penghuraian kerja perkhidmatan pegawai · pdf filemenyelia dan mengkoordinasi tugas dan...

10
1 PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEGAWAI PERTAHANAN AWAM 1. SKIM PERKHIDMATAN Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41, KP44, KP48, KP52, KP54. 2. PERINGKAT ORGANISASI Jabatan Pertahanan Awam/Agensi Kerajaan. 3. RINGKASAN TUGAS Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan di peringkat negeri termasuk mengurus Latihan Gerakan Pertahanan Awam. 4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS 4.1 Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 a. Merancang, mengurus dan mengadakan kursus-kursus dan latihan seperti berikut: i. pegawai-pegawai Pertahanan Awam semua gred. ii. jurulatih pasukan semua bahagian termasuk unit-unit dan kadet-kadet pertahanan awam yang akan ditubuhkan. iii. kursus-kursus khas untuk Pegawai-pegawai Pertahanan Awam, kursus-kursus untuk lain-lain pertubuhan seperti Persatuan Belia, Bulan Sabit Merah, Jawatankuasa Bulan Sabit Merah, Rukun Tetangga, firma-firma, jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun. b. Merancang dan mengurus kursus dalam negara yang bersesuaian mengikut keperluan perkhidmatan. c. Mengkaji dan membangunkan program latihan yang diperlukan. d. Menyusun program pembangunan latihan berkaitan kemahiran yang diperlukan oleh pegawai skim perkhidmatan.

Upload: lamkhanh

Post on 06-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEGAWAI · PDF fileMenyelia dan mengkoordinasi tugas dan tanggungjawab pegawai ... c. Menjadi ahli dalam ... Membantu menyedia draf-draf perintah dan

1

PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATANPEGAWAI PERTAHANAN AWAM

1. SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41, KP44, KP48, KP52, KP54.

2. PERINGKAT ORGANISASI

Jabatan Pertahanan Awam/Agensi Kerajaan.

3. RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusandi peringkat negeri termasuk mengurus Latihan Gerakan Pertahanan Awam.

4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

4.1 Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41

a. Merancang, mengurus dan mengadakan kursus-kursus dan latihanseperti berikut:

i. pegawai-pegawai Pertahanan Awam semua gred.

ii. jurulatih pasukan semua bahagian termasuk unit-unit dankadet-kadet pertahanan awam yang akan ditubuhkan.

iii. kursus-kursus khas untuk Pegawai-pegawai PertahananAwam, kursus-kursus untuk lain-lain pertubuhan sepertiPersatuan Belia, Bulan Sabit Merah, Jawatankuasa BulanSabit Merah, Rukun Tetangga, firma-firma, jabatan kerajaandan badan-badan berkanun.

b. Merancang dan mengurus kursus dalam negara yang bersesuaianmengikut keperluan perkhidmatan.

c. Mengkaji dan membangunkan program latihan yang diperlukan.

d. Menyusun program pembangunan latihan berkaitan kemahiranyang diperlukan oleh pegawai skim perkhidmatan.

Page 2: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEGAWAI · PDF fileMenyelia dan mengkoordinasi tugas dan tanggungjawab pegawai ... c. Menjadi ahli dalam ... Membantu menyedia draf-draf perintah dan

2

e. Mengkaji keperluan peralatan dan operasi.

f. Mengadakan dan memantau aktiviti pembangunan sertapenyelidikan bagi memenuhi keperluan pengetahuan pegawai skimperkhidmatan.

g. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan NilaianPrestasi Tahunan (LNPT) untuk kakitangan di bawah seliaannya.

i. Bertugas di masa kecemasan dan darurat seperti di arah.

4.2 Pegawai Pertahanan Awam Gred KP44

a. Sebagai ketua di peringkat negeri membantu Pengarah (KP48 danKP52) di peringkat ibu pejabat dalam merancang danmelaksanakan fungsi di bahagian, negeri atau pusat latihan dimana ia ditempatkan.

b. Melaksanakan pentadbiran dan perancangan Jabatan PertahananAwam Negeri.

c. Menyelia dan mengkoordinasi tugas dan tanggungjawab PegawaiPertahanan Awam agar program dan aktiviti pasukan berjalanseperti dirancang.

d. Menyediakan laporan prestasi pegawai tetap dan pasukan.

e. Lawatan seliaan ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah/unit bagimemastikan unit-unit berjalan dengan baik dan mengikut peraturan.

f. Sebagai pegawai perhubungan peringkat negeri dan memastikanhubungan antara jabatan kerajaan persekutuan dan negeri berjalandengan baik.

g. Menyediakan laporan bulanan latihan dan aktiviti jabatan.

h. Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan peringkatnegeri.

i. Melaksanakan kenaikan pangkat untuk pegawai tak bertauliahperingkat negeri.

j. Mencadangkan kenaikan pangkat pegawai pasukan peringkatnegeri ke ibu pejabat.

