pengkosan perkhidmatan

24

Click here to load reader

Upload: chris

Post on 23-Jun-2015

351 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 1

OBJEKTIF:

PENGKOSAN PERKHIDMATAN

OBJEKTIF AM:

Memahami definisi pengkosan pengendalian operasi dan perkhidmatan, ciri-ciri pengkosan dan penentuan kos seunit.

OBJEKTIF KHUSUS:

Di akhir unit ini anda akan dapat:-

1.Membezakan pengkosan perkhidmatan dengan pengkosan keluaran.

2.Menyenaraikan bidang perkhidmatan dengan unit-unit pengukuran perkhidmatan yang sesuai.

3.Menerangkan bagaimana pengumpulan kos dilakukan dalam perkhidmatan.

Page 2: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 2

15.0 PENGENALAN

engkosan perkhidmatan merujuk kepada sistem yang digunakan untuk menentukan kos bagi sesuatu perkhidmatan yang dibekalkan atau diberi, seperti perkhidmatan pengangkutan, pembekalan eletrik atau gas, klinik, pejabat guaman dan lain-lain .P

Objektif Pengkosan Perkhidmatan

Antaranya:

1. Untuk mendapatkan maklumat tentang kos berkait dengan pembekalan sesuatu perkhidmatan dan membolehkan kadar ditetapkan untuk pembekalan perkhidmatan berkenaan.

2. Untuk membolehkan kawalan dibuat terhadap semua caj dan kos berkait dengan pembekalan perkhidmatan.

3. Untuk menentukan kos yang patut dicaj terhadap setiap jabatan yang menggunakan perkhidmatan berkenaan.

4. Untuk membandingkan kos berkait dengan pembekalan sesuatu perkhidmatan dengan kos daripada alternatif-alternatif lain, seperti kos daripada menggunakan perkhidmatan yang dibekalkan oleh syarikat lain.

INPUT

PENGKOSAN PERKHIDMATAN

Page 3: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 3

15.1 CIRI – CIRI PENGKOSAN OPERASI DAN PERKHIDMATAN

Ciri-ciri pengkosan perkhidmatan ini sama seperti pengkosan kerja. Bezanya…. Ia tidak menjual produk berbentuk barangan tetapi perkhidmatan seperti firma guaman, arkitek, klinik gigi, perakauanan ataupun bengkel kereta. Antaranya:-

1. Perkhidmatan disediakan berdasarkan keperluan pelanggan.2. Kos dikumpul berdasarkan kos pengendalian berubah dan kos tetap.3. Pengumpulan kos dilakukan mengikut perkhidmatan yang diberikan.

15.2 PENGUMPULAN KOS

Pelajar sekelian, dalam pengkosan keluaran, kos dikumpul berasaskan kepada 3 jenis kos, iaitu bahan, buruh langsung dan overhed dan kemudian dicaj kepada keluaran berkenaan mengikut jumlah unit dikeluarkan.

Dalam pengkosan perkhidmatan, kos dikumpul berasaskan kepada 2 jenis kos yang biasanya berlaku dalam pembekalan perkhidmatan, iaitu kos pengendalian berubah (running cost) dan kos tetap (standing cost).

Kos pengendalian berubah merupakan kos yang berubah berasaskan amaun perkhidmatan yang dibekalkan manakala kos tetap merupakan kos yang berlaku tanpa bergantung kepada amaun perkhidmatan yang dibekalkan.

15.3 PENENTUAN KOS SEUNIT PERKHIDMATAN.

Dalam pengkosan perkhidmatan, kos untuk membekalkan dan menyediakan perkhidmatan berkenaan dikumpulkan untuk tujuan menentukan kos untuk perkhidmatan yang dibekalkan dan kemudian dibahagikan mengikut unit-unit kos yang sesuai untuk mengukur amaun perkhidmatan yang dibekalkan. Formula 15.1 di bawah menunjukkan bagaimana kos seunit perkhidmatan diperolehi.

Kos seunit perkhidmatan = Jumlah kos perkhidmatanUnit-unit perkhidmatan

Formula 15.1: Kos Seunit perkhidmatan.

Page 4: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 4

Bagaimanakah perkhidmatan yang diberi patut diukur?

