tamadun islam & dunia - full

132
 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM TAJUK: TAMADUN DUNIA DAN TAMADUN ISLAM  NAMA : RUBINI A/P NARAYANASAMY ( 2012122310033 ) (921130-08-6356) ERIC A/L LUIS ( 2012122310023 ) (940108-04-5527) KALAIARASI A/P RAJENDRAN ( 2012122310024 ) (940708-08-5362) THAMIL CELVAA A/L BALAKRISHNAN ( 2012122310039 ) (941031-02-6268) OPSYEN : 3 PPISMP BT/PJ/SJH SUBJEK : SEJARAH 1105 JABATAN : BAHASA PENSYARAH PEMBIMBING : PN. HAJAH ZUBEDAH BINTI ABDULLAH TARIKH SERAHAN : 02 OGOS 2013

Upload: thamil-del-rio

Post on 19-Oct-2015

335 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMTAJUK:TAMADUN DUNIA DAN TAMADUN ISLAM

NAMA : RUBINI A/P NARAYANASAMY ( 2012122310033 ) (921130-08-6356) ERIC A/L LUIS ( 2012122310023 ) (940108-04-5527)

KALAIARASI A/P RAJENDRAN ( 2012122310024 ) (940708-08-5362)

THAMIL CELVAA A/L BALAKRISHNAN ( 2012122310039 ) (941031-02-6268)

OPSYEN : 3 PPISMP BT/PJ/SJH

SUBJEK : SEJARAH 1105

JABATAN : BAHASA

PENSYARAH PEMBIMBING : PN. HAJAH ZUBEDAH BINTI ABDULLAH

TARIKH SERAHAN : 02 OGOS 2013

ISI KANDUNGAN

BILTAJUKMUKA SURAT

1. PENGHARGAAN

2. PENGENALAN

3. PENDAPAT SARJANA TENTANG KONSEP-KONSEP TAMADUN

4.CIRI-CIRI TAMADUN DUNIA

5.CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

6.PERBANDINGAN CIRI-CIRI SISTEM PEMERINTAHAN TAMADUN DUNIA DENGAN TAMADUN ISLAM

7.REFLEKSI

8.RUJUKAN

9.LAMPIRAN

BORANG KOLABORASI

NAMA : RUBINI A/P NARAYANASAMY (940426-07-5254) ERIC A/L LUIS (940108-04-5527)

KALAIARASI A/P RAJENDRAN (940708-08-5362)

THAMIL CELVAA A/L BALAKRISHNAN (941005-08-5547)

OPSYEN : 3 PPISMP BAHASA TAMIL (SK)NAMA PENSYARAH : PN. HAJAH ZUBEDAH BINTI ABDULLAHSUBJEK : SEJARAH

TARIKHAKTIVITIULASANT/TANGAN

-Pensyarah mata pelajaran Sejarah, Puan Hajah Zubedah telah memberi penerangan tentang tajuk tugasan semester.- Beliau meminta kami menjalankan tugasan ini secara berkumpulan dan beliau menjelaskan butiran lanjut mengenai tugasan.Kami dapat menerima tajuk tugasan

-Kami telah mencari maklumat dengan melalui beberapa jenis sumber maklumat.Kami mendapat beberapa maklumat tentang tugasan kami.

-Kami berjaya mendapat maklumat dari buku dan internet.Mengunjungi perpustakaan untuk mendapatkan buku ketamadunan dunia

- Kami sekumpulan telah melayari Internet untuk mendapatkan info tambahan.Kami berjaya mendapatkan gambar-gambar dari internet sebagai bukti.

-Pensyarah kami memberi komen dan beberapa cadangan untuk memperbaiki kerja-kerja kami.

Kami dapat membaiki pembetulan dalam tugasan.

-Kami menyiapkan tugasan kami.Kami dapat menghantar tugasankepada Ketua Opsyen kami.

PENGHARGAAN

Pertamanya kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah juga kami menyiapkan kerja kursus yang diamanahkan walaupun banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui semasa menyiapkan tugasan ini, kami tidak merasakan sebarang tekanan ketika melaksanakan kerja kursus ini. Ini kerana kami telah membahagi kerja dan berjaya menghabiskan dalam masa yang diberikan.Jutaan terima kasih juga di ucapkan kepada pensyarah pembimbing kami Puan Hajah Zubedah binti Abdullah di atas segala tunjuk ajar yang diberikan kepada kami. Sememangnya tunjuk ajar dan nasihat daripada beliau banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar daripada beliau, kami mungkin terkapai-kapai dalam menyiapkan tugasan ini.Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak menyumbangkan idea dan pendapat dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Segala sumbangan rakan-rakan amat kami hargai. Kami sangat berharap, apa yang telah kami lakukan ini akan membantu kami pada masa yang akan datang.Sekali lagi kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini. Segala jasa rakan-rakan amat kami hargai.

Sekian terima kasih.

PENGENALANTamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniah, tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan. Umumnya peningkatan tamadun merujuk kepada kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya persekitaran bagi membentuk kehidupan yang lebih kompleks, yang dapat dikaitkan dengan kemahiran menghasilkan idea-idea baru dalam meningkatkan cara hidup. Kemajuan tamadun dapat diukur melalui pencapaian manusia dari segi cirinya yang begitu unik dan istimewa. Usaha manusia untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam sekeliling telah menjadikan mereka masyarakat yang lebih kreatif dan inovatif. Kreativiti dan inovasi manusia banyak bergantung kepada kekuatan unsur spiritual dan pemikiran mereka. Dalam usaha memahami tamadun, beberapa sarjana telah mengenal pasti ciri-ciri masyarakat bertamadun. Menurut Edward L. Farmer dalam bukunya Comparative History of Civiliisations in Asia menggariskan beberapa ciri yang perlu ada dalam sesebuah masyarakat bertamadun iaitu sistem tulisan, organisasi social, agama dan kepercayaan, kerajaan dan pentadbiran, pengkhususan dan perbandaran.Ciri-ciri tamadun ini memperlihatkan keunikan dan keistimewaan sesebuah tamadun yang mengupas keupayaan berfikir tamadun tersebut dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Contohnya, pemerintahan dan pentadbiran, peperangan dan sistem pertahanan, sistem ekonomi, sistem pendidikan, penjelahan dan penerokaan dan konsep kesenian. Setiap tamadun berbeza dari segi ukuran kemajuannya berdasarkan ciri-ciri tersebut. Tamadun yang dapat kita kaji adalah tamadun Mesopotamia, Mesir, Yunani, India, China, Alam Melayu dan Islam. Setiap tamadun ini terserlah keunikannya dengan sumber-sumber yang dimilikinya.Seyogia, topik ini membincangkan perbezaan ciri antara tamadun dunia dan tamadun Islam di mana setiap tamadun tiada tolok bandingnya. Perbincangan sebegini memaparkan daya pemikiran kritis dan kreatif yang mampu mengupas bakat kita menghuraikan fakta dan menganalisisnya secara kritikal. Perbincangan ini juga merupakan satu percubaan awal untuk menerangkan tentang ilmu ketamadunan terutamanya yang menyentuh tentang Tamadun Islam dan Tamadun Dunia.

Jelaskan konsep-konsep tamadun yang ditengahkan oleh para sarjana mengikut pandangan masing-masing.

Sebelum munculnya tamadun awal manusia terdapat kelompok- kelompok masyarakat yang berselerak di merata- rata tempat , menunjukkan bentuk bentuk kebudayaan , kebendaan dan kerohanian yang berbeza . Semasa zaman neolitik terdapat perbezaan perbezaan yang di sebabkan oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur- unsur kehidupan . Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan manusia pada tahap neolitik . Ini memberikan suatu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang jauh lebih kompleks daripada perkampungan sebelumnya .Perkataan Tamadun sering digunakan untuk mengambarkan kemajuan kebendaan (material) sesebuah masyarakat. Perkataan ini mula diperkenalkan oleh seorang penulis Kristian (Jurji Zaidan) yang menulis tentang sejarah Islam dan sastera Arab. Perkataan ini telah diterimapakai sebagai perbendaharaan kata bahasa Melayu sejak zaman berzaman. Segelintir manusia masih lagi hidup dalam keadaan amai daif. Namun, pada umumnya dunia hari ini telah menempa sejarah tamadun yang tinggi. Ini terbukti dengan gaya hidup yang cemerlang, kemudahan yang canggih, kemajuan sains teknologi yang hebat, teknologi maklumat yang mengagumkan dan sebagainya.Kamus Dewan mendefinisikan tamadun sebagai keadaan kemajuan kebendaan atau pemikiran, budaya, sosial, politik, peradaban dan lain-lain (Teauku Iskandar : 1994). Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya ) yang tinggi peradaban. Negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi. Budaya hidup atau cara hidup orang-orang (Negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu. Keadaan pemikiran (budaya & sosial) yang halus. Terdapat beberapa Sarjana Barat, Sarjana Islam dan Sarjana Melayu telah mendefinisikan konsep Tamadun mengikut pandangan mereka. Pertama sekali, kita akan lihat bagaimana Sarjana Barat memberikan pandangan mereka mengenai Tamadun.Menurut Arnold Toynbee Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Beliau menambah lagi tamadun ialah satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral. (Mustafa Haji Daud: Tamadun Islam) atau dengan kata lain tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.A.S. Hornby dan E.C. Parnwell menyatakan dalam bukunya The Progressive English Dictionary tamadun bermaksud meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik moral dan sebagainya. Manakala J.R. Strayer pula, menerangkan dalam bukunya The Mainstream of Civilization menjelaskan perkataan tamadun amat ramat hubungan dengan perandaran. Beliau mengatakan tamadun itu lahir di Bandar. (Mustafa Haji Daud: Penghantar tamadun Islam)R.A. Buchanan pula menjelaskan bahawa masyarakat bertamadun perlu memiliki institusi-institusi yang kompleks, melibatkan tahap pengkhususan yang tinggi di kalangan anggota masyarakat, wujudnya stratifikasi sosial, tahap penguasaan matematik dan teknologi yang tinggi. Menurutnya lagi, masyarakat bertamadun juga seharusnya mempunyai pengeluaran barangan melebihi keperluan tempatan, kerancakan aktiviti perdagangan, wujudnya kesepaduan politik dan budaya, dan masyarakatnya memiliki ciri-ciri moden dan berdaya saing.Seterusnya, J.K. Fiebleman menyatakan tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan parkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan. E.B. Taylor pula menghujahkan pandangan beliau bahawa tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.Sarjana Barat Karl Wittfogel, menerangkan tamadun ialah ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu Negara berdasarkan pemikiran dan kepercayaan. Will Durat pula, mendefinisikan tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan, dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian. Hujahan Oswarld Spengler pula, tamadun barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan.Selain Sarjana Barat, Sarjana Islam juga memberikan pandangan dan pendapat mereka mengenai konsep tamadun. Ibnu Khaldun menerangkan tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Sarjana Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi mengatakan tamadun bermaksud kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna.Seterusnya, Muhammad Rasyid Redha menghujahkan agama adalah asas tamadun. Hal ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebanyakan fizikal. Rasioanalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya. Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan. Takrifan ini telah diterangkan oleh Sarjana Islam yang bernama Umar Audah al-Khatib.Ada sarjana Islam yang menjangkau definisi tamadun yang dikupas oleh sarjana-sarjana Barat. Tamadun yang difahami oleh Saiyyid Qutb bukan kemajuan kebendaan tetapi peradaban tauhid yang dilahirkan oleh sistem Islam yang menyempurnakan manusia dengan kemanusiannya, menimbulkan makna sebenar ubudiyah kepada Allah dan keseimbangan yang menyeluruh dalam hidup individu dan masyarakat. Ahmad Syalaby pula mengkategorikan tamadun kepada dua jenis iaitu peradaban teori dan peradaban ekperimen. Peradaban teori ialah peradaban tulen yang menjadikan Islam sebagai sumbernya yang tunggal. Peradaban ini dikatakan lahir dalam perkara-perkara yang tidak terdaya dicapai oleh fikiran manusia seperti di dalam sistem politik, perundangan dan moral. Manusia tidak terdaya mencipta sistem politik yang sihat, tidak terdaya mengendalikan isu-isu sosial yang menjadi perselisihan di kalangan manusia sejagat. Peradaban ekperimen ialah kemajuan yang boleh dicapai oleh manusia dalam bidang-bidang matematik, perubatan, astronomi dan sebagainya.Abu al-Ala al-Maududi mentafsirkan tamadun sama dengan hadarah yang bermaksud segala apa yang dihasilkan oleh suatu bangsa yang bersumberkan ilmu pengetahuan, adab, kesenian yang indah, pembuatan, ciptaan, perkembangan terhadap kehidupan peribadi dan masyarakat serta cara-cara yang digunakan dalam kehidupan politik. Sarjana Islam, Muhammad al-Bahiy berpendapat tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.Ada pula sarjana yang mendefinisikan tamadun berdasarkan sifat-sifat fizikal peradaban itu sendiri. Syirazi mendefinisikan tamadun sebagai sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjurus kepada perbahasan tentang sejarah keilmuan, kemajuan industri dan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Ahli antropologi, Robert Redfield mengibaratkan tamadun sebagai beberapa puncak pencapaian sama seperti puncak-puncak gunung di permukaan bumi. Menurut Sarjana Melayu yang bernama Syed Muhammad Naquib al-Atas, tamadun ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Bagi ahli antropologi tempatan, Wan Hashim Wan Teh menegaskan bahawa konsep tamadun dalam sains sosial merujuk kepada pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila, serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan mengurus sebuah kerajaan yang demokratis.Disamping itu, Gordon Childe , seorang ahli arkeologi Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya , tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian dari dan persekitarannya . Pada tahap itulah manusia berkumpul di sesuatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka iaitu untuk memperbaiki tahap kehidupan , interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan cultural potential untuk kehidupan yang lebih sempurna , pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan , kegiatan pertanian serta pertumbuhan seni , sains dan teknologi Contohnya masyarakat Mesir dan Sumeria menjadi lebih teratur apabila suatu bentuk kerajaan timbul dengan munculnya golongan paderi / pendeta yang dianggap sebagai pelindung masyarakatnya manakala agama di gunakan sebagai kuasa untuk mengawal golongan ramai dan perkembangan corak ekonomi.Selain itu , terdapat pula ahli arkeologi menjelaskan konsep tamadun melalui pembinaan bangunan - bangunan untuk memenuhi fungsi agama , sosial , politik dan ekonomi dan tulisan untuk merekodkan pengalamannya untuk kegunaan jangka masa panjang. Proses perbandaran membolehkan manusia menghadapi cabaran-cabaran fizikal dengan lebih berkesan dan menggunakan kebolehannya untuk menentukan takdir mereka.Jika kita kaji dengan lebih mendalam, perkataan kebudayaan mengikut keterangan yang dikemukakan oleh setengah sarjana adalah sama dengan maksud dan konsep tamadun. Manakala, pendapat yang lain pula mengatakan kebudayaan ada sedikit perbezaan dengan tamadun dan berdasarkan pengertian-pengertian yang dinyatakan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan petempatan dan kemudahan yang sempurna. Dalam sejarah Islam, tiga istilah digunakan iaitu, madaniyyah, umran dan hadharah yang menggambarka pencapaian umat Islam dalam pemurnian aqidah, perlaksanaan syariah. Kecemerlangan dan ketinggian akhlak disamping ketrampilan dalam keilmuan dunia dan agama dan kemajuan kebendaan berteraskan agama.Kesimpulannya, konsep tamadun merupakan pembangunan potensi diri dan kehidupan sesebuah masyarakan agar dapat menguasai berbagai-bagai bidang kemajuan terutama dalam bidang kesenian dan seni bina. Konsep tamadun juga dikatakan sebagai suatu perubahan atau pembangunan atau kemajuan yang berlaku dalam setiap bidang kehidupan masyarakat samada berbentuk fizikal, peraturan, pentadbiran dan pembangunan spiritual. Konsep tamadun mementingkan kedua-dua aspek kehidupan namun pembangunan akhlak dan spiritual adalah diutamakan.

