pengetahuan baru pismp

6
ILMU PENGETAHUAN BARU. Praktikum merupakan satu aktiviti akademik yang berbentuk ilmiah selain dapat menambahkan pengetahuan dan memberi pengalaman baru kepada saya. Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam membuat kajian untuk dimuatkan dalam portfolio praktikum dan mendapat pendedahan tentang pengajaran dan pembelajaran sebenar di sekolah. Dalam praktikum yang pertama ini, saya telah ditempatkan di SK Jawi. Saya menggunakan pelbagai instrumen kajian untuk mendapatkan data dan maklumat yang secukupnya daripada pihak sekolah. Antara instrumen yang saya guna ialah pemerhatian, temubual, kaji selidik dan senarai semak. Melalui pemerhatian, saya mendapati kekuatan sekolah ini adalah dari aspek pencapaian akademik yang semakin meningkat daripada tahun ke tahun berikutnya. Walaupun sekolah ini berada pada tahap gred A, iaitu sekolah ramai murid, namun kejayaan-kejayaan yang dicapai amat membanggakan pihak sekolah. Sekolah ini juga melahirkan individu-individu yang berpotensi besar untuk lebih maju setapak ke hadapan. Kekuatan seterusnya yang dapat saya temui ialah aspek perngurusan kokurikulum yang cekap dan membawa nama sekolah ke peringkat tertinggi dan setakat ini ialah di peringkat

Upload: firdaus-rashid

Post on 08-Aug-2015

193 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

maktabnyer

TRANSCRIPT

Page 1: pengetahuan baru PISMP

ILMU PENGETAHUAN BARU.

Praktikum merupakan satu aktiviti akademik yang berbentuk ilmiah selain

dapat menambahkan pengetahuan dan memberi pengalaman baru kepada saya.

Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam membuat kajian untuk

dimuatkan dalam portfolio praktikum dan mendapat pendedahan tentang

pengajaran dan pembelajaran sebenar di sekolah. Dalam praktikum yang

pertama ini, saya telah ditempatkan di SK Jawi. Saya menggunakan pelbagai

instrumen kajian untuk mendapatkan data dan maklumat yang secukupnya

daripada pihak sekolah. Antara instrumen yang saya guna ialah pemerhatian,

temubual, kaji selidik dan senarai semak.

Melalui pemerhatian, saya mendapati kekuatan sekolah ini adalah dari

aspek pencapaian akademik yang semakin meningkat daripada tahun ke tahun

berikutnya. Walaupun sekolah ini berada pada tahap gred A, iaitu sekolah ramai

murid, namun kejayaan-kejayaan yang dicapai amat membanggakan pihak

sekolah. Sekolah ini juga melahirkan individu-individu yang berpotensi besar

untuk lebih maju setapak ke hadapan.

Kekuatan seterusnya yang dapat saya temui ialah aspek perngurusan

kokurikulum yang cekap dan membawa nama sekolah ke peringkat tertinggi dan

setakat ini ialah di peringkat negeri Pulau Pinang. Melalui penerangan oleh Guru

Penolong Kanan Kokurikulum, kami mendapati minat pelajar dapat diasah dan

digilap dengan baik dan berkesan. Semua guru penasihat memberikan

kerjasama yang positif kepada unit kokurikulum. Di samping itu, satu perkara

yang membuat saya kagum ialah salah seorang olahragawan dari sekolah ini

selalu menempa nama dalam bidang olahraga. Setiap minggu ada sahaja hadiah

yang dirangkul oleh murid ini.

Selain itu, daripada sesi temu bual bersama Penolong Kanan, saya

mendapati terdapat kelemahan-kelemahan di sekolah ini. Sebagai contoh,

Page 2: pengetahuan baru PISMP

terdapat satu kesesakan yang berlaku di hadapan sekolah dan kebanyakan ibu

bapa yang suka datang ke sekolah untuk bersama dengan anak-anak mereka

pada waktu rehat. Perkara ini akan berlaku satu gangguan iaitu bunyi-bunyi

bising hon dari kenderaan dan juga gangguan secara fizikal oleh ibu bapa yang

suka menyerang guru di bilik guru tentang masalah anak mereka tidak kira waktu

yang secara tidak langsung mengganggu guru-guru. Hal ini saya lihat sendiri

ketika saya berada dalam bilik guru, iaitu sewaktu guru sedang duduk membuat

rph, murid-murid hadir bersama dengan ibu atau bapa dan menyelesaikan

masalah anak mereka yang tidak henti-henti.