Satu masalah yang wujud dalam pengkosan perkhidmatan adalah berkait dengan pengukuran perkhidmatan yang dibekalkan. Berikut adalah satu jadual yang disediakan untuk menunjukkan unit-unit pengukuran perkhidmatan yang boleh digunakan asas untuk mengukur amaun perkhidmatan yang diberi dalam bidang-bidang perkhidmatan:

Bidang Perkhidmatan

Unit-unit Pengukuran Perkhidmatan

1. Pengangkutan bas Jarak perjalanan atau bilangan penumpang

2. Kantin Bilangan hidangan makanan

3. Pembekalan eletrik Jam kilowatt

4. Hospital/klinik Bilangan pesakit atau bilangan jam atau hari

5. Kolej Bilangan penuntut atau bilangan matapelajaran

Contoh 15-1

Syarikat Hakeem menjalankan operasi sebagai sebuah syarikat pengangkutan dan mempunyai 5 buah bas untuk mengangkut penumpang kepada beberapa kawasan bandar. Dalam tempoh setahun, jumlah penumpang yang diangkut adalah 20,000 dan jumlah jarak perjalanan adalah 50,000 kilometer. Jumlah kos untuk menjalankan operasi tersebut dalam setahun adalah RM25,000,000.

Kirakan : Kos setiap penumpang setiap kilometer

Jawapan

Kos setiap penumpang setiap kilometer = Jumlah kos operasi______________________________Jumlah penumpang x Jarak perjalanan

= RM25,000,000 / (20,000 x 50,000)

= RM0.025

Page 5: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 5

Berikut adalah prosedur-prosedur yang perlu diambil dalam penentuan kos perkhidmatan:-

1. Mengenalpasti jenis kos berkait dengan pembekalan perkhidmatan berkenaan dan mengumpulkan kos-kos ini dengan menggunakan dokumen-dokumen tertentu , seperti lembaran kos perkhidmatan. Rajah 15.1 dan Rajah 15.2 di muka surat berikutnya menunjukkan lembaran kos dan penyata pendapatan bagi perkhidmatan pengangkutan seperti bas.

2. Pilih unit-unit yang paling sesuai untuk tujuan mengukur amaun perkhidmatan yang dibekalkan.

Misalnya, unit paling sesuai untuk mengukur perkhidmatan pengangkutan bas adalah bilangan penumpang dan jarak perjalanan.

3. Kirakan kos per unit perkhidmatan yang dibekalkan dengan membahagikan jumlah kos berkait dengan pembekalan perkhidmatan dengan unit-unit pengukuran perkhidmatan yang dipilih.

LEMBARAN KOS BAGI PERKHIDMATAN BAS

Jenis kenderaan:……………….. No. Pendaftaran:………………

Kos berubah:Minyak xxxTayar xxxAlatan xxxPembaikan & xxxPenyelenggaraan __________________Kos tetap:Upah pemandu xxxInsurans xxxCukai jalan xxxSusutnilai xxx

____________________JUMLAH KOS LANGSUNG xxxx

==================

Jarak perjalanan (km)…………….. Kos per kmBilangan perjalanan ………………. Kos per perjalananJumlah tan muatan ……………….. Kos per tanJenis barangan yang dibawa…….. Kos per jenis barangan

Rajah 15.1 : Lembaran kos perkhidmatan

Page 6: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 6

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN BASPENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERAKHIR ……..

Tarikh:……………….. Tahun :…………………..

Perjalanan 1 2 3……. Jumlah

Hasil:Tambang penumpang biasaTambang kontrak (sekolah, pekerja dll)PengiklananDan lain-lain pendapatan __________________ ______________

__________________ ______________

Kos berubah:MinyakTayarAlatanPembaikan & penyelenggaraan

Kos tetap:Upah pemanduInsuranCukai jalanSusutnilai kenderaan

____________________ _____________Jumlah kos langsung ____________________ ______________Pendapatan kasar(-) overhed pentadbiranPendapatan Bersih ================== =============

Rajah 15.2 : Penyata Pendapatan Perkhidmatan Bas

Contoh 15 –2

Oh…begini rupanya.

Page 7: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 7

Kolej Hakeem adalah sebuah kolej yang mengambil dan menyediakan pelajar-pelajar untuk menduduki sesuatu peperiksaan profesional. Aktiviti pengajaran dijalankan 5 hari seminggu untuk 4 minggu sebulan.