Tamadun awal manusia terus berkembang kerana masyarakat sentiasa berusaha untuk mencapai kemajuan. Peningkatan berlaku setelah tamadun berkembang. Umumnya peningkatan tamadun merujuk kepada kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya persekitaran bagi membentuk kehidupan yang lebih kompleks, yang dapat dikaitkan dengan kemahiran menghasilkan idea-idea baru dalam meningkatkan cara hidup. Kemajuan tamadun dapat diukur melalui pencapaian manusia dari segi sosial, politik dan ekonomi. Hal ini dapat dilihat dalam tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus, China, Yunani dan Alam Melayu.

Sistem Pemerintahan Dan PentadbiranMenurut Collin Gem English Dictionary, istilah pemerintahan ( government ) berasal daripada kata akar govern iaitu memerintah, menguasai, mempengaruhi dan menentukan. Government menurut kamus ini merujuk kepada kerajaan atau pemerintah sesebuah Negara seperti kerajaan demokrasi yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya. Menurut Kamus Dewan pula, perkataan pemerintah berasal daripada perkataan perintah yang membawa maksud menyuruh dan mengarahkan sesuatu dilakukan. Pemerintahan didefinisikan sebagai kekuasaan yang memerintah dan menguasai Negara atau bahagian Negara. Ahli-ahli sejahrawan seperti Plato dan Aristotle menyatakan bahawa pemerintahan adalah fitrah semula jadi serta menjadi keperluan manusia pada setiap masa dan tempat kerana manusia itu adalah makhluk yang sentiasa memerlukan kehidupan bermasyarakat. Keamanan dan kesejahteraan masyarakat dapat diwujudkan dengan adanya pemusatan kuasa yang dikenali sebagai pemerintahan.Ibnu Khaldun menjelaskan bahawa setelah terbentuknya sesebuah masyarakat yang berasaskan tolong-menolong, biarpun telah berjaya memenuhi keperluan mereka dan berjaya melindungi diri mereka daripada bahaya binatang buas, namun mereka masih lagi tidak terdaya untuk mempertahankan diri daripada bahaya yang dicetuskan oleh manusia sendiri. Beliau juga menyatakan, naluri kehaiwanan telah wujud dalam diri seseorang manusia. pengawalan naluri ini adalah penting supaya bahaya yang didatangkan oleh manusia dapat dihindari. Oleh itu, pemusutan kuasa kepada seseorang yang dipilih untuk mengawal setiap anggota masyarakat adalah penting.Mandat diberikan kepada seseorang atau sekumpulan tertentu untuk dipertanggungjawabkan mengawal individu dalam masyarakat. Seserang ketua yang berkuasa berperanan sebagai penjamin keamanan dan keselamatan kepada masyarakat tersebut. Ahli-ahli falsafah seperti Rousseau, Hobbes dan John Locke berpendapat teori kontrak social antara rakyat dan pemimpin yang diberi mandate memerintah. Jika ada masyarakat, akan ada pemerintahan. Jika ada pemerintahan akan ada Negara. Hubungan antara masyarakat, pemerintahan, Negara dan tamadun adalah rapat. Terdapat empat ciri-ciri sesebuah Negara iaitu sempadan, kerajaan, kedaulatan dan penduduk. Pentadbiran ialah sistem yang melaksanakan pemerintahan sesebuah kerajaan, Negara atau Negara kota. Semakin luas Negara dan semakin ramai jumlah penduduk, maka semakin rumit corak pemerintahannya. Sesebuah Negara yang memiliki rakyat yang berilmu dan pemerintah yang bijaksana akan mampu melahirkan Negara yang bertamadun. Pada zaman kerajaan purba, sesebuah kota Negara juga dianggap sebagai sebuah Negara. Ini kerana sesebuah Negara kota mempunyai sistem pemerintahan, undang-undang dan penduduknya sendiri. Negara kota berpusat di sebuah kota atau Bandar. Penduduknya sangat patuh dan setia kepada Negara kota sehingga mereka sanggup mempertaruhkan diri kepada Negara kota mereka.

Pembentukkan Negara Kota Yunani

Pembentukan Negara kota bermla daripada kampung-kampung kecil yang terletak berselerak di seluruh tanah besar Yunani dan pulau-pulau di selatan. Pulau Crete adalah tempat kelahiran pertama tamadun Yunani. Orang Yunani yang membina tamadun ini berbangsa Agean dan dikatakan orang Yunani terawal memasuki tanah besar. Bangsa Dorian dari utara telah menakluki Yunani. Mereka menjadikan Sparta sebagai bandar mereka tetapi mereka tidak mengganggu Athens. Lama kelamaan penduduk di setiap lembah atau datarn bergabung menjadi satu komuniti politik dan menyembah dewa-dewi, berniaga, menjaga keselamatan dan menjalankan pemerintahan. Setiap negara kota (polis) mempunyai latar belakang sejarah. Undang-undang dan tuhan-tuhan mereka adalah unik dan dianggap mereka sebagai sebahagian daripada institusi tersebut. Purata penduduk setiap polis adalah antara 5000 hingga10000 orang. Polis menyatukan banyak ladang dan perkampungan tetapi pusatnya adalah bandar yang mempunyai kawasan pasar, kubu dan rumah ibadat. Penduduk di Yunani saling mengenali dan mempunyai hubungan rapat. Setiap negara kota adalah bebas tetapi sering berlakunya peperangan antara polis tersebut. Orang Yunani sanggup mempertahankan negara kota mereka sepanjang hidup mereka sehingga ke akhir hayat. Di tengah-tengah negara kota di Yunani terdapat sebuah acropolis yang menjadi pusat pentadbiran dan tumpuan aktiviti negara kota. Acropolis dibina di tengah-tengah bukit dan di kawasan berbatu yang dapat melihat keseluruhan pemandangan sesebuah negara kota. Pada pendapat Aristotle, negara kota Greek terbentuk melalui tiga intitusi iaitu kewujudan institusi keluarga, pembentukan kampung dan kewujudan negara kota. Beliau juga berpendapat ngara kota ini berfungsi untuk memelihara ketertibaan dan penyusunan masyarakat dengan menjaga akhlak serta melindungi rakyatnya daripada kekasaran dari luar dan dalam kota serat memastikan kehidupan dan keperibadian yang baik bagi rakyatnya.

Pembentukkan Negara Kota Alam Melayu

Negara kota Funan dan Negara kota Srivijaya adalah negara kota terdapat dalam pembentukan negara kota Alam Melayu. Kerajaan Funan terletak di sekitar kawasan Kampuchea sekarang. Kerajaan ini didiriakan pada kurun pertama masihi.Pengasas kerajaan Funan adalaah Putera raja dari India(Kaundinya). Beliau berkahwin dengan anak ketua tempatan. Ibu Negeri pertama adalah Vyadhapura dan bandar pelabuhannya Oc-Eo. Funan yang dikatakan sebagai negara thallasocracy iaitu perniagaan laut yang termasyhur di Asia Tenggara ketika itu.Pembentukan negara kota Srivijaya sebagai sebuah negara yang menguasai bidang perdagangan maritim bermula bad ke-7 Masihi. Pusat pemerintahanya terletak di Sumatera iaitu di sekitar Palembang dan Jambi. Perkembangan negara kota ini turut dopengaruhi oleh peranannya sebagai sebuah negara yang berorientasikan perdagangan maritim melalui pelabuhannya yang terletak di antara Sungai Batang Hari dengan Sungai Musi. Kerajaan Srivijaya berkembang disebabkan beberapa faktor antaranya penguasaan laluan sungai utama yang merupakan jalan untuk membawa hasil kawasan pedalaman ke pelabuhan. Permintaan yang tinggi terhadap bahan mentah tempatan seperti rempah ratus, cendana dan gaharu serta angkatan laut yang kuat menguasai peperangan menjadi faktor perkembangan kerajaan Srivijaya. Selain faktor itu, jalinan hubungan diplomatik dengan China yang menjamin keselamatan dan perlindungan serta penggunaan cerita mitos dan legenda juga fakto-faktor berkembang kerajaan Srivijaya.