Page 3: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEGAWAI · PDF fileMenyelia dan mengkoordinasi tugas dan tanggungjawab pegawai ... c. Menjadi ahli dalam ... Membantu menyedia draf-draf perintah dan

3

k. Mencadangkan kepada ibu pejabat/bahagian markas berkenaandengan anggota pasukan yang hendak dibuat, diberhentikan danyang akan diambil tindakan tatatertib.

l. Memasukkan senarai anggota yang tidak aktif ke dalam senaraisimpanan.

m. Merancang, menyelia dan memastikan latihan pertengahan danlanjutan dilaksanakan.

n. Memastikan pengambilan anggota asas dilaksanakan sepertisasaran ditetapkan dan menghantar anggota asas untuk latihanasas berpusat di Kem Latihan Baling.

o. Merancang dan mengadakan kursus pertahanan awam kepadaorang awam, jabatan kerajaan, badan berkanun dan swastamengikut sasaran yang ditetapkan.

4.3 Pegawai Pertahanan Awam Gred KP48

a. Sebagai ketua di peringkat bahagian ibu pejabat, negeri dan pusatlatihan.

b. Memastikan pelaksanaan perancangan dasar jabatan di peringkatnegeri dan pusat latihan mencapai sasaran yang ditetapkan.

i. mengetuai Operasi Bencana Pertahanan Awam di peringkatnegeri.

ii. memberi kuliah dan latihan jika diperlukan sama ada diperingkat dalaman organisasi atau luar.

iii. mengenal pasti lokasi-lokasi strategik bagi penubuhan unitbaru pertahanan awam, SISPA, KAPA, CIDERT dan latihanorang awam.

c. Bertanggungjawab atas pentadbiran dan perancangan bagiperingkat negeri pada keseluruhannya dalam aspek pertahananawam iaitu pengurusan pentadbiran, pengurusan kewangan,pengurusan pasukan latihan gerakan dan lain-lain.

d. Menyelia dan mengkoordinasi tugas dan tanggungjawab pegawaipertahanan awam agar program dan aktiviti pasukan berjalanseperti yang dirancang.

Page 4: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEGAWAI · PDF fileMenyelia dan mengkoordinasi tugas dan tanggungjawab pegawai ... c. Menjadi ahli dalam ... Membantu menyedia draf-draf perintah dan

4

e. Menyediakan laporan prestasi pegawai tetap dan pasukan.

f. Memastikan pentadbiran pejabat mengikut pekeliling dan suratpekeliling perkhidmatan, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan(PKPA), arahan Perbendaharaan, pekeliling dan surat pekelilingperbendaharaan dan arahan jabatan.

g. Memastikan pentadbiran stor adalah mengikut peraturanpenyelenggaraan stor.

h. Lawatan seliaan ke Unit Pertahanan Awam daerah bagimemastikan unit-unit berjalan dengan baik dan mengikut peraturan.

i. Sebagai pegawai perhubungan peringkat negeri dan memastikanhubungan antara jabatan kerajaan persekutuan dan negeri berjalandengan baik.

j. Menyediakan laporan bulanan latihan dan aktiviti jabatan.

k. Menghadiri mesyuarat jawatankuasa keselamatan serta mesyuaratbersama agensi lain di peringkat negeri.

l. Menentukan perbelanjaan mengikut peruntukan yang diluluskanoleh ibu pejabat.

m. Menyemak dan meluluskan pembayaran elaun mengikut kadar dantugas yang dilaksanakan oleh anggota pasukan selaras denganperaturan pembayaran elaun anggota pasukan.

n. Menyemak dan menentukan panjar wang runcit danperbelanjaannya mengikut peraturan yang sedia ada.

o. Memastikan perbelanjaan yang hendak dilakukan adalah mengikutpecahan objek yang betul dan rekod perbelanjaan direkodkan kedalam buku vot.

p. Memastikan Arahan Perbelanjaan dan Akauntan Negeri dipatuhi.

q. Melaksanakan kenaikan pangkat untuk pegawai tak bertauliahperingkat negeri.

r. Mencadangkan kenaikan pangkat pegawai pasukan peringkatnegeri ke ibu pejabat.

