penggunaan sistem e-pembelajaran (e-learning… · an e-learning system for the subject of audio...

20
PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING) BAGI MATAPELAJARAN TEKNOLOGI AUDIO DAN VIDEO DIGITAL DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM RABEAH BINTI HJ MANSHOR Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2006

Upload: lythu

Post on 16-May-2018

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan

PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING) BAGI

MATAPELAJARAN TEKNOLOGI AUDIO DAN VIDEO DIGITAL DI FAKULTI

PENDIDIKAN, UTM

RABEAH BINTI HJ MANSHOR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 2: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan
Page 3: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan
Page 4: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan
Page 5: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Allah kerana dengan izin-Nya jua, maka projek ini dapat

dilaksanakan dengan sempurna.

Sekalung penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Dr Abdul Rahim Hj

Hamdan atas segala kesabaran, tunjuk ajar, dorongan, kritikan, teguran dan bimbingan

sepanjang usaha saya menyiapkan kajian ini.

Dedikasi khas untuk Dr. Jamalludin Harun, pensyarah matapelajaran Teknologi

Audio dan Video Digital (SPT 3312), semester 2, sessi 2004/2005 yang menunjukkan

komitmen dan kesungguhan yang tidak berbelah bagi dalam mendidik kami semua.

Terimalah hasil kajian ini sebagai pencetus diri untuk terus menabur budi.

Ribuan terima kasih ditujukan kepada Pensyarah Jabatan Multimedia, Encik

Rosni Zamuddin Shah Mohd Sidek atas segala idea dan perbincangan awal semasa proses

pemilihan tajuk bagi projek sarjana muda.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pelajar tahun akhir SPK dan SPP atas

kerjasama yang diberikan sebagai responden bagi kajian ini dan kepada semua yang

terlibat dalam membantu samaada secara langsung atau tidak langsung.

Page 6: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan

ABSTRAK

Manfaat perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah

mewarnai dunia pendidikan terutama di peringkat pengajian tinggi. Antara aplikasi yang

sangat popular ialah pembelajaran elektronik atau sistem e-learning. Kajian ini

dijalankan untuk mengetahui tentang sistem e-pembelajaran bagi matapelajaran

Teknologi Audio dan Video Digital dari aspek tahap penggunaan sistem e-pembelajaran;

tahap kefahaman pelajar terhadap matapelajaran ini dengan penggunaan sistem e-

pembelajaran dan sikap pelajar sepanjang penggunaan sistem ini. Ia juga dijalankan

untuk mengetahui samaada terdapat hubungan antara ketiga-tiga aspek yang dikaji

dengan gred akhir yang dicapai oleh pelajar bagi matapelajaran ini. Pensampelan tidak

rawak bertujuan digunakan ke atas 80 orang responden iaitu pelajar 5SPK dan 5SPP di

Fakulti Pendidikan, UTM. Data dianalisis dengan menggunakan perisian statistik (SPSS).

Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan sistem e-pembelajaran adalah sederhana;

tahap kefahaman pelajar terhadap matapelajaran ini dengan penggunaan sistem e-

pembelajaran adalah tinggi; dan sikap pelajar sepanjang penggunaan sistem ini adalah

positif. Secara keseluruhannya, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ketiga-

tiga aspek yang dikaji dengan gred akhir yang dicapai oleh pelajar bagi matapelajaran ini.

Sebagai kesimpulan, beberapa cadangan dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan

sistem sediaada.

Page 7: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan

ABSTRACT

A development of an information and communication technology (ICT) was

coloring an education world, especially in higher education. The most popular application

nowadays is an ‘e-learning’ system. This study is undertaken to identify the level of using

an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few

aspect of; the level of using e-learning system itself; the level of understandings in

learning the subject by using e-learning system and student’s behavior toward using the

system. To end with, the survey also wants to identify whether there are any relationship

between those aspects with final grade achieved by the students for the subject. Random

indirect sampling was used in this survey to over 80s respondents from 5SPK and 5SPP

at Faculty of Education, UTM. The result was analyzed by using statistical software

