malaysia dewan negara aturan urusan mesyuarat … · bahasa cina untuk sekolah menengah...

24
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 12 JULAI 2011, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 15 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1242-L12818 Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan pendirian Kementerian berkaitan isu Obedient Wives Club yang menjadi topik hangat di kalangan masyarakat baru-baru ini. 2. PN-1242-L12662 Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rasionalnya Dana Pencen Swasta diwujudkan dan bilakah ia akan dilaksanakan. 3. PN-1242-L12922 Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah inisiatif yang dilancarkan bagi memberikan pengetahuan serta pendedahan meluas mengenai peranan individu serta organisasi berkaitan kepentingan alam sekitar. 4. PN-1242-L12913 Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Kerajaan masih belum memansuhkan pengisytiharan darurat yang sudah lebih 40 tahun digunakan di negara ini. Sehingga hari ini masih lagi wujud empat Pengisytiharan Darurat yang dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Agong yang masih belum dibatalkan. Sejak merdeka terdapat lima keadaan darurat yang diisytiharkan di bawah Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan, tetapi hanya satu yang dibatalkan. 5. PN-1242-L12563 Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bilakah garis panduan memajukan "ternakan" sarang burung walit di negara ini akan diperkenalkan dan sekiranya garis panduan telah dikeluarkan, negeri, Kerajaan Tempatan atau daerah mana yang sedang menguatkuasakannya.

Upload: phamduong

Post on 30-Jun-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIAhttp://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 12 JULAI 2011, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 15

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1242-L12818Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn mintaMENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKATmenyatakan pendirian Kementerian berkaitan isu Obedient Wives Club yangmenjadi topik hangat di kalangan masyarakat baru-baru ini.

2. PN-1242-L12662Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakahrasionalnya Dana Pencen Swasta diwujudkan dan bilakah ia akandilaksanakan.

3. PN-1242-L12922Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI SUMBER ASLI DANALAM SEKITAR menyatakan apakah inisiatif yang dilancarkan bagimemberikan pengetahuan serta pendedahan meluas mengenai perananindividu serta organisasi berkaitan kepentingan alam sekitar.

4. PN-1242-L12913Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapaKerajaan masih belum memansuhkan pengisytiharan darurat yang sudahlebih 40 tahun digunakan di negara ini. Sehingga hari ini masih lagi wujudempat Pengisytiharan Darurat yang dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Agongyang masih belum dibatalkan. Sejak merdeka terdapat lima keadaan daruratyang diisytiharkan di bawah Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan, tetapihanya satu yang dibatalkan.

5. PN-1242-L12563Tuan Ng Fook Heng minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASASTANI menyatakan bilakah garis panduan memajukan "ternakan" sarangburung walit di negara ini akan diperkenalkan dan sekiranya garis panduantelah dikeluarkan, negeri, Kerajaan Tempatan atau daerah mana yangsedang menguatkuasakannya.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/20112

6. PN-1242-L12629Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakanpihak Kementerian telah membelanjakan sejumlah peruntukan yang besaruntuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Melaka tetapi tidak digunakandengan semaksimumnya memandangkan bilangan kapal terbang yangmendarat di situ tidak banyak. Apakah tindakan Kementerian seterusnyasupaya lapangan terbang itu tidak akan menjadi satu lagi projek “gajah putih”pihak Kerajaan.

7. PN-1242-L12231Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta PERDANA MENTERI menyatakanberapakah bilangan kuota yang diperuntukkan kepada jemaah haji di Labuandan adakah kuota untuk jemaah haji di sini akan ditambah pada masa akandatang.

8. PN-1242-L12648Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI PELAJARANmenyatakan :-

(a) adakah Kementerian telah membuat kajian semula tentangpemarkahan dan juga penilaian terhadap peperiksaan SPMsehingga begitu ramai pelajar mendapat banyak A; dan

(b) apakah mekanisme yang digunakan Kementerian dalammenapis mereka yang layak menerima biasiswa bagimelanjutkan pelajaran.

9. PN-1242-L12422Puan Norliza binti Abdul Rahim minta PERDANA MENTERI menyatakanberapa ramaikah orang-orang Melayu yang muflis kerana menjadi penjaminkepada peminjam individu.

10. PN-1242-L12522Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PELANCONGANmenyatakan apakah usaha, perancangan dan promosi-promosi Kementerianagar Malaysia menjadi negara paling popular dikunjungi oleh masyarakatdunia menjelang 2012. Berapakah jumlah pelancong yang melawatsepanjang tahun 2008, 2009 dan 2010.

11. PN-1242-L12983Tuan Saiful Izham bin Ramli minta PERDANA MENTERI menyatakanjumlah pelaburan yang di peruntuk dan dibelanjakan untuk RancanganPembangunan Ekonomi Koridor Utara (NCER) serta jumlah yangdiperuntukkan dan sudah dibelanjakan khusus untuk negeri Kedah sejak iamula-mula dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah AhmadBadawi pada tahun 2008.

12. PN-1242-L12607Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI PENGAJIAN TINGGImenyatakan apakah statistik bilangan pelajar India Muslim di IPTA dan IPTSdan apakah kriteria pemilihan mereka melanjutkan pelajaran memandangkanmereka tiada kuota khas.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/20113

13. PN-1242-L12763Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI WILAYAHPERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakankenapakah terlalu banyak berlaku vandalisme di taman-taman metropolitandan taman lain di Kuala Lumpur. Apakah kelemahan pemantauan oleh DBKLmenyebabkan berlaku kerosakan harta benda di tempat awam.

14. PN-1242-L12377Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI KERJA RAYAmenyatakan adakah permukaan jalan raya yang tidak berkualiti yangmengakibatkan kemalangan jalan raya di negara ini dan apakah standardpembinaan jalan raya bersesuaian dengan penggunaan tayar kenderaan.

15. PN-1242-L12415Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta PERDANA MENTERImenyatakan adalah dilaporkan bahawa 6 bulan selepas pelancaran ProgramTransformasi Ekonomi, sejumlah RM106,405 bilion pelaburan telah berjayadiusahakan (Bernama, 19 April 2011) :-

(a) apakah projek-projek yang terkandung dalam pelaburan-pelaburan tersebut; dan

(b) berapakah peratusan daripada pelaburan-pelaburan tersebutdiambil/diusahakan oleh GLCs dan pelabur-pelabur luar (nilaidan jumlah projek).

