan ketiadaan

pengetua@ Guru Besar dan juga Penolong Kanan Pentadbiran@PK1.

2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang

pengkhususan mengikut arahan Pengetua dari semasa ke semasa.

3. Bertanggung jawab kepada pengetua dalam soal-soal  Ko-kurikulum, disiplin,

bimbingan dan kaunseling.

4. Memastikan bahawa keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut

prosedur dan peraturan.

5. Menentukan bahawa kebajikan, skim bantuan Buku-Buku Teks biasiswa dan bantuan

kewangan berjalan dengan lancar.

6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan

kantin Sekolah berjalan dengan lancar.

7

Page 8: Pengurusan

7. Membantu Pengetua @ Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi

perkhidmatan Guru dan kakitangan.

8. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan Sekolah agar

perjalanannya menjadi lebih berkesan.

Senarai Tugas Pentadbiran

1. Mengurus dan mengemas  semua Buku Rekod Pendaftaran Murid di Sekolahnya. 

2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan petang dan

memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini.

3. Mengurus kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar @ Murid-murid  baru ke kelas

mereka dengan kerjasama guru-guru yang berkaitan.

4. Mengurus pertukaran pelajar-pelajar ke Sekolah lain dengan mengisi dokumen dan

borang-borang tertentu.

5. menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti Sekolah dan bertukar ke

Sekolah lain itu adalah lengkap dan kemas kini.

6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti

Sekolah.

7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan Sekolah dengan kerjasama

pengetua@GB, penolong kanan Pentadbir @PK1, Penyelia Petang dan pembantu

Pentadbir Kanan Sekolah.

8. Membantu dalam merancang dan penyediaan Takwim Sekolah dan dalam

menentukan pelaksanaan Program aktiviti di sepanjang tahun.

Bidang tugas PKHEM bukan hanya tertakluk kepada beberapa perkara yang telah disebutkan

diatas tetapi ia juga merangkumi bidang-bidang seperti:

1. Bidang Disiplin.

2. Bidang Bimbingan dan Kaunseling.

3. Program Perlindungan.

8

Page 9: Pengurusan

4. Kesihatan.

5. Skim Pinjaman Bulu teks

6. Biasiswa dan bantuan.

Ko-Kurikulum

1. Sukan dan permainan

2. Persatuan dan Kelab

3. Pasukan pakaian seragam

4. Koperasi dan simpanan pelajar

5. Tugas dan tanggung jawab lain.

Secara keseluruhannya,tugas PKHEM ini adalah menyeluruh kerana ia melibatkan kebajikan

dan keselesaan pelajar@Murid-murid. Semua aspek yang terkandung dalam Bidang Sekolah

adalah melibatkan Pelajar atau murid,oleh itu bidang tugas PKHEM berkesinambungan

daripada tugas-tugas yang dipegang oleh GB dan juga PK1.

4.0 SENARAI TUGAS GURU PKHEM DALAM MODUL 1 KURSUS DAN

TUGAS GURU PKHEM SEBENAR

Dalam modul 1 bagi kursus ini, beberapa senarai tugasan dan peranan seorang guru PKHEM

telah dinyatakan. Pertama, tugas dan tanggungjawab seorang guru PKHEM ialah

bertanggungjawab dalam melaksanakan semua keputusan yang telah dibuat dalam usaha

menjaga kebajikan pelajar. Selain itu, guru PKHEM juga terlibat dalam merancang,

melaksanakan, menyediakan kakitangan, mengawasi dan memantau arahan daripada badan

pentadbir, dan menilai setiap program yang di jalankan.

Seterusnya, seorang PKHEM akan bertindak sebagai pengetua atau guru besar sekiranya

pengetua atau guru besar tidak hadir di sekolah. Selain itu, beliau bertanggungjawab dalam

bidang kaunseling, kesihatan, biasiswa, pinjaman buku teks, hostel, disiplin pelajar, kantin

dan kebajikan pelajar.

Tambahan lagi, seorang guru PKHEM juga bertanggungjawab untuk berkomunikasi dan

bekerjasama dengan agensi luar sama ada kerajaan atau bukan kerajaan berkaitan

9

Page 10: Pengurusan

pelaksanaan projek, program dan aktiviti yang melibatkan pelajar. Selain itu, guru PKHEM

juga mesti merancang dan memberikan latihan dalaman untuk meningkatkan kemahiran dan

kebertanggungjawaban guru. Akhir sekali, guru PKHEM haruslah menasihati guru-guru

supaya sentiasa menjaga kebajikan pelajar.

Berdasarkan temubual bersama guru PKHEM sekolah yang terpilih, beliau menyatakan

bahawa tugas beliau merangkumi semua yang berkaitan dengan hal ehwal murid. Oleh yang

demikian, semua yang telah disenaraikan sebagai tugasan dan peranan beliau haruslah

dilaksanakan dengan baik dan cemerlang. Bagi melihat perbezaan antara tugas yang

disenaraikan dalam Modul 1 Kursus dan tugas sebenar seorang guru PKHEM, sila rujuk

jadual di bawah.

