penggunaan teknik psikometrik dalam pemilihan kerjaya

5
PENGGUNAAN TEKNIK PSIKOMETRIK DALAM PEMILIHAN KERJAYA Ujian Minat Kerjaya Satu alat pengukuran untuk menentukan minat individu tentang sesuatu aktiviti dalam pekerjaan-pekerjaan yang khusus berdasarkan persekitaran kerja(Nowak 1986). Contoh ujian minat ialah Vocational Preference Inventory(VPI), Self Directed Search(SDS), Strong –Campbell Interest Inventory( SC11), Inventori Minat Kerjaya Sidek(IMKS), Borang Minat Rothwell- Miller(BMRM) dan Kuder Preference Records-Vocational(KPRV). Ujian minat kerjaya secara umumnya boleh mengenal pasti potensi individu daripada sudut minat. Alat ukuran Vocational Preference Inventory(VPI) dan Self- Directed Search(SDS) misalnya boleh digunakan untuk mengenalpasti minat individu sama ada dalam bidang Realistik(R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) atau Conventional(C). Ujian Personaliti Alat ukuran untuk menentukan sejauh mana seseorang itu mempunyai tret-tret atau cirri lain-lain dengan mengukur persamaannya gerak balas yang diberi dengan kumpulan- kumpulan rujukan yang mempunyai tret-tret atau cirri-ciri berkenaan(Shertzer & Linden, 1979). Contoh ujian personality Minnesota Multiphasic Personality Inventory(TSCS), Junior Eysenck Personality Inventory(JEPI), Inventori Personaliti Warna(IPW) DAN Inventori Personaliti Sidek(IPS). Digunakan oleh kaunselor kerjaya untuk mengenalpasti tret-tret personality yang wujud dalam diri individu. Ianya berkaitan dengan personality Agresif, Analitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik-Diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur, Pencapaian dan Kejujuran(Sidek Mohd Noah, 1999) UJIAN NILAI PEKERJAAN Satu alat ukuran yang digunakan untuk mengukur pelbagai nilai pekerjaan secara positif, negative atau neutral berdasarkan keutamaan masing-masing(Nowak, 1986). Contoh ujian nilai pekerjaan ialah Super’s Work Values Inventory(WVI), Minnesota Importance Questionnare(MIQ) dan Inventori Nilai Pekerjaan Sidek(INPS). Nilai-nilai tersebut ialah kategori kontrak (manusia, data, benda), kategori hubungan (pembantu, alturisme, pemimpin, autonomi), kategori fungsi (intelektual, kreatif, kejayaan, organisasi) , kategori ganjaran ( keuntungan,

