laporan festival skil raya

10
1 1.0 PENGENALAN Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad merupakan sebuah kolej vokasional yang dinaik taraf dari sebuah SMK pertama di Malaysia. Pada tahun 2013, pengambilan pelajar baru bagi kumpulan pertama telah dijalankan. Dalam masa yang sama proses soft landing ’ pelajar SMKSAS yang asal telah digerakkan ke sekolah berhampiran serta ubahsuai kelas asal untuk dijadikan bengkel kursus kemahiran dilaksanakan. Cabaran ini membolehkan warga Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad (KVSAS) lebih kental untuk menterjemahkan transformasi pendidikan teknik dan vokasional seperti yang digagaskan oleh KPM. Pada tahun ini, KVSAS mempunyai tiga kumpulan pelajar, iaitu pelajar pra diploma tahun 1 (204 orang), pelajar pra diploma tahun 2 (60 orang) dan pelajar diploma tahun 1 (64 orang). Bagi mengeratkan kerjasama antara agensi kerajaan atau swasta, institusi pendidikan dan komuniti setempat KVSAS telah mengambil satu langkah yang pro aktif bagi mempromosi dan menyebarluaskan kepentingan kolej vokasionl dengan mengadakan Program Festival Skil Raya Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad - FSR KVSAS 2015. Festival ini menggabungkan sambutan hari raya aidilfitri dan pameran pelbagai skil/kemahiran oleh pelajar KVSAS dan agensi swasta yang julung kalinya diadakan oleh kolej vokasional. Festival ini telah dirasmikan oleh Pn Hajah Zalihar binti Abdul Ghani, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini melibatkan 16 agensi swasta, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat, Persatuan Ibu Bapa dan Guru KVSAS, semua pensyarah KVSAS dan semua pelajar. 2.0 LATARBELAKANG PROGRAM 2.1 BUTIRAN PROGRAM 2.1.1 Tarikh : 13 Ogos 2015 2.1.2 Hari : Khamis 2.1.3 Masa : 2.30 hingga 5.00 petang 2.1.4 Tempat : Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting

Upload: noraliza1976

Post on 07-Jan-2016

271 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Laporan aktiviti

TRANSCRIPT

7/17/2019 Laporan Festival Skil Raya

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-festival-skil-raya 1/10

1

1.0 PENGENALAN

Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad merupakan sebuah kolej vokasional yang

dinaik taraf dari sebuah SMK pertama di Malaysia. Pada tahun 2013, pengambilan

pelajar baru bagi kumpulan pertama telah dijalankan. Dalam masa yang sama proses

‘soft landing ’ pelajar SMKSAS yang asal telah digerakkan ke sekolah berhampiran serta

ubahsuai kelas asal untuk dijadikan bengkel kursus kemahiran dilaksanakan. Cabaran

ini membolehkan warga Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad (KVSAS) lebih kental

untuk menterjemahkan transformasi pendidikan teknik dan vokasional seperti yang

digagaskan oleh KPM. Pada tahun ini, KVSAS mempunyai tiga kumpulan pelajar, iaitu

pelajar pra diploma tahun 1 (204 orang), pelajar pra diploma tahun 2 (60 orang) dan

pelajar diploma tahun 1 (64 orang).

Bagi mengeratkan kerjasama antara agensi kerajaan atau swasta, institusi

pendidikan dan komuniti setempat KVSAS telah mengambil satu langkah yang pro aktif

bagi mempromosi dan menyebarluaskan kepentingan kolej vokasionl dengan

mengadakan Program Festival Skil Raya Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad -

FSR KVSAS 2015. Festival ini menggabungkan sambutan hari raya aidilfitri dan

pameran pelbagai skil/kemahiran oleh pelajar KVSAS dan agensi swasta yang julung

kalinya diadakan oleh kolej vokasional. Festival ini telah dirasmikan oleh Pn Hajah

Zalihar binti Abdul Ghani, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional,

Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini melibatkan 16 agensi swasta, Pejabat

Pendidikan Daerah Kuala Langat, Persatuan Ibu Bapa dan Guru KVSAS, semua

pensyarah KVSAS dan semua pelajar.

2.0 LATARBELAKANG PROGRAM

2.1 BUTIRAN PROGRAM

2.1.1 Tarikh : 13 Ogos 2015

2.1.2 Hari : Khamis

2.1.3 Masa : 2.30 hingga 5.00 petang

2.1.4 Tempat : Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting

7/17/2019 Laporan Festival Skil Raya

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-festival-skil-raya 2/10

2

2.2 MATLAMAT

2.2.1 Membangunkan hubungan dua hala dalam bidang latihan, guna sama

kepakaran, peluang kerjaya dan penyelidikan antara industri-kolej serta

kolej industri.

