penggunaan dan kecenderungan pengguna terhadap produk perikanan

11
71 Economic and Technology Management Review. Vol. 1 No. 1 (June) 2006: 71–81 *Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Pengurusan Teknologi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur E-mel: [email protected] Penggunaan dan kecenderungan pengguna terhadap produk perikanan (Consumer utilisation and preferences toward fishery products) Muhamad Setefarzi Mohd. Noor*, Tengku Mohd. Ariff Tengku Ahmad* dan Engku Elini Engku Ariff* Kata penunjuk: produk perikanan, penggunaan, kecenderungan pengguna, keputusan pembelian dan persepsi pengguna Abstrak Sejumlah 1,970 pengguna produk perikanan telah ditemu bual menggunakan soal selidik berstruktur. Tempat-tempat tumpuan awam di bandar-bandar utama setiap negeri di Malaysia merupakan lokasi kajian. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti pola penggunaan dan kecenderungan pengguna terhadap produk perikanan. Produk kering/salai merupakan kategori produk yang paling popular di kalangan pengguna, diikuti produk fermentasi/awet, produk snek/keropok, produk ikan dalam tin, produk berasaskan surimi, produk sejuk beku/dingin dan produk konvenien. Ikan bilis kering, belacan, ikan masin kering, snek/keropok ikan/udang/sotong dan udang kering adalah lima jenis produk paling digemari, dengan lebih daripada 50% pengguna menggunakan produk-produk tersebut. Secara umum, arah aliran penggunaan produk perikanan di pasaran tempatan menunjukkan peningkatan. Pasar raya dan pasar raya besar merupakan premis peruncitan utama bagi pengguna memperoleh produk perikanan, diikuti oleh kedai runcit, pasar malam dan pasar tani. Dalam proses membuat keputusan pembelian, majoriti pengguna menyatakan bahawa faktor halal, kebersihan dan mutu produk adalah ‘sangat penting’, manakala faktor mudah diperoleh, jenama, sumber produk (tempatan atau import) dan harga dianggap sebagai ‘penting’. Sebahagian besar pengguna (62%) berpendapat bahawa mutu produk perikanan tempatan sama baik dengan produk import, manakala masing- masing 25% dan 13% beranggapan lebih rendah dan lebih berkualiti. Pendahuluan Penggunaan ikan dan produk perikanan di pasaran tempatan dijangka mencecah 1.6 juta tan pada tahun 2010 (Anon. 1998), berbanding 1.5 juta tan pada tahun 2000 (Anon. 2001). Bagi menampung keperluan pasaran yang terus meningkat, ikan dan produk perikanan diimport. Pada tahun 1992, Malaysia mengimport produk perikanan bernilai RM611 juta, meningkat kepada RM1.808 bilion pada tahun 2004 (Anon. 2005), iaitu peningkatan pada kadar purata 9.0% setahun. Eksport produk tersebut juga bergerak seiring dengan import tetapi pada kadar purata yang lebih rendah. Pada tahun 1992 eksport bernilai RM742 juta telah dicatatkan, meningkat kepada RM1.801 bilion pada tahun 2004, peningkatan pada kadar purata 7.4% setahun. Sekiranya trend import dan eksport ini berterusan dan jika tiada apa- apa tindakan positif diambil, pada tahun 2010 import dan eksport produk perikanan masing- masing dijangka mencecah RM3.0 bilion dan RM2.8 bilion, dengan imbangan dagangan negatif RM200 juta.

Upload: mardi-scribd

Post on 18-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Sejumlah 1,970 pengguna produk perikanan telah ditemu bual menggunakan soal selidik berstruktur. Tempat-tempat tumpuan awam di bandar-bandar utama setiap negeri di Malaysia merupakan lokasi kajian. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti pola penggunaan dan kecenderungan pengguna terhadap produk perikanan. Produk kering/salai merupakan kategori produk yang paling popular di kalangan pengguna, diikuti produk fermentasi/awet, produk snek/keropok, produk ikan dalam tin, produk berasaskan surimi, produk sejuk beku/dingin dan produk konvenien. Ikan bilis kering, belacan, ikan masin kering, snek/keropok ikan/udang/sotong dan udang kering adalah lima jenis produk paling digemari, dengan lebih daripada 50% pengguna menggunakan produk-produk tersebut. Secara umum, arah aliran penggunaan produk perikanan di pasaran tempatan menunjukkan peningkatan. Pasar raya dan pasar raya besar merupakan premis peruncitan utama bagi pengguna memperoleh produk perikanan, diikuti oleh kedai runcit, pasar malam dan pasar tani. Dalam proses membuat keputusan pembelian, majoriti pengguna menyatakan bahawa faktor halal, kebersihan dan mutu produk adalah ‘sangat penting’, manakala faktor mudah diperoleh, jenama, sumber produk (tempatan atau import) dan harga dianggap sebagai ‘penting’. Sebahagian besar pengguna (62%) berpendapat bahawa mutu produk perikanan tempatan sama baik dengan produk import, manakala masing-masing 25% dan 13% beranggapan lebih rendah dan lebih berkualiti.