Upload: nor-hasanah

Post on 25-Sep-2015

259 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN TEKNIK PSIKOMETRIK DALAM PEMILIHAN KERJAYA

Ujian Minat Kerjaya Satu alat pengukuran untuk menentukan minat individu tentang sesuatu aktiviti dalam pekerjaan-pekerjaan yang khusus berdasarkan persekitaran kerja(Nowak 1986). Contoh ujian minat ialah Vocational Preference Inventory(VPI), Self Directed Search(SDS), Strong Campbell Interest Inventory( SC11), Inventori Minat Kerjaya Sidek(IMKS), Borang Minat Rothwell-Miller(BMRM) dan Kuder Preference Records-Vocational(KPRV). Ujian minat kerjaya secara umumnya boleh mengenal pasti potensi individu daripada sudut minat. Alat ukuran Vocational Preference Inventory(VPI) dan Self- Directed Search(SDS) misalnya boleh digunakan untuk mengenalpasti minat individu sama ada dalam bidang Realistik(R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) atau Conventional(C). Ujian Personaliti Alat ukuran untuk menentukan sejauh mana seseorang itu mempunyai tret-tret atau cirri lain-lain dengan mengukur persamaannya gerak balas yang diberi dengan kumpulan-kumpulan rujukan yang mempunyai tret-tret atau cirri-ciri berkenaan(Shertzer & Linden, 1979). Contoh ujian personality Minnesota Multiphasic Personality Inventory(TSCS), Junior Eysenck Personality Inventory(JEPI), Inventori Personaliti Warna(IPW) DAN Inventori Personaliti Sidek(IPS). Digunakan oleh kaunselor kerjaya untuk mengenalpasti tret-tret personality yang wujud dalam diri individu. Ianya berkaitan dengan personality Agresif, Analitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik-Diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur, Pencapaian dan Kejujuran(Sidek Mohd Noah, 1999) UJIAN NILAI PEKERJAAN Satu alat ukuran yang digunakan untuk mengukur pelbagai nilai pekerjaan secara positif, negative atau neutral berdasarkan keutamaan masing-masing(Nowak, 1986). Contoh ujian nilai pekerjaan ialah Supers Work Values Inventory(WVI), Minnesota Importance Questionnare(MIQ) dan Inventori Nilai Pekerjaan Sidek(INPS). Nilai-nilai tersebut ialah kategori kontrak (manusia, data, benda), kategori hubungan (pembantu, alturisme, pemimpin, autonomi), kategori fungsi (intelektual, kreatif, kejayaan, organisasi) , kategori ganjaran ( keuntungan, promosi, masa lapang, pengiktirafan, sokongan, keselamatan, kategori cita rasa (kebudayaan , agama), kategori monotori (kepelbagaian aktiviti). UJIAN PENCAPAIAN Satu alat yang digunakan untuk mengukur pencapaian individu dalam mata pelajaran tertentu(Nowak, 1986). Contoh ujian pencapaian ialah ujian yang dikendalikan oleh guru di sekolah sama ada ujian bulanan, penggal atau semester yang meliputi ujian pencapaian Matematik, Kimia, Biologi, Fizik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Geografi. Ujian Pencapaian selalu dilaksanakan di sekolah dengan guru yang mengajar mata pelajaran itu sendiri menyediakan soalan-soalan ujian.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win3.1.1 Ujian Pencapaian Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian pencapaian boleh dijalankan dalam bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam sesuatu bilik darjah (rujukan norma) atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik (rujukan kriteria) sesebuah dalam kurikulum. Kebanyakan pembinaan ujian pencapaian serta penskoran adalah berteraskan ujian rujukan norma. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian akademik, aptitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian pencapaian akademik dapat mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Ujian ini dibina oleh guru dan pada peringkat institusi seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik darjah. Manakala bagi pencapaian peringkat pusat dikenali sebagai PMR, SPM, STPM dalam sebagainya.3.1.2 Ujian KecerdasanUjian kecerdasan dikenali juga ujian mental. Ujian ini cuba mengukur perbezaan di antara individu. Ujian ini banyak mengalami perubahan serentak dengan perkembangan bidang psikologi. Sejarah ujian ini bermula sejak tahun 1796. Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada tahun 1969 apabila beliau cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental serta pencapaian intelektual di antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam mengukur aspek mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet (Abu Bakar, 1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala Binet-Simon.Bagi kanak-kanak ujian kecerdasan tidak menekankan aspek kebahasaan. Ujian ini mencerminkan pengalaman pada peringkat kanak-kanak. Ujian kecerdasan memberikan bukti secara tidak langsung tentang potensi yang ditunjukkan murid-murid berdasarkan prestasinya. Ujian ini kerap kali digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain seperti Ujian IQ, Skala Stanford-Binet, Weschler, Ujian Lorge-Thorndike dan lain-lain.3.1.3 Ujian PrestasiUjian prestasi memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan kepada menjawab soalan. Penekanan yang diberikan tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan yang diberi berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Hal ini kerana maklumat personaliti seseorang tidak bernilai jika dia menyedari bahawa dia sedang dinilai. Dengan itu dia akan melakukan dengan sebaik yang mungkin. Dalam konteks ujian prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik. Misalnya tidak ada ukuran baik atau buruknya minat seseorang itu pada dunia perladangan. Individu yang berminat boleh meneruskan ladang dan sebaliknya boleh memilih bidang lain yang bersesuaian dengan minatnya.Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa murid melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan kumpulan, peranan murid dalam aktiviti. Manakala melalui laporan kendiri pelajar sendiri menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu yang menilai peribadi diri.3.1.4 Ujian DiagnostikUjian ini mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah berkenaan berlaku. Pentadbiran ujian ini bertujuan untuk menentukan kedudukan murid dalam pelajarannya dan mengenal pasti sebab-sebab berlakunya kelemahan murid dalam pembelajarannya. Apabila sesuatu sebab dapat dikenal pasti maka tindakan selanjutnya dalam merancang dan memulihkan keadaan yang berlaku dapat dilaksanakan.Ciri-ciri ujian diagnostik termasuklah ujian tidak memberikan skor atau gred kepada murid. Disebabkan ujian ini untuk memperbaiki kelemahan tertentu, maka ujian ini dilaksanakan pada masa pengajaran dan pembelajaran masih berjalan bukan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada ujian dalam ujian ini diterjemahkan dalam bentuk profil individu berasaskan skor tentang aspek-aspek pembelajaran. Profil yang dibuat dapat memperlihatkan kepada guru tentang aspek yang belum dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid. Contoh ujian diagnostik seperti ujian menilai bacaan murid yang bertujuan mengenal pasti kemahiran murid untuk mengenal huruf dan menyebut huruf.Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventory, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa.

3.1.5 Ujian KecekapanUjian kecekapan ialah ujian yang digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid atau calon dalam melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan. Lazimnya ujian ini melibatkan penggunaan instrumen yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas serta tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan pensel-kertas melainkan sewaktu mendapatkan arahan. Contoh ujian kecekapan seperti ujian pada peringkat pra-persekolahan dengan meminta murid mencantum-cantumkan perkataan dengan gambar yang diberikan atau membina semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberi atau menjalankan uji kaji menggunakan radas tertentu.3.1.6 Ujian BakatUjian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu waktu dahulu bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semulajadi yang dimiliki oleh seseorang individu. Pada umumnya ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan kajian secara besar-besaran. Misalnya pada tahun 1930, kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota tentang bakat mekanikal; dan (ii) ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu. Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat telahan prestasi masa depan calon. Ujian ini lazimnya digunakan untuk pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Contoh ujian bakat seperti ujian kemasukan ke maktab perguruan (UKELP). Ujian ini juga digunakan bagi tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon atau individu. 3.1.7 Ujian PersonalitiUjian personaliti ialah ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks. Contoh ujian personaliti seperti Ujian Keirsey Temperament.