Berikut adalah maklumat-maklumat tentang kegiatan kolej:

Upah pensyarah RM 20 sejamGaji-gaji lain RM 8,000 setahunBahan-bahan pengajaran RM 5.00 per penuntut per mingguAir dan aeletrik RM 100 semingguSewa bangunan RM 2,000 sebulanSusutnilai peralatan dan perabut RM 200 semingguBilangan peanuntut 1,000 setiap bulanBilangan penuntut per kelas 25 penuntutJam paengajaran setiap kelas setiap hari 5 jam

Anda dikehendaki:-a) Jumlah kos perkhidmatan per bulanb) Kos perkhidmatan setiap penuntut setiap bulan.

Jawapan 15-2

a) Penyata operasi sebulan RM

Upah RM20 x 40 x5jam x 20 80,000Gaji 8,000Bahan pengajaran 5 x1,000 x 4 20,000Air dan eletrik 100 x 4 400Sewa 2,000Susutnilai 200 x 4 800 ------------Jumlah kos 111,200

b) kos perkhidmatan per penuntut/ per bulan = RM111,200/1,00 = RM111.20

FAKTA KUNCIFAKTA KUNCI

Page 8: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 8

PENGKOSAN PERKHIDMATAN

1. Kos seunit perkhidmatan = Jumlah kos perkhidmatan______________________Jumlah unit perkhidmatan

2. Pengumpulan kos berasaskan kepada 2 jenis kos iaitu kos pengendalian berubah dan kos tetap.

3. Pilih unit perkhidmatan yang bersesuian dengan perkhidmatan yang diberi.

Page 9: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 9

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

Soalan 15- 1

Terangkan perbezaan antara pengkosan kerja, pengkosan proses dan pengkosan perkhidmatan.

Soalan 15- 2

Syarikat Khidmat Bagus beroperasi sebagai sebuah syarikat pengangkutan dan mempunyai 10 buah lori yang digunakan untuk mengangkut barang-barang kepunyaan pelanggan-pelanggannya. Kos operasi syarikat adalah seperti berikut:-

Kos pengendalian berubah 80 sen per kilometer/kilogramKos tetap bulanan:

Gaji RM 600,000Insurans 50,000Sewa 150,000Susutnilai 200,000Lain-lain 100,000

Jarak perjalanan per tahun 10,000 kilometerBerat barang-barang diangkut per tahun 1,000 kilogram

KIRAKAN: a) kos per kilometerb) kos per kilogramc) kos per kilometer/kilogram

AKTIVITI 15A

Page 10: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 10

Soalan 15- 3

Syarikat Kerja Cekap mempunyai sebuah bas yang digunakan untuk mengangkut penumpang-penumpang daripada pusat bandar ke beberapa kawasan bandar. Bas ini beroperasi 25 hari sebulan.

Maklumat-maklumat berikut adalah berkait dengan operasi perkhidmatan bas bagi Syarikat Kerja Cekap:

Harga belian bas RM 50,000Hayat bas 450,000 kilometerNilai skrap bas RM 5,000Upah pemandu bas 1,500 sebulanBelanja pembaikan dan Penyelenggaraan bas 500 sebulanInsurans,cukai dan lesen bas 1,000 setahunKos satu set tayar bas 500Tempoh hayat tayar bas 15,000 kilometerKos minyak petrol RM 1.00 per literPenggunaan minyak petrol 10 kilometer per literJarak pejalan bas sehari 500 kilometerBilangan penumpang diangkut setiap tahun 15,000 orang

KIRAKAN: a) Kos operasi bas setahun.b) Kos perkhidmatan bas per penumpang setahun.

PENGKOSAN PERKHIDMATAN

Page 11: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 11

Perhatian!Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya

Jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 15A.

Jawapan 15-1

Pengkosan kerja merupakan sistem yang digunakan dalam industri-industri yang mengeluarkan produk mengikut specifikasi pelanggan. Kos bagi setiap kerja dikumpulkan berasingan melalui dokumen tertentu.

Pengkosan proses merupakan sistem pengkosan yang digunakan dalam industri-industri yang mengeluarkan produk yang homogenis secara besar-besaran melalui beberapa jabatan atau proses. Kos dikumpul pada setiap jabatan dan dicaj kepada volum yang dikeluarkan di jabatan tersebut.

Pengkosan perkhidmatan merupakan sistem pengkosan yang digunakan untuk menentukan kos bagi perkhidmatan yang dibekalkan. Kos untuk perkhidmatan yang dibekalkan akan dikumpul dan dicaj mengikut unit-unit perkhidmatan yang dibekalkan.