16. PN-1242-L12460Puan Chew Lee Giok minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakahKementerian akan membuka semula dan menambahkan kelas melatih guruBahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guruBahasa Cina di Sekolah Menengah yang semakin serius.

17. PN-1242-L12749Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRIASAS TANI menyatakan Kementerian kini berhasrat untuk mengurangkansubsidi bagi kapal pukat tunda C2 iaitu kapal penangkapan ikan laut dalam,apakah Kementerian akan menaikkan subsidi untuk nelayan-nelayan pinggirlaut yang memperoleh sedikit pendapatan sahaja daripada penangkapanmereka.

18. PN-1242-L12491Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PELANCONGAN menyatakanpandangan Kementerian terhadap peningkatan rakyat Malaysia berkunjungke negara Singapura.

19. PN-1242-L12999Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI PERDAGANGANANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status perbincanganmengenai perjanjian perdagangan bebas antara Malaysia dan AmerikaSyarikat.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/20114

20. PN-1242-L12404Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI KEWANGANmenyatakan jumlah kes dan amaun bayaran balik lebihan cukai pendapatantahun ini yang membabitkan pembayaran cukai individu dan syarikat yangmenyerahkan borang cukai taksiran menerusi 'e-Filling' dan manual sertanyatakan langkah-langkah penjimatan perkhidmatan pengurusan cukainegara.

21. PN-1242-L12675Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakanmengapakah Kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap Datu Mohd. AkjanDatu Ali Muhammad yang melantik dirinya sebagai Sultan Sulu ke-33 dengangelaran Sultan Shariful Hashim II di Kota Kinabalu dan adakah beliau adalahwarganegara Malaysia.

22. PN-1242-L12599Tuan Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI BELIA DAN SUKANmenyatakan sejauh mana kemajuan cadangan mewujudkan Majlis BeliaOrang Asli.

23. PN-1242-L12327Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PELAJARANmenyatakan berapa statistik pelajar sekolah yang dibuang akibatmengandung anak luar nikah dan apakah perancangan Kementerian untukmengurus masalah ini, berapa ramai yang diterima semula masuk ke sekolahdan apakah program yang telah disediakan khusus untuk mereka.

24. PN-1242-L12755Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI LUAR NEGERImenyatakan apakah pendirian Kerajaan terhadap perkembangan yangberlaku di Yaman, Bahrain, Libya dan Syria. Apakah selamat untuk kitamenghantar pelajar baru ke Mesir. Di manakah negara-negara lain yang lebihselamat sebagai alternatif untuk pelajar melanjutkan pelajaran di bidangkritikal.

25. PN-1242-L12447Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DANINOVASI menyatakan adakah tahap komitmen kita dalam penyelidikan danpembangunan (R&D) terhadap teknologi baru dan yang sedia adamemuaskan pada masa kini berbanding dengan negara Korea, Jepun danTaiwan.

26. PN-1242-L12274Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI KEWANGANmenyatakan jumlah kad debit yang telah dikeluarkan oleh bank-bankkomersial dan nyatakan langkah-langkah Kementerian bagi memastikankepentingan pengguna atau pemegang kad debit berkenaan dapat dilindungikhususnya supaya tidak menghadapi masalah dikenakan dua kali bayarandan keberkesanan pembayaran melalui kad debit ini.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/20115

27. PN-1242-L12785Dr. Syed Husin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan pilihan alternatifkepada tenaga nuklear di Malaysia berserta kos, tahap keselamatan dankesannya terhadap alam sekitar alternatif-alternatif tersebut.

28. PN-1242-L12403Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGIHIJAU DAN AIR menyatakan langkah-langkah Kementerian bagimenggalakkan pengguna membeli panel fotovoltaik (PV) suria sepertimenyediakan pinjaman faedah rendah sejajar dengan Feed-in-Tariff (FiT)yang membolehkan tenaga daripada sumber tenaga boleh baharu yangdikeluarkan oleh penjana tenaga bebas dan individu dijual kepada grid padaharga runcit.

29. PN-1242-L12912Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI KESIHATANmenyatakan statistik masalah obesiti di kalangan dewasa dan kanak-kanakdan apakah perkembangan garis panduan hidangan makanan di sekolah.

30. PN-1242-L12454Puan Chew Lee Giok minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASASTANI menyatakan apakah penyelidikan pertanian yang sedang dijalankanoleh badan atau agensi Kerajaan. Bagaimana menggalakkan penyelidikanpertanian dan perkembangan bioteknologi.

31. PN-1242-L12635Tuan Lee Cheam Choon minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakanKelab Isteri Taat yang ditubuhkan oleh pihak Global Ikwan merupakan satupenghinaan terhadap kaum wanita. Adakah Kementerian akan membenarkankelab seperti ini ditubuhkan dan mengakui aktiviti-aktiviti yang bakaldijalankan.

32. PN-1242-L12556Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman minta MENTERI KEMAJUAN LUARBANDAR DAN WILAYAH menyatakan usaha terbaru Kerajaanmeningkatkan pencapaian Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam soalkecemerlangan pendidikan, program latihan kemahiran, pembangunanusahawan dan enterprise serta menjana pendapatan sendiri.

33. PN-1242-L12688Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI PENGANGKUTANmenyatakan adakah terdapat sebarang rancangan untuk menyeragamkansaiz, huruf dan bentuk nombor pendaftaran kenderaan. Ketika ini, nomborpendaftaran kenderaan adalah dalam pelbagai saiz, huruf dan bentuk yangmana ada segelintir sukar dibaca atau dilihat.

34. PN-1242-L12485Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha-usaha Kementerianuntuk menurunkan bilangan ibu tunggal di negara ini hasil daripadapenceraian dan apakah jenis bantuan yang dapat diberikan kepada mereka.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/20116

35. PN-1242-L12601Tuan Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI KEMAJUAN LUARBANDAR DAN WILAYAH menyatakan di mana sektor pekebun kecilmengeluarkan 95 peratus dari keluaran getah negara, apakah Kementerianmelalui RISDA bercadang untuk mendirikan Kilang Getah Standard Malaysia(Standard Malaysian Rubber - SMR) yang akan memberikan nilai tambahkepada pekebun kecil.

36. PN-1242-L12580Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGIHIJAU DAN AIR menyatakan berapakah kuantiti (tan) dan nilai (RM) importarang batu (coal) tahunan bagi tujuan pengeluaran tenaga elektrik di Malaysiadan mengapakah Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengeluar TenagaBebas (IPP) yang sedang menggunakan sumber arang batu untukmengeluarkan tenaga elektrik di Malaysia tidak melabur di dalam industriperlombongan arang batu di Sumatera atau Kalimantan memandangkan kospengeluaran arang batu di sana cuma USD32-USD40 setan sahaja tetapiharga pasaran dunia kini adalah USD120 setan.

