pentaksiran 150107103940 conversion gate01

92
PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK PRA 3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK SINOPSIS Modul ini mengandungi konsep pentaksiran dan penilaian kemajuan perkembangan kanak-kanak. Modul kursus ini juga mendedah pelajar kepada perancangan pentaksiran dan penilaian kanak-kanak, pengumpulan data melalui pemerhatian tingkah laku, perbualan, penilaian hasil kerja, rakaman, temubual dengan pelbagai pihak, perbincangan dengan ibu bapa, penilaian melalui rekod-rekod peribadi dan penilaian melalui ujian saringan. Melalui modul ini, pelajar juga dapat memahami penganalisisan, pelaporan dan membuat tindakan susulan, etika pentaksiran yang meliputi garis panduan membuat pentaksiran dan peranan serta tanggungjawab guru-guru prasekolah. HASIL PEMBELAJARAN Menjelaskan konsep, objektif, kepentingan dan prinsip-prinsip pentaksiran dan penilaian kemajuan kanak-kanak. Mengunakan pertimbangan sendiri dalam melaksanakan teknik-teknik pentaksiran dan penilaian pengikut proses.

Upload: rui-ying-tan

Post on 13-Sep-2015

247 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Rangka Isi Pelajaran

PRA3111 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK

PRA 3111PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KEMAJUAN

KANAK-KANAK

SINOPSISModul ini mengandungi konsep pentaksiran dan penilaian kemajuan perkembangan kanak-kanak. Modul kursus ini juga mendedah pelajar kepada perancangan pentaksiran dan penilaian kanak-kanak, pengumpulan data melalui pemerhatian tingkah laku, perbualan, penilaian hasil kerja, rakaman, temubual dengan pelbagai pihak, perbincangan dengan ibu bapa, penilaian melalui rekod-rekod peribadi dan penilaian melalui ujian saringan. Melalui modul ini, pelajar juga dapat memahami penganalisisan, pelaporan dan membuat tindakan susulan, etika pentaksiran yang meliputi garis panduan membuat pentaksiran dan peranan serta tanggungjawab guru-guru prasekolah.HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan konsep, objektif, kepentingan dan prinsip-prinsip pentaksiran dan penilaian kemajuan kanak-kanak.Mengunakan pertimbangan sendiri dalam melaksanakan teknik-teknik pentaksiran dan penilaian pengikut proses.

Mengaplikasi pelbagai kaedah dalam menyediakan laporan pentaksiran dan penilaian kanak-kanak.

Merancang, mengurus dan melaksanakan pentaksiran dan penilaian kanak-kanak prasekolah.

Mengenalpasti pelbagai cara pemerhatian untuk mengumpul data berkaitan kemajuan kana-kanak.Mengenalpasti dan mematuhi etika pentaksiran dalam melaksanakan pentaksiran dan penilaian kemajuan kanak-kanak.

Kerangka Tajuk-tajuk

TAJUK 1PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1.0 PengenalanKanak-kanak merupakan golongan yang agak sukar dinilai secara tepat kerana aktiviti yang mereka lakukan, tumpuan yang singkat dan pencapaian yang tidak konsisten dalam persekitaran baru. Faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi pencapaian mereka termasuk baka, perbezaan budaya dan bahasa, serta ibu bapa yang kadang-kadang kurang berinteraksi dengan anak mereka. Pentaksiran dalam keadaan yang santai adalah situasi di mana penilaian amat berkesan dilakukan.

Pentaksiran merupakan proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010)

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran dijalankan secara berterusan

Pentaksiran kemajuan kanak-kanak bertujuan untuk mengenali basic point kekuatan dan kelemahan seseorang kanak-kanak dalam bentuk yang praktikal bukan sekadar teori. Sebaliknya berbentuk rujukan kriteria iaitu membandingkan kebolehan kanak-kanak dengan kriteria yang perlu dicapai mengikut peringkat umur. Pentaksiran bukan untuk membandingkan tahap pencapaian antara seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain atau untuk melabel mereka.Kesimpulannya, pentaksiran dan penilaian dalam prasekolah bermaksud satu proses pemerhatian yang melibatkan beberapa langkah utama dalam proses pengumpulan tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif yang dilaksanakan secara berterusan dan tidak formal dalam tujuan mendapatkan maklumat yang tepat selain memberi panduan buat guru dalam menilai sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan perkara penting dalam melengkapkan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas aspek keperluan, perasaan, psikologi dan teori perkembangan kanak-kanak semasa merancang proses pentaksiran1.1 Pentaksiran AutentikPentaksiran autentik merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid ditaksir pada masa menjalankan tugasan aktiviti pembelajaran harian di dalam dan di luar kelas. Untuk mendapat hasil atau evidens terbaik, konteks (tema, topik atau aktiviti) yang digunakan untuk mentaksir murid harus mengambil kira aspek minat, budaya, latar belakang sosio ekonomi, pengalaman seharian, persekitaran, kekuatan, ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan. Oleh yang demikian, fleksibiliti dibenarkan dari segi instrumen dan aktiviti yang dirancang.

Pentaksiran prasekolah dilaksanakan secara pendekatan formatif. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid. Pentaksiran dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, membantu guru mengesan penguasaan, kemajuan dan merancang pengajaran atau strategi seterusnya. Untuk mencapai matlamat, guru harus melaksanakan aktiviti-aktiviti pentaksiran secara berulang dan berterusan. Sebagai persediaan, guru harus membuat perancangan dan membina item, instrumen atau aktiviti.

Kanak-kanak memerlukan kaedah penilaian yang berkesan dalam mengenal pasti kemajuan mereka menggunakan cara yang sah dan boleh dipercayai. Maka, pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan prasekolah dengan rasional perlu ada sistem yang mentaksir secara bermakna untuk perkembangan kanak-kanak, sistem pentaksiran yang telus untuk ibubapa dan kanak-kanak dan perlu ada program jambatan di prasekolah dengan program di sekolah dan kesinambungan subjek.1.2 Objektif Pentaksiran

Pentaksiran murid di prasekolah menekankan kepada usaha ke arah penambahbaikan serta perkembangan dan bukan pencapaian semata-mata. Maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangan kanak-kanak semasa merancangkan proses pentaksiran. Bagi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu sebelum memulakan persekolahan formal di Tahun Satu, Pentaksiran Merujuk Standard digunakan,selaras dengan reka bentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang mula digunakan di semua prasekolah pada tahun 2010. Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:i.

Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.ii. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.iii. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa semasaiv. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.v. Mengesan keberkesanan pengajaran.vi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

Menurut Katz (1997), objektif pentaksiran dan penilaian di prasekolah bertujuan untuk:

Meningkatan pembelajaran murid

Membuat keputusan penempatan Membuat diagnosis masalah pembelajaran Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid

Menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa Menolong kanak-kanak dalam menilai kemajuannya sendiri

Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

Membantu membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum Menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama1.3 Prinsip-prinsip Pentaksiran

James H. McMillan (2000), menyatakan tiga prinsip dalam pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak ialah;

Jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus Konsisten Inklusif dan adilSurayah dan Haslinda (2009), amalan bersesuaian perkembangan kanak-kanak menyatakan terdapat enam prinsip pentaksiran dan penilaian:i. Dijalankan secara berterusan.ii. Mempunyai perancangan strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan dan hasil penilaian.iii. Mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran.iv. Memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian murid-murid.v. Dilaksanakan secara tidak formal. vi. Dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan kesahihannya1.4 Kepentingan Pentaksiran

1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi kanak-kanak dalam pembelajaran. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang normal dapat dikesan secara menyeluruh. Bagi kanak-kanak yang mempunyai kesulitan pembelajaran dalam aspek tertentu, guru boleh merujuk dan bekerjasama dengan pakar kesihatan semoga bantuan dapat diberikan pada peringkat awal lagi.

2. Melihat perubahan pada perkembangan setiap murid

Tidak semua murid dapat menerima maklumat baru ketika guru mengajar. Oleh itu guru hendaklah membuat beberapa pemerhatian bagi melihat tahap penerimaan maklumat baru serta perubahan kemahiran yang dicapai oleh setiap murid. Penglibatan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif sangat penting.3. Membuat perancangan aktiviti

Selepas memerhati kanak-kanak melakukan aktiviti yang diberi, guru dapat mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam bentuk aktiviti bimbingan atau pengayaan. Aktiviti kelas boleh dijadikan sebagai aktiviti beberapa kumpulan kecil.

4. Meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran melalui respons kanak-kanak semasa rutin harian dan aktiviti memberi gambaran berkenaan status penerimaan. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran dalam memperbaiki pengajaran-pembelajaran. Maka, guru perlu membuat pengubahsuaian daripada segi strategi untuk mencapai pembelajaran yang dikehendaki. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang secara tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.5. Mempelajari keperluan setiap murid

Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dalam pembelajaran daripada semasa ke semasa untuk meningkatkan potensi murid.6. Menyelesaikan sesuatu masalah

Guru dapat memerhati tingkah laku kanak-kanak dengan lebih jelas semasa dia berada di prasekolah. Kanak-kanak dapat mengatasi masalah tiada kawan contohnya, apabila guru memberi peluang, masa dan bimbingan kepada mereka.

7. Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa

Setiap catatan yang dibuat berkenaan perubahan tingkah laku dan hasilan kerja kanak-kanak merupakan bukti yang kukuh. Rekod prestasi perkembangan ini dapat dibincangkan bersama ibu bapa sekurang-kurang dua kali setahun.

8. Memberi laporan kepada pakar.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah daripada segi kesihatan seperti lambat daripada segi perkembangan bahasa boleh dirujuk kepada pakar yang berkaitan. Perkara ini dapat diatasi jika diberi bantuan di peringkat awal.

9. Menghargai hasil kerja murid

Kanak-kanak diberi peluang membuat refleksi atau menceritakan semula apa yang telah dia hasilkan. Dengan cara begini mereka merasakan hasil kerjanya dihargai. Secara tidak langsung ini dapat meningkat keyakinan diri mereka kerana pencapaiannya diukur dan dibandingkan dengan pencapaian yang lampau.

10. Membuat tindakan susulan serta merta

Bagi menggalakkan kanak-kanak menjalankan aktiviti, guru boleh memberi ganjaran serta merta dalam bentuk pujian, senyuman, pelukan dan tepukan atau sentuhan. Teguran yang positif serta membina dapat menyedarkan murid berkenaan perlakuannya.Menurut Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, kepentingan pentaksiran kepada guru adalah seperti berikut; Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid. Menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan. Membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran serta merancang tindakan susulan.

Manakala kepentingan pentaksiran kepada murid, melalui maklumbalas pentaksiran, murid akan dapat : Memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka. Motivasi dan keyakinan diri untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka.Ciri-Ciri Pentaksiran Di Prasekolah Mengambil kira psikologi kanak-kanak, fitrah kanak-kanak dan sifat semulajadi kanak-kanak.

Mementingkan proses untuk menghasilkan produk.

Dijalankan dalam suasana semulajadi (naturalistik).

Dijalankan dalam suasana tidak formal. Dijalankan tidak secara langsung.

Dijalankan dalam keadaan yang tenang. Dijalankan secara berterusan, bukan hanya pada akhir pembelajaran. Tidak bertujuan membandingkan murid dengan murid.

Tidak melebelkan murid sebagai pandai / tidak pandai.

Maklum balas segera diberi untuk tujuan penambahbaikan.

Tidak berfokus kepada ujian pencapaian, tetapi tahap perkembangan murid.

Tugasan pentaksiran diberi menyerupai situasi dan pengalaman seharian murid (autentik) Mengambil kira kekuatan, keupayaan, minat dan kekangan (persekitaran) murid.

Bersifat diagnostik: mengenalpasti kekuatan, kekurangan dan keperluan.TAJUK 2PERANCANGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK

2.0 PengenalanBagi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu sebelum memulakan persekolahan formal di tahun satu, pentaksiran merujuk standard digunakan, selaras dengan rekabentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang mula digunakan di semua prasekolah pada tahun 2010. Standard Pentaksiran yang dinyatakan dalam KSPK (rujuk Lampiran A dalam modul ini) perlu diakuri oleh semua pihak yang menggunakan kurikulum kebangsaan ini. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dilaksanakan di semua prasekolah mulai 2010 disusun atur mengikut format Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran adalah perkara-perkara yang dirujuk semasa guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Fokus adalah bidang pembelajaran yang ingin dikembangkan dalam diri murid. Semasa merancang pentaksiran, Fokus boleh dirujuk untuk membina Konstruk. Konstruk adalah perkara yang akan ditaksir. Setiap Fokus dinyatakan melalui beberapa Standard Kandungan. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. lanya ditulis meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Setiap Standard Kandungan diperincikan lagi kepada beberapa Standard Pembelajaran. Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) yang boleh diukur, untuk memastikan penguasaan setiap Standard Kandungan.

Seiring dengan kurikulum prasekolah yang berasaskan standard, pentaksiran di prasekolah adalah sesuai dilaksanakan dengan merujuk kepada standard. Pentaksiran Merujuk Standard bermaksud apa yang ditaksir dan tahap perkembangan dan penguasaan murid mesti dirujukkan kepada Standard Prestasi yang jelas, realistik, boleh difahami dan lebih memberi makna. Kerja, respons dan tingkah laku (proses & produk) yang dihasilkan atau dipamer oleh murid merupakan evidens (bukti) yang akan dirujukkan kepada standard prestasi yang ditetapkan.

Standard Prestasi (Performance Standard) merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid. la memberi definisi kepada ."kejayaan" dan bagaimanakah hasil kerja dan tingkah laku yang dikatakan cukup baik (indicator of success) atau sudah mencapai objektif pembelajaran. Tujuan diadakan standard prestasi ialah untuk mengenal pasti di manakah tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran atau pengamalan nilai seseorang murid itu. Standard prestasi memberi gambaran jelas atau panduan kepada guru tentang bagaimana hendak memberi skor kepada hasil yang dipersembahkan oleh murid. Standard Prestasi juga dirujuk semasa guru memberi maklum balas dan membuat pelaporan tentang murid.

Standard Prestasi memperihalkan kualiti penguasaan sesuatu perkara atau hasil kerja mengikut hierarki. Standard Prestasi tidak menjelaskan secara spesifik tentang teknik atau kaedah untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Standard prestasi bukan saja patut diketahui oleh pentaksir (guru), malah ibu bapa dan murid sendiri.

Standard Prestasi dinyatakan dalam bentuk kriteria dan skor. Kriteria merupakan pernyataan yang menjelaskan tentang kualiti sesuatu kerja atau perkara yang dikuasai. Kriteria yang ditulis mesti mudah, ringkas, tidak mengelirukan dengan mengambil kira perbezaan antara individu. la menjadi rujukan bagaimana prestasi murid ditaksir dan diberikan skor. Pernyataan kriteria yang ditulis pada setiap tahap penguasaan mestilah dapat memperihalkan setakat mana kualiti kerja yang ditunjukkan oleh murid. Kriteria yang khusus dibina bagi setiap konstruk yang dinilai dalam pentaksiran prasekolah. Bagi memastikan kesamaan kualiti antara kesemua kriteria khusus, satu standard dan kriteria teras (core) digunakan sebagai panduan.

Dalam konteks pentaksiran prasekolah di Malaysia, Skor bermaksud apa yang digunakan untuk menandakan tahap penguasaan murid. Di prasekolah, skor yang diberi bukan sekadar berbentuk gred (A, B, C, ... ) atau markah (1, 2, 3, ... ) yang hanya boleh dijumlah dan dipuratakan, seperti yang digunakan dalam ujian pencapaian di peperiksaan awam. Skor dalam bentuk markah dan gred semata-mata tidak boleh memberi maklumat tentang apa yang murid boleh lakukan. Untuk menjadikan pentaksiran lebih bermakna di prasekolah, skor mestilah dapat menjelaskan di tahap manakah murid berada berbanding standard prestasi yang hendak dicapai.

Contoh skor yang boleh digunakan dalam pentaksiran prasekolah ialah Belum Menguasai ( ), Sedang Maju ()dan Telah Menguasai (). Tiga skor ini mewakili penguasaan pada tahap Tahu sahaja, Tahu dan Boleh Buat dengan bimbingan, Tahu dan Boleh Buat dengan Baik dan dengan Sendiri, seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 2 memberi satu lagi contoh Standard Prestasi.

Jadual 1: Standard Prestasi di Prasekolah Contoh 1Skor(Tahap Penguasaan)

SimbolKriteria

Telah MenguasaiTMTahu dan boleh buat dengan sendiri dengan baik secara bertatasusila.

Sedang MajuSMTahu dan boleh buat dengan bimbingan.

Belum MenguasaiBMTahu beberapa perkara asas berkaitan dengan konstruk tetapi tidak boleh buat .

Jadual 2: Standard Prestasi di Prasekolah Contoh 2Skor(Tahap Penguasaan)

SimbolKriteria

MenguasaiMBoleh melakukan aktiviti dengan betul sehingga selesai.

Sedang BerkembangSBMemerlukan bimbingan dari semasa ke semasa apabila melakukan aktiviti namun masih boleh melakukan sehingga selesai.

Perlu Banyak Bimbingan

PBSukar memahami arahan untuk menjalankan aktiviti dan sentiasa memerlukan bimbingan.

