pengetahuan dan skil pekerja sosial kesihatan mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf ·...

17
Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia (Knowledge and Skills of Mental Health Social Worker in Malaysia) FATIMAH ZAILLYAHMAD RAMLI, YUSMARHAINI YUSOF & NORFARAHIN MOHD NOOR Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar & Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia Emel: [email protected] Abstrak Pengetahuan dan skil membuat dokumentasi, penilaian terhadap masalah utama klien serta menyelesaikan masalah klien berpandukan kaedah dan teori bersesuaian merupakan peranan penting yang dilakukan oleh pekerja sosial. Skil dalam membuat penilaian psikososial di kalangan pekerja sosial klinikal yang berada dalam seting kesihatan mental adalah penting bagi menangani permasalahan yang dihadapi klien. Kaedah temubual bersemuka dengan responden yang terdiri daripada individu yang berkhidmat di seting kesihatan mental telah dijalankan. Soalan berbentuk separa berstruktur diajukan kepada responden untuk mengenal pasti pengetahuan dan skil yang diperlukan oleh seorang pekerja sosial klinikal dalam seting kesihatan mental. Transkrip penuh temubual dianalisis menggunakan kaedah analisis bertema bagi menjawab objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan dan skil yang dititikberatkan untuk bergelar pekerja sosial dalam bidang kesihatan mental dikategorikan kepada empat elemen iaitu (i) pengetahuan untuk melakukan penilaian; (ii) pengetahuan tentang penyakit mental berserta dengan penguasaan pelbagai teori yang relevan; (iii) pengetahuan tentang kelayakan akademik serta latihan lanjutan dalam kerja sosial dan (iv) skil tambahan sebagai pekerja sosial kesihatan mental. Kata kunci: pekerja sosial, kesihatan mental, kajian kualitatif. Abstract Knowledges and skills in providing documentation, client assessment and problems solving based on theories and relevance methods are essential roles in the social work profession. The ability to conduct psychosocial assessment among clinical social workers are particularly important in mental health for social work to help clients to overcome their problems. Face to face interviews Jurnal Pembangunan Sosial (Edisi Khas) Policy & Profesional Development: 19–35

Upload: voque

Post on 24-Mar-2019

266 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf · (Knowledge and Skills of Mental Health Social ... penilaian terhadap masalah

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

(KnowledgeandSkillsofMentalHealthSocialWorkerinMalaysia)

FATIMAHZAILLYAHMADRAMLI,YUSMARHAINIYUSOF&NORFARAHINMOHDNOOR

PusatPengajianPsikologiGunaan,Dasar&KerjaSosialUniversitiUtaraMalaysiaEmel: [email protected]

Abstrak

Pengetahuan dan skil membuat dokumentasi, penilaian terhadap masalah utama klien serta menyelesaikan masalah klien berpandukan kaedah dan teori bersesuaianmerupakanperananpentingyangdilakukanolehpekerjasosial.Skil dalam membuat penilaian psikososial di kalangan pekerja sosial klinikal yang berada dalam seting kesihatan mental adalah penting bagi menangani permasalahan yang dihadapi klien. Kaedah temubual bersemuka denganrespondenyangterdiridaripadaindividuyangberkhidmatdisetingkesihatanmentaltelahdijalankan.Soalanberbentukseparaberstrukturdiajukankepadaresponden untuk mengenal pasti pengetahuan dan skil yang diperlukan oleh seorang pekerja sosial klinikal dalam seting kesihatan mental. Transkrippenuh temubual dianalisis menggunakan kaedah analisis bertema bagi menjawabobjektifkajian.Dapatankajianmenunjukkanbahawapengetahuandan skil yang dititikberatkan untuk bergelar pekerja sosial dalam bidang kesihatanmentaldikategorikankepadaempat elemen iaitu (i) pengetahuanuntukmelakukanpenilaian;(ii)pengetahuantentangpenyakitmentalbersertadengan penguasaan pelbagai teori yang relevan; (iii) pengetahuan tentangkelayakan akademik serta latihan lanjutan dalam kerja sosial dan (iv) skiltambahansebagaipekerjasosialkesihatanmental.

Kata kunci: pekerjasosial,kesihatanmental,kajiankualitatif.

Abstract

Knowledges and skills in providing documentation, client assessment andproblemssolvingbasedontheoriesandrelevancemethodsareessentialrolesinthesocialworkprofession.Theabilitytoconductpsychosocialassessmentamong clinical social workers are particularly important in mental health for socialworktohelpclientstoovercometheirproblems.Facetofaceinterviews

JurnalPembangunanSosial(EdisiKhas)Policy&ProfesionalDevelopment:19–35

Page 2: Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf · (Knowledge and Skills of Mental Health Social ... penilaian terhadap masalah

20 JurnalPembangunanSosialJilid19,KeluaranKhas(Bil3)

were conducted with respondents working in mental health setting. Semi-structuredinterviewwasutilisedtoidentifytheknowledgeandskillsrequiredforamentalhealthsocialworker.Respondents’transcriptionwereanalysedusing thematic analysis based on the research objectives. Findings showedthat elements of knowledges and skills required by social workers in mental health setting could be categorized into four components: (i) knowledge indoingassessment;(ii)knowledgeaboutmentalhealthandthecompetenciesinrelevanttheories;(iii)knowledgeonacademicqualificationandadvancedsocialworktrainingand(iv)additionalskillsasasocialworkerinamentalhealth setting

Keywords:socialworker,mentalhealth,qualitativestudy.