37. PN-1242-L12961Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI PERTANIAN DANINDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) jumlah lesen perikanan luar pantai yang dikeluarkan olehKementerian; dan

(b) apakah langkah-langkah Kementerian bagi mengatasi masalahpemilik lesen menyalahgunakan lesen tersebut sehinggamenyusahkan nelayan kita.

38. PN-1242-L12991Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI KEWANGANmenyatakan jumlah yang telah dibelanjakan di bawah kedua-dua pakejrangsangan ekonomi sehingga kini.

39. PN-1242-L12239Puan Doris Brodie minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkahKementerian bagi mengatasi kekurangan penglibatan wanita di peringkatpembuat dasar dan keputusan bertaraf 'executive decision making' diSarawak.

40. PN-1242-L12953Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg mintaPERDANA MENTERI menyatakan apakah strategi baru Kerajaan untukmengukuhkan perpaduan dan kaum serta integrasi nasional terutamamembabitkan penduduk di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bersesuaiandengan Gagasan 1Malaysia.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/20117

41. PN-1242-L12263Dato' Azian bin Osman minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakanrasional tempoh pengajian bagi kursus bukan teknikal di politeknik seluruhnegara dipendekkan kepada dua tahun berbanding tiga tahun sekarangbermula pengambilan tahun ini.

42. PN-1242-L12869Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan minta MENTERI PERUMAHAN DANKERAJAAN TEMPATAN menyatakan memandangkan Kerajaan NegeriPulau Pinang kini diperintah oleh pembangkang, gagal memberikan tumpuanserius dalam menyediakan rumah PPR. Apakah Kerajaan Pusat sanggupmenyediakan rumah sedemikian dalam menyedarkan keprihatinan KerajaanPusat dalam mengutamakan kebajikan rakyat di negeri itu.

43. PN-1242-L12721Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta PERDANA MENTERImenyatakan status terkini dan kelanjutan penyiasatan mengenai isu PortKlang Free Zone (PKFZ).

44. PN-1242-L12654Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI DALAMNEGERI menyatakan :-

(a) statistik keluar masuk warga asing ke dalam negara pada 2009dan 2010 mengikut tujuan masuk; dan

(b) apakah mekanisme yang dilakukan Kementerian untukmengesan warga asing yang telah tamat tempoh sah lawatanyang masih berada dalam negara.

45. PN-1242-L12421Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI PERUSAHAANPERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah inisiatif yang diambiloleh Kementerian untuk mengawal harga getah daripada terus jatuh padamasa hadapan.

46. PN-1242-L12723Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI SUMBER MANUSIAmenyatakan status perundingan dengan pihak Indonesia mengenaikemasukan pekerja-pekerja pembantu rumah.

47. PN-1242-L12402Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta MENTERI PEMBANGUNANWANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkahtransformasi yang diambil oleh Kerajaan khususnya Kementerian ini bagimemastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara dan terjamin.

48. PN-1242-L12945Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI DALAM NEGERImenyatakan jumlah kes pesalah juvana di seluruh Malaysia mengikut negeridan berapakah jumlah pusat pemulihan yang disediakan.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/20118

49. PN-1242-L12312Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta PERDANA MENTERImenyatakan jumlah pembayaran zakat oleh Tabung Haji mengikut negeridaripada tahun 2005 hingga 2010 dan sejauh manakah kejayaan sasaranuntuk mendapatkan 8 juta pendeposit yang menabung menjelang tahun 2015serta bagaimanakah kes penipuan umrah dan haji yang semakin meningkatsetiap tahun dikawal.

50. PN-1242-L12851Tuan Boon Som a/l Inong minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASIDAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kerajaan akan melantik rakyatMalaysia berketurunan Siam sebagai pegawai di Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA) di setiap negeri yang mempunyai ramai rakyat Malaysia berketurunanSiam, terutama di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan, bagi membantumemberikan penerangan mengenai dasar-dasar Kerajaan kepadamasyarakat berkenaan.

51. PN-1242-L12466Puan Chew Lee Giok minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah penceraian yangdisebabkan oleh keganasan domestik sejak 10 tahun yang lepas dannyatakan sebab-sebabnya.

52. PN-1242-L12709Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERImenyatakan hasil ‘memburu’ atau mengesan seramai 40,000 pekerja-pekerjaasing dari India yang ‘ghaib’ lebih kurang satu tahun yang lalu seperti diakuisendiri oleh pihak Kementerian.

53. PN-1242-L12808Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn mintaMENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakanlangkah-langkah Kementerian untuk membeli dan membawa pulang pelbagaikhazanah bangsa dari penyimpan asing terutamanya manuskrip Melayuberkaitan sastera dan budaya, perundangan serta sejarah yang masih beradadi pusat repositori seluruh dunia.

54. PN-1242-L12538Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PEMBANGUNANWANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah orangkurang upaya (OKU) di negara ini dan nyatakan berapa banyak di kalanganmereka yang mendapat latihan pekerjaan dan berapa banyak yang berjayamendapatkan pekerjaan di pelbagai sektor pekerjaan. Nyatakan jugajenis/bentuk latihan yang diberikan oleh Kementerian terkini.

55. PN-1242-L12904Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PENERANGAN,KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah bentuk bantuan,khususnya dari segi kebajikan dan juga rawatan yang disalurkan bagimembantu golongan artis veteran yang sudah tidak terlibat dalam dunia senilagi.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/20119

56. PN-1242-L12886Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan minta MENTERI DALAM NEGERImenyatakan apakah kedudukan pendaftaran PERKASA sebagai parti politikatau sosial. Apakah tindakan Kementerian dalam memastikan tiada sebarangorganisasi yang didaftar di bawah kategori kumpulan sosial tidakmengeluarkan kenyataan yang berbaur politik yang boleh menggugat hasratKerajaan serta keamanan negara demi kepentingan seorang individu.

57. PN-1242-L12299Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PEMBANGUNANWANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakahKementerian telah menjalankan kajian tentang kaum ibu yang mengalamisindrom 'Empty Nest'. Jika ada, nyatakan hasil kajian tersebut dan apakahlangkah-langkah yang diambil untuk mengatasinya.