(SPSS). The finding revealed that; the level of using e-learning system are in-between;

the level of understandings in learning the subjects by using e-learning system are high;

student’s behavior toward using the system are positive. Generally, there is no significant

relationship between those three aspects with final grade achieved by the students for the

subject. As a conclusion, few ideas were discussed to improve the system

Page 8: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

Page 9: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan

1.8 Skop dan Batasan Kajian 10

1.9 Definisi dan Istilah Operasional 11

1.8.1 Keberkesanan 11

1.8.2 Penggunaan 11

1.8.3 E-Pembelajaran 12

1.8.4 Pembelajaran 12

1.8.5 Teknologi Audio dan Video Digital 12

1.8.6 Fakulti Pendidikan 12

1.8.7 Universiti Teknologi Malaysia 13

1.8.8 Kefahaman 13

1.8.9 Sikap 13

1.8.10 Gred 13

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Pembelajaran 14

2.2.1 Definisi Pembelajaran 15

2.2.2 Pengelasan Pembelajaran 15

2.3 E-Pembelajaran 17

2.3.1 Pengenalan kepada E-Pembelajaran 17

2.3.2 Definisi E-Pembelajaran 18

2.3.3 Sejarah Perkembangan E-Pembelajaran 19

2.3.4 Fungsi E-Pembelajaran 19

2.3.5 Ciri-ciri E-Pembelajaran 20

2.3.6 Kelebihan E-Pembelajaran 21

2.3.7 Kelemahan E-Pembelajaran 23

2.4 Internet 23

2.4.1 Pengenalan kepada Internet 24

2.4.2 Sejarah Penggunaan Internet 24

2.4.3 Jaringan Sedunia (World Wide Web) 25

2.5 Kajian-kajian Terdahulu 26

Page 10: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Tempat Kajian 31

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 31

3.5 Instrumen Kajian 32

3.6 Kajian Rintis 37

3.7 Analisis Data 38

3.8 Prosedur Kajian 41

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Profil Responden 44

4.3 Analisis Tahap Penggunaan Sistem 47

e-Pembelajaran bagi Matapelajaran Teknologi

Audio dan Video Digital

4.4 Analisis Tahap Kefahaman Pelajar 52

5SPK dan 5SPP Terhadap Matapelajaran

Teknologi Audio Video Digital

dengan Pen ggunaan Sistem e-Pembelajara

4.5 Analisis Faktor Sikap Pelajar 56

5SPK dan 5SPP sepanjang Penggunaan

Sistem e-Pembelajaran bagi Matapelajaran

Teknologi Audio dan Video Digital

4.7 Pengujian Hipotesis 60

4.7.1 Hipotesis 1 61

4.7.2 Hipotesis 2 62

4.7.3 Hipotesis 3 63

4.8 Kesimpulan 64

Page 11: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Kesimpulan Kajian 66

5.2.1 Rumusan Keputusan dan Implikasi Kajian 66

5.2.1.1 Keputusan Keseluruhan 67

Tahap Penggunaan

Sistem e-Pembelajaran

5.2.1.2 Keputusan Keseluruhan 67

Tahap Kefahaman Pelajar

5SPK dan 5SPP dengan

penggunaan sistem

e-pembelajaran

5.2.1.3 Keputusan Keseluruhan 70

Faktor Sikap Pelajar 5SPK dan

5SPP sepanjang penggunaan

sistem e-Pembelajaran

5.2.1.4 Keputusan Keseluruhan 71

Hubungan antara Tahap

Penggunaan Sistem e-pembelajaran

dengan Gred Akhir

5.2.1.5 Keputusan Keseluruhan 71

Hubungan antara Tahap

Kefahaman Pelajar

dengan Gred Akhir

5.2.1.6 Keputusan Keseluruhan 72

Hubungan antara Faktor

Sikap Pelajar dengan Gred Akhir

5.3 Cadangan 72

5.3.1 Cadangan Kajian Lanjutan 75

Page 12: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan

RUJUKAN 77

LAMPIRAN 81

Page 13: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang dengan

pesatnya selaras dengan kewujudan Multimedia Super Coridor (MSC) yang menjadi

aspirasi Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Aspirasi beliau

ini yang dicetuskan semasa ucapan sempena Pelancaran Putrajaya pada 29 Ogos 1995

(Hizamnuddin Awang, 1996) bukan saja menjadi aspirasi peribadi beliau malah telah

mula berkembang dan dikongsi oleh seluruh rakyat.

Penggunaan aplikasi dalam teknologi tersebut telah menjalar ke seluruh aspek

kehidupan di era teknologi ini, tidak terkecuali bidang pendidikan. Penggunaan sistem e-

pembelajaran (e-learning) telah menjadi satu sistem pembelajaran terkini yang dikatakan

mampu mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam sistem pembelajaran

tradisional.

Page 14: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan

Pendedahan dan aplikasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)

menjadikan pelajar lebih bersedia dan berminat untuk menerima pelajaran yang

diajarkan. Kenyataan ini jelas kerana komputer dalam pendidikan boleh berperanan

sebagai tutor, tool, tutee sebagaimana yang dijelaskan oleh Robert Taylor pada tahun

1980 (Baharuddin Aris, et.al 2001)

Secara keseluruhannya, Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan kepada

kajian yang akan dijalankan, latarbelakang masalah, pernyataan masalah, objektif,

persoalan kajian, kepentingan kajian, skop dan batasan kajian serta definisi dan istilah

operasional.