Pengenalan

Bidang kesihatan mental dan keperluan pekerja sosial kesihatan mental diMalaysiamasihdianggapbidangbarudankurangdiberiperhatian(Crabtree,2005;2012).Pekerjasosialmempunyaiperananserta fungsiyangaktifdansalingmembantudalammenjalankantanggungjawabterhadapkliendisetingkesihatan mental (Haris Abd Wahab, 2003; Martin, 2013; Mohd SuhaimiMohamad,2007;Nathan&Webber,2010)walaupunperananpekerjasosialdianggap tidak jelas kerana ‘dibayangi’ oleh professional perubatan (Yalli& Cooper, 2008). Fungsi pekerja sosial di seting kesihatan mental lebihdianggap sebagai preferred providers of non-medical treatment berbandingdengan peranan psikologis klinikal dan doktor psikiatri (Cohen, 2003).Pekerjasosialklinikaldisetingkesihatanmentalsepertihospital,klinikatauinstitusikoreksionaldaninstitusimentalpersendirianmelibatkandiridalampelbagai peranan seperti perkhidmatan langsung, penyeliaan, pengurusan,pembangunandasar,penyelidikan,pengorganisasiankomuniti,pendidikandanlatihankepadaklien(Gibelman&Schervish,1997,dipetikdariCohen,2003;Peterson,2012).Dalamkonteksini,pekerjasosialdisetingkesihatanmentaldirujuksebagaipihakberkuasa(gatekeepers)danpenyediarawatan(treatment providers).Maguire(2002)turutmenegaskanbahawapekerjasosialklinikalperlulah mempunyai pengetahuan dan skil untuk membuat dokumentasi,penilaian terhadap masalah utama klien serta mampu untuk membantumemperkasakan dan menyelesaikan masalah klien dengan menggunakankaedahdanteoridalambidangkerjasosialsesuaidengansituasimasalahklien.

Proses dokumentasi inimerangkumi halmerekod sertamerancangsecaraterperincidansistematikberkaitanrawatanuntukklien.Initermasuklahmengenalpasti permasalahan klien, penetapan matlamat dan objektif sertaperancangan intervensi (Maguire, 2002). Terdapat empat bentuk penilaianyangbolehdilakukanolehpekerjasosialklinikal terhadapkliennya iaitu(i)

Page 3: Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf · (Knowledge and Skills of Mental Health Social ... penilaian terhadap masalah

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial 21

penilaiansistem;(ii)penilaianpsikodinamik;(iii)penilaiantingkahlakudan(iv) penilaian kognitif. Pengetahuan mengenai kaedah membuat ekomap,genogram atau gambar rajah jaringan sosial selalunya diperlukan untukmelakukanpenilaiansistem(Maguire,2002).

Penilaianpsikodinamikpulaperlumelihatkepadasejarahkehidupanklien dari kecil secara terperinci dan memerlukan pengetahuan mengenaipembentukanpersonalitiseseorangberdasarkanteori-teoriyangterdapatdalamkerjasosial.Selain itu,penilaian ini jugamengkehendakiseseorangpekerjasosial klinikal itu mempunyai pengetahuan dan skil untuk menggunakanpengukuranprojektifyangdapatmengukurataumenyelamikeadaanbawahsedarsedarkliensepertiRorschach (Maguire,2002).

Pekerja sosial klinikal itu juga mestilah mempunyai pengetahuanuntuk membina jadual atau carta yang dapat melihat pola, magnitud atautempoh sesuatu tingkah laku yang ditunjukkan oleh klien. Hal ini dapatmembantu pekerja sosial klinikal untuk melihat corak tingkah laku yangditonjolkanolehkliendalam tempohmasayang tertentu.Penilaiankognitifpulamemerlukanpekerjasosialklinikalitumempunyaipengetahuanmengenaipembinaan gambar rajah atau merekod hubungan antara kognitif, emosidan tingkah lakuklien (Maguire,2002).Adalahpentingbagipekerja sosialdalam seting kesihatanmental untukmembuat dokumentasi sesi intervensiyangdilaksanakansertamemahamipelbagaiteoridanpendekatanyangbolehdigunakan dalammenilaimasalah sebenar klien supaya rawatan pemulihanyangdiberikanadalahlebihefektif.

AustralianAssociationofSocialWorkers(AASW)dalamdokumenmengenai piawaian amalan pekerja sosial kesihatan mental (MHSW) diAustralia menyentuh bahawa skil atau pengetahuan yang diperlukan olehMHSW itu merangkumi konsep serta teori mengenai individu dalammasyarakat, pengetahuan tentang komuniti tersebut, kaedah penyelidikankerja sosial serta pengetahuanmengenai kesihatanmental dan sakitmental(AustralianAssociationofSocialWorkers,2008).Manakala,dalamkonteksdiMalaysia,perananpekerjasosialperubatanpuladapatdikategorikankepadabeberapa aspek iaitu (i) peranan sebagai penilai psiko-sosial; (ii) peranansebagai penyedia sumber; (iii) peranan sebagai kaunselor dan (iv) peranansebagai pengurus (Haris Abd Wahab, 2003). Ini bermakna, pekerja sosialkesihatanmental perlulahmempunyai pengetahuan dan kefahaman tentangaspek-aspek tersebut dari segi konsep dan teorinya dalam meningkatkankualitiperkhidmatankerjasosialitusendiri.Olehitu,artikelinimenjuruskanperbincangan kepada penerokaan pengetahuan dan skil yang sepatutnyadimilikiolehpekerjasosialdalambidangkesihatanmentaldalamkonteksdiMalaysia.

Page 4: Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf · (Knowledge and Skills of Mental Health Social ... penilaian terhadap masalah

22 JurnalPembangunanSosialJilid19,KeluaranKhas(Bil3)

Metodologi

Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temubualbersemuka.Temubual separaberstruktur telahdijalankansecarabersemuka.Kaedahinidipilihdengantujuanuntukmemperolehdatayangbercirisepertiberikut:i) datayangmemberimaknadanpentingkepadarespondenkajian,

ii) mendapatkandatayangbersifatmenyeluruhdanberkemungkinantidakdijangkaataudiandaiolehpenyelidik,

iii) memperolehidatayangmendalamsertadapatmenjelaskansesuatuisudanpermasalahanyangsedangdikaji(Mack,Woodsong,MackQueen,GuestdanNamey,2005).