58. PN-1242-L12858Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUANDAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan objektif dan jumlah ahliSkim Prihatin 1Wilayah Persekutuan yang ditadbir oleh Yayasan WilayahPersekutuan.

59. PN-1242-L12832Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PENERANGAN,KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah benarkebimbangan orang awam terhadap tahap radiasi frekuensi radio (RF) yangdikeluarkan oleh menara pemancar telekomunikasi hingga ada PihakBerkuasa Tempatan (PBT) yang bertindak merobohkan menara tersebut.Bagaimana Kementerian dapat mengimbangkan keadaan agar persepsinegatif tersebut dapat diperbetulkan di samping mengekalkan liputankomunikasi yang baik.

60. PN-1242-L12301Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PENGAJIANTINGGI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkanUniversiti Penyelidikan Sains Sosial bagi melengkapi usaha membangun danmenjayakan tamadun negara. Jika ada, bila dan bagaimana pelaksanaannya.

61. PN-1242-L12574Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI KEWANGAN menyatakansejauh manakah agensi-agensi Kerajaan seperti Badan-badan Berkanun danGLCs telah bersedia untuk menukar sepenuhnya (full convergence) sistemperakaunan kepada International Financial Reporting System (IFRS) iaituseperti yang telah dimaklumkan oleh The Malaysia Accounting StandardsBoard (MASB) akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Jun 2012.

62. PN-1242-L12841Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERIKESIHATAN menyatakan prosedur semburan asap nyamuk aedes yangdilaksanakan sekarang dan tahap kejayaan program semburan asap inidalam membasmi atau membunuh nyamuk aedes dan apakah strategipembasmian nyamuk aedes selain daripada prosedur yang dianggap kurangberkesan ini.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/201110

63. PN-1242-L12537Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan yang akandiambil terhadap Kelab Isteri Taat yang didapati telah merendahkan martabatkaum wanita Islam khususnya isteri-isteri kerana diminta supaya melayansuami seperti ‘pelacur kelas pertama’ serta adakah Kerajaan bercadangmembatalkan pendaftaran kelab berkenaan.

64. PN-1242-L12435Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakanapakah strategi dan perancangan menyeluruh Kerajaan bagi membangunkansektor pengangkutan awam yang semakin penting akibat rombakan sistemsubsidi minyak terutamanya di Sabah dan Sarawak.

65. PN-1242-L12276Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI DALAM NEGERImenyatakan jumlah jenayah perdagangan sepanjang tahun 2009, 2010 dan2011 dan nyatakan langkah-langkah Kementerian bagi mengurangkan kadarjenayah perdagangan berkenaan serta mewujudkan sistem lebih berintegritidi sektor awam dan swasta.

66. PN-1242-L12826Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn mintaMENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakanketelusan pembayaran royalti oleh pihak ASTRO kepada penerbit filem-filemMelayu yang ditayangkan di Astro First selepas melalui skim wajib tayang dipawagam-pawagam selama 2 minggu.

67. PN-1242-L12434Datuk Chin Su Phin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan beraparamai mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang kini berkhidmat diSyarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan apakah langkah-langkahKementerian untuk menambah bilangan tersebut bersesuaian dengansemangat 1Malaysia.

68. PN-1242-L12877Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan minta PERDANA MENTERI menyatakanapakah tahap implementasi dasar Kerajaan dalam pengagihan biasiswa JPAoleh pegawai yang bertanggungjawab yang tidak ingin mencerminkan dasarKerajaan dalam mengagihkan tawaran secara adil dan saksama sambilmengambil kira konsep meritokrasi. Apakah Kerajaan kini bersedia untukmelakukan perubahan dalam menilai semua pegawai-pegawai tertinggi dalammenyampaikan hasrat Kerajaan untuk rakyat.

69. PN-1242-L12847Datuk Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI DALAMNEGERI menyatakan apakah justifikasi Kementerian mengadakan programpemutihan dan pengampunan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) danapakah ini akan menggalakkan kemasukan PATI masa akan datang.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/201111

70. PN-1242-L12619Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI BELIA DAN SUKANmenyatakan insiden membakar bendera, mercun dan membaling botol air ketengah padang sering terjadi di stadium di negara kita sejak kebelakangan ini.Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian dalam usahamembendung gejala ini dan apakah cara yang diambil untuk mendidik parapeminat sukan untuk menghayati semangat kesukanan yang sebenar.

71. PN-1242-L12346Datuk Akbar bin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah untuk mengelakkan kesilapan Kerajaan Britain di mana tumpuan keatas pertumbuhan ekonomi dan meritokrasi dalam ‘keadaan padangsosioekonomi yang tidak sama rata’ telah menimbulkan pelbagai penyakitsosial selepas 30 tahun kemudian yang mana simptom-simptom itu pula mulakelihatan di negara kita dan mestilah dihapuskan.

72. PN-1242-L12287Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI PERTAHANANmenyatakan adakah benar Kerajaan bercadang akan memanjangkan tempohlatihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari 3 ke 6 bulan, jika benarnyatakan apakah modul pengisian tambahan program tersebut dan kostambahan yang diperlukan.

73. PN-1242-L13022Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DANAIR menyatakan :-

(a) dari manakah sumber kewangan Kerajaan untukmenyelamatkan (bailout) bon-bon air bernilai RM6.5 bilionmelalui penubuhan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB); dan

(b) apakah tindakan ini sehaluan dengan Akta IndustriPerkhidmatan Air 2006 (Water Services Industry Act - WSIA).

74. PN-1242-L12281Datuk Chandrasekar Suppiah minta PERDANA MENTERI menyatakanmatlamat menubuhkan TalentCorp serta berapa ramai rakyat Malaysia yangtelah meninggalkan Malaysia sejak 10 tahun yang lalu dan apakah langkah-langkah mengawal gejala ini.

75. PN-1242-L12501Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASIDAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

(a) berapakah jumlah komputer riba yang telah diagihkan kepadapelajar-pelajar yang mematuhi syarat di bawah programKomputer Riba 1Malaysia serta berapakah kos keseluruhannya;dan

(b) apakah kesan yang diperoleh hasil daripada program KomputerRiba 1Malaysia tersebut.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/201112

76. PN-1242-L12975Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERImenyatakan :-

(a) jumlah kem-kem pelarian yang wujud di Malaysia serta lokasikem-kem tersebut; dan

(b) jumlah kos pengendalian kem-kem pelarian di Malaysia untuksetiap tahun sejak 1980 dan kos pengendalian per kapita untuksetiap tahun sejak 1980.

