pengenalan dunia saham

Upload: tessei

Post on 03-Jun-2018

269 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    1/45

    PENGENALAN DUNIASAHAM

    Momentum Saham 2014

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    2/45

    APA ITU

    1. Saham adalah bisnes.

    2. Misalnya, kita mahu jual air soya tepi jalan. Kita keluarkan

    modal RM 500, kawan kita keluarkan RM 500. Jadi, dalam

    bisnes air soya, saham bisnes kita adalah 50%.

    3. Bisnes berkembang, kita pun pergi bank minta

    pembiayaan. Bank luluskan. Kita dapat buka kilang.

    4. Bisnes makin berkembang. Kita pergi bank. Bank kata,

    Kalau bank nak bagi duit boleh, tapi kos pembiayan

    sekarang agak tinggi. Cara lebih murah adalah jual saham

    syarikat encik kepada orang awam untuk tambah modal.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    3/45

    APA ITU

    5. Kita setuju. 50% dari saham kita dan rakan kita tadi dijual

    kepada orang ramai. 100,000 unit saham baru akan dijual.

    Namanya saham terbitan awam atauinitial public offering(IPO).

    6. Sekarang, pemilik saham syarikatberhadair soya tadi adalah

    kita, rakan kita dan 100,000 pemegang saham yang lain.

    7. Farizal Marlias (bukan nama sebenar) adalah salah seorang

    pemilik saham yang baru itu tadi. Oleh kerana terlalu ramai yang

    mahu saham syarikatberhadair soya, harga sahamnya naik diBursa Malaysia. Untunglah pelabur bernama Farizal Marlias. Dia

    pun jual saham dia untuk dibeli oleh orang lain.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    4/45

    APA ITU

    8. Nazmi Faiz (bukan nama sebenar) juga adalah salah seorang pemilik saham. Walaupun harga saham telah naik ,

    tapi dia tak mahu jual lagi. Rupa-rupanya dia menunggu dividen hasil dari keuntungan operasi syarikat. Malah,

    dia tambah lagi pegangan saham dia apabila ada orang lain mahu menjual sahamnya.

    9. Kita selaku pemilik asal syarikat tersenyum lebar sebab dah dapat modal dari IPO. Orang ramai juga dapat

    menumpang keuntungan syarikat kita dengan membeli saham-saham syarikat. Maklumlah, bukan semua orang

    berbakat uruskan bisnes sendiri sampai boleh diapungkan ke Bursa Malaysia.

    10. Cuma kita selaku pembeli / penjual saham, urusan jual beli ini diuruskan olehBursa Malaysiamenerusi

    pelbagai syarikat broker yang berdaftar. Manakala, untuk mengelakkan penipuan terhadap pelabur kita adaSuruhanjaya Sekuriti(SC) untuk mengawal selia (.e.g. badan hisbah).

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    5/45

    PROSES JUAL BELI

    Knowledge is power. Information is liberating. Education

    is the premise of progress, in every society, in every

    family. Kofi Annan

    Perkara pertama yang perlu anda buat sebelum terjun

    ke dalam dunia pelaburan adalah melengkapi diri

    dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi.

    Anda dapat menghadiribengkel saham

    , seminar atau

    baca buku-buku yang berkaitan dengan pelaburansaham.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    6/45

    PROSES JUAL BELI

    1.Buka CDS akaundengansyarikat broker. Hanya RM10, salinan kad pengenalan dan

    penyata bank diperlukan untuk membuka akaun trading ini.

    2. Setelah selesai membuka akaun, seorang remisier atau dealer akan menjaga hal ehwal

    anda. Anda boleh bertanya segala bentuk soalan kepada mereka. Semua urusan teknikal

    mereka akan bantu.

    3. Anda boleh menggunakanonline trading platformyang disediakan oleh broker.Caj yang

    dikenakanadalah lebih murah berbanding dengan caj biasa (telefon). Setiap broker ada

    menyediakan video tutorial bagaimana menggunakan trading platform mereka. Malah, ada

    broker yang mengadakan kelas mingguan khas untuk pelabur baru.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    7/45

    PROSES JUAL BELI

    4. Masukkan duit ke dalamtrust accountbroker. Anda boleh lakukan secara online, deposit mesin atau

    menggunakan cek sekiranya jumlah wang tersebut besar. Maklumkan kepada remisier anda yang anda sudah

    masukkan duit ke dalam trading akaun anda.

    5. Langkah seterusnya adalahplacing your order. Masukkan order anda. Pilih kaunter saham yang hendak anda beli,

    masukkan kuantiti dan harga. Submit. Jika anda menggunakan khidmat remisier, pastikan anda menggunakan kod

    kaunter yang betul dan bukan sekadar menyebut sahaja.