TRANSCRIPT

  • 71

    Muhamad Setefarzi Mohd. Noor, Tengku Mohd. Ariff Tengku Ahmad dan Engku Elini Engku AriffEconomic and Technology Management Review. Vol. 1 No. 1 (June) 2006: 7181

    *Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Pengurusan Teknologi, Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Peti Surat 12301,50774 Kuala Lumpur

    E-mel: [email protected]

    Penggunaan dan kecenderungan pengguna terhadap produk perikanan(Consumer utilisation and preferences toward fishery products)

    Muhamad Setefarzi Mohd. Noor*, Tengku Mohd. Ariff Tengku Ahmad* dan Engku EliniEngku Ariff*

    Kata penunjuk: produk perikanan, penggunaan, kecenderungan pengguna, keputusan pembeliandan persepsi pengguna

    AbstrakSejumlah 1,970 pengguna produk perikanan telah ditemu bual menggunakan soalselidik berstruktur. Tempat-tempat tumpuan awam di bandar-bandar utama setiapnegeri di Malaysia merupakan lokasi kajian. Kajian bertujuan untuk mengenal pastipola penggunaan dan kecenderungan pengguna terhadap produk perikanan. Produkkering/salai merupakan kategori produk yang paling popular di kalangan pengguna,diikuti produk fermentasi/awet, produk snek/keropok, produk ikan dalam tin, produkberasaskan surimi, produk sejuk beku/dingin dan produk konvenien. Ikan biliskering, belacan, ikan masin kering, snek/keropok ikan/udang/sotong dan udangkering adalah lima jenis produk paling digemari, dengan lebih daripada 50% penggunamenggunakan produk-produk tersebut. Secara umum, arah aliran penggunaan produkperikanan di pasaran tempatan menunjukkan peningkatan. Pasar raya dan pasar rayabesar merupakan premis peruncitan utama bagi pengguna memperoleh produkperikanan, diikuti oleh kedai runcit, pasar malam dan pasar tani. Dalam prosesmembuat keputusan pembelian, majoriti pengguna menyatakan bahawa faktor halal,kebersihan dan mutu produk adalah sangat penting, manakala faktor mudahdiperoleh, jenama, sumber produk (tempatan atau import) dan harga dianggapsebagai penting. Sebahagian besar pengguna (62%) berpendapat bahawa mutuproduk perikanan tempatan sama baik dengan produk import, manakala masing-masing 25% dan 13% beranggapan lebih rendah dan lebih berkualiti.

    PendahuluanPenggunaan ikan dan produk perikanandi pasaran tempatan dijangka mencecah1.6 juta tan pada tahun 2010 (Anon. 1998),berbanding 1.5 juta tan pada tahun 2000 (Anon.2001). Bagi menampung keperluan pasaranyang terus meningkat, ikan dan produkperikanan diimport. Pada tahun 1992,Malaysia mengimport produk perikananbernilai RM611 juta, meningkat kepadaRM1.808 bilion pada tahun 2004 (Anon.2005), iaitu peningkatan pada kadar purata9.0% setahun. Eksport produk tersebut juga

    bergerak seiring dengan import tetapi padakadar purata yang lebih rendah. Pada tahun1992 eksport bernilai RM742 juta telahdicatatkan, meningkat kepada RM1.801 bilionpada tahun 2004, peningkatan pada kadarpurata 7.4% setahun. Sekiranya trend importdan eksport ini berterusan dan jika tiada apa-apa tindakan positif diambil, pada tahun 2010import dan eksport produk perikanan masing-masing dijangka mencecah RM3.0 bilion danRM2.8 bilion, dengan imbangan dagangannegatif RM200 juta.

  • 72

    Penggunaan dan kecenderungan pengguna terhadap produk perikanan

    Jangkaan nilai import dan imbangandagangan negatif yang tinggi pada masahadapan perlu ditangani sekiranya Malaysiaberhasrat ingin terus menikmati imbangandagangan positif bagi produk perikanan. Bagitujuan pengurangan import, dasar fiskal seperticukai dan tarif boleh digunakan. Walaubagaimanapun, dasar tersebut tidak lagi sesuaidalam era globalisasi perdagangan sepertiWorld Trade Organization (WTO) danAsean Free Trade Area (AFTA) danMalaysia merupakan salah sebuah negaraanggota yang mempunyai komitmen dalampertubuhan tersebut. Salah satu kaedah ataustrategi yang boleh digunakan adalah melaluipeningkatan penggunaan dan permintaanterhadap produk keluaran tempatan. Bagimerealisasi strategi tersebut, gelagat dankecenderungan pengguna terhadap produkperikanan perlu dikenal pasti dan difahami.Maklumat tersebut berguna kepada pengusahaatau pemproses untuk menghasilkan produkbaru atau mengubah suai produk sedia adasesuai dengan kehendak dan keperluanpengguna. Ia juga bermanfaat kepadapenyelidik dan pembuat dasar untuk digunakansebagai garis panduan dalam penyediaan pelanpenyelidikan dan strategi pembangunanindustri berorientasikan pasaran.