77. PN-1242-L12588Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI PENERANGAN,KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah yang telahdan akan diambil oleh Kementerian dalam menangani isu lambakan filem,drama serta hasil karya dari negara jiran sedangkan hasil karya negara kitatidak diberi ruang untuk paparan media mereka.

78. PN-1242-L12733Tuan Khoo Soo Seang minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab-sebab berlakunya kesilapan penterjemahan Bahasa Malaysia kepada BahasaCina di backdrop Majlis Sambutan Lawatan Rasmi Perdana Menteri NegeriChina, TYT Wen Jiabao ke Malaysia. Siapakah yang bertanggungjawab danapakah langkah-langkah yang akan diambil demi memastikan kesilapan yangmemalukan negara itu tidak berulang pada masa akan datang.

79. PN-1242-L12694Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakanjumlah tahanan polis yang telah mati semasa dalam tahanan polis sepanjang20 tahun lepas dan apakah sebab utama kematian mereka.

80. PN-1242-L12535Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakansejauh manakah Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pembanturumah yang ditandatangani oleh Malaysia dan Indonesia dapat mengatasimasalah berkaitan pembantu rumah warga Indonesia di Malaysia seperti gaji,isu pembantu rumah lari, penderaan oleh majikan dan sebagainya.

81. PN-1242-L12929Dr. S. Ramakrishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) statistik pelajar lepasan SPM tahun 2010 yang mendapatbiasiswa JPA mengikut kaum; dan

(b) apakah kriteria yang digunakan dalam pemilihan pelajar yanglayak mendapat biasiswa JPA dan mengapa kriteria ini tidakdiumumkan kepada rakyat. Bagaimana Kerajaan dapatmenjamin ketelusan dan pemberian biasiswa JPA ini danmengapa pelajar yang mendapat 10A tidak ditawarkan biasiswauntuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi pelajar yangmendapat 4A pula yang diberi.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/201113

82. PN-1242-L12371Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI KEMAJUANLUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan data terperinci berkaitanjumlah migrasi penduduk-penduduk desa ke kawasan bandar mengikutbandar-bandar utama di setiap negeri dari tahun 1990 hingga 2010.

83. PN-1242-L12896Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI PERUMAHAN DANKERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah jumlah lesen pajak gadaiyang telah dikeluarkan sehingga kini dan jumlah permohonan yang diluluskanserta lokasi daerah bagi tempoh 2 tahun yang lepas.

84. PN-1242-L12275Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta MENTERI PERTANIAN DANINDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah Kementerian bagimengatasi penyalahgunaan lesen laut dalam oleh nelayan asing yangmenjejaskan pendapatan nelayan tempatan.

85. PN-1242-L12715Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta MENTERI PELAJARANmenyatakan Pelan Tindakan berserta struktur dan proses pelaksanaan dasarMBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasa BahasaInggeris). Bahagian manakah dalam Kementerian Pelajaran yangdipertanggungjawabkan secara langsung memantau pelaksanaan MBMMBIdan adakah pegawai (Pengarah) berkenaan dinilai mengikut kaedah KPI.Apakah nilai (KPI) yang diperolehnya pada tahun lalu.

86. PN-1242-L12245Puan Doris Brodie minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DANWILAYAH menyatakan adakah Kerajaan sudah membuat kajian secarasistematik dalam mencari jalan penyelesaian ke atas penduduk luar bandardan pedalaman Sarawak dan Sabah yang rata-rata masih bergantung kepadasumber generator sebagai alternatif bekalan tenaga elektrik pada waktumalam.

87. PN-1242-L12739Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRIASAS TANI menyatakan usaha dan bantuan yang diberi oleh Kementerianuntuk memodenkan kaedah-kaedah penanaman dan penternakan agarmelipat-gandakan produktiviti dan melonjakkan pendapatan para penanamdan penternak negara kita.

88. PN-1242-L12318Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENERANGAN,KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan secara terperinci jumlahperbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan tahun demi tahun daripada 2000hingga 2010 untuk penambahbaikan sistem siar raya, penerangan dan mediamelibatkan RTM di seluruh negara.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/201114

89. PN-1242-L12261Dato' Azian bin Osman minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DANWILAYAH menyatakan kewajaran menimbang kenaikan pangkat dan skimgaji baru bagi 3,000 guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yangberkhidmat di 45 buah MRSM di seluruh negara.

90. PN-1242-L12529Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI LUAR NEGERImenyatakan peranan Malaysia dalam menangani keamanan sejagat dalammembantu negara-negara jiran seperti di Selatan Thailand dan Mindanao,Filipina dalam memulihkan keamanan di sana. Nyatakan bentuk-bentukusaha yang telah dan sedang dilakukan.

91. PN-1242-L12768Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama adaKementerian berhasrat untuk memberikan permit KDN bagi menerbitkanakhbar Suara Keadilan. Jika ada, bila dan jika tidak, mengapa.

92. PN-1242-L12745Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAUDAN AIR menyatakan apakah perancangan dan usaha-usaha Kementerianuntuk menggalakkan para pengguna menggunakan alat-alat elektrik yangjimat tenaga dan mesra alam sekitar.

93. PN-1242-L12613Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI BELIA DAN SUKANmenyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian dalamusaha melatih golongan pelapis dan mengekalkan pencapaian negara dalamsukan badminton dan skuasy yang telah melahirkan atlit yang mendudukiranking pertama dunia serta sukan-sukan lain yang dikenal pasti berpotensi.

94. PN-1242-L12293Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta PERDANA MENTERImenyatakan sejauh manakah perkembangan cadangan pembinaan lojinuklear dan dari sumber manakah Kerajaan akan mendapatkan kos bagipembinaan loji tersebut.

95. PN-1242-L12410Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta MENTERI TENAGA,TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan jumlah penggunaan tenagaelektrik dalam negara setiap tahun selama 5 tahun terakhir ini dan apakahlangkah-langkah Kementerian untuk menentukan sumber tenaga tidak putusbagi kegunaan rakyat.

96. PN-1242-L12479Dato' Dr. Yeow Chai Thiam minta MENTERI SUMBER MANUSIAmenyatakan tindakan yang patut diambil oleh Kementerian bagi melindungimajikan dan mengawal peningkatan ketara kos-kos pengurusan yangdikenakan oleh agensi-agensi pekerjaan pembantu rumah.