1.2 Latarbelakang Masalah

Pendidikan secara tradisi biasanya dikaitkan dengan ‘chalk and talk’, iaitu proses

pengajaran dan pembelajaran yang hanya melibatkan dua entiti utama sahaja iaitu

pensyarah dan pelajar. Dalam pengajaran secara tradisi, komunikasi sehala banyak

berlaku dimana seseorang pensyarah memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat

yang utama dan pelajar lebih kepada mendengar. Secara umumnya, proses pengajaran

dan pembelajaran di UTM bertumpu kepada cara syarahan, iaitu pensyarah

menyampaikan pengajaran secara linear melalui syarahan.

Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi komputer dan

mulitimedia mutakhir ini, proses pengajaran tersebut telah banyak mengalami perubahan

positif dimana corak pengajaran pensyarah telah diperkuatkan dan diperkukuhkan dengan

penggunaan bahan multimedia. Ia secara langsung telah memberikan nilai tambah (value

added) kepada proses pengajaran tersebut.

Page 15: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan

Dalam proses ini, penggunaan komputer adalah tertumpu kepada cara dan strategi

persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ia kepada ilmu pengetahuan

yang bermakna serta bermanfaat. Teks isi pelajaran yang panjang, diringkaskan ataupun

dipersembahkan semula menggunakan media-media yang lebih menarik dan bersifat

lebih dinamik. Menggunakan pelbagai media apabila menyampaikan maklumat

menjadikan persembahan lebih menarik dan mampu merangsang minda pelajar

(Jamalludin dan Zaidatun, 2003).

Pembelajaran berbantukan komputer berkembang pesat dalam arus pendidikan

perdana. Ia banyak melibatkan penggunaan perisian pendidikan (courseware) berasaskan

CD-ROM yang dibekalkan ke sekolah-sekolah oleh pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia. Tindakan ini dilihat lebih bertumpu kepada beberapa matapelajaran di sekolah,

terutamanya Sains dan Matematik. Perkembangan ini telah menggalakkan guru dan

pensyarah meningkatkan kepakaran untuk membolehkan mereka menyediakan sendiri

bahan bantu mengajar dengan menggunakan multimedia.

Pada masa yang sama, perkembangan teknologi World Wide Web atau Internet

begitu dominan serta mendapat tempat dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia

(Bragg,1999). Ia telah mula memberikan haluan baru kepada sistem pendidikan. Khan

(1997) menyatakan bahawa pembelajaran menerusi web atau web based instruction

(WBI) adalah program pembelajaran berasaskan hipermedia yang memanfaatkan susun

atur serta sumber dari World Wide Web. Ia menjadi satu lagi pendekatan yang semakin

mendapat perhatian dan ia masih dikaji daripada pelbagai aspek oleh golongan pendidik.

Hasil serta potensi yang diperoleh daripada proses pengkajian berterusan tersebut masih

berkembang dan mula menjanjikan perubahan yang positif (Collins, 1996; Schutte, 1997)

Secara keseluruhannya, pembelajaran berbantukan komputer atau khususnya

pembelajaran secara atas talian (online atau web based instructions) telah memberikan

satu impak yang baru kepada corak pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan.

1.3 Pernyataan Masalah

Page 16: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan

Latarbelakang penggunaan sistem e-pembelajaran di Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) telah bermula sejak beberapa tahun yang lalu. Namun begitu, sistem e-

pembelajaran rasmi universiti telah diperkenalkan pada sessi pengajian 2004/2005

semester 2 yang telah dikelolakan oleh Pusat Komputer dan Komunikasi (CICT). Ia

boleh dicapai melalui alamat URL: http://elearning.utm.my. Sistem ini secara umumnya

telah menyediakan satu ruang maya kepada semua pensyarah dan pelajar untuk

berinteraksi di persekitaran web.

Gambarajah 1.1: Antaramuka (interface) Laman utama e-Pembelajaran Universiti

Teknologi Malaysia

Secara teknikalnya, apabila pelajar mendaftar satu matapelajaran, pelajar tersebut

akan dapat mencapai (access) laman matapelajaran tersebut. Pelbagai aktiviti dapat

dilakukan pada laman tersebut seperti memuat turun (download) nota daripada

Page 17: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan

pensyarah, membuat kuiz secara online, menyemak jawapan, bertukar-tukar pendapat

sesama pelajar dan pensyarah, menyampaikan maklumat mengenai kursus dan

matapelajaran dan berkomunikasi secara live dengan pensyarah melalui Chat Room.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai lagi modul lain yang boleh di aplikasikan melalui

laman ini bergantung kepada matapelajaran dan pensyarah tersebut. Antaranya ialah

survey yang membolehkan pelajar memberikan pendapat dan maklumbalas mengenai

perjalanan kelas mereka, grades yang memaparkan markah pelajar, journal yang

membolehkan pelajar menulis catatan atau pendapat mereka tentang perjalanan

pembelajaran mereka serta resources yang memuatkan paparan maklumat pembelajaran.