    Menyedari hakikat bahawa kehendak dankeperluan pengguna perlu dikenal pasti dandifahami, kajian ini telah dijalankan. Secaraumum kajian yang dilaksanakan bertujuanuntuk mengenal pasti pola penggunaan dankecenderungan pengguna terhadap produkperikanan, dan secara khusus ia bertujuanuntuk: (i) mengenal pasti produk perikananyang popular di kalangan pengguna di pasarandomestik; (ii) menilai tahap penggunaanproduk perikanan semasa dan arah aliranpenggunaan masa hadapan; (iii) mengenalpasti faktor-faktor penting yang mendorongpengguna dalam membuat keputusanpembelian; (iv) mengenal pasti saluranpembelian popular di kalangan pengguna bagimemperoleh produk perikanan yangdigunakan; dan (v) menilai persepsi penggunaterhadap mutu produk tempatan berbandingproduk import.

    MetodologiSurvei bertujuan memperoleh maklumatprimer daripada pengguna produk perikanantelah dilakukan pada bulan September hinggaNovember tahun 2003. Tempat-tempattumpuan awam di bandar-bandar utama setiapnegeri di Malaysia merupakan lokasi kajian.Lokasi tersebut dipilih bagi memudahkanmendapat responden, mengurangkan kos danmenjimatkan masa kajian. Ia juga bersandarkantanggapan bahawa penduduk di kawasanbandar dan pinggir bandar merupakanpengguna utama produk perikanan yangmempunyai pendapatan serta kuasa beli yanglebih tinggi berbanding penduduk desa. Bagimemudahkan perolehan maklumat, produkperikanan yang terdapat di pasaran tempatandikategorikan kepada beberapa kumpulan iaitu:produk ikan dalam tin, produk sejukbeku/dingin, produk berasaskan surimi, produksnek/keropok, produk fermentasi/awet, produkkering dan salai, produk konvenien danproduk-produk lain.

    Sejumlah 1,970 pengguna yangmengunjungi premis-premis peruncitan sepertipasar raya dan tempat-tempat tumpuan awamyang lain telah dipilih sebagai respondenkajian. Daripada jumlah tersebut, 220responden mewakili negeri Sarawak, masing-masing 200 responden bagi negeri Sabah danLembah Klang (Selangor/WilayahPersekutuan), dan bagi negeri-negeri lain, 150responden digunakan untuk setiap negeri.Berasaskan pendekatan yang disarankan olehSudman (1976), bagi kajian yang melibatkanwilayah yang agak luas dan bilangan klusteryang banyak, saiz sampel tidak kurangdaripada 1,000 diperlukan. Justeru, jumlahresponden yang digunakan untuk kajian ini(1,970) lebih daripada mencukupi bagimemperoleh kesahihan statistik pada tahap danjeda keyakinan yang tinggi.

    Kaedah pengumpulan maklumatmenerusi temu bual bersemuka menggunakansoal selidik berstruktur telah dimanfaatkan.Soalan-soalan meliputi profil pengguna sepertiumur, jantina, pekerjaan, pendapatan, tahappendidikan, bangsa dan bilangan isi rumahdikemukakan. Kekerapan pembelian produk-

  • 73

    Muhamad Setefarzi Mohd. Noor, Tengku Mohd. Ariff Tengku Ahmad dan Engku Elini Engku Ariff

    produk perikanan yang digunakan, agihanperbelanjaan sebulan, sumber perolehan,faktor-faktor yang mempengaruhi keputusanpembelian dan persepsi pengguna terhadapmutu produk tempatan berbanding produkimport juga diberi penekanan.

    Penemuan dan perbincanganMajoriti responden (66%) terdiri daripadapengguna yang berumur kurang daripada 40tahun dan selebihnya (34%) berumur lebihdaripada 40 tahun. Keadaan ini mungkindisebabkan oleh lokasi kajian yang merupakanpusat tumpuan awam seperti pusat membelibelah yang ramai dikunjungi oleh golonganmuda. Lima puluh lapan peratus (1,144)merupakan pengguna lelaki, manakala 42%wanita. Dari segi komposisi kaum, bangsaMelayu merupakan responden yang palingramai, mewakili 80% daripada jumlahresponden, diikuti oleh kaum Cina (13%),India (3%) dan bangsa-bangsa lain seperti Iban,Bidayuh, Murut dan Kadazan (4%).Kebanyakan responden (74%) bekerja makangaji, berniaga (13%), bertani dan nelayan (2%)dan pekerjaan-pekerjaan lain (12%). Penggunayang berpendapatan RM2,000 ke bawahmerupakan kumpulan terbesar, iaitu 77%daripada jumlah responden yang dikaji,

    manakala 15% berpendapatan antaraRM2,0013,000 dan 8% lebih daripadaRM3,000 sebulan. Dari segi tahap pendidikan,sebahagian besar (55%) respondenberpendidikan menengah, manakala 34%berpendidikan kolej/universiti dan 11%berpendidikan rendah.

