pengenalan tamadun dunia

21
1.0 DEFINISI TAMADUN Berasal daripada perkataan ‘madana’ dari Bahasa Arab yang bermaksud kehalusan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Ia juga diambil daripada kata dasar ‘tamaddana’ , yatamaddanudan tamaddunan’. ‘Tamaddana’ bermaksud pemilihan sesuatu tempat untuk didiami. ‘yatamaddanu’ pula bermaksud membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi Bandar. Sementara ‘tamaddunan’ pula membawa maksud fenomena perubahan sesuatu masyarakat daripada liar kepada mesyarakat yang maju. Di dalam Bahasa Inggeris, tamadun ialah civilization yang berasal daripada perkataan civitas, civil, dan civic. Civitas bermaksud bandar. Civil pula ialah sesuatu yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat. Manakala civic pula membawa maksud kehidupan rasmi dan hal ehwal bandar. Dalam Bahasa Melayu pula, perkataan tamadun membawa tiga elemen yang berbeza iaitu peradaban, kebudayaan, dan juga kemajuan. Peradaban merupakan suatu tingkat kemajuan dan tat susila sesuatu masyarakat. Kebudayaan pula ialah cara hidup 1

Upload: afiq-syazwan

Post on 15-Jun-2015

3.118 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pengenalan tamadun dunia

1.0 DEFINISI TAMADUN

Berasal daripada perkataan ‘madana’ dari Bahasa Arab yang bermaksud

kehalusan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Ia juga diambil daripada kata dasar

‘tamaddana’ , ‘yatamaddanu’ dan ‘tamaddunan’. ‘Tamaddana’ bermaksud

pemilihan sesuatu tempat untuk didiami. ‘yatamaddanu’ pula bermaksud

membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi Bandar. Sementara ‘tamaddunan’

pula membawa maksud fenomena perubahan sesuatu masyarakat daripada liar

kepada mesyarakat yang maju.

Di dalam Bahasa Inggeris, tamadun ialah civilization yang berasal

daripada perkataan civitas, civil, dan civic. Civitas bermaksud bandar. Civil pula

ialah sesuatu yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat. Manakala civic pula

membawa maksud kehidupan rasmi dan hal ehwal bandar.

Dalam Bahasa Melayu pula, perkataan tamadun membawa tiga elemen

yang berbeza iaitu peradaban, kebudayaan, dan juga kemajuan. Peradaban

merupakan suatu tingkat kemajuan dan tat susila sesuatu masyarakat. Kebudayaan

pula ialah cara hidup yang merangkumi aspek percakapan, cara berfikir, dan

kelakuan sesuatu masyarakat. Ketiga, kemajuan pula bererti peningkatan taraf

kehidupan dari segi ekonomi, social, dan politik dalam sesuatu masyarakat.

Jadi, melalui pelbagai makna perkataan asal tamadun dari pelbagai jenis

bangsa. Ini telah menyimpulkan suatu definisi yang kukuh dan kompleks serta

1

Page 2: pengenalan tamadun dunia

difahami semua bangsa dengan sempurna. Oleh itu, definisi tamadun secara

umumnya ialah sebuah kehidupan kota yang telah menghasilkan suatu tingkat

pencapaian yang tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada dari segi

kebendaan mahu pun kerohanian. Aspek kehidupan yang utama dan dititik beratkan

ialah ilmu pengetahuan, ekonomi, sahsiah, dan politik. Semua aspek tersebut

merupakan batu loncatan bagi sesebuah masyarakat atau pun kaum untuk

mencapai tahap tamadun.

2

Page 3: pengenalan tamadun dunia

2.0 KONSEP TAMADUN

Konsep tamadun terbahagi kepada tiga bahagian. Tiga bahagian tersebut

ialah konsep tamadun melalui Islam, Barat, dan Melayu.

2.1 Konsep Tamadun Islam

Menurut Ibnu Khaldun, tamadun ini merupakan kemuncak sesuatu

pembangunan yang berkait rapat dengan kemewahan, keharmonian keadaan, dan

minat kepada pelbagai aspek industry yang boleh meningkatkan kualiti sesuatu

masyarakt itu sendiri. Ini sekaligus termasuk dalam keperluan seperti makanan,

pakaian, dan juga peralatan rumah tangga.

Mengikut pandangan Muhammad Rasyid Redha pula, asas bagi suatu

tamadun ialah agama dan kepercayaan. Ini disebabkan peningkatan unsur-unsur

spiritual akan membangkitkan kekuatan fizikal. Mengikut logik, sememangnya

semua tamadun di dunia ini telah dibina berasaskan kepercayaan agama kerana

hamper keseluruhan masyarakat menjadikan agama sebagai cara hidup mereka.