Pembentukan EmpayarEmpayar adalah sesebuah kerajaan yang tertinggi dan berdaulat yang menguasai wilayah, negeri atau daerah yang luas.Perkataan empayar berasal daripada perkataan Latin iaitu imperium yang membawa dua makna. Makna pertama, bermaksud berperang dan makna kedua bermaksud, menggubal dan melaksanakan undang-undang. Sesebuah empayar akan diperintah oleh seorang pemimpin yang berwibawa yang bergelar maharaja. Penduduk di sesebuah empayar akan merentasi aspek ras, agama dan budaya. Sebagai contoh, ketokohan dan kehebatan Iakandar Zulkarnain banyak bergantung pada kewibawaannya sendiri kerana selepas kematiannya empayarnya turut merosot. Terdapat 7 prasyarat penting dalam pembentukan sesebuah empayar. Antaranya, ketidakstabilan politik sesebuah tamadun kerana peperangan antara kerajaan-kerajaan kecil untuk mendapatkan kuasa. Seterusnya, persediaan peralatan tentera dan penguasaan sumber ekonomi dan sebagainya. Pembentukan sistem biokrasi yang sistematik dan perluasan wilayah di kawasan-kawasan pinggir juga prasyarat yang terdapat dalam pembentukan empayar. Selain itu, gelaran Maharaja, penguasaan ketenteraan dan perkembangan sistem pengangkutan dan komunikasi adalah prasyarat pembentukan sesebuah empayar.

EMPAYAR MESOPOTAMIA

Empayar Akkadia, Empayar Babylon dan Empayar Assyria adalah empayar yang pernah muncul di Mesopotamia. Empayar Akkadia ialah empayar terawal di Mesopotamia yang diasaskan oleh Raja Sargon. Baginda menyatukan wilayah-wilayah di sepanjang bahagian selatan Sungai Tigris dan Euphrates. Pada zaman pemerintahanya, empayar Mesopotamia meliputu seluruh Mesopotamia, Syria, kawasan pergunungan Ira, Parsi dan Anatolia. Sargon dan penggantinya Raja Naram Sin telah melancarkan ekspedisi sehingga sampai ke pantai Mediterrean dan Laut Hitam. Dibawah Dinasti Babylon, Hammurabi yang terkenal dengan kod undang-undangnya, turut melaksanakan dasar perluasan wilayah. Wilayah-wilayah seperti Larsa, Elam, Mari, Malgum dan Isin jatuh ke tangannya. Selepas kejatuhan empayar tersebut, orang Assyria telah mengukuhkan kedudukan mereka di sekitar Sungai Tigris sehingga Laut Mediterranean, Mesir dan Libya. Semasa pemerinyahan Raja Tiglatpileser(||) empayar kerajaan ini semakin luas sehinggakan kerajaan-kerajaan seperti Israel, Damascus dan Urartu telah menghantar ufti kepadanya.Tentera Assyria digeruni kerana dikatakan amat zalim dan garang. Selepas memenangi sesuatu perang, mereka sering membakar harta-harta musuh termasuk membakar musuh-musuh mereka. Kejayaan empayar ini disebabkan mereka mengetahui teknologi melebur besi bagi membolehkan mereka membuat senjata. Mereka juga menggunakan anak panah yang diperbuat daripada besi. Mereka juga menggunakan topi dan perisai yang diperbuat daripada gangsa. Pemerintahan empayar ini dikatakan berkesan kerena berjaya menguasai dan mentadbir wilayah-wilayahnya dengan baik. Sistem perkhidmatan pos diwujudkan bagi menjamin perhubungandi wilayahnya berjalan dengan lancar.

EMPAYAR CHINA

Dinasti Chin, Dinasti Han dan Dinasti Tang adalah dinasti-dinasti yang terdapat dalam Empayar China. Apabila melihat Dinasti Chin, zaman kegemilangan dinasti ini dicapai semasa pemerintahan Shih Huang Ti. Beliau berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China serta memerintah secara autokratik, tegas dan mutlak. Beliau telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera mentadbir wilayah kekuasaannya. Beliau berjaya menyatukanseluruh wilyah China di bawah satu pemerintah pusat. Empayarnya meliputi sebahagian besar wilayah Szechuan hingga ke Sungai Merah di Vietnam. Semasa pemerintahannya, beliau menghadapi ancaman daripada orang-orang Basar ( orang-orang Hsiung Nu ). Oleh itu, beliau telah menyambung usaha membina Tembok Besar China sehingga menjadi 5000 km. Namun, pengganti Shih Huang Ti gagal mengawal seluruh empayar yang telah dibina.Dinasti Han pula, diasaskan oleh Liu Bang iaitu seorang pemimipin tentera Dinasti Chin. Beliau berasal daripada keluarga petani. Beliau tidak banyak melakukan pembunuhan sebaliknya menjaga kebajikan rakyatnya dan memberi perlindungan terhadap tentera Chin yang menyerah kalah. Beliau digelar Maharaja Kao-Tsu (206SM-195SM). Perluasan wilayah dilakukan oleh Maharaja Han Wu Ti melepasi sempadan China (Utara China). Persediaan ketenteraan yang rapi dan teratur menyebabkan Maharaja Han Wu Ti berjaya memperluas jajahan takluknya iaitu wilayah Korea, Manchuria, Panir dan Khokhand di Asia Tengah dan Singkiang, Lembah Tarim dan Tatar di utara, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tu di selatan.Dinasti Tang di Emapayar China diasaskan oleh Li Yuan. Beliau melakukan gerakan ketenteraan dan berjaya meluaskan empayarnya sehingga ke Mongglia, Manchuria, Samarkand dan Bukhara dan turut menawan sebahagin Korea Utara, Turkistan dan Afghanistan.

EMPAYAR INDIA

Empayar Maurya bermula dari uatar India setelah Chandragupta Maurya menggulingkan kerajaan Magadha (321S.M.). Terbentuklah Dinasti Maurya dari 321 S.M. hingga 292 S.M. Beliau telah menyatukan beberapa buah kerajaan kecil di utara India bagi menghadapi ancaman tentera Yunani. Ibu kota empayar ini terletak di Pataliputra. Empayar ini mempunyai 9000 tentera bergajah, 30000 tentera berkuda dan 60000 tentera pejalan kaki. Berjaya menguasai seluruh India utara. Kemudian menakluki Punjab dan mengalahkan Seleceus dan kawasan sempadan India Barat. Chandragupta digantikan oleh puteranya, Bindusara. Beliau telah meluaskan empayarnya ke Mysore. Beliau juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Syria dan Mesir. Selepas kematian Bindusara, digantikan oleh Asoka. Semasa pemerintahan beliau Dinasti ini mencapai zaman kegemilangannya. Empayar ini berkembang hingga Afghanistan (timur) dan hampir seluruh Semenanjung Tanah Besar India (selatan). Ssemasa Perang Kalinga lebih kurang 30000 tentera musuh ditawan dan 100000 terbunuh telah memberi kesan mendalam kepada Asoka dan dasar politiknya. Peristiwa itu telah mengubah jiwa Asoka dan beliau cuba menyebarkan agama Buddha ke seluruh empayarnya. Beliayu cuba menawan India secara rohaniah dan bukan secara ketenteraan. Asoka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan lain seperti kerajaan Mesir bagi menghindari peperangan dan mengekalkan keamanan. Selepas kematian Asoka, empayae ini mula merosot kerana pengantinya lemah.Empayar Gupta pula diasaskan oleh Chandragupta yang mempunyai ibu kota di Pataliputra. Beliau menggunakan gelaran Raja Segala Raja/Maharajadhiraja. Selepas itu, digantikan oleh puteranya iaitu, Samudraguptayang digelar Indian Napoleon. Beliau meluaskan empayar ke barat India sehingga ke Sungai Indus dan selatan India hingga ke Tanah Tinggi Deccan. Kerajaan Chola digalakkan oleh kerajaan Pallapa. Empayar Moghul pula diasaskan oleh Babur (Baber) pada tahun1526 hingga 1857. Empayar ini diperintah oleh 17 orang pemerintah yang beribu kota di Delhi. Bermula zaman pemerintahan Bahadur Syah | hingga Bahadur Syah ||, empayar ini mengalami kemerosotan. Bahadur Syah || dibuang negeri oleh pihak British. Empayar ini diperkukuhkan oleh Akbar Agong dan mencapai kegemilangan ketika pemerintahan Syah Jahan dan kemuncaknya semasa pemerintahan Aurengzab. Akbar dirangkap sebagai pengsas kedua empayar Moghul. Beliau membentuk sistem percukaian, perundangan dan mata wang di seluruh empayarnya. Syah Jahan mewarisi takhta daripada bapanya, Jahargir. Beliau digelar bapa seni bina India. Zaman Aurengzab adalah zaman kemuncak kekuatan tentera Islm di India.

EMPAYAR YUNANI

Pembentukan empayar Yunani bermula dari Raja Greek mula menghantar rakyatnya ke negara lain di seberang laut sebagai peneroka kerana bilangan penduduknya yang kian bertambah sedangkan Greek kekurangan tanah yang subur dan kebimbangan pemerintahnya terhadap penentangan rakyat terhadap golongan pemerintah (golongan minoriti yang terdiri daripada orang kaya). Pembukaan tanah-tanah jajahan Greek itu adalah bermatlamatkan perdagangan. Walau bagaimanapun Greek tidak pernah menubuhkan satu kuasa yang agung, yang kuat dan berpadu di Mediterranean kerana negara-negara kotanya di tanah besar Greek sendiri sentiasa bersaing antara satu sama lain. Tetapi menerusi beratus-ratus buah tanah jajahan itu Greek telah meresapkan pengaruhnya di kalangan bangsa-bangsa lain dan dipusaki turun temurun. Dalam pada kota-kota di Greek asyik bercakaran, satu kuasa besar telah muncul di kawasan pergunungan utara Semenanjung Balkan iaitu kerajaan purba Makedonia. Pada tahun 359SM, Philip II telah mengisytiharkan dirinya sebagai raja Makedonia. Beliau bercita-cita untuk menguasai seluruh Greek yang berpecah belah itu. Pada tahun 338 SM berlakulah peperangan Chaeronea dengan kemenangan tentera Makedonia mengalahkan tentera Athens dan Thebes. Zaman negara kotapun berakhir. Seorang raja Makedonia berkuasa di Greek. Semua kota kecuali Sparta menghantar wakil menemui Philip. Philip membentangkan rancangannya untuk menyatukan Greek bagi menentang Parsi. Rancangannya tidak sempat dilaksanakan kerana telah terbunuh semasa kesibukan menyambut perkahwinan anak perempuannya.Philip II digantikan oleh anaknya Iskandar Zurkarnain / Iskandar Agung ( 356 SM 323 SM). Usianya ketika itu ialah 20 tahun. Athens dan beberapa buah negara kota lain bangun memberontak menentang Iskandar tapi telah dikalahkan oleh Iskandar. Iskandar telah berjaya menawan Asia Kecil (jajahanParsi), Parsi ( Parsi diserang tahun 334 SM yang ketika itu diperintah oleh Darius II dan pada tahun 331 SM Parsi ditawan), Mesir ( 332 SM), Lembah Tigris dan Euphratesdan juga Lembah Indus(326 SM). Beliau menggalakkan penaklukan Greek ke atas Asia secara besar-besaran untuk mempraktikkan rancangan utamanya iaitu menyatyukan Eropah dengan Asia berdasarkan kebudayaan Greek. Iskandar telah berusaha selama 13 tahun dengan mengembara sejauh 32,000 km dan telah berjaya mengasaskan sebanyak 70 buah kota. Tiada penakluk Eropah yang dapat menandingi Iskandar dalam kempennya merentasi gunung ganang tinggi dan gurun Asia Tengah. Iskandar telah meninggal dunia pada tahun 323 SM di Babylon dalam usia 33 tahun selepas mengidap demam.Cita-citanya untuk menubuhkan sebuah empayar dunia yang terbentang luas dari India ke Sepanyol yang berdasarkan kebudayaan Greek lenyap dengan kematiannya. Pengganti-pengganti beliau gagal menyatukan kawasan-kawasan yang ditakluki walaupun telah berusaha sedaya upaya melalui peperangan yang bertahun-tahun lamanya. Dunia Graeco-Makedonia telah berpecah kepada 3 bahagian. Selepas kematian Iskandar, negara-negara kota Greek berperang cuba membebaskan Greek dari pemerintahan Makedonia tetapi gagal. Usaha-usaha penaklukan Iskandar telah membawa banyak kesan. Bandar Iskandariah (sempena namanya) di Mesir telah muncul sebagai pusat ilmu pengetahuan yang penting. Perdagangan telah berkembang. Begitu juga dengan penyelidikan saintifik. Beliau menggalakkan persaudaraan manusia. Satu lagi peninggalan beliau ialah mewujudkan era Hellenistik ( percampuran budaya Yunani dengan bukan Yunani). Secara ringkasnya, perluasan wilayah empayar Yunani oleh Iskandar Zulkarnain dan laluan yang digunakannya untuk menakluk kawasan-kawasan di Timur.