Kaedah temubual separa berstrukur ini membolehkan respondenmemberikan pendapat mereka secara bebas dan dalam masa yang sama,penyelidikdapatmemperolehimaklumatyang luasberdasarkanpenceritaanresponden.Halinikerana,temubualseparaberstrukturadalahbersifatfleksibel(Braun&Clarke,2006;Sharan,1998).

Empat orang responden telah dipilih denganmenggunakan kaedahpersampelan bertujuan. Keempat-empat responden tersebut merupakanindividuyangbekhidmatdalamsetingkesihatanmentaliaitumewakilihospitalkerajaan, institusipenjagaankesihatanmental (HospitalBahagia)danpusatkhidmatkomunitibagipesakit luaruntukkeskesihatanmental.Persetujuantermaklumolehkesemuarespondenmenjelaskanbahawarespondenbersediamelibatkandiridalamtemubualdankajiansecarasukarela.Temubualdirakamsepenuhnya dengan menggunakan perakam elektronik dan isi-isi pentingtemubualdicatatkansecarabertulisapabilaterdapatseorangrespondenyangtidak mengizinkan rakaman temubual dibuat atas faktor tertentu. Kesemuaresponden ini dipilih bagi meninjau kefahaman dan pandangan merekaberkaitankeperluan terhadappekerja sosialklinikaldalambidangkesihatanmentaldalamkonteksdiMalaysia.

Dapatan kajian dan perbincangan di dalam artikel ini tidak bolehdigeneralisasikankeranakajianinibersifatkualitatifdanberskalakeciltetapiiabolehmenjadipanduanuntukmemperlihatkankepentinganpekerjasosialklinikal dalam seting kesihatanmental diwujudkan dengan lebih banyak diMalaysia.

Analisis terhadap setiap tema yang dibincangkan oleh setiapresponden dilakukan dengan cara kod berwarnamengikut tema yang telahdikenalpasti dan dibentuk berdasarkan objektif kajian. Kod warna yang

Page 5: Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf · (Knowledge and Skills of Mental Health Social ... penilaian terhadap masalah

PengetahuandanSkilPekerjaSosial 23

berbeza digunakan untuk setiap tema.Analisismenggunakan kod berwarnaini dibuat secara manual disebabkan jumlah responden yang kecil. Dalamkajiankualitatif,penyelidikberhakmenentukananalisisyangbersesuaianbagimendapatkandatayangdiperlukan(Patton,2002;Basit,2003).Persamaandanperbezaanpendapatataupandanganyangdikemukakanolehsemuarespondendalamsetiaptemayangdikenalpasti telahdisusundenganlebihmenyeluruhuntukmendapatkangambarankeseluruhanpermasalahanyangdikaji.Dengancara ini,maklumat yang dikemukakan oleh responden dapat dilihat denganlebihjelas.Namasamarandiberikankepadasemuarespodenyangterlibatdidalamkajianinibagimenjagaetikapenyelidikan.KenyataandidalamBahasaInggeris dikekalkan agar maksud yang disampaikan oleh responden kajianlebihjelas.Temayangtelahdikenalpastiuntukpengetahuandanskilpekerjasosialklinikaldalamkajianiniialah:

(i) pengetahuanuntukmelakukanpenilaian;

(ii) pengetahuan tentang penyakit mental berserta dengan penguasaanpelbagaiteoriyangrelevan;

(iii) pengetahuantentangkelayakanakademikdanlatihanlanjutan;

(iv) skiltambahansebagaipekerjasosialkesihatanmental.

Dapatan Kajian

DemografiResponden

Dapatankajianmenunjukkanbahawarespondenberusiadalamlingkungan32hingga53tahun.Respondenterdiridaripadaduaorangperempuandanduaoranglelaki.Daripadasegistatusperkahwinan,duaorangdaripadarespondensudahberkahwindanduaoranglagimasihbujang.Selainitu,duaorangrespondenmempunyai latarbelakangpendidikandalambidangperubatanyangkhususkepada kesihatan mental. Manakala dua orang responden lagi mempunyailatarbelakangpendidikandalambidangkerjasosialdansainskemanusiaan.Disampingitu,seorangrespondenmerupakanseorangjururawatterlatihdanduaorangrespondenlagimerupakanPegawaiKerjaSosialPerubatan(PKSP).Seorangrespondenmerupakanseorangdoktorpsikiatri.Kesemuarespondenmempunyaipengalamankerjadibawah20tahun.

Page 6: Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf · (Knowledge and Skills of Mental Health Social ... penilaian terhadap masalah

24 JurnalPembangunanSosialJilid19,KeluaranKhas(Bil3)

Jadual1

Demografiresponden

Dapatan kajian akan membincangkan aspek pengetahuan dan skilyangdiperlukanolehseorangpekerjasosialdalambidangkesihatanmental.Iaterbahagikepadaempatkomponeniaitu(i)pengetahuanuntukmelakukanpenilaian;(ii)pengetahuantentangpenyakitmentalbersertadenganpenguasaanpelbagaiteoriyangrelevan;(iii)pengetahuantentangkelayakanakademikdanlatihanlanjutan(iv)skiltambahansebagaipekerjasosialkesihatanmental.

Pengetahuan untuk melakukan penilaian

Kesemua responden kajian menyatakan bahawa keperluan utama bagipekerjasosialklinikaladalahuntukmengetahuikaedahmelakukanpenilaianyang sistematik bersama klien. Nurul (R1) menyatakan bahawa seseorangpekerjasosialituperlulahmempunyaipengetahuanuntukmembuatpenilaianterhadap pesakit. Proses melakukan penilaian ini dapat membantu dalamusaha memberikan rawatan kepada pesakit semasa dan selepas berada dihospital.Pekerjasosialberperananmembuatpenilaianterhadapkekuatanataukelemahan yang dimiliki oleh pesakit untuk menangani masalah kesihatanmentalyangdihidapinya.Nurulmenyatakan:

Page 7: Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf · (Knowledge and Skills of Mental Health Social ... penilaian terhadap masalah

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial 25

“Kena belajar macam mana nak nilai kekuatan yang ada dalam dirisetiappesakit.Bendanisemuapentingsebabsetiaporangadakekuatanmasing-masing.Jadidengankekuatannikitabolehgunakanuntukbantupesakitnibergauldenganoranglain.”