    Penggunaan produk perikananMajoriti responden yang dikaji menyatakanbahawa produk perikanan yang dibeli bukanuntuk kegunaan sendiri tetapi bagi kegunaanisi rumah/keluarga. Oleh itu, penggunaanproduk perikanan oleh responden merujukkepada penggunaan oleh keluarga. Mengikutkategori, hasil kering/salai merupakankumpulan produk paling digemari melibatkan1,762 (89%) daripada jumlah responden.Kategori kedua paling ramai pengguna ialahproduk fermentasi/awet dengan 81%pengguna, diikuti oleh produk snek/keropok(69%), produk ikan dalam tin (65%) danproduk berasaskan surimi (51%). Produk sejukbeku/dingin dan produk konvenien masing-masing digunakan oleh 38% dan 35%pengguna (Rajah 1). Jika diteliti peratusanpengguna dalam Rajah 1, jumlah peratusanbagi semua kategori produk melebihi 100%.Hal ini menunjukkan bahawa responden

    Rajah 1. Responden dan penggunaan purata sebulan mengikut kategori produk

    Produk kering/salaiPengguna = 1,762 (89%)Perbelanjaan purata = RM22

    Produk fermentasi/awetPengguna = 1,596 (81%)Perbelanjaan purata = RM11

    Produk snek/keropokPengguna = 1,359 (69%)Penggunaan purata = RM14

    Produk ikan dalam tinPengguna = 1,280 (65%)Penggunaan purata = RM19

    Produk berasaskan surimiPengguna = 1,005 (51%)Penggunaan purata = RM20

    Produk sejuk beku/dinginPengguna = 749 (38%)Pengunaan purata = RM33

    Produk konvenienPengguna = 689 (35%)Penggunaan purata = RM11

  • 74

    Penggunaan dan kecenderungan pengguna terhadap produk perikanan

    terlibat dalam penggunaan lebih daripada satukategori produk.

    Secara purata, perbelanjaan setiapkeluarga terhadap produk perikanan ialahRM78 sebulan (RM936 setahun). Denganmengambil kira purata isi rumah pendudukMalaysia sebanyak lima orang (Anon. 2000),perbelanjaan per kapita penduduk Malaysiake atas produk perikanan pada tahun kajianini dijalankan dianggarkan RM187 setahun(RM936/5). Perbelanjaan purata sebulanpengguna mengikut kategori produk juga dapatdilihat dalam Rajah 1. Perbelanjaan puratatertinggi adalah di kalangan pengguna produksejuk beku/dingin iaitu RM33, diikuti produkkering/salai (RM22), produk berasaskan surimi(RM20), produk ikan dalam tin (RM19),produk snek/keropok (RM14) dan masing-masing RM11 bagi produk fermentasi/awetdan produk konvenien.

    Produk popular mengikut jenisSejumlah 77 jenis produk bagi tujuh kategoriyang dikenal pasti digunakan oleh responden(Lampiran 1). Mendahului senarai tersebutialah ikan bilis kering, belacan, ikan masinkering, keropok ikan/udang/sotong dan udangkering. Kelima-lima produk tersebutdigunakan oleh lebih daripada 50% responden(ikan bilis kering = 82%, belacan = 71%, ikanmasin kering = 61%, keropok ikan/udang/sotong = 60% dan udang kering = 51%). Tunadalam minyak sayur, budu, tuna mayones,sambal bilis, ikan jeruk tempatan, sosej ikan/

    udang/sotong dan udang sejuk beku melibatkan1522% pengguna, manakala pengguna bagiproduk-produk lain masing-masing kurangdaripada 15%. Secara terperinci, peratusanpengguna dan purata perbelanjaan sebulan bagisetiap jenis produk adalah ditunjukkan dalamLampiran 1.

    Arah aliran penggunaanHasil kajian menunjukkan tiada penurunanpenggunaan produk perikanan pada tahunkajian (2003) berbanding tahun sebelumnya(2002) di kalangan responden. Majoriti(63.6%) pengguna menyatakan tahappenggunaan mereka tidak berubah, 36.4%meningkat dan tiada yang melaporkanpenurunan penggunaan. Penemuan inimemberi implikasi bahawa secarakeseluruhannya, arah aliran penggunaanproduk perikanan di kalangan penggunatempatan meningkat. Dengan mengandaikanbahawa peningkatan penggunaan produkperikanan di pasaran tempatan seiring denganpeningkatan penduduk (2.6%), nilaipenggunaan pada tahun kajian (2003) danunjuran sehingga tahun 2010 adalah sepertidalam Jadual 1. Pada tahun 2003 jumlahpenggunaan produk perikanan dianggarkanbernilai RM4.62 bilion, meningkat kepadaRM4.74 bilion pada tahun 2005 danRM5.39 bilion pada tahun 2010. Mengikutkategori, penggunaan produk kering dijangkamencecah RM1.38 bilion pada tahun 2010,produk perikanan dalam tin (RM888 juta),

    Jadual 1. Unjuran penggunaan produk perikanan mengikut kategori produk (20052010)Kategori produk Penggunaan