2.2.2 Membentuk persefahaman antara kepimpinan sektor industri dengan

kepimpinan tertinggi KPM/JPN/Daerah/Kolej ke arah pembentukan dasar,

visi, misi dan program pengajian.

2.2.3 Mengeratkan kerjasama antara agensi, institusi pendidikan, dan komuniti

setempat ke arah menyebarkan maklumat tentang kepentingan

pendidikan vokasional dalam pembangunan kerjaya masa depan.

2.2.4 Mempromosikan pendidikan kemahiran dan teknikal kepada masyarakat

dan warga sekolah berhampiran.

2.3 AJK PELAKSANA

Bagi menjayakan program FSR KVSAS 2015 sebuah jawatankuasa telah

ditubuhkan yang dianggotai oleh:

Penasihat : Tn Haji shamsuddin bin Said

Pengerusi : Tn Haji Abdul Halim bin Jamji

Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Ruzahriah bt Telimik

Naib Pengerusi 2 : Pn Hasnah bt Mohd Yusof

Setiausaha : Pn Norafizah bt Ibrahim

Pn Zahairatunilyana bt Ahmad

Bendahari : Pn Zaimah bt Mahmod

Pn Roslinda bt Ab Jalil

Pengurusan Aturcara Dan Majlis

Penyelaras : Pn Hasnah bt Mohd Yusof

Sambutan & Protocol : En Mohd Rohaizam bin Md Kasim

Even & Persembahan : Pn Norlaili bt Ali

Jemputan : Pn Fauziah bt Ramli

Cik Sit Norhamizah bt Ahmad Nasir

Seranta & Promosi : EN Khafizuddin bin Mat Noh

Cik Aimi Atiyrah bt Mat Said

7/17/2019 Laporan Festival Skil Raya

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-festival-skil-raya 3/10

3

Pengurusan Aturcara : En Mohd Shahrizan bin Musa

Pendaftaran : Pn Nur Asliha Fira bt Aliyas

Persiapan Tempat Dan Peralatan

Penyelaras : En Azhar bin Sulaiman

Persiapan Tempat Luar : En Mohd Nizam bin Abd Latif

Persiapan Tempat Dalam : En Azizan bin Suradi

Persiapan Gerai : Pn Noorhanizan bt Harun

Kelengkapan & Peralatan : En Maniam a/l Sokalingam

Pengurus jamuan & makanan

Penyelaras : Pn Zairina bt Miskon

Pembantu : Pn Nurul Aida bt Morshidi

Cik Yumni bt Ab Manaf

Juruacara dan bacaan doa

Penyelaras : En Sabari bin Kasdi

Juruacara : Pn Hayati bt Hussain

Bacaan doa : En Jaini bin Saiman

Pengurusan & Demonstrasi

Penyelaras : En Radin MOhd Shamsul Zahri bin Hirzin

Demonstrasi : Pn Noorulhida bt Idris

Pn Isma Rozaida bt Ishak

Pn Eryanie bt Kaimi

Persiapan Bengkel : En Azlin Nizam bin Abd Aziz

PA Sistem/muzik : En Norbawadi bin Kasdiran

Kebersihan/keselamatan/kawalan lalu lintas

Penyelaras : Tn Haji Abdul Halim bin Jamji

Kebersihan : En Hafandi bin Basri

Keselamatan : En Mohd Azmi bin Mohd Ali

Kawalan Lalu Lintas : En Faizol bin Yusof

7/17/2019 Laporan Festival Skil Raya

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-festival-skil-raya 4/10

4

Dokumentasi / Laporan & Pameran SE/PBE

Penyelaras : Pn Hjh Ruzahriah bt Telimik

 AJK : Pn Deivanai a/p Sabathavan

Pn Nor Aliza bt Mohd Ridwan

En Rojer bin John

Sumbangan Dan Tugas-Tugas Khas

Penyelaras : Pn Hjh Raziah bt Moeslim

Sumbangan / Dana : Pn Rifatulinah bt Abd Majid

Label/Papan Tanda : En Azman bin Larut

En Mohd Helmi bin Jamaluddin

Buku Program

Penyelaras : Pn Sitiazanah bt Jerai

Cenderamata : Pn Jothi a/p Munusamy

Pn Zawilfaizah bt Zulkafli

Sijil : Pn Siti Aminah bt Mohd Zainuddin

Pn Caroline Selvarani a/p R.Solomon

2.4 SENARAI INDUSTRI YANG TERLIBAT

2.4.1 Gold Coast Morib International Resort Sdn Bd

2.4.2 Kris Care Pharmacy

2.4.3 Kris Medicare

2.4.4 Perniagaan ATAR

2.4.5 Banting Auto Enterprise

2.4.6 Daya Bakti Agency

2.4.7 Vela Driving School

2.4.8 Lembaga Koko Malaysia

2.4.9 Syarikat Pembinaan Dua Medan

2.4.10 Tanjong Balai Holding Sdn Bhd

2.4.11 Saha Café Sdn Bhd

2.4.12 Syarikat Samad Mokri Sdn Bhd

2.4.13 Kasih Dsyurga Enterprise

2.4.14 D’Rampai Butik Pengantin 

7/17/2019 Laporan Festival Skil Raya

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-festival-skil-raya 5/10

5

2.4.15 Syarikat Kejuruteraan Letrik Safi Al Nur

2.5 HURAIAN AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang FSR KVSAS 2015 dan secara

ringkasnya aktivit-aktivi tersebut adalah seperti berikut:

2.5.1 Pameran galeri SE dan PBE

2.5.2 Demonstrasi kecantikan

2.5.3 Demonstrasi pembuatan coklat

2.5.4 Gerai tindakan pelajar

2.5.5 Majlis penyerahan surat niat daripada syarikat yang telah bersetuju untuk

menerima pelajar menjalani OJT

2.5.6 Majlis perasmian oleh Pengarah BPTV

2.5.7 Sesi soal jawab bersama wartawan

2.5.8 Jamuan hari raya.

3.0 PENCAPAIAN PROGRAM

Program ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu:

3.1 Membangunkan hubungan dua hala dalam bidang latihan, guna sama

kepakaran, peluang kerjaya dan penyelidikan antara industri-kolej serta

kolej industri.

3.2 Membentuk persefahaman antara kepimpinan sector industri dengan

kepimpinan tertinggi KPM/JPN/Daerah/Kolej ke arah pembentukan dasar,

visi, misi dan program pengajian.

3.3 Mengeratkan kerjasama antara agensi, institusi pendidikan, dan komuniti

setempat ke arah menyebarkan maklumat tentang kepentingan

pendidikan vokasional dalam pembangunan kerjaya masa depan.

3.4 Mempromosikan pendidikan kemahiran dan teknikal kepada masyarakat

dan warga sekolah berhampiran.

4.0 PERMASALAHAN

Hasil daripada pemerhatian, berikut adalah masalah-masalah semasa program FSR

KVSAS 2015 berjalan:

4.1 Terdapat dua meja pendaftaran yang mengelirukan tetamu yang hadir.

4.2 Tempat letak kenderaan tidak dikendalikan dengan baik.

7/17/2019 Laporan Festival Skil Raya

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-festival-skil-raya 6/10

6

4.3 Pengurusan PA sistem dan muzik tidak berjalan dengan lancar.

4.4 Tidak disediakan penyambut tetamu di meja jamuan.

4.5 Cenderahati yang tidak mencukupi untuk wartawan dan petugas media.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berikut adalah cadangan penambahbaikan daripada permasalahan di atas:

5.1 Semua tetamu yang hadir perlu mendaftar di meja pendaftaran yang sama tetapi

meja pendaftaran tersebut perlu di label dengan jelas. Petugas pendaftaran juga

perlu menunjuk arah kepada tetamu yang hadir.

5.2 Petugas tempat letak kereta perlu sentiasa peka dengan tetamu yang hadir

supaya kenderaan dapat diarahkan ke tempat letak kenderaan yang sepatutnya.

5.3 PA sistem dan selingan muzik perlu dikendalikan oleh petugas yang mahir dalam

bidang teknikal dan pengendalian muzik selingan.

5.4 Meletakkan lebih ramai penyambut tetamu di bahagian meja jamuan.

5.5 Memastikan bilangan wartawan dan pihak media yang hadir.

6.0 PENUTUP

Diharapkan program ini dapat menjadi acara tahun KVSAS serta membentuk

persefahaman yang lebih erat di antara kolej vokasional dengan sector industri dan

komuniti setempat.

Disediakan oleh,

(NOR ALIZA BINTI MOHD RIDWAN)

JK Laporan Dan Dokumentasi

7/17/2019 Laporan Festival Skil Raya

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-festival-skil-raya 7/10

7

7.0 LAMPIRAN BERGAMBAR

Gambar 1 : Pengarah BPTV menandatangani buku pelawat

Gambar 2 : Pameran Gerai SE

7/17/2019 Laporan Festival Skil Raya

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-festival-skil-raya 8/10

8

Gambar 3 : Lawatan Pengarah BPTV ke Pameran PBE

Gambar 4 : Majlis Penyerahan Surat Niat

7/17/2019 Laporan Festival Skil Raya

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-festival-skil-raya 9/10

9

Gambar 5 : Majlis Penyerahan Surat Niat

Gambar 6 : Majlis Penyerahan Surat Niat

7/17/2019 Laporan Festival Skil Raya

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-festival-skil-raya 10/10

10

Gambar 7 : Action Stall  oleh Pelajar Kursus Seni Kulinari Semester 6

Gambar 8 : Action Stall  oleh Pelajar Kursus Seni Kulinari Semester 6