Iskandar Zulkarnain

Peta Empayar Yunani / Iskandar Zulkarnain

EMPAYAR ALAM MELAYUDi Alam Melayu juga terdapat beberapa buah kerajaan yang membentuk empayar seperti kerajaan Srivijaya dan Majapahit. Cara empayar di Alam Melayu mewujudkan empayar ialah melalui beberapa cara seperti peperangan ( seperti yang dilakukan oleh empayar Srivijaya dan Funan), perkahwinan politik, penerimaan ufti 9 seperti yang dilakukan oleh beberapa kawasan sekitar Srivijaya kepada Srivijaya) dan menggunakan metos dan legenda (seperti yang dilakukan oleh kerajaan Srivijaya bagi menunjukkan kebesarannya dan menggerunkan negeri-negeri sekitar). Kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara membina empayar atas motif memperluaskan politik dan mengukuhkan kedudukan ekonomi masing-masing. Kerajaan Srivijaya yang terletak di Sumatera berpusat di Palembang(Abad ke-7 - ke-14 M) muncul selepas kejatuhan empayar Funan. Srivijaya merupakan sebuah empayar Melayu awal yang sangat bergantung kepada perdagangan. Kedudukannya di Selat Melaka dan Selat Sunda menjadikannya pengawal lalu lintas di kawasan itu yang selama ini dipegang oleh Kerajaan Kantoli dan Melayu.Bagi mengukuhkan penguasaannya dalam bidang ekonomi, Srivijaya telah menawan kerajaan-kerajaan Jambi (671-685)di Sumatera, Kedah (682-685M)hingga ke Ligor di Tanah Melayu, Bangka, Tulang Bawang dan Minanga di Sumatera, Tarumanaga di Jawa Barat. Penguasaan tersebut menjadikan Srivijaya amat berkuasa mengawal laluan perdagangan China-India selama 3 abad. Pada abad ke-8M, Mataram di Jawa Tengah di bawah Dinasti Sailendra telah mengancam Srivijaya hinggakan sejak tahun 775M kerajaan Srivijaya mula diperintah oleh keturunan Sailendra dari Jawa itu.. Pada abad ke-8 hingga ke-10 M empayar Srivijaya telah berpecah menjadi negeri-negeri kecil. Pada akhir abad ke-10M Srivijaya muncul kembali sebagai pusat perdagangan. Pada tahun992M inilah Srivijaya menyerang Jawa untuk menguasai Selat Sunda. Srivijaya telah berjaya menyekat kapal-kapal daripada singgah di Jawa. Dengan itu Srivijaya dapat mengembalikan kuasanya ke atas bekas tanah jajahannya.Kejayaan Srivijaya menguasai kerajaan-kerajaan lain memudahkannya menguasai perdagangan di Asia Tenggara. Dasar perluasan kuasa telah memberi keuntungan kepada Srivijaya kerana ia telah dapat memungut hasil cukai daripada kapal-kapal yang belayar melalui Selat Melaka dan Selat Sunda. Srivijaya juga menerima ufti daripada tanah jajahannya serta mengawal/menguasai hasil keluaran dari kawasan pedalaman Sumatera dan Tanah Melayu.Dengan barangan dagangan yang banyak, Srivijaya mampu menarik ramai pedagang singgah di pelabuhannya. Untuk memantapkan keselamatan negara dan kepentingan ekonominya, Srivijaya telah menjalin hubungan baik dengan China dan India Selatan (Kerajaan Chola). Satu aspek yang patut juga disentuh di sini yang menjadikan Srivijaya menjadi tumpuan masyarakat Nusantara ialah kemunculannya sebagai pusat agama Buddha yang bertaraf antara bangsa dan pusat bahasa sanskrit di Nusantara.Kerajaan Srivijaya nampaknya tidak dapat bertahan selama-lamanya apabila kerajaan ini tidak putus-putus dicabar dan digugat oleh kuasa-kuasa luar. Serangan dari Kerajaan Chola di Selatan India pada tahun 1025M telah melemahkan Srivijaya. Jajahan Srivijaya di Kedah, Panei, Langkasuka dan Jambi telah dikuasai Raja Chola. Dengan kenaikan kerajaan Sukhotai , orang-orang Thai memperluaskan kuasanya dengan menawan jajahan Srivijaya di utara Semenanjung Tanah Melayu. Kebangkitan empayar-empayar Singhasari dan Majapahit di Jawa Timur turut mengancam kegemilangan Srivijaya. Palembang yang menjadi pusat pemerintahan Srivijaya telah ditawan Majapahit pada tahun 1377M. Pukulan muktamad yang mempercepatkan kehancuran Srivijaya ialah dengan perkembangan Islam di Nusantara. Menjelang akhir abad ke-13 M kebesaran Srivijaya hanya tinggal sebagai tinggalan sejarah sahaja.Kerajaan Majapahit (1292 -1528M) pada zaman kegemilangannya (1293 -1389) telah mewujudkan satu empayar yang penting, luas dan berpengaruh di Nusantara. Motif perluasan empayarnya adalah untuk menguasai perdagangan Nusantara. Gajah Mada adalah Perdana Menteri kepada pemerintah Hayam Wuruk (1350-1398M) yang berjasa dalam perluasan kuasa Majapahit. Kuasanya meliputi Bali, Makasar, sebahagian Borneo, Temasik, Pahang, Selatan Sumatera (termasuk Srivijaya) dan Sunda di Jawa Barat. Kejatuhan Srivijaya ke tangan Majapahit membolehkan Majapahit menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka. Pedagang-pedagang dari Asia Tenggara, China, India dan Asia Barat bertumpu ke Majapahit. Kematian Gajah Mada menjadi titik tolak keruntuhan kerajaan Majapahit. Di samping faktor dalaman (ketiadaan pemimpin sehebat Gajah Mada, rebutan kuasa), kebangkitan Melaka dan perkembangan Islam di Nusantara khususnya kebangkitan Islam di Demak ( Jawa)turut membantu kemerosotan Majapahit. Kerajaan Melayu Melaka yang sedang berkembang mula menguasai jajahan Majapahit di Sumatera. Jajahan takluknya yang lain mula membebaskan diri daripada kuasa kerajaan Majapahit. Kerajaan islam Demak mula mengambilalih kekuasaan Majapahit di Jawa.Kerajaan Funan Kerajaan ini dikatakan telah wujud sejak abad pertama Masihi lagi di Kemboja.Ia didirikan oleh seorang Brahmin yang bernama Kaundinya ( ada pendapat mengatakan bahawa Kaundinya adalah orang luar, mungkin datang dari India, Tanah Melayu atau pulau-pulau di sebelah selatan)). Inilah negeri kuasa besar yang pertama dalam sejarah Asia Tenggara yang mempunyai beberapa daerah taklukan dalam masa keagungannya (kerajaan Tun Sun, Tu-kun, Ciu Cih/Cu-li, Langkasuka). Pemerintah Funan yang paling masyhur ialah Fan Shih-man yang dikatakan telah menawan Indo-China, Siam, Langkasuka dan utara Tanah Melayu. Ia merupakan negeri perniagaan laut yang terawal sekali di Asia Tenggara yang mempelopori Srivijaya kemudian. Ibu kotanya yang mula ialah Vyadhaputra dan bandar pelabuhannya ialah Go-Oc-Eo yang terletak di Lembah Sungai Mekong. Tapak peninggalan pelabuhan itu menunjukkan bukti-bukti tentang perhubungan lautnya dengan pantai Teluk Siam, Tanah Melayu, Indonesia, India, Parsi dan Mediterranean. Pada ketika itu pelabuhan itu terletak di tengah-tengah perjalanan laut yang sibuk iaitu di antara China dengan Barat.Kerajaan ini ditewaskan pada akhir abad ke-6 oleh seorang ketua pemberontak dari Chenla yang bernama Bhavavarman. Kerajaan Chenla ini dianggap sebagai kerajaan pra-Angkor. Kerajaan Chenla dikalahkan oleh Maharaja Indra (787-812), rajan Srivijaya dari keturunan Sailendra di Jawa. Kerajaan ini menjadi jajahan Srivijaya selama 28 tahun hingga tahun 802M.Kerajaan Angkor, Kejatuhan kerajaan Chenla menaikkan Kerajaan Angkor dengan Jayavarman II (802 850M) di Barat Laut Kemboja sebagai rajanya yang pertama (atas bantuan kerajaan Srivijaya). Ibu kota Angkor terletak di Indraputra.Di kalangan raja-raja Angkor, Raja Suryavarman 1 (1002-1050), seorang putera raja Tambralinga merupakan raja yang terkenal dengan perluasan kekuasaan Kemboja. Semasa empayar ini di bawah pemerintahan Suryavarman II, Angkor membentuk empayar yang luas ( 1113 1150 M). Empayar angkor meluas hingga ke wilayah Mon di Lembah Menon dan Tambaralinga di Selatan Thai. Empayar Angkor mencapai puncak kekuasaan semasa diperintah oleh Jayavarman VII (1181 1218M). Champa dikuasainya ( 1203-1220M). Angkor juga meluaskan kuasanya ke atas Pagan di Myanmar. Kerajaan Angkor mengalami kelemahan akibat migrasi orang-orang Thai dari utara dan pukulan yang membawa kejatuhannya ialah serangan kerajaan Ayuthya pada tahun 1432.Kerajaan Sukhotai, Sebenarnya orang-orang Thai berasal dari wilayah Yunan, China. Apabila kerajaan mereka, Nanchao ditakluki Mongol pada tahun 1253 mereka berpindah ke selatan. Perpindahan mereka ke selatan itu telah menyebabkan penubuhan kerajaan Sukhotai dan melemahkan kerajaan Kemboja. Pengasasnya ialah Rama Khamheng (1275-1317) , putera Sri Indrachtya yang menakluki Sukhotai pada tahun 1238. Rama Khamheng telah meluaskan kawasannya ke utara Tanah Melayu, Ligor dan Pattani. Kematian Rama Khamheng menjadikan kerajaan Sukhotai menjadi lemah hinggalah munculnya kerajaan Ayuthya pada tahun 1350.

BENTUK PEMERINTAHAN

TAMADUN MESIR

Di Mesir pula pentadbiran dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan wilayah. Rajanya yang dipanggil Firaun itu mempunyai kuasa mutlak dan memerintah dengan kuku besi.serta berhak sepenuhnya ke atas tanah dan air di Mesir. Raja dianggap anak kepada Amon Re(Tuhan Matahari).Raja memainkan peranan penting dalam semua biidang termasuk bidang pentadbiran, keagamaan, kehakiman dan ketenteraan. Raja menjadi ketua dalam semua bidang tersebut. Rakyat dipaksa patuh kepada Firaun dan memaksa rakyat membayar cukai. Kerajaannya terbahagi kepada beberapa daerah yang ditadbir oleh pegawai-pegawai kerajaan bagi menyenangkan pentadbiran. Setiap daerah diketuai oleh seorang gabenor yang terdiri daripada golongan bangsawan yang bertugas sebagai pengutip cukai dan menjadi hakim. Golongan bangsawan itu mewarisi jawatan tersebut secara turun temurun. Kuasa mereka terhad dan dikawal oleh Firaun. Wazir menjadi penasihat utama kepada firaun. Wazir dikehendaki melaporkan perkembangan berkaitan pentadbiran kepada Firaun setiap hari.