MAKLUMBALAS 15A

Page 12: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 12

Jawapan 15-2

Penyata kos operasi RM

Kos berubah = 0.80 x 10,000 x 1000 = 8,000,000Kos tetap:Gaji 600,000Insurans 50,000Sewa 150,000Susutnilai 200,000Lain-lain 100,000Jumlah kos 9,100,000

Kos per kilometer = RM9,100,000/10,000 =RM910 per km setahunKos per kilogram = RM9,100,000/1,000 = RM9,100 per kg setahunKos per kilometer/ kilogram =9,100,000/(10,000 x1,000) = RM0.91 sen per km/kg

Jawapan 15-3

PENYATA KOS OPERASI SETAHUN Upah 1500x12 RM 18,000Belanja penyelenggaraan 500x12 6,000Insurans,cukai,lesen 1,000Petrol 15,000Tayar 5,000Susutnilai 15,000Jumlah kos 60,000

=====

kos per penumpang setahun = RM60,000/15,000= RM4.00

Jalan kerja :

1. Jarak perjalanan setahun = 500km x 25 hari x 12 bulan = 150,000 km setahun2. Susutnilai = RM(50,000 – 5,000) x 150,000/450,000 = RM15,0003. Tayar = (150,000/15,000) x RM500 = RM5,0004. Petrol = (150,000/10)xRM1 = RM15,000

PENGKOSAN PROSES

Page 13: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 13

ila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan

semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan

pensyarah anda.

S

Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 15-1

Hariss Bhd membuat penghantaran dangan van dan tidak mengangkut apa-apa muatan semasa perjalanan pulang. Maklumat berikut diperolehi untuk bulan Julai seperti berikut:

Hari beroperasi 24Jumlah perjalanan yang dilakukan 48Jumlah km yang dilalui 960Jumlah tan yang diangkut 720

Kos kendalian untuk bulan Jualai adalah seperti berikut:RM

Minyak dan pelincir 36Upah -pemandu 90

-pembantu 48-mekanik 18

Anggaran kos untuk tahun tersebut (288 hari kendalian) adalah seperti berikut:RM

Insurans, cukai dan lain-lain 312Penyelenggaraan 180Pentadbiran 420Susutnilai 240

Sediakan penyata kos kendalian untuk bulan Julai dan kirakan kos seunit berikut:a. kos per tan-kilometerb. kos per kilometerc. kos per hari operasi

PENILAIAN KENDIRI

Page 14: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 14

Soalan 15-2

Sebuah syarikat pengangkutan menghantar barang ke beberapa destinasi di antara bandar X dan bandar Y yang jaraknya adalah sejauh 500 kilometer. Muatan tambahan boleh diangkut apabila berada di destinasi tertentu sekiranya terdapat ruang di dalamnya. Setiap kenderaan mempunyai rancangan muatan yang berbeza ketika perjalanan balik. Jarak maksima dari X ke Y ialah 400 km dan setiap kenderaan mempunyai muatan maksima 5 ton bagi perjalanan dari X ke Y seperti berikut:

MUATAN UTAMA

Kerja Jarak diangkut(km)

Berat muatan (ton)

A 50 0.5B 120 1.0C 200 1.2D 290 0.7E 400 1.6MUATAN TAMBAHAN DIANGKUTF 280 1.2G 90 1.0H 110 0.5

Kos operasi kenderaan sehari adalah RM250.

Dikehendaki:1. Kirakan kos per ton/kilometer

a. bagi muatan utama sahajab. bagi muatan utama dan tambahanc. sekiranya terdapat penggunaan maksima kapasiti kenderaand. sekiranya Cuma 80% kapasiti sahaja yang digunakan

2. Kirakan kos yang boleh dicajkan kepada setiap kerja A hingga H sekiranya asasnya adalah:a. kos per ton/kilometerb. kos per tonc. kos per kilometer

Page 15: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 15

Soalan 15-3

Pengangkutan Cepat Cekap menjalankan operasi mengangkut pekerja kilang. Syarikat mempunyai sebuah bas laju yang membuat dua kali penghantaran pekerja sehari iaitu sekali di waktu pagi dan sekali di waktu tengahari. Bas akan hanya mengambil pekerja pada sebelah petang dan malam. Selepas setiap penghantaran dan pengambilan, bas akan terus kembali ke depot tanpa membawa penumpang. Maklumat berikut telah diperolehi bagi operasi basnya.