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/201115

97. PN-1242-L12428Datuk Chin Su Phin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangantahanan mengikut kewarganegaraan mereka di Pusat Tahanan Sementarasejak diwujudkan di seluruh negara dan di Sabah khasnya. Berapa jumlahperbelanjaan ke atas mereka setiap hari dan bilangan yang dipulangkan kenegara masing-masing dan yang dikesan datang balik ke Sabah. Apakahstrategi dan langkah-langkah Kementerian bagi membendung masalah ini.

98. PN-1242-L12831Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah minta MENTERI PERDAGANGANDALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan objektifmelancarkan Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), kejayaannyasetakat ini dan sambutan daripada pihak hypermarket yang beroperasi dinegara ini.

99. PN-1242-L12498Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) Perdana Menteri telah pun melancarkan Skim RumahPertamaku (SRP) untuk membina rumah di bawah hargaRM220,000 khas untuk pembeli belia di bawah umur 35 tahunyang berpendapatan RM3000 ke bawah. Berapakah projekpembangunan perumahan telah pun dijalankan dan jumlah unitrumah yang telah pun atau akan dibina di bawah programtersebut; dan

(b) adakah mereka yang berumur 35 tahun ke atas tetapi masihberpendapatan RM3000 ke bawah layak untuk menyertai skimini.

100. PN-1242-L12668Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAUDAN AIR menyatakan adakah benar margin rizab simpanan air negaraberada pada paras 6 peratus dan dijangka semakin susut setiap tahunmenjelang 2014.

101. PN-1242-L12586Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI KESIHATAN menyatakanadakah kajian terperinci telah dibuat oleh pihak Kementerian sebelummengeluarkan garis panduan larangan penjualan coklat di sekolah-sekolahatas alasan ia adalah makanan tidak sihat yang menjurus kepada obesiti.

102. PN-1242-L12531Dato' Zaitun binti Mat minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakanlangkah-langkah Kementerian bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadappolis dan agensi Kerajaan bagi menjamin keselamatan rakyat umumwalaupun indeks jenayah dan jenayah jalanan seluruh negara mencatatkanpenurunan 10 peratus dan 45 peratus.

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/201116

103. PN-1242-L12954Puan Hajah Noriah binti Mahat minta MENTERI KEMAJUAN LUARBANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah Kerajaanmemastikan pembangunan luar bandar melalui Program TransformasiKerajaan dilaksanakan dengan sewajarnya.

104. PN-1242-L12700Datuk Paul Kong Sing Chu minta MENTERI PERUMAHAN DANKERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-langkah yang diambil bagimengelakkan pemaju yang tidak bertanggungjawab dan berkelayakandaripada terlibat dalam pembinaan hartanah yang telah menyebabkan projekperumahan terbengkalai dan menyusahkan ramai pembeli rumah.

105. PN-1242-L12862Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta MENTERI BELIA DAN SUKANmenyatakan penyakit sosial utama di kalangan belia dan apakah tindakanyang telah diambil oleh Kementerian untuk menangani keadaan.

106. PN-1242-L12787Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI KEWANGANmenyatakan apakah usaha dan arahan kepada sektor awam untuk menjaminperolehan Kerajaan memberi keutamaan kepada produk hasil Kajian danPembangunan (R&D) negara serta produk yang dihasilkan oleh SmallMedium Enterprises (SME).

107. PN-1242-L12365Dato' Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff minta MENTERI DALAM NEGERImenyatakan bilangan kes kehilangan senjata api atau penyalahgunaansenjata api berlesen yang dilaporkan kepada pihak berkuasa dari 2005hingga 2010.

108. PN-1242-L12340Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI PELAJARAN menyatakan tindakankonkrit untuk membetulkan falsafah dan sistem pendidikankebangsaan/pembelajaran serta pelaksanaannya :-

(a) agar rakyat Malaysia akan lebih berbudi bahasa, mengenangbudi, patriotik dan bersyukur kerana nilai-nilai murni ini dilihatsemakin terhakis, termasuklah di kalangan pendidik dan parapelajar sendiri; dan

(b) agar bilangan anak-anak Bumiputera dan bukan Bumiputerayang bersekolah di sekolah kebangsaan meningkat semula.

109. PN-1242-L12441Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DANINOVASI menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untukmelahirkan lebih ramai saintis-saintis dalam berbagai bidang dan berapakahsaintis-saintis di negara kita setakat ini mengikut pengkhususan merekamasing-masing.

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/201117

110. PN-1242-L12885Dr. Malasingam a/l Muthukumaru minta MENTERI DALAM NEGERImenyatakan berapakah jumlah kes jenayah yang melibatkan pelajar wargaasing mengikut negara dan pusat pengajian mereka serta jenis kesalahanbagi tempoh 5 tahun kebelakangan ini.

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/201118

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 8/2011) Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa(Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011 –Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “BahawaRang Undang-undang ini dibacakan kali yang keduasekarang” (11 Julai, 2011)

[ Kementerian Luar Negeri ]

2. (D.R. 30/2010) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir DanEjen Harta Tanah (Pindaan) 2010

[ Kementerian Kewangan ]

Bacaan KaliYang Kedua

3. (D.R. 10/2011) Rang Undang-undang LembagaPembangunan Industri Pembinaan Malaysia(Pindaan) 2011

[ Kementerian Kerja Raya ]

4. (D.R. 17/2011) Rang Undang-undang Majlis PerundinganGaji Negara 2011

[ Kementerian Sumber Manusia ]

5. PN-1242-U12541Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepadaYang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan rombongannyayang telah melawat Parlimen Indonesia pada 23 hingga 26 Mei 2011. Tan SriYDPDN dan rombongan dan Ahli-Ahli Dewan Negara telah berjayamengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Persatuan MediaIndonesia atau ISWAMI, Speaker Dewan Perwakilan Daerah (DPD) danAnggota-anggota Senat DPD, Speaker Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) danahli-ahlinya serta Speaker Gabungan Dewan Musyawarah DPR/DPD sertaanggotanya lawatan yang berpaksikan bagi mengeratkan hubungan dua halaantara Malaysia-Indonesia berhasil di perkasa dan dieratkan. Ianya jugadapat menjelaskan serta menjernihkan beberapa isu dan salah tanggapan.Di atas semangat serumpun, setia kawan dan kerjasama secara tradisi makabeberapa isu yang sengaja dan dihangatkan oleh segelintir rakyat Indonesiasatu ketika dahulu melalui 'tangan-tangan ketiga' seperti isu tenaga kerjaIndonesia yang bekerja di Malaysia, kebudayaan, persempadanan, perananmedia serta kerjasama yang telah lama terjalin antara para pemimpin utamakedua negara menjadi sentuhan dalam pertemuan-pertemuan tersebut. Isi-isiperbincangan dan pertukaran pandangan dan pendapat ternyata sebenarnyabukanlah perkara besar dan rumit yang boleh meretakkan hubungan malahdianggap sengaja diada-adakan oleh pihak yang berkepentingan. Semuapertemuan berjalan dalam suasana yang amat mesra, santai, salingmemahami dan memerlukan antara satu sama lain. Sebagai kesimpulannya,Dewan Negara berperanan dan berkebolehan dalam mengeratkan hubunganantara Malaysia dan Indonesia atau lain-lain negara.