KenyataanNurulinidiperkukuhkanlagiolehkenyataanolehKarim(R2),Husna (R3)danRamli (R4)yangmenekankanbahawapekerja sosialdalam seting psikiatri seharusnya memiliki pengetahuan untuk membuatpenilaianpsikososialpesakit.Ketiga-tigamerekamenyatakanpekerjasosialituperlumemahamikonsepbiopsikososialketikamembuatpenilaianterhadappesakit.Kefahaman terhadapkonsep tersebutakandapatmembantupekerjasosialuntuklebihmemahamiaspekutamayangperludiberiperhatianutamauntukdinilai.Karimmenjelaskanbahawa:

“Skilpenilaiancontohnyamenilai‘supportfamily’.Apadiabila kita cakap support family ni? Awak tau ke apa yang kita nakukurapabilakitapergikerumahpesakit?Doktorcakapperginilai‘familysupport’,apabendayangawaknaknilaitu? Itu kenabelajar.Nilai tu tak bermakna tengok sikit je.Orang tu senyum, orang tu baik, orang tu masam, orang tu jahat...Jadisebabitukitakenabelajar‘structured’macammananakmenilai‘support’.

Justeru,penilaianmerupakansatuelemenyangpentinguntukdifahamiolehsemua pekerja sosial terutamanya dalam seting kesihatan mental. Karimmenambahkenyataanbeliaudenganmenjelaskanbahawa:

“Jadi penting penilaian ni sebab penilaian ni bagi saya, inilahskilkita(pekerjasosial).Inilahskil(yangperluada)takadabendalain.”

Pengetahuan tentang penyakit mental berserta dengan penguasaan pelbagai teoriyangrelevan

Ketika sesi tembubual juga, kesemua respondenmengutarakan kepentinganmengetahuidanmemahamisimptom-simptomdanjenispenyakitmentalyangpelbagai. Pengetahuan dalam perkara ini akan dapat membantu seseorangpekerjasosialituuntukmenanganipermasalahanklien.Setiapsimptomyangditunjukkanolehpesakitmentalituadalahtidaksamakeadaannyawalaupundidiagnosdenganpenyakityangsama.MenurutNurul:

“...Pekerja sosial tu dia kena tau juga tentang penyakit-penyakitmentalmacamsimptomdia,apacaranak‘tackle’pesakityangmacaminisebabpenyakit-penyakitnisemuataksama.Penyakitnimacamni.Penyakittumacamlainpula.”

Page 8: Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf · (Knowledge and Skills of Mental Health Social ... penilaian terhadap masalah

26 JurnalPembangunanSosialJilid19,KeluaranKhas(Bil3)

Maka,amatlahpentinguntukseseorangpekerjasosialitumempunyaikefahaman dalam perkara ini. Karim pula mengenal pasti pengetahuanmengenai penyakit mental itu merangkumi kaedah merawat pesakit, ubat-ubatan yang digunakan, faktor penyebab penyakit itu berlaku dan faktorberlakunya pengulangan penyakit. Husna danKarim selaku PegawaiKerjaSosialPerubatanmenekankanbahawaDiagnosticandStatisticalManualofMentalDisorders IV (DSM IV) adalah rujukan utama yang perlu difahamidengansejelas-jelasnyaolehpekerjasosialuntukmendalamikategoripenyakitmentalyangwujud.Husnamenegaskan:

“...youshouldknowthediagnosislakan.DSMIV[sewaktukajiandijalankanDSM5belumdicetak] tu kena khatam la kan.OKdiagnosistuimportant!”

Pengetahuan tentang penyakit mental membolehkan pekerja sosialuntukberurusandenganpesakitmentaldengan lebihkompeten,di sampingsentiasamengamalkansikapberhati-hatisertamengetahuilimitasiintervensipsikososial yang bakal dilakukan. Ini disebabkan oleh tingkah laku dantindakanpesakitmentalyangtidakterduga.

Selaindaripadamenguasai pengetahuanberkaitanpenyakitmental,pekerja sosial juga perlu mendalami pelbagai teori yang relevan denganbidangkerjasosial sertaperubatan.MenurutKarimdanHusna,penguasaanteori-teori berkaitan adalah perlu kerana pekerja sosial akan menggunakanpelbagaipendekatandalamprosesintervensibersamadenganklien.Pelbagaiteoriperludihubungkaitkansepanjangprosesperawatanberlangsung.Karimmenjelaskan:

“...contohnyasayakatathe‘hierarkiofneeds’(TeoriMaslow)taditu....Biasalahbendatusemuaorangbolehfikir.Nomborsatu makanan, (kemudian) tempat tinggal, keselamatan...‘framework’ begitu kita perlu sebab senang kita nak bagiprioriti(padatugasanyangakandilaksanakan)...”

Pengetahuan tentang kelayakan akademik dan latihan lanjutan (latar belakang pendidikandanlatihanlanjutan)

1. Latar Belakang Pendidikan

Kelayakanminimumuntuk‘melayakkan’pekerjasosialmenjalankanperananmerekadisetingkesihatanmentaladalahbermuladenganlatarbelakangijazahpertama yang mereka perolehi. Karim, Husna dan Ramli menyentuh isuberkaitankelayakanyangdiperlukanolehpekerjasosialyanginginberadadisetingkesihatanmental.KarimdanRamlimenyatakanbahawauntukmenjadi

Page 9: Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf · (Knowledge and Skills of Mental Health Social ... penilaian terhadap masalah

PengetahuandanSkilPekerjaSosial 27

seorangpekerja sosialklinikaldalamsetingkesihatanmental, seseorang itumestilahmempunyaisekurang-kurangnyaIjazahSarjanaMudadalambidangkerja sosial. Pengetahuan dan skil yang dipelajari di peringkat universititersebutmerupakanasaskepadapekerja sosialuntukmelibatkandiridalamprofesionkerjasosial:

Penyelidik : ... dekat UUM kita orang belajar takada pengkhususan atau major dalam bahagianmana-mana.Kitaorangbelajarsecara...