Tiga tahap penguasaan di Jadual 1 dan 2 boleh menjadi teras (asas) kepada pernyataan kriteria bagi standard prestasi yang dibina dan disesuaikan untuk mentaksir setiap konstruk.

Dengan adanya Standard Prestasi, guru dapat memberi skor dan maklum balas yang tepat kepada murid tentang prestasi mereka . Sehubungan itu guru boleh mengatur strategi pengajaran atau intervensi untuk membantu murid. memperbaiki pembelajaran mereka bagi menguasai tahap yang tertinggi. Daripada maklum balas guru, murid pula mendapat gambaran yang jelas tentang sasaran pembelajaran, di mana kedudukan mereka dan apa lagi yang mereka perlu perbaiki untuk maju ke arah sasaran berkenaan.

2.1 Mengenal pasti kanak-kanak

Pentaksiran prasekolah lebih banyak menggunakan pendekatan formatif. Matlamat pentaksiran formatif ialah untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid. Pentaksiran dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, membantu guru mengesan penguasaan, kemajuan dan merancang pengajaran atau strategi seterusnya. Untuk mencapai matlamat, guru harus melaksanakan aktiviti-aktiviti pentaksiran secara berulang dan berterusan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Sebagai persediaan, guru harus membuat perancangan dan membina item, instrumen atau aktiviti.

Pentaksiran harus diulang dan dilakukan berterusan untuk melihat proses kerja, hasil kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan secara konsisten. Elakkan daripada menggunakan ujian formal kerana ia tidak dapat memberi maklumat mengenai kebolehan sebenar murid. Pentaksiran autentik lebih sesuai dijalankan bagi murid prasekolah. Pentaksiran autentik merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid ditaksir pada masa menjalankan tugasan aktiviti pembelajaran harian di dalam dan di luar kelas. Untuk mendapat hasil atau evidens terbaik, konteks (tema, topik atau aktiviti) yang digunakan untuk mentaksir murid harus mengambi! kira aspek minat, budaya, latar belakang sosio ekonomi, pengalaman seharian, persekitaran, kekuatan, ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan. Oleh yang demikian, fleksibiliti dibenarkan dari segi instrumen dan aktiviti yang dirancang.

Pentaksiran murid boleh melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, pembantu guru, ahli keluarga dan komuniti di mana bersesuaian. Pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber dan aktiviti akan menghasilkan dapatan yang boleh dipercayai serta membantu guru membuat keputusan yag lebih jelas dan tanpa ragu-ragu.

Rajah 1 : MODEL PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRANMerancang

Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang dengan melakukan perkara-perkara berikut:

Tahu tujuan mentaksir

Tahu apakah konstruk yang ditaksir

Rujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam KSPK Rujuk kepada Standard Prestasi teras dan kriteria berkaitan;

Tentukan instrumen (aktiviti atau strategi) yang akan digunakan;

Tentukan bila hendak mentaksir;

Tentukan tempoh pemerhatian.

Membina Instrumen

Berdasarkan Konstruk, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard Prestasi, guru boleh membina instrumen serta mengatur aktiviti yang sesuai dan tepat supaya murid berpeluang memberi respon yang diharapkan. Melalui pendekatan pentaksiran autentik, murid boleh diperhati dan ditaksir melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan instrumen dan aktiviti harus sesuai dengan apa yang hendak ditaksir dengan mengambil kira faktor murid dan persekitaran mereka. Satu instrumen atau aktiviti boleh digunakan untuk mendapatkan eviden bagi lebih daripada satu konstruk. Antara aktiviti yang lazim dijalankan di prasekolah ialah permainan, lakonan, nyanyian, projek, bercerita, kuiz, dan perbualan.

2.2 Menentukan kaedah pentaksiran Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembamgan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Justeru, para guru prasekolah perlu merujuk ke enam-enam standarad pentaksiran sebagai mana yang terkandung di dalam KSPK bagi memastikan amalan pentaksiran yang dilaksanakan adalah mematuhi standard yang sebenarnya. Standard Pentaksiran Pertama: Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan.

Tujuan pentaksiran adalah untuk: Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur. Mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka secara menyeluruh. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid dalam semua aspek yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Mengesan keberkesanan pengajaran guru. Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancang tindakan susulan yang berkesan untuk: Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Membantu pembelajaran murid. Memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru. Standard Pentaksiran Kedua: Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk: Penerapan nilai Pembentukan sikap Penguasaan kemahiran Status kecergasan Status kesihatan Kesediaan sosial (social readiness) Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk: Penerapan nilai Pembentukan sikap Penguasaan kemahiran Status kecergasan Status kesihatan Kesediaan sosial (social readiness) Standard Pentaksiran Ketiga: Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.

Pentaksiran dijalankan berterusan sepanjang masaStandard Pentaksiran Keempat: Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik.

Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid. Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah seperti berikut: Pemerhatian berterusan Penilaian hasil kerja Kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak-kanak: - Ujian atau peperiksaan formal - Ujian kertas dan pensil Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sahih. Proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit. Data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya inferens atau kesimpulan yang dibuat adalah sah dan sahih. Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.

Contoh rekod adalah seperti berikut: Senarai Semak. Skala Kadar. Rekod Anekdot. Rekod Berterusan (Running Record). Portfolio Standard Pentaksiran Kelima: Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk membantu pengajaran.

Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas murid tamat prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif. Hasil pentaksiran digunakan untuk memberi laporan dan maklumat kepada ibubapa mengenai kemajuan anak-anak mereka. Hasil pentaksiran digunakan untuk mengenalpasti masalah murid-murid sama ada mereka perlu dirujuk kepada pakar. Standard Pentaksiran Keenam: Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.

Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang lain, ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibubapa dan pihak tertentu sahaja. Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak. Pada peringkat umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-kanak pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan yang negatif dalam perkembangan kanak-kanak ini kelak. Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru perlu elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat A atau B dan seterusnya. Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan sesuatu yang tetap tetapi boleh berubah, contohnya kanak-kanak perempuan secara fisiologinya berkembang lebih cepat dalam penguasaan bahasa daripada kanak-kanak lelaki, adalah tidak wajar melabelkan murid lelaki sebagai lambat daripada perempuan. 2.3 Menentukan kemahiran / apa yang hendak dikesan / diperhatikan

Untuk mengenal pasti apakah perkara-perkara utama yang ditaksir (konstruk), rujukan dibuat ke atas Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk setiap Tunjang di dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran menyatakan dengan terperinci perkara yang perlu dipupuk dan dikuasai oleh murid. Pengamalan sikap baik (yang berkaitan dengan kemahiran kebolehan dalam Standard Pembelajaran) juga diperhatikan dan ditaksir sebagai usaha untuk memupuk nilai murni dan sikap positif semasa murid mempamerkan kemahiran mereka. Jadual 3 menunjukkan senarai konstruk yang telah dikenal pasti mengikut tunjang sepanjang tempoh pembelajaran murid di peringkat prasekolah.

Jadual 3: Senarai Konstruk Untuk Pentaksiran Di Prasekolah

TUNJANGKONSTRUK

KomunikasiBM1Kemahiran Mendengar

BM2Kemahiran Bertutur

BM3Kemahiran Menyebut dan Mengecam Huruf Vokal dan Konsonan

BM4Kemahiran Membaca Perkataan

BM5Kemahiran Membaca Ayat

BM6Kemahiran Mencerita Semula

BM7Kemahiran Menulis

, KemanusiaanKM1Pengetahuan tentang Diri Sendiri dan Hubungan dengan Keluarga, Rakan, Sekolah, Komuniti.