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/201119

Pertemuan-pertemuan dan perbincangan sebegini wajar diteruskan dandipupuk dari masa ke semasa. Tahniah dan syabas diucapkan kepada TanSri Yang di-Pertua Dewan Negara dan rombongannya."

[ Perdana Menteri ]

6. PN-1242-U12542Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membincangkan mengenai kemalangan jalan raya diMalaysia yang dianggap sebagai satu malapetaka besar kepada rakyat dannegara ini. Ianya merupakan kecacatan dan pembunuh nombor satu diMalaysia.Mengikut rekod angka kemalangan dan kematian adalah sangattinggi malah Malaysia adalah negara yang tertinggi mendapat kemalangandan kematian di dunia (Sila rujuk data-data dan statistik di bawah). Angka inilebih besar dari segala rekod kematian akibat penyakit dan kemalangan-kemalangan yang lain. Hanya meletakkan Malaysia berada di tempat pertamadari 32 negara di seluruh dunia. Statistik kadar kematian jalan raya yang barudikeluarkan melalui Forum Pengangkutan Antarabangsa, menyenaraikanMalaysia sebagai jaguh dan juara daripada nisbah bilangan kematianbersandarkan kepada setiap 100,000 bilangan penduduk. Sekaligusmeletakkan Malaysia sebagai negara paling banyak mencatatkan bilangankadar kematian jalan raya paling tinggi untuk setiap 100,000 penduduk bagitahun 2009. Kadar kematian di jalan raya untuk setiap 100,000 bilanganpenduduk bagi 2009 :- 1. Malaysia - 23.81. Argentina - 18.42. Kadarkematian di jalanraya untuk setiap 100,000 bilangan penduduk bagi 2009 :

1. Malaysia - 23.82. Argentina - 18.43. Greece - 13.84. Kemboja - 12.65. Korea - 12.06. Poland - 12.07. Amerika Syarikat - 11.18. Lithuania - 11.09. New Zealand - 8.910. Belgium - 8.911. Czech Rep - 8.612. Slovenia - 8.413. Hungary - 8.214. Portugal - 7.915. Itali - 7.916. Austria - 7.617. Luxembourg - 7.2

18. Australia - 6.919. Perancis - 6.920. Kanada - 6.321. Sepanyol - 5.922. Denmark - 5.523. Ireland - 5.424. Iceland - 5.325. Finland - 5.326. Jerman - 5.127. Jepun - 4.528. Switzerland - 4.529. Norway - 4.430. Israel - 4.231. Sweden - 3.932. Belanda - 3.933. UK - 3.8

Page 20: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/201120

PERANGKAAN KEMALANGAN JALAN RAYA BAGI TAHUN 2001-2010

TAHUN 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010

KemalanganMaut

5,230 5,378 5,634 5,674 5,604 5,711 5,672 5,952 6,218 6,260

KemalanganParah

6,942 6,696 7,163 7,444 7,600 7,375 7,384 7,020 6,978 6,002

JENISKEMALANGAN

INJURI

KemalanganRingan

30,684 30,259 31,357 33,413 25,928 15,596 13,979 12,893 12,072 10,408

JUMLAH KEMALANGANINJURI

42,856 42,333 44,154 46,531 39,132 28,682 27,035 25,865 25,268 22,670

JUMLAH KEMALANGANTANPA INJURI (ROSAK

SAHAJA)

222,319 237,378 254,499 280,283 289,136 312,550 336,284 347,182 372,062 391,751

JUMLAH KEMALANGAN 265,175 279,711 298,653 326,814 328,268 341,232 363,319 373,047 397,330 414,421

Mati 5,854 5,891 6,286 6,228 6,188 6,287 6,282 6,527 6,745 6,872

Cedera Parah 8,689 8,425 9,040 9,229 9,397 9,254 9,273 8,866 8,849 7,781

JENIS INJURI

Cedera Ringan 35,974 35,236 37,415 38,631 31,429 19,884 18,444 16,901 15,823 13,616

JUMLAH INJURI 50,517 49,552 52,741 54,088 47,014 35,425 33,999 32,294 31,417 28,269

Setiap 100 ribupenduduk

24.60 24.10 25.10 24.30 23.70 23.60 23.10 23.60 23.80 24.20

Setiap 10 ribukenderaanberdaftar

5.17 4.88 4.88 4.51 4.18 3.98 3.73 3.63 3.55 3.40

INDEKSKEMATIAN

JALAN RAYA

Setiap 1 BilionVKT

23.93 22.71 22.77 21.1 19.58 18.69 17.6 17.2 17.28 17.28

Sumber : PDRM / MIROS

Banyak faktor yang menyumbang kepada perkara yang tidak diundang ini.Justeru itu, saya mengesyorkan kajian dan tindakan menyeluruh perludiambil dan disegerakan. Ini termasuklah peranan semua Kementerian danagensi yang terlibat. Reka bentuk dan bahan binaan jalan raya wajar dikajisemula. Selekoh dan tempat-tempat yang sering berlaku kemalangan harusdiperbaiki dan diperbetulkan. Sistem dan kaedah latihan, peperiksaan, ujiandan pemberian lessen perlu disemak. Sikap pemandu dan cara memanduwajar dinilai semula. Had pemanduan perlu dilihat kembali. Usia kenderaandan keadaan badan kenderaan perlu disemak semula. Samseng/penjahatjalanan juga mesti dilumpuhkan. Denda dan hukuman serta penguatkuasaanjuga harus dinilai semula. Motivasi serta kaunseling juga hendaklahdiperhebatkan. Tempat-tempat istirahat dan papan tanda diperbanyakkan danditempatkan di kawasan yang lebih sesuai.Pendek kata, bedah siasat secaramenyeluruh dan mengemukakan saranan-saranan yang lebih tepat danterperinci bagi mengurangkan jumlah kematian dan kemalangan jalan rayaperlu disegerakan.