Karim : General?Penyelidik : Ya secara general je.... paper untuk

kesihatan mental hanya diajar dalam satu semester sahaja jadi pada pendapat doktor cukup tak?

Karim : But at least, I trust and I think a medical social worker profession ok (mencukupi),saya rasa that is the minimum qualification... sebagai satu bidangprofesional kita perlukan you (social worker), mungkin akan ada need (padamasa akan datang)... need to be traineddan sebagainya untuk memantapkan, cuma apayangyou(socialworker)belajardekat“U”tucumadiperingkatasassaja.”

AspekpengkhususanpuladiutarakanolehHusnayangmenyatakan

setiapdisiplindalamkerjasosialituperluwujudpengkhususanyangtersendirimerujukkepadakumpulansasaranyangberbeza.Pengkhususansedemikianseharusnyabermuladiperingkatpembelajarandiuniversitilagi:

“... bila kita belajar dalam universiti kita tidak ada‘majoring’,kitabelajarsecaramenyeluruh‘andmajoringisimportant’ la sebab ‘socialwork’nikalaukita tengok,kitaketerbelakang.Memangkitaadabanyakuniversitiyangadamenawarkan bidang kerja sosial di dalam Malaysia tetapi tidak ada pengkhususan. So, bila tidak ada pengkhususan,tidak ada majoring so, bila kita bekerja dengan ‘different typeofpeoplelike’penagihdadah,kanak-kanak,remajadiamemerlukanbeberapa‘methods’yangtertentu.So,youkena‘majoring’ dalam bidang itu dalam bentuk lama baru youboleh‘transfer’pergikekomuniti.”

Page 10: Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf · (Knowledge and Skills of Mental Health Social ... penilaian terhadap masalah

28 JurnalPembangunanSosialJilid19,KeluaranKhas(Bil3)

Husna berpendapat bahawa pengkhususan ini adalah sangat penting bagimemartabatkanprofesionkerjasosialitusendiri:

“...kalauuntukmemartabatkanpekerjasosialni,dimana-mana kita perlu ada ‘majoring’ dan pengkhususan evenThailand pun ada ‘majoring’... Singapore lagi lah takyah cakap lah Singapore kan ada majoring, kita tak ada majoring.KitabelajarkatmanalaUUM,USM,“U”manalagi,adamajoringtak,takada.Youbelajarsemua,youtakadamajoring.So,takadamajoringapagunanya.”

Selaindaripadaaspekpendidikankhususdalambidangkerjasosial,pekerja sosial klinikal dalam seting kesihatan mental juga perlu menerimalatihan lanjutan bagi memantapkan mutu kerja mereka. Latihan lanjutandibincangkansepertidibawah.

2. Latihan Lanjutan

Latihan lanjutan dilihat sebagai satu perkara penting yang perlu diterimaolehsemuapekerjasosial.Hal inidisentuholehkesemuarespondenkajian.Latihanlanjutanmembolehkanpengetahuandanskilseseorangpekerjasosialitu sentiasa diperbaharui dan dipertingkatkan. Nurul menyatakan bahawasesuatu latihan itu akan memantapkan pengetahuan dan skil pekerja sosialterutamanya dari aspek menangani respon pesakit. Karim melihat bahawapekerja sosial dalam seting kesihatanmental perlumenghadiri kursus khasyangmenjuruskepadapenilaianpesakitmental.Inikeranapengetahuandanskilmengenaikaedahpenilaiansentiasaberubahdanberbezaantarapekerjasosial perubatan. Pekerja sosial juga perlu didedahkan situasi kerja yangberbeza denganmenjalani latihan lanjutan di luar negara seperti SingapuradanAustralia.Melaluicaraini,pekerjasosialdalambidangkesihatanmentaldiMalaysiaakandapatpendedahandanpengetahuankhususmengenaisetingkesihatanmentaldaripadaperspektifnegaramajupula.

“...pekerjasosialinijugaperludihantar‘training’keluarnegara juga lah sebab selama ni seting kita berbeza dengan luar negara.... pekerja sosial ni dihantar pergi ke negara-negara yang membangun macam Singapore dan Australia, perludiberipendedahanitulah...”

Selaindihantarberkursusdiluarnegara,Ramlimenegaskanbahawapekerjasosialsebenarnyasecaratidaklangsungmenerimalatihanpemantapanketikamelaksanakan tugasan seharian mereka. Contohnya, semasa melaksanakantugas sepertiward round bersama dengan pasukanmultidisiplin paramedikyanglainatauketikasesitemubualbersamapesakit:

Page 11: Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf · (Knowledge and Skills of Mental Health Social ... penilaian terhadap masalah

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial 29

“I think through clinical interaction. I believe that medical socialworkerwon’tbedoingtheirpunyaownjobsorang-sorang.Diamestito be in multidicipline team and from there you will learn with each other...melalui kita punyaward round, perbincangan dari jabatandansebagainya.OKdengancaraituskillakanbertambahlagilah.”

Skil tambahan sebagai pekerja sosial kesihatan mental (skil komunikasi, skil kaunselingdanskilmencarisumber)

1. Skil komunikasi

Dapatan kajian mendapati skil komunikasi telah dibincangkan oleh semuaresponden. Hal ini menunjukkan bahawa skil komunikasi perlu diberiperhatian serius oleh pekerja sosial dalam seting kesihatan mental. Nurulmenjelaskanskilkomunikasiadalahpentingkeranaisukesihatanmental inimelibatkan pelbagai kategori masyarakat. Cara berinteraksi adalah berbezaberdasarkanstatusdanlokasiasalpesakit.Olehitu,seorangpekerjasosialituperlumenguasaicarakomunikasiberkesandenganpesakittermasuklahjugasetiap lapisanmasyarakat.Karimpulamenyatakanpekerjasosialhendaklahmempunyai skil komunikasi yang efektif dengan pesakit dan persekitaransosialnyadarisegilisandanbukanlisan.Skilinibolehdiperolehapabilaianyasentiasaditambahbaikmelaluilatihansemasakerja:

“Macam mana kita nak berkomunikasi dengan pesakit, macam mana kita nak bercakap dengan dia, macam mana kaedahkitanakmemahami‘bodylanguage’pesakit-pesakitmental ni pun penting sebab kita nak faham orang sebelum kitatolong.”