    Per kapita 2003 Unjuran (RM Juta)*(RM) (RM Juta) 2005 2006 2007 2008 2009 2010

    Produk kering 47.19 1,180 1,210 1,242 1,274 1,307 1,341 1,376Fermentasi/awet 21.11 528 541 556 570 585 600 616Snek/keropok 22.64 566 581 596 611 627 644 660Ikan dalam tin 30.46 762 781 802 822 844 866 888Berasaskan surimi 24.35 609 625 641 657 675 692 710Sejuk beku/dingin 29.52 738 757 777 797 818 839 861Konvenien dan lain-lain 9.40 235 241 247 254 260 267 274Jumlah 184.67 4,617 4,737 4,860 4,986 5,116 5,249 5,385*Berasaskan kadar peningkatan penduduk = 2.6% setahun

  • 75

    Muhamad Setefarzi Mohd. Noor, Tengku Mohd. Ariff Tengku Ahmad dan Engku Elini Engku Ariff

    produk sejuk beku/dingin (RM861 juta),produk berasaskan surimi (RM710 bilion),produk snek/keropok (RM660 juta), danmasing-masing RM616 juta dan RM274 jutabagi produk fermentasi/awet dan produkkonvenien (Jadual 1).

    Sumber perolehanMengenal pasti lokasi pembelian yang kerapdikunjungi pengguna adalah penting bagipengusaha membuat keputusan untukmenghasilkan produk yang sesuai dengankehendak dan keperluan pengguna di premisperuncitan tersebut. Agihan produk melaluipremis jualan yang sering dikunjungi olehpengguna akan meningkatkan kemungkinanbarangan tersebut dilihat, diteliti, dinilai danseterusnya dibeli. Sumber perolehan produkperikanan oleh responden ditunjukkan dalamRajah 2. Pasar raya dan pasar raya besar(hypermarket) merupakan premis peruncitanpaling popular kerana 70% daripada respondenmendapat produk perikanan yang merekagunakan dari tempat-tempat tersebut. Premisperuncitan kedua popular ialah kedai runcit(62%), diikuti oleh pasar malam (44%) danpasar tani (29%). Memperoleh terus daripadapembekal/pemproses, menghasilkan sendiriproduk yang digunakan dan memperolehdaripada sumber-sumber lain seperti pembeliandi pasar utama setiap negeri dan pasar tamumasing-masing melibatkan 9%, 4% dan 3%pengguna. Penemuan ini memberi implikasi

    bahawa, bagi membolehkan dan memudahkanpengguna membuat pembelian produk yangdihasilkan, pengusaha perlu memberi tumpuansupaya produk yang dihasilkan dapatmenembusi premis-premis yang popularkhususnya pasar raya dan pasar raya besar.

    Lazimnya keperluan untuk sesuatuproduk memasuki pasar raya besar dan pasarraya agak rumit. Prasyarat yang dikenakansering menjadi penghalang khususnya kepadapengusaha produk perikanan berskala kecil dansederhana yang akan menembusi premisperuncitan tersebut. Memandangkan pasar rayabesar dan pasar raya merupakan tumpuan dansaluran pembelian utama produk perikanan,pengusaha tidak boleh berkompromi dengansyarat-syarat yang ditetapkan, sekiranyamereka berhasrat untuk meningkatkan jualanatau menembusi pasaran tersebut. Di sampingmemenuhi kehendak pemilik pasar raya besardan pasar raya, pengusaha juga perlumemastikan produk yang dihasilkan sesuaidengan kehendak dan keperluan pengguna dipremis tersebut.

    Faktor mempengaruhi keputusan pembelianPengguna ditanya tentang faktor-faktor yangmempengaruhi mereka dalam membuatkeputusan pembelian produk perikanan.Beberapa faktor yang dikenal pastimempengaruhi keputusan pembelian penggunaialah halal, kebersihan, mutu, mudah/sukardiperoleh, harga, jenama, pembungkusan dan

    Rajah 2. Sumber perolehan produk perikanan

    Sumber-sumber lain 3%

    Pasar raya dan pasar raya besar 70%

    Hasil sendiri 4%

    Kedai runcit 62%

    Pasar malam 44%

    Terus daripadapengusaha 9%

    Pasar tani 29%

  • 76

    Penggunaan dan kecenderungan pengguna terhadap produk perikanan

    Jadual 2. Tahap kepentingan faktor halal mengikut kaum

    Bangsa Tidak Sederhana Penting Sangat Jumlahpenting penting penting

    Melayu (n = 1,575) 4% 6% 16% 74% 100%Cina (n = 263) 10% 32% 24% 34% 100%India (n = 51) 6% 18% 31% 45% 100%Lain-lain (n = 81) 12% 16% 24% 48% 100%

    Rajah 3. Faktor mempengaruhi keputusan pembelian mengikut tahap kepentingan

    tempat produk dihasilkan (tempatan/import)disenaraikan. Pengguna dikehendakimenyatakan sama ada faktor-faktor tersebuttidak penting, sederhana penting, penting atausangat penting semasa proses membuatkeputusan pembelian. Kajian mendapatibahawa tiga faktor iaitu halal, kebersihan danmutu produk merupakan faktor sangat pentingkepada majoriti pengguna (>50%) dalamproses membuat keputusan pembelian produkperikanan. Manakala mudah diperoleh,jenama, produk tempatan dan harga sebagaifaktor penting kepada 50% hingga 56%pengguna. Kecuali faktor produk import,peranan pembungkusan berbanding faktor-faktor lain dalam mempengaruhi keputusanpembelian pengguna agak rendah. Bagi faktorpembungkusan tersebut, 45% dan 16%responden masing-masing mengatakan pentingdan sangat penting, tetapi jika kedua-dua tahapkepentingan (penting dan sangat penting)diambil kira, pembungkusan masih lagidianggap penting kepada 61% pengguna

    (45% + 16%). Bagi produk import, 28% dan33% pengguna masing-masing berpendapatbahawa faktor tersebut tidak penting dansederhana penting dalam membuat keputusanpembelian (Rajah 3).