KM2Amalan Sikap yang Baik dalam Hubungan antara Diri dengan Keluarga, Rakan, Sekolah dan Komuniti

KM3Amalan Tabiat Menjaga Alam Sekitar

KM4Pengetahuan Asas tentang Warisan Budaya Tradisional Pelbagai Kaum di Malaysia

KM5Pengetahuan Asas tentang Negara Malaysia

KM6Amalan Cintakan Negara

Ketrampilan Diri

Perkembangan Sosioemosi

SE1Kemahiran Mengenali dan Mengurus Emosi Sendiri

SE2Kemahiran Mencapai Emosi yang Positif

SE3Kebolehan Membina Kemahiran Sosial

Perkembangan Fizikal dan Estetika

Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

FZ1Kemahiran Motor Halus

FZ2Kemahiran Motor Kasar

FZ3Kemahiran Menjaga Kebersihan Diri

FZ4Mengamalkan Tabiat Pemakanan yang Berkhasiat

FZ5Kemahiran Menjaga Kebersihan Persekitaran

FZ6Mengamalkan Langkah-Iangkah Pencegahan Jangkitan Penyakit

FZ7Pengetahuan tentang Sumber Bahaya

FZ8Mengamalkan Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Diri

Perkembangan Fizikal dan Estetika

Kreativiti

KR1Kemahiran Menghasilkan Karya Seni Visual Secara Kreatif

KR2Mengamalkan Sikap Apresiasi Seni

KR3Kemahiran dalam Menyanyi

KR4Kemahiran Memainkan Alat Perkusi

KR5Kemahiran Gerakan Kreatif

KR6Kemahiran Berlakon dan Main Peranan

Sains dan Teknologi

( Perkembangan Kognitif )

Awal Sains

Awal MatematikST1Kemahiran Memerhati

ST2Kemahiran Merekod Hasil Pembelajaran

ST3Kemahiran Membuat Pengukuran Menggunakan Unit Bukan Piawai

ST4Kemahiran Membanding dan Membeza

ST5Kemahiran Mengelas

ST6Kemahiran Membuat Ramalan

ST7Kemahiran Menyelesaikan Masalah

ST8Kemahiran Membuat Seriasi

ST9Kemahiran Mengecam Corak Berulang dan Membina Pola

ST10Pengetahuan tentang Nombor 1-20

ST11Pengetahuan tentang 20, 30, 40, 50

ST12Kemehairan Menyelesaikan Operasi Tambah dalam Lingkungan 10

ST13Kemehairan Menyelesaikan Operasi Tolak dalam Lingkungan 10

ST14Kemahiran Mengecam Duit yang Berlainan Nilai

ST15Pengetahuan tentang Konsep Masa

ST16Pengetahuan tentang Kedudukan Objek dalam Ruang

ST17Pengetahuan tentang Bentuk

ST18Kemahiran Membuat Pembinaan

ST19Kemahiran Menggunakan Komputer

Kerohanian, Sikap dan Nilai

Pendidikan Islam

PI 1Pengetahuan tentang Rukun Islam

PI 2Pengetahuan tentang Rukun Iman

PI 3Pengetahuan Kalimah Sahadah

PI 4Pengetahuan dan Kebolehan Melakukan Ibadah

PI 5Pengetahuan tentang Sirah Rasulullah SAW

PI 6Pengamalan Akhlak RasuluJlah SAW

PI 7Pengetahuan Asas Bahasa AI-Quran

PI 8Pengetahuan Asas Tulisan Jawi

Kerohanian, Sikap dan Nilai

Pendidikan Moral

PM 1Mengamalkan Nilai Baik Hati

PM 2Mengamalkan Nilai Bertanggungjawab

PM 3Mengamalkan Nilai Berterima Kasih

PM 4 Mengamalkan Nilai Berhemah tinggi

PM 5Mengamalkan Nilai Hormat Menghormati

PM 6Mengamalkan Nilai Kasih Sayang

PM 7Mengamalkan Nilai Keadilan

PM 8Mengamalkan Nilai Keberanian

PM 9Mengamalkan Nilai Kejujuran

PM10Mengamalkan Nilai Kerajinan

PM11Mengamalkan Nilai Kerjasama

PM12Mengamalkan Nilai Kesederhanaan

PM13Mengamalkan Nilai Toleransi

PM14Mengamalkan Nilai Berdikari

PM15Mengamalkan Nilai Berdisiplin

Nota:

Nilai-nilai murni yang hendak diterapkan melalui Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral boleh ditaksir secara bersepadu. Pengamalan nilai murni boleh diperhatikan semasa murid melakukan aktiviti-aktiviti dalam kelas atau semasa kemahiran-kemahiran lain ditaksir. Tidak semestinya diadakan instrumen atau aktiviti yang khusus untuk mentaksir nilai-nilai murni sahaja.2.4 Menentukan masa dan tempat penilaian dibuat

2.4.1Memilih tempat penilaian

Tempat yang paling ideal untuk menjalankan penilaian adalah di kelas prasekolah yang kondusif seperti terdapat peredaran udara, cahaya dan ruang yang sesuai, tiada gangguan dan kurang bunyi bising. Faktor-faktor persekitaran tersebut harus dipertimbangkan jika guru merancang aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada penilaian. Kanak-kanak tidak sepatutnya dipindahkan ke tempat yang mereka tidak biasa apabila membuat penilaian.

2.4.2Menentukan masa penilaian

Apabila hendak membuat penilaian, kita harus memikirkan dua aspek tentang masa. Salah satunya adalah penjadualan kemahiran dan sampel tingkahlaku. Ada sesetengah penilaian seperti ujian penglihatan dan pendengaran, rekod kesihatan dan profil keluarga adalah sangat membantu sebelum memulakan interaksi dengan kanak-kanak berkenaan. Penilaian mesti dalam bentuk formatif dan sumatif. Guru boleh mengumpul sampel-sampel kerja , merancang pemerhatian dan perbincangan dengan murid. Penilaian terhadap kemahiran dan tingkahlaku tidak boleh dilakukan sehingga anda berjaya membina hubungan yang baik dengan murid dan peluang yang cukup untuk mengamalkan kemahiran dan tingkahlaku sebelum dinilai. penilaian juga tidak boleh dijalankan pada masa-masa seperti sebelum rehat, selepas balik dari bercuti dan seumpamanya kerana pada masa-masa tersebut mereka kurang fokus, sibuk dan terganggu.

Sumber : Development Appropriate Curiculum. Marjorie J. Kostelnik, Anne K. Soderman, Alice Phipps Whiren. 5th ed. (2011). Pearson Education, Inc. Upper Saddle River, New Jersey.

TAJUK 3PENGUMPULAN DATA

3.0 PengenalanPengumpulan data perkembangan kanak-kanak boleh diperolehi melalui pemerhatian. Pemerhatian ialah memerhati secara sistematik tingkah laku, aspek perkembangan, pertumbuhan dan pencapaian kanak-kanak. Perkembangan yang perlu diperhatikan adalah daripada segi fizikal, emosi, bahasa, kreativiti, kognitif dan sebagainya. Pemerhatian ke atas kanak-kanak itu perlu direkodkan tanpa disedari oleh kanak-kanak.

Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid. Maklumat ini sangat penting untuk dijadikan bukti. Oleh itu, Setiap maklumat mesti dicatatkan nama dan tarikh untuk mudahkan guru membuat susulan Merekod penilaian haruslah sah iaitu ia mesti membekalkan maklumat berkaitan dengan matlamat dan objektif sesuatu program yang dijalankan. Melibatkan pemerhatian yang berulang-ulang.

Pemerhatian yang banyak akan membantu guru menemui pola-pola tingkah laku dan mengelakkan kepada keputusan yang dibuat dengan tergesa-gesa yang mungkin berasaskan kepada tingkah laku kanak-kanak yang luar biasa.

Keputusan yang profesional dan bernas dapat diambil dengan data yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan bahan maklumat Kaedah pengumpulan maklumat yang dapat mengesan kelakuan kanak-kanak Memerhati kanak-kanak dalam persekitaran sedia ada Merekod perkembangan secara spontan dan peristiwa yang tidak dijangka

Kelakuan kanak-kanak diperhatikan secara teratur, mengikut prosedur tertentu dalam satu keadaan yang telah disediakan dengan sengaja Penilaian boleh dilakukan dengan memerhati jenis perkembangan atau pembelajaran tertentuPemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan kanak-kanak yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian, pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul data atau maklumat atau merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran memerhati secara prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak melalui pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja kanak-kanak.

3.1 Pemerhatian Tingkah LakuPemerhatian tingkah laku kanak-kanak boleh dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti seperti bermain pondok-pondok, menyusun blok bersama rakan-rakan, semasa mereka bermain bersama rakan-rakan atau bersendirian, semasa aktiviti pembelajaran seperti membuat kolaj dalam kumpulan, aktiviti mengikat tali kasut, menyelesaikan masalah bersama rakan dan sebagainya.

Tujuan melakukan pemerhatian secara sistematik adalah untuk ;

imenentukan perkembangan kognitif, bahasa,sosio,emosi dan fizikal

kanak-kanak.

iimengenalpasti minat dan cara gaya pembelajaran kanak-kanak.

iiimerancang aktiviti-aktiviti yang sesuai

ivmemenuhi keperluan kanak-kanak secara individu

vmengetahui peningkatan dalam pembelajaran dan tingkahlaku

vimemberi maklumat kepada ibubapa

viimemberi maklumat kepada para profesional untuk mengetahui tentang

diri mereka dan bagaimana membantu kanak-kanak

3.2 Pemerhatian Perbualan

Pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi yang boleh diperhatikan ialah semasa perbualan atau interaksi antara murid dengan guru, perbualan atau interaksi antara murid dengan murid, interaksi murid dengan bahan, main peranan, bercerita dan bersoal-jawab, semasa aktiviti nyanyian, hafazan, bacaan dan lain-lain. Pemerhatian ke atas kanak-kanak hendaklah dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.3.3 Penilaian Hasil Kerja

Guru boleh menilai hasil kerja murid melalui rekod kerja yang dikumpulkan dan menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep, dan kemahiran yang mereka ketahui dan kuasai. Setiap bahan atau hasil kerja murid dikumpulkan dalam bentuk portfolio. Antara bahan yang dikumpulkan dalam portfolio murid ialah hasil lukisan, mewarna, lakaran, tulisan, buku skrap, kraf tangan, buku kecil, model, video kanak-kanak dan gambar yang diambil semasa kanak-kanak menjalani aktviti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.