Gaji pemandu(seorang) RM 1,700 sebulanGaji tukang cuci 200 sebulanCukai jalan tahunan 4,320 sebuah basInsurans tahunan 2,400 sebuah basPembaikan dan penyelenggaraan tahunan 4,800 sebuah basKos sebuah bas(usia guna 10 tahun) 150,000Nilai skrap sebuah bas 30,000

Maklumat-maklumat lain yang diperolehi adalah:

i. penggunaan diesel bagi sebuah bas adalah secara purata 5 kilometer bagi setiap liter diesel dan kos diesel adalah RM2.00 seliter.

ii. kilang beroperasi purta selama 20 hari sebulan.iii. sebuah bas boleh memuatkan 50 orang penumpang dan setiap perjalanan penghantaran dan pengambilan membawa penumpang penuh.iv. jarak perjalanan adalah 10 kilometer. Separuh dari penumpang tinggal dalam lingkungan 5 kilometer dari kilang dan selebihnya tinggal lebih dari 5 kilometer.

Anda dikehendaki :a) Mengira jarak perjalanan dalam kilometer sebulan bagi sebuah bas.b) Menyediakan penyata kos operasi per bas sebulan.c) Mengira jumlah penumpang/kilometer per bulan.

PENGKOSAN PERKHIDMATAN

Page 16: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 16

Adakah anda telah mencuba dahulu? Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 15-1

PENYATA KOS KENDALIAN BAGI BULAN JULAIRM

Minyak pelincir 36Upah – pemandu 90

Pembantu 48Mekanik 18

192

kos tetap:insurans, cukai (24/288)312 26penyelenggaraan (24/288)180 15pentadbiran (24/288)420 35susutnilai (24/288)240 20

96Jumlah kos 288

a. kos per tan-kilometer = RM288 /(720 x 96) = RM0.042 b. kos per kilometer = RM288/960 = RM0.30c. kos per hari operasi = RM288/24 = RM12

MAKLUMBALAS

Page 17: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 17

Jawapan 15-2

1. MUATAN UTAMA

Kerja Jarak diangkut(km) Berat muatan(ton) Ton/KilometerA 50 0.5 25B 120 1.0 120C 200 1.2 240D 290 0.7 203E 400 1.6 640

1,228MUATAN TAMBAHAN DIANGKUTF 280 1.2 336G 90 1.0 90H 110 0.5 55

1,709

kos per ton a.bagi muatan utama = RM250/1,228 =RM0.2035b. bagi muatan utama dan tambahan = RM250/1,709 =RM0.1463c. ada penggunaan maksima kapasiti kenderaan= RM250/2,000 =RM0.125

kapasiti maksima = 5 ton x 400 km= 2000d. Cuma 80% kapasiti = RM250/1600 =RM0.1563

80% x 2000 =1600

2.a. kos perton/kilometer = kos/(ton x km)b. kos per ton = kos / tonc. kos per kilometer = kos/ km

Page 18: Pengkosan Perkhidmatan

P 3202 - PERAKAUNAN KOSP 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 15 / 18

KOS PER UNIT Kos Perton/Km

Kos perTon

Kos per kmkerja km ton Ton/km

A 50 0.5 25 3.65 16.23 8.11B 120 1.0 120 17.55 32.47 19.48C 200 1.2 240 35.11 38.96 32.47D 290 0.7 203 29.70 22.73 47.08E 400 1.6 640 93.63 51.95 64.94F 280 1.2 336 49.16 38.96 45.45G 90 1.0 90 13.16 32.47 14.61H 110 0.5 55 8.04 16.23 17.86Jumlah 1540 7.7 1709 250.00 250.00 250.00

Jawapan 15-3

a. jarak perjalanan sehari = 8 x 10 km = 80 kilometerjarak sebulan = 80 x 20 hari kerja =1600 kilometer

b. Penyata Kos Operasi Bagi Sebulan (Sebuah Bas)RM

Gaji pemandu(seorang) 1,700Gaji tukang cuci 200Cukai jalan 360Insurans 200Pembaikan dan penyelanggaraan 400Susutnilai 1,000Diesel 640Kos operasi sebulan 4,500

c.jumlah penumpang/kilometer sehari:

5km x 25 penumpang x 2 hala = 250 penumpang/km10km x 25 penumpang x 2 hala = 500 penumpang/kmjumlah penumpang = 750 penumpang/km

*** jumlah penumpang sebulan = 750 x 20 =15,000

d. kos per penumpang/km = 4500/15000 = RM0.30