Sayyid Qutb pula mempunyai pendapat yang ringkas tetapi kompleks dan

padat serta lebih mudah difahami. Menurutnya, tamadun merupakan segala bentuk

kemajuan yang dihasilkan oleh sesuatu masyarakat merangkumi aspek sosial,

politik, ekonomi, dan kebudayaan berteraskan syariat selain disulami nilai-nilai murni

dalam Islam.

3

Page 4: pengenalan tamadun dunia

Selain itu, terdapat juga pandangan daripada Umar Audah al-Khatib yang

berpendapat bahawa, tamadun merupakan himpunan ilmu pengetahuan, syariat,

dan undang-undang tradisi yang menggambarkan keadaan ekonomi, pemikiran,

akhlak, kesenian, politik, dan keseluruhan kehidupan kebendaan serta kerohanian di

dalam sesuatu sejarah.

2.2 Konsep Tamadun Barat

Menurut sarjana barat, Will Durant, tamadun merupakan sebuah

peraturan masyarakat yang dapat mendorong serta membantu meningkatkan

produktiviti masyarakat itu sendiri. Selain daripada itu, beliau juga menambah di

mana peraturan ini mengandungi empat elemen penting iaitu elemen sumber

ekonomi, elemen sistem politik, elemen tradisi moral dan juga elemen kerohanian.

J.K. Fiebleman pula mempunyai pendapat yang berbeza sama sekali

berbanding Will Durant. J.K Fiebleman menggambarkan tamadun sebagai kebijakan

masyarakat mengeksploitasi sesuatu material. Maksud lain yang mudah difahami

ialah proses masyarakat ke atas sesuatu material yang menjadikannya barang baru

untuk keperluan mereka sendiri.

Pendapat lain telah dating daripada Oswald Spengler. Beliau menyatakan

dengan mudah di mana tamadun barat lebih mementingkan kebendaan kerana bagi

mereka kebendaan tersebut yang mampu membawa kemajuan kepada masyarakat.

4

Page 5: pengenalan tamadun dunia

2.3 Konsep Tamadun Melayu

Menurut Abu Bakar Hamzah, konsep tamadun ialah sesuatu yang lahir

dan mampu berkembang selari dengan kehidupan manusia. Perkembangan yang

lahir daripadanya pula bersifat abstrak dan dan material.

Wan Hashim Wan Teh pula mempunyai gambaran berlainan berkaitan

konsep tamadun ini. Kata beliau, tamadun merupakan capaian tertinggi pemikiran

ahli sesuatu masyarakat dalam aspek budaya, sosial, agama dan moral, serta

kesenian. Tambah beliau lagi, tamadun ini ialah kemajuan dari segi ekonomi dan

perdagangan serta peningkatan dalam teknologi yang berkemampuan

meningkatkan keselesaan hidup manusia.

5

Page 6: pengenalan tamadun dunia

3.0 CIRI-CIRI TAMADUN

Terdapat pelbagai ciri-ciri tamadun. Walau bagaimanapun, setelah

diringkaskan dan diteliti mengikut kepentingan masing-masing, ciri-ciri ini telah

disepakati. Sebanyak lapan ciri-ciri tamadun yang utama.

3.1 Kerajaan dan Sistem Pentadbiran

Kerajaan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang baik memeberi kesan

besar kerana sudah menjadi lumrah, sesuatu masyarakat sukakan pemerintah yang

adil dan mampu member manfaat kepada mereka.

3.2 Kemajuan Teknologi

Perkembangan dari segi teknologi contohnya seperti penciptaan mesin-

mesin pertanian mahupun perindustrian juga merupakan salah satu ciri kebangkitan

sesuatu tamadun. Ini membuktikan tamadun tersebut tidak ketinggalan zaman dan

mampu membina peralatan yang cangggih.

3.3 Kota dan Bandar

Kota dan bandar member makna meluas dalam perkembangan sesebuah

tamadun. Sesebuah kota itu hendaklah mempunyai infrastruktur yang baik dan

kawasan-kawasan di sekitarnya mestilah bersih dan kemas berbanding di tempat

lain kerana kota merupakan kawasan tumpuan pembangunan sesebuah tamadun.

6

Page 7: pengenalan tamadun dunia

3.4 Organisasi Sosial Yang Tersusun

Perlunya organisasi sosial yang kukuh dan teratur. Ini untuk mengelakkan

sistem pentadbiran yang berpecah belah di antara pemimpin tertinggi dan pemimpin

bawahan. Ia juga dapat mendorong mencipta suasana yang harmoni di kalangan

semua lapisan masyarakat agar mereka dapat bergaul tanpa menghiraukan dan

membezakan status masing-masing.