Husnapulaberpandanganbahawaskilberkomunikasiiniadalahkomponenpenting ketika berdepan dengan pesakit mental untuk memberikanbantuan. Skil komunikasi ini turut meliputi aspek pembentukan danpengekalanjaringansosialdenganagensilaindanbadanbukankerajaan(NGOs) yang terlibat sama dalam memberi khidmat bantuan kepadapesakit mental. Manakala Ramli pula menyatakan seseorang pekerjasosialituperlumempunyaiskilkomunikasiyangbagusbagimemastikanaktiviti-aktiviti pemulihan yang dijalankan akan memberi impak yanglebihpositifkepadapesakit:

“..... pekerja sosialmust have a very good communicationskill,okmacamintervensipsikososial,providingpenyiasatansosial tentang pesakit di rumah, maklumat dari keluarga dan sebagainya.Pekerjasosialshouldhavethatskillok!”

Page 12: Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf · (Knowledge and Skills of Mental Health Social ... penilaian terhadap masalah

30 JurnalPembangunanSosialJilid19,KeluaranKhas(Bil3)

2. Skil kaunseling

Skilkaunseling telahdinyatakanolehduaorang responden iaituKarimdanHusna.Kedua-duarespondenkajianmenggambarkanbahawaskilkaunselingadalah mustahak untuk dikuasai oleh pekerja sosial klinikal terutamanyayang terlibat langsung di unit psikiatri. Karimmenyatakan skil kaunselingmembolehkanpekerjasosialuntukberkomunikasidenganpesakitsecaralebihberstrukturterutamanyaketikaprosesmendapatkanmaklumat.Skilkaunselingmemerlukanbanyaklatihankeranaianyaakanberkembangmenjadilebihbaikmelaluipengalamanyangditimba.Karimmenyatakan:

“...mungkin kita takbuatmacamkaunselingbuatbersesi-sesi, tapi benda tu akan tolong kita macam mana kita nak bercakap dengan pesakit, cara kita nak faham dia, dia bantu kitabanyak”. Pandangan Karim ini sealiran dengan Husna. Husna menjelaskan

bahawakaunselingmerupakansalahsatudaripadaelemenskilyangdigunakanoleh seorang pekerja sosial dalam proses merawat pesakit. Oleh itu, skilkaunselingperludikuasaiolehseorangpekerjasosialsupayaprosespemulihanpesakit dapatdijalankandengan lebih lancar.Skil kaunseling ini jugaperludisokongdenganpengetahuandalambidangpsikologijuga.

3. Skil mencari sumber

Pekerja sosial di seting kesihatan mental haruslah dilengkapi dengan skilmencari sumber yang meliputi aspek mendapatkan bantuan kewangan,peralatan, barangan serta perkhidmatan. Skilmencari sumber dibincangkanolehKarimdanHusna.MenurutKarim,pekerjasosialperluuntukmempunyaiskilmencarisumberbantuanberdasarkankepadasistemjaringansosialyangdibentukbersamaagensiatauorganisasidiluarhospital.Husnaberpendapat,seorangpekerja sosial ituperlumempunyai skilmencaridanmenggunakansumber-sumberbantuanyangwujuddipersekitarannyauntukmembantuklienberfungsidengansebaiknya.Pekerjasosialperlulahsentiasapekadanbersediauntuk menjalinkan hubungan kerja serta usahasama dengan badan bukankerajaan(NGOs)yangmenyediakanpelbagaibantuankepadapesakitmental.Oleh itu, jaringansosialpekerjasosial ituperludiperluaskandanhubunganitu hendaklah sentiasa dijaga dengan baik.Rapport yang bagus akan dapatmembantumembinahubunganjaringandenganlebihbaik.Pekerjasosialjugaperlumenyesuaikanskil iniuntukmenggunakansegalasumberyangadadisekelilingnyauntukmembantupesakit.

Page 13: Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf · (Knowledge and Skills of Mental Health Social ... penilaian terhadap masalah

PengetahuandanSkilPekerjaSosial 31

“... pekerja sosial kena pandai mencari sumber-sumberbantuan.Bantuantaksemestinyadaripadakerajaan....Kitakena guna all the sumber yang kita ada di persekitaran pesakituntukmembantupesakit.Pekerjasosialkenaawarelahtentangitu.”

