pengenalan program kesihatan

1
Pengenalan Program Kesihatan 1.0 Pengenalan Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967 dengan tujuan utamanya untuk melahirkan pelajar- pelajar dan masyarakan sekolah yang sihat dan produktif. Dalam tempoh dua puluh tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif.Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.

Upload: mfaeez-fiz

Post on 27-Sep-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pengenalan kepada pengujudan program

TRANSCRIPT

Pengenalan Program Kesihatan

1.0Pengenalan Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967 dengan tujuan utamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakan sekolah yang sihat dan produktif. Dalam tempoh dua puluh tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif.Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.