Hasil kerja berupaya membuktikan pencapaian dan kemahiran kanak-kanak. Catat pencapaian pada masa hasil kerja dilaksanakan dan setiap hasil kerja mesti ditulis tarikh yang lengkap supaya mudah rujukan dilakukan. Catatan yang dibuat perlu menggambarkan tahap kebolehan, contohnya ;

sudah boleh membuat bulatan sudah boleh menulis huruf. Demikian juga dengan sebarang pembetulan, perlu ditanda dan dimaklumkan kepada kanak-kanak supaya mereka sedar akan kesilapan yang telah dilakukan dan pembetulan boleh dilakukan. Contohnya, kesalahan dalam tulisanHasil kerja disimpan dalam portfolio murid. Murid boleh dilibatkan semasa pemilihan hasil kerja untuk dinilai dan seterusnya disimpan dalam portfolio. Bukti refleksi yang dibuat oleh murid boleh juga dimasukkan dalam portfolio sebagai pentaksiran kendiri.

Hasil kerja juga membolehkan guru dan ibu bapa mengesan beberapa perkara iaitu antaranya ;a. Pola pembelajaran kanak-kanak iaitu sikap mudah faham, teliti, bersedia, mengambil masa yang lama atau sebaliknyab. Perubahan dari segi pencapaian di mana ia mempamerkan kemahiran motor halus yangg lebih terkawal. Contohnya, boleh mewarna dalam gambar yang diberi dengan kemasc. Tahap perkembangan berada dalam peringkat perkembangan yang ditunjukkan oleh murid yang sama umur dengannyad. Strategi yang digunakan setiap murid ada cara atau sistem tersendiri dalam melaksanakan tugas. Contohnya, meminta bantuan daripada rakan atau banyak bertanya kepada orang dewasa 3.4 Rakaman

Rakaman secara audio atau visual boleh dijadikan sebagai bahan bukti yang kukuh. Ia sesuai diselenggarakan jika ada kemudahan dan kemahiran. Data-data yang diperolehi mudah untuk diintepretasikan selain mempunyai kesahan yang tinggi. Maklumat lebih terperinci dan boleh difokus kepada sesuatu aspek perkembangan (JERIS)

Kelemahan kaedah ini ialah ia memerlukan kemahiran untuk diselenggara. Bagi melaksanakan rakaman yang berkesan, ia memerlukan tempat strategik dan sesuai seperti bilik tinjau. Jika tidak, kanak-kanak tidak akan beri tumpuan pada aktiviti pengajaran sebaliknya kepada kamera. Keadaan ini menghalang pelaksanaan pentaksiran secara autentik.3.5 Temubual Dengan Pelbagai Pihak

Pihak-pihak yang terbabit lazimnya terdiri daripada :a) Ibu bapab) Adik beradikc) Jirand) Penjaga / pengasuhBagi memastikan sesi temubual berjalan lancar, soalan temu bual yang berfokus dengan pihak di atas perlu disediakan lebih awal. Sewaktu membina temubual, ia mestilah ringkas, berfokus, tidak bercampur aduk pelbagai aspek dalam satu soalan dan ayat yang digunakan tidak mengelirukan. Antara soalan yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut;a) Aspek / fokus yang ditemubual berkaitan latar belakang kanak-kanak, seperti bilangan adik beradik b) Taraf sosioekonomi keluargac) Kesihatan dan fizikal murid seperti alahan, penyakit, kecacatan dan lain-lain d) Persekitaran sosial murid e) Tingkah laku murid sewaktu di rumahf) Pengalaman positif dan negatifg) Perkembangan JERISSemasa sesi temubual, kemahiran mendengar dan mencatat sangat penting. Sebaiknya guru tidak menyampuk atau memberi komen semasa temubual berlangsung, lihat reaksi responden dan pelihara adab dan etika.3.6 Perbincangan Dengan Ibu Bapa

Sesi perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga adalah sumber maklumat penting tentang perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa boleh dibimbing untuk merekodkan pemerhatian perkembangan anak-anak mereka semasa berada di rumah atau di bawah kawalan mereka. Temu bual dan perbincangan dengan ibu bapa sama ada di prasekolah atau sesi lawatan ke rumah dapat memberikan maklumat yang tepat tentang perkembangan anak-anak mereka. Temu janji awal untuk lawatan ke rumah perlu dibuat dengan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak supaya tidak menimbulkan masalah kepada kedua-dua pihak.

3.7 Penilaian Melalui Rekod-rekod Peribadi

Rekod peribadi kanak-kanak mengandungi maklumat diri, keluarga dan fizikal murid. Guru perlu memastikan segala maklumat yang hendak diperolehi tepat dan mendapat kerjasama dari ibu bapa atau penjaga. Rekod peribadi ini akan diserahkan kepada ibubapa/penjaga di akhir sesi prasekolah. Rekod peribadi ini sebaik-baiknya diserah kepada guru Tahun Satu untuk memastikan kesinambungan rekod perkembangan murid yang berkaitan. Pengumpulan maklumat daripada rekod-rekod peribadi meliputi;a. Latar belakang keluargab. Masalah kesihatan termasuk alahanc. Kecederaand. Penyakit yang pernah dihidapie. Rekod kehadiran3.8. Penilaian Melalui Ujian SaringanUjian Saringan merupakan ujian tapisan awal untuk mengesan murid yang lemah dalam menguasai kemahiran dalam mata pelajaran. Melalui ujian saringan (screening) boleh mengenal pasti sama ada murid memerlukan perkhidmatan khas. Contoh, Denver Developmental Screening Test (1975) iaitu mengenalpasti sebarang kerencatan perkembangan dalam aspek tertentu seperti kemahiran motor kasar dan halus, bahasa dan sosial. Soalan bagi Ujian Saringan diambil dan diolah daripada sukatan pelajaran dalam Tunjang Bahasa dan Komunikasi dan Tunjang Literasi Sains. Soalan yang dibina hendaklah tidak terlalu sukar kerana tujuan utama soalan ini dibina adalah lebih kepada menguji aras penguasaan kemahiran asas murid sahaja.

Guru boleh menentukan soalan apa yang hendak diuji tetapi mestilah relevan. Sebagai contoh, murid tidak tahu membaca, guru tidak boleh meletak soalan berbentuk ayat yang panjang kerana kelak tiada sesiapa pun murid yang akan melepasi ujian tersebut.

Perlu diingat, ada sesetengah murid tidak akan dapat menjawab kesemua soalan dalam set ujian saringan berkenaan. Ada juga murid yang tidak akan jawab walau satu soalan pun. Guru akan lebih banyak melihat contengan yang tidak bermakna dalam set ujian saringan tersebut.

Perkara ini perlu diberi perhatian kerana murid berkenaan ternyata bermasalah. Dalam ujian saringan, tidak ada soalan berunsurkan pilihan jawapan. Guru disyorkan supaya membina keseluruhan soalan yang boleh memandu murid untuk menjawab soalan secara berstruktur.

Guru dinasihatkan supaya mengelakkan daripada memberi soalan yang meminta murid mewarnakan gambar kerana akan membuang masa murid.Had-had Dalam Kaedah Pemerhatian

1. Kemahiran guru di dalam melaksanakan pemerhatian - apa yang hendak dilihat.

2. Tidak bias kepada perasaan dan interpretasi.

3. Mempunyai kemahiran untuk memilih cara pemerhatian yang sesuai bergantung pada kemahiran dan pengetahuan guru. Guru mesti mengetahui tahap perkembangan kanak-kanak, sensitif terhadap kebudayaan, individu dan personaliti murid yang berbeza. Tahu mengenai kaedah pengajaran, mata pelajaran dan kandungan kurikulum.

4. Interpretasi yang salah.

Interpretasi tingkah laku tidak cukup hanya melalui maklumat yang sedikit. Ini mungkin disebabkan oleh factor yang lain yang tidak diambil kira. Kesimpulan global tingkah laku / menyeluruh tidak secara spesifik misalnya, Dia tu nakal sangat. Bias personal. Salah focus sama ada pada tingkah laku atau kebolehan.