Page 5: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEGAWAI · PDF fileMenyelia dan mengkoordinasi tugas dan tanggungjawab pegawai ... c. Menjadi ahli dalam ... Membantu menyedia draf-draf perintah dan

5

s. Mencadangkan kepada ibu pejabat/bahagian markas berkenaandengan anggota pasukan yang hendak dibuang, diberhentikan danyang akan diambil tindakan tatatertib.

t. Memasukkan senarai anggota yang tidak aktif ke dalam senaraisimpanan.

u. Merancang, menyelia dan memastikan latihan pertengahan danlanjutan dilaksanakan.

v. Memastikan pengambilan anggota asas dilaksanakan sepertisasaran ditetapkan dan menghantar anggota asas untuk latihanasas berpusat di Kem Latihan Baling.

w. Memastikan anggota mendapat latihan kemahiran di Pusat LatihanPertahanan Awam Butterworth, Baling dan Jengka.

x. Merancang dan mengadakan kursus pertahanan awam kepadaorang awam, jabatan kerajaan, badan berkanun dan swastamengikut sasaran yang ditetapkan.

y. Merancang dan mengadakan latihan jasmani oleh anggotapasukan untuk menentukan tahap kecekapan dan responspasukan kepada bencana yang mungkin berlaku.

4.4 Pegawai Pertahanan Awam Gred KP52

a. Merancang, melaksanakan dan memantau perlaksanaan fungsiPengurusan Angkatan Pertahanan Awam di pejabat negeri dandaerah:

i. mengetuai sektor Pengurusan Angkatan Pertahanan AwamMalaysia yang bertanggungjawab dalam merancang,melaksana dan memantau perlaksanaan dari segi sumbermanusia, latihan dan operasi pertahanan awam.

ii. mengetuai sektor perancangan dasar, latihan dan operasiAngkatan Pertahanan Awam.

b. Membantu Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah dalammerancang kemajuan kerjaya pegawai-pegawai perkhidmatanpertahanan awam dan anggota sukarelawan pertahanan awam.

c. Menjadi ahli dalam jawatankuasa dalaman jabatan dan mewakilijabatan dalam jawatankuasa yang berkaitan di peringkat luaran.

Page 6: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEGAWAI · PDF fileMenyelia dan mengkoordinasi tugas dan tanggungjawab pegawai ... c. Menjadi ahli dalam ... Membantu menyedia draf-draf perintah dan

6

d. Sebagai pegawai kanan yang mengetuai operasi bencana.

e. Menyediakan kertas dan memo untuk perbincangan menteri dankabinet serta memberi latihan dan kuliah jika perlu.

f. Ahli panel subjek jabatan, penggubalan kurikulum, silibus dansoalan peperiksaan jabatan.

g. Merancang dan menyelia perlaksanaan kursus, latihan sertabengkel dalam dan luar negara bagi pegawai dan anggotapertahanan awam.

h. Menghadiri mesyuarat dan majlis-majlis rasmi di dalam dan di luarorganisasi.

i. Membantu Timbalan Ketua pengarah dalam perancangan danpelaksanaan operasi dan pengurusan organisasi.

j. Merancang, melaksana dan menyelia projek/program pengurusanangkatan seperti pengambilan anggota, penubuhan CDERT,penubuhan kadet dan sebagainya.

k. Mewujudkan jawatankuasa bagi mengkaji semula Akta PertahananAwam.

l. Merancang, melaksana dan memantau Projek/Program Pengurusan Bencana dan Operasi seperti perkhidmatantalian 991, Pasukan Elit, Pasukan Penyelamat Pantai dansebagainya.

4.5 Pegawai Pertahanan Awam Gred KP54

a. Sebagai Timbalan Ketua Pengarah yang membantu ketua jabatandalam perancangan dan pertukaran dalam jabatan.

b. Melaksana dan menguatkuasakan kuasa-kuasa yang ditetapkan dibawah Kaedah-kaedah Pertahanan Awam (Peraturan PertahananAwam) 1970 dan Kaedah-kaedah Pertahanan Awam (BencanaDiri) 1970 sebagai Penolong Pesuruhjaya Pertahanan Awam yangdilantik di bawah Seksyen 4, Akta Pertahanan Awam 1951(disemak 1979).

c. Bertanggungjawab dalam perancangan dan pelaksanaan dasardan aktiviti dan pengurusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysiasecara keseluruhannya.