Perbincangan, Implikasi dan Cadangan

Dapatan kajian menunjukkan untuk menjadi seorang pekerja sosial dalambidang kesihatan mental memerlukan pengetahuan dan skil khusus.Antaranyaialahpengetahuanuntukmembuatpenilaiansecaratepatdantelus.Kemungkinantanpapengetahuaninisesuatumaklumatpenilaianitumenjaditidak lengkapmemandangkan pesakit tidakmampu berfikir secara rasionalsepanjangmasa.InidibincangkanolehMohdSuhaimiMohamad(2007)yangmenyatakanbahawapenggunaperkhidmatankerjasosialterutamadihospitalbergantungsepenuhnyakepadamaklumatyangdiberikanolehsamaadadoktorataupekerjasosialdalammembuatsebarangkeputusan.Maka,pekerjasosialjugaperlulahmempunyaipengetahuanmengenaipenyakitmentaldanteori-teoriberkaitan.Halinikerana,pengetahuan-pengetahuaniniakanmembantupekerjasosialuntuklebihfahamkeadaanpesakit.Justeru,adakemungkinandengancara inipekerjasosialdapatmenilaidanmenyaringmaklumatyangdiperolehidengan lebihberkesan.Dapatankajian inimenyokongkenyataanDavies,FinlaydanBullman(2000)yangmenyatakanbahawatanpateoridanfalsafah, pekerja sosial akan menghadapi kesukaran untuk menyelesaikankompleksiti yang dihadapi dalam tugas mereka kerana ianya adalah asaskepadabidangkerjasosial.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pekerja sosial dalambidang kesihatan mental perlu mempunyai skil mencari sumber. Ini secaratidak langsung, memerlukan pekerja sosial itu untuk mempunyai jaringansosialyangluas.KajianiniselaridengankajianyangdilakukanolehHarisAbdWahab(2003)iaitusistemjaringansosialyangluassertakukuhmembolehkanpekerjasosialuntukmembantupesakitdalammembuatrujukankeagensilainbagimendapatkankhidmatkomunitiuntukpesakit,disampingmenguruskankewangan serta keperluan perubatan pesakit. Disokong juga oleh kajianKakuma,Minas,Ginnekendanrakan-rakan(2011)yangmenegaskanbahawapengurusan sumber manusia yang efektif dapat menangani cabaran dalaminstitusipenjagaankesihatanmentalsepertimasalahpengagihantenagakerja,pengurusan kewangan dan pengambilan staf. Bagi melancarkan proses inipekerja sosial itu juga perlumempunyai skil komunikasi yang baik supayamudahuntukmembentukjaringansosial.Skilkomunikasiyanglemahakanmenyukarkan proses untuk membina dan mengekalkan hubungan jaringansosialyangbaik.Skiliniperludiberiperhatiankeranaselaindigunakanuntuk

Page 14: Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf · (Knowledge and Skills of Mental Health Social ... penilaian terhadap masalah

32 JurnalPembangunanSosialJilid19,KeluaranKhas(Bil3)

mencarisumberbantuan,ianyajugadigunakansewaktumembuatintervensi,berinteraksidengankomunitidanbanyaklagi.Koprowska(2007)menyokongdapatan kajian ini.Menurut beliau, skil komunikasi merupakan skil utamadalam bidang kerja sosial memandangkan pekerja sosial perlu berinteraksidenganpelbagailapisanmasyarakatyangberbezacarainteraksinya.

Drench, Noonan, Sharby dan Venture (2012) menyatakan bahawaskil kaunseling merupakan salah satu komponen yang perlu ada ketikamembuatpenilaian.Skilkaunselingyangbaikakanmembantupekerjasosialmenghasilkanpenilaianyanglebihefisien.Haliniadalahsamadengandapatankajian yangdiperolehpenyelidik yangmenjelaskanbahawa skil kaunselingyang baik diperlukan oleh seorang pekerja sosial dalam bidang kesihatanmental.Skilkaunselingakanmembantukelancaransesiintervensidanterapiyang dilaksanakan. Peranan pekerja sosial kesihatan mental dalam aktivitiintervensipsikososialinidiistilaholehkajianHarisAbdWahab(2003)sebagaikaunselor.

Pekerjasosialperlumenjalanilatihanpemantapanbagimemantapkanlagipengetahuandanskilyangdimiliki.PekerjasosialdalambidangkesihatanmentaldiMalaysiaperludibekalkandengan latihandaripadapekerja sosialdalamsetinginidiluarnegara.Haliniberkemungkinandisebabkanolehkerjasosialdalambidangkesihatanmentalmasih“baru”diMalaysia.Latihanperludilakukanuntukmemberipendedahandanmeningkatkanmoralkerjapekerjasosial. Malah, dapatan kajian juga menyatakan bahawa seseorang pekerjasosialklinikaldalamsetingpsikiatriperlulahmempunyaisekurang-kurangnyaIjazah SarjanaMuda dalam bidang kerja sosial. Hal ini kerana, ilmu yangdipelajari pada peringkat ini akanmenjadi asas penting kepada tugas yangakandilaksanakan.DapatankajianinijugaselaridengankajianDulmusdanSowers(2012)yangmenjelaskanprofesionkerjasosialmemerlukanpekerjasosialyangterlatihmelaluilatihandanpengajianyangditerimadiperingkatsarjanamudamahupunsarjanabagimelahirkanpekerjasosialyangberkualititinggi.

Dapatankajianjugamenunjukkanbahawaterdapatrespondenyangmenyatakansistempembelajarankerjasosialdiperingkatijazahpertamaperlumempunyaipengkhususanbidangtertentu.Walaubagaimanapun,WatkinsdanHolmes(2012)dalamDulmusdanSowers(2012) jugamenyatakanbahawaberdasarkan Council nn Social Work Education (CSWE), pengkhususandan kepakaran dalam sesuatu bidang hanya diterima pada peringkat IjazahSarjana dan Doktor Falsafah. Pembelajaran yang diterima pada peringkatIjazahSarjanaMudaadalahpengetahuanasasataugenerikmengenaibidangkerjasosialsecarakeseluruhannyasahaja(WatkinsdanHolmes,2012dalamDulmusdanSowers,2012).

Page 15: Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf · (Knowledge and Skills of Mental Health Social ... penilaian terhadap masalah

PengetahuandanSkilPekerjaSosial 33

Kajian yang dilakukan inimenunjukkan bahawa adanya keperluanuntukmeningkatkanpengetahuandanskilterhadappekerjasosialyangfokusdidalambidangkesihatanmentaldiMalaysia.Justeru,diharapdapatankajianini dapat memberi maklumat dan kesedaran kepada pihak berkaitan untukpertimbangan mewujudkan jawatan pekerja sosial perubatan yang khususdalam bidang kesihatan mental memandangkan kehadirannya berpotensimembawaperubahanpositifkepadabidangkesihatanmentaldiMalaysia.Inisecaratidaklangsungjugadapatmembezakansumbangan,peranandantugaspekerjasosialkesihatanmentalyangseringmenimbulkankekeliruan(Bailey&Liyanage,2012)dalamsetingkesihatanmental.Cadanganlainjugaadalahmemfokuskanagarpekerjasosialklinikaldisetingkesihatanmentalsupayameningkatkanlatihandanpenyeliaankepadapekerjasosialsediaadadalambidang kesihatan mental supaya dapat memantapkan pengetahuan dan skilberkenaanbidangtugasmerekasetandingdenganpekerjasosialdinegaraluardansekaligusmendapatkepercayaanpenuholehkliendanahlikeluargaklien.