5. Tidak mengikut keadaan/situasi yang betul. Kanak-kanak ini berbeza dengan cara yang lain (sebutkan nama dan rakannya). Kenalpasti siapa yang terlibat dalam situasi itu.

6. Elak membuat tanggapan awal. Contoh, hyperaktif, lembab, malas dan lain-lain.

7. Penting untuk guru membuat pemerhatian semasa mengajar tidak perlu secara sistematik. Kalau hendak menilai tahap kebolehan dan pencapaian barulah menilai secara sistematik. Buat rekod anekdot dan rekod berterusan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah. Adakan dokumen yang khas untuk mereka.

TAJUK 4PEREKODAN PENILAIAN

4.0 Pengenalan

Merekod adalah aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat berkaitan secara sistematik. Maklumat yang direkod ialah tahap penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai-nilai yang murid pamerkan. Untuk membuat penilaian tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai, Standard Prestasi boleh dirujuk untuk memastikan keselarasan dan keadilan. Berdasarkan Standard Prestasi yang ditetapkan mengikut konstruk, guru mengenal pasti tahap penguasaan murid. Pemerhatian dan perekodan yang teliti dan lengkap akan memudahkan guru memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid kemudian. Contoh instrumen yang boleh digunakan untuk merekod rnaklumat pentaksiran adalah seperti berikut:

a) Senarai Semak

b) Rekod Anekdot.

c) Rekod Berterusan ( Running Record )

d) Rekod dengan alat-alat elektronik ( kamera, digital, kamera video )

4.1 Senarai Semak

Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada : sesuatu tingkahlaku/ciri dapat diperhatikan sesuatu pelakuan telah dilakukan kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan Prosedur Perkara yang perlu diberi perhatian : Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat. Tingkahlaku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkahlaku yang ingin diperhatikan Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau tingkah laku murid Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat/amalan yang lebih tepat / tekal Senarai semak boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan atau kelas

4.2 Rekod Anekdot

Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan tingkahlaku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah laku ini. Catatan hendaklah ditulis secara objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod adalah peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah. Secara ringkasnya, rekod anekdot adalah : Satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.

Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku.

Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan.

Rekod anekdot tidak memerlukan setting, borang atau masa tertentu.Panduan Merekod Anekdot Buat catatan dalam buku nota bagi memastikan insiden yang akan direkodkan tidak tercicir Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat Menulis apa yang dilihat secara objektif Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan Maklumat yang direkod hendaklah berpandukan peristiwa yang menggambarkan perkembangan murid

CONTOH REKOD ANEKDOT

4.3 Rekod Berterusan

Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita 'narrative' yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5 hingga 10 minit. Berbeza dengan Rekod Anekdot, pemerhatian ini dirancang oleh guru.

Panduan menulis rekod :

Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.

Rekod hendaklah tepat dan padat.

Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

Rekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku. Gunakan bahasa yang boleh difahami.

Boleh gunakan singkatan semasa mencatat.

Tulis secara terperinci tentang apa dilakukan murid semasa peristiwa

berlaku dan tingkah laku yang ingin diperhatikan.

Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan "judgmental. Pastikan buku nota atau kertas catatan tidak didedahkan dan diletak di tempat yang selamat

CONTOH REKOD BERTERUSANNama: Asri bin Yusof Umur: 5 tahun Tarikh: 24.4.2013Guru : Mohd Ismail Masa: 11.00 pagi Item: Peraturan

Pemerhatian

Ulasan

Asri masih berada diruang mengambil wuduk. Murid lain sudah memenuhi saf hadapan. Cikgu Mohd meminta murid berdiri betul untuk mendirikan solat. Asri menolak dan merempuh rakan di saf hadapan untuk membolehkannya berada di saf hadapan. Cikgu Mohd menegur perbuatan Asri. Tadi Asri lambat ambil wuduk.., kalau kita lambat, kita kena masuk di saf belakang yang masih kosong. Lain kali kalau nak di saf depan kenalah cepat ambil wuduk

Amin menyampuk ,Tadi dia main air, cikgu.

Asri mengundur masuk ke saf belakang.

Belum memahami tertib mendirikan solat berjemaah

4.4.Rekod dengan alat-alat elektronik

Merekod dengan menggunakan alat-alat elektronik bermaksud seperti berikut;

Kamera digital (mengambil gambar semasa aktiviti kumpulan atau projek)

Kamera video ( merakam persembahan boneka untuk dianalisis)

Rakaman audio (merakam semasa aktiviti cicle time .

TAJUK 5PENYIMPANAN DATA

5.0 Pengenalan

Segala maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian yang sistematik direkodkan dan dikumpulkan dalam portfolio. Portfolio menjadi sumber rujukan yang menunjukkan kemajuan, kekuatan, konsep dan kemahiran yang mereka kuasai. Setiap murid mempunyai portfolio yang mengandungi hasil kerja mereka beserta tarikh kerja dihasilkan dan catatan yang berkaitan.

5.1 Portfolio Kanak-kanak

Definisi Portfolio

Portfolio adalah satu himpunan bukti (evidens) atau keterangan yang terkumpul berkenaan dengan perkembangan dan kemajuan murid dalam jangka masa yang ditetapkan.

Tujuan Portfolio

Portfolio bertujuan untuk menyimpan rekod tentang pengalaman, usaha, kemajuan dan kejayaan yang diperolehi murid secara individu dan kumpulan. Portfolio boleh dijadikan asas untuk guru menilai pencapaian murid dan dijadikan panduan untuk menyediakan pembelajaran selanjutnya. Portfolio ini hendaklah dikongsi bersama ibu bapa murid untuk memaklumkan tentang perkembangan dan kemajuan anak mereka.

Bahan yang perlu ada dalam portfolio ialah:

i. Pelaporan Perkembangan murid

- Rekod Peribadi

- Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid

ii. Hasil kerja terpilih ;

-Perlu dinilai dan diberi ulasan

-Telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian

-Pemilihan hasil kerja murid dari setiap Tunjang.

5.2 Rekod peribadi kanak-kanakRekod peribadi murid mengandungi maklumat diri, keluarga murid dan fizikal murid. Guru perlu memastikan segala maklumat yang hendak diperolehi tepat dan mendapat kerjasama dari ibu bapa atau penjaga. Rekod peribadi ini akan diserahkan kepada ibubapa/ penjaga di akhir sesi prasekolah. Rekod peribadi ini sebaik-baiknya diserah kepada guru Tahun Satu untuk memastikan kesinambungan rekod perkembangan murid yang berkaitan.

Contoh Rekod Peribadi Murid

5.3 Rekod perkembangan kanak-kanak

Aspek perkembangan yang boleh dilaporkan berdasarkan tunjang dalam KSPK adalah seperti berikut : Tunjang Koumikasi

Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai

Tunjang Keterampilan Diri Sosioemosi

Tunjang Fizikal dan Estetika

Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Kemanusiaan

5.4 Rekod dalam bentuk CD, disket

Guru perlu merekod dan menyimpan segala maklumat kanak-kanak dalam bentuk CD atau disket, bagi memudahkan guru untuk membuat tindakan secara sistematik.Tatacara Pengurusan Dan Penyimpanan Rekod

Semua instrumen yang digunakan untuk menilai murid secara kumpulan

dan kelas perlu disimpan di dalam fail induk.

Semua instrumen yang . digunakan untuk menilai murid secara individu

perludisimpan di dalam portfolio murid

Setiap fail perlu dilabelkan.

Fail induk I individu disimpan di ruang yang selamat dan berstatus sulit.

Maklumat perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa

TAJUK 6PENGANALISISAN DATA

6.0 Pengenalan

Segala data yang direkod menggunakan senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, atau rekod berterusan perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat rumusan mengenai murid. Prosedur umum yang dicadangkan semasa menganalisis dan menginterpretasi maklumat adalah seperti berikut:6.1 Membaca dan meniliti maklumat

Membaca dengan teliti semua data yang diperolehi daripada hasil

pemerhatian.

Membuat analisis terhadap data dengan mengambil kira aspek-aspek

penting dalam Tunjang. Contohnya Tunjang Komunikasi lebih berfokus

kepada kemahiran bertutur, kemahiran mendengar dan kemahiran menulis

Menganalisis hasil kerja murid.

6.2 Membuat analisis

Hasil kerja yang boleh analisis termasuklah :

Gambar atau lukisan

Sampel tulisan

Binaan yang disempurnakan

Cerita yang ditulis

Buku skrap

Catatan perlu dibuat ke atas hasil kerja murid yang telah dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan, contohnya 'sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf. Hasil kerja ini boleh disimpan dalam portfolio murid. Murid boleh dilibatkan semasa pemilihan hasil kerja untuk dinilai dan seterusnya disimpan dalam portfolio. Bukti refleksi yang dibuat oleh murid boleh juga dimasukkan dalam portfolio sebagai pentaksiran kendiri.

