penghargaan kkb pn zainun (1)

5
ISI KANDUNGAN BIL PERKARA 1 Penghargaan 2 Penghasilan Karya Bidang menggambar Karya 1 Karya 2 Karya 3 Karya 4 Bidang membuat corak Dan Rekaan Karya 1 Karya 2 3 Proses Penghasilan Karya Bidang Membentuk dan Membuat Binaan 4 Karya-Karya Semasa Kuliah

Upload: kalaimani25

Post on 22-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

psv

TRANSCRIPT

Page 1: Penghargaan Kkb Pn Zainun (1)

ISI KANDUNGANBIL PERKARA

1 Penghargaan

2 Penghasilan Karya

Bidang menggambar

Karya 1

Karya 2

Karya 3

Karya 4

Bidang membuat corak Dan Rekaan

Karya 1

Karya 2

3 Proses Penghasilan Karya

Bidang Membentuk dan Membuat Binaan

4 Karya-Karya Semasa Kuliah

5 Refleksi

Page 2: Penghargaan Kkb Pn Zainun (1)

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya Mohana Suriya a/p Subramaniam dari

kelas GG 4.2 PISMP, bersyukur kerana dengan izin kurnia tuhan dapat juga saya

menyempurnakan tugasan bagi subjek Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni visual.

Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama

ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai

seorang pelajar.

Pengalaman yang saya peroleh sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin

hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya. Justeru itu, saya juga telah memperoleh

pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya

iaitu Pn. Zainun Bt Suleiman kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya

sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha

menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya

yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan

tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya

kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha

menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam

menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang

telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua,

tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sekian Terima Kasih.

1

Penghargaan

Penghargaan

Page 3: Penghargaan Kkb Pn Zainun (1)

NAMA: MOHANA SURIYA A/P SUBRAMANIAM

KELAS : GG 4.2

NO KAD PENGENALAN: 871019-10-5480

Saya Mohana Suriya a/p Subramaniam dari kelas GG 4.2, dengan kesyukuran

Tuhan yang Maha-Esa, saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucap jutaan terima kasih kepada pensyarah

subjek ini iaitu Pn.Zainun Bt Abu Bakar yang memberikan tunjuk ajar dalam usaha

menyiapkan tugasan ini. Dengan tugasan ini, saya telah memperoleh ilmu tentang

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dengan lebih jelas.

Melalui kuliah yang didedahkan saya memahami bidang dalam Pendidikan Seni

ini sangat penting untuk murid-murid dapat belajar aktif dan bersemangat sejajar

dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Selain itu, saya

sebagai seorang bakal guru difahamkan penguasaan sepenuh terhadap bidang-bidang

ini sangat penting supaya dapat melahirkan generasi murid yang holistik dan

menyeluruh seperti mana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan(FPK).

Melalui tugasan ini saya telah menghadapi banyak cabaran untuk menyiapkan

kerja kursus ini. Terlebih dahulu, apabila saya mula membuat olahan arca, saya tidak

ada idea untuk membuat perkembangan subjek matter tetapi saya berusaha dan

mengambil masa yang panjang untuk membuat olahan tertentu dengan bantuan

pensyarah dan rakan-rakan. Melalui ini, daya pemikiran saya semakin berkembang.

Usaha tanpa putus asa akhirnya saya dapat menghasilkan sebuah karya yang menarik

dan kreatif untuk membuat arca.

2

RefleksiRefleksi

Page 4: Penghargaan Kkb Pn Zainun (1)

Tugasan ini juga dapat membantu saya mengenali jenis-jenis bahan dan alat

untuk menbuat arca yang kreatif dengan mempelajari topik membentuk dan membina.

Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan

Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR dan KSSR. Bidang ini mengandungi aktiviti

untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Saya juga dapat memilih alat dan

bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan

membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf. Dengan ilmu tersebut

saya telah berjaya menghasilkan sebuah arca.

Seterusnya , saya menyedari bahawa sikap saling membantu dan bertolak ansur

sangat penting semasa membuat kerja kursus. Saya dan rakan saya masing-masing

berusaha untuk menyumbangkan idea yang bernas bagi kerja kursus ini. Hubungan

saya dan rakan sekelas yang lain juga semakin rapat. Kami saling berkongsi maklumat

yang ada dan tidak kedekut memberi nasihat dan tunjuk ajar. Pensyarah juga sangat

prihatin dan bertanggungjawab. Beliau sentiasa bersedia untuk membantu kami

menyiapkan tugasan yang diberi.

Tambahan pula, sepanjang kuliah dijalankan, berbagai-bagai aktiviti telah

dijalankan supaya proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan seronok.

Saya mendapat pelbagai pengalaman dan pengetahuan baharu daripada ini dan telah

mendorong saya untuk mengaplikasikannya di sekolah kelak. Selain itu, saya juga telah

memahami ciri-ciri dan matlamat keempat-empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual

dengan sepenuhnya dan ia membantu saya untuk mempraktikkan dalam aktiviti kelas

yang dikendalikan oleh pensyarah. Contohnya, kami melakukan aktiviti menggambar

seperti melukis, membuat capan, catan dan sebagainya. Hal ini membantu semua

murid untuk dapat melakunya dengan seronok kerana ia memenuhi kecerdasan

pelbagai murid serta dapat menjayakan anjakan PPPM yang berhasratkan

menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Malahan, kegiatan ini

mempengaruhi daya kreativiti dan inovatif yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang

baharu dan unik seperti yang dapat diterapkan dalam anjakan PPPM. Melalui ini kami

ini dilatih untuk menjadi seorang guru yang berkaliber dengan mempunyai tahap

3

Page 5: Penghargaan Kkb Pn Zainun (1)

kreativiti dan inovatif yang tinggi bagi menjadi teladang yang baik kepada anak murid

kami kelak

Akhir kata, saya bersyukur kerana kerja kursus ini dapat disiapkan dengan baik

tanpa sebarang halangan. Walaupun saya berhadapan dengan pelbagai masalah tetapi

dengan kurniaan Tuhan, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik. Saya ingin

berterima kasih pada pensyarah yang membantu saya dalam tugasan ini.

Sekian terima kasih.

4