Wazir bagi selatan MesirWazir bagi utara Mesir FIRAUN

Jurutulis ( Scribes )

Pengurusan TernakanPusat Pengumpulan BijirinKerja-Kerja DirajaHal Ehwal LuarKewanganMessengerPara Pegawai

TAMADUN INDIADalam tamadun awal India ( Tamadun Sungai Indus) yang bermula pada tahun 2500 SM, pemimpin adalah dari golongan pendeta dan berkuasa mutlak ( kerajaan bersifat teokrasi).Ini bermakna, India pada masa itu belum lagi melaksanakan pemerintahan beraja. Semasa India diperintah oleh Dinasti Maurya yang diasaskan oleh Chandragupta Maurya (321 SM), India mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak dan secara monarki.Gelaran raja bertukar menjadi maharaja apabila perluasan kuasa ke kawasan-kekawasan sekitar dilakukan. Kerajaan ini kuat dengan bantuan 700,000 orang tentera yang cekap tetapi tiada belas kesihan. Petani-petani dikenakan cukai yang berat di bawah pengawasan pegawai-pegawai raja yang sangat zalim. Raja memerintah dengan bantuan Majlis Penasihat. Empayar dibahagikan kepada 5 bahagian atau wilayah dan setiap wilayah diketuai seorang wizurai. Kerajaan ini mempunyai Pejabat Peperangan yang mengandungi 6 Jabatan dan Perkhidmatan Perisik yang teratur. Pentadbiran awam termasuk Badan Perdagangan, Jabatan Kerja, Badan Upah dan Pendaftaran kelahiran, kematian dan pendapatan. Bandar-bandar dalam empayar Maurya ditadbir oleh satu badan yang dibahagikan kepada 6 jawatankuasa dan dianggotai 30 orang ahli. Ada ahli sejarah berpendapat, Chandragupta Maurya ini menjelankan sistem pemerintahan awam untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara dengan memperbaiki sistem keadilan dan pentadbiran. Ketika India diperintah oleh Maharaja Asoka (273 SM atau 269 SM) , baginda menjalankan pemerintahan dengan baik dan berperikemanusiaan berdasarkan titah perintahnya yang diukir pada tiang-tiang batu di sepanjang jalan untuk dibaca oleh rakyat. Semua orang diberi hak dan peluang yang sama dalam pentadbiran.. Asoka sangat benci kepada kemusnahan, kekejaman dan permusuhan. Baginda membawa semangat kemanusiaan baru di kalangan raja-raja hasil dari ajaran agama Buddha yang bertindak atas rasa sensitif dan tidak mementingkan diri sendiri.Beliau mengamalkan doktrin Ahimsa yang melarang perbuatan menyakiti atau melukai haiwan dan manusia. Asoka juga menjalankan reformasi dalam pentadbiran melalui Dharma-Mahamatra. Sistem ini memastikan pegawai-pegawai kerajaan di wilayah-wilayah melaksanakan tugas berdasarkan arahan kerajaan pusat. Asoka memerintahkan gabenor-gabenor dan pegawai-pegawainya supaya adil dan bersifat belas kesihan. Asoka juga menyediakan rumah-rumah rehat, telaga dan pokok kayu untuk kemudahan pengembara dan menyediakan rumah sakit bagi merawat orang dan haiwan yang sakit. Semasa India di bawah pemerintahan raja-raja Gupta, kerajaan ini juga tidak mengganggu kehidupan rakyat kecuali untuk membasmi jenayah, tiada penganiaan terhadap agama. Hukuman bunuh jarang dilakukan. Kebanyakan kesalahan yang dilakukan dikenakan hukuman denda.

TAMADUN CHINA

Semenjak awal tamadun China telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak secara monarki. Dinasti Shang dan Chou, raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkatan tentera dan mengamalkan sistem feudal. Zaman kemaharajaan yang paling gemilang ialah ketika Dinasti Chin ( Shih Huang Ti ), baginda telah menghapuskan sistem feudal dan digantikan dengan sistem provinsi/wilayah ( 36 buah ) yang diketuai oleh gabenor. Undang-undang Dinasti Chin diperkenalkan oleh Han Fei Tsu yang merupakan seorang ahli falsafah. Semasa China diperintah oleh Dinast Han ( 206 SM 220 SM ), Sistem Peperiksaan Awam bagi perlantikan pegawai-pegawai kerajaan diamalkan. Pengasas Dinasti Han iaitu Liu Pang telah memperkenalkan satu Hukum Kanun yang menekankan bahawa hukuman bunuh ialah bunuh, hukuman mencederakan orang ialah dicederakan dan hukuman mencuri ialah dibayar denda sebanyak yang dicuri.Doktrin sistem politik China banyak dipengaruhi aliran falsafah legalisme dan aliran Konfusianisme. Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme yang menekankan kepentingan undang-undang. Aliran Konfusianisme pula merupakan himpunan idea yang bersifat berpandukan etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik. Konsep Pemusatan Kuasa merupakan ciiri unik dalam sistem pemerintahan China dimana Maharaja mempunyai kawalan penuh terhadap urusan pentadbiran negara. Aliran Legalisme menekankan pemerintahan bercorak pemusatan kuasa ditangan seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang. Aliran Konfusianisme pula menegaskan bahawa urusan pentadbiran adalah soal yang bersifat etika dan kepimpinan melalui teladan.

TAMADUN ALAM MELAYUDi Alam Melayu pentadbiran dijalankan melalui pentadbiran pusat dan wilayah. Ini ternyata dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu.(kecuali Negeri Sembilan) yang diwarisi dari sistem politik Kesultanan Melayu Melaka. Unit politik yang terbesar ialah negeri yang diketuai oleh raja/sultan. Apabila sesebuah negeri itu meluaskan empayarnya seperti kerajaan Melayu Melaka, Srivijaya, Majapahit dan Acheh, negeri dibahagikan kepada beberapa jajahan/daerah yang diketuai oleh para pembesar. Pembesar diberi hak memerintah oleh raja. Tugas mereka ialah menjaga keamanan wilayah pentadbirannya dan mengutip cukai daripada penduduk di wilayahnya. Sebahagian cukai itu diserahkan kepada raja. Wakil raja yang memerintah di wilayah jajahan dikehendaki memberi taat setia kepada raja.Bagi wilayah-wilayah yang jauh dari pusat pentadbiran, kuasa mentadbir diberi kepada pemerintah tempatan tetapi kesetiaan dan mematuhi perintah raja di pusat pentadbiran hendaklah diberikan.Di Melaka, ketua pentadbir ialah sultan. Pentadbiran bagi tanah jajahan Melaka ialah raja atau pemerintah kawasan itu sendiri yang memerintah dengan restu istana Melaka. Mereka mengakui kedaulatan raja Melaka selepas negeri mereka dikalahkan. Kawasan yang ada hasil bijih timah, Mandulika dilantik menjadi pentadbir dan bertanggungjawab terus kepada raja Melaka. Kawasan taklukan Melaka diberi kuasa hak memerintah, kuasa undang-undang, kuasa awam dan jenayah dan kuasa peraturan dan adat tempatan masing-masing. Walau bagaimanapun untuk hukuman bunuh, ia tetap di tangan raja Melaka.Srivijaya juga diketuai oleh seorang raja yang berkuasa mutlak. Raja dibantu oleh sebilangan pembesar dalam pentadbiran negara. Di sini, pentadbiran diraja tertumpu kepada pentadbiran pusat seperti bidang kehakiman, pengutipan cukai dan hukuman. Pentadbiran daerah pula diketuai oleh datu. Beliau bertanggungjawab bagi hal ehwal tanah, kebajikan rakyat, memupuk kesetiaan rakyat kepada raja dan menjatuhkan hukuman ke atas penentang kerajaan.

TAMADUN YUNANIBentuk pemerintahan dalam tamadun Yunani telah mengalami pelbagai perubahan daripada Monarki - Oligarki Aristokrasi Diktator(tirani) dan akhirnya bentuk Demokrasi. Di Athens, mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama. Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot dan lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya terhad. Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh konsul dinamakan oligarki. Daripada kalangan konsul lahir golongan aristokrat yang memiliki kuasa besar, sistem ini dinamakan aristokrasi. Berlakunya rampasan kuasa kerana rakyat tidak puas hati terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi maka muncul sistem ditaktor di kalangan golongan kaya atau tentera. Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa ini tetapi tindakan ini telah ditentang oleh golongan aristokrat -maka muncullah demokrasi.Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis dalam Sistem demokrasi di Athens . Semua warganegara lelaki dewasa Athens berpeluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan ini berhimpun 3 kali sebulan, ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan dikendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan berkuasa penuh terhadap ketiga- tiganya. Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi. Di Sparta, sistem pemerintahan tentera diamalkan.Sistem pertahanan diberikan perhatian penting. Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik .Oleh itu, Sparta melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal.

TAMADUN MESOPOTAMIAPENTADBIRAN PUSAT DAN WILAYAH

Pentadbiran Pusat

Semasa pemerintahan Hummurabi gabenor-gabenor wilayah dikawal ketat. Segala tindakan mereka perlu dimaklumkan kepada kerajaan pusat. Hammurabi memberikan hak memungut cukai da mengadili kes-kes kecil kepada ketua-ketua masyarakat yang berumur dan berpengalaman(council of elders).

Pentadbiran Wilayah

Semasa zaman kerajaan Ur empayarnya dibahagikan kepada 40 wilayah. Setiap wilayah ditadbir oleh seorang gabenor(Ensi). Gabenor-gabenor wilayah ini tidak mempunyai autonomi dalam pemerintahan, mereka perlu mendapat arahan daripada kerajaan pusat.

Pentadbiran Pusat TAMADUN MESIR

Pentadbiran Wilayah

Pentadbiran Wilayah terdapat lebih kurang 20 nomes di Mesir Utara da 22 Nomes di Mesir Selatan. Tiap nomes akan ditadbir oleh Nomarch. Mereka ini berasal daripada keturunan ketua-ketua suku pemerintah Mesir pada zaman pradinasti. Peringkat ini Mayor (Datuk Bandar) merupakan pegawai yang penting. Tugas beliau seperti mentaksir , mengumpul dan menyimpan hasil cukai serta menghantar laporan kepada wazir. Mayor juga akan menyelesaikan kes-kes kecil serta mewujudkan keamanan di dalam bandar. Penguat kuasa undang terletak di tangan Medjay , lama kelamaan mereka menjadi pengawal kebangsaan (national guard).Tiap bandar mempunyai pasukan tentera dan polis sendiri. Tugas mereka untuk mengawal kubur-kubur diraja, membuat rondaan dan kawalan sempadan negara.

TAMADUN INDIAEmpayar Maurya dibahagikan kepada beberapa wilayah yang dipimpin oleh wizurai. Pegawai-pegawai kerajaan di wilayah-wilayah melaksanakan tugas mengikut arahan pusat. Raja merupakan ketua pentadbir, ketua hakim, penggubal undang-undang dan ketua tertinggi angkatan tentera. Pemerintah dibantu oleh majlis Menteri dan Mentriprasat yang terdiri daripada menteri-menteri yang diketuai oleh perdana menteri. Chandra Gupta Maurya telah melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir wilayah-wilayahnya. Beliau membahagikan wilayah-wilayah kepada empat iaitu bahagian barat, selatan , barat laut dan Kalinga. Setiap wilayah diketuai oleh wizurai yang biasanya terdiri daripada putera-putera raja. Wilayah-wilayah tersebut pula dibahagikan kepada unit pentadbiran daerah yang ditadbir oleh gabenor. Daerah dipecahkan kepada kampung-kampung yang diketuai oleh penghulu atau gramini yang dibantu oleh pengutip cukai dan jurukira. Terdapat juga perisik di peringkat daerah.Semasa kerajaan Moghul, akhbar telah membahagikan pemerintahan kerajaan kepada tiga bahagian iaitu pengurusan istana, tentera dan empayar. Beliau melantik pegawainya yang digelar mansabdar yang mempunyai kuasa tentera dan mengutip cukai. Pentadbiran awam kerajaan diketuai oleh seorang perdana menteri dikenali sebagai wakil . Setiap wilayah diketaui oleh wakil pemerintah iaitu subahdar. Pentadbiran kawasan Bandar dilakukan Kotwal. Hakim atau Kazi menjalankan pentadbiran undang-undang.Secara ringkasnya keberkesanan sistem pemerintahan di peringkat pusat dan wilayah mampu memanjangkan usis beberapa kerajaan di China dan India. Pengubahsuaian dari segi struktur organisasi pentadbiran dilakukan selaras dengan keadaan semasa yang difikirkan sesuai pada waktu itu.