    Apa yang menarik dalam penemuan iniialah faktor halal mendapat perhatian daripadapelbagai kaum. Kajian mendapati 74%daripada orang Melayu mengatakan halalsebagai faktor sangat penting, manakala 34%di kalangan kaum Cina, 45% di kalangan Indiadan kaum-kaum lain 48%. Walaubagaimanapun, sekiranya faktor penting dansangat penting digabungkan, 58% daripadaorang Cina meletakkan faktor halal antarapenting dan sangat penting, 76% bagi kaumIndia dan 72% bagi kaum-kaum lain(Jadual 2). Ini menunjukkan bahawakepentingan halal bukan sahaja terhad kepadaorang Melayu yang beragama Islam tetapisudah mula mendapat perhatian kaum-kaumlain.

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    80

    Halal Terjamin kebersihan

    Ada jaminan mutu

    Mudah diperoleh

    Produk tempatan

    Harga murah

    Jenama produk

    Pembungkusan menarik

    Produk import

    Faktor

    Tidak penting Sederhana penting Penting Sangat penting

    Taha

    p ke

    pent

    inga

    n (%

    )

  • 77

    Muhamad Setefarzi Mohd. Noor, Tengku Mohd. Ariff Tengku Ahmad dan Engku Elini Engku Ariff

    Kepentingan faktor yang mempengaruhipengguna dalam membuat keputusanpembelian memberi petunjuk bahawapengguna tidak akan bertolak ansur denganfaktor halal, kebersihan dan mutu produk.Justeru, pengusaha tidak boleh memandangremeh terhadap ketiga-tiga faktor tersebut.Persoalannya ialah bagaimana cara untukmemberitahu pengguna bahawa produk yangdihasilkan mempunyai ciri-ciri yang merekakehendaki. Untuk tujuan tersebut, pengusahaharus mendapatkan sijil-sijil pengesahanseperti Sijil Halal, Amalan Pengilangan Baik(GMP), Hazard Analysis Critical ControlPoint (HACCP) dan Malaysia Standard(MS). Dengan GMP, HACCP, MS dan logohalal tertera pada pembungkusan produk,pengguna dapat diyakinkan bahawa produktersebut adalah sah sebagai bermutu, bersihdan halal dan memenuhi keperluan sangatpenting dalam membuat keputusan pembelian.

    Di samping memberi tumpuan terhadaptiga faktor sangat penting (halal, bersih danbermutu), kaedah pemasaran yang sesuai dankehendak pengguna dapat dipenuhi juga perludiambil perhatian. Ini diisebabkan lebihdaripada 50% pengguna menyatakan bahawafaktor mudah diperoleh, harga murah, danjenama adalah penting bagi mereka. Oleh itu,pengusaha harus memastikan sistem agihanproduk yang dihasilkan cekap dan berkesan.Harga yang ditawarkan juga harus setimpaldengan mutu produk, dan lebih kompetitifberbanding harga produk lain khususnyaproduk import. Dalam usaha untukmeningkatkan lagi keberkesanan aktivitipemasaran, pengusaha juga perlumembangunkan jenama sendiri. Bagipengusaha kecil dan sederhana yang tidakmempunyai sumber kewangan yangmencukupi bagi menjalankan aktiviti promosi,penggunaan jenama Malaysia Best yangtelah dibangunkan oleh Kementerian Pertaniandan Industri Asas Tani merupakan satualternatif yang baik. Kementerian tersebutmelalui Lembaga Pemasaran PertanianPersekutuan (FAMA) telah menjalankanpromosi yang intensif ke atas jenama tersebut

    dan peluang ini harus dimanfaatkan olehpengusaha-pengusaha tersebut.

    Persepsi terhadap produk tempatanPersepsi responden dikaji terhadap mutuproduk perikanan tempatan, sama ada mutuproduk tersebut lebih baik, sama atau lebihrendah berbanding mutu produk import.Kajian mendapati 13% pengguna berpendapatbahawa mutu produk perikanan tempatan lebihbaik berbanding produk import, 62%menyatakan sama baik dan 25% beranggapanlebih rendah. Dalam situasi yang menyatakanpengguna menganggap mutu produk tempatanlebih baik dan jika faktor-faktor lain adalahsama, kemungkinan mereka membeli produktempatan adalah tinggi. Bagi pengguna yangberanggapan mutu produk tempatan lebihrendah, kebarangkalian mereka untuk membeliproduk tempatan adalah tipis. Manakala bagipengguna yang menganggap mutu produktempatan dan produk import adalah sama baik,dan sekiranya terdapat faktor-faktor lain sepertiharga, mudah/sukar diperoleh danpembungkusan tidak memihak kepada produktempatan, sudah pasti pengguna-penggunatersebut memilih produk import.