Contoh Analisis Hasil Kerja

Contoh - ACatatan Analisis :

Amalina melakar menggunakan dua warna.

la menggunakan banyak bentuk bulat dalam lukisan.

Dia berjaya meneruskan lakaran untuk membentuk kaki, tangan dan rambut

Contoh - BCatatan Analisis :

Alice berjaya menceritakan semula cerita yang dibacakan melalui lukisan.

Beliau sudah boleh menguasai motor halus untuk menulis huruf.

Beliau juga berusaha memperbaiki kesilapan yang dibuat.

Mempunyai daya kreativiti dalam mewarna dan membentuk serangga.

Contoh - CCatatan Analisis :

Faiz tekun menyiapkan hasil kerjanya.

Dia berjaya menulis huruf dan ayat mudah.

Dia menunjukkan usaha untuk membetulkan kesilapan sendiri.

6.3 Membuat Ulasan

Maklum balas / ulasan hendaklah diberikan kepada murid secara individu setiap kali selepas murid diperhatikan atau ditaksir. Maklum balas adalah bukan sahaja berbentuk pujian, tetapi maklumat tentang kerja dan kemajuan murid. Fokus maklum balas ialah kepada apa yang murid boleh kuasai atau buat, bagaimana boleh memperbaikinya dan apakah kemajuan yang murid telah tunjukkan. Melalui maklum balas yang merujuk kepada standard dan kriteria, murid-murid dapat mengetahui apa yang patut dicapai, dan sejauh mana mereka telah berjaya mencapai standard dan kriteria ditetapkan dalam penguasaan sesuatu konstruk (pengetahuan, kemahiran dan nilai). Murid boleh meneliti dan menilai kerja masing-masing. Mereka akan rasa dihormati dan hasil kerja mereka dihargai. Melalui maklum balas, murid lebih jelas tentang apa lagi yang perlu dilakukan untuk menjadi lebih baik, dan mereka akan lebih bermotivasi untuk meneruskan aktiviti.

6.4 Membuat Inferen

Berdasarkan data-data yang terkumpul, guru perlu membuat inferen berkaitan kemahiran dan perkembangan yang telah dikuasai dan dicapai oleh kanak-kanak. Contohnya , apabila kanak-kanak sudah menguasai kemahiran membaca ayat mudah, maka antara inferen yang boleh dibuat adalah : Kanak-kanak boleh menguasai perbendaharaan kata,

Kanak-kanak boleh membaca arahan mudah,

Kanak-kanak boleh berkomunikasi menggunakan ayat mudah,

Kanak-kanak boleh memeri respon terhadap soalan guru.

TAJUK 7PENLAPORAN

7.0 PengenalanPelaporan adalah proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan pencapaian murid.

Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaporan adalah seperti berikut:

Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan guru dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Laporan perkembangan murid seharusnya menyeluruh merangkumi kepelbagaian kecerdasan, perolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran, penerapan nilai, potensi dan keterampilan diri murid.

Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat daripada hasil analisis data melalui kesemua instrumen serta penilaian hasil kerja murid.

7.1Membuat laporan

Kad laporan bukanlah cara yang paling sesuai untuk memberi laporan kepada ibu bapa. Tetapi guru boleh menulis sedikit penjelasan tentang kemajuan dan memahami gred anak-anak mereka.Tetapi ada beberapa cara lain bagaimana guru boleh menulis kad laporan. Antaranya adalah ;

Menyediakan ruang untuk murid,guru dan ibu bapa melaporkan matlamat pada penilaian akan datang

Perjumpaan dengan ibu bapa membincangkan dan mengkaji kemajuan anak.

Contoh surat (Newsletter)

Ulasan dalam kad laporan

Kad laporan

Nota perjumpaan ibu bapa & guru

Sesi perjumpaan ibu bapa & guru

7.2 Mengemaskinikan rekod-rekod kemajuan kanak-kanak

Laporan merupakan rumusan yang dibuat oleh guru daripada maklumat yang dikumpul dan analisis yang dibuat mengenai perkembangan murid secara menyeluruh dan spesifik. Ulasan yang dibuat seharusnya dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian sebenar diri murid. Rumusan mengenai perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial boleh dibuat berdasarkan Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan atau aspek lain yang telah ditentukan.

Aspek perkembangan murid yang boleh dilaporkan adalah seperti berikut:

a. Tunjang Komunikasi

b. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

c. Tunjang Ketrampilan Diri Perkembangan Sosioemosi

d. Tunjang Perkembangan Fizikal dan estetika

e. Tunjang Sains dan Teknologi

f. Tunjang Kemanusiaan

Contoh format pelaporan

TUNJANGULASAN

SEMESTER 1SEMESTER 2

Komunikasi

Boleh bercerita mengenai diri dan keluarga. Boleh berinteraksi secara sopan dengan rakan sebaya. Sudah boleh mengenal dan membunyikan huruf abjad serta membaca perkataan mudah (KV+KV) . Dapat menulis huruf dan perkataan serta mewarna gambar mengikut cara dan arah yang betul.

Fizikal dan EstetikaSudah dapat menguasai kemahiran koordinasi mata-tangan. Boleh mengemas dan menyimpan alatan yang telah digunakan dengan bantuan. Dapat membezakan objek /situasi yang selamat /berbahaya.

Boleh mengenalpasti nada bunyi tinggi rendah dan rentak lagu dengan tepukan. Suka membantu rakan dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Sudah dapat mengenal dan membezakan warna asas.

Kerohanian, Sikap dan Nilai Pendidikan IslamTelah menguasai cara mengambil wuduk. Mengetahui dan dapat menyebut nama ahli keluarga dan menceritakan tentang kelahiran Rasulullah S.A.W serta dapat mengecam dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah dan huruf jawi.

Sains dan TeknologiBoleh mengelas mengikut bentuk warna dan saiz. Boleh menambah dua himpunan objek dan menyatakan hasil tambah. Boleh bekerjasama dalam aktiviti kumpulan.

Kemanusiaan

Boleh bekerjasama dalam kumpulan. Boleh bercerita mengenai pengalaman

Ketrampilan Sosio EmosiBoleh mengemas dan menyimpan alatan yang telah digunakan dengan bantuan. Boleh membezakan objek /situasi yang selamat /berbahaya.

7.3 Menghasilkan data dalam bentuk grafik (graf,carta dll)

Laporan Perkembangan Dan Kemajuan Murid Pelaporan adalah hasil rumusan dan analisis tentang perkembangan murid.

Ulasan perlu memenuhi kriteria kebolehan dan pencapaian sebenar murid

Rumusan perkembangan murid dibuat berdasarkan tunjang dan aspek lain

yang ditentukan

TAJUK 8TINDAKAN SUSULAN

8.0 Pengenalan

Tujuan utama pentaksiran di prasekolah adalah untuk rnerancang tindakan susulan supaya murid dapat lebih menguasai standard pernbelajaran yang dihasratkan. Tindakan susulan boleh digolongkan kepada dua jenis seperti berikut :

i. Pengukuhkan dan pengayaan pembelajaran, ini adalah untuk murid yang sudah rnenguasai standard pembelajaran yang berkenaan. Latihan tarnbahan yang lebih rnencabar diberikan kepada golongan rnurid ini.

ii. Bimbingan dan pernulihan. ini adalah untuk rnereka yang belurn atau dalam proses rnenguasai standard pernbelajaran yang berkenaan. Kepada golongan murid ini, galakan dan aktiviti bimbingan seterusnya perlu diberi. Golongan ini perlu diberi galakan dan aktiviti bimbingan yang bersesuaian dengan aras penguasaan mereka. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mungkin perlu digunakan.

Guru perlu mernaklurnkan kepada ibu bapa mengenai tahap penguasaan anak mereka untuk mernperoleh sokongan tambahan di rurnah.8.1 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak Kecerdasan Maju dalam pelajaran

Berpotensi tinggi

Masalah neurological yang menjejaskan

Pemahaman

Penggunaan bahasa

Pertuturan

Berfikir

Membaca

Menulis

Mengeja

Mengira

8.2 Merancang aktiviti pengukuhan

Sewaktu kanak-kanak mula menguasai kemahiran atau pengetahuan yang baharu dipelajari, aktiviti-aktiviti pengukuhan perlu diberi. Ini dilaksanakan supaya kemahiran dan pengetahuan yang mula dikuasai kanak-kanak akan memberikan kesan yang berpanjangan. Oleh itu, guru harus merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pengukuhan yang sesuai dengan kemahiran dan pengetahuan kanak-kanak. Maka aktiviti pengukukuhan diberi supaya aspek yang sudah dipelajari diperkukuhkan dan penghasilannya berlaku secara semula jadi.8.3 Melaksanakan aktiviti susulan

Dijalankan secara serta merta :

Tindakan yang serta merta apabila pemerhatian menemukan kanak-kanak sedang menghadapi masalah melaksanakan tugasan yang diberi kerana belum menguasai sesuatu kemahiran.