TAMADUN CHINA

Pemerintahan dinasti Chou mengamalkan sistem feudal. Raja mempunyai kuasa mutlak. Sementara pentadbiran di wilayah-wilayah diberikan kepada golongan bangsawan dan putera-putera raja tetapi pemusatan kuasa ini adalah longggar. Di setiap wilayah dan daerah diwujudkan sistem birokrasi dengan menubuhkan jabatan-jabatan tertentu.Dalam pemerintahan Dinasti Chin Shi Huang Ti menjalankan sistem pemerintahan berpusat di ibu kota Siang Yang. Semua kuasa kerajaan adalah di bawah maharaja.Kuasa dan pengaruh golongan bangsawan dan pegawai-pegawai feudal wilayah dan daerah dihapuskan. Beliau memperkenalkan Scholar Sistem iaitu perlantikan sekumpulan kakitangan awam yang terlatih untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang berkhimat dengan beliau.Penasihat utama maharaja ialah Canselor. Shih Huang Ti membahagikan empayarnya kepada 36 buah wilayah dan kemudiannya menjadi 42. Seorang gabenor awam dan gabenor tentera dilantik di setiap wilayah. Mereka dikawal oleh pusat pemerintahan maharajaPemerintahan Dinasti Han yang berada di bawah maharaja Wu Ti, sistem pemusatan kuasa dan kerajaan pusat menjadi lebih kukuh berbanding dengan pemerintahan Shih Huang Ti. Walau bagaimanapun pemimpin-pemimpin wialayah tidak diberikan kuasa yang terlalu banyak dan mereka tidak dibenarkan memiliki kuasa dan kekayaaan yang banyak supaya pentadbiran pusat teguh dan tidak dicabar. Pentadbiran peringkat wilayah turut diawasi oleh kerajaan pusat termasuk soal-soal perlantikan dan pertukaran pegawai-pegawai kerajaan. Pegawai pentadbir utama di peringkat wilayah ialah wizurai, gabenor general, gabenor dan bendahari. Unit pentadbiran yang lebih kecil diketuai oleh Tao Tai iaitu ketua daerah dan mejestret.

TAMADUN ALAM MELAYU

Di Alam Melayu pentadbiran dijalankan melalui pentadbiran pusat dan wilayah. Ini ternyata dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu.(kecuali Negeri Sembilan) yang diwarisi dari sistem politik Kesultanan Melayu Melaka. Unit politik yang terbesar ialah negeri yang diketuai oleh raja/sultan. Apabila sesebuah negeri itu meluaskan empayarnya seperti kerajaan Melayu Melaka, Srivijaya, Majapahit dan Acheh, negeri dibahagikan kepada beberapa jajahan/daerah yang diketuai oleh para pembesar. Pembesar diberi hak memerintah oleh raja. Tugas mereka ialah menjaga keamanan wilayah pentadbirannya dan mengutip cukai daripada penduduk di wilayahnya. Sebahagian cukai itu diserahkan kepada raja. Wakil raja yang memerintah di wilayah jajahan dikehendaki memberi taat setia kepada raja.Bagi wilayah-wilayah yang jauh dari pusat pentadbiran, kuasa mentadbir diberi kepada pemerintah tempatan tetapi kesetiaan dan mematuhi perintah raja di pusat pentadbiran hendaklah diberikan.Di Melaka, ketua pentadbir ialah sultan. Pentadbiran bagi tanah jajahan Melaka ialah raja atau pemerintah kawasan itu sendiri yang memerintah dengan restu istana Melaka. Mereka mengakui kedaulatan raja Melaka selepas negeri mereka dikalahkan. Kawasan yang ada hasil bijih timah, Mandulika dilantik menjadi pentadbir dan bertanggungjawab terus kepada raja Melaka. Kawasan taklukan Melaka diberi kuasa hak memerintah, kuasa undang-undang, kuasa awam dan jenayah dan kuasa peraturan dan adat tempatan masing-masing. Walau bagaimanapun untuk hukuman bunuh, ia tetap di tangan raja Melaka.Srivijaya juga diketuai oleh seorang raja yang berkuasa mutlak. Raja dibantu oleh sebilangan pembesar dalam pentadbiran negara. Di sini, pentadbiran diraja tertumpu kepada pentadbiran pusat seperti bidang kehakiman, pengutipan cukai dan hukuman. Pentadbiran daerah pula diketuai oleh datu. Beliau bertanggungjawab bagi hal ehwal tanah, kebajikan rakyat, memupuk kesetiaan rakyat kepada raja dan menjatuhkan hukuman ke atas penentang kerajaan.

Peperangan Dan Sistem KetahananKetahanan merujuk kepada daya juang dan sifat tahan lasak dalam menghadapi peperangan. Sifat-sifat seperti ketabahan, kesabaran dan kecekalan perlu dimiliki oleh seseorang. Ketahanan terbahagi kepada dua iaitu ketahanan kerohanian yang meliputi aspek-aspek agama dan moral dan ketahanan fizikal yang merangkumi aspek-aspek lahiriah seperti kekuatan dalam bidang ketenteraan. Ketahanan adalah perihal mempertahankan diri, agama dan negara daripada serangan musuh. Membela golongan lemah atau teraniaya dan dizalimi termasuk dalam maksud pertahanan.Empat perkara asas yang digunakan oleh kebanyakan negara untuk mempertahankan polis atau Negara mereka iaitu strategik, taktik, teknologi dan pentadbiran ketenteraan(logistik). Plato dalam bukunya The Republic, menyatakan bahawa keperluan memiliki kelas pemgawal untuk mempertahankan negara. Aristotle dalam bukunya Politic, setuju pendapat Plato dan mengangap kehadiran kelas hulubalang (warrior) dalam sesebuah kerajaan adalah penting daripada kelas-kelas lain seperti kelas petani, mekanik, pegawai kerajaan dan hakim.

KETAHANAN DAN PERTAHANAN

TAMADUN MESIR

Peperangan bagi orang Mesir adalah untuk mempertahankan delta di Sungai Nil daripada serangan orang gasar dari Libya dan Palestin. Firaun bertindak sebagai ketua tentera. Peperangan yang berpanjangan telah memantapkan organisasi ketenteraan dari segi strategik, teknologi dan logistik. Orang awam pula dikerah menjadi tentera untuk mempertahankan kedaulatan negara. Di istana, Firaun melantik pegawai diraja dan komanden profesional khusus untuk menjaga keselamatan pihak istana. Anggota masyarakat berbangsa jika mereka menjadi tentera kerana profesion tersebut sangat dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Kerajaan Mesir telah menubuhkan satu angkatan tentera yang besar untuk melicinkan dasar perluasan wilayah. Golongan profesional dan artisan juga menyertai tentera. Firaun telah menganugerahkan tanah untuk mereka sebagai menghargai jasa golongan tentera.

TAMADUN MESIR

Orang Sumeria dikatakan orang terawal menggunakan taktik dalam peperangan. Peperangan Mesopotamia bertujuan menyelamatkan negara kota daripada serangan orang-orang nomad. Peperangan antara negara kota berlaku kerana tidak ada sempadan yang nyata antara negara kota tersebut. Perebutan bekalan air dari sungai yang menjadi punca kemakmuran sesuatu kawasan pertanian juga boleh menyebabkan berlakunya peperangan. Pemerintah negara kota membina tembok peperangan di sekeliling kota untuk mencegah pencerobohan kuasa luar. Kadangkala negara-negara kota Mesopotamia bersatu untuk memerangi puak nomad yang sering menyerebu delta-delta yang subur yang menjadi ancaman besar kepada peradaban Mesopotamia. Ketika Hummarabi memerintah, ketahanan dan pertahanan Mesopotamia menjadi lebih kukuh kerana mendirikan kubu di setiap kota. Angkatan tentera telah mengawal kubu-kubu tersebut.

TAMADUN MESIR

Raja-raja China sering berperang antara satu sama lain kerana beranggapan bahawa peperanga adalah suatu perkara yang menguntungkan mereka dan kerajaannya. Jika menang dalam peperangan akan menjadikan seseorang pemerintah itu berkuasa, menambahkan wilayah dan kaya-raya. Bilangan tentera dan tawanan perang bertambah. Peperangan ketika zaman Dinasti Shang bertujuan menguatkuasakan pemerintahan maharaja dan merampas harta golongan berada. Kerajaan Chou pula mempunyai bilangan tentera yang ramai hingga mencecah beratus ribu orang pada abad ke-3 Masihi. Harapan untuk kembali kepada kehidupan biasa agar sukar apabila sudah menyertai tentera. Pada zaman Kerajaan Tang, tentera mereka berjaya meluaskan wilayah ke sempadan sebelah utara disebabkan kebijaksanaan jenerl dan peranan komando yang ditugaskan untuk memberi laporan di wilayah masing-masing. Ketika pemerintaan Shih Huang Ti, baginda mengarakan tenteranya agar merampas alat-alat senjata di setiap rumah supaya tidak berlaku penetangan terhadap pemerintahan baginda. Buku-buku Confucius juga dibakar kerana bimbang rakyat akan bangun menentang pemerintahan berpusat yang diamalkannya.

TAMADUN INDIAOrang India percaya bahawa seseorang raja mampu menjadi penaung dalam hal-hal yang berkaitan ketenteraan dan kebajikan kepada rakyat. Raja yang kuat diperlukan bukan sahaj untuk memelihara undang-undang malah untuk memelihara peraturan kosmos bumi. Dalam epik Mahabharata, ada dinyatakan bahawa sesesorang lelaki perlu memilih raja terlebih dahulu barulah memilih isteri dan kekayaan. Tanpa raja kekayaan dan isteri tidak membawa sebarang makna. Orang-orang Arya menggangap perang sebagai sukan diraja dan bukan cara kejam untuk menyelesaikan konflik. Menurut tradisi India, golongan berkasta khasytria diberi tugas untuk mempertahankan raja dan negara. Golongan ini akan dilatih sejak kecil untuk menjadi golongan pahlawan. Masyarakat India mementingkan pertahanan yang kukuh menghadapi kemungkinan serangan pihak musuh.

TAMADUN YUNANI

Peperangan adalah bersifat tempatan dan berskala kecil untuk menyelesaikan beberapa perbalahan yang melibatkan soal politik dan sempadan. Objektif peperangan pada masa ini ialah untuk memusnahkan asas ekonomi sesebuah negara kota. Peperangan orang Yunani dianggap unik kerana pihak yang menang akan menghadiri upacara pengebumian pihak yang kalah serta membayar pampasan jika perlu. Apabila Yunani disatukan oleh Phillip || dari Makedonia dan anaknya Iskandar Zulkarnain, objektif peperangan telah bertukar menjadi skala besar apabila mereka melaksanakan dasar perluasan empayar. Sparta adalah negara kota yang mengambil berat tentang pertahanan sehingga seseorang kanak-kanak dalam usia mudah telah dipisahkan daripada keluarga untuk dibesarkan menjadi anggota tentera yang bertanggungjawab memelihara keselamatan negara kota.

TAMADUN ALAM MELAYUMuhammad Yusuff Hashim membahagikan peperangan yang melibatkan negeri-negeri Melayu kepada empat iaitu peperangan antarabangsa, peperangan antara negeri, peperangan di dalam negeri dan pemberontakan dalam negeri. Peperangan antarabangsa merujuk kepada peperangan antara negeri-negeri Melayu dengan kuasa-kuasa asing seperti Melaka dengan Siam pada abad ke-15. Peperangan antara negeri seperti yang berlaku antara Aru dan Pasai. Peperangan dalam negeri biasanya berbentuk perang saudara seperti perebutan takhta di Kedah dan Perak pada abad ke-18. Pemberontakan Pulau berlaku terhadap penjajah. Peperangan dalam masyarakat di Nusantara adalah untuk meluaskan wilayah dan menambahkan hamba perang. Golongan yang lemah dan kalah dalam peperangan akan melarikan diri supaya tidak dijadikan hamba atau pengikut kepada pihak yang menang. Ibu kotanya juga dipindahkan ke tempat-tempat lain. Kerajaan Johor contohnya, terpaksa memindahkan ibu kotanya ekoran serangan daripada pihak Portugis dan Aceh. Antara kota yang pernah menjadi ibu negeri Johor ialah Sajong Pinang, Kota Tinggi, Batu Sarawak, Johor Lama dan Riau. Masyarakat di Nusantara dikatakan mengamalkan unsur-unsur kebatinan. Kejayaan seseorang raja dan hulubalang sering dikaitkan dengan persiapan sebelum peperangan seperti unsur-unsur jampi, mantera dan meditasi. Di Makasar misalnya, terdapat amalan memakai alat-alat tertentu sebagai tangkal azimat supaya mereka menjadi kebal. Peperangan sering ditonjolkan dalam hikayat-hikayat lama seperti dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Majapahit, Srivijaya dan Melaka adalah antara empayar Melayu yang terkenal meluaskan empayar melalui peperangan.