    Persepsi atau tanggapan penggunabukannya sesuatu yang kekal. Ia boleh berubahsekiranya terdapat faktor-faktor yang bolehmemberi cetusan kepada pemikiran merekatentang apa yang mereka fikirkan. Sekiranyatanggapan 25% dan 62% pengguna yangmasing-masing mengatakan mutu produktempatan lebih rendah dan sama baik bolehdiubah kepada produk tempatan lebih bermutuberbanding produk import, ia merupakanpeluang peningkatan pasaran yang besarkepada industri pemprosesan hasilan perikanantempatan. Justeru, promosi dan pendidikanpengguna yang intensif dan berterusanbertujuan untuk menyedarkan mereka tentangproduk perikanan tempatan yang lebih bermutuberbanding produk import harus dilakukan.

    Lazimnya aktiviti promosi memerlukankos yang tinggi yang tidak mampu dilakukanoleh pengusaha kecil dan sederhana secarabersendirian. Di samping itu, promosi danpendidikan pengguna yang dicadangkan juga

  • 78

    Penggunaan dan kecenderungan pengguna terhadap produk perikanan

    bersifat sejagat, bukannya kepada jenis-jenisproduk yang dihasilkan oleh pengusaha secarakhusus. Faedah yang diperoleh bukan sahajaakan dinikmati oleh pengusaha secara individu,tetapi akan dinikmati oleh industri perikanankeseluruhannya. Oleh itu, sokongan danbantuan kerajaan melalui agensi atau jabatanyang berkaitan seperti FAMA, KementerianPenerangan (melalui TV dan radio),Kementerian Pelajaran, dan KementerianPendidikan Tinggi diperlukan. Sekiranyacadangan ini berjaya dilaksanakan, ia akanmenghasilkan impak jangka panjang yangpositif kepada industri pemprosesan hasilanperikanan tempatan.

    KesimpulanArah aliran penggunaan produk perikanan dikalangan pengguna di pasaran domestikmenunjukkan peningkatan. Ikan bilis kering,belacan, ikan masin kering, keropok ikan/udang/sotong dan udang kering merupakanlima jenis produk perikanan paling popular dikalangan majoriti pengguna. Halal, kebersihandan mutu produk adalah faktor sangat penting,manakala mudah diperoleh, jenama, produktempatan dan harga dikategorikan sebagaipenting kepada majoriti pengguna dalamproses membuat keputusan pembelian. Faktor-faktor tersebut perlu diberi perhatian olehpengusaha bagi menjamin produk yangdihasilkan diterima oleh pengguna. Pasar rayabesar ialah premis peruncitan paling popularbagi pengguna untuk mendapat produkperikanan. Bagi menembusi premis peruncitantersebut dan seterusnya meningkatkan jualan,pengusaha produk perikanan harus memenuhiprasyarat yang ditetap, di samping memenuhi

    kehendak dan keperluan pengguna yang kerapmengunjunginya.

    Majoriti pengguna beranggapan bahawamutu produk perikanan tempatan setara denganproduk import, manakala 25% yangmengatakan produk tempatan kurang bermutu.Usaha untuk meyakinkan pengguna bahawaproduk tempatan juga bermutu tinggi perludipertingkatkan, melalui aktiviti promosi danpendidikan pengguna yang intensif danberterusan. Cadangan-cadangan yangdigariskan diharap dapat meningkatkan lagipenggunaan dan permintaan terhadap produkperikanan tempatan. Peningkatan penggunaanakan merangsang perkembangan danpembangunan industri pemprosesan produkperikanan tempatan, pengurangan import danMalaysia seterusnya menikmati imbangandagangan positif bagi produk tersebut padamasa hadapan.

    RujukanAnon. (1992). Perangkaan Import dan Eksport, Jabatan

    Perangkaan Malaysia, Kuala Lumpur (1998). Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3)

    19982010, Kementerian Pertanian Malaysia,Kuala Lumpur

    (2000). Banci Penduduk dan Perumahan 2000,Jabatan Perangkaan Malaysia, Kuala Lumpur

    (2001). Perangkaan Tahunan Jabatan Perikanan,Jabatan Perikanan Malaysia, Kuala Lumpur

    (2005). Global Trade Atlas,http://www.gtis.com/gta

    Sudman, S. (1976). Applied Sampling. New York:Academic Press

  • 79

    Muhamad Setefarzi Mohd. Noor, Tengku Mohd. Ariff Tengku Ahmad dan Engku Elini Engku Ariff

    AbstractA total of 1,970 consumers using fishery products was surveyed using structuredquestionnaire. The locations were areas of public convergence in the big towns ofeach state of Malaysia. The objectives of the study were to identify the utilisationand preferences of the respondents towards fishery products. The dried/smokedproduct was the most popular category, followed by fermented, snack, canned,surimi-based, frozen/chilled and convenient products. Dried anchovy, shrimp paste(belacan), dried salted fish, snacks of fish/prawn/cuttlefish and dried prawns werethe top five products utilised by more than 50% of the consumers. Generally, theconsumption of fishery products in the domestic market showed an increasingtrend. Supermarkets and hypermarkets were the main retail outlets, followed byretail shops, night markets and farmers markets. Halal, cleanliness and quality ofthe products were considered as a very important factor for consumers in theprocess of making a decision on their purchases. Other factors such as productavailability, brand, imported or locally produced and price were considered asimportant. A majority (62%) of the consumers viewed the quality of local fisheryproducts was at par with the imported one, whereas 25% perceived it as of lesserquality and 13% regarded it as superior.