Gambarajah 1.2 : Antaramuka (interface) Laman e-Pembelajaran Universiti

Teknologi Malaysia – selepas pelajar login ke sistem e-pembelajaran tersebut

Selaras dengan perkembangan teknologi pembelajaran berbantukan komputer

seperti yang dibincangkan dalam seksyen 1.2, terutamanya merujuk kepada pembelajaran

online atau e-pembelajaran, maka kajian ini dilakukan untuk mengetahui tentang

Page 18: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan

penggunaan teknologi e-pembelajaran ini dikalangan pelajar-pelajar tahun akhir di

Fakulti Pendidikan, UTM.

Penggunaan sistem e-pembelajaran ini akan dinilai melalui beberapa perspektif

yang utama. Antaranya ialah tahap penggunaan sistem ini bagi matapelajaran Teknologi

Audio dan Video Digital dikalangan pelajar 5SPK dan 5SPP sepanjang semester 2, sessi

2004/2005.

Keduanya ialah dari sudut tahap kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran dengan

menggunakan sistem ini. Adakah penggunaan sistem ini dengan aplikasi chat, forum dan

soal jawab yang disediakan dalam sistem ini mampu meningkatkan kefahaman mereka

dalam pembelajaran di bilik kuliah.

Ketiganya menjurus kepada aspek sikap pelajar-pelajar 5SPK dan 5SPP yang

menggunakan sistem ini sepanjang semester tersebut. Apakah sikap mereka

mempengaruhi dan memberikan kesan kepada gred akhir peperiksaan semester bagi

matapelajaran tersebut. Selanjutnya, penyelidik ingin mengetahui samaada terdapat

hubungan antara tahap penggunaan, tahap kefahaman dan sikap pelajar-pelajar 5SPK dan

5SPP terhadap gred akhir peperiksaan bagi matapelajaran Teknologi Audio dan Video

Digital ini.

1.4 Objektif

Kajian ini adalah untuk mengetahui tentang penggunaan sistem e-pembelajaran

oleh pelajar-pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan, UTM. Objektif kajian ini adalah

untuk

Page 19: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan

(i) mengenal pasti tahap penggunaan sistem e-pembelajaran oleh pelajar-

pelajar tahun 5SPK dan 5SPP bagi matapelajaran Teknologi Audio dan

Video Digital

(ii) mengenal pasti tahap kefahaman pelajar-pelajar tahun 5SPK dan 5SPP

terhadap matapelajaran Teknologi Audio dan Video Digital

dengan penggunaan sistem e-pembelajaran ini

(iii) mengenal pasti sikap pelajar-pelajar tahun 5SPK dan 5SPP sepanjang

penggunaan sistem e-pembelajaran ini bagi matapelajaran Teknologi

Audio dan Video Digital

(iv) mengukur hubungan antara tahap penggunaan, tahap kefahaman dan sikap

pelajar-pelajar tahun 5SPK dan 5SPP terhadap gred akhir yang diperolehi

dalam matapelajaran Teknologi Audio dan Video Digital

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian yang telah dikenalpasti berdasarkan aspek-aspek yang

telah dibincangkan ialah:

i) Apakah tahap penggunaan sistem e-pembelajaran dikalangan pelajar-pelajar

5SPK dan 5SPP bagi matapelajaran Teknologi Audio dan Video Digital?

ii) Apakah tahap kefahaman pelajar-pelajar 5SPK dan 5SPP terhadap

matapelajaran Teknologi Audio dan Video Digital dengan menggunakan

sistem e-pembelajaran ini?

Page 20: PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING… · an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few ... Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan

iii) Apakah sikap pelajar-pelajar 5SPK dan 5SPP sepanjang penggunaan sistem e-

pembelajaran bagi matapelajaran Teknologi Audio dan Video Digital?

iv) Adakah terdapat hubungan antara tahap penggunaan, tahap kefahaman, sikap

pelajar-pelajar 5SPP dan 5SPK terhadap gred peperiksaan akhir semester bagi

matapelajaran Teknologi Audio dan Video Digital dengan penggunaan sistem

e-pembelajaran?