    Contohnya, ada beza bunyi tak antara Hup Seng dan Hap Seng? Kedua-dua syarikat ini adalah berbeza tetapi

    sebutan bunyinya kedengaran sama. Jadi, bila nak beli kaunter, sebutkan juga kod syarikat tersebut untukmengelakkan salah faham.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    8/45

    PROSES JUAL BELI

    6.Price queue. Harga yang andarequestmungkin belum lagi ada yang sudi menjualnya. Jika anda mahu beli harga

    semasa, memang ramai yang akan jual pada harga semasa. Tetapi jika bukan pada harga semasa, mungkin anda

    perlu tunggu untuk beberapa ketika sebelum order tersebutmatch. Statuspendingakan dipaparkan.

    7.Match order.Transaksi selesai apabila ada persetujuan antara pembeli dan penjual pada harga yang sama.

    Statusdoneakan dipaparkan.

    8.Trade confirmation.Setelah selesai proses jual atau beli saham tersebut, anda akan menerimatrading

    confirmationyang menunjukkan summary urusniaga yang dijalankan sebentar tadi. Pihak broker juga akan

    menghantarhard copy statement

    ke rumah anda setiap bulan bagi urusniaga yang dijalankan sepanjang bulan

    tersebut.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    9/45

    PROSES JUAL BELI

    9.Contract note.Anda juga akan menerimacontract notesyang menunjukkan brokerage fee, clearing fee, stamping

    fee, kos belian dan juga hasil jualan saham tersebut.

    10. Jika anda mahu keluarkan duit dari akaun trading anda samada duit untung atau duit modal, maklumkan sahaja

    kepada remisier anda dan mereka akan uruskan.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    10/45

    PROSES JUAL BELI

    Selesai. Itu sahaja prosesnya. Jangan risau jika anda menghadapi sebarang masalah atau kemusykilan ketika proses

    ini berlaku, anda dapat rujuk dealer atau remisier anda untuk dapatkan bantuan.

    Bagi mereka yang dah lama main saham, proses ini sudah dihadam sebab sudah biasa. Bagi mereka yang belum

    bermula, pasti anda rasa seperti susahnya nak main saham ni. Kelas dan buku sudah banyak baca tetapi masih

    juga belum bermula. Katanya belumconfidentlagi.

    Learning by doing.

    Selagi belum bermula, selagi itulah anda tidak tahu dunia saham itu bagaimana. Gunakan modal yang kecil dahulu

    ketika dalam masih dalam proses belajar ini. Rasa dulu untung RM50 sebelum berangan nak buat duit ribu-ribu di

    Bursa Malaysia.

    Just Do It! bak kata orang Jawa.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    11/45

    5 SEBAB KENAPA MAIN

    Tiada pelaburan yang sempurna.

    Setiap satu ada baik dan buruk.

    Kali ini mari tengok mengenai pelaburan

    saham. Saya ada 5 sebab kenapa kita patut

    terlibat dalam pelaburan saham.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    12/45

    5 SEBAB KENAPA MAIN

    1. Pelaburan Saham adalah Pelaburan Dalam Bisnes

    Ada orang berbakat buat bisnes sendiri. Ada orang tidak berbakat dalam hal tersebut. Maka pasaran saham

    membuka peluang kita membeli bisnes-bisnes yang hebat.

    Misalnya, kita suka bisnes bank. Kita ada impian nak ada bank sendiri. Masalahnya, modal nak buka bank sendiri

    bukan macam modal buka kedai pisang goreng. Dengan pasaran saham kita berpeluang membelisaham-saham

    yang berkaitan dengan bankseterusnya memiliki sebahagian kecil bisnes bank walaupun modal kecil.

    Kemudian disebabkan kita ni kurang berbakat dalam bisnes sendiri, maka kita dapat membeli bisnes yang

    diuruskan oleh mereka yang berbakat.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    13/45

    5 SEBAB KENAPA MAIN

    2. Mudah Dapat Maklumat Penting

    Pasaran saham dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.

    Syarikat berhad perlu melaporkan laporan tahunan, penyata kewangan kepada pemegang saham. Dokumen ini perlu

    diaudit oleh pihak ketiga. Ada standard laporan yang perlu dipatuhi.

    Seterusnya jual beli saham dibuat dalam pasaran terbuka. Jadi, penjual tak boleh nak tipu harga pasaran. Kalau harga

    saham tu dijual dengan harga yang lain, sama ada ada proses take over besar-besaran atau ada orang sedang

    menipu individu yang tamak nak untung cepat main saham.