TAMADUN MESIR ORGANISASI KETENTERAAN

Ketua organisasi ketenteraan tamadun Mesir ialah Komander Agung yang dipimpin oleh Firaun sendiri. Firaun dibantu oleh Timbalan Komander Agung iaitu putera mahkota. Selain itu, terdapat sebuah majlis yang berperanan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan. Pada akhir zaman pradinasti in berlaku penyatuan negara (menyatukan delta Nil) melalui penyatuaan Mesir Utara dan Mesir Selatan oleh Narmer. Beliau lebih dikenali sebagai Menes. Setelah penyatuan dilakukan, Raja-raja Mesir pula berperanan untuk melindungi delta Nil (negara Mesir) dari serangan orang-orang gasar Libya dan Palestin. Raja bertindak sebagai ketua negara dan pemimpin angkatan tentera untuk mempertahankan negara.Angkatan tentera tamadun Mesir terdiri daripada buruh paksa dan rakyat jelata yang bebas dikerah. Rakyat ini dikerah untuk membina tembok dan kubu pertahanan. Rakyat berbangga menjadi tentera kerana anggota tentera sangat dihormati, diiktiraf dan disanjung tinggi oleh masyarakat Mesir. Ketenteraan Mesir peringkat awal menggunakan busar, anak panah, lembing dan kapak sebagai persenjataan.Pada Zaman Kerajaan Lama tidak terdapat tentera sepenuh masa. Apabila berlaku peperangan, orang awam akan direkrut menjadi tentera. Mereka bertugas sebagai penjaga keamanan di kawasan sempadan, mengawasai operasi kuari ( Sinai) dan ekpedisi perdagangan (Punt). Tugas askar-askar ini juga meliputi tugas sebagai tenaga buruh, dan polis. Askar-askar ini akan diawasi oleh pengawal diraja dan komander-komander professional yang dilantik oleh raja. Disamping mengawasi tentera mereka juga ditugaskan menjaga keselamatan golongan istana.Pada Zaman Kerajaan Pertengahan bilangan anggota tentera terlatih ditambah. Pada tahap ini satu angkatan tentera kebangsaan ditubuhkan.Tentera-tentera direkrut daripada Nome. Mereka ini dilengkapkan dengan senjata seperti busar dan anak panah yang diperbuat dari rumput buluh halus. Lembing serta kapak.

Abad ke-18 S.M. bidang ketenteraan mengalami perkembangan yang pesat apabila Mesir mempunyai satu organisasi ketenteraan yang tersusun. Mesir mempunyai tentera sepenuh masa dan simpanan yang ramai. Kerjaya seorang tentera dipandang tinggi. Hal ini membantu untuk dapat meningkatkan status sosial terutama apabila berjaya dalam sesuatu kempen ketenteraan iaitu boleh menyimpan hamba, harta rampasan perang pangkat, selain dikurniakan tanah daripada estet milik raja) Mereka-mereka terdiri daripada pemilik kebun-kebun kecil, golongan professional dan artisan.Pada Zaman Amenhotpis III ramai orang asing berkhidmat dalam tentera Mesir. Mereka berkhidmat sebagai tentera upahan atau tawanan perang. Tentera tawanan perang ini akan dikurniakan tanah sebagai balasan mereka berkhidmat sebagai tentera. Orang asing itu terdiri daripada orang Nubia, Palestin, Syria, Libya dan Sherdon. Peringkat akhir perkembangan dan pembesaran dalam angkatan tentera membolehkan Mesir terlibat dalam pembinaan empayar.

TAMADUN MESOPOTAMIA

Mesopotamia pernah diserang oleh orang Amorites. Mereka berjaya menawan dan memajukan Babylin sehingga menjadi negara kota yang maju dan indah. Semasa pemerintahan Hammurabi taktik peperangan baru diperkenalkan dengan penggunaan kereta kuda secara meluas. Kebajiakan tentera sangat mengambil berat. Dalam kod Hammurabi, ada dinyatakan bahawa golongan tentera dikurniakan binatang dan tanah yang tidak boleh dipindah milik. Terdapat undang-undang yang menghalang pegawai-pegawai tentera menindas tentera biasa. Apabila Hammurabi mangkat, Mesopotamia diserang oleh orang Assyria. Babylon menjadi sebuah kerajaan kuat semasa dibawah Nebuchadnezzar. Orang Assyria merupakan tentera yang lasak.Tentera Assyria adalah tentera pertama di dunai yang menggunakan besi dan gangsa untuk membuat senjata dan perisai. Tentera ini terbahagi kepada dua iaitu tentera profesional dan tentera yang digerakkan oleh raja. Tentera ini terdiri daripada beratus ribu tentera pejalan kaki, kereta kuda dan tentera kavairi. Gabenor wilayah mempunyai tentera masing-masing dan jumlah mencecah sehingga 10000 orang. Daripada jumlah itu, 4000 orang ditempatkan di berek-berek istana. Ruang-ruang dalam istana juga digunakkan untuk menyimpan perelatan ketenteraan. Tentera berkuda berlengkap dengan busur manakala infantri terdiri daripada pemanah-pemanah yang handal. Tentera Assyaria mempunyai kepakaran dalam merancang strategik seperti membina terowong, merobohkan kubu-kubu dan tembok pertahanan. Tangga-tangga yang tinggi telah digunakkan untuk memanjat tembok musuh. Mereka membina jalan-jalan raya yang khusus untuk memastikan tentera dapat bergerak dengan lancar dan pantas. Alat-alat senjata yang digunakan pada masa itu ialah pisau, pedang kecil, panah dan lembing. Tentera mereka memakai kasut bertali dan tentera berkuda memakai pakaian seragam serta bersenjatakan busur kecil dan tembok panjang. Kereta kuda mempunyai dua roda dan digerakkan untuk menggangkut 3 hingga 5 orang iaitu seorang pemandu, dua pemanah dan dua pembawa perisai.

TAMADUN INDIA

Dalam bidang pentadbiran ketenteraan, Chandragupta Maurya dikatakan raja yang mula-mula sekali mempunyai organisasi ketenteraan yang tersusun dan berkesan. Plini menggambarkan bahawa Chandragupta Maurya mempunyai jumlah angkatan tentera yang terdiri daripada 600,000 orang askar berjalan kaki, 30,000 orang tentera berkuda dan 9,000 orang tentera bergajah di samping tentera-tentera berkereta kuda. Raja merupakan pegawai tertinggi angkatan tentera. Untuk mengendalikan tenteranya yang begitu ramai, beliau membahagikan kepada 30 badan pentadbir dan diagihkan kepada 6 lembaga. Tiap-tiap lembaga mengandungi 5 orang ahli. Badan-badan tersebut meliputi tentera laut, tentera berjalan kaki, tentera berkuda, tentera bergajah, tentera berkereta kuda dan tentera berkenderaan yang membekalkan alat-alat senjata. Tenteranya juga terdiri daripada berbagai kelas masyarakat dan bertugas semasa berlaku peperangan sahaja. Tenteranya dibayar gaji tetap. Arthasastra pula menggambarkan bahawa terdapat juga jururawat-jururawat dan doktor-doktor yang ikut serta dalam peperangan untuk membantu tentera yang tercedera. Di Mohenjo Daro dan Harappa dibina kubu dengan dinding yang tingginya 400 meter panjang dari utara ke selatan dan lebarnya km. Tembok kubu Harappa dibuat daripada batu lumpur dengan batu terbakar yang tebalnya 18 meter. Sebenarnya di setiap bandar dalam Tamadun Indus dibina kubu yang kuat untuk melindungi bandar daripada musuh.

TAMADUN CHINA

Pada dasarnya negeri China adalah sebuah negeri ketenteraan. Pada zaman awal, Raja Shang sentiasa berperang kerana beliau beranggapan perang sebagai kejadian yang menguntungkan raja dan negaranya. Kemenangan dalam peperangan menjadikannya kaya dan berkuasa. Kadang kala Raja Shang menawan musuhnya sebagai korban kepada dewanya. Tentera Shang terdiri daripad tentera berjalan kaki dan berkereta kuda. Dinasti Shang kemudian digulingkan oleh Wu Wang dari Dinasti Chou pada tahun 1027SM kerana kezaliman raja Shang terakhir iaitu Shang Chau Hsin. Semasa pemerintahan kerajaan Chin, mereka berperang menggunakan angkatan tentera berkuda dan tentera berjalan kaki dan bukan kereta kuda untuk berperang. Pada masa awal pemerintahan Shih Huang Ti, beliau telah mengarahkan askar mencari alat-alat perang di dalam setiap rumah. Semua alat itu dirampas dan dihantar ke ibu kota Siang Yang dan dileburkan menjadi loceng besar dan patung besi. Melalui cara itu Shih Huang Ti berharap rakyatnya atau wakil lindungan tidak akan melancarkan pemberontakan terhadap kerajaannya malah kerajaan pusat cuba menetapkan satu sistem monopoli dalam kuasa tentera. Tenaga buruh bagi tentera diperolehi dari sistem kerahan dalam berbagai-bagai daerah tentera yang dikatakan sebagai Chun. Apabila kerajaan Chin hendak mengerahkan askarnya, beliau mengambil golongan pemimpin tentera dalam Chun tersebut. Kerajaan pusat juga melantik pegawai sebagai pemimpin tentera bagi kempen peperangan. Dari segi taktik peperangan, Shih Huang Ti berperang menggunakan taktik orang Tartar (ganas),dan menggunakan tentera berkuda. Beliau juga telah mengumpulkan penjahat dan dijadikan askar dan dihantar berperang ke sempadan. Beliau juga telah membina rangkaian jalan tentera dan terusan untuk memudahkan pergerakan/serangan.Bagi mempertahankan negerinya dari ancaman luar terutamanya orang tartar/Monggol, Shih Huang Ti telah membina tembok yang dikenali sebagai Tembok Besar Negeri China. Tembok ini dibina dari tahun 228SM hingga 210SM yang merentasi bukit bukau dan lembah. Panjang tembok ini ialah 2250 batu dengan ketinggigan 15 kaki hingga 20 kaki. Tembok ini dibina lengkap dengan menara pengawal. Terdapat sebanyak 20,000 menara pengawal. Setiap satunya di tempatkan sepasukan tentera yang mengandungi 100 orang. Mereka mengawal dengan menggunakan panah. Di samping menara pengawal yang besar tadi, terdapat juga menara pengawal yang lebih kecil sebanyak 10,000 buah. Alat-alat peperangan yang digunakan di China ialah panah, pedang, lembing dan perisai. Pada zaman Monggol memerintah China, Marco Polo yang melawat China pada abad ke-13 melaporkan bahawa China menggunakan serbuk letupan dalam peperangan.Bagi menguatkan ketahanan fizikal, orang China menjalanii latihan ketenteraan termasuk seni mempertahankan diri secara tradisional.

TAMADUN YUNANI

Orang Yunani mempunyai pasukan tentera elit yang dikenali sebagai phalanx. Kekuatan tentera bergantung kepada pasukan hoplite yang terdiri daripada tentera pejalan kai yang dilengkapi lembing, bertopi dan berbaju besi. Formasi Phalanx ialah tentera berbaris rapat-rapat dalam 8 hingga 10 barisan. Pasukan pemanah akan melancarkan serangan jarak jauh dari celah-celah lapisan phalanx. Pasukan kavalri dan tentera berkereta kuda akan menyerang dari kedua-dua bahagian sayap. Pertempuran pertama menggunakan kaedah phalanx berlaku satu tempat bernama Marathon apabila tenetra Yunani bertempur dengan tentera Parsi. Peperangan ini melibatkan 11000 tentera Yunani dan 15000 orang tentera Parsi, tentera Yunani mencapai kemenangan. Strategik peperangan adalah pasukan phalanx bertempur secara bersemuka. Orang Yunani biasanya memilih tanah rata untuk berperang. Pasukan ini akan merempuh bahagian tengah musuh manakala pasukan sayap kiri dan kanan akan mengucarkacirkan tentera musuh. Keberkesanan tentera phalanx bergantung kepada kemahiran yang dimiliki oleh barisan hadapan serta kekuatan fizikal serta sokongan moral dari barisan belakang. Jika barisan mereka rapuh dan pecah, ramai anggotanya akan tercedera. Askar yang meninggalkan barisan akan membuang perisainya dan mudahlah dikalahkan. Satu perkara unik yang membezakan tentera Athens akan cuba mengakhiri peperangan dalam bulan April dan Mei kerena tentera warganegara akan pulang ke kampung untuk menuai hasil tanaman mereka. Askar Sparta akan berkhidmat sepanjang tahun.