Selain itu, apabila saya menjalankan pemerhatian di perpustakaan

sekolah, saya mendapati perpustakaan di sekolah ini mengalami masalah

kekurangan buku-buku atau bahan-bahan rujukan khususnya untuk pelajar-

pelajar Tahun enam yang bakal menghadapi peperiksaan pada penghujung

tahun ini. Ruang perpustakaan yang kecil dan terhad hanya boleh memuatkan

beberapa orang pelajar sahaja pada satu-satu masa.

Persekitaran kawasan sekolah amat kondusif kerana pihak pengurusan

amat mementingkan 3K iaitu keceriaan, kebersihan dan keselamatan di sekolah.

Para pelajar juga dapat menimba ilmu dengan selesa. Pihak sekolah juga

mengambil kontrak daripada badan swasta untuk memastikan kebersihan

sekolah di tahap optimum. Melalui pemerhatian saya, sepanjang saya berada di

sekolah tersebut, tiada secebis sampah di kawasan- kawasan seperti kantin,

tandas, taman, padang dan sebagainya. Seluruh warga sekolah juga

mengamalkan kempen kitar semula dalam hidup mereka. Hal ini dapat dilihat

apabila tamat sesi persekolahan, tong-tong sampah kitar semula berwarna

coklat,biru dan oren dipenuhi dengan bahan-bahan kitar semula.

Melalui pemerhatian terhadap kekuatan dan kelemahan sekolah, satu ilmu

baru yang saya peroleh iaitu sesebuah sekolah yang cemerlang tidak hanya

Page 3: pengetahuan baru PISMP

menekankan aspek akademik semata-mata, namun perkara-perkara lain perlu

dititikberatkan dan bukan hanya dipandang enteng oleh setiap warga sekolah

khususnya bahagian pengurusan sekolah. Guru-guru perlulah mempunyai

semangat assabiah yang tinggi bagi memastikan setiap perkara dicapai dengan

kesepakatan semua pihak.

Disamping itu, sepanjang berada di sekolah tersebut, saya secara tidak

langsung memperoleh ilmu baru iaitu dengan menggunakan kaedah

pemerhatian, saya mendapati budaya di sekolah ini berada di tahap cemerlang.

Hal ini kerana salah satu faktor utama ialah keistimewaan mereka merupakan

pelajar bandar yang mempunyai nilai-nilai etika dan kesopanan yang tinggi di

dalam diri mereka. Di samping itu, jumlah murid yang ramai di sekolah ini juga

menyebabkan implikasi positif iaitu guru mudah untuk menganjurkan sesuatu

program atau majlis kerana seluruh warga sekolah akan melibatkan diri dengan

kehadiran seratus peratus.

Dalam konteks budaya sekolah, ilmu baru yang saya peroleh ialah di

sekolah ini terdapat banyak program-program pembudayaan ilmu. Sebagai

contoh, setiap pagi, semua pelajar dikehendaki berkumpul untuk mendengar

perkongsian ilmu sebelum masuk ke dalam kelas. Disamping itu, program ini

memberi peluang kepada pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran membaca

mereka. Program yang berlangsung dalam masa sepuluh minit dan memperoleh

pantauan daripada guru-guru. Ini merupakan satu budaya ilmu yang baik dan

berkesan yang bakal saya amalkan ketika saya menceburi profesion perguruan

kelak.

Budaya ilmu yang kedua ialah Program Intensif yang dikhaskan untuk

pelajar-pelajar Tahun Enam yang bakal menduduki perperiksaan akan datang.

Program ini dijalankan di kelas-kelas dan guru-guru matapelajaran yang

bertugas sebagai mentor akan berada bersama-sama pelajar pada waktu

Page 4: pengetahuan baru PISMP

tersebut. Program ini berlangsung pada waktu petang selepas tamat sesi

persekolahan.

Saya juga menggunakan instrument temu bual bagi bertanyakan

keberkesanan program ini kepada beberapa orang murid yang terlibat dalam

program ini. Mereka menyatakan program ini dapat membantu mereka bersoal

jawab tentang perkara-perkara yang mereka tidak faham sewaktu sesi

pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Di samping itu, dari

aspek ketepatan masa, saya juga kagum apabila semua guru atau mentor yang

terlibat dalam program ini hadir tepat pada masanya.

Hal ini secara tidak langsung memberi satu ilmu baru kepada saya iaitu

sebagai seorang guru, kita sewajarnya memberi komitmen yang tinggi kepada

program-program yang dilaksanakan kerana hal ini secara tidak langsung dapat

meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar tersebut. Di samping itu, saya

mendapati, sekolah ini banyak mengadakan program-program membudayakan

ilmu bagi memastikan ilmu tersebut dapat diaplikasikan dengan baik.