Penutup

Melalui temubual bersama respoden, kajian ini mendapati bahawa pekerjasosial mempunyai peranan yang besar dalam membantu klien dalammendapatkan perkhidmatan berkualiti di seting kesihatan mental. Pekerjasosialbukansahajaperluberminatdancenderunguntukmelakukantugastetapiperluberdepandenganpelbagai isuyangdijangkamahupun tidakdijangka.Secara umumnya, objektif kajian ini dapat dicapai iaitu mengenal pastipengetahuandanskilyangdiperlukanuntukmenjadiseorangpekerjasosialklinikaldisetingkesihatanmental.Melaluikajianini,penyelidikmendapatiperlunyapengetahuandanskildipertingkatkan terhadappekerja sosialyangfokusdidalambidangkesihatanmentaldiMalaysia.Justeru,diharapdapatankajianinidapatmemberi inputdankesedarankepadapihakberkaitanuntukmempertimbangkanuntukmewujudkanjawatanpekerjasosialperubatanyangkhususdalambidangkesihatanmentalmemandangkanperananmerekayangberpotensi membawa perubahan positif kepada bidang kesihatanmental diMalaysia.

Rujukan

AustralianAssociationofSocialWorkers. (2008).AASW practice standards formentalhealthsocialworker.KertaskerjayangdibentangkanpadaMesyuaratLembagaPersatuanPekerjaSosialAustralia.

Bailey,D.,&Liyanage,L.(2012).Theroleofthementalhealthsocialworker:politicalpawnsinthereconfigurationofadulthealthandsocialcare.BritishJournalofSocialWork,42,1113-1131.

Page 16: Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf · (Knowledge and Skills of Mental Health Social ... penilaian terhadap masalah

34 JurnalPembangunanSosialJilid19,KeluaranKhas(Bil3)

Basit,T.(2003).Manualorelectronic?Theroleofcodinginqualitativedataanalysis.EducationalResearch,45(2),143-154.

Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology.QualitativeResearchinPsychology,3,77-101.

Cohen,J.A.(2003).Managedcareandtheevolvingroleoftheclinicalsocialworkerinmentalhealth.SocialWork,48(1),34-43.

Crabtree, S.A. (2012).Rainforest asylum: the enduring legacy of colonial psychiatric care in Malaysia.London:Whiting&BirchLtd.

Crabtree,S.A. (2005).Medicalsocialwork inMalaysia: Issues inpractice.InternationalSocialWork,48,732-741.

Davies, C., Finlay, L., & Bullman,A. (Ed.) (2000).Changing practice in health and social care,62-72.London:SAGEPublications.

Drench,M.E.,Noonan,A.C.,Sharby,N.,&Ventura,S.H.(2012).Psychosocial aspects of health care(3rded.).USA:Pearson.

Dulmus,C.N.,&Sowers,K.M.(Ed.)(2012).The profession of social work: guidedbyhistory,ledbyevidence,35-50.NewJersey:JohnWiley&Sons.

HarisAbdWahab.(2003).JangkaanterhadapperananpekerjasosialperubatandiMalaysia.Journal of Southeast Asian Studies(Jati),8(1),85-103.

Kakuma,R.,Minas,H.,Ginneken,N.V.,DalPoz,M.R.,Desiraju,K.,Morris,J. E., Saxena, S.,&Scheffler,R.M. (2011).Human resources formentalhealthcare:currentsituationandstrategiesforaction.Lancet, 378,1654-1658.

Koprowska,J.(2007).Communicationskillsinsocialwork.DalamLymbery,M.,&Postle,K.(Ed.),Social work: A companion to learning,123-133.London:SAGEPublications.

Mack,N.,Woodong,E.,MackQueen,K.M.,Guest,G.,&Namey,E.(2005).Qualitative researchmethods:Adata collectors fieldguide, familyhealth international, research triangle park.NC:FHI.

Maguire, L. (2002).Clinical social work: beyond generalist practice with individuals, groups and families. USA: Brookes/Cole ThompsonLearning.

Martin,J.(2013).Thedualityofcontinuingprofessionaldevelopmentinmentalhealth social work: voluntary and involuntary status. Australian SocialWork.

Mohd Suhaimi Mohamad. (2007). Knowledge awareness and utilisationpatternonsocialworkservicesamongpatient:casestudy inUKMhospital.Jurnale-Bangi,2(2),1-3.

Nathan,J.&Webber,M.(2010).Mentalhealthsocialworkandthebureau-medicalisationofmentalhealthcare: identity ina changingworld.Journal of Social Work Practice,24(1),15-28.

Patton,M.Q.(2002).QualitativeResearch&EvaluationMethods(3rdEd).ThousandOaks,California:SagePublicationsInc.

Page 17: Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di ...jps.uum.edu.my/images/jps/19/19-2.pdf · (Knowledge and Skills of Mental Health Social ... penilaian terhadap masalah

PengetahuandanSkilPekerjaSosial 35

Peterson,K.J.(2012).Shareddecisionmakinginhealthcaresettings:aroleforsocialwork.SocialWorkinHealthCare,51(10),894-908.

Sharan, B. M (1998).Qualitative research and case study apllications ineducation(2nded.).SanFrancisco:Jossey-Bass.

Watkins,J.M.,&Holmes,J.(2012).Educatingforsocialwork.DalamDulmus,C.N.,&Sowers,K.M.(Ed.),The profession of social work: Guided byhistory,ledbyevidence,35-50.NewJersey:JohnWiley&Sons.

Yalli,N.,&Cooper,N.(2008).TheperceptionsofhospitalsocialworkersinSaudiArabiaregardingtheorganisationalfactorsthatimpactontheirrole.InternationalJournalofSocialWelfare,17,247-250.