3.5 Perkembangan Ekonomi

Perkembangan ekonomi merupakan antara ciri terpenting dalam

pembangunan sesebuah tamadun. Sesebuah masyarakat hendaklah mempunyai

struktur ekonomi yang kukuh. Ini bai membuktikan kemampuan tamadun tersebut

menjalankan tanggungjawab sebuah institusi ekonomi dengan baik dan lancar.

3.6 Mempunyai Kepercayaan Tertentu atau Agama

Sudah menjadi lumrah, kepercayaan agama merupakan tunjang

pembangunan sesebuah tamadun. Jika runtuh pegangan masyarakat terhadap

kepercayaan yang dianuti mereka maka runtuhlah juga sesebuah tamadun itu.

Justeru, pembinaan rohani anggota masyarakat juga perlu di ambil kira dalam

pembangunan sesebuah tamadun

7

Page 8: pengenalan tamadun dunia

3.7 Tulisan dan Bahasa

Sesebuah tamadun wajib mempunyai sistem tulisan dan bahasa mereka

sendiri. Ini bagi membuktikan kepada masyarakat atau tamadun lain bahawa

mereka mempunyai peradaban yang tinggi sehinggakan mempunyai bahasa ibunda

sendiri. Sistem tulisan juga perlu dicipta agar masyarakat tidak keliru.

3.8 Perkembangan Ilmu Pengetahuan

Perkembangan ilmu pengetahuan sudah semestinya merupakan inti

penting kerana tanpa ilmu pengetahuan, tiadalah wujudnya tamadun. Tokoh-tokoh

pemikir yang lahir akan membangunkan tamadun sesebuah masyarakat.

8

Page 9: pengenalan tamadun dunia

4.0 FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMUNCULAN DAN

KERUNTUHAN TAMADUN

4.1 Faktor Kemunculan Tamadun

Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang dilihat mendorong kepada

kemunculan sesebuah  tamadun adalah seperti berikut;

Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan oleh

kedudukannya yang strategik yang boleh mewujudkan penempatan

masyarakat dan juga mudah untuk memperolehi sumber-sumber

semulajadi bagi menampung kehidupan masyarakatnya. Contoh;

kemunculan Tamadun China di Lembah Huang-He dan Yong Tse,

Tamadun India di Lembah Ganges, Tamadun Mesia di Lembah Nil

dan Melaka di Selat Melaka.

Ransangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana amalan

daripada ajaran-ajaran agama mendorong manusia supaya

menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni. Ini secara

tidak langsung telah menjadikan manusia menuju kepada

kehidupan yang bertamadun. Kemunculan Tamadun Islam

umpamanya telah dipengaruhi oleh ransangan nilai-nilai murni

berdasarkan cara hidup Islam yang sempurna.

Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni

memandangkan masyarakat yang menghayati nilai-nilai murni

sudah pasti mendorong kepada sifat kecintaan kepada ilmu dan

9

Page 10: pengenalan tamadun dunia

nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan,

berdisiplin dan sebagainya. Pemimpinnya juga mengamalkan nilai-

nilai murni dalam kehidupan seperti tidak rasuah, berhemat,

bertanggung jawab dan jujur yang seterusnya mendorong

rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara.

Umpamanya; Plato dan Aristotle dalam Tamadun Yunani, kung Fu-

Tze dalam Tamadun China, Kautilya dalam Tamadun India serta

al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Tamadun

Islam.

Kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang dibelenggu keperitan

dan kesengsaraan menggalakan masyarakatnya bekerjasama

menggembling tenaga untuk melepaskan diri mereka daripada

belenggu tersebut. Ini akhirnya menjadikan sesebuah masyarakat

itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan

mereka. Umpamanya kebangkitan Jepun seringkali dikaitkan

dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka

dalam Perang Dunia Kedua.

Interaksi antara tamadun. Sikap ingin mewujudkan saling

berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain merupakan ransangan

kepada kehidupan bertamadun. Ini kerana sikap toleransi kepada

sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap

terbuka untuk menerima nilai-nilai yang baik daripada tamadun-

tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan

10

Page 11: pengenalan tamadun dunia

tamadun baru. Tamadun Islam umpamanya menerima sumber-

sumber ilmu daripada Tamadun China, India, Parsi dan

sebagainya.

Bagaimanapun, setiap tamadun dalam sejarah manusia mengalami

zaman kemerosotan masing-masing. Menurut pendapat Ibn Khaldun,

kemerosotan sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh putaran sejarah. Pada

awalnya, ia berjaya kerana mengamalkan nilai-nilai murni tetapi selepas

mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan

dan penyelewengan. Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat bahawa

sesebuah tamadun merosot bukanlah disebabkan oleh hukum sejarah.