  • 80

    Penggunaan dan kecenderungan pengguna terhadap produk perikanan

    Lampiran 1. Responden dan purata perbelanjaan mengikut jenis produk

    Jenis produk Responden Purata perbelanjaanBilangan % (RM/Keluarga)

    1. Ikan bilis kering 1,606 81.5 10.762. Belacan 1,397 70.9 4.133. Ikan masin kering 1,210 61.4 7.634. Snek ikan/udang/sotong 1,186 60.2 11.145. Udang kering 1,013 51.4 8.426. Tuna dlm. minyak sayur 443 22.5 13.417. Budu 429 21.8 4.078. Tuna mayones 408 20.7 10.319. Sambal bilis 384 19.5 9.18

    10. Ikan jeruk tempatan 380 19.3 10.8511. Sosej ikan/ udang/sotong 319 16.2 12.7512. Udang sejuk beku 303 15.4 19.3313. Cencaluk 286 14.5 4.4014. Cip ikan (fish chips) 272 13.8 9.8515. Sotong kering 266 13.5 13.0516. Sambal sotong 240 12.2 10.5417. Ikan goreng bercili 240 12.2 15.2318. Perencah ikan bilis 230 11.7 6.6019. Burger ikan 227 11.5 14.4020. Tuna dalam sos BBQ 220 11.2 2.6621. Serunding ikan 217 11.0 9.4022. Sate ikan/ sotong 205 10.4 8.6923. Pekasam ikan 197 10.0 9.2024. Serbuk bilis 195 9.9 6.5025. Otak-otak 183 9.3 12.3226. Sotong sejuk beku 164 8.3 18.4427. Imitation crab meat 150 7.6 18.0828. Kek ikan berperisa 136 6.9 8.0229. Jejari ikan 128 6.5 6.2230. Tuna dalam air garam 112 5.7 10.4331. Ikan sejuk dingin 112 5.7 23.9932. Seafood roll 110 5.6 11.5533. Snek bilis 99 5.0 9.2434. Sotong dalam sos hitam 96 4.9 13.5535. Filament ketam sejuk beku 95 4.8 7.3636. Filet ikan sejuk beku 95 4.8 16.7237. Karipap ikan 93 4.7 13.7638. Serbuk belacan 93 4.7 6.5039. Jejari ikan (Fish finger) 85 4.3 12.8040. Sushi 75 3.8 20.1541. Sos sotong 71 3.6 10.6642. Sos ikan 69 3.5 12.02

    (samb.)

  • 81

    Muhamad Setefarzi Mohd. Noor, Tengku Mohd. Ariff Tengku Ahmad dan Engku Elini Engku Ariff

    Lampiran 1. (samb.)

    Jenis produk Responden Purata perbelanjaanBilangan % (RM/Keluarga)

    43. Burger udang 65 3.3 9.8644. Ikan salai dlm. minyak sayur 60 3.0 20.8845. Breaded fish fillets 57 2.9 12.8946. Prawn wantan 47 2.4 7.9547. Ikan berempah utk digoreng 45 2.3 15.5448. Ikan jeruk import 43 2.2 11.0049. Isi kupang sejuk beku 43 2.2 14.2750. Serunding udang 43 2.2 11.0051. Perisa ikan 43 2.2 9.7052. Telur ikan peram 41 2.1 6.5653. Scallop 37 1.9 2.2454. Isi tiram sejuk beku 37 1.9 18.9455. Prawn dumpling 35 1.8 5.2756. Nasi dengan ikan salai 35 1.8 37.5057. Baby clam dalam air garam 30 1.5 2.9058. Lumi kering 28 1.4 4.5559. Cuttlefish cocktail 28 1.4 2.8860. Udang dalam air garam 22 1.1 24.8061. Filet Salmon 22 1.1 16.3162. Clam chowder 20 1.0 10.1463. Pekasam isi lala 18 0.9 13.3364. Stik Salmon 18 0.9 20.6165. Sashimi 18 0.9 27.6466. Isi lala sejuk beku 18 0.9 11.5267. Belut salai 12 0.6 3.9168. Crumbed prawn cutlet 12 0.6 5.0069. Breaded shrimp 12 0.6 13.7570. Breaded squid ring 10 0.5 5.1171. Tuna kering berperisa 10 0.5 10.8072. Belut panggang 6 0.3 5.8073. Fermented sea urchin 6 0.3 6.8074. Coated squid ring 6 0.3 10.0075. Salmon salai 6 0.3 21.6676. Produk sejuk beku yg lain 6 0.3 24.0077. Roll mop herring 2 0.1 4.00