Page 7: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEGAWAI · PDF fileMenyelia dan mengkoordinasi tugas dan tanggungjawab pegawai ... c. Menjadi ahli dalam ... Membantu menyedia draf-draf perintah dan

7

d. Penubuhan cawangan dan unit-unit Pasukan Pertahanan Awammengikut keperluan organisasi.

e. Urusan lantikan/kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib anggotaPasukan Pertahanan Awam Malaysia.

f. Pengeluaran kad-kad perakuan pelantikan dan Sijil BerhentiPerkhidmatan anggota Pasukan Pertahanan Awam.

g. Menentukan pelaksanaan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturanPasukan Pertahanan Awam serta merancang melaksanakanprojek-projek pembangunan jabatan.

h. Membantu dalam menyediakan Anggaran Belanjawan TahunanJabatan serta perancangan tenaga manusia mengikut keperluanjabatan.

i. Membantu dalam merancang dasar, program dan perancanganstrategi tahunan jabatan.

j. Menyelia penerbitan-penerbitan buletin, risalah dan notapenerangan mengenai jabatan untuk kegunaan jabatan dan edaranumum.

k. Sebagai Pegawai Perhubungan Awam, Seranta dan PegawaiPenerangan Jabatan.

l. Menjadi ahli lembaga tatatertib/naik pangkat/tender dan biasiswa.

m. Merancang, mengkaji dan menggubal/meminda kaedah-kaedahdan peraturan-peraturan pertahanan awam dari semasa ke semasaserta menjadi Ahli Panel Subjek Jabatan(peperiksaanperkhidmatan jabatan), penggubalan silibus peperiksaan dansoalan-soalan.

n. Membantu menyedia draf-draf perintah dan kertas-kertas kabinetberhubung dengan kerahan sepenuh masa dan sebagainya.

o. Sebagai pegawai yang bertanggungjawab dalam perancangan danpelaksanaan program pengukuran produktiviti dalam perkhidmatanawam peringkat jabatan.

p. Sebagai Pegawai Penilaian Prestasi pertama atau kedua untukpegawai-pegawai kanan jabatan.

q. Memberi latihan dan kuliah apabila dikehendaki serta menjadiketua pegawai petugas semasa operasi bencana/darurat.

Page 8: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEGAWAI · PDF fileMenyelia dan mengkoordinasi tugas dan tanggungjawab pegawai ... c. Menjadi ahli dalam ... Membantu menyedia draf-draf perintah dan

8

r. Menyelaras pelaksanaan Program Perkhidmatan CemerlangPeringkat Jabatan.

s. Mempengerusikan mesyuarat dan menghadiri mesyuarat-mesyuarat rasmi di peringkat kementerian dan MesyuaratKetua-ketua Jabatan dan agensi lain sewaktu ketiadaan KetuaPengarah.

t. Menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli dalam pelbagaijawatankuasa yang ditubuhkan atau ditetapkan oleh agensi pusatatau dalaman agensi.

5. HUBUNGAN KERJA

Dalaman

a. Pengurusan Tertinggi.

Luaran

a. Kementerian Dalam Negeri.

b. Sekolah.

c. Institut Pengajian Tinggi.

d. Orang awam.

6. PERSEKITARAN KERJA

a. Dalam dan luar pejabat.

7. KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/KEMAHIRAN)

a. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripadainstitusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan kelayakan yang diiktirafsetaraf dengannya; atau

b. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripadainstitusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktirafsetaraf dengannya.

Page 9: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEGAWAI · PDF fileMenyelia dan mengkoordinasi tugas dan tanggungjawab pegawai ... c. Menjadi ahli dalam ... Membantu menyedia draf-draf perintah dan

9

c. Bekas Penolong Penguasa PDRM atau Kapten ATM yang setarafdengannya dan telah disahkan di jawatan tersebut serta mempunyairekod perkhidmatan yang baik; dan

d. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPMatau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

e. Berkebolehan dalam bidang pentadbiran, peraturan kewangan, standardperakaunan yang diterima umum.

f. Berkebolehan menganalisis penyata kewangan dan laporannya.

g. Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis sama ada dalamBahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

h. Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberikhidmat nasihat dan mengemukakan hujah-hujah dengan baik.

i. Berkebolehan dalam menulis laporan yang berkualiti.

8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN

a. Integriti.

b. Bertanggungjawab.

c. Profesionalisme.

d. Kebebasan, adil dan saksama.

e. Kerahsiaan.

f. Kompetensi dan ketelitian.

g. Disiplin diri.

h. Kejujuran.

i. Intelektual.

j. Akauntabiliti.

k. Dedikasi

l. Sabar.

Page 10: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEGAWAI · PDF fileMenyelia dan mengkoordinasi tugas dan tanggungjawab pegawai ... c. Menjadi ahli dalam ... Membantu menyedia draf-draf perintah dan

10

9. ANCAMAN/BAHAYA

a. Boleh diambil tindakan undang-undang.

b. Risiko terdedah kepada peluang penyelewengan.

c. Tekanan.

Sumber : Kementerian Dalam Negeri. Surat Rujukan KDN: SM03/464/9 Jld. 2 (72) bertarikh29 April 2009.