    Undang-undang yang wujud sekitar pasaran saham ini dikenali sebagai the elimination of gharar.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    14/45

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    15/45

    5 SEBAB KENAPA MAIN

    4. Kurang Prosedur

    Dah ada ada CDS,trading accountdan modal maka kita dah dapat bermula.

    Kita tak perlu tunggu bank luluskan pinjaman. Kita tak perlu risau status kredit kita sebab lambat bayar hutang kad

    kredit. Kalau tersilap beli, sekejap sahaja dah boleh jual semula. (Rugi kos brokerage tapinya).

    Ya, seperti mana yang saya sebutkan awal tadi, pelaburan saham tidak sempurna. Tapi untuk tujuanpostini kita

    tengok yang baik-baik dahulu. Apa lagi kelebihan main saham pada pandangan tuan puan pula?

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    16/45

    5 SEBAB KENAPA MAIN

    5. Kalau Lepas Matematik Sekolah Rendah, Dah Boleh

    Kita tak perlu ada IQ tinggi.

    Tak perlu jadi professor, PhD atau orang paling bijak dalambatch.

    Kita cuma perlu tengok sekeliling kita untuk tahu bisnes tu besar atau kecil. Anak-anak kecil pun dah tahu Milo. Tak

    perlu habis SPM untuk tahu apa itu air Spritzer. Budak sekolah rendah pun tahu belitop-upMaxis.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    17/45

    5 SEBAB KENAPA MAIN

    Warren Buffettada menyebut:

    Success in investing doesnt correlate with

    I.Q. once youre above the level of 25. Onceyou have ordinary intelligence, whatyou

    needis the temperament to control the urges

    that get other people into trouble in

    investing

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    18/45

    7 SEBAB JANGAN MAIN

    Jangan terlibat dalam pasaran saham.

    Sekiranya kita mempunyai 7 ciri-ciri berikut:

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    19/45

    7 SEBAB JANGAN MAIN

    1. Tidak Tahu Beza Pelabur & Spekulator

    Spekulator / traderberbeza dengan pelabur (investor).

    Mereka melihat dengan cara berbeza. Tempoh masa berbeza.Tools yang berbeza. Ada orang melihat kereta hanya

    sebagai alat pengangkutan. Ada orang melihat kereta sebagai gaya, mutu dan keunggulan.

    Maka apabila mentaliti berbeza, maka yang lainnya pasti berbeza. Paling berbahaya apabila kita berpendapat kedua-

    duanya sama. Kita jadi macam orang gila.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    20/45

    7 SEBAB JANGAN MAIN

    2. Menjadi Spekulator Yang Tidak Mahir

    Scalper. Swing trader. Spread trading. Counter trend trading. Momentum trading. Trend trading. Dan seterusnya.

    Kesemuanya nampak sama tetapi berbeza. Kemahirannya juga berbeza-beza. Yang lebih dahsyat ada yang terlibat

    tanpa ada sebarang kemahiran yang betul.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    21/45

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    22/45

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    23/45

    7 SEBAB JANGAN MAIN

    5. Tiada Kesabaran & Disiplin

    Melabur perlukan kesabaran.

    Modal RM 10,000 jika kita dapat untung 100% setiap tahun, masih memerlukan 7 tahun untuk menjadi RM 1.28

    juta.

    Ya, 7 tahun. Bukan 7 hari, 7 minggu atau 7 bulan.

    Itupun kalau dapat untung 100% secara konsisten selama 7 tahun berturut-turut.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    24/45

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    25/45

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    26/45

    9 ISTILAH YANG ANDA MESTI

    Anda dah bolehjoinsekaki sembang saham

    selepas membaca artikel ini.

    Berikut adalah 9 istilah yang mesti anda

    tahu dalam pelaburan saham.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    27/45

    9 ISTILAH YANG ANDA MESTI

    1. Syarikat Broker

    Syarikat broker merupakan syarikat yang

    menguruskan transaksi jual beli saham yangmenghubungkan di antara penjual dan

    pembeli pada sesuatu masa. Syarikat broker

    ini berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti

    (SC) & Bursa Malaysia. Syarikat broker

    menerima komisyen setiap kali berlakunya

    urusan jual beli saham.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    28/45

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    29/45

    9 ISTILAH YANG ANDA MESTI

    3. Bull trend

    Merujuk kepada pasaran saham yang

    sedang naik.