Kemerosotan boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan

mengekalkan nilai-nilai yang baik.

4.2 Faktor Kemerosotan Tamadun

Berdasarkan kepada sejarah, sesebuah tamadun merosot disebabkan

oleh faktor-faktor berikut;

Wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara yang

miskin dan kaya.

Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga

hak-hak asasi manusia diketepikan.

Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat

terutama di kalangan pemimpin.

11

Page 12: pengenalan tamadun dunia

Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima

perubahan terutamanya dari segi sains dan teknologi,

struktur politik, ekonomi dan sosial. Ini kerana sikap

tertutup ini menghalang kepada peningkatan daya

kreativiti dan seterusnya menyebabkan masyarakat

tersebut hidup dalam kemunduran. Tamadun Islam

Uthmaniyyah misalnya, runtuh kerana sikap tertutup

mereka yang tidak mahu menerima perubahan

teknologi dan sosial.

Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang

menyebabkan kerosakan besar-besaran.

Bagaimanapun, faktor ini adalah diluar kemampuan

manusia untuk menghalangnya daripada terjadi.

12

Page 13: pengenalan tamadun dunia

5.0 KESIMPULAN DAN OBJEKTIF TAMADUN

5.1 Kesimpulan

Takrif, konsep dan prinsip-prinsip asas tamadun yang dibincangkan

menggabungkan suatu idealisme kesejagatan persepsi tentang perkembangan

kehidupan manusia. Antara Barat dan Islam tiada perbezaan dari segi menentukan

tamadun adalah pencapaian, perkembangan dan kemajuan oleh sesuatu

masyarakat. Yang berbeza ialah asas, sumber dan matlamat yang dibawa oleh

tamadun disebalik pencapaian itu. Tamadun Islam adalah yang diwahyukan oleh

Allah SWT manakala tamadun Barat dan lainnya dibentuk oleh pemikiran dan

pengalaman manusia.

5.2 Objektif

Tamadun dibangunkan hasil gabungan pelbagai faktor positif yang

bermula dari kepercayaan, agama, ilmu pengetahuan, sistem pentadbiran dan

organisasi sosial yang tertatur, kecantikan seni dan ketinggian budaya, serta

beberapa elemen penting yang lain. Namun, tanpa kita sedari, tamadun jugalah

yang telah memperbaiki kesemua elemen tersebut. Tamadun menambahkan

kekuatan beragama di kalangan ahli masyarakat. Tamadun juga yang telah

melahirkan ramai cendekiawan dan sarjana-sarjana dalam pelbagai bidang. Sitem

pentadbiran dan struktur sosial menjadi semakin kukuh di mana masyarakat dapat

merasakan perasaan selamat antara satu sama lain. Kesenian yang timbul dan

kebudayaan yang tercipta juga melambangkan ketamadunan sesebuah masyarakat

itu sendiri secara tidak langsung.

13

Page 14: pengenalan tamadun dunia

REFLEKSI

Semasa menerima tugasan, saya tidak dapat memahami apa yang sebenarnya

perlu saya lakukan. Saya cuba untuk memahami tugasan dengan bertanyakan soalan

kepada rakan saya. Akan tetapi, mereka juga tidak dapat memahami kehendak sebenar

tugasan yang pada awalnya diberikan oleh Ustaz Mahadzir. Oleh yang demikian, kami

semua sekali lagi bertanyakan mengenai kehendak tugasan yang diberikan oleh beliau.

Syukur Alhamdulillah, saya dapat memahami kehendak soalan yang diberikan. Oleh

yang demikian, tanpa membuang masa, saya terus mencari maklumat mengenai

tugasan ini. Beberapa hari diperlukan hanya untuk mencari maklumat kerana maklumat

yang ingin diperoleh begitu sukar. Tambahan pula, jadual kelas yang padat dan

terdapat aktiviti lain seperti latihan KAGUM dan latihan senamrobik membuatkan saya

kesuntukan masa. Saya menggunakan waktu rehat untuk mencari buku – buku rujukan

mengenai tamadun. Akhirnya, hasil usaha selama ini berjaya juga saya mendapat

beberapa sumber mengenai tugasan yang diberikan. Disebabkan masa yang semakin

suntuk, saya terus melaksanakan tugasan secepat yang mungkin. Dengan adanya

bantuan dan dorongan dari rakan berjaya juga saya menyiapkan tugasan ini sebelum

tarikh hantar. Terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz Mahadzir kerana memberikan

tugasan ini. Banyak ilmu pengetahuan baru yang saya terima dalam menjayakan

tugasan ini. Saya berharap agar hasil tugasan ini dapat digunakan dengan sebaik

mungkin. Sekian, terima kasih.

14