TAMADUN ALAM MELAYU

Kerajaan-kerajaan Melayu juga mempunyai angkatan tentera yang kuat terutama kerajaan-kerajaan yang terkenal dengan perluasan empayarnya seperti Srivijaya, Majapahit, Melaka Acheh dan Funan. Srivijaya mempunyai angkatan laut yang kuat. Kerajaan ini menggunakan angkatan lautnya untuk memaksa kapal-kapal dagang singgah di pelabuhannya. Dalam aspek pertahanan ini, organisasi tentera yang ditubuhkan oleh Srivijaya dipanggil Orang Laut. Orang Laut melindungi pedagang dari serangan lanun. Orang Laut inilah juga yang melindungi Parameswara ketika menyelamatkan diri ke Tanah Melayu dari serangan Majapahit. Dengan angkatan tentera yang ramai, Srivijaya telah menawan beberapa buah kerajaan di utara Tanah Melayu dan Sumatera. Kerajaan Srivivjaya telah mewujudkan satu unit pentadbiran ketentraan yang diketuai oleh seorang panglima bergelar pratisava.Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Parameswara, telah menubuhkan organisasi tentera yang dipanggil Orang Laut. Tugasnya ialah untuk melindungi pedagang dari lanun. Pada peringkat awal Melaka ditubuhkan, Melaka sering diancam oleh Siam dan Majapahit. Bagi mempertahankan Melaka dari ancaman-ancaman luar, Parameswara telah meminta perlindungan dari Negeri China. Beberapa jawatan diwujudkan dalam pentadbiran Melaka untuk menjamin keselamatan negeri Melaka. Jawatan Bendahara dalam kerajaan Melaka berfungsi sebagai ketua angkatan tentera, sementara Laksamana pula merupakan ketua angkatan laut. Temenggong dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri dengan bantuan pasukan keselamatan. Kekuatan tentera Melaka terutama semasa di bawah Bendahara Tun Perak membolehkan Melaka meluaskan empayarnya meliputi beberapa buah kawasan di Tanah Melayu dan Sumatera. Majapahit juga pernah muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat dirantau ini. Dengan angkatan tentea yang besar dan kuat, kerajaan ini telah memperluaskan empayarnya dengan menawan beberapa buah kerajaan di Tanah Melayu, Kalimantan, Sumatera, Jawa dan Bali. Kerajaan Funan pula memperluaskan empayarnya dengan menawan Indo-China, Siam, Langkasuka dan utara Tanah Melayu. Alat-alat yang digunakan dalam pertahanan di Alam Melayu ialah keris, tombak dan pedang. Perahu dan kapal turut membantu membawa angkatan laut.Bagi menguatkan ketahanan mental dan fizikal, silat merupakan cara mempertahankan diri secara tradisional.

STRATEGIK / PEMIKIR KETENTERAAN KETENTERAAN

TAMADUN INDIAPemikir ketenteraan ialah mereka yang memberikan sumbangan penting dalam perkembangan pertahanan dan ketahanan sesuatu tamadun. Antara tokoh-tokoh pemikir ketenteraan yang terulung ialah Kautilya di India, SunTzu di China dan Niccolo Machiavelli di Itali. Mereka menghasilkan karya-karya yang mengandungi maklumat tentang taktik dan strategi peperangan. Tambahan pula mereka juga membicarakan tentang pentadbiran kerajaan, motivai dan latihan tentera, kawalan tentera, organisasi tentera, kaedah tentera, taktik menewaskan musuh dan falsafah peperangan, ideayang dikemukakan oleh mereka membantu para pemerintah mengukuhkan kedudukan dan kekusaan mereka. Malah idea-idea mereka masih berpengaruh dalam bidang ketenteraan hingga kini.

Kautilya merupakan pemikir ketenteraan India, dan pernah berkhidmat sebagai menteri kepada pengasas empayar Maurya, iaitu Chandaragupta Maurya. Beliau juga menghasilkan karya seperti Arthasastra atau Science of Gain(of Power). Kautilya mengemukakan enam perkara yang menghubungkan kerajaan pusat dan negeri. Perkara-perkara tersebut adalah keamanan bermaksud tindakan ketenteraan tidak dilakukan, bersedia untuk berperang, menunggu musuh melancarakan serangan pertama, menyerang musuh terlebih dahulu, mengadakan persekutuan dengan musuh untuk menyerang musuh dan mengamalkan dasar duaan. Selain itu, Kautilya juga menyarankan empat cara memenangi peperangan iaitu dengan cara memujuk musuh melalui perbincangan, member rasuah supaya musuh dapat berundur dari peperangan, memecah belahkan tentera musuh dengan menimbulkan persengketaan sesama mereka, dan melancarkan perang jika tiga cara yang sebelumnya menemui kegagalan. Menurut pemikiran Kautilya, seseorang pemerintah harus mengkaji kekuatan tenteranya begitu juga tentera musuh sebelum melancarkan peperangan. Ini kerana pengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan tentera musuh dapat membantu seorang panglima tentera memantapkan pasukan tentera supaya setanding atau lebih kuat daripada tentera musuh. Seterusnya, Kautilya juga menekankan kepentingan komplot atau konspirasi dalam menghadapi musuh di medan peperangan. Menurut pandangan beliau kebolehab mengatur konspirasi adalah lebih baik daripada kegagahan. Komplot atau konspirasi dapat membantu memecahbelahkan musuh tanpa melibatkan diri dalam peperangan dan mengorbankan banyak nyawa.Tambahan pula, Kautilya juga menyarankan taktik-taktik kotor harus digunakan apabila peperangan menemui jalan buntu atau sudah menemui kekalahan. Pemerintah boleh menggunakan kaedah subversif seperti menghantar pengintip, memberi rasuah kepada panglima-panglima atau tentera musuh , dan menghantar para pelacur untuk menjatuhkan pihak musuh.Kautilya menyarankan supaya serangan dilancarkan pada waktu yang sesuai bagi mencapai kejayaan dengan mudah. Serangan juga harus dilakukan apabila musuh berada dalam keadaan yang lemah, menghadapi masalah bekalan makanan atau berlaku perpecahan sesama sendiri. Kautilya juga mengemukan pelbagai pendekatan yang harus digunakan oleh pemerintah dalam medan peperangan. Pendekatan tersebut adalah seperti Dana iaitu member rasuah, Saman iaitu menjalinkan perdamaian dengan negara yang lemah kerana berperang dengan negara yang lemah merugikan masa, Bheda iaitu melaga-lagakan musuh dan Danda iaitu menggunakan kekerasan kepada musuh.

TAMADUN CHINADi China pula, terdapat pemikir-pemikir ketenteraan yang dilahirkan yang membicarakan tentang taktik dan strategi peperangan. Perkara-perkara yang dibicarakan oleh pemikir ketenteraan di China termasuklah pentadbiran kerajaan, organisasi tentera, latihan tentera, taktik dan strategi peperangan, kaedah memotivasikan tentera, kawalan tentera dan pentadbiran tentera. Pemikir ketenteraan China yang terkenal adalah Sun Tzu yang merupakan pemikir terulung pada zaman klasik. Beliau pernah berkhidmat sebagai panglima tentera bagi kerajaan Wu. Beliau juga menghasilkan buku berjudul seni peperangan yang dianggap tertua dan terbaik. Dalam buku ini Sun Tzu mengemukakan 13 taktik dan strategi yang harus diketahui oleh seorang panglima perang.Antara taktik dan strategi yang terkandung dalam buku yang dihasilkan oleh Sun Tzu ialah merancang peperangan. Pemerintah harus menjalankan kajianyang teliti sebelum melancarkan peperangan kerana peperangan melibatkan nyawa rakyat dan masa depan negara. Lima perkara harus dipertimbangkan dalam sesuatu peperangan iaitu alasan moral, bentuk muka bumi, keadaan iklim, kepimpinan panglima tentera, dan pengendalian peperangan. Menurut Sun Tzu, alasan morall atau Dao amat penting bagi menentukan kejayaan dalam peperangan. Alasan moral menentukan sokongan rakyat terhadap tindakan pemimpin.Seterusnya ialah melancarkan peperangan, menurut Sun Tzu, seorang panglima tentera harus memastikan kemenangan dapat dicapai dalam masa yang singkat. Peperangan yang berpanjangan tidak membawa apa-apa manfaat dan faedah kepada negara. Peperangan yang berpanjangan juga boleh melemahkan semangat askar serta boleh menyebabkan perbelanjaan yang tinggi seperti melibatkan kos perubatan tentera dan bekalan makanan tentera.Tambahan pula, taktik dan stategi lain adalah daripada segi strategi peperangan. Seorang panglima perang harus mengatur strategiuntuk melawan musuh tanpa menggunakan kekerasan. Panglima perang yang cekap harus mempunyai pengetahuan tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri serta musuh. Seorang panglima tentera akan menemui kekalahan jika melakukan tiga kesilapan iaitu jahil akan ilmu peperangan, jahil dalam urusan pentadbiran ketenteraan, dan mengarahkan tentera mara kehadapan atau berundur apabila tidak sepatutnya berbuat tindakan sedemikian. Sun Tzu menyarankan agar serangan dilancarkan jika pasukannya lebih kuat atau sama kuat dengan pasukan musuh. Peperangan juga harus dielakkan jika pasukan musuh lebih kuat.Seterusnya ialah penempatan tentera. Menurut Sun Tzu, pemilihan lokasi yang baik untuk menempatkan tentera menentukan kejayaan sesuatu pasukan dalam peperangan. Lokasi penempatan tentera harus dirahsiakan supaya musuh tidak mengesan pergerakan dan persediaan pasukan tentera. Selain itu, strategi dari segi situasi dimana kejayaan dalam medan peperangan tidak bergantung kepada bilangan anggota tentera. Kemenangan anggota tentera bergantung kepada cara seseorang jeneral menyusun anggota tenteranya. Taktik dan strategi lain ialah kelebihan dan kekurangan dimana seorang panglima tentera harus menggunakan kelebihan yang ada pada pasukan tenterannya dengan berkesan. Pasukan tentera yang sampai lebih awal di medan peperangan lebih bersedia berbanding dengan pasukan yang lewat sampai. Seorang panglima perang harus menyerang musuh yang lemah dan mengelak diri daripada menyerang musuh yang kuat.Selain itu, taktik menggunakan muslihat peperangan yang menurut Sun Tzu tipu muslihat merupakan satu taktik yang boleh digunakan untuk menghadapi musuh yang kuat. Penggunaan pelbagai taktik juga boleh digunakan kerana menurut Sun Tzu, seorang panglima perang harus juga mempunyai pengetahuan tentang pelbagai taktik yang digunakan untuk menewaskan musuh. Tambahan pula, mobilisasi tentera iaitu salah satu daripada taktik dan strategi dimana Sun Tzu menyarankan agar khemah tentera didirikan ditempat yang tinggi. Beliau juga melarang melakukan serangan dengan mendaki gunung.Seterusnya, bentuk muka bumi yang menurut kata Sun Tzu, seorang panglima tentera harus mempunyai pengetahuan tentang pelbagai jenis bentuk muka bumi. Seperti contoh, antara bentuk muka bumi yang harus diketahui adalh tempat yang sempit, tempat yang tinggi tempat yang mudah dilalui, dan tempat yang sukar dilalui. Taktik yang lain adalah Sembilan keadaan dimana Sun Tzu menyenaraikan Sembilan keadaan yang dihadapi dalam medan peperangan. Sembilan keadaan yang dinyatakan okeh Sun Tzu ialah daerah kritis, daerah sempadan, daerah terbuka, daerah terkepung, daerah maut, daerah serius, daerah bertempiaran, daerah dasyhat, dan daerah lalu lintas. Beliau juga menyatakan tindakan berbeza harus diambil bagi setiap situasi atau keadaan.Tambahan pula, taktik serangan menggunakan api juga termasuk dalam 13 taktik dan strategi. Sun Tzu melarang penggunaan api dalam peperangan kecuali dalam keadaan terdesak. Terdapat beberapa cara serangan ini dilakukan, iaitu membakar peralatan musuh, membakar gudang menyimpan senjata, membakar saluran makanan dan membakar askar musuh. Bantuan orang awam dan keadaan cuaca amat penting dalam penggunaan api. Selain itu ialah taktik dan strategi pengintipan. Pengintipan dilakukan oleh pemimpi