PERANAN DAN TUGAS SEBENAR

GURU PKHEM

MODUL 1

KAUNSELING √ √

KESIHATAN √ √

BIASISWA √ √

PINJAMAN BUKU TEKS √ √

HOSTEL √ X

DISIPLIN √ √

KANTIN X √

KEBAJIKAN PELAJAR √ √

KOKURIKULUM √ X

WAKTU MENGAJAR √ X

5.0 PENILAIAN TERHADAP PRESTASI GURU PENOLONG KANAN HAL

EHWAL PELAJAR

Apa pun nama atau label yang kita letakkan kepada sekolah-sekolah yang dikenalpasti

sebagai sekolah-sekolah yang cemerlang seperti sekolah berkesan, sekolah bestari, sekolah

berwatak, sekolah perdana atau sekolah harapan negara tidak akan wujud secara kebetulan

atau secara bernasib baik sahaja atau diberi layanan istimewa daripada pihak-pihak tertentu

tanpa wujudnya orang-orang yang bekerja keras meletakkan kepentingan organisasi dan misi

ke satu tahap yang sukar ditandingi oleh sekolah-sekolah lain.

10

Page 11: Pengurusan

Siapakah yang memainkan peranan sehingga organisasi mencapai tahap yang gemilang dan

cemerlang itu kalau bukan para pentadbir dan guru-gurunya? Organisasi yang tersohor

tentulah dianggotai oleh orang-orang yang juga tersohor. Kejayaan orang-orang inilah yang

membawa organisasi mereka mencapai matlamat dan objektif dengan berkesan.

Kecemerlangan pengurusan sering diukur menerusi kecekapan dan keberkesanan para

pengurusnya dalam mencapai objektif organisasinya.

Kecemerlangan pengurusan ini hendaklah dilihat sebagai kecemerlangan dan kejayaan semua

ahli organisasi terutama di kalangan 'pengurusan' iaitu para penolong kanan terutamanya

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam konteks kertas ini. Sebagai 'ketua' di bidang hal

ehwal murid ini bererti Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga adalah seorang 'pemimpin'.

Berdasaarkan penilitian dokumen berkaitan, antara ciri-ciri pemimpin yang berkesan adalah:

Unit atau organisasinya berfungsi dengan lancar.

Dapat jadikan orang-orang lain lakukan apa yang dikehendakinya.

Dihormati dan dikagumi oleh orang-orang lain.

Pihak lain sebulat suara menganggapnya seorang pemimpin yang berkesan.

Kepemimpinan yang berkesan ialah kebolehan mencapai sebahagian atau semua ciri di atas.

Oleh itu setiap dari kita wajar mengetahui dan menghayati beberapa ciri dan aspek yang

bersangkutan dalam membentuk dan mewujudkan pengurusan Hal Ehwal Murid yang 'tip-

top' di sekolah masing-masing berdasarkan objektif-objektif kertas ini seperti berikut:

Mengetahui, memahami "pengurusan" bidang tugas dengan lebih komprehensif.

Meningkatkan kesedaran peranan yang dimainkan oleh GPK HEM.

Mampu menterjemahkannya kepada 'kerja-buat' dan produktiviti berkualiti.

Meningkatkan kewibawaan dan ketrampilna personel.

Menggarap Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam pengurusan amnya dan pengurusan

Hal Ehwal Murid khasnya.

Sedia menghadapi bidang tugas dan peranan yang lebih berat dalam hubungan

prestasi dan kemajuan serta peningkatan kerjaya.

11

Page 12: Pengurusan

Berdasarkan temubual bersama dua orang kakitangan sekolah, mereka berpendapat guru

PKHEM adalah seorang yang sangat baik dan bertanggungjawab. Sentiasa menjaga

kebajikan mereka dan juga para pelajar. Masing-masing telah memberikan 10 skor kepada

guru PKHEM sekolah tersebut atas prestasi yang sangat baik.

6.0 KESIMPULAN

Pengurusan Hal-Ehwal Murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Sekiranya

tidak dikendalikan dengan baik ia akan mencacatkan dan menjejaskan perjalanan dan prestasi

sekolah itu sendiri. Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi di kalangan

murid/pelajar dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pengurus atau

pemimpin sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan

fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.

Pengurus/pemimpin sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan

untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Untuk

membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek

sebagaimana yang tercerna dalam FPN bukanlah satu yang mudah. Di peringkat sekolah ia

berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik. Untuk mencapai

hasrat ini, jawatan khas Guru Penolong Kanan (HEM) telah diwujudkan di sekolah bagi

membantu pihak pentadbir (guru besar/pengetua) dalam memainkan peranan sebagai pemaju,

pembina, pembantu, perancang, pemudahcara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor

kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya khususnya murid/pelajar.

(2508 patah perkataan)

7.0 RUJUKAN

Asiah Hassan. (2005). Peranan Ketua Bidang dalam Merialisasikan Visi Sekolah di Daerah

Klang, Selangor. Universiti Malaya.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2012). DASAR PENDIDIKAN

NEGARA.

Brandit, R. (1992). On Rethinking Leadership : A Conversation with Sergiovanni.

Educational Leadership.

12

Page 13: Pengurusan

Dwyer, D. C. (1984). The Search for Instructional Leadership: Routines and Subtleties in the

Principal’s Role. Educational Leadership, 41(5), 32–37.

Gurr, D. (2013). Middle-level secondary school leaders: Potential, constraints and

implications for leadership preparation and development. Journal of Educational

Administration, 51(1), 55–71. doi:10.1108/09578231311291431

Hallinger, P., & Murphy, J. (1985). Assessing the Instructional Management Behavior of

Principals. The Elementary School Journal, 86(2), 217–247.

Ken Leithwood. (2008). Seven strong claims about school leadership. School Leadership &

Management: Formerly School Organisation, 28(1).

Lee Fang, W. (2009). Peranan Pengetua Sebagai Pemimpin Pengajaran Dari Persepsi Guru di

Dua Buah Sekolah Dalam Daerah Johor Bahru. Universiti Malaya.

13