Page 21: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/201121

Sayangilah rakyat negara ini. Hargailah nyawa keluarga dan masyarakatserta negara. Jadikan negara ini tercorot dalam mengeluarkan datakemalangan jalan raya. "[ Menteri Pengangkutan ]

7. PN-1242-U13032Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan membatalkan Perhimpunan Bersih.Saya mengesyorkan kepada YB. Tan Sri Speaker Dewan Negara supayaDewan Negara membahaskan agar isu Perhimpunan Bersih oleh PihakPembangkang yang dirancang akan diadakan pada 9 Julai 2011 demikepentingan rakyat. Saya mendesak pihak berkuasa mengambil tindakantegas dan segera menyekat perhimpunan haram itu demi kepentingan awam,keselamatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat dan negara. Strategi dantujuan perhimpunan itu akan menimbulkan kacau bilau, mengundangkekecohan dan bersifat penghasut serta bersifat membela KetuaPembangkang yang sedang menghadapi pelbagai kes mahkamah. Apa yangberlaku di negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara dahulu dan kini tidakboleh dijadikan model untuk menimbulkan huru-hara di Malaysia. Senariopolitik, ekonomi, agama, sosial dan lain-lain faktor amat jauh berbeza. Olehitu, saya mengesyorkan supaya Ahli-ahli Dewan Negara diberi peluang untukberbahas agar Perhimpunan Bersih itu segera diharamkan. Pendapat majoritiAhli-ahli Dewan perlu diambil kira demi kesejahteraan, keselamatan dankeamanan rakyat serta negara Malaysia tercinta."

[ Menteri Dalam Negeri ]

8. PN-1242-U13030Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubal Undang-undang Kebebasan Maklumat bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmatihak untuk mendapatkan maklumat selaras dengan kehendak prinsip-prinsipdemokrasi. Hak rakyat untuk mendapatkan maklumat adalah penting bagimembolehkan rakyat untuk memeriksa dan membendung penyalahgunaankuasa oleh kakitangan Kerajaan dalam hal-hal pentadbiran Kerajaanterutamanya keputusan-keputusan Kerajaan yang mempunyai implikasisecara langsung dan tidak langsung terhadap rakyat jelata. Oleh itu, sayamengambil kesempatan melalui mesyuarat Dewan Negara ini untukmenampilkan usul penggubalan undang-undang bagi tujuan membolehkanrakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran dan hal-halKerajaan terutamanya dalam proses membuat keputusan-keputusan sejajardengan prinsip demokrasi (participatory democracy) dan kepentingan awam(public interest). Rakyat Malaysia mengalu-alukan satu Kerajaan yang telusdan bertanggungjawab maka penggubalan undang-undang ini adalahmustahak. Undang-undang ini akan membenarkan akses kepada dokumen-dokumen sesebuah agensi Kerajaan dan dokumen-dokumen rasmi Kerajaan.

Page 22: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/201122

Maka disarankan supaya Kerajaan mengambil serius penggubalan undang-undang ini dan mengambil segala langkah-langkah untuk merealisasikanundang-undang di Malaysia yang mana undang-undang begini telah pundiperkenalkan di negara-negara Komanwel yang lain."

[ Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ]

9. PN-1242-U13031Dr. S. Ramakrishnan akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pihak Kerajaan menggubal undang-undang Perhubungan Kaum (Race Relations Act) bagi menyingkirkandiskriminasi perkauman di sektor awam, di sektor swasta, di dalam bidangpelajaran di peringkat universiti dan matrikulasi, di dalam proses pengambilan“tender” Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.Tujuan utama undang-undang ini adalah untuk mempromosi perhubunganperkauman yang baik dan sihat di antara semua kaum di Malaysia denganmenyingkirkan ketidak seimbangan perkauman dan diskriminasi. Oleh itu,disarankan supaya Kerajaan prihatin dan memandang serius terhadap gejaladiskriminasi dan ketidak seimbangan perkauman di sektor-sektor ini. Undang-undang ini boleh dikuasakan dan diberi mandat untuk memastikan bahawaagensi-agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Tempatan,syarikat-syarikat swasta, syarikat-syarikat GLC Kerajaan dan institutpengajian tinggi tempatan (IPT) memperkenalkan program race equality yangberdasarkan merit di dalam semua aspek pekerjaan di dalam aspekpengambilan tenaga kerja dan pengambilan pelajar, promosi, latihan danpeluang pembelajaran di dalam negara dan di luar negara. Dalam masa yangsama Kerajaan perlu menubuhkan satu Suruhanjaya PerhubunganPerkauman di bawah undang-undang ini bagi memastikan penguatkuasaandan implementasi undang-undang perhubungan perkauman."

[ Perdana Menteri ]

10. PN-1242-U12622Dato' Syed Ibrahim bin Kader akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memaklumkan, Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA)melalui Yayasan Kemajuan Islam Nasional (YAKIN) sedia bekerjasamadengan Kementerian Pertahanan dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM untukmenyediakan latihan dan kursus serta khidmat nasihat kepada veteran ATMyang ingin menceburi perniagaan restoran atau gerai makanan dan minumanserta lain-lain bidang perniagaan yang dipelopori oleh kaum India Muslim."

[ Menteri Pertahanan ]

Page 23: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/201123

11. PN-1242-U12623Dato' Syed Ibrahim bin Kader akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memaklumkan, Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA)sedia bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluargadan Masyarakat bagi menyediakan kemudahan tempat berniaga secara kecil-kecilan dalam premis perniagaan yang dijalankan oleh kaum India Muslim.Contoh: ruang menjual kad tambah nilai prabayar di restoran mamak."

[ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]

Page 24: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · Bahasa Cina untuk Sekolah Menengah memandangkan kekurangan guru ... Jepun dan Taiwan. 26. PN-1242-L12274 Puan Hajah Zainun binti

AUM DN 12/7/201124

UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh Ucapan Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri yangBertanggungjawab

1. 12.7.2011(Selasa)

1. YB. Sen. DatukAkbar Ali

1. Mitigasi Jurang YangBerpotensi AkanMelebar

1. Menteri di JabatanPerdana Meneri