Contoh :

Tidak boleh memegang pensel dengan cara yang betul, guru perlu menjalankan bimbingan serta merta dengan menunjukkan cara memegang alat tulis dengan betul.

Dirancang dalam satu tempoh masa :

Tindakan dilaksanakan selepas kesemua rekod-rekod perkembangan kanak-kanak di analisis dan hasilnya memberikan gambaran kepada guru berkenaan aspek-aspek yang perlu diberi bimbingan, pengukuhan atau pengayaan. Guru perlu merancang secara sistematik satu aktiviti atau satu set aktiviti yang perlu dilaksanakan.

Contoh :

Kanak-kanak kurang upaya membaca ayat mudah. Guru perlu merancang satu program yang sesuai dengan kemahiran awal membaca.TAJUK 9ETIKA PENTAKSIRAN

9.0 Pengenalan

Etika merupakan kepercayaan peribadi individu tentang hak. Ia merujuk kepada prinsip kelakuan individu yang boleh diterima dari segi akhlak dan nilai moral. Dalam penilaian perkembangan kanak-kanak, etika pentaksiran merujuk kepada garis panduan dalam membuat pentaksiran dan peranan serta tanggungjawab guru prasekolah.

Dalam memastikan aktiviti pentaksiran perkembangan kanak-kanak berjalan lancar dan berkesan, Akta 308 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan panduan kepada pihak yang terbabit.

Akta Pendidikan 1996, Seksyen 24, Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut :

Seksyen 24 Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab

ini.

Kementerian Pendidikan telah menyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 dan diperjelaskan lagi dalam Peraturan- Peraturan Pendidikan (Prasekolah)1997, yang ditulis dalam perenggan :

5 (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. 22 (2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah Subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.

Dalam perkara 8. Rekod Kemajuan Murid , akta ini menegaskan bahawa:

Guru hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid dan merekodkan perkembangan itu mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa.

9.1Garis panduan membuat pentaksiran

Menilai murid berdasarkan kepada kerja sebenar mereka

Menilai murid berdasarkan kepada apa yang sedang mereka lakukan dan melalui kurikulum

Menilai apa yang setiap murid boleh lakukan

Melakukan penilaian sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran

Belajar tentang murid secara menyeluruh

Melibatkan murid dan ibubapa dalam proses penilaian secara kolaborasi

Penilaian secara berterusan sepanjang tahun

Menggunakan teknik dan penilaian bersesuaian perkembangan

Sumber : Early Childhood Education Today. 12 th ed. George S. Morrison (2012). Pearson Education Inc., Upper Saddle River, New Jersey.Instrumen (digunakan untuk menilai murid secara kumpulan) disimpan di dalam fail induk. Instrumen untuk menilai murid secara individu disimpan dalam portfolio. Ia perlu disimpan di tempat berstatus sulit. Maklumat perlu dikemaskini dari masa ke semasa.

( Semua maklumat yang berkaitan dengan diri murid adalah sulit. Oleh itu semua rekod penilaian perkembangan dan kemajuan murid prasekolah hendaklah disimpan dengan selamat mengikut panduan berikut:

1.

Segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincangkan dengan pihak yang

tertentu sahaja iaitu ibu bapa, guru besar, pakar perubatan ataupun orang

yang berkaitan mengikut Akta Pendidikan 1996.

2.

Rekod murid tidak boleh dipamerkan

3.

Minta kebenaran ibu bapa ataupun penjaga murid untuk mengambil gambar

dan merakam video yang melibatkan murid berkenaan.

4. Pastikan segala rekod pemerhatian diberikan kepada ibu bapa pada akhir tahun.

9.2Peranan Dan Tanggungjawab Guru-Guru Prasekolah Sebagai Etika Pentaksiran Adil dalam membuat penaksiran Mengambil kira perbezaan individu dari aspek keperluan khas Tekal dalam melaksanakan penaksiran Menjaga kerahsiaan untuk maklumat-maklumat yang sulit Memberi maklum balas yang betul kepada ibu bapa terhadap kemahiran dan perkembangan kanak-kanak Membuat tindakan susulan dengan segera jika perlu Terangkan maklumat yang dikehendaki oleh pihak yang berkenaan dengan jujur Elakkan dari membuat perbandingan dengan murid-murid lain di dalam kelas Guru mestilah sentiasa sensitif dan peka kepada kesan yang timbul daripada apa yang diberitahu dan laporan yang ditulis Menyimpan data penaksiran secara sistematik di tempat yang selamat Merekod data secara sistematikRUMUS ANPenilaian adalah proses mendapat, menentukan dan memberi maklumat yang berguna ataupun menganalisis hasil pengukuran, bagi membuat tindakan selanjutnya. Dalam proses pembelajaran, penilaian adalah proses mengumpul maklumat, membuat analisis dan keputusan berkenaan perubahan tingkah laku ataupun perkembangan kanak-kanak.Seterusnya, pentaksiran adalah proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian. Penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat, merekodkan, menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang diperolehi. Di prasekolah penilaian dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi memudahkan guru mengambil tindakan susulan.Semua maklumat perlu disimpan ditempat yang selamat, tidak boleh dipamerkan kerana ia adalah sulit. Hanya pihak yang berkenaan sahaja yang boleh mengetahui maklumat tersebut seperti ibu bapa, penjaga dan pakar kesihatan.

UJI MINDA1. Apakah pentaksiran autentik dan mengapa ia sesuai dilaksanakan di prasekolah?2. Apakah tahap kualiti pendidikan prasekolah di Malaysia terhadap amalan pelaksanaan pentaksiran perkembangan kanak-kanak oleh guru prasekolah?

Pentaksiran

Dan Penilaian

Kemajuan Kanak-Kanak

Etika

Pentaksiran

Pengenalan Pentaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-Kanak

Tindakan

Susulan

Perancangan Pentaksiran dan Penilaian Kanak-Kanak

Pelaporan

Penganalisisan

Data

Pengumpulan Data

Penyimpanan Data

Perekodan Penilaian

Kepentingan

Prinsip-prinsip

Objektif

Konsep Pentaksiran Autentik

Pengenalan Pentaksiran Dan Penilaian Perkembangan Kanak-Kanak

Menentukan masa dan tempat penilaian dibuat

Menentukan kemahiran/apa yang hendak dikesan/ diperhatikan

Menentukan kaedah pentaksiran

Mengenal pasti kanak-kanak

Perancangan Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak

Perbincangan Dengan Ibu Bapa

Penilaian Melalui Rekod Peribadi

Penilaian Melalui Ujian Saringan

Temubual Dengan Pelbagai Pihak

Rakaman

Penilaian Hasil Kerja

Pemerhatian

Perbualan

Pemerhatian Tingkah Laku

Pengumpulan Data

Rekod dengan alat-alat elektronik

Rekod Berterusan

Rekod

Anekdot

Senarai

Semak

Perekodan Penilaian

Interpretasi :

- Maria menunjukkan bahawa dia mempunyai perasaan untuk menjaga dan menyayangi lam sekitar.

- memiliki kecerdasan naturalis

Pemerhatian :Maria dan Tina duduk di bawah pokok sambil bermain tepuk tangan. Agus datang menghampiri mereka dan menunjukkan bunga raya yang telah dipetiknya di kawasan tadika. Dia menyepak bunga itu seolah-olah seperti bola raga.Maria menegur: Mana boleh buat macam tu Tak apa, kata Agus.Tak reti..itu bukan bola kata Maria lagi. Tak apalah.. , jawab Agus lagi.Sayang bunga tu Maria menarik tangan Tina dan beredar dari situ.

Tarikh: 20.10.2013

Tempat: Di luar Kelas

Nama: Maria

Masa: 9.00 pagi

Rekod dalam bentuk CD, disket

Rekod peribadi kanak-kanak

Rekod perkembangan kanak-kanak

Portfolio kanak-kanak

Penyimpanan

Data

Membuat inferen

Membuat ulasan

Membuat analisis

Membaca dan meniliti maklumat

Penganalisasan

Data

Pelaporan

Membuat laporan

Mengemaskini

rekod-rekod

Menghasilkan data dalam bentuk grafik

Tindakan

Susulan

Kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa peringkat prasekolah

Merancang aktiviti pengukuhan

Melaksanakan aktiviti susulan

Etika Pentaksiran

Garis Panduan Membuat Pentaksiran

Peranan Dan Tanggungjawab Guru-Guru Prasekolah Sebagai Etika Pentaksiran

EMBED Unknown