    4. Bear trend

    Merujuk kepada pasaran saham yang

    sedang menurun.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    30/45

    9 ISTILAH YANG ANDA MESTI

    5. KLCI

    KLCI adalah singkatan kepada Kuala Lumpur

    Composite Index. KLCI merupakan indeks

    saham bagi pasaran Malaysia. Indek saham

    ini digunakan oleh para pelabur sebagai

    indikator untuk melihat pergerakan harga

    saham secara umum. KLCI terdiri daripada

    syarikat-syarikat besar yang mana

    pergerakan harga saham pada syarikat-

    syarikat ini mampu mempengaruhi

    pergerakan saham keseluruhannya.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    31/45

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    32/45

    9 ISTILAH YANG ANDA MESTI

    7. IPO

    IPO adalah singkatan kepada Initial Public Offering. Ia merupakan saham yang ditawarkan oleh syarikat kepada

    kepada orang awam untuk kali pertama diniagakan di Bursa Malaysia. Tujuan utama syarikat tersebutmengeluarkan IPO dan menjadikannyapublic listed companyadalah untuk mendapatkan modal bagi

    mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada. Kebiasaannya, harga yang ditawarkan untuk kali pertama ini

    adalah lebih rendah berbanding dengan harga sebenar selepas disenaraikan di Bursa Malaysia nanti.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    33/45

    9 ISTILAH YANG ANDA MESTI

    8. Akaun CDS

    Untuk melabur dalam pasaran saham di

    Malaysia, anda perlu membuka CDS akaun

    atautrading account. CDS adalah singkatan

    kepadaCentral Depository System. Akaun ini

    digunakan untuk melakukan semua

    traksaksi jual beli saham. Anda hanya perlu

    pergi ke mana-mana syarikat broker dengan

    membawa RM10 beserta dokumen seperti

    salinan kad pengenalan dan juga penyata

    akaun bank.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    34/45

    9 ISTILAH YANG ANDA MESTI

    9. Return On Investment ROI

    Pulangan daripada pelaburan. ROI ini penting untuk kita mengetahui prestasi portfolio pelaburan kita.

    Nilai ROI adalah lebih penting untuk dijadikan kayu pengukur daripada jumlah income yang diperolehi Sebagai

    contoh, si A mendapat income RM30,000 sebulan dengan modal berjumlah RM1 juta, manakala si B pula mendapat

    RM1,500 sebulan dengan modal berjumlah RM10 ribu. Mengikut formula diatas, ROI si B adalah 15% berbanding si

    Ayang hanya memperoleh 3% sahaja. Prestasi pelaburan si B adalah lebih tinggi berbanding dengan si A walaupun

    pendapatan yang dijana adalah lebih rendah daripada si A.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    35/45

    RISIKO MAIN

    Bayangkan kita mempunyai RM 100,000 modal pelaburan saham. Hari ini kita beli saham.

    Kemudian paper loss, nilai pelaburan tinggal RM 90,000.

    Minggu seterusnya, nilai pelaburan jadi RM 75,000.

    Dan jatuh lagi sehingga RM 50,000.

    Apa reaksi kalian?

    Sekiranya masih dapat tidur dengan baik maka pelaburan saham adalah sesuai untuk kita. Jika tak berani, pergi

    main congkak.

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    36/45

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    37/45

    CONTOH-CONTOH

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    38/45

    CONTOH KEUNTUNGAN PELABURAN

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    39/45

    CONTOH KEUNTUNGAN PELABURAN

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    40/45

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    41/45

    CONTOH KEUNTUNGAN PELABURAN

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    42/45

    CONTOH KEUNTUNGAN PELABURAN

    http://www.foxitsoftware.com/shopping
  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    43/45

    PELABURANSAHAM

    BERMINAT UNTUK MENJANA UNTUNG BESAR DARI

    PELABURAN SAHAM?

    BERMINAT UNTUK MENJADIKAN KEUNTUNGAN DARI

    PELABURAN SAHAM SEBAGAI PENDAPATAN BULANAN?

    KLIK >>> http://tinyurl.com/sahamku20

    http://www.foxitsoftware.com/shopping
  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    44/45

    ARTIKEL DI DALAM EBOOK INI MERUPAKAN

    KOMPILASI TULISAN TUAN SUZARDI

    MAULAN @ PAKDI.

    BELIAU MERUPAKAN SEORANG PAKAR

    PELABURAN, ISLAMIC FINANCE DAN

    KEWANGAN PERIBADI.

    BELIAU BOLEH DITEMUI DI

    http://www.pakdi.net/

  • 8/12/2019 Pengenalan Dunia Saham

    45/45